Bab 19

PAGI itu, suasana di meja makan yang selalunya sedikit riuh menjadi sepi. Masing-masing memandang ke satu arah dengan riak tertanya-tanya.

  "Hehehehe..."

  "Tsk, sakitlah! Abang nak apa?" marah Surfina. Dia menjeling Qaulalhaq yang sedari tadi menyikunya tanpa henti. Nanti ada yang kena luku baru tahu.

  "Tu, adik kau tu. Kenapa? Sewel?" tanya Qaulalhaq tanpa belok-belok. "Seram aku tengok si Sufyan tu. Gelak macam seorang diri, lepas tu bercakap sendirian," bisiknya kepada Surfina yang berada di sisi.

  Surfina hanya menjungkit bahu. "Manalah saya tahu. Lepas je abang keluar semalam, Sufyan terus kaku sekejap lepas tu gelak tiba-tiba," jelasnya. Nasi disuap ke dalam mulut, sekaligus cuba menghiraukan lelaki itu.

  "Lah, kau kan kakak dia. Takkan dia tak ada cerita apa-apa kut? Ke, dia kena sampuk semalam? Nak panggil ustaz ke? Kau jangan, sudahlah isteri aku belum jumpa lagi." Nada suara Qaulalhaq jelas menunjukkan dia memberi amaran. Namun, terselit juga riak risau pada wajahnya.

  "Susah betul dapat ayah macam ni. Nak kata tsundere bukan. Tch!" Surfina menggumam sendiri. Dia menarik nafas seketika sebelum...

  "Pak!"

  "Aduh, sakitlah!" Sufyan lantas memegang kakinya. Fikirannya yang melayang jauh kini kembali ke meja makan.

   Dia merenung tajam Surfina yang duduk bertentangan dengannya. "Kau kenapa, kak? Gila? Tiba-tiba je sepak. Sakit tahu tak!" marahnya.

  "Kau cakap elok sikit ya? Siapa yang macam orang gila sekarang ni? Tergelak-gelak. Kalau aku panggil Ustaz Amir nanti mulalah kau menyendeng dengan aku." Surfina mencebik. "Macam budak kecil."

  "Ustaz Amir jangan dibuat main, eh." Sufyan pula menjegilkan matanya. Kepalanya terus terbayang satu wajah. "Fuh, seram..."

  "Ustaz Amir?" Qaulalhaq menjungkit kening. "Ustaz baru dekat sekolah kau ke, Sufyan?" tanya Qaulalhaq. Dia memandang anak mata Sufyan, seolah-olah cuba mengorek kebenaran.

  "Err... tak lah." Tergagap juga Sufyan mahu menjawab. Kalau kata ya, nanti kalau Qaulalhaq mahu berjumpa, tidak ke niaya? Lagipun Ustaz Amir itu lelaki yang mengajarnya mengaji di masa hadapan. Garang! Salah sikit, pap!

  "Sudahlah tu, tak habis-habis mahu bergaduh." Puan Marisa menggelengkan kepala. Hari-hari dia menghadap perangai mereka bertiga, naik pening juga kepala. Tetapi dengan tingkah laku mereka, dapatlah dia lupakan kerisauannya.

  "Kamu ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" tanya Encik Zakaria. Manalah tahu budak-budak itu mahu melepaskan tekanan terlebih dahulu. Sudahlah menantunya masih menghilang.

  "Oh, ada!" Sufyan tiba-tiba mencelah laju. Dia juga berdiri dengan penuh semangat. Macam nak sampaikan ucapan pun ada.

   Sedar yang suasana di meja makan menjadi krik krik, Sufyan kembali duduk. Dia berdehem seketika. "Ada, ada. Sufyan nak abang Haq dengan akak ikut sekali. Tiada bantahan."

  Surfina dan Qaulalhaq berpandangan. Apa bendalah yang budak ni nak buat? Kerana ingin tahu, mereka iyakan sahaja.

  "Pergi mana?" soal Qaulalhaq. Curious itu ada, tetapi curiosity kills the cat. Jadi, lebih baik dia berhati-hati.

   Sufyan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Mungkin dia nampak matang namun hakikatnya, dia tetap seorang kanak-kanak yang mungkin terlalu melulu.

  "Rahsia." Sufyan tersengih. Melihatkan renungan maut Qaulalhaq, sengihannya mati. "Ala, akak tahu. Kita pernah pergi dulu," sambungnya bagi menyelamatkan diri.

