Misi : Terbongkar 2 Part 3

Boboiboy : H-huh?

Semuanya tiba tiba berubah.

Suasana yang tadinya tenang tiba tiba menjadi tegang.

Bukan hanya Ali. Tapi kesemua Ejen Muda memandang ke arah Boboiboy dengan pandangan bengis.

Dia tak faham. Apa benda yang dia buat salah sampai mereka pandang dia sebegitu sekali.

Boboiboy : A-Ali? Korang? K-kenapa ni?

Pandangan mereka masih tidak berubah.

Ali berjalan tepat tepat ke depan Boboiboy dan menolak badan Boboiboy di dadanya menggunakan jari telunjuknya.

Ali : Jangan pura pura nak jadi baik lah! Kau ingat ada orang yang sukakan kau ke?!

Ali tiba tiba jadi seperti itu. Dia membentak Boboiboy tak tentu pasal.

Boboiboy tak mampu nak memproses apa apa. Ianya berlaku tertalu pantas.

Boboiboy : A-apa maksud kau ni? Apa yang a-aku dah buat?

Suara Boboiboy mula menjadi tak teratur.

Tiba tiba Jet berjalan ke sebelah Ali, dan memegang bahu Ali.

Boboiboy : Jet?

Jet memberi pandangan sombong kepada Boboiboy.

Jet : Memang patut pun kau tak faham. Sebab kau lembab!!!

Perkataan yang tiba tiba keluar dari mulut Jet itu membuatkan fikiran Boboiboy mulai bercelaru.

Boboiboy : L-lembab?

Dia langsung tak faham apa apa. Kenapa semua orang tiba tiba jadi kejam dekat dia ni?

Selama ni tak pernah pun mereka lakukan perkara itu padanya.

Bulat : Dah lembab tu mengaku lembab jelah. Benda simple je pun kau tak boleh nak faham.

Bulat tiba tiba membuka suara, membuatkan Boboiboy sudah tidak mampu fokus untuk dengar siapa.

Dia tak mahu dengar sesiapa pun.

Tapi dia tak mampu nak diamkan suara manusia.

Boboiboy *dalam hati* A-apa dah berlaku ni? Kenapa semua orang marahkan aku? Aku ada buat salah ke? Bahkan Ali.......

Semuanya baik baik sahaja 1 minit yang lepas. Kenapa semua orang marahkan dia?

Boboiboy : K-kalau aku ada buat salah apa apa, kau boleh bagitahu aku je, Ali! Aku akan perbaikinya, aku janji!

Walaupun dia sendiri tak tahu salah apa yang dia buat sampai mereka marah sebegitu sekali pada dirinya, tapi dia tetap mahu perbaikinya.

Ali : Tch. Kalau kalau kau baiki keadaan sekali pun, ianya tak akan merubah apa apa.

Ali menyilangkan tangan ke dadanya, sambil memberi jelingan tajam ke arah sepupunya itu.

Boboiboy sudah di ambang mahu kalah dengan perasaannya, tetapi dia kena kekal kuat.

Selagi hal ini tak selesai, dia tak boleh tunjukkan sisi lemahnya pada mereka.

Boboiboy : A-aku ada hutang dengan kau ke? K-kalau ya, nah! Aku akan ganti semuanya, aku janji!

Boboiboy mengeluarkan dompet dia, dan mengeluarkan beberapa lembar duit yang tak seberapa, dan menghulurkan kesemuanya kepada Ali dengan senyuman yang dipaksa.

Dia hanya tinggal itu sahaja. Duitnya sudah habis membelikan benda untuk hari jadi Ali. Dia tahu ianya tak seberapa, tapinkalau tak cukup, dia akan cari lagi sehingga hutangnya habis.

Tapi, Ali tak mengambil duit itu.

Dia menepis duit Boboiboy, sampai semuanya jatuh ke atas lantai, sama seperti yang dia buat kepada intel tidak lama sebelum itu.

Boboiboy tersentak. Dia tak jangka sama sekali yang Ali akan lakukan itu.

