Misi : Terungkap
Seperti yang telah dijanjikan, Boboiboy, Comot, Ali dan Uncle Bakar sekarang berada di taman tidak jauh dari Cyber Perdana.
Mereka bercadang untuk luangkan masa sepenuhnya pada hari itu dengan bermain di sana. Ali membawa skuternya, manakala Boboiboy sewa basikal.
Guna duit Uncle Bakar, sebab budak tu gulung tikar, ohohoho-
Korang faham maksud gulung tikar tak?
Boboiboy : Sorry lah Uncle. Boboiboy tak ada duit sekarang ni.
Bakar : Tak apa, Uncle berlanja korang semua untuk hari ini! Hari ni kan hari jadi Ali! Tambah lagi, tengok ni~
Bakar mengeluarkan kesemua duitnya yang bertumpuk tumpuk itu ke depan muka Boboiboy, membuat duitnya dalam bentuk kipas.
Ala, yang kembangkan ke sisi tu.
Bakar : Uncle baru dapat gaji! Bukan hanya gaji dari M.A.T.A. Dari Uncle menyamar jadi cleaner sekolah jugak!
Boboiboy : Fuhhhh! Cayalah Uncle! Terbaik! *thumbs-up*
Bakar : Ehehehe. Kalau kamu nak apa apa, mintak je ke Uncle!
Ali : Pergh. Baik semacam hari ni. Ada apa apa berlaku ke? Uncle ada dapat awek ye~
Ali mencuba menyakat Unclenya itu. Yang semestinya dibalas pukulan manja di kepala Ali.
Bakar : Tak de nya. Tahulah Uncle ni single uhuhuhu *menangis tak berlagu* Uncle cuma nak habiskan hari ni bersama korang. Bukan selalu dapat macam ni, kan?
Uncle Bakar melihat ke depan, diikuti juga dua budak kenit itu.
Permandangan taman itu sememangnya membuat fikiran sesiapa sahaja tenang.
Mereka selalu sibuk dengan misi, masalah hidup sendiri, selamatkan orang lain, semestinya mereka akan stress.
Tambah lagi Boboiboy adalah superhero galaxy, lawan alien alien hodoh sejagat raya.
Entah mengapa, rasanya, tenang sangat.
Mereka menarik nafas dalam dalam, menikmati saat saat itu.
Boboiboy : Uncle memang pandai pilih tempat.
Boboiboy memujinya, yang membuatkan hidungnya kembang.
Bakar : Heh, biasalah, ini kan Uncle Bakar.
Ali : Apa lagi! Jom lah kita berlumba Boboiboy!
Boboiboy : B-berlumba?
Ali : Ya! Siapa sampai tasik depan sana dulu, dan patah sini balik, dia menang!
Daripada jauh, kelihatan sebuah tasik yang ditutupi oleh pokok pokok yang tumbuh lebat, tetapi masih boleh kelihatan.
Boboiboy : Hm! Baik!
Dua ekor budak itu telah pun memecut ke hadapan, meninggalkan Uncle Bakar keseorangan di belakang.
Bakar : Hei? Uncle nak buat apa dekat sini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Boboiboy : Aku.... aku menang...... 10:8! Hah! Aku menang! Yay!
Dalam satu jam itu, berlumba jelah kerja mereka berdua.
Ali : Ala, mana aci! Aku tersadung batu dua kali tadi!
Boboiboy : Aci tak aci. Aku still menang. *flip hair*
Ali : Hm. Bertuah punya kawan. *muka malas*
Bakar : Dah dah lah tu berlumba. Tak penat ke?
Uncle Bakar datang dari tepi, dengan memegang tiga ais krim di tangannya.
Bakar : Nah. Uncle berlanja.
BBB, Ali : Wah?! Ais krim?! Nak nak!
Dua bebudak tu pun berlari ke Uncle Bakar, dan mengambil ais krim itu sorang satu, dan memakannya.
Comotnpulak, setia tidur di tepi. Sebagai langkah berjaga jaga, diorang dah matikan collar Comot untuk tidak buat orang terkejut dengar kucing bercakap bahasa manusia.
