Bab 1
Tap!
Tap!
Derapan kaki laju di dalam istana. Terkoncoh-koncoh semua pembantu dalam istana berlari ke bilik persalinan Permaisuri Kristal. Bagaikan kecemasan berlaku di dalam istana tersebut.
"Aah!"
Bergema satu istana dengan jeritan Permaisuri Kristal.
Pembantu Wawa yang memimpin anaknya berhenti di tengah istana. Dia melihat sekelilingnya, semua tergesa-gesa. Matanya melirik ke arah anak di samping. Dia berdiri di hadapan dan merendahkan badan sejajar anaknya. Senyuman ditampil olehnya.
"Yaya, mak nak pergi bilik permaisuri. Yaya tunggu sini ya?" tanya Pembantu Wawa kepada anaknya, Yaya dengan nada lembut. Mata Yaya yang comel menatap ibunya dan perlahan-lahan mengangguk kepala. Walaupun dia baru berusia 3 tahun, dia masih memahami ibunya yang bekerja sebagai pembantu istana.
Pembantu Wawa kembali berdiri dan dengan berat hati melepaskan tangan anaknya. Dicuit pipi anaknya sebelum berlari ke bilik persalinan. Yaya hanya tercegat dan menatap kelibat ibunya yang sudah pergi.
Yaya melilau sekelilingnya. Seorang kanak bersendirian tidak jauh dipandangnya. Terdetik hatinya untuk menegurnya. Perlahan-lahan dia berjalan menuju ke arah nya.
"Hai, saya Yaya." Ucap Yaya dan senyum manis kepadanya. Kanak itu terkebil-kebil sebelum tunduk memandang lantai.
"Janganlah malu. Yaya nak jadi kawan je," ujar Yaya lagi.
Kanak tersebut menangkat kepalanya dari menunduk ke bawah. Kata-kata Yaya menarik perhatian nya. Mata Yaya merenungnya membuatkan hatinya tenang.
"Kawan?" Soal Ying.
"Ya. Kawan. Jom kita berkawan."
Ying mengemam bibirnya. Dia menangguk dan bibirnya ukirkan senyuman.
"Saya... Ying."
"Oh, Ying. Selamat berkenalan!" Kata Yaya ceria dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Ying memerhati tangan Yaya yang dihulur. Perasaan segan hilang di hati Ying, seraya dia menyalam Yaya.
**
"Sikit lagi tuanku."
Air mata berlinangan di pipi permaisuri. Tergeleng-geleng kepalanya. Sungguh dia sakit pada ketika itu.
"Tahniah tuanku. Tuanku dapat seorang. Izinkan patik dan yang lain untuk memandikan anak tuanku," kata pembantu Yang. Permaisuri senyum nipis dan menggangguk. Terus beberapa pembantu mengekori pembantu Yang yang mendukung puteri ke bilik air khas.
"Tahniah sayang kerana berusaha." Kata Raja Quake dan mengusap pipi permaisuri. Permaisuri Kristal senyum manis saja.
Beberapa minit, muncul pembantu tadi semula. Pembantu Yang yang mendukung puteri tuanku yang siap mandi dan berpakaian terus menyerah kepada Raja Quake.
"Aik, dah mandi terus tidur?" ujar Permaisuri Kristal. "Penat kut. Sayang nak namakan anak kita apa?" Soal raja Quake. Matanya tidak habis-habis merenung wajah comel puterinya.
"Sayang tak kisah."
"Kalau macam tu, panggil Gempa nak tak?"
"Sayang ikut saja. Nama Gempa okey saja."
"Puteri Gempa anak Raja Quake..." Raja Quake senyum dan melihat anaknya di dukungannya.
Keadaan di dalam dewan sangat bising, rakyat ditempatkan di dalam dewan tersebut. Raja Quake dan Permaisuri Kristal duduk di hadapan dan senyum kepada mereka. Puteri mereka berada di dalam bakul bayi khas.
"Diberi laluan kepada Yang Berhormat tuanku dari Kerajaan Petir, Raja Thunder dan Permaisuri Sambar bersama puteranya Halilintar." Ucap pengawal istana lantang. Semua di dalam dewan tersebut menumpu pintu masuk dewan.
Pemerintah yang dipanggil itu berjalan di atas karpet merah yang disediakan khas.