  "Aku pula?" Surfina merengus. Kini, dia yang menjadi mangsa pandangan membunuh lelaki itu. "Dasar adik tak guna," desisnya. "Surfina tak ingat. Insufficient memory space. Faham-fahamlah ya? Senyuman suci dihadiahkan buat Qaulalhaq.

  Qaulalhaq berputus asa. Susah betul cakap dengan dua budak kecil itu. Tak apalah, dia tengok apa jadi.

   Kalau bahaya, dia jentik dahi budak berdua itu. Biar sedar diri sikit. Entah apa ada dalam kepala otak dua budak itu. Susah untuk dibaca, sebiji macam Umayma.

  "Hm?" Qaulalhaq tersedar. Dia memandang Surfina, agak lama.

  Surfina yang tidak selesa dengan renungan itu terus memijak kaki Sufyan. Dia menjeling tajam, menyuruh adiknya mengalih perhatian lelaki itu.

  "Err, abang... Ada kodok dekat sebelah abang." Takut-takut Sufyan memberitahu. Dia tidak tipu, memang ada kodok di sebelah kaki Qaulalhaq. Sufyan sudah bercangkung di atas kerusi, takut.

  Wajah Qaulalhaq berubah pucat. Kalau dicucuk dengan garfu pun, entah-entah hilang semua darahnya. Bagaikan robot tidak cukup tenaga dan sudah lama tidak dibaiki, Qaulalhaq menoleh memandang Surfina dengan senyuman ikhlas dari hati.

  "Apa pandang-pandang?" Kalau tadi senyuman suci, kali ini senyuman menjemput mati.

  "Kau ambil kodok tu!"

  "Tak nak!"

  "Kakak!"

  Huru-hara jadinya. Elok-elok mahu bersarapan dengan aman, tunggang terbalik rumah itu. Encik Zakaria dan Puan Marisa hanya mampu menggeleng sementara Qasyid tergelak suka.

  Selepas bersarapan, Sufyan membawa Surfina dan Qaulalhaq menuju ke belakang rumah. Basikal berwarna biru pemberian papa Umayma kepada gadis itu ditarik.

  "Jom!"

  Surfina dan Qaulalhaq terus faham apabila melihat arah basikal itu. Masing-masing mula keliru, apa yang Sufyan mahukan dengan tempat itu?

  "Ala, tak payahlah pandang Sufyan macam Sufyan ni alien. Dah tahu kan nak pergi mana, jom jelah. Fasal basikal ni jangan risau, kak Umayma ada beri kebenaran pada kita untuk guna kalau nak," beritahu Sufyan dengan nada malasnya.

   Dia sebenarnya penat mahu bercakap panjang-panjang. Walaupun tak adalah panjang mana.

  "Okaylah, jom." Sufyan berada di tengah kerana katanya tengah-tengah itu lebih menyeronokkan dan santai.

   Surfina, Umayma dan Qaulalhaq membiarkan sahaja asalkan budak itu bahagia. Posisi tetap sama, hanya orang hadapan yang bertukar, semestinya kepada Qaulalhaq.

  Takkanlah Umayma pula kan? Entah-entah dia tengah sibuk bagi ucapan kesihatan kepada tiga ketul makhluk Tuhan yang buat kerja tak berguna itu. Kita abaikan sahaja mereka berempat buat seketika.

  "Abang mestilah tahu kan tentang kewujudan tempat tu?" tanya Sufyan, tiba-tiba. Sambil-sambil mengayuh dan memandang sekeliling, apa salahnya memekak juga kan?

  "Takkanlah aku tak tahu pula. Nanti rasa macam betul-betul tak berguna kalau semua benda tentang isteri aku, aku tak tahu. Kalaulah aku boleh cili mulut kau, dah lama aku buat, tahu?" sindir Qaulalhaq. Sempat dia melambai kepada Alia yang sedang membantu ibunya di halaman rumah.

  "Tsk, ingatkan semalam dah jadi kucing. Rupanya masih jadi singa," gumam Surfina. Mujurlah suaranya perlahan sahaja.

  "Hah, abang Haq ada pelan apa-apa ke untuk selamatkan kak Umayma? Atau ada petunjuk? Pesanan atau panggilan daripada penculik kak Umayma ke, takkan tak ada?" tanya Sufyan. Banyak mulut betul budak ini, tadi penat sangat nak bercakap.