Dia bahkan tak sangka yang Ali akan bersikap seperti ini kepada dirinya.

Dia dah cuba jadi baik, tapi kenapa situasi bertukar sebegini rupa?

Ali : Aku tak perlukan duit kau. Kau ingat aku nak terima duit dari pendatang luar macam kau ni?

Tangan Boboiboy kaku, tidak tahu mahu bertindak apa.

Boboiboy : P-pendatang luar?

Tiba tiba Mika ketawa.

Mika : Hahahahah!!! Kenapa? Lupa asal usul kau?

Boboboiboy memegang kepalanya, merasa sakit dan keliru dengan apa yang berlaku.

Mika : Kau lupa? Kau, bukan dari Cyberaya.

Mika menundingkan jari telunjuknya pada Boboiboy dengan cara kasar.

Mika : Kau hanya disini disebabkan ayah kau, suruh kau berjumpa dengan Ali sahaja. Kau bahkan tak ada teknologi secanggih Cyberaya!

Satu kutukan demi satu kutukan diterima Boboiboy.

Dia tak tahu berapa lama lagi dia boleh bertahan dengan semua perkataan negatif yang dikeluarkan oleh kawan kawannya kepadanya.

Dia cuba bertahan, tapi sampai bila?

Boboiboy menutup telinga, dengan kedua dua belah tangannya, mencuba menutup setiap suara dunia dari datang kepadanya.

Situasi ini membuatkan dia teringat masa kecilnya.

Ketika dia sudah berjanji dengan kawan kawan dia untuk berkhemah bersama sama.

Dia memang betul betul dah berjanji. Tapi, kalau bukan sebab dia terlalu fokus kepada geng perompak bersiri pada hari itu, sampai menggunakan kuasa pecah tiganya sampaikan dia terlupa pasal janjinya, mesti ini tak akan berlaku.

Dia cuma mahu lunaskan tanggungjawapnya sebagai hero. Itu sahaja niatnya.

Tapi dia juga terlupa pasal tanggungjawapnya sebagai kawan.

Dia harap bukan kuasa elemental ini yang dia dapatkan.

Dia memang sudah pelupa sejak sebelum dapat kuasa lagi. Tapi, kuasa nya hanya membuatkan ingatannya semakin teruk.

Sebab inilah dia sudah takut, ingin membuat janji.

Kerana dia tahu dia tak akan dapat tunaikannya lagi seperti dulu.

Tapi ianya sudah menjadi tabiatnya. Dia cuma mahu berjanji supaya orang itu tidak bencikannya, tapi dia juga hanya sekadar manusia.

"Atelophobia"

Ketakutan akan mengecewakan orang lain.

Dia selalu mempersembahkan perlawanan terbaik yang dia mampu lakukan kepada semua, kerana dia tidak mahu mereka kecewa akannya.

Tetapi, setiap dia lakukan perkara itulah, satu demi satu, dia mengecewakan orang lain.

Tak kira apa pun yang dia lakukan, dia tak boleh gembirakan semua orang.

Dia takut digantikan.

Dia tak mahu orang gantikan dia lagi seperti dulu.

Tapi, tak kira macam mana sekali pun dia cuba mematikan suara dunia, ianya selalu datang kembali untuk menghantui dirinya.

Rudy : Kenapa? Kau takut dengan apa yang kami katakan?

Dia tetap akan dengar suara mereka.

Boboiboy : T-tak! Aku tak.....tsk......

Ali berjalan ke hadapannya, dengan sebuah senyuman.

Tapi senyuman itu tidak menyenangkan sama sekali.

Ali : Kau tahu Boboiboy? Aku dari awal bertemu dengan kau.... aku tak pernah pandang kau sebagai sesiapa.

Boboiboy : H-huh?

Senyuman Ali....

It make him sick.

Ali : Atau lebih baik aku katakan....... AKU BENCI KAU, BOBOIBOY.

CRAK!!!!

Boboiboy mampu mendengar bunyi retakkan yang datang dari dalam dirinya.

