Misi : Terbongkar 2
Boboiboy kembali ke bilik latihan, bersama sama dengan Ejen Geetha.
Kelihatan kanan kanannya dilapisi oleh sebuah tangan besi berwarna biru dan kuning.
Boboiboy : Waaaa! Hebatlah tangan baru ni Ejen Geetha! Dah tak rasa sakit pun!
Boboiboy betul betul kagum dengan teknologi yang diberikan kepadanya itu. Dia tidak sangka manusia mampu, lakukan semua ini.
Terutamanya, ianya negaranya sendiri.
Tangan besi itu membantu pergerakkan tangannya, dan ianya rasa tangannya seperti tidak pernah retak langsung.
Ianya teknologi yang sama digunakan untuk kerusi roda Mika.
Geetha : Hehehe. Memang itu pun apa sebab teknologi diciptakan. Untuk membantu manusia. Ianya semua berkat para Ejen Teras Tekno kita yang pandai berlaka dalam mencipta alat.
Mata Boboiboy bersinar teruja mendengar kata kata Ejen Geetha.
Tetapi, senyuman Boboiboy seketika pudar, berubah menjadi senyuman sayu.
Ejen Geetha yang perasan akan perkara itu, membuka suara.
Geetha : Boboiboy? Kamu ok?
Boboiboy tersentak dari lamuannya, dan memandang ke arah Ejen Geetha.
Boboiboy : Tak tak! Saya ok! M-maaf sebab tiba tiba mengelamun, ehehe......
Geetha tahu ada sesuatu bermain di fikiran Mantee dia itu. Dia tersenyum kecil, sebelum memandang ke arah Ejen Muda, dan Mentor yang lain.
Geetha : Ada seseorang yang buatkan kamu rasa sedih ke?
Boboiboy hanya diam, san melihat yang lain sama. Dia mengangguk kecil.
Boboiboy : Ya......
Geetha : Boleh ceritakannya?
Sebagai Mentor, dia mahukan anak murid di bawah jagaannya selesa berada di sana, dan mampu lepaskan masalah mereka kepadanya tanpa ragu, kerana itulah tugas Mentor.
Dia mendengar keluhan kecil datang dari Boboiboy, sebelum Boboiboy membuka suara.
Boboiboy : Pasal cipta cipta alat ni..... buat saya teringat dekat ayah saya.....
Boboiboy menongkat dagunya, dengan pandangan suram diberinya kepada yang lain.
Geetha : Kenapa? Dia dekat mana sekarang?
Boboiboy : Dia ada je. Dekat rumah Ali sekarang ni.
Geetha : Habis tu?
Boboiboy menarik sudu topinya ke bawah.
Boboiboy : Haih..... ianya cuma..... hubungan kami berdua tidak beberapa baik. Ianya sebab...... ini kali pertama dia balik berjumpa dengan saya selepas 3 tahun lamanya....... haih.....
Bukan dia tidak mahu maafkan ayahnya, tapi....
Tak semua orang ada kemampuan untuk maafkan semua orang begitu sahaja.
Sejujurnya, dia masih marah pada Adudu, tapi, dia masih lagi selamatkan dia. Kenapa?
Kerana mahu cuba ubah Adudu semula, kepada baik, dengan caranya sendiri. Walaupun dia tahu...... ianya tak semudah itu.
Dia cuma mahu Adudu tahu, yang dia sentiasa akan ada untuk dia, jika dia perlukannya.
Dan dia harap, jika dia dalam bahaya pula, Adudu akan selamatkan dia pula.
Dia memang nak maafkan ayah dia, ya, dia mahu sangat.
Tapi, dia juga manusia. Dia tak mampu nak berlagak baik depan semua orang selamanya.
Kalau Amato bukan ayahnya, mungkin dia nak tampar muka Amato sekuat kuat hatinya kerana berani tunjukkan diri di depannya setelah sekian lama.
Geetha, tidak mampu nak memahami perasaan Boboiboy, kerana dia tidak berada di tempatnya, tapi, dia tahu Boboiboy sedang rungsing.
Geetha : Saya tidak boleh tolong banyak pasal hal ni.... tapi.... sekiranya kamu perlukan apa apa, kamu cuma perlu ingat yang saya akan sentiasa ada untuk kamu, ok?
Boboiboy : Hm. *angguk* terima kasih Ejen Geetha.
Boboiboy mengeluh kecil, sebelum memandang ke depan.
Boboiboy : *bisik* Kalau...... saya masih ada ketika itu......
Boboiboy tahu masa dia dekat sana tak lama.
