Season 2 : Prolog
Bunyi kesibukkan bandar kini sudah hilang daripada pendengarannya.
Satu persatu pokok melepasi tingkap yang dia sandari sambil menunggu dirinya tiba di stesyen yang dia ingin tujui.
Kerana kereta apinya terbang dengan kuasa magnet, tiada bunyi geseran tayar yang didengarinya, membuatkan perjalanan itu terasa tenang.
Dah berapa lama dia tidak rasakan perasaan ini?
Ah, ya.
Dah 4 tahun berlalu sejak terakhir kali dia melakukan perjalanan jauh menaiki kereta api ini untuk pulang ke kampung halamannya.
Pertama kali, ianya disebabkan oleh cuti akhir tahun.
Dan kali kedua, adalah untuk berpindah menemani atuk tersayangnya di kampung.
Dan kini, dia menaikinya lagi untuk pulang ke dekapan atuk tercinta selepas 2 bulan berpisah akibat bertemu dengan sepupunya.
Rasa nostalgia ini, membuatkan dia semakin rindu untuk melihat sosok tua itu.
Membuatnya terfikir fikir sekali lagi, ap benda yang dia nak buat bila tiba di sana nanti?
Tolong Tok Aba jaga kedai macam biasa? Jalan jalan sekitar Pulau sambil bawa Tok Aba? Ceritakan semua pengalaman dia selama ni pada Tok Aba?
Yang pasti cuma satu. Dia mahu luangkan sisa hari itu bersama dengan Datuknya.
Hari sudah pun menjelang pukul 3 petang.
Jejaka muda itu menutup matanya, menunggu sehingga mereka tiba.
.
.
.
.
.
Beberapa ketika berlalu, sudah tidak lama lagi sehingga mereka tiba di Pulau kampung halaman mereka itu.
Gopal menggongcang badannya.
Gopal : Bangun dey! Dah nak sampai dah ni!
Terkejut roh tiba tiba masuk dalam badan dibuatnya budak tu.
Boboiboy : Hah?! Hah?!
Gopal pun pelik lihat kawannya tu terkejut semacam, macam nampak hantu.
Gopal : Aku cakap kita dah nak sampai. Lagi 10 minit macam tu sampai lah kita dekat stesyen.
Boboiboy : Oh~ kus semangat. Buat terkejut je kau ni.
Gopal : Dah kau yang tiba tiba tidur. Tak kan aku nak biar kau tidur je sampai akhir dey. Nanti kau terlajak stesyen sampai melaka nanti macam mana?
Boboiboy hanya memasang muka malas, malas mahu melayan kawannya itu.
Perjalanan menggunakan kereta api, kapal terbang dan kereta api lagi sejak pagi memang banyak mengkuras tenaga mereka, jadi tak pelik kalau mereka tertidur.
Ying dan Fang pun turut tertidur sama, tapi sudah dikejut oleh Yaya sebelum Gopal mengejutkan Boboiboy.
Selang beberapa saat, kedengaran pengunguman diumumkan daripada pemandu kereta api itu.
.
.
.
.
.
"Tuan dan Puan. Kita akan tiba di stesyen berikutnya
tidak lama lagi. Terima kasih kerana memilih
Yong Ping Aero Train."
.
.
.
.
.
Gopal : Hah, tu dah nak sampai dah! Cepat angkat beg dey!
Mendengar arahan, Boboiboy pun mula berdiri daripada tempat duduknya, dan mengambil begnya.
Tiba tiba, masih terdengar suara daripada pemandu kereta api.
"Fuhhhh! Akhirnya sampai jugak! Tak sabar aku nak pergi
karoke lepas ni! Kena berlatih ni! Ehem ehem! Rama ramaaaaa terbanglah tinggiii! Tinggi tinggi!!! Ohhhhh!!!"
Mendengar itu, membuatkan Boboiboy terketawa, merasa nostalgia, teringat masa kecil dulu, perkara yang sama berlaku.
Dia pun menurunkan begnya, dan bergerak ke tempat mengemudi kereta api, dan menegurnya.
Pemandu : Eh dik, penumpang tak boleh masuk dalam ni.
Boboiboy : Errr...sorry pakcik. Tapi, mic tak tutup lagi tu.
