Misi : Terbongkar 2

Boboiboy : Viktor? Boleh kau janji dengan aku sesuatu tak?

Viktor : Hm? Janji apa?

Boboiboy : Boleh tak kau..... simpan satu rahsia?

.......

Keadaan menjadi sunyi seketika.

Wajah Boboiboy kelihatan tersenyum kekok, seperti masih belum setuju dengan keputusannya sendiri.

Tambah lagi bila Viktor tidak menjawap soalannya.

Viktor, terdiam sementara, tidak terus menjawap.

Dia melihat ke arah sepupu kawan baiknya itu dengan wajah seperti tidak memahami apa yang Boboiboy cuba sampaikan.

Viktor : Simpan rahsia? Rahsia apa pula ni?

Viktor mula merasa pelik dengan perangai Boboiboy sejak di kedai ais krim tadi ketika letupan tadi berlaku.

Yelah, dalam keadaan tegang seperti itu, tiba tibanya diminta untuk simpan rahsia.

Boboiboy cuba untuk menengkan dirinya dengan menarik nafas dalam dalam, sebelum melepaskan keluhan yang berat.

Dia tak boleh bertindak terburu buru dalam hal itu. Takut Viktor salah faham dengannya.

Boboiboy : Aku..... ada cara untuk keluar dari sini, tapi....

Mata Viktor terus kelihatan teruja dengan ayat tidak habis Boboiboy itu.

Viktor : Ya ke?! Macam mana?!

Boboiboy sampai terangkat kedua dua belah tangannya paras bahu bila Viktor mendekatkan wajahnya dengan dirinya sambil tersenyum kekok

Boboiboy : Er....ehehehe...tapi kau kena janji dengan aku yang kau jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni, ok?

Viktor terus menerima syarat Boboiboy itu tanpa banyak soal.

Viktor : Ok, baiklah, aku janji. Macam mana kita nak keluar?

Boboiboy sedikit kesal dengan Viktor yang terus sahaja berjanji dengannya, tetapi dia juga tak boleh buang masa terlalu lama.

Dia pun memandang ke atas semula.

Boboiboy : Kau takut tinggi tak?

Soalan tiba tiba itu keluar dari mulutnya.

Viktor tertelengkan kepalanya ke tepi, tiba tiba ditanya seperti itu.

Viktor : Tak? Kenapa?

Boboiboy menutup matanya, sambil tersenyum.

Sudah mendapatkan kepastian, dia tiba tiba memegang tangan Viktor.

Viktor sempat tersentak, sambil memandang belakang kepala budak penguasa elemental itu.

Viktor : Boboiboy?

Boboiboy : Pegang kuat kuat!

Tak sempat Viktor mahu beriaksi, tiba tiba, Boboiboy mengangkat tangan kanannya ke udara.

Muncul sebuah logo berwarna biru yang berbentuk pusaran taufan pada jam itu, dan mula bercahaya.

Anak mata Viktor mula mengecil, sebari cahaya itu mula menyelubungi seluruh badan sepupu kawan baiknya itu.

Viktor terpaksa menutup mata akibat silau.

Viktor : Ergh?!

Cahaya itu mula menghilang sedikit demi sedikit.

Baju oren miliknya mula bertukar kepada biru, termasuk topinya, yang sudah berubah warna dan posisi.

Dia bertukar kepada Taufan.

Apabila Viktor membuka matanya, dia hampir tidak mampu percaya dengan apa yang baru di lihatnya.

Viktor : Boboiboy- m-macam mana kau-

Taufan : Simpan dulu pertanyaan kau tu. Kita kena keluar dari sini dahulu.

Taufan mengatakannya dengan nada tegas, membuatkan Viktor tertelan ludahnya sendiri.

Viktor mengangguk laju.

Ya betul. Mereka kena selamatkan diri mereka sendiri dahulu.

Taufan tersenyum melihat budak itu sudah bersedia.

