Misi : Selamat
Ali : Assalamualaikum! Saya dah balik!
Ali pun masuk ke dalam rumah, dan meletakkan beg sekolahnya di depan pintu.
Sementara Ali sedang menanggalkan kasutnya, seseorang datang ke arahnya.
??? : Selamat pulang Ali!
Ali : H-huh?
Berdiri di depannya, adalah Boboiboy.
Dia sedang memakai apron, dan terlihat seperti baru lepas memasak, kerana dahinya yang berkeringat seperti lepas melakukan benda berat.
Ali malah terkaku, bila mendengar namanya dikeluarkan dari mulut sepupunya sendiri.
Macam mana dia boleh ingat? Uncle Bakar ada beritahu dia ke?
Boboiboy : Sampai pun kau! Lama aku tunggu!
Tanpa menunggu balasan dari Ali, Boboiboy terus menarik tangan Ali dan membawanya pergi ke dapur.
Ali : Weh weh weh?! Asal tarik aku ni?!
Boboiboy : Hehehe! Tadahhhh!
Mereka berhenti di depan meja makan, dan Boboiboy mendepakan tangannya dengan wajah bangga.
Ali : W-wahhhh!
Di atas meja, ada berbagai jenis makanan.
Semuanya kelihatan panas panas lagi, seperti baru lepas siap dimasak.
Ali : K-kau ke yang buat semua ni?!
Boboiboy : Hehe! Mestilah!
Boboiboy dengan teruja menunjukkan satu persatu masakannya kepada Ali.
Boboiboy : Hah, yang ni nasi goreng resipi atok aku! Oh oh! Tomyam ni pun sama! Oh! Dan ni rendang ayam yang Makcik Wawa ajarkan ke aku! Yang ni pulak kari ayam yang Mak Gopal ajarkan ke aku!
Boboiboy jelas kelihatan bangga dengan kesemua masakan yang dimasak oleh dirinya itu.
Ali sebenarnya masih tidak mampu menghadam apa yang sebenarnya berlaku.
Kenapa Boboiboy masak semua ni? Dan dia kelihatan terlebih bersemangat dari biasanya.
Boboiboy : Oh oh! Dan~ masakan istimewa aku buat hanya khas untuk kau! Tadahhhh!!!
Boboiboy mengangkat sebuah tudung saji yang ada di tengah tengah meja makan itu, dan keluar sebuah bau yang enak.
Dari baunya sahaja, Ali sudah tahu masakan apa itu.
Ali : I-ini....
Boboiboy : Betul! Masakan kegemaran kau!
Di bawah tudung saji itu, terdapat semangkuk kaca penuh tempoyak udang.
Ali hampir mengalirkan air matanya.
Ianya kelihatan sama dengan apa yang mamanya pernah masakkan untuknya.
Ali : M-macam mana kau dapat masak tempoyak udang ni?! Dan kenapa?!
Bila Ali menanyakan soalan itu, terus Bobojboy mengusap lehernya seperti gelisah.
Boboiboy : Erm....sebenarnya....aku nak buat ucapan minta maaf kerana telah buat korang gelisah pagi tadi. Seperti yang kau tahu, aku tak ada duit sekarang ni, jadi aku gunakan apa sahaja yang aku boleh jumpa dalam rumah ni dan ambil keputusan untuk masakkan masakan tengah hari untuk kita semua!
Boboiboy mencuba mengekalkan coolnya di depan sepupunya itu.
Boboiboy : Dan sambil sambil tengah masa tu, aku baru teringat, yang makanan kesukaan kau adalah tempoyak udang, jadi aku cuba untuk memasaknya walaupun aku sendiri tak pernah dengar pasalnya. Aku cuba cari resipinya dekat internet, tapi tak ada satu pun yang aku jumpa. Tapi~! Selepas tu, aku jumpa ni! Jeng jeng!
Boboiboy mengeluarkan sesuatu dari dalam apronnya.
Ianya adalah sebuah buku nota yang disambungkan menggunakan spring plastik.
