Misi : Tetamu

??? : Assalamualaikum!

Ali, BBB : Huh?

Kedengaran suara perempuan datang dari sebalik pintu rumah Ali itu.

Tetapi Ali tidak mengenal suara siapa itu.

Boboiboy juga tidak mampu kerana pintu itu mengganggu pendengarannya.

Ali : Hm? Siapa tu? Kau kenal ke?

Boboiboy : Entah.

Boboiboy pun terus berjalan ke arah pintu kerana tidak mahu tetamu mereka menunggu lama sampai kena sidai.

Boboiboy : Waalaikumusalam! Kejap!

Boboiboy pun membuka pintu itu.

Tetapi, tak sempat Boboiboy beriaksi apa apa, seseorang melulu masuk ke dalam rumah, dan terus memeluk dirinya.

Boboiboy : Eh eh eh?!

??? : Huhuhu~! Aku rindu kau Boboiboy~! Huhuhu~!

Sosok itu adalah seorang lelaki berbandan sedikit gempal.

Yang sememangnya Boboiboy sangat mengenalinya.

Boboiboy : G-Gopal?!

Tiga orang lagi masih berdiri di depan pintu. Dan mereka adalah geng Kokotaim yang lain, iaitu Yaya, Ying dan Fang.

Ya, Yi, Fa : Kejutan!!!

Boboiboy : Ehhhhhh?!

Boboiboy langsung tidak menjangkakan yang kawan kawannya akan berjumpa dengan dia sendiri di Cyberaya.

Boboiboy : A-apa korang buat dekat sini?!

Gopal : Buat apa lagi? Berjumpa dengan kau lah dey! Dah dekat dua bulan aku bersabar tak dapat tengok muka kau depan depan tahu tak dey?!

Gopal memeluk badan ketot kawannya itu semakin kuat.

Hampir sesak Boboiboy dibuatnya.

Boboiboy : A-aku pun-ergh-rindu kau jugak....

Boboiboy hampir rasakan rohnya ditarik keluarkan dengan semakin lama Gopal memeluknya.

Ying : Haiya! Tahu lah lu rindu, tapi tak yah lah sampai hampir pengsan kawan lu lu buat!

Ying menarik Gopal kasar daripada kolar bajunya sehingga Gopal melepaskan Boboiboy secara paksa.

Boboiboy akhirnya berjaya bernafas semula. Rohnya tak jadi keluar dan masuk balik ke dalam badannya.

Gopal : Ehehe....sorry Boboiboy.....

Boboiboy : Huh...huh...tak apa. Bila korang sampai?

Yaya : Oh, lama dah. Dari pukul 10 pagi tadi dah.

Boboiboy : Hm? Kalau korang dah sampai lama kenapa baru sekarang datang sini?

Fang : Er....kalau yang tu....ehehehe....

.
.
.

Flashback empat jam yang lepas, Fang dan yang lain sudah tiba di Cyberaya, dan menggunakan kereta api bandar itu mencuba untuk mencari Boboiboy.

Mereka cepat cepat mengambil tiket kereta api dan berlari turun tangga kerana kereta api yang mereka naiki adalah kereta api bawah tanah.

Yaya : Cepat cepat! Kita dah lambat ni!

Sipi sipi sahaja mereka tidak sempat mengejar kereta api itu, dan berjaya masuk ke dalam.

All : Huh...huh...huh...

Penat mereka tak habis lagi berlari ke sana daripada lapangan terbang dan terpaksa lari lagi untuk kejar kereta api mereka.

Keadaan di dalam kereta api itu memang padat, tidak seperti di Pulau Rintis kerana mereka kini berada di kawasan bandar.

Kereta api dah memang menjadi salah satu alat transportasi utama di Cyberaya selain motor, kereta dan teksi.

Mereka tidak dapat melepaskan lelah mereka kerana tiada tempat duduk di dalam kereta api itu yang tersisa.

Mereka pun terpaksa berdiri sahaja sepanjang di dalam kereta api itu.

Ying : Kita kena pergi mana?

Yaya : Dari apa yang aku ingat, Boboiboy pernah kata yang kawasan rumah Ali berada di Bandar Perdana.

Fang melihat ke arah peta yang berada di atas pintu kereta api itu.

Fang : Masih ada enam stesyen dari sini.

Kawan kawannya mampu mendengar perut Gopal berkeroncong.

Gopal : Ehehehe....

Ying : Haiya, apalah lu ni Gopal!

