Bab 10

"MAK CIK nak adik awak minta maaf!"

  "Tapi pada pandangan saya, Kazam perlu minta maaf pada adik saya dulu." Qaulalhaq berpeluk tubuh dengan tubuhnya disandarkan pada dinding. Matanya tajam merenung seorang wanita yang berada di sofa.

  "Eh, kenapa anak mak cik pula? Adik kamu tu yang tumbuk anak mak cik," bidas Puan Liyana. Rambut Kazam diusap lembut. "Sakit ya, Kazam? Dah, dah, biar ibu uruskan semua ni." Suaranya lembut memujuk si anak yang asyik menangis.

  "Hiks, sakit... Hiks..." Kazam mengadu. Dia membuat muka sedih pada ibunya. Namun, apabila wanita itu memandang Qaulalhaq, terus dia melemparkan senyuman sinis kepada Sufyan yang berada di hadapannya.

  "Macam ni lah, mak cik tak mahu panjangkan cerita. Nak senang, Sufyan perlu minta maaf." Tidak mahu mengalah juga orang tua ini. Dari tadi disuruhnya Sufyan meminta maaf, sudahlah selepas menyerbu bilik guru besar, nyaris ditamparnya budak lelaki itu.

  "Adik saya tak salah," tegas Qaulalhaq. "Sufyan tak akan menyerang kalau tiada yang provok dia." Matanya laju beralih ke arah guru besar yang sedari tadi berdiam diri. "Cikgu, tak nak cakap apa-apa?"

  Terkedu cikgu lelaki itu. Dia pun keliru nak kata apa. Nanti salah cakap, dia pula yang kena sembur. Sudahlah seorang naga, seorang lagi singa. Niaya padanya sahaja.

  "Susah sangat, kita pergi tanya murid-murid kelas tu jelah ya?" cadang guru besar dengan sengihan. Jalan terbaik buatnya ketika ini.

  "Okay." Puan Liyana laju sahaja berdiri. Tangan Kazam ditarik.

  "Eh eh, sabar sekejap, mak cik. Sebelum tu saya nak tanya... Kazam pernah masuk bilik disiplin?" soal Qaulalhaq, dengan nada lembut. Selembut yang dia mampu. [Boleh pula tertypo mampus.]

  "Ha? Bilik disiplin? Hei, kamu ingat anak mak cik ni apa? Budak jahat macam yang bersepah dekat luar sana?" marah Puan Liyana. Jarinya ditunjuk kepada Kazam, "Anak mak cik ni punyalah baik macam malaikat, kamu boleh tuduh dia macam tu?"

  Qaulalhaq yang mendengar balasan Puan Liyana terus tergelak. "Saya tanya mak cik, pernah atau tak. Saya tak tanya anak mak cik tu baik macam malaikat ke apa. Dia nak jadi syaitan ke iblis ke malaikat ke, ikut suka dia lah. Oh, saya dengar, Kazam ni berkawan dengan... budak jahat yang macam mak cik cakapkan tu. Apa nama mereka... Kasim? Lagi seorang... Tak ingat pula."

  Berubah air wajah Puan Liyana mendengar sindiran remaja itu. Dia mendengus. Pintu bilik guru besar ditolak lalu dihempas kuat.

  Guru besar menggaru kepala. "Kalau rumah sendiri tak apalah juga, ini sekolah. Kalau rosak, macamlah perempuan tu nak ganti. Haish..." Dia juga akhirnya mengekori langkah Puan Liyana dengan rungutan berpanjangan.

  Qaulalhaq tersengih. Dia memandang Sufyan yang masih kaku di sofa. "Jom." Pintu ditarik dan ditutup semula selepas Sufyan keluar.

  Qaulalhaq mengekori Sufyan tanpa sebarang kata. Memang diam sahaja dua ketul itu. Sudahah kelas 6 Zirafah agak jauh.

  "Maaf."

  Qaulalhaq memandang Sufyan. "Hmm..." Rambut budak lelaki itu diserabaikan. "Cheer up."

  Sampai sahaja di hadapan kelas, Qaulalhaq terus memberi salam. "Aku dekat sini bukannya apa. Aku cuma nak tanya, apa si budak Kazam tu tanya sampai Sufyan bertumbuk dengan dia?" Ringkas sahaja soalan Qaulalhaq. Tegas juga sebenarnya.