Ali, seperti biasa, masih tidak puas hati dengan Boboiboy, berlumba makan ais krim dengan budak topi oren itu tanpa bagitahunya sama sekali.
Ali : Hah! Aku menang-*otak beku* NANGGGGGGGGGG?!?!
Amik kau, karma.
Tulah, siapa suruh makan gelojoh. Kan dah kena.
Boboiboy : *geleng kepala* Ish ish ish, tak patut, tak patut.
Ali : Aaaaaaa..... *dah hilang otak bekunya* Ok! Aku nak sambung tunggang skuter aku!
Boboiboy : Nak main dah? Kau tak penat ke?
Ali : Tak. Lagipun, ni boleh latih stamina aku. Walaupun aku ni Tekno, aku masih kena pergi ke barisan hadapan jugak.
Ali terus bangun, dan terus berjalan ingin mengambil skuternya yang tak jauh manapun dari mereka.
Boboiboy dan Uncle Bakar hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat telatah Ali. Terlebih semangat pulak budak tu hari ni.
Bakar : Haih, maaf ya lah Boboiboy. Ali tu, perangai dia memang tak menentu sikit. Kejap kejap semangat, kejap kejap lemau.
Boboiboy : Ahahaha! Tak ada apa apa lah Uncle. Lagi pun, ni hari jadi dia, mestilah dia bersemangat.
Mereka berdua hanya melihat Ali yang berputar putar dengan skuternya, di tempat duduk mereka, masih di tempat smaa Alj ambil skuternya tadi.
Tiba tiba, Boboibiy membuka suaranya.
Boboiboy : Uncle. Boleh Boboiboy tanya sesuatu tak?
Bakar : Hm? Tanyalah. Apa dia? *minum air*
Boboiboy mengambil nafas, sebelum berpaling memandang Bakar.
Boboiboy : Kematian Puan Aliya....... ada kena mengena dengan M.A.T.A ke?
Soalan yang tak sepatutnya telah dikeluarkan.
Akibat terkejut, habis Uncle Bakar tersemburkan air di dalam mulutnya. Nasib tiada sesiapa di depannya.
Bukan Bakar sahaja yang mendengarnya. Ali juga mampu mendengar apa yang Boboiboy katakan, dan hampir terbabas.
Bakar : Uhuk! Uhuk! K-kenapa Boboiboy tanya?
Boboiboy : Erm.......
Bukan dahi Bakar je yang habis banjir. Dahi Boboiboy dah jadi Lautan Pasifik dah jadinya.
Ali yang baru selamatkan diri dari terbabas, berjalan mendekati mereka berdua.
Ali : Kau...... huh....... kau lihatnya, kan?
Boboiboy tidak tahu mahu membalas apa, dan hanya mengangguk, melihat ke bawah, tidak sanggup melihat mereka berdua.
Boboiboy : A-a-aku minta maaf! Aku- aku tak nak tengok apa apa pun video yang ada dalam data tu, tapi ianya tiba tiba sahaja terma-main sendiri! Aku cuba untuk tidak lihat apa apa, tapi video paling jelas yang termain dahulu!
.
.
.
.
Flash back~
Kembali ke sehari sebelum itu, Boboiboy sudah berjaya meminta untuk pulang ke bumi semula selepas memintanya ke Laksamana dan Commander.
Yelah, lagi pun mereka berlima masih dalam fasa cuti mereka.
Yang tinggal hanyalah, pergi tanya ke Nut sekiranya data Ali sudah siap ataupun belum.
Boboiboy pergi ke bilik bengkel Nut.
Boboiboy : Selamat petang, Nut!
Nut : Hm? Oh! Selamat petang Boboiboy!
Nut sedang berdiri di sebuah screen besar yang digunakannya untuk trasferkan data dari chip memori yang rosak ke chip memori yang baharu.
Boboiboy : Ianya dah siap ke?
Nut : Hampir! Hanya perlukan transferkan datanya ke chip baru ni! Kau bertuah, sebab walaupun chip memorinya sudah hampir hancur, data di dalamnya masih lagi selamat.
Boboiboy : Syukurlah......
