Misi : Terungkap Part 2

Ali tidak berhenti berlari. Wajahnya masih lagi kelihatan marah. Kata kata Rudy tadi betul betul membuatnya terasa.

Boboiboy juga, tidak berhenti dari mengejar kawan barunya itu.

Boboiboy : Ali! Tunggu!

Ali : JANGAN IKUT AKU LAH!!!!

Walaupun sudah dijerati oleh Ali banyak kali, Boboiboy masih lagi mengejar Ali.

Tak kan dia nak biarkan dia begitu sahaja, selepas dia saksikan sendiri kejadian tadi di depan matanya sendiri.

Ali mengambil satu belok ke sebuah simpan, dan juga diikuti Boboiboy.

Dia melihat Ali yang sedang duduk di atas kerusi panjang di sana. Dia menutup wajahnya dengan memeluk lututnya.

Boboiboy : Ali......

Boboiboy mengambil langkah berani, duduk di sebelah Ali. Dia mampu mendengar esakkan kecil yang datang dari budak di sebelahnya itu.

Boboiboy : Ali, aku.......

Ali : Kenapa.........

Boboiboy tersentak kecil mendengar suara Ali. Ali mengangkat wajahnya, yang sememangnya dibasahi air matanya sendiri.

Ali : Apa lagi yang Rudy tu tak puas hati dengan aku?!?!

Ali nampaknya memang betul betul marah. Tidak pernah dia lihat Ali sesedih dan semarah itu selama 1 bulan dia berkawan dengan Ali.

Ali : Jadi kenapa kalau aku tak mampu nak selamatkan Ejen Zain dan UNO?!?! Dia sendiri tak mampu nak selamatkan kedua duanya!!! Dan dia salahkan aku?!?! Ergh!!!

Ali menghentakkan tangannya ke atas pemegang kerusi panjang itu, sekuat hatinya.

Boboiboy : H-hei Ali, jangan ketuk tangan kau macam tu-

Ali : Mungkin Rudy betul....

Tak sempat Boboiboy menghabiskan kata katanya, dia memotongnya. Membuatkan Boboiboy terhilangan kata kata, dan hanya menutup mulutnya, memhiarkan Ali menhhabiskan kata katanya.

Ali : Mungkin aku memang Ejen yang lemah......

Ali mengatakan itu dengan sebuah senyuman, yang memang semestinya bukan senyuman asli, bersama dengan mutiara jernih tidak berhenti mengalir dari matanya.

Boboiboy : J-jangan kata macam tu! Dia salah! Kau ejen yang kuat, Ali! Jangan buat dia buatkan kau fikirkan macam tu!

Ali : Kau tak nampak ke Boboiboy?! Satu satunya sebab kenapa aku disini adalah disebabkan IRIS!!! Tanpanya, aku masih budak lemah yang tak tahu buat apa apa!!!

Kali ini Ali mehentakkan tangannya ke ruangan kosong antara mereka, membuatkan Boboiboy terflinch akibat itu.

Ali : IRIS..... adalah benda terakhir yang ingatkan aku dengan Mama......

Ali mencengkam hujung kerusi panjang itu dengan sepenuh kemarahannya.

Ali : Aku benci IRIS, Boboiboy.......

Itu membuatkan Boboiboy lagi tersentak. Ali, bencikan IRIS?

Ali : Kalau IRIS tak wujud, mesti Mama hidup lagi!!! Kalau IRIS tak ada, aku tak perlu hadapi orang orang pentingkan diri dekat sini!!! Tanpa IRIS, aku tak perlu bahayakan nyawa aku untuk selamatkan semua orang yang tak tahupun kewujudan aku!!! Aku benci!!! Aku benci!!!

Perasan bercambur baur antara sayang dengan benci kepada IRIS melakukan perlawanan yang hebat di dalam dirinya. Dia bersyukur, yang IRIS telah menjadikan nya lebih kuat, tapi pada mas ayang sama, berharap IRIS tidak mengambil nyawa Mamanya sekali.

Boboiboy yang berada di tepinya, tidak tahu mahu membuat apa. Sekali lagi dia dalam perdebatan dengan diri sendiri bagaimana harus dia menenangkan Ali.

