Bab 10
"Tuanku!"
Tiba-tiba seorang pengawal berlari ke arah Raja Light. Raja Light memandang pengawal itu.
"Kenapa?"
"Kerajaan kita diserang!"
"Apa!?" terus Raja Light bangun dari duduk di atas sofa.
"Sudah buka pelindung invisible?" tanya Raja Light.
"Sudah tuanku. Mereka tidak masuk tapi mereka masih di depan" kata pengawal itu.
Raja Light bangun dan menyuruh pengawal menyediakan kenderaannya untuk menghantar ke pintu masuk kerajaan Cahaya.
Sesampai saja di belakang pintu masuk Kerajaan Cahaya, kelihatan beberapa askar musuh sedaya upaya masuk Kerajaan Cahaya.
"Korang tak boleh masuk kerajaan beta" kata Raja Light dan senyum sinis.
"Heh, kau tak kenal aku ni siapa?" Tanya ketua askar itu.
"Aku tak pernah kenal kau langsung" balas Raja Light sombong.
"Kau lupa hah?! Takkan kau tak ingatkan aku ni?!"
"Ada ke...? " soal Raja Light dan cuba mengingatinya.
"Tch. Raja apa kau ni? Aku ni Borara lah!" Bentak Borara.
"Oooh. Kau Borara tu. Maklumlah aku ni semakin lama semakin muda. Hidup lagi kau ya? Beta ingatkan kami dah tewaskan kau!" Kata Raja Light.
"Heh, aku tak tewas begitu" kata Borara belagak.
"Papa!" Solar membuka pintu kereta dan terus lari ke arah Raja Light.
"Anak papa buat apa kat sini?" Soal Raja Light. Gempa, Ochobot, Yaya dan Ying keluar dari kereta dan berjalan ke arah mereka. Borara senyum senget.
"Hai, Puteri Gempa!" Kata Borara dan melambai tangan. Dahi Gempa kerut berlapis-lapis.
"Macam mana kau tahu aku Puteri Gempa? Jangan jangan kau lah Adudu yang ayahanda cakap kan" tuduh Gempa.
"Tch. Aku bukan seperti kutu hijau tu"
"Jadi siapa kau?" tanya Gempa keras.
Borara menepuk dahinya. Baru saja dia kenalkan diri untuk Raja Light, kini dia kenalkan diri lagi. Takpe Borara untuk musuh kau, gumam Borara.
"Ehem, ehem. Aku Borara. Haha! Kalau korang nak selamat, Puteri Gempa kena ikut aku"
Gempa mengerut dahinya lapis-lapis.
"Apahal aku kena ikut kau ni? Lagipun di sini selamat je" kata Gempa.
"Memang sini selamat, tapi bukan ayah kau" kata Borara dan menunjuk gambar muka Raja Quake penuh lebam yang dipapar di dalam tab.
"A...ayahanda" kata Gempa dan menahan air matanya dari jatuh.
"Lepaskan Quake lah!" laung Raja Light lantang.
"Gempa, jangan" kata Yaya dan memeluk bahu Gempa.
"Kau jangan buat. Fikir apa yang Permaisuri Kristal cakap. Diorang pasti tetap suruh selamat kerajaan dari diri mereka" kata Ying. Gempa menghela nafas. Gempa memikirkan tindakan rasional.
"Aku...takkan ikut kau" gumam Gempa.
"Ooo, biar aku seksa ayah kau ni" kata Borara dan senyum jahat. Gempa mencebik bibirnya.
"Baiklah. Kau tiada urusan, sila pergi" kata Raja Light.
"Heh" Borara dan askarnya berundur dan hilang bayangan mereka.
Seorang pengawal datang menghampiri mereka.
"Tuanku, ada panggilan dari Raja Balak" kata pengawal dan menyerahkan tablet kepada Raja Light.
"Ooh, Balak. Kenapa ni?" tanya Raja Light.
"Kerajaan kau diserang tak?"
"Hampir, tapi aku sempat pasang pelindung invisible. Kenapa?"
"Kerajaan aku diserang"
"Apa!"
Semua orang memandang Raja Light.
"Aku dah jangka perkara ini berlaku. Sebab itu aku dah sedia tentera aku awal"
"Ooh bagus"
"Aku nak call ni pun nak cakap lain pula. Aku nak minta tolong kau beri amaran kerajaan lain untuk bersedia. Sebab talian di kerajaan aku boleh hubungi jarak yang dekat sekarang"
"Ok, aku beritahu lain"
Terus talian dimatikan.
"Papa, kenapa?" tanya Solar.
"Thorn sini jap" panggil Raja Light mengendahkan soalan anaknya.
"Ya pak cik. Kenapa panggil Thorn" kata Thorn menghampiri Raja Light.
"Kerajaan Daun diserang, nasib baik ayah kamu sempat persediaan tentera. Kamu tak perlu risau" kata Raja Light. Thorn hanya tenang mendengarnya. Dia bersyukur ibu bapanya dan kerajaan masih stabil.
"Papa" panggil Solar.
"Ya, Solar. Kenapa ni?"
"Solar dapat tahu punca musuh datang Kerajaan"
"Apanya Solar?"
"Solar rasa Gempa lah puncanya!" kata Solar dan menunding Gempa.
Gempa tergamam. Apa salahnya?
"Papa perasan tak Gempa pergi Kerajaan Daun. Selepas pergi tu, Kerajaan Daun diserang. Tengok, sekarang giliran kita pula kena diserang. Nasib baik kita pakai pelindung invisible."
"Putera Solar, apa kau kata aku ni menbawa sial?" tanya Gempa kasar.
"Heh, kau yang sendiri cakap tu. Lebih baik kau pergi atau masuk lokap. Senang kerajaan lain tak diserang"
"Sudah cukup Solar. Ini bukan salah siapa siapa. Ini salah musuh" kata Raja Light tegas
"Papa lebih berpihak Gempa dari Solar?"
"Bukan papa maksudkan. Semua pihak tak bersalah. Yang bersalahnya pihak musuh. Faham?" kata Raja Light.
"Tch. Solar dah beri klue tak nak diterima. " kata Solar dan menghentak kakinya sebagai protes.
"Solar, hormat papa dan tetamu. jangan sampai papa ambil telefon kamu dan buang instagram, twitter dan facebook" ugut Raja Light. Solar diam dan berjalan memasuki ke dalam kereta. Gempa berasa bersalah atas apa yang dilakukan. Tapi bukan salahnya.
"Puteri Gempa, Putera Thorn dan lain- lain boleh tidur istana. Nak dekat malam ni. "
"Takpelah susah susah. Kami boleh tidur di hotel" kata Gempa dan menolak segala tawaran diberi.
"Kamu nak Solar mengikut korang atau tak?"
"Err.. Nak?"
"Jadi tidur dalam istana beta. Nanti kamu semua boleh pujuk Solar"
Mereka mengangguk kepala. Dan semua menaiki kereta untuk kembali ke istana semula.
*****
Sorry semua lambat update. Sbb mood x baik dan tiada idea. Oh ya, nanti Ira ada buat cerita baru kejap lagi. Harap korang baca dan sokong ceritanya
Jangan lupa vote dan comment.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top