Misi : Terbongkar 2 Part 2

Dari Chapter lepas~

.
.
.

Tiba tiba, sut mereka berbunyi lagi.

Boboiboy membukanya, dan muncul muka Moon.

Boboiboy : Moon?

Moon : Korang!! Sebelah korang!!

Kemarahan Ali seketika hilang selepas mereka berdua menoleh ke tepi, kearah menara.

Kini, sudah ada banyak Droid yang keluar dari tanah, dan memandang ke atah mereka berdua.

.
.
.

Masalah bertembung dengan masalah lagi.

Ali tidak sedar yang dia telah membuat intel terkena lantai yang tak sepatutnya mereka pijak.

Muka Ali dah pucat. Inilah yang dia tak mahu hadapi sekarang ni.

Dia cuma mahu lawan dengan Boboiboy, bukan Droid itu sekarang ni.

Boboiboy : Er.... Ali? Apa semua ni?

Dia dah memang rasa tak sedap hati daripada awal, dan nampaknya, dia betul.

Ali memegang baju Boboiboy, sambil memandangnya dengan wajah yang masih ketakutan.

Ali : Kita cuma ada dua pilihan. Satu, lari. Dua, lawan.

Ali dah melangkah kebelakang sedikit, dah tahu apa akan berlaku tak lama lagi.

Boboiboy dan macam orang tak betul pandang semua Droid dan Ali bersilih ganti kerana masih tak faham dengan keadaan mereka sekarang ini.

Boboiboy : APA SEMUA NI WOI?!?!

Dengan jeritan Boboiboy, tiba tiba, salah satu dari Droid itu menembak mereka.

BOOM!!!

Kelam kabut lah mereka berdua cuba mengelak semua peluru yang dilepaskan Droid itu.

Tak cukup di situ, satu persatu Droid mula serang mereka tanpa henti, membuatkan mereka tiada jalan untuk lari.

BOOM!!!

BOOM!!!

BOOM!!!

Tanah dan berlubang sana sini akibat tembakkan itu.

Kelam kabut, mereka mengelak, dan bersembunyi di sebalik sebuah pokok, dan dah bernapas macam orang semput.

Boboiboy : Huh.... huh..... huh..... robot tu..... sebahagian dari latihan ni ke?

Ali : Huh.... huh.... ha-haah.....

Ali terduduk akibat terkejut hampir ditembak oleh Droid Droid itu.

Ni mesti Ejen Leon tingkatkan Droid tu semua secara sengaja.

Boboiboy mengintai sedikit dari sebalik pokok, melihat Droid Droid itu mencuba meng-scan mereka berada di mana, tapi selamatlah mereka bersembunyi di sebalik pokok.

Boboiboy : Apa pilihan kau tadi?

Ali : Huh?

Ali yang masih dengan nafas tak teraturnya, memandang Boboiboy yang tiba tiba menyoalnya.

Boboiboy : Pilihan kau. Apa yang kita kena buat tadi?

Ali : Ah-er.... kita sama ada lawan, atau lari.

Boboiboy : Jadi, apa pilihan kau?

Ali : Hah?

Boboiboy memandang ke Ali dengan sebuah senyuman. Walaupun Ali tidak faham apa yang Boboiboy cuba maksudkan.

Boboiboy melihat intel yang masih lagi terbaring di atas lantai.

Yang membuatkan dia puas hati, tiada satupun Droid yang memijak Intel itu. Mereka masih ada peluang.

Boboiboy : Kau nak pilih yang mana? Kita lari, dan menyerah kalah, atau kita lawan semua Droid ni, dan dapatkan balik Intel tu?

Mendengar apa yang Boboiboy katakan, Ali terus mengintip dari sebalik pokok. Dan dia melihat Intel itu.

Ali : Intel tu.....

Boboiboy mengangguk. Sekarang Ali dah faham.

Peluang masih ada.

Dia melihat ke depan semula, dengan wajah yang sudah mulai tenang.

Ali : Kalau kita lari, kita hanya akan dipanggil pengecut oleh yang lain.... kerana tak mampu selesaikan latihan ni.....

Ali dah tahu akibatnya dari setiap pilihan.

