Misi : Terbongkar 2 part 2
Ayat Viktor tergantung apabila dia melihat keseluruhan pakaian yang dipakai oleh Ali ketika itu.
Viktor : Ali.....kau ni...... Cyberwira ke?
Habis kecut perut Ali dibuatnya bila mendengar ayat kawan baiknya itu.
Ali : Ek-er....ah.....
Habis kehilangan kata dibuatnya dia.
Wajah Viktor terus berubah teruja. Dia terus mengambil tablet miliknya, dan meng-scroll sesuatu.
Viktor : Rupa kau sama dengan Cyberwira tu!!!
Viktor menonyoh tabletnya tepat ke wajah Ali, sampai terpenyek pipi Ali dibuatnya.
Ali : Ahhhh-apa maksud kau ni? Mana ada sama! Aku lagi hensem apa!
Sempat Ali berpura pura berlagak untuk cover diri sendiri walaupun dah tak ada guna.
Viktor tidak memakan alasan Ali itu.
Viktor : Alah, jangan nak menipulah! Dah terang lagikan jelas kot! Rambut sama, baju sama! Tambah lagi, buat apa kau nak buat dekat sini kalau bukan sebab nak selamatkan tempat ni kan?! Aku nampak macam mana kau tahan motor motor tu tadi!
Bertalu talu Viktor menyerang Ali dengan kata katanya.
Hah, sudah. Habis banjir dahi Ali dibuatnya.
Ali : *dalam hati* ' ADOIIIIII MACAM MANA NI-'
Dia nak menjerit sekuat hati, tapi tak mampu.
Ali : A-aku....aku....er.....aku....
Ali tidak tahu mahu membalas apa.
Terbalik pula dengan Viktor. Dia kelihatan sangat sangat gembira.
Viktor : Aku tak sangka kawan aku selama ni adalah Cyberwira yang aku idola idolakan! Idola aku cuma berada di sebelah aku je selama ni!
Dia dengan nada separuh menjeritnya akibat terlalu gembira.
Ali dah mula gelabah akibat nada suara Viktor. Dia menggongcang bahu Viktor, ingin menyuruhnya untuk diam.
Ali : Shhhhh! Shhhhh! A-aku tahu kau tengah gembira sekarang ni-t-tapi aku nak kau simpan tu untuk nanti! Sekarang bukan masanya!
Walaupun dia masih panik tak mahu Viktor tahu pasal ni, dah tak ada gunanya nak cover dah dalam keadaan terdesak itu.
Taufan : Adoiii.....
Ali : E-eh?
Taufan akhirnya bangun juga. Dia memegang kepalanya yang benjol akibat terhantuk pada lantai ketika mendarat selepas selamatkan Ali tadi.
Taufan : Adoi....sakit kepala aku....
Mata Ali kembali terbeliak kerana melihat Boboiboy yang berada di dalam wujud salah satu kuasanya.
Ali : B-Boboiboy?
Taufan yang sudah mendapatkan sepenuhnya kesadaran, melihat ke arah Ali.
Taufan : Ali! Kau ok tak?! Hampir je kau arwah kena bom tadi!
Seperti biasa, Boboiboy merisaukan keselamatan orang lain sebelum dirinya.
Ali : Aku ok, tapi sekarang ni, apa yang korang berdua buat dekat sini?! Bahaya korang tahu tak?! Dan kenapa kau-
Taufan : T-tak apa, Viktor dah tahu.
Taufan mencuba membela dirinya, sambil melihat ke arah Viktor.
Viktor pun terpaksa mengangguk juga untuk back up Taufan.
Ali sengaja mengalihkan tajuk kerana masih tak puas hati kenapa kawan dia dan sepupunya itu berada di tempat yang tidak sepatutnya.
Taufan : Aku... kebetulan aku memang dekat kedai ais krim sebelah tu masa letupan tu berlaku..... dan aku.... datang untuk check keadaan....maaf.....
Dia menjawap soalan lagi satu pula.
Ketika itu Boboiboy masih mengawal badannya, walaupun dalam bentuk Taufan.
Ali, hanya mampu mengeluh. Nak marah pun dah tak ada guna sebab benda dah berlaku.