  Qaulalhaq diam sahaja tanpa membalas sepatah pun soalan bom Sufyan itu. Dia fokus memandang ke hadapan.

   Budak berdua di belakangnya itu ringan, bila-bila sahaja basikal tu boleh tumbang kalau dia tidak fokus.

  "Kau kenapa tiba-tiba nak pergi tempat tu?" Qaulalhaq menyoal kembali.

  "Abang tahu kan kak Umayma suka cipta-mencipta?" Sufyan juga melakukan perkara yang sama. Dia bertanya, namun soalannya terselit jawapan.

  "Sufyan, kalau aku kata kau bodoh jangan marah eh. Sah-sahlah abang Haq tahu! Budak ni kan, macam manalah kau boleh dapat nombor satu dalam kelas dulu?" marah Surfina. Sempat dia mengetuk belakang badan Sufyan dengan tangan kirinya.

  Jangan tiru perbuatan Surfina, melepaskan benda yang kau orang kena pegang masa kayuh basikal. Kalau jatuh padan muka.

  "Kau diamlah, kak. Menyibuk je. Kalau tak tahu diam. Nanti macam itik bercakap dengan ayam. Cumanya kau tak tahu aku dengan abang Haq cakap fasal apa." Sufyan menyindir kakaknya.

   Dia dapat mendengar suara kakaknya menyumpah seranah dirinya, tetapi apa dia kisah?

  "Sejak bila ada ujian pula dekat sekolah kau ni, Sufyan?"

  Sufyan membuat muka. Lain yang ditanya Qaulalhaq, lain yang dia fokus pula. "Kuiz dalam kelas je. Dah sampai, jomlah jalan." Malas mahu berkata lebih, risau Qaulalhaq mengesyaki mereka. Sudahlah mereka banyak kali terlepas kata. Kalau cakap lagi, habis pecah rahsia!

  "Hmmm..." Basikal dibiarkan di tepi. Mereka bertiga mula menapak masuk ke dalam bangunan lama.

   Agak lama berjalan, mereka akhirnya tiba di tempat itu. Tempat yang ditemui dan diperkenalkan Umayma kepada mereka.

  "Eh, abang Haq! Abang Yan, kak Fina!" Chandon, seorang penduduk di situ menjerit sedikit. Jeritannya menarik perhatian kanak-kanak lain.

  "Wah, lama tak jumpa!" Ada yang bersalaman dengan ketiga mereka, mungkin merindui masa bersama mereka. Tapi iyalah, mereka bertiga juga ada kehidupan sendiri.

  "Mana kak Umayma? Lama tak nampak," tegur Tahani. Dia terjenguk-jenguk ke belakang tubuh Qaulalhaq, manalah tahu gadis itu mahu membuat prank.

   Apabila tidak melihat kelibat yang dicari, Tahani memandang bangunan lama pula.

  Tiada.

  "Abang, mana kak Umayma?" Tahani memuncing bibir. "Tahani rindulah." Tangan Surfina ditarik-tarik. Dia benar-benar merindui gadis itu.

  "Err, kak Umayma... tak ada." Tersangkut-sangkut Surfina mahu membalas. Umayma seorang gadis yang disayangi golongan gelandangan, kehilangannya pasti menimbulkan kekecohan.

  "Tak ada tu pergi mana? Kak Umayma sibuk ke? Dah lama dia tak datang melawat. Selalunya kak Umayma datang dengan ciptaan baru." Chandon bertanya buat kali kedua.

  "Kak Umayma diculik." Ringkas sahaja jawapan Sufyan. Langsung tiada penipuan atau ayat berlapik-lapik. Jelingan tajam Qaulalhaq dan Surfina diabaikan. Hari ini entah berapa kali sudah dia dijeling.

  "Hah, diculik?" Terkejut kanak-kanak gelandangan itu. Suara mereka yang kuat juga menarik perhatian orang lain sehingga membuatkan Sufyan menyuruh mereka senyap.

  "Shhh! Diamlah. Jangan kecoh-kecoh." Sufyan memberi amaran.

  "Kita nak libatkan polis ke? Eh, memang dah terlibat pun kan?" Surfina menggaru kepala. "Iya ke?"

  "Tak boleh." Qaulalhaq menyampuk. Dia mengangkat sesuatu yang berada di tangannya.

  "Tu... telefon kak Umayma!" Surfina dan Sufyan berpandangan. Kalau dah telefon Umayma, mesti ada apa-apa seperti ugutan dan juga arahan.