Nut : Well, aku nak pergi simpan barang barang aku dulu. Kau boleh tunggu di sini sampai ianya siap, dan kau boleh terus ambilnya!
Boboiboy : Terima kasih Nut. Aku tak tahu apa akan berlaku sekiranya kau tak ada.
Nut : Tak ada hal lah. Mesti kawan kau ni sangat special kepada kau kan? Kalau tak, kenapa kau terdesak sebegini sekali, kan?
Boboiboy : Kau boleh katakannya begitu.
Akhirnya Nut berjalan keluar dari bilik itu, meninggalkan Boboiboy sorang sorang di dalam bilik bengkel itu.
Boboiboy berjalan ke arah screen besar itu yang sedang menayangkan berapa peratus data yang sudah masuk ke dalam chip memori yang baharu.
Ianya sudah berada di 85 peratus.
Setia menunggu, dia berdiri sahaja di depan di depan screen besar itu, tidak sabar ingin menunggunya selesai.
Boboiboy : Mesti Ali gembira dapat data maknya balik. Tak sabar aku nak tengok muka dia nanti, hehe!
Menunggu punya tunggu, peratus sudah sampai pada nombor 90.
Tiba tiba, screen besar itu tiba tiba glich, membuatkan Boboiboy terkejut.
Boboiboy : Huh?! Apa jadi ni?!
Selang beberapa saat, tiba tiba, sebuah video mulai berputar pada screen besar itu.
Boboiboy mahu melihat ke arah lain, tetapi, tidak sempat. Video yang ditayangkan, adalah video Aliya ketika dia sedang berlatih di M.A.T.A.
Boboiboy : Kejap..... Mak Ali adalah Ejen juga?
Bila dia fikir balik, Ali, Ghazali dan Bakar tidak pernah memberi tahunya pasal kematian Aliya. Apa yang dia tahu, dia cuma sudah tiada, itu sahaja.
Video kedua ditayangkan. Ianya menunjukkan Aliya melancarkan projek IRIS yang telah berjaya disiapkan.
Boboiboy : IRIS? Apa tu? Nampak macam cakera kecil... kejap, ia boleh jadi cermin mata?! Hebatnya....
Tiba tiba, video ketiga yang ditayangkan adalah, hanya sekadar gambar. Tetapi, ianya adalah gambar IRIS yang sudah disita, seperti projek itu diberhentikan.
Boboiboy : IRIS diberhentikan?
Video itu terpadam dengan sendirinya, dan kembali ke nombor peratus seperti mulanya.
Nut : Boboiboy!
Boboiboy : Erk?!
Boboiboy dengan gelabah, memutar badannya ke belakang, melihat Nut yang menunjukkan kepalanya sahaja dari sebalik pintu.
Nut : Wuuu! Tengok! Data dah berjaya dipindahkan sepenuhnya! Kau dah boleh ambil nya sekarang!
Boboiboy memutarkan kepalanya ke screen besar semula, dna melihat nombor peratus sudah mencapai 100%. Dia menghembuskan nafas lega, yang Nut tak sempat tengok video tadi.
Boboiboy pun mengambil chip memori baru itu, dna memasangkannya ke dalam tablet baru yang dia baru beli itu.
Flashback off~
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka bertiga sedikit terkejut mendengar penjelasan Boboiboy. Nasib baiklah mereka tak tahu sepenuhnya perkara sebenar. (Yang pasal flashback kat atas tu 👆)
Boboiboy : Maafkan aku maafkan aku maafkan aku......
Ali yang melihat Boboiboy seperti takut semacam, memegang bahu Boboiboy, dan memaksa budak topi dino itu mengangkat kepalanya. Nasib tak terkehel leher.
Ali : Dengar, ini bukan salah kau. Perkara dah nak jadi. Lagi pun, kau bukan sengaja, kan?
Boboiboy : B-betul.....
Bakar : Nampaknya, dah sampai masanya kita tunjukkan Boboiboy perkara sebenar.
Uncle Bakar bangun dari tempatnya, dan mengejutkan Comot, yang akhirnya melompat ke atas bahu Uncle Bakar.
Boboiboy : P-perkara sebenar?