Dia tahu kawan kawan dia. Diorang akan cuba lakukan apa sahaja untuk ejek dia.

Ya, mereka memang dah berubah, tapi tak semua orang mampu berubah begitu sahaja jadi baik. Mereka perlukan masa.

Tapi, kalau dia lawan, hanya akan jadi masalah lain, kerana mereka tak cukup orang untuk lawan 20 Droid sekali gus.

Boboiboy : Jadi, kita lawan lah kan?

Boboiboy menghulurkan sesuatu ke Ali.

Yoyonya.

Dia tak perasan Yoyonya terjatuh waktu mereka lari selamatkan diri tadi.

Ali melihat wajah Boboiboy. Dia memang betul betul bersemangat sekarang ini.

Ali tersenyum. Dia mengangguk, dan mengambil Yoyo itu dari Boboiboy.

Ali : Kau memang... suka kan benda merbahaya, kan?

Boboiboy terketawa kecil.

Boboiboy : Well, ini lah sepupu kau yang kau sayang.

Ali menumbuk perlahan bahu Boboiboy, sebelum ikut bangun.

Mereka berdua pun, perlahan lahan, keluar dari sebalik pokok, dan berjalan pergi ke arah semua Droid itu.

Mereka berdiri tegak, dengan wajah bersemangat.

Ali : Hoi, Droid!!!

Dengan panggilan Ali, semua Droid itu memandang ke arah mereka berdua.

.
.
.

Semua Droid itu mulai mempalingkan diri ke mereka berdua.

Salah satunya mengangkat tangannya, dan ingin menembak mereka berdua lagi.

Tetapi, Boboiboy dengan pantas, berdiri di depan Ali, dan mengeluarkan semua pin dia.

Semua pin itu membesar, dan menjadi pelindung yang besar.

Pelindung itu melindungi mereka dari tembak kan itu.

Ali memanjat ke atas bahu Boboiboy, dan membaling Yoyonya ke arah Droid yang menembak mereka tadi.

Ali : Dapat!

Ali menarik Droid itu ke udara, dan membanting Droid itu ke udara, dan menghempasnya ke belakang mereka.

Satu Droid telah tumpas.

Droid yang lain tidak duduk diam. Mereka menembak mereka lagi.

Tapi pelindung Boboiboy masih kukuh melindungi mereka.

Ali turun semula, dan bersandar pada pelindung itu.

Ali : Macam mana kita nak dapatkan Intel tu sekarang ni? Droid ni menyusahkan lah!

Ali dah mula naik bengang, sebab Droid tu tak bagi mereka dekat sama sekali dengan Intel itu.

Boboiboy yang mashn mempertahankan pelindungnya, juga kebingungan.

Dia tak fikirkan apa apa rancangan untuk hadapi semua semua Droid itu dan dapatkan Intel tadi.

Boboiboy : Haih..... kalau aku Yaya, Ying, dan Fang, apa yang akan akan buat........

Dia memaksa dirinya untuk memikirkan rancangan.

Dia mengaku dia tak sepandai mereka, tapi dia juga mahu mencuba. Dia mahu jadi, "Sempurna".

Dia tak boleh harapkan kuasa dia untuk selesaikan semuanya selamanya.

Terutamanya, dia tak boleh gunakan kuasa dia sekarang.

Kalau dia boleh pecah tujuh sekarang, mesti latihan ni dah lama habis, tapi dia tak boleh.

Boboiboy : Atau patut aku jadi Gopal? Haih.....

Gunakan kepala, atau gunakan akal.

Kalau dia guna cara Yaya, Ying dan Fang, dia kena fikir rancangan.

Tapi kalau dia pilih cara Gopal, dia kena terobos lawan sahaja.

Boboiboy : Hm..... nampaknya.....

Boboiboy memandang ke Ali.

Boboiboy : Kita tak ada pilihan lain. Kita kena berlawan depan depan dengan semua Droid ni?

Ali : Lawan depan depan? Kau gila ke?! Kita berdua je!

Boboiboy : Tu lah masalahnya! Aku sendiri pun tak tahu nak buat apa, ok?! Kau ingat kita boleh bertahan selamanya macam ni ke?! Kita kena dapatkan Intel cepat!