Boboiboy : Ali, jangan cakap macam tu! Tak kiralah apa yang kau fikirkan atau apa yang semua orang kata sekali pun, kau masih lagi ejen yang kuat! Kau mampu lindungi semua orang! Kau mampu lindungi Cyberaya Ali! Kau hero yang hebat!

Ali hanya memberi senyuman kecil pada Boboiboy. Dia berasa berterima kasih, Boboiboy mencuba memujuknya. Tetapi, dia mssih lagi rasakan yang dia tidak berguna.

Ali : Aku bukan hero, Boboiboy. Aku pernah buat kesalahan. Aku belot M.A.T.A, dan bergabung dengan Niki. Aku..... aku jadi, pencuri Boboiboy.......

Mata Boboiboy terbeliak. Dia tidak sangka yang Ali berkata begitu. Dia jadi pencuri? Tak kan lah.

Ali yang dia kenal adalah orang yang baik. Tak mungkin dia jadi pencuri.

Tetapi, itulah hakikatnya. Ali terpercayakan orang yang salah, walaupun pilihannya murni, ingin membantu penduduk pinggiran.

Tetapi, malangnya, realiti tak seindah fantasi.

Ali : Aku...... tak layak jadi ejen, Boboiboy........

Tanpa Ali sedar, sejenak, mata Boboiboy berubah menjadi warna jingga dan merah.

Boboiboy tiba tiba berdiri di depannya, membuatkan Ali terkejut.

Sudah, dia tak mahu dengar lagi perkara negatif yang keluar daei mulut Ali.

Boboiboy : Jangan harap kau nak kata benda tu depan aku lagi!

Ali : Boboiboy-

Boboiboy : Dengar sini, anak muda.

Ali : Ah.........

Boboiboy : Tak kiralah kau nak kata seberapa ratus kali pun perkara negatif pasal diri kau, ianya tak akan membawa kau ke mana mana. Tak kira lah kau kata yang kah bukan ejen yang baik sekali pun, ianya tak akan buat apa apa untuk kau!

Ali sedikit terflinch. Boboiboy kelihatan marah. Selamatlah Boboiboy berjaya menahan dirinya dari sisi Blaze dan Halilinya keluar.

Boboiboy : Kalau kau adalah ejen yang teruk, kau tak akan ada dekat sini sekarang. Kau cakap lah beratus kali pun, ianya tak akan selamanya benar.

Ali : A-apa maksud kau?

Boboiboy mengambil nafas, menenangkan dirinya, sebelum membuka matanya semula.

Boboiboy : Kau dah berubah Ali. Kau bukan macam pertama kali waktu kau baru masuk M.A.T.A. Kau dah menjadi kuat. Bahkan, kau mampu selamatkan semua orang. Itu dah cukup bagus, kau tahu?

Ali mengangkat kepalanya, sedikit tersentak bila Boboihoy kata pasal dirinya yang dulu. Dia tak pernah bagitahu pun pada Boboiboy pasal masa dia baru masuk M.A.T.A. Macam mana dia tahu?

Boboiboy memberikan sebuah senyuman, mencuba untuk menenangkan Ali dengan caranya.

Boboiboy : Uncle Bakar yang ceritakan semuanya pasal kau dulu. Tapi, lepas aku tengok kau sekarang, aku tahu yang kau memang bertambah kuat. Jadi sekarang, jangan buat kau percaya sebaliknya, ya? 

Ali terdiam, hanya memandang Boboiboy di matanya.

Ali tiba tiba sahaja ketawa, membuatkan Boboiboy menelengkan kepalanya.

Ali : Pfff- Ahahahaha!!!

Boboiboy : Heh? *telengkan kepalanya*

Ali : Hehehe...... kau pun dah mula berubah Boboiboy.

Boboiboy : Apa maksud kau?

Ali : Kau dah mula bukan diri kau pada aku, sepenuhnya. Nampaknya, tak sia sialah kita berkawan untuk 1 bulan ni. Ahahahaha!

Boboiboy : Erm-*blush sebab malu* A-aku cuma nak comfort kau ok?! Kau selalu buat nya untuk aku, jadi aku nak balas budi pada kau je!