Akhir bulan itu, dia akan keluar dari M.A.T.A, dan kemungkinan besar tak akan kembali semula untuk masa terdekat kerana kerjanya di angkasa sana.
Tapi, dia juga gembira, yang ada orang baik di sini, yang sanggup membantunya.
Ejen Leon memanggil mereka berdua, kerana latihan mereka dah mahu bermula.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Boboiboy sedang dipasangkan dengan Ali untuk latihan di kawasan hutan belakang.
Ali : Weh, tak sangka aku akan lawan dengan kau pulak kali ni!
Boboiboy : Aku pun! Latihan apa yang kita nak kena buat dekat sini?
Ali : Hm? Oh, haah, kau tak ada waktu tu....
Ejen Leon muncul di belakang mereka, untuk memberi arahan latihan.
Leon : Ok, baiklah, disebabkan Boboiboy tak tahu peraturannya, ada intel yang disembunyikan di dalam sana.
Ejen Leon memaparkan hologram kedudukkan Intel macam dalam series Ejen Ali asli di depan mereka berdua.
Leon : Ini adalah latihan solo, bersendirian. Apa yang kamu perlu lakukan, dapatkan intel itu sebelum musuh kamu, dan bawa ianya kembali kepada saya. Boleh saya harapkan kamu berdua?
Ali dan Boboiboy mengangguk faham dengan bersemangat, tidak sabar untuk latihan itu bermula.
Leon : Baiklah, disebabkan kamu berdua dah bersedia, latihan bermula..... sekarang.
Dengan bermulanya arahan dari Ejen Leon, Boboiboy dan Ali berlari masuk ke dalam hutan.
.
.
.
.
.
Boboiboy sudah lari jauh ke dalam, berhenti seketika, dan bersandar kepada sebuah pokok.
Dia sudah hilang jejak dengan Ali, jadi dia sudah boleh bertenang seketika.
Dia masih baru, tapi dia sudah pelajari beberapa benda pasla sut ejen dia dari para Mentor.
Dia menekan sebuah butang pada lengan sutnya, dna muncullah sebuah hologram, seperti peta, menunjukkan di mana kedudukan Intel yang perlu dia cari.
Boboiboy : Ok, bagus!
Dia tahu dia akan kalah, sebab dia masih baru, tapi tak bermakna dia tak mahu berlawan untuk dapatkannya.
Boboiboy teruskan lariannya, dengan batuan dari peta holo itu.
Berpindah scene, kita ke Ali, yang memang sudah tahu di mana letaknya Intel yang perlu dia cari.
Tapi, waktu itu jugaklah dia kena tersadung akar.
Ali : Aduh!
Habis tersembam muka dia bercium dengan tanah. Sakit ohhhhh.
Ali : Adoi.......
Ali bangun, dan sapu semua tanah yang melekat dekat muka dan sut dia.
Ali : Agaknya Boboiboy tahu tak dekat mana dia nak cari Intel tu?
Sejujurnya, memang Ali pertikaikan kemampuan Boboiboy, sebab dia ahli baru.
Dia risau Boboiboy akan sesat, sebab tak tahu dekat mana nak cari benda alah tu, sebab dia cuma diberi gambar kedudukkan sahaja, bukan arah dia perlu pergi.
Tapi, little did he know, Boboiboy sudah banyak belajar benda pasal M.A.T.A, kerana tidak mahu ketinggalan di belakang.
Sudah menjadi naluri seorang hero untuk belajar pasal benda yang dia akan hadapi, kerana dia tak akan tahu apa apa pasal lawannya jika dia tidak bersedia.
Ali sambung berjalan ke arah yang sepatutnya.
.
.
.
Ali bersembunyi di sebalik pokok.
Dia melihat ke arah tiang besar itu, dan melihat intel yang terduduk baik disana.
Walaupun sudah tiada IRIS, dia masih khawatir, akan ada robot droid yang menjaga intel itu macam sebelum ni.
Yelah, Ejen Leon kot yang ketuai latihan ini. Memang tiada can kalau dia yang buat.
Tiba tiba, Ali melihat Boboiboy sudah tiba di sana.
Boboiboy : Huh.... huh.... sampai jugak.... semput aku..... huh......
Terkejut jugak Ali lihat Boboiboy berjaya cari jalan untuk ke menara tiang itu.
Ali : Boboiboy dah sampai?
Ali terus terbeliak matanya melihat Boboiboy ingin melangkah masuk ke dalam kawasan tiang itu.
Ali : Wait- jangan-
Ali mahu amarankan Boboiboy pasal hal itu, tapi, sekarang, dia adalah lawannya. Dia tak patut tolong Boboiboy.
