Bab 3
Perlahan-lahan Yaya meletak Gempa di atas tanah. Gempa memeluk kaki nya dan menangis. Yaya dan Ying tercungap-cungap akibat lari sebentar tadi. Mereka sudah jauh dari istana dan berada di bukit hampiri hutan simpan.
Setelah beberapa minit, tangisan Gempa mula reda. Dia melihat istana serang dan musnah.
"Maaf tuan puteri. Kami..."
"Takpe. Aku faham tugas korang. Korang duduk sini. Aku nak cari makanan untuk kita"
"Biar patik..."
"Tidak perlu. Kamu berdua sudah kehilangan tenaga. Jangan membantah tuan puteri!"
"Err...baik"
Yaya dan Ying terus duduk di atas tanah. Gempa mengambil lembing disebelahnya dan bangun. Terus dia hilang kan diri di dalam hutan. Yaya dan Ying mengeluh dengan sikap Gempa yang sungguh keras kepala. Mereka menunggu sahaja Gempa mencari makanan
Gempa melihat sekeliling nya untuk mencari buah-buahan. Dia ternampak sebiji epal lalu memetiknya. Tiba-tiba, dia terdengar suara halus meminta pertolongan.
"Tolong!"
Terus Gempa berlari mengikuti arah bunyi suara itu.
Pari-pari lelaki mahu melepaskan diri dari seekor labah-labah. Gempa melompat dari semak dan pergi ke situ. Tangan nya terus mengambil pari-pari lelaki itu yang tersangkut di sarang labah-labah. Terus pari-pari lelaki itu senyap.
"Labah-labah, minta maaf tau. Labah-labah tak boleh makan Ochobot ya!" Kata Gempa dan senyum. Labah-labah seakan-akan faham maksud Gempa terus melompat ke arah lain.
Gempa melepaskan pari-pari lelaki itu di tangannya.
"Terima kasih puteri Gempa"
"Lain kali hati-hati Ochobot"
"Hehe. Puteri Gempa buat apa sini? Bukan Puteri Gempa tidak boleh keluar istana."
Gempa mengeluh.
"Istana diserang"
"Diserang!"
"Sekarang ni Gempa sedang mencari makanan"
"Kalau begitu, bolehkah patik menolong Gempa untuk membalas jasa"
"Macam macam lah Ochobot ni. Tak perlu patik dan tuan puteri. Jom teman Gempa cari makanan"
"Kalau begitu, Ochobot tahu di mananya"
"Mana?"
"Mari ikut Ochobot"
Terus Gempa mengekori Ochobot sampai lah hutan yang dalam. Gempa melompat dari semak tu.
🌌🌌🌌
Gempa ternganga melihat di depannya. Ternyata pelbagai buah-buahan yang subur bagaikan emas menyinari.
"Nah, tuan puteri" kata Ochobot dan membawa sebuah bakul rotan.
Gempa mencuit pipi Ochobot. Kerana masih memanggilnya tuan puteri. Ochobot hanya tersengih sahaja.
Perlahan-lahan Gempa mengutip buah-buahan dan memasuki nya di dalam bakul. Sudah hampir penuh, mereka terus keluar dari hutan simpan itu.
Yaya dan Ying gembira apabila Gempa selamat dan membawa buah-buahan di dalam bakul. Gempa hanya senyum kepada mereka. Bakul diletak di atas tanah.
"Gempa nak tak strawberi ni?" Soal Ochobot tiba-tiba dari belakang Gempa. Baru sahaja Yaya dan Ying mahu mengambil buah, tiba-tiba mereka ternampak Ochobot dan berlari ke belakang Gempa.
"Tuanku hati-hati!" Laung Yaya.
"Pergi kamu makhluk!" Halau Ying.
Ochobot kebelakang kerana tindakan Yaya dan Ying tiba-tiba.
Gempa terus ketawa berdekah-dekah. Yaya dan Ying melihat Gempa pelik.
"Kamu berdua ni janganlah terlalu overprotective. Kamu jangan risau. Dia ni sebenarnya baik dan guardian Gempa."
"Sejak bila?" Soal Yaya.
"Macam ni..."
Ketika Gempa berumur 11 tahun, Gempa sedang bersiar-siar sekeliling istana. Gempa tiba-tiba nampak sesuatu yang menarik perhatian dia. Lalu dia ke sana.
"Kamu ni apa ya?" Soal Gempa
"Errkk. Tuan puteri!" Laung Ochobot.
"Comellah kamu ni"
"Te...terima kasih"
"Jom main!"
Sejak dari itu, Gempa dan Ochobot rapat dan mengenal masing-masing.
"Guardian?" Soal Gempa dan mengerut dahinya.
"Sebenarnya tuan puteri saya ni ialah guardian tuan puteri dari ancaman bahaya. Saya akan sentiasa lindungi tuan puteri. Kerana tuan puteri diamanah pada masa hadapan."
"Hah. Gempa tak faham"
"Tidak lama lagi tuan puteri faham"
Suatu hari...