Ali : Ok, kita tak boleh nak bazirkan masa lagi. Aku tahu mesti yang lain sedang cuba untuk halang mamat motor tu, tapi kita juga perlu lakukan sesuatu.
Ali mengeluarkan sesuatu daripada poketnya, dan menghulurkannya pada Boboiboy.
Ali : Nah. Tongkat kau. Aku tolong ambilkan sekali tadi untuk kau lepas tengok kau kena tangkap dari dron.
Boboiboy dan Viktor terus terdiam mendengar kata kata Ali, dan mengangguk setuju. Boboiboy pun mengambil tongkat itu.
Viktor : Tapi.... apa yang kita boleh buat? Lebih tepatnya...akulah.
Viktor sedar ketika itu dirinya sahaja yang tak mampu untuk berlawan. Tidak seperti dua orang yang berada di depannya itu.
Boboiboy : Hm...... mesti ada cara untuk tutup pintu depan sana tu, supaya diorang semua tak boleh larikan diri. Kita kepung diorang di dalam Pelabuhan.
Ali nampaknya mengangguk, menyetujui cadangan sepupunya itu.
Ali : Betul cakap kau tu. Tapi, macam mana?
Viktor : Hmmmm..... mesti ada satu pondok pengawal dekat sini yang ada akses kepada seluruh teknologi yang ada di Pelabuhan ni.
Mendengar kata kata Viktor, Boboiboy terus dapat idea.
Boboiboy : Bagus! Korang berdua pergi cari pondok tu, aku pulak pergi tolong yang lain halang geng motor tu!
Boboiboy yang masih dalam wujud Taufannya, mula kembali terbang ke udara.
Ali : Eh eh eh! Kejap Boboiboy!
Boboiboy : Hm?
Ali : Huh....cuma...hati hati. Jangan sampai Mentor nampak kuasa kau.
Boboiboy hanya tersengih mendengar nada risau Ali, dan mengangguk.
Dia pun mula terbang pergi, hanya meninggalkan tiupan angin di belakangnya.
Melihat sepupunya itu telah pergi, Ali pun mula memegang tangan Viktor.
Ali : Jom.
Viktor pun mengangguk, dan mereka berdua pun mulakan misi pengcarian mereka.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tidak lama kemudian, dalam sekitar 10 minit sibuk mencari, mereka berdua akhirnya menjumpai pondok pengawal yang mereka cari cari.
Ali : Itu dia!
Viktor : Bagus! Jom!
Apabila mereka membuka pintu pondok itu, kelihatan pengawal sebenar pondok pengawal itu pengsan dalam keadaan terikat.
Ali : Ouch.... ni mensti mamat motor tu serang dia dulu tadi.....
Viktor kelihatan mencuba mengejutkan pengawal itu, tapi tiada respon.
Viktor : Hm... tak nak bangun ni. Nampaknya kita kena lakukan sendiri.
Ali : Er... o-ok.
Mereka berdua pun beralih, berjalan ke arah kawasan panel cctv pula.
Tapi nampaknya kesemua televisyen yang bersambung dengan cctv itu semua terpadam.
Bila mereka melihat ke atas meja di bawah tv itu pula, meja itu sepenuhnya ditutupi dengan butang kawalan yang mengawal keseluruhan Pelabuhan itu.
Sangat sangat complex, sampai terkejut dua budak itu dibuatnya.
Viktor : A-alamak.... ni bukan pada tahap kita ni....
Walaupun mereka sekolah di sekolah yang memang mengajar mereka mengenai teknologi Cyberaya, tak semua benda diajarkan kepada mereka, dan kena ingat juga yang mereka masih 13 tahun.
Ali : Aduiiii... macam mana ni?
Menyesal pula Ali ketika itu mengingati yang dia sudah tiada IRIS ketika itu, jadi dia tidak boleh nak scan papan kekunci itu.
Mereka terpaksa lakukannya sendiri.
Viktor : T-tak apa! Kita try cari mana mana butang yang kemungkinan besar akan tutup pintu gerbang tu!