Tapi, sebelum kaki Boboiboy menjejak tanah, dia berhenti, dan menarik kakinya semula.
Ianya membuatkan Ali lega.
Ali melihat kembali, melihat Boboiboy yang memandang lantai putih itu dengan muka curiga.
Boboiboy : Pelik..... tak kan lah semudah ni, kan?
Latihannya bersama Kapten Kaizo sudah membuatkan dia peka dengan benda mencurigakan, yang boleh menjadi penggera amaran, seperti di kapal Kapten Vargoba.
Boboiboy mengeluarkan tongkatnya, dan tongkat itu tercabut cabut, menjadi tali besi yang panjang.
Boboiboy melempar tali besi itu, dan menangkap intel begitu sahaja, dan intel sudah berada di tangannya.
Boboiboy : Ok, bagus! Sekarang tinggal pulangkannya ke Ejen Le- eh?
Bila Boboiboy mempalingkan badannya ke belakang, Ali, sudah berada di sana, memandang tepat ke arahnya.
Boboiboy : Eh, Ali! Sampai pun kau! Lama aku tunggu! Ininkan Intel yang Ejen Leon katakan tadi kan?
Ali : Haah, yang tu lah. Hebat jugak kau eh?
Nada suara Ali kedengaran biasa, membuatkan Boboiboy tidak syak apa apa.
Boboiboy : Ehehe.... terima kasih. Apa apa pun, aku kena pergi sekarang.
Boboiboy mahu melangkah pergi, tapi, Ali menghalang jalannya.
Boboiboy : Eh? Ali? Kenapa ni?
Aura Ali yang tadinya biasa biasa sahaja, terus menjadi gelap, membuatkan Boboiboy menelan ludah kelatnya.
Boboiboy : Ali?
Ali menatap wajah Boboiboy, sambil mengambil sesuatu dari belakang badannya.
Ali : Maafkan aku untuk ni, Boboiboy. Tapi, aku terpaksa.
Kepala Boboiboy tertelang tidak faham apa maksud Ali.
Tiba tiba, Ali mengeluarkan Yoyonya, dan melemparnya terus ke arah Boboiboy.
Ali : Ergh!!!
Tapi, Boboiboy mengelaknya dengan begitu mudah. Tapi, Boboiboy masih terkejut dengan serangan tiba tiba Ali itu.
Boboiboy : Ali?! Apa ni?! Kenapa tiba tiba serang aku?!
Ali : Intel tu.
Boboiboy : Huh? Intel?
Ali : Aku perlukannya. Aku kena bawanya ke Ejen Leon untuk lulus latihan ni.
Wajah serius Ali menunjukkan yang dia tidak main main.
Yang memang sepatutnya membuatkan Boboiboy sedikit marah.
Boboiboy : Ye pun kena ke serang aku?! Tak aci lah kalau kau lawan aku untuk intel ni! Kan aku dapat dulu?!?!
Tiba tiba, kedua dua sut mereka berbunyi.
Mereka berdua menekannya serentak, dan muncullah hologram Ejen Leon.
Boboiboy : Ejen Leon?
Leon : Saya tak kata kamu tak boleh berlawan, untuk dapatkan intel itu. Saya cuma kata bawa pulang intel itu ke saya.
Wajah Boboiboy sudah mulai resah dengan apa yang Ejen Leon katakan.
Dan Ali kelihatan tidak main main untuk lakukannya.
Leon : Jadi, lawanlah, bertarunglah sekuat hati kamu, untuk memenangi latihan ini.
Sebaik itu, hologram Ejen Leon terus terpadam, meninggalkan dua sepupu itu, menatap satu sama lain.
.
.
.
Ali memang tidak main main.
Dia memang nak lawan Boboiboy untuk intel itu.
Sebaliknya, Boboiboy takut.
Dia bukan takut kalah dengan Ali.
Dia takut dia tercederakan Ali dalam proses.
Dia tahu, kalau dia terlalu marah atau teruja, dia akan hilang kawalan, dan kemungkinan besar akan cederakan Ali.
Tambah lagi, dia kena kawan emosi dia supaya tidak terlepaskan para elemental dia.
Boboiboy : Ali... tolong please? Kita boleh bincang benda ni baik baik. Tak perlu lawan lawan, ok?
Tapi, Ali tak termakan dengan kata kata Boboiboy.
Ali : Tak. Aku tak nak. Kalau Ejen Leon kata kita boleh lawan, then, kita akan lawan.
Boboiboy dan genggamkan tangan dia, sudah tidak boleh bersabar dengan hal itu.