Bakar : ........pasal IRIS........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mereka bertiga kini berada di bilik masyuarat M.A.T.A, tapi tiada Jeneral di sana.
Uncle Bakar menekan beberapa anak kekunci di atas meja itu, dan akhirnya keluarlah hologram Projek IRIS.
Boboiboy : Jadi..... inilah IRIS?
Bakar : Benar. *tarik nafas, hembuskan* IRIS adalah sebuah projek yang dicipta untuk membantu manusia. Ia mampu meningkat kebolehan manusia, menjadi seorang super ejen. Ia mampu membantu dalam pelbagai hal. Dan ianya..... diciptakan oleh Aliya......
Boboiboy kagum mendengar itu. Siapa sangka manusia mampu menciptakan alatan sebegitu canggih.
Bakar : Ianya dulu alah milik Aliya. Kerana dia yang menciptakannya. Menjadikan dia salah satu ejen terhormat M.A.T.A. Ciptaannya memang sangat dasyat. Sehinggakan banyak misi yang berjaya diselesaikan kerananya. Tetapi.....
Wajah Bakar tiba tiba memburam, membuatkan Boboiboy menelan ludah kelatnya.
Bakar : Alat akan selamanya Alat. IRIS memakan tenaga penggunanya. Sehingga, tahap dimana, ianya memakan nyawa.
Bakar memandang ke Boboiboy dengan wajah yang sangat tegas, membuatnya semakin ketakutan. Tambah lagi dengan ayat terakhirnya itu.
Bakar : Beberapa tahun yang lalu, telah terjadi sesuatu kejadian, dimana 3 roket pemusnah telah dilancarkan ke banggunan utama Cyberaya, tempat Dato' Bandar kami, Dato' Othman. Dan waktu itulah, Aliya, menggunakan sisa tenaganya, mengaktifkan sebuah sistem IRIS, yang digelar, Override mode. Dan..... terjadi trajedi nahas, Override memakan kesemua tenaga Aliya, membuatkan dia tidak dapat diselamatkan, dan......meninggal dunia.....
Menekan perkataan terakhirnya, membuatkan tiada seorang pun dari mereka bersuara untuk waktu yang agak lama. Mempelajari perkara baru pasal alat yang bernama IRIS ini, membuatkan tangan Boboiboy menggeletar ketakutan.
Tiba tiba Ali berpaling ke arahnya, dan membuka suara.
Ali : Kau ingat tak, waktu aku kata dekat kau, yang aku tak suka cipta cipta alat ni walaupun aku adalah Ejen Tekno?
(Rujuk Chapter Misi : Teras 👆)
Boboiboy : Er.... ya?
Ali : IRIS..... pernah jadi milik aku dahulu.
Boboiboy sedikit terkasima mendengar pemberitahuan yang dikatan oleh Ali.
Ali : Sejujurnya, aku hanyalah budak lemah, yang terjumpa IRIS. Aku teraktifkan IRIS itu, dan terjadi perkara yang sama macam first yang kena tangkap dengan M.A.T.A tiga minggu lepas. Aku hanya jadi Ejen disebabkan oleh IRIS. Tanpa IRIS, kemungkinan aku tak akan ada di sini sama sekali.
Ali berjalan mendekati hologram itu, dan mencuba mencapai IRIS, tapi, malangnya, ianya hanya sekadar hologram, dan tangannya menembusinya. Ali mengetap giginya kesal.
Ali : Selepas kes penyerangan Cyber Perdana, IRIS telah berjaya dipisahkan dari aku, dan aku sekarang hanyalah seorang ejen biasa seperti yang lain.
Boboiboy memahami kedua dua kisah yang dicerita dua sekeluarga itu. Pada mulanya dia lihat IRIS itu hebat ketika melihatnya di dalam video itu, tetapi, selepas mengetahui kebenaran disebaliknya, dia mula berfikir sebaliknya.
Bakar : Rahsia ini disimpan dari para ejen muda yang lain, kerana mahu melindungi mereka. Termasuk kamu. Tetapi, nampaknya dah tiba masanya kamu tahu sejarah keluarga kami.
Boboiboy : Pak cik Ghazali..... tahu ke pasal ni?