Dia sudah tidak mampu tahan lagi.

Duri sudah mulai menusuk hatinya sehingga tidak tersisa lagi.

Mutiara jernih mulai menitis keluar tanpa henti dari mata penguasa elemental itu.

Tak tahu apa yang menguasai dirinya.

Dia merasakan api yang perlahan lahan memakan dirinya tanpa henti.

Wajah Boboiboy perlahan lahan berubah menjadi bengis.

.
.
.

PAKKKK!!!!

Ali : *pegang pipinya* ..........

Secara tiba tiba, sepantas kilat, tangan Boboiboy naik ke udara dan menampar muka Ali sekuat hatinya, sehingga kepala Ali terkilas ke tepi.

Boboiboy : Huh... huh.... huh....

Nafas Boboiboy mulai tak teratur.

Kemarahannya betul betul menguasai dirinya.

Boboiboy : Kau dah lupa ke aku siapa?

Tiada lagi kebaikkan yang ada pada wajahnya.

Hanya kemarahan yang tersisa.

Boboiboy : KAU DAH LUPA KE SIAPA YANG SELAMATKAN KAU?!?!?!

Suara Boboiboy berubah drastis.

Hanya dendam yang boleh didengari.

Boboiboy : KALAU BUKAN SEBAB AKU DATANG SELAMAT KAN KAU, KAU DAH MATI KENA BAKAR DENGAN API!!!!!

Boboiboy tak mampu mengawal dirinya lagi.

Dia mahu keluarkan segala perasaan yang dia simpan cukup lama, kerana tidak mahu sakitkan sesiapa lagi.

Boboiboy : Dan sekarang, KAU KATA KAU BENCI AKU?!?!

Tiada sesiapa yang pernah lihat sisi ini darinya.

Dia simpan cukup lama, terlalu lama, tapi kini ianya tidak mampu bertahan lagi.

Semua orang terdiam, melihat perubahan yang berlaku pada Boboiboy.

Tiada yang sangka, dia akan ada sisi yang sebegini rupa. Sisi bengis dan liar.

Seorang raksasa.

Tiada sesiapa yang sanggup bersuara, sehinggalah Alicia tiba tiba ketawa.

Alicia : Hah.... HAHAHAHAHAHAHA!!!!

Semua orang melihat ke arah Alicia.

Alicia mengelap air mata ketawanya, sebelum memberi senyuman meluat ke arah Boboiboy.

Alicia : Selamatkan dia? Aku dah selamatkan budak ni banyak kali waktu misi sebelum kau masuk ke sini. Kau, tak ISTIMEWA PUN, KHAIRUL.

Perkataan Istimewa dan namanya ditekan kuat oleh Alicia.

CRAK!!!

Satu lagi retakkan mampu didengari Boboiboy apabila dia mendengar nama aslinya disebut oleh Alicia.

Boboiboy : Jangan..... JANGAN KAU BERANI PANGGIL AKU DENGAN NAMA TU!!!!

Kalau Alicia bukan perempuan, kemungkinan besar dia sudah dicekik oleh Boboiboy.

Boboiboy : JANGAN SESEKALI KAU PANGGIL AKU DENGAN NAMA TU LAGI!!! AKU BUKAN KHAIRUL LAGI!!! AKU BOBOIBOY!!!!

Boboiboy benci mendengar nama itu.

Nama pemberian ayah dan maknya kepadanya.

Dia tak suka dengarnya.

Dia tak mahu ingat pasal dirinya yang lama.

Dirinya yang lemah tak berdaya tanpa kuasa.

Ianya cuma mampu membuat dia teringat pasal ayahnya sahaja.

Dia benci.

Dia benci mengingat masa lalu ketika dia dan ayahnya masih rapat.

Dia mahu kenangan itu berlaku lagi sekali, tapi dia tahu ianya tak akan sama seperti dulu lagi.

Sebab itu lah dia suruh semua orang memanggilnya Boboiboy, kerana dia tak tahan mengingati perkara yang dia tak mahu ingat lagi.