Boboiboy memasukkan intel ke dalam poket sutnya, dan memasangkan balik tongkatnya menjadi satu.
Boboiboy : Ok, fine, fine. Kalau kau nak sangat kita berlawan, aku terima.
Boboiboy mengangkat tongkatnya, menghalakannya betul betul ke arah Ali.
Ali : Baik. Perlawanan, bermula..... sekarang.
BBB, Ali : ERGHHHHH!!!!!
.
.
.
Kita berpindah kepada yang lain.
Mereka semua sedang melihat perlawanan Ali dan Boboiboy di tablet milik Ejen Geetha.
Jet : Pergh. Diorang betul betul berlawan siak.
Mika : Ni first time aku tengok diorang berdua macam ni.
Mereka memang teruja melihat perlawanan itu. Sebab ini pertama kali mereka melihat mereka marah pada satu sama lain.
Moon : Diorang ok tak tu? Macam diorang berlawan betul betul je tu.
Roza : Mestilah diorang lawan betul betul. Ini pertandingan. Walaupun cuma sekadar latihan, tapi mesti setiap orang mahu menang.
Berpindah pada mereka berdua semula, bunyi yoyo berlaga dengan tongkat boleh didengar di mana mana.
Ali berlawan bersungguh sungguh, walaupun kakinya merasa kesakitan.
Dia tak mahu kalah.
Dia tak mahu kalah dengan Boboiboy.
Dia nak tunjukkan pada Boboiboy yang dia boleh berlawan juga.
Dia takut.
Dia takut Boboiboy akan pandang dia lemah jika dia kalah di situ.
Dia juga mahu tunjukkan pada Mentornya yang dia sudah berubah sejak tiada IRIS.
Dan Ali tidak menipu.
Cara pelawanannya sudah mulai meningkat. Dia sudah berlatih keras untuk berada di posisi dia sekarang itu.
Dia tak mahu latihannya menjadi sia sia, jika dia kalah dengan budak baru macam Boboiboy.
Ali : Bagi aku semua yang kau ada Boboiboy!!!
Boboiboy pula, mencuba berhati hati dengan serangannya, kerana tidak mahu mencederakan Ali.
Boboiboy : Ergh!
Tongkat Boboiboy dililit oleh Yoyo Ali, membuatkan dia tidak boleh menggerakkan tongkatnya.
Ali menarik Yoyonya, membuatkan tongkat Boboiboy terlepas dari tangannnya, dan membalingnya ke tepi.
Dia berjaya, tapi dia rasa tak puas.
Ali : Kau.... tak lakukannya sepenuh tenaga kau, kan?
Ali tahu. Sebab ini adalah orang yang selamatkannya ketika kebakaran. Orang yang lawan ramai pak cik tapi masih menang.
Tak kan lah kekuatannya hanya sampai situ sahaja.
Boboiboy hanya pandang ke bawah sahaja, tidak menjawap pertanyaan Ali.
Ianya hanya membuat Ali bertambah marah.
Ali : JAWAP LAH!!! AKU TANYA KAN?!?!
Boboiboy mengetap giginya, sebelum membaling sesuatu ke arah Ali.
Benda itu kecil. Tetapi, ianya tiba tiba mengeluarkan sesuatu besi darinya, dan mengembang ke sekeliling pin kecil itu, sehingga membentuk sebuah piring yang melayang laju ke arah Ali.
Ali terkejut. Sipi sipi sahaja dia dapat mengelak serangan itu.
Ali melihat benda itu mengecil semula, dan tiba tiba sahaja melayang ke arah tangan Boboiboy semula.
Ini pertama kali Ali melihat Boboiboy menggunakan senjata itu.
Ianya adalah senjata baru yang diberikan kepada Boboiboy sebagai pertahanan, dan juga serangan, selepas dapat tahu yang Boboiboy mampu menggunakan pinggan sebagai senjatanya.
Serangan tak berhenti. Boboiboy mengeluarkan banyak lagi pin, dan membalingnya semua serentak ke arah Ali.
Ali kesusahan mahu mengelak kesemua piring terbang itu, kerana ianya selalu melayang kembali ke arah Boboiboy, membuatkan serangannya tidak berhenti.
Ali akhirnya berhenti mengelak, dan memilih untuk bertahan, dengan memusingkan yoyonya sebagai perisainya.
Tapi ianya tak semudah itu. Serangan tidak berhenti sama sekali, membuatkan Ali tidak memiliki ruang untuk menyerang Boboiboy.