Boboiboy mem pout di tepi, sementara Ali tidak berhenti dari gelakkan dia di atas kerusi.

Nampaknya dia berjaya buat Ali tenang kembali. Dia tersenyum kecil, senang berjaya buat Ali tersenyum semula.

Tanpa Ali sedar, matanya sesaat berubah menjadi warna emas.

Boboiboy pun duduk di sebelah Ali semula.

Boboiboy : Apa yang Rudy kata tadi....

Ali : Hm?

Boboiboy : Kalau boleh....... boleh kau ceritakan semuanya?

Ali : ........

Ali menganggukan kepalanya.

.
.
.
.
.
.

Ali mencerita semuanya dari A sampai Z.

Boboiboy sejenak, terdiam mendengar kesemuanya yang Ali ceritakan.

Boboiboy : UNO sanggup buat macam tu? Walaupun dia dulu sebahagian dari M.A.T.A?

Ali : Ya........ Rudy sangat sangat hormati UNO, kerana dia telah diselamatkan olehnya dulu. Tapi kenapa dia tak boleh nak terima kenyataan yang UNO bukan dirinya yang dulu lagi?!

Boboiboy : Aku faham. Memang susah nak lupakan orang yang dah tolong kita. Tapi..... UNO juga salah. Jadi, aku terpaksa sokong korang berdua. Maaf ya, Ali.

Ali : Haih..... tak apa, aku faham. Maaf lah aku aku ni marah sangat, cuma, aku tak tahan ok?! Aku dah selalu kena buli dengan diorang, dan diorang tiba tiba baik dengan aku. Aku ok lagi, tapi Rudy tu tak habis habis nak cari pasal dengan aku!

Boboiboy membelai lembut belakang badan Ali, membiarkannya melepaskan kesemuanya.

Boboiboy : Hm..... aku faham perasaan kau. Aku pun pernah rasa perasaan yang sama.

Ali mengangkat kepalanya, memandang ke Boboiboy.

Ali : Kau..... pernah kena buli jugak.

Boboiboy : Tak.

Boboiboy menggelangkan kepalanya, dan mengangkat kakinya ke atas kerusi itu, dan memeluknya pula.

Boboiboy: Lebih kepada...... huh...... digantikan.......

Ali terdiam sebentar mendengar apa yang Boboiboy katakan. Dia kemudian duduk semakin dekat dengan Boboiboy, ingin mendengar ceritanya pula.

Boboiboy : Jangan cakap benda ni dekat sesiapa, tapi, aku ni boleh dikatakan hero jugak dekat tepat asal aku, Pulau Rintis.

Ali : Hero?

Boboiboy : Hm em. *angguk* tapi...... satu hari tu, 4 tahun lepas, aku terbuat sesuatu yang tak sepatutnya. Dan tiba tiba, ada satu orang ni cipta sebuah robot, yang serupa dengan aku, untuk gantikan tempat aku, sebagai hero di sana.

Ali : B-biar betul?

Boboiboy : Tulah masalahnya. Kitorang adu kekuatan, siapa dapat markah sebab bantu penduduk paling banyak, akan diiktirafkan sebagai hero baru di Pulau Rintis. Dan, biasalah. Aku manusia, dia robot. Aku pun kalah, dan robot itu gantikan tempat aku.

Ali : R-really?! Diorang gantikan kau dengan sebuah robot?! Diorang gila ke apa?!

Boboiboy : Hm...... tapi aku tak boleh nak marah, sebab aku memang kalah pun waktu tu. Tapi kau tahu apa? Bila sahaja robot tu jadi jahat, hilang kawalan dan musnahkan semua benda, kau tahu diorang cari dan minta tolong siapa? Aku! Ianya berlaku macam diorang sendiri tak pernah baru gantikan aku untuk sebuah robot yang datang entah dari mana! Kau faham tak?!

Sejujurnya, ya, Boboiboy masih marah dengan kejadian Boboibot 4 tahun yang lalu. Dia marah bukan sebab apa, yelah, kau dah penat penat tolong diorang semua, dan sebab kesalahan yang dia sendiri tak boleh nak kawal, diorang tiba tiba sahaja percayakan Robot yang berasal dari musuh diorang sendiri.