"Diberi laluan kepada Yang Berhormat tuanku dari Kerajaan Taufan, Raja Hurricane dan Permaisuri Beliung bersama puteranya Taufan."
"Diberi laluan kepada Yang Berhormat tuanku dari Kerajaan Api, Raja Flame dan Permaisuri Hot bersama puteranya Blaze."
"Diberi laluan kepada Yang Berhormat tuanku dari Kerajaan Air, Raja Water dan Permaisuri Sejuk bersama puteranya Ice."
"Diberi laluan kepada Yang Berhormat tuanku dari Kerajaan Daun, Raja Balak dan Permaisuri Flora bersama puteranya Thorn."
"Diberi laluan kepada Yang Berhormat tuanku dari Kerajaan Cahaya, Raja Light dan Permaisuri Terang bersama puteranya Solar." Ucap pengawal istana buat kali terakhir dan menghembus nafasnya akibat penat memberi ucapan.
Seperti biasa, semua pemerintah tersebut berjalan di atas karpet merah khas.
Raja Quake bangun dan menyambut tetamu terhomatnya. Begitu juga permaisuri.
"Tahniah Raja Quake!" kata Raja Balak. Raja Quake senyum dan berbual dengan raja-raja. Permaisuri Kristal pula berbual dengan permaisuri yang lain.
Ketika raja dan permaisuri rancak berbual, sehinggalah tidak mempedulikan anak mereka. Putera Thorn menatap Putera Solar di sebelahnya. Putera Solar perasan diperhatikan memandang Putera Thorn.
"Hai, aku Putera Solar dari kerajaan Cahaya. Aku kacak dan swag," ujar Solar dan meramas rambutnya.
"Solar?" Soal Putera Thorn dan membulatkan matanya.
"Aduh. Jangan pandang aku macam tu."
"Apa tu?" Soal Thorn dan jarinya menunjuk cermin mata yang dipakai Solar.
"Ini cermin mata," balas Solar.
" boleh tak jangan buat muka macam tu..."pinta Solar.
"Muka apa?" Soal Thorn dan mata dibulatkan lebih besar.
***
"Hai!" Kata Blaze.
"Hai..." Balas Ais. Malas nak layan.
"Aku Blaze!"
"Ice."Jawab Ice sepatah.
"Eh, eh. Jatuh nanti tidur tu." Blaze cuba menolong Ice yang tersengguk-sengguk.
***
Putera Taufan memerhati Putera Halilintar dari tadi. Mata helang Putera Halilintar menjeling Putera Taufan.
"Apa tengok-tengok!" Kata Halilintar. Namun Taufan hanya senyum sahaja.
"Hai, aku Putera Taufan. Selamat berkenalan." Kata Taufan. Halilintar hanya berdencit.
"Putera Hali."
"Meh, anak-anak. Kita lihat puteri comel ni," kata Puteri Sejuk.
Semua putera mendekati ke bakul bayi dan melihat puteri itu.
"Wow, comelnya!" Kata Taufan.
"Aduh, aku tak dapat tahan. " gumam Solar.
"Comelnya mata..." ujar Thorn.
"Hehe. Boleh main ni?"gumam Blaze.
"Nak tidur je sebelahnya," ujar Ice.
Halilintar pula tidak habis-habis senyum pada bayi Puteri Gempa.
"Aduh, comel anak kamu. Sejuk mata memandang," ujar Puteri Sejuk.
"Betul tu. So hot!" Kata Permaisuri Hot dan kipas di tangannya dikipaskan pada dirinya.
"Biasa biasa je. Anak permaisuri lain pun comel," ujar Permaisuri Kristal malu-malu. Segan silunya dapat menerima pujian tinggi.
"Hah, Kamu belum beritahu kami! Apa nama anak kamu?"soal Permaisuri Beliung.
"Puteri Gempa. "jawab Permaisuri Kristal dan memandang anaknya.
" Jadi, beta nak buat pengumuman kejap. Rakyat boleh melihat anak beta. Takkanlah rakyat datang sini tidak dapat lihat anak beta, "gurau Raja Quake. Bergema satu dewan dengan gelak tawa.
"Ada ada sahaja kamu ni" kata Raja Water. Dan kembali lagi gelak tawa dari semua raja.
***
So macam mana?
Sorry readers buat cerita tidak lengkap. Tengah gesa ni.
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top