Ali tiba tiba tersengih.

Ali : Kenapa tak boleh? Tu kan nama kau?

Semua ini hanya membuat kemarahan di dalam dirinya semakin membuak buak.

Ali : Jangan ingat kau selamatkan aku sekali, kau dah boleh berlagak jadi hero. Siapa yang nak hero macam kau ni? Degil. Pentingkan diri. Tak dengar arahan. TAK TEPATI JANJI.

Mata Boboiboy terbeliak mendengar itu.

Dari mana Ali tahu pasal kelemahan dirinya?

Apa yang dia ingat, dia pernah bagitahu benda ini pada Viktor sahaja.

Christ pula, muncul di belakang Ali.

Christ : Kau tak akan mampu nak capai ekspetasi semua orang dengan diri kau yang sekarang ini.

Christ mengatakan perkara itu dengan wajah yang tenang, tapi apa yang dia cakapkan tidak membuat Boboiboy bertambah tenang.

Christ : Kalau kau selamatkan 100 orang sekali pun, tiada sesiapa yang akan pandang kau sebagai hero. Kau hanya manusia biasa yang tiada apa apa keistimewaan. Atau aku boleh kata....

Boboiboy memeluk tubuhnya sendiri, tidak mampu bertahan lagi.

Badannya menggeletar teruk.

Matanya melilau kesana sini, sambil tangannya mencengkam lengannya kuat.

Christ : KAU LEMAH, BOBOIBOY.

.
.
.

Crak!

.

Crak!

.

Crak!

.

CRASHHHHH!!!!!

.

Ianya sudah tamat.

Pelindung yang mencuba menahan dari kemarahan Boboiboy bertindak tidak terkawal, akhirnya pecah.

Mata Boboiboy menyala merah terang dari sebalik bayangan topinya.

Kaki Boboiboy menghentak tanah, sehingga tanah yang dipijaknya retak.

SHINGGGG!!!!

Sekelip mata, Boboiboy hilang dari pandangan mereka.

Mereka boleh melihat ada seperti kerlipan kilat berwarna merah muncul ketika Boboiboy hilang.

Dia muncul kembali, mencengkam leher Christ dengan tangan kanannya, dan mengangkat tubuhnya ke udara.

Christ : ERGH?!?!

Christ meronta mencuba melepaskan diri.

Tapi, Boboiboy tidak kelihatan seperti biasa.

Baju sut birunya sudah bertukar. Menjadi warna hitam berjalur merah yang menyala.

Hoodienya terjatuh kebelakang, memperlihatkan logo seperti petir merah bersinar di topi hitamnya.

Sarung tangan merah menghiasi tangannya.

Percikkan kilat merah tidak berhenti dari muncul di sekeliling badannya.

Halilintar, berjaya mengawal badan Boboiboy sepenuhnya.

Hali : Apa kata kalau kau akhirnya mulai sedar YANG AKU PUN MASIH BUDAK JUGAK?!?!

Tatapan mematikan melengkapkan aura membunuh yang datang darinya.

Hali mengangkat Christ lagi tinggi, membuatkan tuan empunya punya badan meronta semakin kuat.

Christ membuka mata kirinya, dan melihat ke arah Hali.

Tatapan bersalah tiba tiba muncul di wajahnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Flash back sebelum latihan.

Roza : Jadi, korang dah ada rancangan ke?

Roza meletakkan senapangnya di atas bahunya, menunggu jawapan dari Ejen Muda yang lain.

Christ : Ini akan jadi sedikit sukar kerana kita tak tahu, apa puncanya.

Ali : Puncanya?

Christ : Ya, seperti, sesuatu yang boleh triggerkan kuasa dia untuk keluar dan muncul di depan kita.

Ali mengangguk faham. Dia meletakkan jarinya di dagunya.

Ali : Mengetahui Boboiboy, walaupun kami berdua sendiri tak terlalu bersama, dia ni jenis macam orang yang selalu simpan rahsia dan masalah sendiri pada diri sendiri. Jadi, memang akan susah.