Gopal : Apa? Aku tak makan lagi sejak kita berlepas dari Pulau Rintis malam tadi, mesti lah aku lapar!

Gopal tidak puas hati dirinya dimarahi oleh Ying.

Yaya mencuba menenangkan keadaan.

Yaya : Jangan lah marah dia, memang kita semua tak makan apa apa dari semalam. Nanti dah sampai sana, kita cari makan dulu, baru kita cari rumah Ali.

Kesemua kawan kawannya mengangguk, setuju dengan cadangan Yaya itu.

Selang tiga perhentian seterusnya, kereta api sudah mulai kosong, dengan hampir semua penumpang keluar untuk pergi ke tempat kerja mereka.

Akhirnya geng Kokotaim memiliki tempat untuk duduk.

Tetapi, malangnya, mereka tertidur akibat kepenatan, dan terlepas stesyen yang sepatutnya mereka berhenti.

Yaya lah yang pertama bangun dan sedar mereka sudah terlepas tujuh stesyen dari yang sepatutnya.

Yaya : Weh korang! Bangun bangun! Kita dah terlepas stesyen ni!

Cepat cepat mereka tukar kereta api, dan bergerak kembali ke Bandar Perdana.

Baguslah tu. Kali pertama mereka ke Cyberaya, dan benda pertama yang mereka lalui adalah tertinggal stesyen.

Fang : Huh...huh...macam...macam mana kita boleh terlepas stesyen?

Gopal : Entah lah...huh....kita semua tertidur sampai tak ada sesiapa perasan kita dah terlepas perhentian...huh....

Dengan bertukarnya kereta api itu, mereka berjaya sampai di Bandar perdana dengan selamat!

Gopal : Wuhu!!! Kita dah sampai!!!

Mereka yang akhirnya berjaya melihat cahaya kembali selepas lama terperap di dalam kereta api, kelihatan kagum dengan perbanggunan dan teknologi yang berada di bandar itu.

All : Waaaaahhhhh!!!

Memang suasana yang berbeza daripada apa yang mereka selalu lihat di Pulau Rintis.

Ying : Dah rasa macam berada di TAPOPS pulak! Ehehe!

Mereka memang sudah biasa terdedah dengan teknologi, tetapi semuanya adalah teknologi alien dan hanya boleh mereka lihat ketika di angkasa sahaja.

Ini kali pertama mereka melihat teknologi secanggih ini di bumi mereka sendiri.

Yaya : Wahhhh! Aku kena tangkap banyak gambar ni! Boleh masukkan dalam album aku!

Yaya sudah mula menangkap seberapa banyak gambar yang dia boleh dengan hanya tempat mereka berdiri itu.

Mereka bahkan belum tinggalkan stesyen kereta api itu.

Fang : Dah lah. Jom kita mula cari Boboiboy.

Fang, Yaya dan Ying dah mula berjalan, tetapi Gopal menghentikan mereka.

Gopal : Er....tapi kan. Macam mana kita nak cari Boboiboy?

Bila Gopal mengatakan itu, baru mereka sedar.

Mereka bahkan tidak tahu lokasi rumah Ali di mana.

Masing masing mula terduduk di tanah, kecewa dengan diri mereka sendiri.

Ying : Nak telefon Boboiboy ke?

Yaya : Jangan! Nanti habislah hancur kejutan kita kalau macam tu!

Gopal : Tapi kalau kita tak telefon Boboiboy, kita nak cari macam mana?!

Fang : Nampaknya kita kena tanya orang sekeliling.

Gopal : Kau gila ke?! Tak kan lah semua orang dekat bandar ni kenal si budak Ali tu?!

Fang : Belum cuba belum tahu! Ikut jelah!

Mereka pun berakhir bertanya orang sekeliling selama tiga jam dan tidak membuahkan hasil.

Selamatlah akhirnya mereka berjaya menjumpai orang yang kenal Ali.

Tak lain dan tak bukan Puan Munah.

Puan Munah : Hah? Ali? Maksud kamu Ali bin Ghazali?

Mereka mengangguk teruja akhirnya ada orang yang kenal Ali.

Puan Munah : Oh, kenal sangat. Dia tu bekas anak murid saya tahun lepas. Rumah dia tak jauh pun dari sini. Kamu tinggal jalan lurus dua block ke depan, dan pusing kanan. Kamu carilah mana mana kotak surat yang ada dekat luar rumah tu yang ada tulis nama Ghazali. Dah dah, saya nak kena pergi ni.