Ali tidak dapat melihat Boboiboy kerana yoyonya, tetapi dia tahu serangan itu tidak berhenti.
Perlahan lahan, Ali seperti ingin mengeluarkan sesuatu dari dalam sutnya, sebelum dia tiba tiba merasakan yang serangan Boboiboy sudah berhenti.
Boboiboy : Sudah. Kau menang.
Mata Ali terbeliak, tidak memahami apa yang Boboiboy cuba katakan.
Boboiboy perlahan lahan berjalan ke arah Ali, sambil mengeluarkan Intel dari dalam sutnya.
Boboiboy : Kau menang. Kau boleh ambil intel ni.
Boboiboy menghulurkan intel itu kepada Ali, dengan wajah kasihan.
Tapi, Ali tidak mengambilnya. Itu membuatkan Boboiboy pelik.
Wajah Ali tiba tiba berubah bengis.
Ali : APA MASALAH KAU NI?!?!
Ali menepis pergi intel itu dari tangan Boboiboy, membuatkan intel itu melayang, dan mendarat di atas tanah, di lantai menara itu.
Boboiboy terkejut dengan tindakkan Ali, yang tiba tiba menepis tangannya itu, dengan nada bengis.
Ali : APA? KAU INGAT AKU TAK BOLEH LAWAN KAU?!?! KAU INGAT AKU NI APA?!?! BUDAK KECIL YANG KAU KENA JAGA?!?!
Ali betul betul meletop.
Ianya membuatkan Boboiboy kehilangan kata, dan takut dengan Ali yang tiba tiba menengking dia.
Ali : KAU TAK BERSUNGGUH SUNGGUH LANGSUNG!!!! KAU TAKUT KAU TERCEDERAKAN AKU?!?! HEY, AKU DAH ADA DEKAT SINI 1 TAHUN LEBIH AWAL DARI KAU OK!!!! AKU LEBIH BERPENGALAMAN JADI EJEN DARI KAU!!!!
Ali tidak berhenti. Dia betul betul marah dengan sikap Boboiboy yang layan dia ssperti budak kecil yang tidak boleh dicederakan.
Dia benci.
Dia benci dipandang lemah.
Ali : APA?! KAU INGAT SEBAB KAU TUA DUA TAHUN LEBIH DARI AKU, KAU BOLEH LAYAN AKU MACAM BUDAK KECIL?!?!
Tapi itu bukan niat Boboiboy.
Dia dari awal memang takut dia akan tercederakan kawan kawannya dengan kuasanya, kerana dia sudah melihatnya.
Dia tercederakan kawan kawannya dia ketika kecil dahulu, waktu dia tidak dapat kawal kuasa apinya.
Dia cuma takut dia tercederakan orang yang dia sayang lagi.
Dia trauma dengan kuasanya sendiri.
Tapi tiada sesiapa mahu dengar.
Termasuklah Ali.
Setiap kali dia mahu membuka mulut, Ali melintasinya.
Boboiboy : Bukan itu niat aku-
Ali : SUDAH!!!! Apa yang aku nak sekarang adalah KAU BERLAWAN DENGAN AKU DENGAN SEMUA KEMAMPUAN KAU!!! TUNJUKKAN AKU BOBOIBOY YANG SELAMATKAN AKU WAKTU KEBAKARAN TU!!! TUNJUKKAN AKU BOBOIBOY YANG LAWAN SMEUA PAK CIK TUA TU BERSEORANGAN!!!
Ali mencengkam kolar baju Boboiboy, dan menarik dia sehingga mukanya bertul betul menghadap ke arah mukanya.
Ali : Tak kisah lah aku patah tulang sekali pun!!! LAWAN AKU DENGAN SEMUA YANG KAU ADA!!!!
Ali melepaskan kolar baju Boboiboy, dan menolaknya kebelakang, membuatkan Boboiboy hampir jatuh kebelakang.
Boboiboy hanya memandang Ali dengan wajah ketakutan, sambil mengenggam kawasan kolar baju yang ditarik Ali tadi.
Boboiboy : T-tapi Ali.....
Tiba tiba, sut mereka berbunyi lagi.
Boboiboy membukanya, dan muncul muka Moon.
Boboiboy : Moon?
Moon : Korang!! Sebelah korang!!
Kemarahan Ali seketika hilang selepas mereka berdua menoleh ke tepi, kearah menara.
Kini, sudah ada banyak Droid yang keluar dari tanah, dan memandang ke atah mereka berdua.
2548 perkataan
Weeeeee-
Oh ya. Author ada buat video baru :D
Ini dia!
Ok, bye- *masuk bawah katil*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top