Tanpa perlu menyebut nama gerakkannya dahulu, Taufan terus mengeluarkan hoverboardnya, dan dia pun menarik Viktor untuk turut naik ke atasnya.

Viktor : W-woh woh woh?!

Akibat merasa tidak seimbang, Viktor memeluk pinggang Taufan.

Senyuman hangatnya terus berubah menjadi geringan bersemangat.

Taufan : Jom keluar dari sini!

Hoverboard itu pun mula terbang, makin lama makin tinggi, dan mereka berdua pun berjaya keluar dari tangki air itu.

Siuuuuuuu~

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kita kembali 40 minit kebelakang, 10 minit sebelum Viktor dan Boboiboy ditangkap.

Kembali ke M.A.T.A, Ali dan Alicia duduk di atas kerusi, sambil minum air, kepenatan setelah lama berlatih.

Ali : Huh..... macam mana dengan rekod aku?

Ali meminta pendapat Alicia.

Alicia : Boleh tahan. Lebih bagus dari pertama kali kau guna lah. Tapi kau kena lebih tepatkan sasaran kau. Kau kena ingat yang musuh kau sentiasa bergerak dan tidak statik.

Ali mengangguk, faham dengan nasihat Alicia.

Ali : Boleh tahan kau jadi mentor ni. Dah nampak lah masa depan kau nanti.

Dengan selambanya Ali berkata begitu sebelum mengambil satu lagi tegukkan air.

Alicia kemudian memandang ke arahnya dengan wajah pelik.

Alicia : Apa maksud kau?

Ali : Hm? Alah, maksud aku, dah nampak dah kau boleh jadi mentor yang hebat untuk junior kita nanti bila kita berjaya jadi ejen tetap M.A.T.A. Kau pandai analisis pergerakkan dan kemampuan lawan kau. Sesuai lah untuk latih ejen baru.

Ali memuji Alicia.

Dia jujur. Dia tidak nafikan yang Alicia memang ejen muda yang hebat sejak awal. Terutamanya bila dia memang sudah mengenal M.A.T.A sejak kecil, dan berlatih sendiri dengan ketua teras.

Dia bukan apa apa. Dia hanyalah seorang ejen yang masuk akibat kesalahan. Kalau bukan sebab Uncle Bakar yang minta untuk dia dijadikan ejen, entah apa yang dah jadi dengan dia sekarang ini.

Alicia, mampu merasakan rendah diri daripada ayat Ali itu.

Alicia : Huh.... tak payah nak merendah diri sangat. Kau pun apa kurangnya.

Ali : H-huh?

Alicia : Kau dah banyak tolong selesaikan misi M.A.T.A. Kau juga yang berjaya pecahkan sebab utama kemarahan penduduk pinggiran dan berjaya ubah Cyberaya menjadi lebih baik.

Alicia mengatakan itu dengan nada tenang, bermakna dia betul betul maksudkan apa yang dia katakan.

Mata Ali sedikit membulat, tidak jangka ayat itu akan keluar dari mulut seseorang seperti Alicia.

Alicia : Aku tahu kau perlu dengar benda ni. Aku akan katakannya demi pihak semua orang. Terima kasih Ali. Kau dah lakukan yang terbaik.

Alicia tersengih sambil menutup matanya, dan mengangkat tangannya, ingin fist-bumb dengan Ali.

Ali, seketika terkaku.

Alicia sememangnya bukan orang pertama yang dia jangkakan akan berterima kasih padanya, apa lagi memujinya.

Hubungan mereka memang hanya sekadae kawan sahaja, dan kadang kadang seperti rival juga. Bergaduh tak tentu masa.

Tapi, benarlah kata orang. Manusia mampu berubah.

Sama ada kepada yang lebih baik ataupun buruk.

Ali melepaskan nafas lega, sebelum mengangkat tangannya juga, dan membalas fist-bumb Alicia.