Walaupun dengan nada sedikit gelabah, mereka harus tetap tenang. Kawan kawan mereka perlukan mereka.
Mereka pun mula mencari satu satu butang yang ada di atas sana.
Dari butang cctv, krain, wokey tokey sampai air kopi pun ada butangnya di sana.
Kepala Ali dah hampir pecah lihat satu satu butang yang dia tak tahu pun fungsinya apa di atas sana.
Ali : Haish! Kalaulah aku ada IRIS.....
Tapi nak mengeluh pun dah tak ada guna. IRIS tak akan tiba tiba muncul di tangannya kalau dia terus merungut sekali pun.
Berpindah kepada Viktor pula, dia cuba kekal tenang, kerana dia mahu menjadi berguna untuk Ali.
Satu satu butang dia sentuh tanpa menekannya, sehinggalah dia jumpa butang yang mereka cari cari.
Viktor : Ini dia-eh?
Mata Viktor sedikit membulat.
Memang betul ada tulisan merah "Pintu Gerbang" di atas butang itu, tetapi, butangnya sudah hancur, seperti ada orang yang merosakkannya sehingga berkecai.
Ali yang perasan akan itu juga, hampir terjerit akibat terkejut.
Viktor : Ahhh-ahhh... macam mana ni Ali?!
Ali : M-manalah aku tahu!
Viktor : Macam mana ni?! Kita tak boleh nak tutup pintu gerbang kalau butang ni dah rosak!
Ali : Kalau kau menjerit dekat aku pun bukannya aku tahu nak buat apa!!!
Sempat terjadi pergaduhan kecil di situ.
Tetapi, pergaduhan itu serta merta terlerai kerana mereka tahu itu bukan masa yang tepat untuk bertekak kosong tanpa jawapan.
Fikir punya fikir, Viktor akhirnya dapat idea.
Viktor : Aha! Aku tahu!
Ali : Hah, apa dia?!
Viktor : Kau tahukan salah satu projek kita dari bulan lepas tu kan?
Ali : Hah? Yang mana-oh! Yang boleh kawal cctv bagai sampai ke blender tu?!
Viktor : Yes! *keluarkan tablet dia* Mungkin kalau kita kawan secara manual, mungkin kita akan dapat tutupkannya!
Viktor terus sahaja menyucukkan wayar tabletnya kepada alat elektronik canggih berbentu papan kekunci gergasi itu, dan mula duduk di atas lantai.
Ali : C-cayalah Viktor! Kau memang power!
Ali memuji kepintaran kawan baiknya itu.
Viktor : Ehehe.... tapi mungkin akan ambil masa sikit. Aku nak kena connectkan tablet aku ni dengan teknologi Pelabuhan ni dulu, sebab kita tak pernah try sebelum ni.
Ali : Tak apa. Lakukan je. Aku tahu Boboiboy dan yang lain tengah cuba hentikan mereka.
Viktor : B-baiklah. Aku cuba.
Viktor pun mula fokus ke atas tanggungjawabnya ketika itu, dan mula mencuba hack masuk ke dalam teknologi Pelabuhan itu.
Sementara Viktor melakukan itu, Ali kelihatan berdiri kaku di sebelahnya.
Wajahnya kelihatan seperti, resah dan kecewa. Dahinya berkerut, seperti memikirkan sesuatu.
Ali : Hay, Viktor?
Viktor : Hm? Ya?
Ali : Kau....kecewa tak?
Fokus Viktor terpecah seketika bila mendengar soalan Ali. Dia melihat ke arah kawan baiknya itu.
Viktor : Apa maksud kau?
Ali mengusap kekok belakang tengkuknya, tidak sanggup melihat ke arah wajah Viktor.
Ali : Kau kecewa tak bila kau tahu yang aku lah idola yang kau idolakan selama ni?
Soalan yang tiba tiba, tapi Ali kelihatan serius mengatakannya.
Ya, semestinya dia berfikir seperti itu.
Apa yang Viktor akan fikirkan bila dia tahu yang Cyberwira, sang hero yang sempat menjadi viral akibat keberaniannya, hanyalah seorang budak 13 tahun yang cuai, tak reti jaga masa, pengecut dan tidak hebat sama sekali?