Di muka depan buku itu, tertulis "Buku Resipi Aliya dan Keluarga".
Ianya adalah buku resipi ciptaan khas mak Ali sendiri.
Ali : I-tu....itu mama punya! Mana kau jumpa?!
Boboiboy : Erm....aku sebenarnya awal awal dah give up dah nak masakkan tempoyak udang tu untuk kau, jadi aku ambil keputusan untuk rehat sejenak dekat ruang membaca, tapi, waktu aku cuba ambil buku dekat rak atas, dan satu buku terjatuh atas kepala aku, dan itulah bukunya. Aku selak selak buku tu, dan terjumpa resipi tempoyak udang tu di dalamnya dan terus pergi masaknya!
Ali akhirnya faham kenapa bau dan rupa tempoyak udang itu sama dengan buatan air tangan mamanya. Kerana Boboiboy mengguna resipi dari Aliya sendiri.
Boboiboy : Tapi rasanya tak adalah sama sangat dengan apa yang kau selalu makan, ehehehe....aku dah cuba sehabis baik untuk baginya sama, tapi, haih....terjadi kemalangan di dapur, ehehe....
Boboiboy menggaru pipinya yang tidak gatal sambil tersenyum canggung mengingati berapa banyak kesalahan yang dia telah lakukan semasa mencuba memasak masakan kegemaran sepupunya itu.
Seperti termasukkan sekali durian yang ada bijinya ke dalam kuali.
Lupa nak kupas kulit udang sebelum masuk dalam kuali yang membuatkan jarinya melecur mencuba mengeluarkan balik udang udang tersebut.
Termasukkan gula berlebihan yang dia ingatkan garam.
Dan terletak terlalu banyak air sehingga terpaksa bukak api besar untuk biarkan sedikit air tersejat dari kuali.
Dah rasa seperti dia berada di dalam pertandingan memasak semasa berada di Rimbara dulu dengan kekecohan yang berlaku disebabkan oleh kesalahannya sendiri.
Ali tersenyum mendengar kisah sepupunya itu.
Dia rasa gembira juga sepupunya itu sanggup masakkan masakan itu hanya untuk dirinya walaupun diri dia tahu dia tidak pandai memasaknya.
Memang yang selalu masak di rumah pun biasanya Tok Aba. Paling kerap dia bantu pun biasanya potong bawang dan kobis sahaja.
Tetapi, bila dia mentafsir semula apa yang sepupunya ceritanya, matanya tiba yiba membulat.
Ali : Kejap kejap kejap!
Boboiboy : A-Ali?
Ali : Jadi maksudnya kau-kau masih ada ingatan kau lah ni?!
Muka Ali hanya seinci sahaja daripada wajah penguasa tujuh elemental itu.
Boboiboy tersweatdrop dengan seberapa dekat wajah Ali dengannya, dan perlahan lahan menolak wajah sepupunya itu.
Boboiboy : Ehehehe....huh.....Ya....aku ingat....
Seberapa tergamamnya Ali, sehingga dia terlepaskan buku resipi milik maknya itu.
Wajahnya terkejutnya berubah menjadi sebuah senyuman.
Senyuman bersyukur, kerana sepupunya tidak melupakannya.
Ali : Ja-jadi maksudnya, kau tak lupa semua lah ni?! Syukurlah!
Tetapi, riaksi wajah Boboiboy berlainan.
Dia tidak tersenyum sama sekali.
Malah, dia menundukkan kepalanya kebawah, sambil mengusap belakang tengkuknya, seperti kelihatan gelisah.
Ali : Boboiboy?
Boboiboy : Tak, bukan macam tu. Lebih kepada....
Boboiboy mengangkat kepalanya semula, menunjukkan wajah tidak berpuas hatinya pada sepupunya.
Boboiboy : Aku tak lupakan apa apa sama sekali.
Ali sekali lagi tergamam.
Tidak hilang ingatan dia sama sekali.
Ali : M-maksud kau, kau masih ingat pasal M.A.T.A?
Boboiboy hanya mengangguk.