  Murid-murid kelas 6 Zirafah diam, langsung tidak berkata apa. Nak kata takut, ada yang berbisik-bisik.

  "Bam!"

  "Aku tanya baik-baik ni." Keluar dah tanduk syaitan si Qaulalhaq. Ha, orang tanya elok-elok tidak mahu jawab. Kena jerkah mahu terkucil pula.

  "Err... Sufyan tiba-tiba tumbuk Kazam!" Penolong ketua kelas bersuara. Muka macam confident, tetapi terketar-ketar juga.

  "Hei!" Sufyan membulatkan mata.

  "Hah, dengar tu? Jadi, Sufyan perlu minta maaf." Apa lagi, banggalah si Puan Liyana kerana anaknya yang kononnya bagaikan malaikat itu tidak salah apa.

  Qaulalhaq berkerut dahi. Sekejap lagi memang ada yang sampai bulan, jangan tanya kenapa. "Aku tanya lagi... Apa yang Kazam cakap pada Sufyan?" Suaranya berubah kasar. Sikapnya juga berubah seolah-olah seorang abang yang overprotective kepada adiknya.

  "Ummm..."

  Semua mata jatuh memandang seorang perempuan yang dengan beraninya mengangkat tangan. Sufyan yang mahu marah terus tersenyum.

  "Nama saya Aisyah. Saya duduk di belakang Sufyan... Penolong ketua kelas menipu sebab tadi dia pergi tandas... Lagipun tadi Kazam dan kawan-kawan dia yang tiba-tiba panggil Sufyan. Tak lama lepas tu Sufyan menjerit, Kazam pun sama dan akhirnya mereka bergaduh," jelas Aisyah, panjang lebar.

  "Saya duduk tepi pintu! Saya dengar Kazam sebut pasal anak yatim." Adam, pelajar lelaki yang paling dekat semasa sesi pergaduhan tadi bersuara.

  Semakin lama semakin ramai yang bersuara, dan kebanyakannya menyebelahi Sufyan. Wajah Sufyan jelas ceria dan lega.

  Manakala wajah penolong ketua kelas dan Kazam berubah geram.

  "Dengan ini, saya anggap anak Puan Liyana, Kazam, yang beesalah." Guru besar membetulkan kaca matanya. "Kazam... Awak ada rekod bilik disiplin dengan kawan-kawan awak, semuanya tentang buli. Jadi, cikgu harap awak ubah sikap awak menjadi lebih baik."

  Kazam menghentak kaki. "Ibu!"

  "Kazam." Tajam renungan Qaulalhaq, sehinggakan Kazam menggigil.

  "Aku minta maaf." Mahu tak mahu sahaja si Kazam menghulur tangannya. Muka macam tak ikhlas. Apa-apa sahajalah.

  Sufyan pula memandang lama tangan Kazam. Dia menarik nafas. "Aku pun minta maaf." Tangan disambut lalu dilepas laju oleh Kazam.

  Kes itu berakhir di situ. Kazam dibawa pulang ke rumah untuk dibebel manakala Sufyan diheret oleh Qaulalhaq untuk membersihkan luka.

  "Assalamualaikum, ibu!" Serentak Qaulalhaq dan Sufyan menjerit memberi salam. Laju sahaja mereka melangkah ke dapur.

  "Waalaikumussalam, ha, lewat betul Sufyan balik? Kau, Haq? Kenapa awal sangat?" tanya Puan Marisa.

  "Oh, ada hal sedikit tadi dekat sekolah Sufyan. Okaylah Haq nak cuci luka budak ni." Beg Sufyan ditarik ke dalam biliknya. Sufyan hanya redha. Nak kata apa lagi, kan?

  "Kau buat apa dekat sini?" Berkerut dahi Qaulalhaq apabila melihat Surfina yang dengan selambanya membaca buku di dalam biliknya.

  Surfina melirik sekilas ke arah Qaulalhaq. Dia menyambung bacaan, langsung tidak membalas apa yang ditanya lelaki itu.

  "Kau duduk atas katil tu," arah Qaulalhaq. Begnya dan beg Sufyan diletak di tepi bawah meja, tempat Surfina sedang duduk. Kemudian, first-aid kit diambil.

  "Tsk!" Sufyan berdesis sedikit. Pedih.