Tapi, Viktor kelihatan tidak merespon ke atas soalan Ali.
Viktor kemudian mengalihkan pandangannya semula ke arah tabletnya, dan sambung meng-hack semula.
Ali, mengeluh kesal. Sudah tahu jawapan itu akan datang daripadanya.
Ali : *dalam hati* 'Betul....semestinyalah dia kecewa. Siapa je nak aku sebegai hero mereka.....'
Memang susah nak hadap kenyataan walaupun ianya pahit, tapi Ali cuba.
Viktor : Tak pernah sama sekali ma.
Ali : H-huh?
Viktor tiba tiba menjawap, membuatkan Ali terkejut, dam melihat ke arah Viktor semula.
Viktor masih lagi tak lenggang daripada jarinya menari di atas tabletnya, dan tidak pandang ke arah Ali sama sekali.
Viktor : Kenapa aku perlu kecewa? Sejak daripada awal, aku sudah kagumi kau dan pandang tinggi keberanian kau. Tak semua orang sanggup bahayakan keselamatan dirinya sendiri untuk selamatkan orang lain. Apa lagi terpaksa balancekan hidupnya sendiri dengan tanggungjawab lain seperti sekolah, kerja, dan kehidupan normalnya sendiri, kan?
Ali terdiam, hanya mampu mendengar sahaja.
Viktor : Kau mesti ingat aku akan kecewa disebabkan ianya kau yang selama ini aku idolakan, kan? Sebab kau cuai, pemalas, kurang pandai dan tak kuat, kan?
Sedikit terasa di situ, tapi Ali biarkan sahaja.
Viktor : Tapi, hero juga seorang manusia biasa. Yang tak lepas daripada kekurangan dan cacat cela. Siapa sahaja yang tak pernah buat kesilapan dalam dunia ni, kan? Dan siapa sahaja tak mahu jadi sempurna supaya mereka tak akan buat silap lagi, tapi ini hanya dunia biasa, dimana semua hero hanyalah manusia.
Mata Ali sedikit membulat, terkesan dengan kata kata Viktor.
Viktor : Tak semua hero perlu jadi kuat, pandai ataupun sempurna. Hanya dengan keberanian untuk membantu orang lain, itu sudah cukup untuk gelarkan dirinya sebagai hero. Walaupun langkah yang perlu dilaluinya penuh dengan duri, caci maki dan kutukan orang ramai yang tidak sepenuhnya terima dengan tindakan kita, tapi kalau kita sudah rasakan yang tindakan kita itu benar, kenapa perlu kisah pasal kata kata orang lain, kan?
Viktor akhirnya mengangkat kepalanya, dan melihat ke arah wajah kawan baiknya itu.
Viktor : Dan disebabkan itulah, Ali. Aku tak pernah sekali pun hilang tabik aku kepada Cyberwira. Kerana bagi aku, dialah hero di hati aku. Kau lah, hero yang aku hormati. Dan tak akan ada satupun benda yang akan hilangkan perasaan itu daripada aku.
Pada tabletnya, dia sudah berjaya hack masuk ke dalam Pelabuhan. Satu butang merah muncul pada screen tabletnya itu.
Viktor : Jadi, Ali. Pergilah ke luar sana dan tunjukkan pada aku Cyberwira yang aku idolakan selama ini.
Viktor pun menekan butang itu.
Beralih pada Ali, matanya sudah hampir berakhir akibat terhari dengan kata kata Viktor.
Dia cepat cepat mengelapnya, dan memberikan senyuman yang lebar kepadanya.
Ali memeluk Viktor.
Viktor : E-eh?
Ali : Terima kasih, Viktor....
Walaupun masih tersentak dengan pelukkan tiba tiba itu, Viktor tetap membalas pelukkan kawan baiknya itu.
Viktor : Tak ada hal ma.
Pelukkan itu pun terlerai, dan Ali pun mula berlari keluar dari pondok pengawal itu untuk catch up dengan yang lain.
Sementara Viktor melihat dengan bangga kawannya pergi, tiba tiba, seseorang keluar daripada tandas pondok pengawal itu.