Ali memegang kepalanya, sudah pening dengan situasi ketika itu.
Padahal Alicia dan Ejen Fit sendiri beritahu yang mesin itu tidak sempurna, yang akan membuatkan mangsanya kehilangan kesemua ingatannya.
Tapi kenapa Boboiboy tidak kehilangan apa apa sama sekali?
Jangan salah anggap, bukan dia tidak bersyukur. Cuma dia rasa seperti ditipu.
Ali : Ta-tapi macam mana?
Boboiboy mengeluh kecil sejenak, sebelum membuka suara untuk menceritakan apa yang sebenarnya sudah berlaku.
.
.
.
.
.
.
.
.
Flashback beberapa jam yang lalu, kembali ke pagi semula.
Tepat satu jam selepas Ali, Viktor dan Uncle Bakar meninggalkan Boboiboy berseorangan di rumah, kerana dua budak itu ada sekolah, dan Uncle Bakar kena buat kerjanya sebagai cleaner sekolah.
Bukan mereka tidak takut meninggalkan Boboiboy bersendirian di rumah, mereka memang takut.
Mereka takut Boboiboy akan tersedar dengan keadaan kehilangan ingatannya bila mereka tiada dan akan ketakutan tidak tahu dia di mana.
Tetapi Ali dan Viktor tidak boleh meminta cuti untuk hari itu, kerana mereka kena hantar projek mereka hari itu juga.
Kalau mereka tak hantar, cikgu akan denda mereka cuci satu sekolah selama seminggu kerana projek itu adalah untuk satu bulan dan hari itu adalah hari terakhir untuk menghantarnya.
Uncle Bakar juga tidak boleh tinggal di rumah sebab dia dah kena sound dengan guru besar sekolah Ali kerana terlalu banyak hari tidak datang kerja kerana melakukan misi di M.A.T.A.
Mereka cuma boleh berharap yang Boboiboy tidak terbangun terlalu awal sebelum mereka tiba di rumah.
Tetapi, permintaan mereka meleset.
Tangan Boboiboy kelihatan bergerak, dan dia kembali mendapatkan kesedarannya semula.
Boboiboy : Erm-er....ergh....huh?
Dia membuka matanya, dan melihat jam digital di atas meja kecil Ali yang berada di sebelah katil itu.
Jam menunjukkan pukul 7:15 pagi.
Boboiboy perlahan lahan mencuba bangun daripada perbaringannya.
Satu badannya merasa sakit.
Dia memegang kepalanya. Kepalanya merasa berdenyut denyut.
Boboiboy : Erm....aku...aku dekat mana ni?
Dia melihat sekeliling bilik itu.
Boboiboy : Bilik Ali?
Boboiboy mencuba untuk berdiri.
Tetapi, tak sampai seminit dia mencuba berjalan, dia sudah terjatuh, dan kepalanya landing betul betul di lantai.
Boboiboy : Woh woh woh-adoi!
Boboiboy mengusap hidungnya, sambil perlahan lahan mencuba untuk duduk.
Boboiboy : Er.... apa....apa dah jadi sebenarnya?
Sebaik sahaja dia mengatakan benda itu, semua ingatan pasal kejadian di M.A.T.A kembali ke ingatannya.
.
.
.
Flashback kembali tepat ketika Boboiboy duduk di atas kerusi mesin penghilang memori itu.
Walaupun Boboiboy kelihatan tenang, tidak bermaksud elementalnya sama.
Di dalam jam, kelihatan Hali yang sedang ditahan oleh Gempa dan Taufan.
Hali kelihatan betul betul marah dengan pilihan tuannya itu.
Hali : Dia gila ke apa?! Kenapa Tuan terima nak hilangkan ingatan dia?!
Gempa dan Taufan terpaksa menahan abang sulung mereka itu daripada mengamuk.
Gempa : S-sabar Hali! Mesti ada sebab kenapa Tuan buat macam ni!
Hali hanya bertambah marah sambil dia menolehkan kepalanya memandang penguasa element tanah itu.