Sabtu, 22 Mei 2004 - 09:24 PG
𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹
Jangan kau berani libatkan polis atau aku bunuh isteri kau. Esok, kau datang sendirian. Jangan salahkan aku kalau apa yang kau nampak hanyalah mayat andai kau langgar arahan aku.

  Surfina menekup mulutnya, tidak percaya. Matanya mula berkaca. "Macam mana ni..."

  Sufyan memandang kakaknya. "Jangan risaulah. Mama mesti selamat punya. Kalau tak, tak akanlah kita wujud," bisiknya.

  "Kalau masa silam berubah sebab kehadiran kita?" Surfina mempersoalkan benda kedua yang bermain-main dalam mindanya.

  "Kau ni kak, fikir positif sudahlah. Kalau mada hadapan berubah sekali pun, itu bermakna kita kena ubah masa silam ni jadi lebih baik."

   "Kalau mama atau papa tak ada, aku rasa kita dah mati kot sekarang ni. Iyalah, masa hadapan kita tak ada, macam mana kita nak ada," bebel Sufyan. Ayatnya panjang semacam tapi sepatah pun Surfina tak faham. Berbelit sangat.

  "Dah, dah. Bergaduh apa tu? Sekarang ni kenapa kau bawa kita ke sini? Bukannya boleh bantu pun. Aku kena datang sendiri kalau nak Umayma selamat." Qaulalhaq berpeluk tubuh. Mujurlah kacak, eheks!

  "Ha, pelan Sufyan tetap tak berubah. Kita kena juga libatkan mereka. Tak ada bantahan dan... abang Yan minta maaf sebab kau orang kena heret dalam kecemasan ni. Sudahlah bahaya." Sufyan menggosok leher.

   Kalau beginilah perangainya, besar nanti mesti ramai peminat. Terpaksalah Surfina menjadi penghalau lalat nanti.

  Tapi Surfina pun cantik juga. Sudahlah, tidak payah bincang rupa mereka. Kita sendu sudah.

  "Kenapa nak libatkan mereka?" Surfina memandang adiknya, curiga. Ha, sudah, lagu berlirik curiga dah bermain-main dalam kepala.

  "Kau tak ingat ke, kak?" Sufyan mula mengguling anak matanya, menyampah. "Hari ni kau terlebih slow pula eh. Penat aku nak jelaskan satu-satu. Macam ni... Tahani, Chandon. Bawa alat ciptaan kak Umayma," arah Sufyan.

  Surfina dan Qaulalhaq diam seketika sebelum masing-masing terbuntang mata. Kedua mereka terkelu. "Alat Umayma!"

  "Ya! Terima kasih, Tahani, Chandon." Sufyan tersenyum. Dia memandang kotak kayu di hadapannya. "Kotak?"

  "Umayma suruh aku buat kotak untuk mereka simpan barang-barang ciptaan dia," jawab Qaulalhaq. Tangannya terus membuka kotak yang sedikit kompleks itu. Bagi tujuan keselamatan katakan, kalau ada yang curi kan susah nanti.

  "Okay, nak buat apa?" soal seorang budak lelaki. Kita panggil Ahmad lah, ya?

  "Okay, kita buat macam ni tau. Jangan terlepas sepatah pun kata. Nanti parah! Oh, tolong bahagikan kepada dua antara yang pandai berlawan dengan yang tak." Sempat Sufyan berfikir soal itu. Nasib baik dia teringat, kalau tidak huru-hara nanti.

  Selepas melihat dua buah kumpulan barulah dia berpuas hati. "Okay, dengar baik-baik. Macam ni..."

  Terangguk-angguk mereka semua mendengarnya. Adalah sedikit bantahan
Qaulalhaq namun bantahannya langsung tidak diendahkan mereka yang lain. Sudahnya dia berputus asa sahaja. Keras kepala juga ya budak-budak itu.

  "Kenapa pula Sufyan yang beri arahan ni?" Entah mengapa soalan itu terpacul dari mulut Qaulalhaq.

  "Sebab Sufyan bijak. Ish, dengarlah abang Haq. Kalau salah sikit nyawa kak Umayma boleh terbang melayang terus tahu. Shhh, dengar. Jangan nak membantah je kerja." Sufyan merungut. Dia kembali menyambung ayatnya.

  Qaulalhaq membuat muka menyampah. "Iyalah."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top