Kedua duanya tersenyum sambil ketawa kecil.

Ali : T-

Tak sempat Ali mahu berkata, tiba tiba, kedua dua jam penggera telefon mereka berbunyi.

Ringgg!!!

Ringgg!!!

Alicia : Apa pulak ni?

Mereka berdua mengeluarkannya serentak.

Panggilan misi daripada M.A.T.A.

Ali : Ada misi!

Alicia : Hah, apa lagi, jom lah. Jeneral dah tunggu tu!

Ali : He-hey! Tunggu aku!

Kedua duanya pun mula berlari, beredar dari bilik latihan itu untuk pergi bilik masyuarat.

.
.
.

Kesemua Ejen Muda dan Ejen Mentor sudah berkumpul di hadapan hologram General Rama Rama Terbang Tinggi.

Jeneral memandang ke arah mereka dengan wajah serius, bermakna, misi kali ni memang penting.

Geetha : Misi apa yang kami kena selesaikan, Jeneral?

Geetha yang pertama memecahkan keheningan itu.

Jeneral menekan salah satu butang pada papan kekuncinya.

Jeneral : Sekitar 20 minit yang lalu, telah diterima laporan yang ada letupan yang berlaku di Pelabuhan.

Sebuah hologram muncul, menampakkan asap besar yang berkepul kepul di langit, yang ianya berasal daripada Pelabuhan, sesuai apa yang dikatakan Jeneral.

Mereka semua melihat hologram itu dengan wajah terkejut.

Bakar : Apa?! Orang jahat mana pulak yang buat semua ni?!

Jeneral mengeluh kecil.

Jeneral : Memang sulit untuk dipercayai, tetapi ianya adalah geng motor Komeng.

Satu lagi hologram muncul, menampakkan geng geng motor yang ditangkap dari atas menggunakan dron milik M.A.T.A.

Iman : M-macam mana mereka boleh buat letupan sebesar tu?

Leon : Senjata apa pula yang diorang cuba nak curi kali ni?!

Ejen Leon kelihatan marah, tetapi ditenangkan Jeneral.

Jeneral : Sabar, Ejen Leon. Jangan risau, nampaknya, kita dah ada orang kita di sana.

Satu hologram lagi muncul.

Ianya adalah gambar Boboiboy dan Viktor yang ditangkap oleh dron, yang sedang berada di dalam tangki air.

Mata Ali kelihatan membesar melihat itu.

Ali : *bisik* Viktor.....

Jelas di wajah Ali, dia sedang merisaukan keselamatan kawan baiknya itu.

Dia turut merisaukan Boboiboy juga, tapi dia tahu yang sepupunya itu mampu menjaga dirinya sendiri.

Alicia yang berada di sebelah Ali, dapat merasakan apa yang Ali rasa juga. Walaupun tak beberapa rapat dengan Viktor macam Ali, dia masih salah satu budak kelasnya.

Jeneral : Ejen Boboiboy telah meenghantar maklumat kepada M.A.T.A, mengatakan dia, malangnya, telah ditangkap oleh musuh.

Jeneral Rama tidak menyalahkan Boboiboy kerana dia tahu bukan senang nak handle banyak orang itu seorang diri, terutamanya kerana Boboiboy adalah Ejen baru.

Jeneral : Tetapi, dia juga ada memberitahu benda apa yang cuba dicuri oleh geng geng motor Komeng itu. Ianya adalah sejenis ciptaan bom tangan baharu yang dihantar khas daripada Rusia.

Jeneral menunjukkan hologram khas yang menjelaskan ciri ciri bom tangan itu kepada ejen ejen itu semua.

Cukuplah Boboiboy melakukan bahagiannya dengan menghantar maklumat tidak seberapa ini.

Ejen Karya hampir kehilangan coolnya di situ kerana senjata yang mahu dicuri bukanlah senjata biasa biasa.

