Misi : Windara
Seketika telah berlalu. Mereka sedang bedada di Angkasa raya.
Boboiboy sedang duduk di tempatnya, memandang keluar tingkap, oleh dikeranakan kapal angkasa itu telah dikawal sepenuhnya oleh Papa Zola.
Kawan kawannya yang lain sedang sibuk buat hal sendiri.
Ochobot dari tadi melihat ke arah Boboiboy. Nampaknya, hanya dia sahaja yang perasan akan tingkah aneh Boboiboy sejak dia menaiki kapal angkasa itu.
Ochobot : Boboiboy?
Ochobot terbang mendekati Boboiboy, yang pandnagannya teralih ke arahnya pula.
Boboiboy : Ya Ochobot? Kau perlukan apa apa ke?
Ochobot : Tak, cuma......
Boboiboy : Hm?
Ochobot sedikit berat hati mahu menanyakannya, disebabkan dia tidak mahu buat Boboiboy kecil hati. Tapi, dia buka juga suara.
Ochobot : Kau ok ke? Sejak semenjak ni, kau jarang hubungi kitorang. Tak macam selalu. Walaupun misi yang ambil masa berminggu, kau masih lagi selalu hubungi kami. Dan sejak kau naik kapal angkasa ni, kau macam, senyap je. Macam tak mahu bercakap dengan kami. Kita kan dah 3 minggu tak berjumpa. Kenapa kau tak berborak dengan mereka sekarang ni?
Memang soalan remeh sahaja, tapi Ochobot tahu yang kawannya itu senang terasa hati, terutamanya bab kawan kawan ni.
Boboiboy : Oh! Maaf lah sebab jarang telefon korang. Aku ada benda kena buat, sampai terlupa nak fon korang. Ehehehe....
Boboiboy memang tidak pandai berlakon.
Ochobot tahu ada lagi selain itu.
Ochobot : Betul ni? Ke ada sebab lain lagi? Sebab, kau nampak macam penat sangat ni.
Boboiboy : Itu.... cuma.....
Boboiboy meletakkan kedua dua belah tangannya atas satu sama lain, dan letakkan kedua dua ibu jari di dahinya, sambil lihat ke bawah.
Ochobot : Boboiboy?
Boboboy : Aku..... cuma..... haih.... penat menipu.....
Ochobot terdiam, terbang di tepi Boboiboy.
Bukan apa, dia faham maksud Boboiboy. Mesti Boboiboy penat asyik kena cover pasal kuasanya sepanjang dia di Cyberaya.
Siapa je nak menipu dengan sukarela tanpa sebab kan?
Tapi, apa yang Ochobot tak tahu, ada lagi benda yang Boboiboy sembunyikan dari mereka pula.
M.A.T.A.
Sama seperti TAPOPS, Boboiboy terpaksa sembunyikan keberadaan M.A.T.A dari kawan kawannya pula, sama seperti dia sembunyikan kuasanya dan power sphera dan TAPOPS dari Ali.
Ochobot : Penat... menipu? Oh, maksud kau, pasal kuasa kau dan aku?
Boboiboy : Boleh dikatakan begitulah, ehehe.....
Sorry Ochobot.
Ochobot : Tak apa Boboiboy! Kau dah lakukan kerja yang baik! Untuk kau tutup mulutkan sepanjang 3 minggu ni tanpa terkantoi, tu dah cukup hebat!
Boboiboy : Hm.... terima kasih Ochobot. Kau memang kawan baik aku.
Boboiboy mengangkat tangannya, dan mengusap kepala Ochobot.
Dah memang dia ada kepala dengan tangan je OHOHOHOK-
Gopal : Aih, Ochobot je ke? Kitorang ni bukan kawan baik kau ke?
Tiba tiba, kawan kawan Boboiboy yang lain muncul di depan mereka berdua. Wajah mereka nampak marah, dan Boboiboy dah tahu nasib dia.
Boboiboy : B-bukan tu maksud aku! Aku- aku-
Ying : Hm! Askar! Serang dia!
Ying mengangkat tangannya, dan memberi arahan.
Kesemua kawan kawan Boboiboy melompat dan menerkam Boboiboy.
Boboiboy : T-tunggu dulu-
GEDEBUKKKKK!!!!
Kesemua dari mereka menyerang mereka berdua menyerang Boboiboy dengan Ochobot dengan pelukkan.
All-BBB,Ocho : AHAHAHAHAHA!!!!
Boboiboy dah terhimpit tengah tengah macam ikan sardin. Ochobot pulak dah berpinar kepala dia sebab serangan mengejut itu.
Kejap, robot boleh pening ke?
Gopal : Kau tak perlu risau lah Boboiboy! Kitorang masih ada untuk kau!
Fang : Haah. Kan kita semua kawan.
Ying : Betul tu! Apa guna kawan kalau tak tolong satu sama lain kan?
Yaya : Kalau kau ada masalah apa apa, bagitahu je ke kitorang.