Boboiboy meninggikan suaranya, kerana dia juga tertekan dalam keadaan serabut itu.

Dengan bunyi tembakkan di mana mana, kau ingat dia boleh berfikir dengan tenang?

Mereka berdua dah lupa yang mereka sebenarnya lawan sekarang.

Tapi, dalam keadaan ni, mereka tak boleh fikirkan benda tu lagi dah.

Ali : Haih, yelah. Apa rancangan kau?

Boboiboy : Aku tak boleh lawan tanpa tongkat aku. Kalau boleh, sambil sambil kau lawan tu, tolong ambilkan tongkat aku sekali. Aku akan lawan diorang guna pelindung ni dulu.

Ali mendengar keluhan berat datang darinya.

Boboiboy : Aku... tak tahu apa yang kita patut lakukan. Tapi, yang paling penting, dapatkan Intel dahulu. Faham?

Ali boleh rasakan aura resah datang dari sepupunya itu.

Dia tahu Boboiboy sedang gelisah sekarang, kerana tak boleh nak rancang strategi lengkap untuk mereka berdua, tapi dia faham.

Ali : Roger. Hati hati. Jangan sampai kena belasah dengan diorang pulak, ok?

Ali ketawa kecil, sempat menyakat Boboiboy.

Boboiboy pulak hanya tersenyum.

Boboiboy : Bersedia. Aku kira sampai tiga, dan aku akan runtuhkan pelindung ni.

Ali : Baik.

Mereka berdua bersedia.

Ali dah bersedia untuk melompat keluar dan serang mereka semua dengan yoyo dia.

Boboiboy : Satu.....

Boboiboy memegang butang untuk menutup pelindung itu.

Boboiboy : Dua......

Ali membuka kekuda, bersedia untuk lari ke hadapan.

Boboiboy : Tiga.

Pelindung akhirnya runtuh.

.
.
.

Ali : HIYAHHHHH!!!!

Ali membaling yoyonya, dan berjaya menumbangkan 2 Droid sekaligus.

Boboiboy mengambil semula pinnya, dan membalingnya ke Droid Droid berdekatan, dan berjaya menumbangkan beberapa darinya.

Mereka berdua cuma bersyukur yang tak lah susah sangat nak tumbangkan mereka.

Yang menjadi masalahnya sebab diorang tak berhenti tembak mereka.

Pergerakkan mereka terhad disebabkan itu, tapi, mereka bukan amatur.

Boboiboy melihat Ali berlawan dengan sigap, tanpa celah sama sekali.

Dalam hatinya, dia bangga, melihat Ali yang sangat hebat.

Pada masa yang sama, dia tak mahu nampak lemah di depan Ali. Dia tidak mahu ketinggal di belakang.

Walaupun cuma berbekalkan pin piring terbang sahaja, ianya sudah cukup untuk buat Droid Droid itu lengah.

Ianya seperti dia menggunakan Cakera Berapinya.

Dia tiba tiba berhenti membalingnya, dan memegang dua piring terbang itu di kedua dua belah tangannya.

Boboiboy : Marilah!!!

Boboiboy melompat ke udara, dan bertarung sama seperti Blaze.

Beberapa Droid dipenggal kepalanya oleh dia, dan beberapa lagi di flying kick sampai mampos.

Beralih ke Ali, dia sudah berjaya tumpaskan beberapa dari mereka.

Selepas kalah, Droid itu masuk ke dalam tanah semula.

Jadi, tak serabut lah nak lawan dengan mayat besi di mana mana.

Ali : Haih, serabut lah!!!

Ali melibas Yoyonya, dan menumbangkan 3 Droid sekali gus.

Ali memandang ke arah Boboiboy, dan lega yang Boboiboy tak apa apa, dan mampu bertarung dengan baik.

Dia marah jugak sebab Boboiboy tak tunjukkan sisi dia yang ini pada dia tadi. 

Ali : Baru sekarang nak tunjuk? Haih....

Ali melihat tongkat besi Boboiboy berada tidak jauh darinya.

Menggunakan yoyonya, dia melilit tongkat Boboiboy, dan menariknya pada diri sendiri.