  "Tahan sikit." Qaulalhaq kembali menyapu ubat pada luka Sufyan. Matanya kosong sahaja, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu.

  "Kak, kau baca apa?" tanya Sufyan memecah kesunyian bilik itu.

  "Geografi bab 3."

  Suasana kembali sepi. Sufyan redha dengan betapa kasarnya tetapi cuba dilembutkan rawatan daripada Qaulalhaq. Qaulalhaq masih mencuci luka Sufyan tetapi otak sudah melayang entah ke mana dan Surfina tetap fokus dengan buku geografi milik Umayma.

  "Maaf."

  Surfina yang mahu menyelak buku terus terhenti. "Kenapa?" tanyanya tanpa menoleh untuk memandang lelaki itu.

  "Sebab marah kau."

  Surfina menarik nafas. "Salah Surfina." Jawapan itu bagaikan sudah diset ke dalam otak gadis itu.

  "Tapi, aku marah kau..."

  "Salah Surfina! Surfina yang lari ikut Sufyan, Surfina tak halang Sufyan, Surfina buat keputusan meluru,  Surfina careless sampai Sufyan kemalangan, Surfina emosional, Surfina susahkan semua orang, Surfina..."

  "Surfina!" Suara tinggi Qaulalhaq menghentikan gadis itu. "Salah aku. Aku yang marah kau. Jadi, berhenti salahkan diri kau."

  "Tapi Surfina... Surfina punca semua ni berlaku. Surfina buat papa marah, Surfina buat papa rasa Surfina menyusahkan, Surfina ganggu papa, dan sekarang Surfina susahkan lagi semua orang. Tak cukup waktu tu, sekarang pun Surfina susahkan orang." Memorinya semasa dia kecil mula melalui minda. Jeritan papanya, amarah lelaki itu, tangisan Sufyan yang masih bayi dan...

  "Menyusahkan."

  Suara papanya yang itu.

  "Surfina, aku tak tahu apa masalah kau dengan 'arwah' papa kau tapi sekarang ini, ianya salah aku sebab marah kau hari tu. Salah Qasim juga sebab tiba-tiba marah kau sampai kau dan Sufyan lari." Lembut sahaja suara Qaulalhaq.

  Surfina mengangkat wajah. Buku geografi dijatuhkan. Perlahan-lahan dia memandang Qaulalhaq. "Surfina minta maaf."

  Sufyan sudah gelabah apabila Surfina mula mengalirkan air mata. Laju sahaja budak itu turun dari katil dan terus memeluk kakaknya.

  "Kakak rindu... mama dan... papa..."

  Qaulalhaq diam sahaja. Takkan mahu menyibuk pula. Sudahnya dia menjadi pemerhati.

✧✧☘✧✧

  "Umayma termenung apa?"

  Umayma yang sibuk termenung terus tersedar. Dia tersengih namun wajahnya berubah apabila Qasim mengambil tempat di sisinya. Apa lagi, terus berjarak satu meter dari lelaki itu.

  "Umayma tak termenung apa pun. Cuma fikir sikit. Haq dan budak-budak tu mana?" tanya gadis itu, sopan. Segala barang yang bersepah di atas pangkin dikemas lalu disusun semula ke dalam begnya.

  "Entah. Tak nampak pula abang." Nak juga dia gelarkan diri sendiri abang, walhal gadis itu panggilnya along. Dasar syok sendiri.

  Umayma diam sahajalah. Tadi dia mahu serbu bilik sendiri, tapi ada pula sesi meluah hati dalam biliknya,  terus tak jadi masuk. Alang-alang lebih baik dia melepak di pangkin sambil mencari idea.

  "Umayma... kenapa Umayna kahwin dengan Haq, bukan dengan along?" Tiba-tiba sahaja Qasim mengutarakan soalan yang seolah-olah dalam kategori buang tabiat.

  "Abah pilih Haq, jadi Umayma ikut sahajalah. Lagipun kami sebaya, lagi senang," jawab Umayma dengan nada tidak selesa. Semacam je si Qasim itu. Sekejap lagi ada yang makan garfu.

  "Lah, Haq tu tak matang, kot. Lagipun kalau sebaya lagilah banyak pergaduhan. Lainlah kalau Umayma kahwin dengan abang. Abang lagi matang daripada Haq." Selamba sahaja si Qasim itu membandingkan dirinya dengan adiknya di hadapan adik iparnya.