Boboiboy menunding ke arah mic pakcik pemandu itu yang masih berlampu hijau.
Pemandu : Hah? Mic tak tutup lagi?
Apabila pakcik itu melihat ke arah micnya, memang jelas lagi bersuluh yang dia lupa off kan mic itu selepas pengunguman tadi.
Pakcik : Apakah....
.
.
.
Boboiboy pun berjalan keluar daripada bilik pemandu itu, dan menuju ke arah kawan kawannya semula.
Yaya : Apa jadi Boboiboy?
Boboiboy : Tak ada apa apa. Pemandu terlupa tutup mic je.
Kawan kawannya hanya meng-oh kan sahaja.
Kedengaran suara pemandu sekali lagi.
"Ehem!...... Saya minta maaf atas....kesilapan...teknikal tadi.
Terima kasih, dan...jangan bagitahu boss saya"
Boboiboy menahan ketawa.
Seperti yang diumumkan, Boboiboy dan kawan kawannya sudah mampu melihat stesyen Pulau Rintis daripada tingkap.
Ying : Tu stesyennya!
Boboiboy sudah tidak dapat menahan senyumannya. Akhirnya selepas 2 bulan berpisah, dia akan kembali ke rumahnya semula.
Walaupun masa yang diluangkannya di Cyberjaya adalah seronok, Pulau Rintis masihlah rumahnya, dan sudah ditinggalinya sejak sekolah rendah lagi.
Kenangan itu tidak akan mampu digantikan dengan apa apa.
.
.
.
Di stesyen pula, kelihatan seorang sosok tua sedang menunggu ketibaan cucunya dengan senyuman pada wajahnya.
Perlahan lahan, kereta api itu pun mula berhenti, dan membukakan pintunya.
Boboiboy sudah pun menunggu di depan pintu sebelum kereta api itu berhenti lagi.
Apabila pintunya terbuka, Boboiboy terus berlari ke arah Tok Aba, atok kesayangannya.
Boboiboy : Tok Aba!!!
Tok Aba pun menerima kepulangan cucunya itu dengan tangan yang terbuka, dan membalas pelukkan cucu semata wayangnya itu.
Tok Aba : Hehe. Macam mana? Rindu atok?
Boboiboy : Mestilah! Dah 2 bulan tak jumpa atok!
Kawan kawan Boboiboy pun mula menyusul keluar daripada belakang, dan berjalan ke arah atok dan cucu itu.
Tok Aba melihat ke arah mereka semua.
Tok Aba : Macam mana dengan Cyberaya? Seronok?
Kawan kawan Boboiboy mengangguk.
Ying : Seronok! Banggunan banggunan kat sana semua besar besar!
Yaya : Banyak alatan canggih jugak!
Gopal : Berteknologi tinggi!
Fang : Dan....mahal....
Yang lain terketawa kecil mendengar balasan terakhir Fang.
Memang dia pun yang banyak habiskan duit ketika di sana.
Pakai kad debit abang dia pulak tu.
Tok Aba : Hmm... tak sabar atok nak dengar cerita kamu semua. Tapi, sebelum tu, kita balik ke rumah dulu ya?
Mereka semua mengangguk, bersetuju dengan arahan Tok Aba itu.
Selepas perjalanan yang panjang, destinasi utama mereka apabila sudah sampai mestilah rumah.
Masing masing mula membuat langkah, untuk meninggalkan stesyen kereta apa itu.
Meninggalkam Boboiboy yang masih tercegat di tempatnya, tanpa diperasan oleh yang lain.
Boboiboy tersenyum sendiri, mengingati apa yang dia katakan pada Ali malam sebelumnya.
Boboiboy pun mula mengeluarkan telefon daripada poket seluarnya, dan menekan sebuah nombor.
Boboiboy pun meletakkan telefonnya itu pada telinganya.
Beberasa saat kemudian, dia pun membuka suara.
Boboiboy : Assalamualaikum, Ayah.
915 perkataan
Dengan ini, berakhir sudah era Cyberaya. Masanya untuk mulakan era baharu, di Pulau Rintis pula.
Kisah apakah yang pulau ini akan beri kepala kita pula?
Continue on next episode.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top