Bakar menggelengkan kepalanya dalam keadaan sedikit kecewa dan sedih.
Bakar : Kalau boleh memang kami ingin memberitahu perkara sebenar, tetapi, dia tidak tahu pasal M.A.T.A, jadi kami terpaksa biarkan kebenaran ini sebagai rahsia.
Boboiboy melihat kembali ke arah hologram IRIS itu, dan merasakannya sedikit tidak adil. Yelah, Aliya itu adalah isterinya. Sepatutnya Ghazali mengetahui kebenaran kematiannya, tetapi, rahsia tetap rahsia. Mereka terpaksa membiarkan Ghazali percaya yang Aliya meninggal disebabkan sakit buat masa yang lama.
Sehingga tiba masanya.
Boboiboy menarik baju Uncle Bakar dari belakang, membuatkan Bakar melihat ke arahnya.
Boboiboy : Saya rasa.... saya nak tahu sebanyaknya yang saya perlu. Kita dah boleh keluar dari sini.
Bakar dan Ali mengangguk dengan permintaan Boboiboy itu, dan mereka bertiga pun keluar dari bilik itu.
.
.
.
Dalam perjalanan ingin keluar dari sana, mereka bertemu dengan para Ejen Muda yang lain, yang sedang berkumpul bersama sama.
Ali yang sibuk berborak dengan Boboiboy, tidak memandang ke hadapan, dan terlanggar Rudy.
Rudy : Ish! Kau tak ada mata ke apa?!
Ali : Ala, sorry lah, bukan aku sengaja!
Rudy : Tch. Tak sengaja konon. Lain kali jalan tu tengok depan!
Ali : Ye ye, aku minta maaf!
Moon yang melihat perbalahan itu, tiba yiba muncul di sebelah mereka berdua.
Moon : Hei hei, jangan lah gaduh! Nanti cepat tua-
Rudy : KAU DIAM!!! INI MASALAH AKU DENGAN ALI!!! KAU JANGAN MASUK CAMPUR!!!
Rudy, nampaknya memang diri biasanya yang bengis. Moon siap bersembunyi di belakang Ali disebabkan takut denhan jeritan Rudy.
Alicia yang baru tiba di sana pun, turut terkejut mendnegar Rudy tiba tiba menjerit.
Jet terbang mendekati diorang, lebih tepatnya, Rudy.
Jet : Hei hei, Rudy. Kau tak payahlah marah sangat. Kau ni tak habis habis nak bergaduh dengan Ali. Aku yang dengar ni pun bosan.
Mika : Betul, betul!
Roza : *tiup gula gula getah* Kalau kau cemburu, dengan Ali, cakap jelah. Tahulah yang dia tu dah bertambah kuat sekarang walaupun tanpa IRIS.
Rudy : Ish! Korang semua diam lah!
Rudy kelihatan sangat marah pada waktu itu. Bukan Ali sahaja yang cari pasal dengan dia, yang lain juga tiba tiba bersuara mempertahankan Ali.
Moon : Ala, cakap jelah kau cemburu~ Ali dah makin kuat dari kau~
Rudy tiba tiba menghentam kakinya, berjalan ke arah Moon, dan menolaknya kasar, sehingga dia terduduk di atas lantai.
Rudy : Kalau dia tu hebat sangat, kenapa dia tak SELAMATKAN EJEN ZAIN DAN UNO?!?!!!
Sang singa telah dimurkakan. Semua Ejen terkejut, Rudy memention perkara itu lagi.
Tapi, Rudy sendiri terkejut dengan apa yang baru sahaja dia katakan.
Rudy memandang ke arah Ali.
Ali seperti berada di dalam ambang ingin menangis, akibat apa yang Rudy baru sahaja katakan, tetapi, wajahnya tiba tiba berubah menjadi marah, dan berlari pergi, keluar dari Akademi itu.
Boboiboy : T-tunggu Ali!
Boboiboy mengejarnya dari belakang, meninggal yang lain di sana.
2313 perkataan
Slow burn eh? Baru chapter 35 baru nak masuk bab best best eh?
AHAHAHAHAK-
*lesap menusuk kalbu*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top