Mereka pun mengatakan terima kasih kepada Puan Munah dan terus berlari mengikuti jalan yang dikatakan oleh beliau, dan menjumpai rumah Ali setelah bersusah payah.

.
.
.

Fang : Begitu lah kisahnya~ehehe.....

Fang tersenyum canggung menceritakan kisah yang tak beberapa yang indah mereka lalui untuk sampai ke sana.

Boboiboy dan Ali sampaikan tertampar dahi sendiri mendengar kisah ringkas daripada Fang itu.

Boboiboy : Adoi korang ni. Buat apa nak susah susah sampai macam tu? Kan senang kalau korang tanya je ke aku terus alamatnya.

Gopal : Tapi nanti tak jadilah kejutannya!

Ying : Yah lor! Susah susah payah kami buat semua ni semata mata nak buat kejutan untuk lu!

Boboiboy kelihatan terharu dengan perkara itu.

Boboiboy : K-korang....lakukan semua ni untuk aku?

Gopal : Mestilah dey! Kau kan kawan kitorang!

Yaya : Hah~macam mana? Gembira tak jumpa kitorang?

Masing masing sudah berdoa yang Boboiboy suka kan kejutan mereka ini walaupun mereka datang secara mengejut.

Boboiboy : Korang....

Tapi Boboiboy malah tersenyum nipis, sebelum terketawa.

Boboiboy : Hahahahahaha!!!

Kokotaim-BBB : Huh?

Kawan kawannya memandangnya pelik apabila dia tiba tiba sahaja ketawa tanpa sebab yang jelas.

Boboiboy terketawa sebab inilah kawannya yang dia kenal. Suka melakukan kerja gila tanpa pengetahuannya.

Boboiboy mengelap air mata ketawanya.

Boboiboy : Haih...macam mana aku boleh tak sukakannya? Kenapa korang susah susah payah lakukan ni semua untuk aku?

Ying mengangkat tangannya.

Ying : Mestilah sebab nak buat sambutan awal semperna lu akan kembali semula ke Pulau Rintis!

Yaya : Kitorang rancang nak datang jumpa kau tiga hari awal untuk jemput kau sendiri pulang ke rumah kita.

Gopal : Betul betul! Kau tahu tak selama aku tak ada, sunyi je hari hari aku tak ada orang yang aku boleh kacau dan ajak main game sama sama?!

Boboiboy hanya memberi pandangan malas kepala Gopal mendengar niat tidak baik kawannya itu.

Sementara Boboiboy melakukan perjumpaan semula itu, Ali masih tercegat di tepi, tidak tahu mahu lakukan apa.

Ali : Er....

Boboiboy yang perasan dengan wajah keliru sepupunya itu, terus tersedar.

Boboiboy : Ah! Ali. Perkenalkan, ni semua kawan kawan aku dari Pulau Rintis! Aku dah pernah cerita dekat kau kan?

Ali : A-ah, ya!

Bila Boboiboy mengenalkan mereka kepada sepupunya, terus mereka berempat menyerbu budak pendek itu.

Ali : E-eh?

Yaya : Hai Ali! Saya Yaya!

Ying : Saya pula Ying!

Gopal : Gopal! Kawan baik Boboiboy!

Fang : Panggil sahaja Fang.

Mereka berempat mengenalkan diri mereka secara langsung kepada budak yang lebih muda daripada itu.

Ali : Er....Hai? Saya Ali. Ali bin Ghazali. Sepupu-

Fang : Tak apa, kitorang dah tahu dah.

Ali : Huh?

Ali sampai terteleng kepalanya mendengar apa yang Fang katakan.

Ali : Macam mana?

Mereka berempat tersenyum jahat ke arah Boboiboy, yang membuatkan Boboiboy tersenyum canggung sambil menggaru pipinya yang tidak gatal.

Boboiboy : Ehehehe....

Gopal : Hari first dia dapat tahu korang berdua adalah sepupu, terus dia bagitahu kitorang dengan bersemangatnya.

Ying : Yah lor! Dengan muka gembira dia, terjerit jerit sendiri bila dapat tahu dia ada sepupu! Ehehe!

Fang : Dia dah biasa jadi anak tunggal, dapat kau sebagai adik tak sah dia, memang gembira lah dia, ehehehe.

Fang tersenyum jahat membongkarkan sisi kawannya itu kepada sepupunya sendiri.

Boboiboy : K-korang....

Boboiboy di tepi sudah memerah mukanya malu.

Ali : Lah~macam tu ke?