M8 : Fuhhhh....legaaaaaa. Semalam aku makan apa nyah? Tetibe je cirit. Dah lah waktu nak merompak barang untuk boss pulak dia nak datang.
Viktor : Eh?
M8 : Eh?
Viktor dan mamat motor itu pun bertatapan mata.
.
.
.
.
.
.
.
Beralih kepada Boboiboy semula, kembali 10 minit semula kebelakang.
Masih dalam bentuk Taufannya, dia mencuba mencari ejen ejen yang lain untuk tolong mereka.
Boboiboy : Mana diorang ni?
Tiba tiba, dia mampu mendengar suara lagakan benda yang kuat, seperti sebuah perlawanan.
Mendengar sahaja itu, dia tahu ianya adalah mereka.
Boboiboy : Bagus!
Dia pun terbang ke arah bunyi itu.
Beralih ke tempat yang dia tujui, para Ejen Muda dan dua Ejen Mentor berada di sana, sedang bermain kejar kejar dengan geng mamat motor itu semua.
M3 : WOIIII!!!! APASAL RAMAI PULAK NI?!?!
Iman : Jangan cuba nak lari!!!
Iman mula membaling besi tajam pada tudungnya ke arh salah satu dari mereka. Dia berjaya membelit salah satu daripada mereka.
Dia menarik dia kebelakang, sehingga dia terjatuh kebelakang. Motornya pula hilang kawalan dan terbabas pada salah satu kontena di sana.
M1 : WEIII!!! TOLONG WEHHHHH!!!!
Roza menolong Iman menarik mamat motor itu kerana terlalu berat.
Roza : Adoi...pakcik tua ni makan apa? Berat sangat.
Yang lain pula masih lagi mengejar yang lain.
M7 : SORRY BRO, KUBUR MASING MASING!!!!
Uncle Bakar muncul daripada tepi, dan merempuh M7 ketepi, sehingga dirinya termelayang dan terhempas ke arah salah satu kontena di sana.
M7 : *mata berpinar*
Mamat motor yang lain, yang lihat geng mereka satu persatu mulai tumbang, makin kelam kabut memandu motor mereka.
M2 : KUBUR MASING MASING LAH SANGAT!!! DIA YANG TUMBANG DULU!!!!
Tiba tiba, M2 terbang ke udara.
M2 : Eh eh eh eh EH EH EHHHHHH?!?!?!
Dirinya diangkat oleh Jet.
Jet : Hai bang. Nak pergi mana? Jumpa Ayah Pink?
Jet pun mula melepaskan M2.
M2 : AHHHHHHHHHH!!!!!
M2 pun jatuh landing dengan cantik mukanya terhempas ke tanah.
M3 : CABUT WEH CABUTTTTTTT!!!!
Dalam kelam kabut si M3 membawa motornya, tiba tiba, sebuah tongkat besi mulai memanjang ke arahnya, dan menolaknya kuat sehingga terjatuh daripada motor, dan ditolak sehingga melekat ke arah kontena.
M4, M5 : WAAAAAAA?!?!?!
M4 dan M5 ikut tumbang apabila badan mereke turun tersangkut pada tongkat itu akibat mengikut di belakang M3.
Triple kill.
Melihat siapa gerangannya, rupa rupanya ianya adalah Boboiboy. Dia sudah di dalam mode biasanya.
Bakar : Boboiboy!!!
Walaupun tanpa suit ejennya, dia masih mahu berguna juga.
Dia pun berlari ke arah Uncle.
Boboiboy : Maaf Uncle sebab lambat! Saya kesusahan sikit tadi.
Bakar : Tak apa, kami faham. Tapi kita kena cepat! Sekor lagi terlepas tu!
M6 sudah jauh ke hadapan akibat dia memecut dalam kelajuan penuh siap terbuat pacak lagi tu.
M6 : JANGAN TANGKAP AKU HUAAAAAAAA!!!!!
Boboiboy : Baik! Uncle dan yang lain uruskan yang dah tumbang! Saya kejar yang terlepas tu!
