Bab 8
Yaya dan Ying tertidur dalam perjalanan mereka. Gempa pula tidak erti rehat membaca buku Elemental. Tangannya menyelak muka surat lain. Dia perasan setitik darah di permukaan kertas itu. Matanya ditajamkan untuk meneliti.
Sementara itu, pemandu di sebelah Thorn melanggar bahu Thorn.
"Psst... Tuanku, kita hampir sampai" kata pemandu itu.
"Ha, dah sampai?" Thorn menggosok matanya dan air liur di mulutnya. Matanya perlahan-lahan dibuka dan memandang bandar maju di depan mereka. Thorn senyum dan menepuk tangan.
"Korang, kita dah sampai!" Kata Thorn.
Yaya dan Ying bangun dari tidur mereka. Gempa hilang konsentrasinya untuk mengkaji lebih dalam.
"Kita dah sampai ke?" Tanya Ying dan menggosok matanya. Matanya melihat luar di tepi tingkap kereta.
"Belum. Kita baru sampai saja Kerajaan Cahaya" jawab Gempa.
"Eh. Wah!" Yaya teruja dengan keadaan bandar. Sungguh canggih dan maju.
"Ooh. Ini lah yang dikatakan kerajaan pertama yang paling maju!" Sorak Ying. Gempa menggeleng kepala melihat gelagat Yaya dan Ying. Sungguh takjub.
Ketika kereta dipandu, tiba-tiba seseorang mendepakan tangan di depan. Terus kereta berhenti mengejut. Orang itu memang tak sayang nyawa ke.
Orang itu pergi ke kereta tempat pemandu. Terus pemandu kereta menurun tingkapnya.
"Ooi, berhenti tak betul"
"Maaf encik. Kenapa encik berdiri di tengah jalan?" tanya pemandu kereta.
"Sebabbbb kereta kamu ni dah lama hah. Tengok! Tengok! Kereta di sini terbang macam rama-rama hah!"
"Pak cik ni boleh tak pergi?" halau Gempa.
"Apa!!!! Pak cik???!!!"
"Haha. Papa dipanggil pak cik" ketawa seorang budak di sebelahnya.
"Eh, sejak bila ada budak ni?" Soal Thorn.
"Hah, kamu tau tak kamu semua yang menggelarkan kebenaran pak cik tapi kebenaran bukan pak cik malah kacak dan lagi muda!"kata orang itu.
"Eee"gumam Yaya, Ying dan Gempa. Perasan lebih dia tu.
"Kebenaran ialah Papa Zola, pegawai keselamatan. Preet!" Kata orang itu yang bernama Papa Zola dan meniup wisel. Tersembur air liur kena muka pemandu dan Thorn.
"Dan saya pula Pipi Zola!
Puteri Intan Payung Indah Zulaikha Odelia Ladasyia Absyari! Anak kebenaran!" Laung kanak perempuan yang dipanggil Pipi Zola itu dan membuat gaya.
"Panjangnya nama!"kata Yaya dan Ying. Pipi Zola hanya tersenyum saja.
"Sudah. Kamu semua sudah tahu siapa kebenaran. Jadi kamu semua kena didenda!" Jerit Papa Zola dan mengeluarkan buku serta pen.
"Kejap. Kamu tahu siapa kami?" Soal Gempa.
"Perlu ke nak kenal cik adik oooi" jerit Papa Zola. Gempa menjeling pemandu dan pemandu faham maksud Gempa.
"Sebenarnya sebelah saya ni ialah Putera Thorn dari Kerajaan Daun" beritahu pemandu itu. Thorn senyum dan melambai tangan.
"Putera?"
"Dan gadis ini ialah Puteri Gempa dari Kerajaan Tanah" jelas pemandu itu lagi.
"Pu...puteri?"
"Wah, Pipi jumpa puteri lah! Pipi teringin nak jadi puteri!" Jerit Pipi Zola. Gempa hanya senyum saja.
"Jadi kamu sudah tahu, kami mahu pergi" balas Gempa.
"Eh. Oop. Denda tetap dikena walaupun kamu berdua ialah putera dan puteri" jelas Papa Zola. Tangannya menulis dalam buku. Haih, kata bandar maju, kenapa masih pakai buku lagi?
"Kejap. Ada ke kalau pakai kereta ni tidak dibenarkan? Mengikut Akta 256, kereta yang rosak tidak dibenarkan dipandu. Dan mengikut Akta lain, tiada apa-apa yang berkaitan kereta ini tidak boleh digunakan. Jadi kenapa kami kena didenda walaupun tiada kesalahan?" Soal Gempa. Papa Zola kekurangan kata-kata.