Boboiboy : Korang..... ehehe.....
Boboiboy sedaya upaya untuk tidak terkeluarkan air mata jantan dia, tapi, apa boleh buat, hati tisu.
Boboiboy : Apalah aku boleh buat tanpa korang.....
Gopal : Ala, kemungkinan besar kau dah dalam tanah dah-
Ying ketuk kepala Gopal guna spana.
Gopal : Adoi!
Ying : Haiya lu ni! Cakap baik baik sikit tak boleh ke?!
Gopal : Ala, aku gurau je lah!
Ochobot : Gurau pun bertempat lah. Kacau mood jelah kau ni.
Gopal : Ochobot pun maram aku?! Uhuk, sedihnya hidup aku-
Fang : Dah dah, jangan berdrama.
Boboiboy yang masih tersangkut di tengah tengah, hanya mampu bersweatdrop sahaja, kerana tersangkut di tengah tengah perbalahan tak sah kawan kawannya itu.
Tiba tiba, dai terketawa kecil.
Boboiboy : Pfff- eheh... ahahaha!
Semua kawan kawannya berhenti bergaduh dan memandang ke arah Boboiboy dengan pandangan pelik.
Yaya : Boboiboy?
Boboiboy : M-maaf, maaf. Ahahaha! Haih. Korang memang kawan terbaik aku.
Maaf sebab aku tak mampu jadi yang sama untuk korang.
All-BBB : Kau pun kawan terbaik kitorang jugak!
All : AHAHAHAHAHA!!!!
Sementara mereka sedang menikmati masa bersama diorang, tiba tiba, di komputer besar, ada sebuah video masuk.
Papa Zola : Huh?! Anak anak kapal! Commander dah masuk panggilan!!!
Mereka semua kembali ke posisi masing masing.
.
.
.
.
.
Fang menekan butang menjawap panggilan di atas meja kawalannya, dan wajah Commander Kokoci pun muncul di layar besar.
Kokoci : Semua dah ada?
All-Kokoci : Ya Commander!
Kokoci : Bagus. Misi kali ni datangnya dari Planet Windara.
Boboiboy : Planet Windara? Tuanku ada perlukan bantuan kita ke?
Kokoci : Nampaknya macam tu lah. Tuanku, giliran Tuanku pula.
Layar besar sedikit glich, sebelum berubah ke wajah Kuputeri pula.
Kuputeri : Boboiboy! Korang semua ada dekat sana ke?!
Boboiboy : Ya Tuanku! Kami di sini! Apa dah berlaku?!
Kuputeri : Maaflah sebab panggilan tiba tiba ini. Dah lama kami pihak windara tak hubungi TAPOPS, tapi ini kes terdesak!
Fang : Baik Tuanku! Bagitahu sahaja pada kami kesnya, dan kami akan segera ke sana!
Kuputeri : Kami tak tahu macam mana, tapi, tiba tiba sahaja ada raksasa tumbuhan yang datang menyerang kawasan kampung. Kami pihak istana dah pindahkan kesemua penduduk ke tempat yang selamat, dan berjaya menyekat nya, tapi, aku rasa dia tidak bersendirian. Boleh korang tolong kami?
Boboiboy : Semestinya Tuanku! Tuanku dah lakukan kerja yang baik! Biar kami pihak TAPOPS pula selesaikan selebihnya!
Kuputeri : Baguslah. Terima kasih. Maaf sebab dah ganggu kamu semua.
Panggilan mulai terputus. Fang duduk di tempat duduk kawalannya semula, dan memberi arahan.
Fang : Baiklah! Kapten Papa! Destinasi seterusnya! Planet Windara!
Papa Zola : Baik anak kapal! Petang kuat kuat!
Kapten Papa pun mengawal kapal angkasa itu dengan kelajuan penuh, menuju ke Planet Windara.
.
.
.
.
.
.
Kamera bertukar ke Kuputeri dan Maripos. Mereka sedang berada di tempat persembunyian mereka bersama dengan para penduduk yang lain.
Kuputeri : Huh......
Maripos : Tuanku? Tuanku dah hubungi mereka ke?
Kuputeri : Dah Maripos. Mereka sedang dalam perjalanan ke mari.
Tuanku Kuputeri berjalan menjauhi dari alat komunikasi itu, dan melihat ke bilik sebelah dari muka pintu, melihat rakyatnya.
Ada yang dalam keadaan ketakutan, ada yang dalam keadaan tak tentu arah, dan ada yang dalam keadaan tenang.
Perasaan serabut dan kerisauan terpampang jelas di wajah Kuputeri.
Maripos : Tuanku? Boleh patik tanya soalan?
Kuputeri : Ya, Maripos. Sudah tentu.
Maripos : Kenapa pada hari tu, Tuanku tak terima je kuasa Beliung Tuanku kembali? Budak bumi tu dah dengan suka relanya beri kepada Tuanku tanpa berlawan?!
Kedengaran hembusan nafas berat datang dari Kuputeri.