Tidak menunggu balasan daripada sang yang lebih tua, Boboiboy terus sahaja berlari mengikuti mamat motor itu.
Bakar : N-nanti-Boboiboy-haih.....
Dia tahu Boboiboy ni jenis terburu buru, jadi dia biarkan sahaja, sambil dia mencekik salah satu mamat motor itu.
M6 ingatkan dia sudah terlepas. Dia melihat pintu pagar tidak jauh daripadanya.
M6 : HAHAHAHAHAHA!!!! KEBEBASAN!!!!!!
Dia meninggikan tekanan minyak, dan memecut.
Tetapi, sebelum sempat dia tiba, laser yang menjadi pintu kepada pintu gerbang Pelabuhan itu terpasang.
M6 : HUH?!?!
Dengan mengejut, dia menekan break. Siap ternaik bahagian belakang motornya.
Dia pun dengan cepat cepat membelok, dan memecut kembali.
Boboiboy : Nanti!!!!
Boboiboy mamhu menggunakan kuasa halilintarnya untuk mengejarnya, tetapi dia takut mamat motor itu akan terlihatnya. Jadi dia terpaksa lari biasa sahaja.
Tapi, berkat latihan dengan Tok Kasa, kelajuannya bukan main main.
Sampai M6 terkejut melihat Boboiboy berjaya catch up dengannya walaupun dia dah memecut sekuat hati.
M6 : B-biar betul budak ni?!
Tapi, malangnya, akibat hilang tumpuan, dia tidak sedar sudah ada seseorang di depannya.
Ali, akhirnya tiba.
Ali : Heh! Jangan harap!!!
Ali mengeluarkan yoyonya, dan membalingnya ke arah M6. Yoyo itu pun melilit badan M6.
M6 : Eh eh?! Apa ni?!
Ali : HIYAHHHHHH!!!!
Ali melempar M6, sehingga M6 terhempas ke arah dinding.
M6 akhirnya tumbang.
Boboiboy : Ali!
Boboiboy berlari ke arah Ali.
Boboiboy : Datang pun kau! Kau berjaya tutup pintu pagar tu! Terbaiklah!
Ali : Ehehehe....tapi bukan aku yang buat. Viktor yang buat.
Boboiboy : Alah! Lantaknya! Apa apa pun, korang dah berjaya! Kalau tak, mesti pakcik tua ni dah terlepas tadi!
Muka Boboiboy dah merah akibat terlalu gembira. Sikit lagi nak berasap dah tu.
Ali : Ohhh cop cop cop. Kita kena tahan pakcik ni dulu.
Boboiboy : Oh, ok ok. Tapi, mana Viktor? Dia tak ikut dengan kau sekali ke?
Ali : Tak, dia tunggu dekat pondok pengawal-
Ali tiba tiba berhenti.
Dia tiba tiba rasa tak sedap hati.
Boboiboy : Ali?
Ali : Ahhhhrhh aku rasa tak sedap hati lah! Kau ikut pakcik tua tak sedar diri ni dulu! Aku nak cek keadana Viktor jap!
Ali terus sahaja berlari meninggalkan Boboiboy bersama M6.
Boboiboy : A-Ali! Tunggu! Ah-argh!
Boboiboy pun cepat cepat mengikat mamat motor itu, kerana mahu mengikuti Ali.
.
.
.
.
.
.
.
Beralih ke pondok pengawal kembali.
Kedengaran bunyi yang kuat berasal dari dalam pondok itu.
BOOMMMMM!!!!
TANNGGGGG!!!!
KAPAOWWWW!!!!
Viktor : WAAAAAAAA!!!!
Kelihatan Viktor yang berlari keluar daripada pondok pengawal itu dengan air mata sudah mengalir daripada matanya akibat ketakutan.
M8 : WOI BUDAK!!! JANGAN LARI!!!
Mamat motor itu pun mengejar Viktor daripada belakang.
Viktor : KENAPA AKU PULAK YANG KENA KEJAR NI?!?!?!
2824 perkataan
Ohohohohok-
Here are some fanart Author buat semparna isu 22-
And a little Ejen Kim fanart 👁v👁
Ok, bye- *lompat masuk baldi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top