Ali : Boboiboy! Ni tongkat kau!

Ali membalingnya pada Boboiboy.

Masih dalam keadaan bertarung, Boboiboy menangkap tongkatnya, dan terus melibas leher 4 Droid satu demi satu, sehingga mereka tumbang.

Boboiboy : Fuh! Terima kasih Ali!

Tiba tiba, satu Droid muncul di belakang Ali, dan Ali tidak perasan akan kehadiran Droid itu.

Mata Boboiboy terbeliak, dan terus berlari ke arah Ali.

Boboiboy muncul di belakang Ali, dan menusuk badan Droid itu dengan tongkatnya, sehingga tembus.

Ali : B-Boboiboy?

Boboiboy menarik keluar tongkatnya dari badan Droid itu, dan Droid itu rebah, dan masuk ke dalam tanah.

Boboiboy : Hati hati. *nada serius*

Ali : *telan ludah kelat* B-baik.

Mereka bersadar pada satu sama lain.

Yang buat mereka tak puas hati, masih ada banyak lagi Droid yang berdiri, walaupun apa yang merek ingat, mereka sudah tumbangkan banyak Droid dari tadi.

Ali : Mereka tak berhenti datang balik!

Boboiboy : Aku tahu! Haish, nak kena buat apa ni?!

Tiba tiba, pandangan Boboiboy tertumpu pada menara Intel tadi.

Mukanya terus berubah gembira, seperti dia baru dapat idea.

Boboiboy : Kau tunggu sini!

Boboiboy berlari pergi dari Ali, menuju ke arah menara itu.

Ali : W-weh?! Apa ni?! Ergh! *serang Droid* Kau nak kemana?!

Boboiboy tidak menjawap pertanyaan Ali, dan terus berlari.

Dia menusuk tongkatnya ke tanah, dan tongkatnya memanjang ke atas.

Dia mendarat di atas menara itu, dan tongkatnya kembali memendek.

Dia memegang tongkatnya ke hadapan, dan muncul sebuahbtali holo di tongkatnya.

Dia menarik tali itu, seperti busur, dan muncul anak panah holo di tangannya.

Boboiboy : Tunduk Ali!!!

Mendengar arahan, secara reflex dia menunduk, dan mencangkung ke bawah.

Secepat kilat, Boboiboy memanah kesemua Droid yang tersisa.

Tut!!!

Tut!!!

Tut!!!

Kesemuanya headshot, ditembaknya.

Kesemua Droid yang terkena, mati, dan rebah ke tanah, dan perlahan lahan, masuk ke dalam tanah kembali.

Boboiboy : Berjaya!

Ali : Wuuuu! Terbaiklah Boboiboy!

Melihat ada peluang, Ali membaling Yoyonya, dan yoyonya pun melilit palang yang berada di menara itu.

Dia meluncur di udara, dan mengambil intel itu. Dianpun mendarat dengan selamat.

Ali : Aku dah dapat Intel!

Ali melambai ke arah Boboiboy dari bawah.

Boboiboy : Bagus! E-eh?

Baru sahaja dia mahu turun dari menara itu, dia berhenti.

Tiba tiba, muncul lagi Droid yang baharu dari dalam tanah.

Boboiboy : Tak habis lagi?!

Masalahnya, bukan satu! Tapi sepuluh yang keluar serentak!

Ali mencebit.

Ali : Nampaknya ianya tak akan tamat selagi kita tak hantar intel ke Ejen Leon!

Ali dikepung.

Dia mendengus kasar, sambil memutarkan Yoyonya, berjaga jaga.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berpindah scene, kita kembali kepada para Ejen yang lain.

Ejen Muda yang lain dah gigit jari, panik lihat perlawanan Ali dan Boboiboy.

Ejen Geetha kelihatan gelisah.

Geetha : Er..... Leon, kamu pasti ke ni? Tak bahaya ke buat Droid tu boleh tembak laser? Ni kan latihan sahaja.

Ejen Leon memang betul betul code kan semua Droid yang digunakan untuk latihan itu boleh tembak laser.