Kuputeri : Aku tahu. Tapi, aku tak boleh terimanya.
Perasaan terkejut dan marah terukir di wajah Maripos.
Maripos : Tapi kenapa?! Lihatlah apa dah jadi! Kalau Tuanku masih ada kuasa tu, mesti kita boleh tandingi masalah ni tanpa bantuan TAPOPS!
Kuputeri faham perasaan Maripos itu. Bukan Maripos tak kenang budi dengan bantuan TAPOPS sebelum ini yang telah membebaskan Planet mereka, cuma dia kesal, kerana tak mampu lakukan apa apa tanpa bantuan orang lain. Kuputeri pun sama.
Kuputeri : Kerana........ Beta bukan pemegang kuasa beliung lagi, Maripos.
Maripos tersentak mendengar jawapan Kuputeri.
Maripos : A-ah......
Dia masih tidak menerima lagi kejadian 100 tahun dahulu.
Kalau bukan sebab Retak'ka tu, mesti semuanya tak akan jadi begini.
Kuputeri : Sudah 100 tahun berlalu. Dunia dah tak sama lagi. Kuasa itu bukan tanggungjawap beta lagi.
Kuputeri melihat semula ke rakyatnya.
Kuputeri : Retak'ka sudah dikalahkan, tahta beta sudah dikembalikan. Jadi.... beta dah tak nampak sebab lagi kenapa beta perlukan kuasa itu lagi.
Maripos : T-tapi......
Dalam perwatakkan tenang dan egoisnya, dia masih risaukan keselamatan ratu dan rakyat windaranya yang lain. Maripos dah berada di bawah tahta Kuputeri dah 100 tahun lama, menjadikan hubungan mereka sangat rapat.
Jangan lupa, Maripos lah yang telah menyelamatkan Kuputeri dari serangan Retak'ka. Kalau bukan sebabnya, mesti Sang Ratu sudah tidak ada.
Dia merasa kesal tak mampu berbuat apa apa untuk selamatkan semua.
Kuputeri : Budak Boboiboy tu..... aku ada nampak potensi di tangannya. Dia berbakat. Bakat yang besar. Dia sanggup bertahan selama beberapa tahun itu dengan 7 kuasa luar biasa di tangannya, dan masih lagi kekal siuman? Dia tidak termakan sifat tamak, tak seperti Retak'ka.
Maripos melihat tangan Kuputeri menggenggam sisi frame pintu itu dengan lebih kuat.
Wajah Kuputeri terlihat seperti terdesak.
Kuputeri : Sekiranya dia mampu mencapai tahap tertinggi kuasa Elemental, dia mampu melindungi seluruh alam semesta, dan kita tak perlu risau pasal apa apa lagi. Dunia kita mampu berubah. Tak akan ada lagi kejahatan berleluasa.
Kuputeri sudah penat dengan segala kejahatan yang berada di dalam dunia ini.
Sebagai seorang Ratu, sudah menjadi hukum alam, dia terpaksa menghadapi perbagai masalah, termasuklah para para Alien jahat yang cuba ganggu Planetnya.
Dan dia tahu kemampuannya. Dia tidak mampu selesaikan kesemuanya.
Kuputeri : Tch..... Beta sendiri tidak mampu lakukan apa yang dia telah lakukan.....
Maripos nak bantu Kuputeri, dia nak sangat. Tapi, apa boleh buat, dia juga alien biasa. Apa yang dia boleh buat, hanya ada di sana untuk Kuputeri.
Maripos : Tapi, apa jadi kalau budak bumi tu tak mampu sampai potensi penuhnya sebelum waktu yang sepatutnya?
Kuputeri : Tak apa. Kita tunggu je. Yang penting, beta percayakan dia......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Beralih kamera semula, beberapa ketika kemudian.
MYS Kebenaran telah tiba di Windara.
Mereka tiba di lokasi yang dihantar oleh Kuputeri kepada mereka.
Kelihatan seekor pokok raksasa berupa seperti pokok pemakan serangga gergasi sedang terikat betul betul di tengah tengah kampung di Windara itu.
Boboiboy : Itu dia!
Melihat sahaja kapal mereka yang melayang di udara, pokok raksasa itu menjerit. Beberapa pokok raksasa lain kekuar dari tanah, dn mula menjadi aggresif. Benar kata Kuputeri. Dia tidak berseorangan.
Boboiboy : Baiklah semua. Mari selesaikan semua ni! KUASA ELEMENTAL!!! BOBOIBOY!!! KUASA!!! TIGA!!!
1596 perkataan
Yayyyyyy!!!! Dah sampai Chapter 30!!!!
Kalau korang tak tengok lah dekat buku sebelah, Author ada lukis Boboiboy dengan Reverse yang dari buku EAC Author! Ini dia!
Dan Author ada buat video dengan Beliung!!! Ini dia!!!
Ok, tata titi tutu~ pergi mereput dulu- *lompat masuk perigi semula*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top