teaser 10
Setelah sekian lama berpisah....
#kembalikanrasaitu
LEHER yang terasa lenguh diurut sedikit. Tak sabar untuk pulang ke rumah. Dia mahu berehat setelah bekerja lebih masa hari ini.
Butang lif ditekan. Sementara menunggu pintu lif terbuka, dia keluarkan telefon bimbit dari kot baju putih. Dia menghantar mesej kepada Irwan.
Malam ni nak lepak kedai mamak ke?- Raudah
Butang hantar ditekan. Berdebar menunggu balasan lelaki itu. Pada masa yang sama, pintu lif terbuka. Dia masuk ke dalam sambil melihat skrin telefonnya.
“Tingkat berapa?”
Mendengar suara itu, telefon di tangannya terlepas ke lantai. Jantungnya berdegup laju. Lelaki yang menegurnya tadi tunduk ke bawah. Telefonnya dikutip oleh lelaki tersebut. Saat lelaki itu berdiri di hadapannya, kaki Raudah terundur ke belakang.
Johan menutup pintu lif. Memandangkan hanya mereka berdua di dalam lif, agak mudah untuk dia bercakap bersama Raudah.
“Akhirnya kita jumpa juga, Ara.”
Raudah semakin berundur ke belakang. Air matanya menitis ke pipi. Kenapa lelaki ini muncul di saat dia sudah membuka pintu hati untuk lelaki lain?
“I really miss you, Ara.” Tangan Johan cuba menyentuh pipi gebu itu.
Pang!
Terteleng wajah Johan. Pertama kali dia ditampar oleh Raudah.
“Jangan sentuh aku.”
“Ara…”
“Kau diam! Aku tak kenal kau siapa. Aku Raudah. Bukan Ara.”
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top