Leon : Ali sendiri yang kata dia mahu tunjukkan pada kita yang dia sudah semakin maju, kan? Droid biasa akan terlalu senang untuk dia.

Dia tahu. Sebab dia sendiri yang latih Ali, sehingga sekarang ini.

Dan lihatlah. Dia tak menipu. Ali mampu hadapi semua itu.

Geetha : Kalau Ali, saya tak risau, sebab saya tahu dia dah semakin kuat. Tapi, sekarang ni, Boboiboy. Kamu tahu dia masih baru, kan?

Ejen Geetha terdiam selepas melihat Ejen Leon tersenyum jahat.

Leon : Kamu lupa ke siapa dia? Orang yang sama bantu Ali, Alicia dan Bakar, dan orang yang sama yang mampu lawan banyak orang bersendirian?

Ejen Geetha akhirnya faham niat Ejen Leon.

Leon : Dia masuk ke sini disebabkan kehebatan dia dalam bertarung. Kalau tak, Jeneral dan Ketua Teras tak akan terima dia. Saya mahu lihat, kesemua kekuatan yang dia ada. Dan betulkah dia sepenuhnya layak berada di sini? Kita lihat sahaja.

Ejen Geetha akhirnya mengangguk.

Geetha : Mereka berdua memiliki kejersamaan yang baik. Ini pertama kali mereka satu team, kan? Walaupun sepatutnya latihan ini adalah solo.

Leon : Ya, betul. Dan mereka berdua memang boleh tahan. Ali sudah mampu bertarung sepenuhnya tanpa IRIS. Memang apa yang saya dan Ketua Teras harapkan dari anak Ejen Lagenda M.A.T.A, Aliya.

Rudy melihat kedua dua Ejen Mentor dia itu, dengan pandangan tajam.

Dari dalam poket sutnya, dia melihat masa ketika itu.

Rudy : *bisik* dan....... sekarang.....

Tiba tiba, Ejen Leon dan Ejen Geetha mendapat panggilan dari Jeneral.

Geetha : Kita ada masyuarat.

Leon : Haih....

Kedua dua mereka berjalan ke arah Ejen Muda yang lain.

Leon : Perhatian semua!

Mereka semua pun memandang ke arah kedua dua mentor mereka.

Leon : Kami berdua ada masyuarat dadakan. Sementarabitu, latihan ditangguhkan. Ejen Geetha akan matikan semua Droid latihan. Jadi, kamu semua tolong bagitahu hal ini kepada Ali dan Boboiboy. Faham?

Ejen Muda : Faham Ejen Leon!

Leon : Sementara itu, Rudy, kamu berkuasa. Pastikan tiada apa apa berlaku selama kami tiada. Faham?

Rudy : *angguk* Faham.

Geetha : Baiklah. *tekat butan di tabletnya* Droid sudah dimatikan. Kami pergi dulu ya?

Ejen Leon dan Ejen Geetha pun berlalu pergi dari sana.

.
.
.

Kembali ke scene awal semula.

Sementara itu, Ali masih lagi dikepung oleh kesemua Droid yang baru keluar dari tanah.

Ali : Boboiboy! Kekal kat atas! Jangan turun ke bawah!

Boboiboy : T-tapi-

Ali : Duduk je kat atas tu!!!

Boboiboy terkedu, dan terpaksa mengikuti arahan Ali.

Mata Ali melilau ke sana ke mari, seperti mencari sesuatu.

Mata dia tiba tiba berhenti selepas melihat sebuah pokok besar tidak jauh darinya.

Melihat itu, dia terus memasukkan intel ke dalam sutnya, dan menyerang salah satu Droid itu.

Ali : Ergh!

Droid itu tumbang, dan terus Ali berlari ke atasnya, siap pijak lagi Droid yang baru dia serang tadi.

Boboiboy : Ali! Hati hati!

Semua Droid yang lain menembak Ali tanpa henti.

Tapi, Ali mampu mengelak semuanya, dan pertahankan diri sendiri menggunakan Yoyonya.

Ali melompat, dan kakinya mendarat di batang pokok.

Ali memanjat pokok itu macam ninja, dan melompat ke udara.

Ali membaling sesuatu.

Ianya banyak.

Sangat banyak.