Karya : Ishhh.... kita tak boleh biarkan mereka pergi dengan membawa senjata api sebahaya ni.

Jeneral : Benar kata kamu, Ejen Karya. Jadi, saya mahu para Ejen yang tua untuk menyamar jadi polis, untuk mengawal keadaan di luar pagar supaya orang ramai tidak akan masuk ke dalam kawasan pelabuhan tanpa kebenaran.

Semua Ejen Mentor mengangguk dengan wajah serius dengan arahan Jeneral itu.

Jeneral : Untuk para Ejen Muda, saya mahu kamu semua hentikan geng geng Komeng itu dan dapatkan semula semua bom yang telah dicuri.

E.M : Baik Jeneral!

Jeneral : Bagus....BERTINDAK SEGERA!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Siuuuuu~

Kembali ke Pelabuhan semula.

Viktor : WARHHHHHH?!?!?!

Kelihatan Viktor dan Taufan yang sedang terbang di udara dengan bantuan hoverboard milik Taufan.

Viktor dah menjerit tak tentu pasal akibat Taufan yang membawa hoverboardnya terlalu laju sehingga dia hampir rasa mahu jatuh beberapa kali.

Taufan : Ish kau ni! Peganglah betul betul! Kau nak kita terbabas kena kontena ke apa?!

Taufan pun dah naik begang disebabkan dia tak mampu nak kawal hoverboard dia betul betul akibat Viktor yang asyik ke kiri dan kekanan. Dah terhuyung hayang macam lalat dah diorang dekat udara sana.

Viktor : Aku takut lah!

Taufan : Tadi kata tak gayat!

Viktor : Dah mana aku tahu kau nak terbang!

Sempat bergaduh lagi diorang dekat udara sana.

Taufan : Haish! Sudah! Apa yang kita kena lakukan sekarang adalah cari geng geng motor teranjat akal tu sebelum diorang sempat tinggalkan Pelabuhan ni!

Viktor : Masalahnya kenapa mesti kita?! Kan boleh je tunggu Polis datang dan selesaikan sendiri?! Tu kan tugas diorang?!

Viktor memang tengah marah sebab tak pasal pasal dia tersangkut dalam masalah yang sepatutnya bukan masalah dia.

Taufan : Jadi, kau nak aku hantar kau keluar dulu ke?

Seketika, Viktor berhenti daripada merengek.

Taufan : Viktor?

Wajah Viktor seketika kelihatan frustasi, seperti memikirkan sesuatu.

Ya, memang masalah ini sepatutnya bukan masalahnya.

Boboiboy sendiri dah suruh dia duduk luar, dan tunggu dia selesai. Tapi, sekarang ianya memang pilihan dia sendiri untuk masuk ke dalam juga untuk bantu sepupu kawan baiknya itu.

Bermaksud, ianya sudah menjadi masalahnya juga.

Kalau dia lari, ianya sama sahaja seperti menjadi seorang pengecut.

Viktor : Tak....mari kita cari geng mamat motor tu.

Taufan tersenyum lebar, gembira mendengar respon daripada Viktor itu.

Taufan : Baiklah! Itu pilihan kau! Jom! Wuhuuuuu!!!

Taufan melajukan lagi hoverboardnya.

.
.
.

Beralih ke luar kawasan Pelabuhan pula, kelihatan masih ramai penduduk awam yang berkumpul di sekitar pintu pagar masuk ke dalam kawasan Pelabuhan.

Kelihatan juga beberapa kereta polis yang sudah tiba dj sana ketika itu.

Beberapa orang polis mula keluar daripada kereta tersebut.

Seorang wanita mula mendekati mereka.

Puan : Encik! Tadi saya nampak ada dua budak masuk ke dalam tadi! Encik buatlah sesuatu! Bahaya!

Polis : Sabar puan! Kami janji kami akan handle situasi ni. Kami minta semua orang untuk tinggalkan kawasan Pelabuhan. Kami takut jika ianya adalah serangan daripada pendatang luar.