Ali tahu, sebab Boboiboy tak pernah bagitahu masalahnya padanya sehingga akhir akhir ini sahaja.

Tapi, dia pasti ianya tak akan berjalan mulus.

Giliran Mika pula yang kelihatan seperti memikirkan sesuatu.

Mika : Hm..... Christ, waktu mata dia bertukar warna merah tu, dia nampak seperti apa?

Chirst : Hah? Maksud kau?

Mika : Macam, apa perasaan yang kau nampak pada dia waktu tu?

Christ : Perasaan? Er.... dia nampak teruja. Tapi, pada masa yang sama, dia nampak macam marah pada aku.

Mika mengetuk tangan kanannya di atas tangan kirinya.

Mika : Hah! Itu dia! Aku pernah baca buku komik aksi yang dimana watak utamanya, kuasanya terpancing kerana emosi. Dan, nampaknya, kemungkinan besar ianya adalah perkara yang sama untuk kes Boboiboy.

Mereka semua faham apa yang cuba disampaikan oleh Mika.

Moon : Jadi, kita kena pancing emosi dia sampai ia keluarkan kuasa dia? Bijak bijak!

Iman menepuk bahu Moon, membuatkan Moon melihat ke arahnya.

Iman : Erm.... tapi persoalannya, emosi apa? Kalau kita nak pancing dia sekali pun, bukan emosi sebarangan yang kita boleh pancing.

Ali : Haih, tu pun satu masalah juga.....

Tiba tiba, Rudy mendapat idea.

Rudy : Aku ada idea, tapi.... kemungkinan besar kita akan dibenci oleh Boboiboy selepas ini.

Semua memandang ke arah Rudy.

Mika : Idea apa? Apa maksud kau Boboiboy akan benci kita?

Mereka mendengar keluhan kecil datang dari Rudy.

Rudy : Cara ini akan sedikit kasar. Dan harap korang boleh terima lah.

Mereka semua mengangguk.

Rudy : Disebabkan Christ kata yang dia nampak macam Boboiboy marah ketika itu, jadi, cara yang paling senang, adalah dengan membuat dia marah sampai tahap dia akhirnya mengeluarkan kuasanya.

Mereka semua memandang sesama sendiri, apabila mendengar rancangan Rudy.

Khai : Well, masuk akan jugak, sebab perasaan marah lah yang paling untuk dipancing.

Moon : Uuuuu! Jadi, apa yang kita kena buat?

Rudy memeluk diri, dan tiba tiba sahaja seperti mencuba untuk mengelakkan bertatapan mata dengan Ali.

Ali : Rudy?

Rudy : Kita kena....... buli Boboiboy.......

Mata mereka semua terbeliak, apa lagi Ali.

Sekarang dia faham apa yang Rudy cuba sampaikan.

Wajah Ali berubah menjadi gelisah.

Ali : T-tak! Aku tak nak!

Ali terus menolak mentah mentah rancangan Rudy.

Rudy : Aku faham perasaan kau, tapi-

Ali : Gila ke aku nak buat benda tu dekat Boboiboy?!?!

Ali melibaskan tangannya ke tepi, memperkuatkan lagi yang dia tidak mahu melakukannya.

Ali : Ianya akan sama sahaja macam aku mula mula masuk M.A.T.A!!! Waktu korang semua memperendahkan aku.... korang ingat aku nak lakukan benda yang sama pada orang yang aku sayang ke?!?!

Ali menghentakkan kakinya beberapa kali sambil dia menengking Rudy.

Rudy : Aku tahu yang kau tak nak lakukannya, sebab dia adalah sepupu kau, tapi ini satu satunya cara untuk kita dedahkan identiti Boboiboy yang sebenar! Kau tak mahu tahu jugak ke? Bukan kau sendiri kata ke yang kau dah curiga dengan Boboiboy dari awal dia datang ke sini?

Ali terdiam, dan hanya mampu memandang ke bawah.