Boboiboy tak marah sebab dia kalah dengan Boboibot. Dia hanya kesal pasal itu, kerana dia tak cukup kuat. Tapi apa yang dia matah adalah, para penduduk terlalu cepat percayakan orang lain, dan ketepikan fakta yang dia dan kawan kawan dia sepenuh tenaga dan berkorban nyawa untuk selamatkan mereka semua.

Dia juga kesal tak mampu nak sedar pasal kuasa apinya lebih awal dari yang sepatutnya.

Ali : Ish! Kalau aku dekat tempat kau, dah lama aku memberontak! Dan lari dari sana! Diorang tak kenang budi kau ke?!

Boboiboy : Hm.... entahlah.......

Ali : Tapi apa apa pun, yang kau patut tahu adalah, aku disini untuk kau, ok? Selama kau berada di Cyberaya, kau boleh harapkan aku. Janji?

Ali mengeluarkan jari kelingkingnya, mahu membuat pinky promise dengan Boboiboy.

Boboiboy yang di sebelahnya, tersenyum, mengangguk kepalanya, dan membalas pinky promise Ali.

Boboiboy : Baiklah, jom, kita kembali ke dalam.

Ali : O-ok.....

Mereka berdua pun berdiri, dan berjalan pergi, ingin masuk ke dalam semula.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Flash back sementara Boboiboy mencuba mengejar Ali di luar, kita lihat pula keadaan di dalam.

Alicia berjalan dengan kasar ke arah Rudy dan menolaknya kasar sehingga Rudy terjatuh ke belakang.

Alicia : Kau hilang akal ke apa?! Kenapa kau nak kena bawak hal tu kembali?!

Rudy : Tch! Kalau ya pun kenapa?! Korang yang tak habis habis cari pasal dengan aku!

Alicia : Kau yang cari pasal dengan kitorang dulu! Apa yang kau nak sebenarnya?! Kau sendiri pun tak mampu nak selamatkan Ejen Zain dan UNO waktu tu! Jadi kenapa kau nak salahkan Ali pulak?!

Rudy : AKU TAK SALAHKAN BUDAK PENDEK TU PUN LAHHHHH!!!!

Semua yang di sana tersentak apabila tiba tiba sahaja Rudy menengking mereka. Rudy bangun kembali, dan mekihat ke arah mereka dengan warah yang marah.

Rudy : Aku marah sebab korang tak habis habis cakap yang dia dah jadi lebih kuat dari aku! Dia tak mampu nak selamatkan Ejen Zain dan UNO! Aku tak mampu nak selamatkan mereka..... korang pun tak mampu nak selamatkan mereka! Jadi kenapa korang nak puji dia lebih lebih sangat?! 

Pernafasan Rudy mula tak teratur akibat perasaannya yang hampir sahaja meledak itu. Kepalanya dah penat asyik dengar bebelan yang sama dari para Ejen Muda yang lain tiap tiap hari bila dia marah pada Ali pada sebab yang munasabah seperti terlanggar dia, buat kesalahan masa misi, ataupun tak tumpukan perhatian semasa latihan.

Alicia : Ye pun kau kena ke sebut perkara tu balik?! Kau ni kenapa nak marah marah?! Dia cuma terlanggar kau je!

Rudy : Aku marah sebab bahu aku sakit baru lepas latihan! Lepas tu tiba tiba je dia langgar aku! Kau pun akan marah kalau ianya berlaku dekat kau, kan?! Jangan nak berlagak baik bila kau pun layan Ali sama teruk dulu!!!

Rudy membaling garinya ke arah Alicia, tetapi dengan senangnya  Alicia mengelak gari itu dan gari itu pun mendarat di dinding belakangnya.

Alicia : Jadi, kalau ya pun, kenapa? Sekurang kurangnya, aku cuba berubah, berbaik dengan dia, dari kau!!! Kau sama je macam dulu, tak berubah langsung!!! Tak habis habis nak cari pasal dengan semua orang!!!

Rudy : Kenapa aku nak kena berubah untuk korang?!?! Korang tak pernah buat apa apa pun untuk aku!!! Hanya UNO..... hanya UNO sahaja......