Wanita itu mengangguk, walaupun wajahnya masih kelihatan risau.

Satu persatu penduduk mula memasuki kereta semula untuk beredar dari situ atas arahan pihak polis.

Walaupun masih ada penduduk yang tidak mengikut arahan dan masih berada di sana, mereka tetap duduk jauh jauh, kerana tidak mahu dimarahi.

Melihat keadaan di sana sudah mulai tenang semula, salah satu daripada polis itu menepuk bahu polis yang tadi.

Polis 2 : Bakar. Jom. Jalan dah clear.

Melihat ke bawah topi polis itu, kelihatan wajah Karya di sana.

Karya : Masa untuk tolong anak murid kita.

Uncle Bakar pun tersenyum.

Mereka berdua pun berlari masuk ke dalam, menyisakan 2 lagi polis di luar, iaitu Ejen Geetha dan Ejen Leon.

Geetha : .....Semoga berjaya.

.
.
.

Beralih kepada Ejen Muda pula, mereka masuk ke dalam kawasan Pelabuhan menggunakan jalan belakang, jauh daripada kawasan orang ramai, sementara menunggu Mentor mereka clearkan kawasan hadapan.

Mereka semua berkumpul di belakang sebuah kontena.

Roza : Nak berpecah ke? Cepat sikit kita holeh cari. Tempat ni besar.

Roza yang pertama bersuara.

Christ : Boleh jugak, tapi pergi dalam kumpulan. Kita tak tahu apa akan jadi bila kita jumpa mereka.

Roza : Ok, baiklah. Pergi dua dua satu kumpulan. Cepat cari geng motor Komeng tu semua.

Semua Ejen Muda pun mengangguk mendengar arahan Roza.

Mereka berpecah ke dalam kumpulan masing masing, dan mulakan proses pencarian mereka.

Kali ni, Alicia dan Ali tak bersama.

Ali pergi dengan Khai kali ini.

Ali : Khai, kau rasa dekat mana kita boleh cari diorang?

Khai : Hmmmm.... yang pastinya dekat tempat yang banyak barang, sebab mesti diorang akan ambil kesempatan untuk curi lebih banyak barang selain daripada bom tangan tu.

Ali : Hm... bijak bijak. Jom!

Mereka pun naik ke atas kontena yang berada di sana untuk melihat lebih jelas kawasan di sekitar mereka.

Mereka berlari, sambil memantau sekiranya nampak kawasan yang penuh dengan kotak kotak barangan hantaran.

Khai seperti sedang mencari sesuatu pada Wrist Comm miliknya.

Kemudian, muncul sebuah hologram yang merupakan peta keseluruhan Pelabuhan itu.

Khai : Ok, bagus! Aku berjaya dapatkan peta!

Ali : Naisu lah Khai! Kau ada jumpa mana mana tempat yang kita boleh periksa tak?!

Khai : Kejap.

Khai mencuba mencari.

Khai : Semua barangan yang dihantar dari Cargo akan dihantar ke sebuah rumah penyimpanan yang berada di hujung Utara Pelabuhan ni!

Ali : Bagus, cun! Jom Khai!

Khai : Baik! R.O! Tunjukkan jalan!

Khai memasukkan koordinat lokasi ke dalam R.O, dan R.O pun mula bergerak atas arahan Khai, menuju ke lokasi yang ingin mereka pergi itu.

.
.
.

Seketika kemudian, mereka tiba di rumah penyimpanan itu.

Mereka menyorok di atas salah satu kontena di sana untuk menyintai keadaan.

Memang benar tekaan Khai. Ramai geng mamat motor itu berada di sana, masing masing sedang mencuba membawa kotak kotak hantaran cargo di sana.

Ali : *bisik*Tsk.....ramai lah pulak....