Sepatutnya Ochobot akan datang dan jumpa Gempa. Namun sudah 5 hari Ochobot tidak berjumpanya. Jadi dia membuat keputusan untuk pergi ke hutan simpan sebagaimana Ochobot menceritakan tempat tinggalnya.
Selalu Gempa dapat keluar dari istana. Jadi dia membuat keputusan untuk ke hutan simpan dan juga membawa lembingnya untuk keselamatan.
"Ochobot! Oh Ochobot!" Laung Gempa bergema satu hutan. Namun, tiada jawapan. Tetapi Gempa tetap semangat mencari. Sehinggalah dia berjumpa Ochobot dikurung dalam lampu. Gempa terus membantunya.
"Ooi! Siapa engkau hah membuka lampu tu!"
Gempa terkejut dan menoleh kebelakang. Rupa-rupanya seorang nenek tua dengan pakaian jubah labuh di atas tanah.
"Siapa nenek ni hah?!"
"Nenek tanya kamu, kamu tanya nenek pula? Nah, rasakan ni!"
Suatu cahaya bola dibaling kepada Gempa.
"Tanah pelindung!"
Terus tanah mencacak menyebabkan Gempa tidak terkena dengan bola tersebut.
"Nenek! Saya tidak serang nenek, tapi nenek serang saya. Saya tiada pilihan lain melainkan serang nenek!" Laung Gempa kuat.
"Tanah berduri!"
Terus muncul tanah tajam hampir nenek itu. Nenek menggunakan sihirnya dan bola diluar membuat dia terselamat dari tanah berduri.
"Erghh... Kamu sudah melampau. Dengan itu, nenek akan menyumpah kamu tidak boleh menggunakan kuasa. Haha!"
Terus kelibat nenek hilang.
"Nanti!" Namun semua terlambat. Gempa cuba menggunakan kuasa nya tetapi tidak boleh. Lembing diambil sebelahnya dan dicucuk atas tanah sebagai protes.
"Gempa..." Gumam Ochobot perlahan. Namun Gempa tidak mengendahkannya.
"Gempa! Dengar sini!" Tiba-tiba Ochobot memanggilnya tegas. Gempa mendongak kepala memandang Ochobot.
"Dengan ini sumpahan itu hanya terhenti sehingga umur Gempa mencapai 18 tahun kerana ahli sihir tidak memberitahu nya sumpahan tamat bila. "
Gempa tergamam.
"Ochobot boleh? Kenapa sehingga Gempa berumur 18 tahun baru sumpahan tamat?" Soal Gempa. Ochobot senyum kepadanya.
"Kerana sumpahan tidak boleh semudah hilang dengan cepat. Jadi Ochobot mencadangkan sehingga Gempa berumur 18 tahun" ujar Ochobot.
Gempa diam. Dia masih tidak puas hati. 7 tahun dia perlu menunggu kuasanya.
"Tapi takpe Gempa..."
"Hah?"
"Saya akan ajar kamu Mofa mudah kalau kamu rajin"
"Mofa? Maksudnya kuasa diungkapkan tapi bukan asal diri kita?"
"Betul! Macam mana Gempa tahu?"
"Gempa kan suka baca buku di perpuskaan istana"
"Aah. Lupa pulak. Jadi Gempa nak belajar mofa tak?"
"Nak! Nak!"ujar Gempa gembira.
"Ochobot akan lawat Gempa setiap minggu. Boleh?"
"Asalkan datang"
"Ok Ok. Nah, Ochobot beri buku dulu. Gempa boleh rujuknya"
"Ok!"
Selepas Gempa mendapat buku, dia mahu pulang ke istana.
"Gempa!" Jerit Raja Quake lantang.
"Ya Ayahanda?"
"Ke mana Gempa menghilang sehingga lewat malam? Ayahanda sudah arah pengawal tapi mereka tidak dapat jumpa Gempa"
"Err... Gempa bersiar-siar di kampung. Itu je. Takkan pengawal tidak dapat jumpa Gempa?"
"Banyaknya alasan. Kamu sebenarnya pergi ke tempat lain dan tidak perlu menipu ayahanda"
"Gempa tak cakap..."
"Cukup. Ayahanda sudah tidak akan mengizinkan Gempa keluar dari istana lagi! Pengawal!"
"Ya. Tuanku!" Kata ketua pengawal.
"Selepas ini, kamu perlu jaga Puteri Gempa kerana beta tidak membenarkan Puteri Gempa keluar dari istana lagi. Faham?!"
"Faham tuanku!" Kata pengawal.
Selepas itu, terus pengawal beredar untuk memberitahu hal demikian kepada pengawal lain.
"Sudah! Pergi ke bilik kamu" arah Raja Quake. Gempa berdencit dan pergi ke biliknya.
*****
Kali ini chapter ni panjang. So, ke chapter seterusnya sambung.
So, jangan lupa vote dan comment! ㆁωㆁ
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top