"Macam mana kamu tahu?" Soal Papa Zola.
"Lupa ke siapa saya?" Gempa balas soalan balik. Papa Zola masih kekurangan kata-kata. Tiba-tiba telefon berdering di sebelahnya. Papa Zola mengambil dan menekan punat merah.
"Helo?"
KANDA! MANA KANDA BAWA PIPI HAH?!
Papa Zola menjauhkan telefonnya dan menggosok telinganya sebelum dia mendekatkan telefon di telinganya.
"Err. Pipi teman kanda bekerja"
KALAU ADA APA-APA JADI PADA PIPI, SIAP KANDA!
"Nanti kanda bawa Pipi balik"
SEKARANG!
"Err. Oo..okay"
Terus telefon dimatikan. Papa Zola memandang kereta di hadapannya. Pemandu, Thorn, Yaya, Ying, Ochobot dan Gempa menahan gelak.
"Haih, ketawakan kebenaran kan hah?! Kebenaran balik dulu. Dah korang boleh pergi" beritahu Papa Zola dan membimbing Pipi untuk pulang ke rumah.
Selepas kelibat mereka hilang, terburailah dengan gelak tawa dalam kereta.
"Terbaiklah Gempa!" Kata Ochobot dan mengelap air mata ketawanya. Senak betul perut dia.
"Akhirnya mereka pergi" kata Ying.
"Tapi nak tengok budak comel tu" kata Thorn.
"Alah, nantilah Thorn. Lepas kita selesai keadaan, kita jumpa budak tu semula" jawab Gempa.
"Dah pemandu sambung pandu" arah Gempa.
"Baik tuan puteri!" Kata pemandu dan membuka enjin semula. Terus pacuan empat roda itu meluncur di atas jalan raya.
Jarinya menyentuh skrin telefon nya. Cuba mengedit gambarnya.
"Sudah sudahlah tu Solar. Tak habis-habis edit gambar kamu tu. Anak mama dah handsome lebih" kata Permaisuri Terang. Tangannya membawa dulang meletak di atas meja.
"Hehe. Anak mama kan memang handsome dari dulu lagi" ujar Solar. Permaisuri Terang duduk kerusi dan mengambil minuman di atas meja. Secawan minuman itu diberikan Solar. Solar duduk bertentangan mamanya. Dia mengambil cawan yang dihulur oleh mamanya sebelum dia menghirup minuman.
"Kadang-kadang mama tak tahu dua-dua anak mama ni yang mana lelaki dan yang mana perempuan" kata Permaisuri Terang. Solar meletak cawan sebelum dia bersuara.
"Alah, si adik tu kan tak suka selfie. Kedekut nak tunjuk mukanya. Tengok Solar ni, tak kedekut nak tunjuk kekacakan Solar ni. Ramai orang suka Solar tau" beritahu Solar.
"Aik, Apa Solar ni cakap? Adik Solar tu bukan kedekut. Dia malu." Balas Permaisuri Terang.
"Malu apanya ma? Keras ada lah. Cakap orang kasar" jawab Solar.
Permaisuri Terang menggelengkan kepala. Mulut Solar ni kalau nak pedas, depan dengan orang yang tak sepatutnya. Nasib baik Permaisuri Terang seorang terang hatinya. Bersabar dengan mulut cili anaknya.
Tiba-tiba, seorang pembantu istana datang.
"Tuanku"
"Ya?"
"Beberapa orang datang ke istana."
"Siapa?"
"Patik tidak tahu"
"Sudah memberitahu Raja Light?"
"Sudah"
"Okey. Kejap lagi beta pergi ke sana"
Pembantu itu terus pergi.
"Solar nak ikut mama tak?" Tanya Permaisuri Terang.
"Tak nak. Belum habis ni" kata Solar.
"Cepat ikut mama. Kamu ni banyak kali asyik tetamu datang, kamu tak jenguk dan layan"
"Alah, mama..."
"Ikut mama. Jangan macam anak dara je" kata Permaisuri Terang. Dengan muka cemberutnya, Solar menangguk kepala. Permaisuri Terang senyum dan pergi ke bilik tetamu istana diikuti Solar.
****
Haiii. Author sengaja tabah watak papa Zola dan Pipi. Tanpa kebenaran, tak lengkap buku ini. 😂
Jgn lupa vote dan comment. Bye!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top