Mereka bercakap dalam keadaan berbisik, supaya para geng mamat motor itu tidak menyedari kehadiran mereka.

Khai : Apa kita nak buat ni? Nak panggil yang lain ke sini ke? Kita berdua tak boleh nak lawan sendiri.

Ali : Boleh boleh. Tapi.....

Khai : Tapi apa?

Ali : Kita kena alihkan perhatian mereka dahulu. Jangan benarkan mereka pergi dari sini.

Khai : Er....apa kau kata tu betul, tapi apa kita boleh buat? Kita ni Tekno je.

Ali kelihatan mencuba memikirkan rancangan dengan wajah tertekan.

Khai pun dah mula risau lihat keadaan kawannya itu.

Ali : Aku....aku akan cuba lawan diorang. Kau inform ke yang lain dulu untuk mereka datang ke sini.

Khai, sepertinya dengan wajah terkejut, tidak menyetujui rancangan Ali itu.

Khai : Kau gila ke?! Kau mana boleh lawan diorang sorang sorang! Tak boleh ke kita tunggu Ejen Mentor datang dulu untuk lawan diorang?!

Ali, membalas kerisauan Khai itu dengan keadaan mencuba untuk bertenang.

Ali : Diorang pun ada tugas diorang sendiri dekat luar! Dan kita yang dah ada dekat sini, kitalah yang kena lawan!

Khai : T-tapi-

Ali : Tak apa Khai. Kau duduk je dekat atas ni, dan minta yang lain semua untuk datang ke sini. Biar aku yang lawan mereka semua.

Khai, memandang wajah Ali dengan wajah masih tidak terima, tapi, akhirnya dia mengalah, dan mengangguk.

Khai : Baiklah. Tapi....hati hati.

Ali pun hanya membalas dengan senyuman, sebelum turun ke bawah.

.
.
.

Beralih pada geng motor pula, mereka tengah sibuk mengumbul seberapa banyak senjata haram yang mereka boleh kumpul.

M4 : Wuhuuuu! Banyak barang kita dapat ni! Mesti dapat jual mahal ni!

Satu persatu kotak diangkut mereka untuk bawa pulang.

Sambil mereka ralik sibuk angkat kotak, mereka tidak sedar sudah ada budak khenit berdiri di hadapan mereka.

Ali : Hai abang abang teranjat akal sekalian~

Maka, mereka semua pun hampir terlepaskan kotak mereka akibat terkejut dengan kehadiran Ali.

M7 : WOI?! APA BUDAK NI BUAT DEKAT SINI OI?!

M5 : Woi budak!! Sesat ke apa?!

Ali hanya tersengih nakal ke arah mereka semua.

Ali : Eh tak lah bang. Saya tak sesat. Saya cuma mahu abang semua pulangkan balik barang barang tu je.

Ali sengaja mahu menyakat mereka semua.

M1 : Ceh, berlagak pulak. Kau nak buat apa? Tendang kaki kitorang? Kau tu kecik je.

Muncul perkaki empat di kepala Ali selepas digelar pendek.

Ali : Oh~ panggil aku pendek ya~

Ali terus sahaja mengeluarkan yoyonya, dan membalingnya ke arah mamat mamat motor itu.

Yoyonya mengenai salah satu kotak yang berada di sana. Yoyonya pun meletop, sehingga membuatkan kotak itu pecah, menunjukkan isi kotak itu, iaitu pistol tangan yang mula bertaburan di lantai.

Habis cuak dibuatnya semua mamat motor itu.

M3 : Alamak, budak ni pandai lawan pulak!!!

M2 : Kenapa dari tadi kita asyik berhadapan dengan budak je ni oi?!

M1 : Dah dah dah, berundur berundur! Ambik seberapa banyak yang mampu sahaja! Nanti habis rosak semua benda ni budak tu hancurkan!

Maka mereka semua pun mula naik ke atas motor masing masing dengan keadaan kelam kabut, dan mula memecut meninggalkan Ali.

