Bab 27

Hali yang baring di atas katil terkulai lemah. Banyak balutan di bahagian badannya. Di sisinya terdapat bantuan alat pernafasan. Hali seolah-olah nazak.

Mereka di situ hanya memandang Hali sayu. Teringat kata doktor bahawa 60% Hali kemungkinan tidak dapat selamatkan, tapi 30% Hali dapat diselamatkan. Pilu di hati mereka mendengar ujaran doktor tadi.

Jikalau Hali tidak dapat selamatkan...

Apakah akan terjadi dunia selepas ini?

Gempa menetap bibir.

"Aku ada cara untuk selamatkan Putera Hali."

Semua di situ memandang Gempa.

"Macam mana?" tanya Solar.

Gempa mengetap bibir.

"Aku akan guna moshi dengan memindahkan kesakitan dia ke aku."

"Tak boleh!" bantah Ochobot sekeras-kerasnya. Gempa menggariskan senyuman, dia tahu Ochobot risaukannya. Tapi, dia rela berkorban. Dia pantas menggunakan moshinya. Mereka semua di situ hanya terkedu. Setelah dipindahkan, akhirnya Gempa pengsan. Dan Yaya dan Ying sempat menangkapnya.

Kesan luka pada Hali sembuh sepenuhnya. Perlahan-perlahan Hali membuka matanya, dia memandang sekeliling dan bingung situasi sekarang.

"Apa dah jadi sebenarnya? Kenapa aku rasa kuat ni?"

Matanya beralih arah pada Gempa

"Gempa telah pindahkan tenaganya kepada kau, Hali. Dan segala luka kau ditanggung oleh Gempa" ujar Ochobot. Patutlah Hali perasan terdapat kesan luka pada wajah Gempa. Tanpa sedar, Hali mengalirkan air matanya. Dia tertanya-tanya. Kenapa Gempa menyelamatkannya? Selama ini, dia yang tanggung kesakitan sendiri, tetapi kenapa orang lain pun mahu terlibat.

"Aku akan ikut korang mengembara untuk selamatkan kerajaan" ujar Hali.

"Eh, kejap. Takkan biarkan Gempa macam ni. Gempa yang ketuai pengembaraan ini?" soal Fang.

"Habistu takkan kau nak Gempa sakit pun nak ikut. Dia akan tinggal di sini dan dirawat. Untuk balas jasa, aku yang akan ketuai pengembaraan ini."

"Eh, eh sukahati kau nak arah aku." Solar merenung tajam Hali. Hali membalas tajam mata Solar. Mereka saling berlawan.

Raja Thunder yang terdiam akhirnya berjalan dan mendekati Hali. Dia terus memeluk Hali, tergamam Hali dibuatnya.

"Maafkan ayah," bisik di telinganya.

Hali diam berkutik. Dia tidak membalas pelukan Raja Thunder.

"Nah." Raja Thunder terus memberi kertas yang dikoyak. Hali mengambilnya.

"Itu kertas..." Yaya dan Ying mendekati Hali.

"Hah!"

Dia mengeluarkan buku elementals dari beg Gempa dan memberi kepada Hali. Hali seakan faham maksud itu terus meletak kertas itu di muka halaman.

Cahaya menyinari, menyilaukan pandangan. Setelah cahaya itu makin pudar, Hali memandang lengannya yang dipakai gelang berlogo petir.

Hali membaca petunjuk itu.

"Selamatkan nyawa, demi kerajaan dan manusia. Kami pergi kerajaan petir. Walaupun seram tapi tak menghalang kami. Puteranya banyak diam diri, tapi sebenarnya kasih sayang di lubuk hati."

"Aku tak faham. Ni cakap apa?" soal Hali selesai membaca.

"Entah. Tak ada guna langsung. Dah lah jom" ujar Solar.

"Aku nak tukar baju. Yang Gempa letak atas katil aku" Hali terus pergi keluar meninggalkan mereka di bilik itu.

°°°
Maaflah caye kerana lambat update. Bukan apa sih, tapi wattpad buat hal. Asy tak dpt login akaun ni😢, nasib baik boleh masuk. Tapi susahlah. Complicated.
Asy tahu Asy buat plot twist lagi😂ehek.
Say bye bye pada Gempa pula kerana tidak dpt ikut Journey. Hali mengganti watak utama.
Korang nak tak cite romance or not?
Maybe not. Ehek. Nnt lah tulis romance season 2 😂
OK. Mungkin Asy akan lambat update lagi, sbb Asy nak buat manuskrip story lain dan nak hantar penerbit. Kalau diterima🙃
Last pengumuman, Asy nak pub cite boboiboy lain di draft. Malas nak tunggu dia berhabuk. Lebih baik pub kan😂
OK. Sayonara sume.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top