Rudy menggenggam gari kedua yang ada di tangan kirinya, sehingga hampir rosak, menunjukkan seberapa marahnya ketika itu.

Rudy : Aku tak ada apa apa waktu tu..... hanya UNO..... hanya UNO sahaja yang berani hulur tangannya ke aku, dan bantu aku keluar dari lubuk kegelapan, dan ubah aku jadi orang yang berguna jadi sekarang..... hanya dia sahaja yang sanggup tolong aku!!! Jadi kenapa?!?!

Rudy melempar garinya ke bawah, sehingga gari itu retak, menjadi dua.

Alicia : Kau masih tak sedar lagi ke?! Ejen Djin yang kau kenal dah tak ada!!! Dia dah jadi jahat!!! Dia lah penyebab Ejen Zain tewas!!!

Rudy : AKU DAH SEDAR DARI AWAL LAHHHHHHHH!!!!!!

Rudy menjerit sekuat hatinya ke arah mereka, sehingga ada dari mereka yang terpaksa menutup telinga mereka akibat jeritan itu.

Rudy : Aku sedar!!! Ya, aku sedar!!! Aku sedar dia dah jadi jahat!!! Tapi aku tak mahu percayakannya, ok?!?! Kalau tanpa dia, aku tak akan ada dekat sini!!! Tanpa dia, aku masih lagi hidup di pinggiran sana!!!! Tanpa dia, aku tak akan ada apa apa!!!! Dia sahaja yang aku ada ok?!?! Dia sahaja..... yang sanggup tolong aku bila semua orang tak mahu pandang pun aku.....

Keegoisan dirinya menghalang dirinya dari berterus terang dengan mereka. Dia selama ini berlagak kuat hanya kerana nak mereka pandang dirinya kuat. Tapi nampaknya caranya salah.

Tiada sesiapa ajar kepadanya cara untuk berbaik, apa lagi berkawan dengan orang lain. Dia sudah memang dilatih daei bayi untuk hidup hanya untuk dirinya sendiri. Mencuri, merompak, untuk teruskan hidup.

Rudy : Kalau aku nak berkawan dengan korang sekali pun, aku tak tahu caranya, ok?!?! Tiada sesiapa ajar aku caranya!!! Dah, aku bagitahu semuanya!!! Apa kata kau belajar dulu, yang tak semua orang boleh jadi kawan kau!!! Dah, jangan kacau hidup aku lagi!!!

Rudy memusingkan badannya, dan berjalan pergi dari sana, dengan hentakkan kaki penuh kemarahan.

Tetapi, sebelum dia sempat beredar pergi dari ruangan itu, seseorang memegang bahunya dari belakang. Bila dia melihat ke belakang semula, ianya adalah Moon.

Moon : Aku..... tak tahu pulak kau rasa macam tu selama ni.....

Rudy : Kalau kau tahu pun, kau nak buat apa? Dah, lepas kan aku. *tolak tangan Moon, berjalan lagi*

Moon : T-tunggu! *pegang bahu Rudy lagi*

Rudy : Ish!!! *tepis tangan Moon* Apa lagi yang kau nak dari aku-

Bila dia berpusing lagi, kesemua ejen muda yang lain sudah berdiri di belakangnya.

Rudy : Tch.... apa korang nak?

Jet : Kitorang..... *main jari* sedikit terkejut dengar penjelasan kau tadi.

Bulat : Haah. Kitorang ingatkan kau berperangai teruk selama ni sebab kau bencikan kitorang.

Rudy : Memang aku bencikan korang pun. Sebab selalu kacau aku.

All : Er..... *sweatdrop*

Khai : Tapi bila kau cakap yang kau tak pandai nak berkawan dengan kitorang, kitorang nak tolong kau! Kitorang boleh ajarkan kau cara berkawan!

Rudy : Hah? *muka malas* Buang tabiat ke apa ni?

Roza : Diorang nak bantu kau jelah. *ketuk kepala Rudy pakai senapang dia*

Rudy : Adoi! Ish! Kau pun sama? *sweatdrop*

Roza : Hm. *angkat bahu* aku ikut diorang je.