Dia tak mahu lakukannya, tapi, Rudy juga betul.

Dia mahu tahu.

Dia dah penat hanya duduk diam membiarkan dirinya tertanya tanya.

Dia mahu tahu segalanya pasal Boboiboy.

Kerana dia sudah bagitahu rahsianya kepadanya.

Ali : Fine! Kau menang. Tapi jangan salahkan aku kalau aku salahkan korang sebab Boboiboy tak maafkan aku kerana rancangan korang.

Mereka semua mengangguk. Setuju dengan pertukaran Ali.

Iman : Tapi.... kalau kita nak lakukannya sekali pun, kita tak boleh lakukannya di depan Mentor. Kita tak boleh dedahkan rahsia dia, kalau betullah dia ada, kepada orang ramai. Sebab hanya kita sahaja yang mahu tahu.

Bulat : Tsk.... Iman betul.....

Alicia : Tak apa. Aku ada back up.

Alicia menunjukkan sesuatu di telefonnya pada mereka semua.

Ianya adalah satu waktu masa. Pukul 12:17 tengah hari.

Alicia : Aku ada dengar yang Jeneral mahu membuat masyuarat ketika aku lalu secara tak sengaja di depan bilik masyuarat. Kita boleh gunakan masa yang ada untuk lakukan misi tak sah kita ini.

Mereka semua bersorak dalam diam, kerana plan merek akhirnya lengkap.

Christ : Jadi, tepat waktu masyuarat nanti, kita akan lakukan rancangan kita, ok?

E.M : Baik!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Semua orang terdiam melihat seekor raksasa yang mereka baru sahaja bangunkan.

Cengkaman Hali bukan main main.

Leher Christ hampir memerah akibat cengkamannya.

Christ : B-Boboiboy-

Christ terkejut melihat sosok baru Boboiboy ini, wapaupun dengan wajahnya kelihatan sedang marah, air matanya masih tidak berhenti dari mengalir.

Hali : Aku 15!!! Aku pun masih ada banyak benda yang aku kena belajar!!! Kalau aku tak sempurna pun kenapa?!?!

Hali mencuba melindungi tuannya, kerana tidak tahan melihat perlakuan tidak sopan kesemua Ejen Muda kepada Tuannya.

Bahkan Ali......

Tapi Boboiboy masih lagi mengawal separuh dari perasaan Hali, membuatkan dia tidak boleh berbuat apa apa, selain menangis juga, walaupun bercampur dengan kemarahan membuak buaknya.

Khai : B-Boboiboy! T-tolong lepaskan Christ-

Hali : KORANG SEMUA DIAM!!!!

Tanpa Hali sedar, dka terkeluarkan Pedang Halilintarnya, dan menghunuskan pedangnya ke arah Khai.

Mereka semua terkejut, melihat kemampuan Hali itu.

Hali : Apa?! Korang ingat sebab korang dah berada di sini lama dari aku korang boleh berlagak dengan aku?!

Hali melepaskan Christ, membuatkan Christ terjatuh ke tanah, dan terbatuk, mengambil nafas, selepas dicekik oleh Hali.

Hali berjalan ke arah mereka semua dengan hentakkan penuh kemarahan.

Hali : Aku dah lakukan benda ni sejak aku 10 tahun!!! Aku lakukan semua benda untuk selamatkan orang lain dan ini yang aku dapat?!?!

Hali membaling pedangnya, sehingga sipi sipi hampir terkena Mika dan Jet.

Pedang itu terpacak di pokok di belakang mereka.

Hali : Kalau aku tak dapat sampai ke ekspetasi korang pun kenapa?!?! Apa yang korang nak buat?!?! Gantikan aku dengan robot jugak?!?!

Hali tidak memberi celah sama sekali untuk mereka bercakap sama.

Dia membantu Tuannya melepaskan kesemua kemarahannya.

Hali : Aku cuma mahu tolong sahaja........

Tapi, tiba tiba, suara Hali berubah menjadi serak dan sayu.