Hali : SEBAB APA?! SEBERAPA PENTINGNYA SEBAB ITU PUN, TUAN MASIH AKAN KEHILANGAN INGATAN DIA!!!
Hali mencuba untuk mengawal badan Tuannya, supaya dia boleh mengamuk dan larikan diri Tuannya daripada situ.
Tetapi, kuasanya tidak mampu dikeluarkan sama sekali untuk mengawal badan Tuannya.
Hali : K-kenapa aku tak boleh kawal badan Tuan?!
Ice : Jangan sia sia kan tenaga kau, Hali.
Hali kemudian berpaling kepada penguasa element ais itu.
Di tepi Ice sudah ada Blaze yang dibekukan olehnya kerana mencuba menahan Blaze daripada mengamuk sama seperti abang sulung mereka itu.
Wajah Ice kelihatan seperti baru lepas dibelasah.
Itu kerana memang Blaze sudah membelasahinya kerana disebabkan ideanya, Tuan mereka benar benar terjebak di dalam masalah ini.
Ice : Tuan sudah tetapkan keinginannya. Tidak ada apa yang kita mampu butg untuk mengawal badan Tuan. Tuan memang mahu dirinya dihukum seperti ini.
Ice kelihatan tenang kerana memang dia tidak mampu berbuat apa apa di dalam situasi itu.
Sekiranya dia marah juga sekali pun, Tuan mereka sudah memang menghalang mereka daripada mengawal badannya itu.
Boboiboy kini mengawal badannya sendiri sepenuhnya.
Tetapi Hali masih kelihatan tidak terima dengan perkara itu.
Hali : Apa yang dia akan dapat dengan melakukan ini?! Apa yang dia dapat dengan kehilangan ingatannya sendiri?!
Ice kelihatan tidak takut sama sekali denga amukkan penguasa element petir itu.
Ice : Dia mahu dirinya dihukum seadilnya kerana dia telah mencuri barang yang bukan hak miliknya.
Hali : Tapi itu idea kau untuk curi IRIS tu!!! Bukan dia!!!
Ice : Kita masih dirinya Hali. Bermaksud, segala perdebatan kita pada malam semalam hanyalah dia berdebat dengan dirinya sendiri. Dia cuma mahu kita yang tentukan untuk curi IRIS itu ataupun tidak.
Hali tersetak seketika. Apa yang Ice katakan itu adalab benar.
Tetapi dia masih tidak terima Tuannya dihukum sebegitu rupa.
Hali : T-tapi niat Tuan baik! Tuan hanya mahu gunakan alat itu untuk lindungi Cyberaya!
Ice : Dia masih tetap telah buatkan Ali dan Uncle Bakar sedih. Dia sendiri dah lihat bagaimana wajah mereka bila mereka tahu diri dia lah yang telah curi alatan ciptaan Puan Aliya itu. Kau tahu kan seberapa kisahnya dia dengan perasaan kawan dan keluarganya sendiri?
Nada Ice kedengaran seperti dirinya tidak kisah Tuannya dihukum.
Tetapi, kenyataanya adalah sebaliknya.
Ice : Percayalah Hali. Kalau aku mahu, aku pun mahu kawal badan Tuan untuk lepaskan dia dari hukuman ni. Tetapi memilih hukuman ini sudah menjadi pilihannya sendiri. Aku...kita, tak mampu nak buat apa apa.
Hali sudah di ambang tangisan ketika Ice mengatakan perkara itu.
Gempa dan Taufan mampu merasakan rontaan Hali semakin mereda.
Hali : T-tapi-ianya masih bukan salah Tuan! Tuan hanya mahu lindungi manusia tempat ni sahaja! Kenapa Tuan nak kena dihukum atas keberanian dia sendiri?! Itu tak adil!
Hali adalah elemental pertama yang Boboiboy guna, dan adalah elemental pertama yang berjaya capai tahap kedua.
Dia juga adalah elemental yang paling sering Tuannya pakai.
Dia dah lalui banyak benda bersama dengan Tuannya, dan sudah hadam dengan perasaan Tuannya dengan segala benda yang orang ramai katakan kepadanya.