Ianya bergerak terlalu cepat. Sehingga Boboiboy tidak dapat melihat benda itu dengan jelas.

Tapi, dia mampu mendengar bunyi lagakan yang kuat.

TAS!!!

TAS!!!

SINGG!!!

SINGG!!!

Boboiboy dah berada di hujung jari kakinya, kelihatan kagum melihat benda itu.

Ali : SEKARANG!!!

Semua benda itu bergerak ke satu tempat yang sama, dan tiba tiba, sebuah jaring hijau yang besar muncul, dan memerangkap kesemua Droid yang tersisa di dalamnya.

Boboiboy terlopong.

Boboiboy : Apakah.......

Ali tidak berhenti.

Dia kemudian melibas yoyonya ke udara, dan menghentam kesemua Droid itu.

BOOM!!!!

Dan dalam sekelip mata, kesemua Droid itu kalah ditangannya.

Kesemua Droid perlahan lahan masuk ke tanah semula.

Ali mendarat dengan selamat.

Tapi, dia terjatuh, dan melutut, kerana kakinya merasa kesakitan akibat kakinya yang terseliuh itu.

Ali : Ergh.....

Boboiboy berlari turun dari menara itu, dan terus berlari ke arah Ali.

Boboiboy : Ali! Hebatnya kau! Macam mana kau buat benda tu tadi- eh?

Boboiboy perasan yang Ali seperti menahan kesakitan,

Boboiboy : Kaki kau.... haih..... kan aku dah kata jangan berlebih sangat.

Ali : Hehe.... tapi aku kena buat jugak, kan? Kalau tak, sampai ke malam lah kita kena lawan dengan Droid tu semua.

Boboiboy menghulurkan tangannya kepada Ali, mahu membantunya bangun.

Tapi, sebelum Ali mencapai tangannya, Ali berhenti, dan mukanya kelihatan terkejut.

Boboiboy yang perasan itu, terus menoleh ke belakangnya.

Sebuah Buster Droid muncul di belakang mereka, bersedia untuk menembak mereka berdua.

Tidak sempat memikirkan apa apa, Boboiboy menolak Ali ke bawah, dan memeluk Ali.

Ali : Boboiboy?!

Boboiboy menutup matanya rapat rapat, mengetahui apa akan berlaku.

Ali, yang melihat laser hampir keluar daei Buster Droid itu, tahu yang mereka tidak mampu buat apa apa.

Dia juga menutup matanya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.........

Semuanya senyap.

Tiada apa apa yang berlaku.

Ali membuka matanya perlahan lahan.

Ali : Apa.....

Dia melihat Buster Droid itu terpadam.

Ali : B-Boboiboy! Bangun! Buster Droid tu tak hidup!

Boboiboy yang mendengar itu terus membuka matanya, dan terus melepaskan pelukkannya, dan memandang Droid itu.

Boboiboy : Apa..... apa dah jadi?

Jet : Latihan ditangguhkan.

Tiba tiba, Jet muncul dari langit, dan mendarat tepat di depan mereka.

Ali : D-ditangguhkan?

Selepas itu, satu persatu Ejen Muda tiba di sana.

Moon : Haah! Ejen Leon kata ada masyuarat dadakan.

Kedua dua mereka menghembuskan nafas lega, yang tiada apa apa buruk berlaku pada mereka berdua.

Boboiboy bangun, dan menarik Ali bangun.

Ali memandang ke arah Rudy.

Rudy seperti memberi isyarat mata kepadanya.

Ali mengangguk.

Ali : Lepaslah!!! Aku tak perlukan bantuan kau!!!

Ali tiba tiba menolak Boboiboy, sehingga Boboiboy terlepaskan dia, dan hampir jatuh ke belakang.

Boboiboy terkejut. Dia melihat Ali yang melihat dia dengan wajah marah.

Boboiboy : H-huh?




























2797 perkataan

Hehe-

Selamat hari raya awal semua!!!!

Baik baik tau balik kampung tu!

Author minta maaf awal awal jika Author ada buat salah dengan korang

Kita kira kosong kosong ok?

Ok, bye-*lompat masuk kawah, jadi dodol*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top