Bab 18
Tangan Raja Adudu menumbuk kerusi duduk nya. Dia berasa geram, nak saja dia memukul askar nya satu per satu. Matanya melirik Probe. Wajah Probe ditunduk memandang lantai.
"Habislah aku ..." Gumam nya.
"Arghhhhh!!!!!" Jerit Raja Adudu.
"Maafkan patik tuanku" rayu Probe. Nak nangis dia di sini. Raja Adudu mengetap giginya.
"Maaf, maaf! Macam mana aku nak maafkan kau kalau kau gagal menakluk Kerajaan Daun!?"
"Mereka dah bersedia awal-awal. Lagi-lagi, banyak askar kita terkorban sebab nak menakluk Kerajaan Tanah."
"Heh. Dah! Kau pergi kutip cukai rakyat. Yang askar cedera tu, pergi rawat sendiri. Pandai pandailah diorang ugut rakyat rawat mereka ke, apa ke"
"Baik tuanku" Probe menangguk.
"Apa kau tercegat sini! Manalah cawan aku ni. Nak baling kau je" jerit Raja Adudu. Terus Probe lari dan keluar dari istana.
"Huh, apalah nasib aku ni" bebel Probe.
"Tuan!" dua askar tercegat di hadapan Probe, Probe memandang mereka berdua.
"Raja Adudu kata aku akan kutip cukai. Nanti panggil orang lain suruh bantu aku. Yang askar cedera itu, pandai-pandai korang rawat. Minta penduduk tu rawat ke, apa-apa ke. Dah, umum kepada mereka" arah Probe.
"Baik!" Terus dua askar itu berlalu pergi.
"Maafkan saya. Saya tiada duit " rayu seorang wanita.
"Ah, sudahlah!" Terus askar tendangnya. Terjatuh wanita itu di atas tanah, dia mengerang kesakitan. Akibat duitnya habis disebabkan perlu bayar cukai, dia tidak boleh bayar cukai kali ini. Orang yang tidak membayar cukai akan diseksa atau menjadi hamba.
"Berhenti!" Laung satu suara menarik perhatian mereka. Seorang lelaki yang berusia berjalan ke arah mereka dan muka bengis.
"Korang jangan kacau dia!" Laung Tok Abah, ketua kampung itu. Dan juga sebenarnya datuk kepada Gempa, tetapi dia lebih suka menatap di kampung.
"Amboi"
Tok Abah menatap nya tajam dan pergi ke arah mereka berdua.
"Nah cukai, sekali dengan dia" balas Tok Abah. Matanya melirik wanita itu yang tergamam.
"Heh, nasib baik selamat. Dah kumpul cukai kat tempat lain" kata askar itu dan pergi. Tok Abah menutup mata.
"Keadaan makin teruk. Atuk harap Gempa dan lain-lain menyelamatkan dunia ini" kata Tok Abah.
Borara jalan terkedek-kedek dan tangannya memegang dada dia yang luka. 'Dia' melirik ke arah Borara, teruk juga lukanya. Selepas Borara dapat tempat duduk, beberapa orang merawatnya segera.
"Tak guna budak tu! " Bentak Borara.
"Kuat sangat ke budak tu?" Tanya 'dia'. Dia hanya melihat Borara yang sedang dirawat.
"Boleh lah. Tapi aku hampir-hampir je. Dah lah dia pakai Mofa"
"Mofa? Tapikan dia ada kuasa, kenapa tak pakai"
"Tulah. Belum lagi kuasanya. Tapi kita kena bersiap sedia"
"Ya, jangan kita kalah lagi. Lepas ni giliran aku"
"Kau. Lebih cepat kau tangkap putera tu, lagi lah tak aktif kuasa ketujuh-tujuh elemental"
"Heh, aku takkan biarkan mereka aktif elemental tu. Dah, aku nak pergi"
'Dia' terus pergi. Borara hanya senyum sinis. Harap-haraplah ketujuh elemental tidak dapat diaktifkan.
***
Siapakah 'dia'?
👀
Jgn lupa tekan vote tu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top