Ali turut tersenyum jahat ke Boboiboy, yang membuatkan Boboiboy tersweatdrop dua kali ganda.

Ali : Sayang jugak kau ke aku ya?

Boboiboy : Ish! Mestilah! Kalau tak, dah lama aku biarkan kau tersangkut dalam longkang minggu lepas!

Ali pula yang termerah mukanya bila Boboiboy beritahu rahsia itu tepat di depan kawannya sendiri.

Baru nak berlagak cool, tapi dah kena kantoikan.

Ali : Ish! Janganlah bagitahu benda tu!

Kawan kawan Boboiboy hanya mampu ketawa sahaja melihat pertengkaran kecil antara dua sepupu itu.

Sambil sambil sedang itu, Gopal terbau sesuatu yang menyelerakan yang berasal dari dapur rumah itu.

Gopal : Ermmm~! Sedapnya bau~!

Gopal membawa dirinya sendiri mengikuti bau yang sedap itu sehingga ke dapur.

Kawan kawan dia pun hanya memandangnya pelik.

Yaya : Gopal?

Di dapur, Gopal sudah menemukan semua makanan yang enak di atas meja makan.

Gopal : Wahhhhh!!! Banyaknya makanan sedap!!! Ermmm~!!!

Tak habis habis Gopal terliur melihat satu satu masakan itu, terutamanya dengan perutnya yang sudah berkeroncong.

Yaya, Ying dan Fang turut terliur melihat semua masakan itu.

Masing masing memegang perut mereka yang mulai berkeroncong.

Yaya, Ying : Ehehehe....*sweatdrop*

Fang : Betul jugak. Kita belum makan apa apa lagi sejak malam tadi.

Boboiboy pun dengan senang hati mempelawa kawan kawannya untuk makan tengah hari bersama mereka berdua.

Boboiboy : Jom lah makan sama sama! Memang aku masak semua ni untuk makan tengah hari pun!

Gopal terus berpaling ke arah kawan baiknya itu, dengan muka seakan akan terkejut.

Gopal : Hah?! Kau yang masak semua ni?!

Boboiboy ter-flinch kecil bila Gopal mengatakan begitu.

Terus wajahnya berubah muram walaupun mencuba kekal tersenyum.

Boboiboy : Kenapa? Susah sangat nak percaya ke?

Tahu lah biasanya Tok Aba yang masak untuk mereka bila diorang singgah ke rumah. Dia biasanya tolong buat air je.

Gopal : Eh?! Bukan macam tu! Kau kan jarang masak, jadi aku memang rindu nak makan masakan kau!

Yaya : Betul! Kau kan selalu tolong Qually bila bila kita lenggang dari misi. Walaupun, er..... selalu ada masalah di dapur....ehehehe....

Mereka semua teringat dulu muka Qually dan Boboiboy rentung dibuatnya akibat Boboiboy termeletopkan tong gas.

Lepas tu Boboiboy pernah tertukar lobak hiris hiris dengan cacing angkasa yang membuatkan Gopal terpaksa mc sekolah seminggu akibat keracunan makanan.

Pernah jugak Boboiboy terbagi mereka kopi beku sebab dia terlupa dia letak kopi semua tu dalam frezzer.

Bukannya bertambah senang, makin muram budak beruban tu dibuatnya.

Terus dia mengcangkung di tepi bucu sambil ada effect cahaya lampu di atasnya.

Boboiboy : Hm.... yelah....tahulah aku ni tak pandai masak....

Kawan kawannya pula yang tersweatdrop melihat kawan mereka yang tiba tiba merajuk itu.

Fang mengsiku bahu Gopal.

Fang : *bisik* Ish! Korang berdua punya pasal lah ni! Kan tak pasal pasal dia merajuk!

Yaya : *bisik* Alah, bukan aku sengaja!

Gopal : *bisik* Kau pun dua kali lima je selalu buat dia merajuk macam tu!

Ali : Er....

Pergaduhan apa yang Ali sedang tengok depan mata dia ni?

Yaya mencuba untuk memujuk Boboiboy.

Yaya : B-Boboiboy.....

Boboiboy berpaling dengan wajah yang masih tidak kering hingus dan air matanya lagi ke arah kawan kawannya.

Boboiboy : Dah senyap! Korang nak makan ke tak ni?! Kalau tak nak korang boleh keluar dari sini!

Bila sudah dipelawa, tak kan nak tolak kan? Apa lagi, masing masing pun mengambil tempat duduk mereka, menyisakan dua tempat duduk sahaja lagi.