  Kalau Puan Marisa nampak, memang kuali hitam legam itu terbang kena kepala dia. Kau sabar eh, nanti aku bagi.

  "Benda dah jadi, along. Lagipun Umayma selesa dengan Haq." Senyuman kekok diberi kepada Qasim. "Haq dah jadi suami Umayma dan along dah jadi abang ipar Umayma. Insya-Allah, kalau takde apa-apa, Umayma akan terus kekalkan perkahwinan ini dengan Haq. Lagipun, penceraian tu bukannya elok." Setepek terus diberi kepada Qasim.

  Qasim pula panas hati mendengarnya. Seolah-olah Umayma sedang menyindirnya. Tidak mahu mengalah, dia terus bangun lalu mendekati Umayma.

  "Abang suka Umayma! Abang yakin abang boleh jaga Umayma, jauh lebih baik daripada Haq jaga Umayma. Abang tahu, Haq banyak buat Umayma menangis, kan?" Qasim berdiri betul-betul di hadapan gadis itu.

  "Umayma cakap je, Umayma nak apa, abang akan beri. Asalkan Umayma sanggup kahwin dengan abang." Mata Qasim bersinar apabila mengutarakan ayatnya.

  Umayma sudah seram. Dia terus menjauhi Qasim. "Along, Umayma ni adik ipar along. Isteri kepada adik along, Qaulalhaq. Umayma pun tak pernah terfikir nak bercerai dengan Haq. Tolong hormat keputusan Umayma. Apa pun yang jadi, selagi Haq tak pernah naikkan perkataan cerai dengan sebab, Umayma takkan tinggalkan dia." Gadis itu bersuara tegas. Dia terus mencapai begnya lalu digalas.

  "Umayma!" Qasim mahu mencapai tangan gadis itu yang sudah mahu berlalu pergi.

  "Ktang!"

  "Gedebuk!"

  "Muhammad Qasim!"

  Umayma dan Qasim berpaling ke tepi. Ha, itu dia, bos besar! Puan Marisa sudah bercekak pinggang dengan wajah bengis. Alhamdulillah, sudip yang selamat mendarat pada tubuh Qasim itu dibaling olehnya.

  Berkat amarah Puan Marisa, dalam masa lima minit, semua orang sudah berkumpul di meja makan. Masing-masing berwajah takut, bagaikan baru lepas nampak hantu. Eh, tak, singa.

  Mereka diam sahaja, melihat Puan Marisa sibuk mengisi nasi ke dalam pinggang lalu dihulur kepada setiap orang. Sudahlah dia diam tanpa kata, memang ngeri dibuatnya!

  "Bam!"

  Terhinjut bahu mereka apabila Puan Marisa menghentak pinggan ke atas meja. Tujuh pasang masa itu diam memerhati Puan Marisa yang sedang menarik nafas.

  "Muhammad Qasim."

  "Ya, saya." Spontan Qasim membalas.

  "Ibu dah carikan kerja untuk kamu. Kamu boleh mula kerja tepat jam 8 pagi, lusa. Esok pagi kamu terus naik bas pergi Kuala Kangsar."

  Tersentak semua orang yang berada di meja makan. Sila kecualikan Qasyid, ya.

  "Tapi, ibu..."

  "Ibu tak mahu dengar alasan. Kemas barang kamu hari ini, esok pagi lepas sarapan terus pergi. Encik Zakaria, tolong hantar anak teruna awak ni pergi stesen bas esok. Tiada bantahan. Daripada kamu menyibuk dekat rumah ni jadi penanam anggur berjaya, lagi baik kamu jadi duit, cari pengalaman."

  Wajah Qasim mula pucat. Dia mahu membuka mulut tetapi laju sahaja dipotong wanita itu.

  "Kalau Qasim nak isteri, nanti ibu carikan. Tetapi selepas Qasim dapat kumpulkan duit yang bersesuaian untuk petik anak orang untuk dijadikan isteri. Perempuan yang tidak berpunya." Puan Marisa terus duduk di sisi Surfina. Sup ayam diambil.

  "Dengar cakap ibu, Qasim."

  Wanita itu terus makan selepas membaca basmalah.

  Kesemua yang berada di meja makan berpandangan. Tidak tahu mahu kata apa. Mereka terus memandang Qasim, yang masih berwajah pucat.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top