Hali memandang ke bawah dengan topinya melindungi wajahnya.

Bila dia mengangkat wajahnya, wajah nya yang bengis, sudah tiada.

Hanya wajah kesakitan dan kesedihan.

Hali : Apa yang aku buat masih tak cukup ke?......

Hali sepenuhnya terkuasai oleh perasan sedih Boboiboy, membuatkan dia tidak dapat menahan mutiara jernih di matanya dari mengalir pergi.

Mereka semua kehilangan kata.

Mereka tidak sangka yang ianya akan jadi seperti ini.

Mereka dapat jawapan mereka, tapi mereka masih terkedu.

Moon : B-Boboiboy.... baju kau....

Mendengar apa yang Moon katakan, Hali terus melihat ke arah tangannya.

Matanya terbeliak besar.

Dia tak sedar yang dirinya telah mengawal badan Boboiboy.

Boboiboy mengambil alih kesedaran semula.

Badan Boboiboy menjadi lemah dan layu.

Boboiboy : Tak.... tak......

Boboiboy terberundur kebelakang, dan melihat ke arah Buster Droid yang mati tadi.

Dia melihat pantulan wajahnya di kaca Buster Droid itu.

Dia sudah menjadi Halilintar.

Kakinya menjadi layu, dan dia terduduk di tanah.

Dia memeluk kedua dua kakinya, dan mulutnya terkumat kamit, tapi masih mampu didengari oleh Ejen Muda yang lain.

Boboiboy : Kau kena bertenang kau kena bertenang kau kena bertenang-kau dah berjanji kau dah berjanji....

Mata Boboiboy mula menjadi tidak tentu arah. Dia melilau ke sana ke mari, mencuba menenangkan dirinya sendiri.

Ianya tak mudah, tapi dia memaksa dirinya.

Dia berjaya, berubah semula menjadi Boboiboy biasa.

Tapi, sebaik sahaja dia bertukar, dia terus bergerak ke Ali, dan melutut di depannya, dan merayu kepada Ali.

Boboiboy : Tolong Ali, kau tak boleh bagitahu perkara jni pada ayah aku!

Boboiboy siap menarik narik baju Ali, dengan wajah terdesak.

Matanya sudah merah, akibat tidak berhenti menangis.

Dia takut.

Dia telah langgar arahan ayahnya.

Dia takut ayahnya akan membencinya sekiranya dia dapat tahu pasal perkara itu.

Boboiboy : Tolong....... aku dah berjanji.......

Ali tidak mampu berkata apa apa.

Mereka semua tidak dapat berkata apa apa.

Ianya berlaku terlalu pantas.

Baru sahaja tadi Boboiboy berubah, menjadi seseorang yang baru, yang bengis dan menengking mereka semua.

Tapi kini, dia kelihatan tidak berdaya, di depan mereka semua.

Boboiboy : Aku minta maaf... aku minta maaf...... tolong maafkan aku.......

Boboiboy meminta maaf tanpa henti.

Dia berasa bersalah kerana kehilangan kawalan dan memarahi mereka semua.

Walaupun Ejen Muda tahu yang ianya salah mereka, bukan salahnya.

Ali : T-tak Boboiboy! Ini bukan salah kau-

Leon : APA BISING BISING NI?!?!

Mereka semua terkaku, melihat ke arah Ejen Leon dan Ejen Geetha yang telah berada di sana.






























3112 perkataan

WUHUUUUUUUU SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!!!

MATA AUTHOR PEDIH SEBAB KUPAS BAWANG, TAPI AUTHOR BERJAYA SIAPKAN CHAPTER NI SEBELAH ESOK WUHUUUU!!!!

SEMUA RAYA BAIK BAIK TAU, JANGAN MAIN MERCUN YANG BAHAYA TAU!

KARANG TAK PASAL PASAL DAH BERJAYA RAYA SEMULA SELEPAS 2 TAHUN, KORANG RAYA DEKAT HOSPITAL PULAK!

OK BYE, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN!!!

*lesap masuk kuali*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top