Terutamanya Boboiboy sedang bukan dalam mood nak layan mereka berempat.

Disebabkan kelaparan, mereka berempat dah siap ambil nasi dan lauk masing masing, dan berdoa dalam agama masing masing sebelum makan.

Masing masing menguap satu sudu penuh ke dalam mulut mereka, dan mata mereka membulat.

Ying : Ermmmm! Sedapnya masakan lu ni! Lu memang pandai masak macam ni ke apa sebenarnya?!

Boboiboy : Ehehehe....aku guna resipi Tok Aba, Makcik Wawa dan Mak Gopal untuk masak semua ni. Kalau yang tempoyak tu, aku guna resipi Mak Ali.

Gopal : Hah, kan bagus kau masak macam ni! Tak adalah aku termakan cacing dan tikus angkasa lagi macam ni!

Terasa diperli di situ.

Mereka laju je makan. Bukan main tambah sana sini lagi. Nampak sangat kebulur empat budak tu.

Boboiboy yang sedikit panik, menghentikan mereka sementara.

Boboiboy : Eh eh eh! Ops ops ops! Korang jangan habiskan semua pulak eh? Tinggalkan sikit. Masih ada dua orang yang tak balik lagi ni.

Gopal memaling ke arah Boboiboy dengan mulut penuhnya.

Gopal : Hm? Siapa pulak yang tak sampai lagi ni?

Boboiboy : Haih...Uncle dan Ayah Ali, Uncle Bakar dan Pakcik Ghazali. Diorang patutnya pulang sekarang ni.

Boboiboy melihat ke arah jam kuasanya. Sudah pukul 1:30 tengah hari.

Sepuluh minit kemudian, mereka berenam mendengar dua orang memberi salam dari pintu rumah.

??? : Assalamualaikam!

Mereka adalah Uncle Bakar dan Ghazali.

Dua adik beradik ipar itu bertembung di jalan semasa pulang tadi, jadi mereka berjalan pulang bersama sama.

Ali : Papa!

Ali terus bangun dari kerusinya untuk menyambut bapak dan pakciknya yang sudah pulang dari kerja itu.

Ghazali : Eh, anak Papa dah balik dari sekolah dah?

Ali mengangguk dengan bersemangat.

Ali : Jomlah Papa! Uncle! Boboiboy ada masakkan makanan tengah hari untuk kita semua ni!

Tak sempat nak berehat pun, Ali dah tarik tangan mereka berdua, menuju ke dapur.

Bakar : Eh eh eh?! Sabar lah Ali! Uncle belum mandi lagi ni!

Ali : Alah, mandi lepas makan nanti lah!

Bila mereka sampai di dapur, Bakar dan Ghazali tercengang melihat lebih ramai orang daripada biasanya di dalam rumah itu.

Ghazali : Eh? Kenapa ramai sangat ni?

Yaya, Ying, Fang dan Gopal tersenyum canggung sambil melambai ke arah dua orang dewasa itu.

Boboiboy : M-maaf lah Pakcik, Uncle. Diorang kawan kawan saya yang datang dari Pulau Rintis. Harap Pakcik dan Uncle tak kisah lah diorang ikut sekali.

Uncle Bakar menepuk mesra belakang anak buahnya itu sambil tersengih.

Bakar : Ehhhh, mestilah tak apa! Lagi ramai lagi meriah!

Uncle Bakar pun dah duduk di antara budak budak tu dan sudah terliur menghidu bau masakan di depannya itu.

Yaya : Jom lah makan cepat! Nanti boleh lah kita bawak Boboiboy jalan jalan nanti!

Kokotaim : Jom!

Ghazali terketawa kecil melihat budak budak dan adik iparnya itu.

Di pun mengambil tempatnya, dan join yang lain makan sama.

Bukan selalu dapat rasa meriah macam ni dekat dalam rumahnya.

Ali berhenti seketika makan, dan memandang sepupunya.

Dia melihat Boboiboy yang bergaul mesra, berborak sakan dengan kawan kawannya.

Nampak sangat dia memang rindukan mereka.

Ali tersenyum sebelum menutup matanya.

Ali : *dalam hati* 'Syukurlah kau dikelilingi oleh orang yang baik, Boboiboy'

Suasana pada waktu makan tengah hari itu pun berlalu dengan baik dan meriah, sehinggalah pukul tiga petang.





























2615 perkataan

Hehe-

Bye-*lari naik dinosaur*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top