Ali : W-WOI?!?! JANGAN TINGGALKAN AKU OIII!!!

Ali pun mula mengejar mereka semua.

Khai : Ali?! Kenapa kau kejar diorang?!

Ali tidak mendengar suara Khai, dan terus sahaja mengejar geng mamat motor itu.

Khai menampak muka sendiri dengan kecewa.

Khai : Aduhhhh! Dia pulak yang langgar rancangan sendiri!

.
.
.

Ali berjaya samakan kelajuannya dengan geng mamat motor itu dengan bantuan buster pada kasutnya.

Ali : JANGAN LARI WOIIIII!!!!

Geng mamat motor tu semua lari bukan sebab takut, tapi sebab diorang semua tak mahu senjata yang mereka berjaya curi ni rosak kena dengan yoyo Ali. Habis gaji diorang kena potong nanti kalau macam tu.

M5 : Ish!!! Budak ni tak mahu mengalah pulak!!!

M6 : Degil betul!!! Bro, buatlah sesuatu! Jangan buat budak tu dapat kejar kita!

M1 : Nak buat apa?!

M6 : Baling lah bom ke apa!!!

M1 : Gila ke kau?! Membazir woi!!! Dah lah kitorang dah bazirkan banyak bom tadi masa lawan budak yang dalam tangki air tu!!!

M6 : ARGHHH!!! BALING JELAH!!! DIA DAH NAK DEKAT DAH TU!!!

Sementara mereka sedang bergaduh, Ali kelihatan memasang sarung tangan magnetnya sambil kakinya masih tidak lengah dadipada berlari.

Ali : JANGAN BERGERAK LAGI!!!!

Ali mendepakan kedua dua tangannya kehadapan, dan mula muncul medan magnet di sekitarnya.

Motor geng mamat motor tu pun seketika berhenti daripada bergerak.

M3 : EH EH?!?! APA JADI NI OI?!?!

Walaupun dah tekan minyak banyak kali, motor mereka masih tidak berjalan.

Ali : Heh! Masuk perangkap!!!

Sementara Ali tengah berada lega, dia tidak jangkakan masalah berikutnya.

M1 : HAH, NAH!!!!

Mamat motor itu tiba tiba, membaling 6 biji bom tangan ke arah Ali.

Ali : Huh?!

Ali tidak sempat mahu beriaksi, akibat semua bom tangan itu berada di depan wajahnya.

Tetapi, secara slow-motion, seseorang menolak Ali ke tepi.

BOOMMMMMM!!!!

.
.
.

Ali dan orang yang menolaknya sebentar tadi terjatuh ke tepi, sipi sipi sahaja hampir mengenai bom tangan itu.

Semua bom tangan itu sudah meletop di udara, meninggalkan asap hitam yang besar.

Ali : Huh...huh...huh....

Ali hampir terkena serangan jantung akibat hampir sahaja mati sebentar tadi.

Dia melihat ke arah orang yang menolaknya tadi.

Ali : Huh?

Ali terkejut melihat orang yang telah menyelamatkannya adalah sepupu dan kawan baiknya sendiri.

Viktor : Ali! Kau ok tak?! Ada cedera mana mana?!

Mata Ali terbeliak mendengar namanya disebut oleh Viktor.

Ali : M-macam mana kau-

Viktor menunjuk ke arah rambut Ali.

Ali : O-oh....

Dia lupa dia dah pernah buat gaya rambut ni pada Viktor pada tengah hari tadi.

Viktor : Tapi sekarang ni-

Ayat Viktor tergantung apabila dia melihat keseluruhan pakaian yang dipakai oleh Ali ketika itu.

Viktor : Ali.....kau ni...... Cyberwira ke?





































3143 perkataan

After remembering all the plot in this story, maybe this story not going to finish before chapter 100-

Ok bye-*lompat masuk cawan teh susu*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top