Memang benar orang pernah kata, lidah lebih tajam daripada pisau.
Walaupun Tuannya sudah lakukan sehabis baik untuk menjaga keamanan sejagat raya, masih ada hati yang tidak puas, dan malah memakinya.
Bahkan luka yang dia dapat daripada berlawan dengan musuh tidak setanding dengan goresan di hatinya mendengar semua ayat itu keluar daripada insan yang cuba dia lindungi.
Kenapa kamu mesti terlalu baik, Boboiboy?
Kenapa kamu tidak mahu lepaskannya dan balas perbuatan mereka pada diri mu?
Itulah apa yang setiap para Elemental pertanyakan di belakang Boboiboy.
Walaupun sudah diberitahu sebegitu oleh Ice, Hali masih tidak mahu menerimanya.
Hali : Tak! Tak boleh! Tuan masih tidak boleh kehilangan ingatannya! Masih ada benda yang dia perlu lindungi!!!
Hali merentap kedua dua belah tangannya kuat, sehingga dirinya terlepas daripada genggaman Taufan dan Gempa.
Taufan : H-Hali?!
Hali berlari sehingga kedua dua tangannya menyentuh screen penglihatan Tuannya.
Hali : SELURUH GALAXY INI MASIH PERLUKAN TUANNNN!!!!
Tepat ketika badan Tuannya direnjat oleh mesin itu, Boboiboy sudah kehilangan kawalan ke atas badannya sendiri, dan Hali mengambil kesempatan itu untuk mengawal badan Tuannya.
Hali : AHHHHHHHHHHHH!!!!
Bila semua orang menutup mata mereka kerana tidak sanggup melihat Boboiboy yang di dalam kesakitan, Hali berjaya mengambil kesedaran Tuannya sendiri.
Kedua dua mata Boboiboy bercahaya merah, sehinggakan irisnya menghilang.
Betul, elektrik melawan elektrik.
Hali mengalirkan kuasa halilintarnya melalui badan Tuannya, dan elektrik merah miliknya itu mengalir ke satu mesin penghilang memori itu, dan berjaya mematikannya.
Hali sempat mematikan mesin itu sebelum mesin itu mengambil apa apa memori Tuannya.
Setelah mesin itu mati, Hali melepaskan kendalinya, dan Boboiboy pun kehilangan kesedarannya.
.
.
.
Boboiboy akhirnya sedar Hali lah yang telah menyelamatkannya daripada mesin itu.
Boboiboy tersenyum tipis, sebelum dia mendekatkan jam kuasanya itu ke dadanya, dan memeluknya.
Boboiboy : Terima kasih, Hali.....
Boboiboy kemudian mencuba untuk berdiri semula, tetapi satu badannya merasa sakit.
Boboiboy : Tsk-
Boboiboy teringat, sama mavam ketika melawan Vefa, kalau sumber benda itu bukan daripada kuasanya sendiri, dia memang akan merasa kesakitan.
Elektrik daripada mesin itu membuatkan satu badannya merasa separuh lumpuh.
Boboiboy : Ergh.....
Menggunakan dinding, Boboiboy perlahan lahan berjalan keluar daripada bilik itu, dan turun ke tingkat bawah.
Tetapi dia tidak menjumpai sesiapa di dalam rumah itu kecuali dirinya.
Bahan Comot tiada di sana.
Boboiboy : Huh....mesti Ali dan Uncle dekat sekolah sekarang ni....
Dia dia menyebut nama mereka berdua, wajahnya tiba tiba kembali muram.
Betul.
Dia mesti dah buat mereka berdua betul betul cemas dengan dirinya.
Dia patut buat sesuatu sebagai ucapan permintaan maafnya untuk mereka.
Boboiboy : Aku dah tak ada duit sekarang ni....semua dah digunakan untuk beli tablet Ali....
Dia pun mengeluh, dan mengira semula bila Ali dan Uncle Bakar akan pulang ke rumah.