Rudy : Tch. Akh tak perlu bantuan korang lah!

Rudy melibaskan tangannya ke udara, dan memusingkan badannya ke belakang. Tetapi, bila dia lihat ke bawah, di sana ada robot milik Khai, R-O, menghalangnya dari pergi.

Rudy : Biar betul korang ni. *sweatdrop*

Alicia : Diorang dah cukup baik nak bantu kau dah tu.

Rudy : Perlu ke? *muka malas*

Moon muncul di depan Rudy, dan memberi jutsu puppy eyes ke Rudy.

Moon : Pleaseeeeeee Rudy!!! Kau cakap kau tak pandai buat kawan kan? Kitorang nak jadi kawan kau!

Rudy : Kenapa tiba tiba pulak ni?

Iman : Bagilah kitorang peluang. Kitorang janji. Semua akan baik baik sahaja. Kau akan suka berkawan dengan kitorang.

Rudy yang dah serabut mendengar semua benda itu, tambah lagi diorang makin lama makin dekat dengan dia, hanya melepaskan nafas berat, dan memandang mereka dengan wajah "annoyed".

Rudy : Fine! Aku bagi korang peluang. Tapi, jangan korang marah bila aku masih tak mampu sampai ekspetasi korang nanti.

Rudy menyilangkan tangannya, dan membuang mukanya ke tepi, malas nak layan mereka semua.

Mereka semua pun bersorak gembira, kerana mereka berjaya.

Ali : Tapi, pertama, untuk permulaan kau, aku nak kau minta maaf ke Ali.

Alicia menundingkan jarinya ke arah pintu masuk Akademi itu, dan mereka semua melihat Boboiboy dan Ali berjalan masuk ke dalam semula setelah beberapa seketika.

Rudy : Huh.... yelah.

Mereka semua berjalan ke arah mereka berdua, membuatkan mereka berdua melihat mereka semua dengan muka pelik.

Alicia : Ali, Rudy ada sesuatu nak cakap dengan kau.

Ali : Hah? *terteleng* Cakap apa?

Mereka pun menolak Rudy ke depan.

Rudy : .........

Ali : Hm. *muka malas* Hah, nak cakap apa?

Rudy : ...........*bisik* aku...... minta maaf......

Christ : Apa diaaaaaa???? Tak dengar lahhhhhhhh.

Rudy : *muncul perkaki empat* AKU MINTA MAAF!!! HAH, DAH!

Rudy pun membuang mukanya ketepi sambil menyilangkan tangan ke dada.

Ali dan Boboiboy terteleng sama sama dengar Rudy minta maaf.

Ali tiba tiba sahaja ketawa.

Ali : Pffff- AHAHAHAHAHA!!!!

Rudy : *blush sebab malu* K-kau ni dah kenapa ketawa macam beruk?! Aku minta maaf je kan?! Diorang ni yang paksa aku!

Ali : Ahaha... hah.... tak lah. Cuma ni first time kau minta maaf kat aku. Kelakar pulak aku tengok.

Rudy : *muncul perkaki empat lagi* Kalau macam tu, lebih baik aku tak mintak maaf.

Roza : *ketuk kepala Rudy guna senapang dia*

Rudy : Adoi!

Ali : Ahahahahahaha!!!

Habis sakit perut Ali ketawa, sampaikan dia tersujud atas lantai sambil pegang perut dia, masih lagi ketawa.

Boboiboy di tepi, hanya mampu bersweatdrop melihat Ali yang dah rebah di tanah sebab ketawa.

Ali : *masih atas lantai* Aku.... aku..... pfffff- maafkan- kau. AHAHAHAHAHAHA!!!!

Nampaknya pergaduhan antara dua ekor tikus mondok itu pun akhirnya selesai.

Para Ejen Muda lain sedang menahan Rudy dari membunuh Ali sebab ketawakan dia.

Boboiboy pun hanya mampu menghembuskan nafas lega disebabkan semuanya sudah berakhir untuk hari itu.




























2883 perkataan

Yayayayayayayayayay dah siap 🕺

Bersedia lah untuk chapter penting selepas ini ehek-

Buhbye- *lesap masuk gaung*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top