Boboiboy : Ahah! Apa kata kalau aku masakan makanan tengah hari untuk diorang! Mesti diorang suka!
Boboiboy mula menggeledah dapur untuk mencari bahan yang boleh dia gunakan untuk memasak.
Flash back off.
.
.
.
.
.
.
.
Boboiboy : Macam tulah....kisahnya....
Ali: A-ah......
Ali mengusap belakang tengkuknya sendiri, mencuba menghadam cerita sepupunya itu.
Bukan dia tidak mahu percaya, tapi memang dia tidak lihat kejadian tu dengan mata sendiri sebab mereka semua menutup mata mereka dan hanya mampu mendengar jeritan kesakitan Boboiboy sahaja.
Ali : Jadi...Hali lah yang dah selamatkan kau?
Boboiboy mengangguk.
Ali : Wow....diorang memang....ada pemikiran diorang sendiri kan?
Dia masih tidak sepenuhnya percaya yang kesemua elemental itu ada pemikiran mereka sendiri dan mampu bertindak sendiri tanpa arahan daripada sepupunya itu.
Boboiboy : Lebih kurang bergitulah.
Ali : Tapi maksudnya bagus lah kan?! Kau tak ada lupa apa apa langsung! Kau masih boleh lalui kehidupan seharian kau dengan normal macam biasa!
Ali sememangnya gembira lah dengan fakta itu.
Tetapi, Boboiboy malah menyentuh tangannya, dan menurunkannya, seperti menyuruhnya untuk bertenang.
Boboiboy : Tapi....aku masih rasa yang aku layak kena hukuman tu...
Riak wajah Ali yang tadinya gembira, terus berubah kembali kepada tergamam, tidak percaya dengan apa yang dia dengar keluar daripada mulut sepupunya itu.
Boboiboy : Aku terima hukuman tu, bukan tanpa sebab. Aku dah buat kau dan Uncle Bakar sedih kan? Aku dah curi barang yang berharga bagi korang tanpa izin. Aku dah patahkan kepercayaan M.A.T.A kepada aku. Aku dah buat semua orang risau pada aku, jadi aku patut-
PAKKKKK!!!
Boboiboy : ........
Boboiboy menyentuh pipi kirinya yang sudah memerah.
Ali menamparnya.
Ali kelihatan marah, nafasnya mulai tidak teratur apabila mendengar ayat tak maksud akal itu keluar dari mulut penguasa elemental itu.
Ali : Jangan cakap benda bodoh boleh tak?!
Boboiboy ter-flinch, tidak pernah melihat Ali semarah ini.
Tidak seperti ketika latihan mereka di M.A.T.A dahulu.
Ini betul betul kemarahan dari dalam hati Ali sendiri.
Ali : Jadi kau nak gadaikan ingatan kau hanya sebab kau buat kitorang sedih?! Kau nak gadaikan ingatan kau sebab apa yang Jeneral dan Ketua Teras kata?!
Boboiboy : T-tapi aku dah buat benda yang salah-
Ali : Apa yang kitorang dah buat pada kau lebih teruk daripada tu lah!!!
Boboiboy : .......
Boboiboy tersentak, tidak tahu mahu mengatakan apa.
Ali : Apa? Kau rasa kau hina sebab kau dah mencuri? Aku pun dah pernah buat lah. Kau rasa kau teruk sebab dah gagal tepati janji kau pada ayah kau? Ianya sebab kami paksa kau untuk keluarkan kuasa kau!!!
Perasaan Ali ketika itu benar benar bercampur baur. Dia tidak tahu mahu merasa apa ketika itu.
Ali : Kau rasa kau layak terima hukuman tu sebab kau dah buat satu kesalahan? Kami Ejen Muda dah pernah buat lebih banyak kesalahan di masa lalu. Bahkan, lebih banyak dari itu.....
Boboiboy : A-Ali-
Ali : Kau tak fikir ke pasal keluarga kau?! Kawan kawan kau?! Apa yang mereka akan rasa bila mereka dapat tahu yang kau bahkan tak mampu nak ingin siapa diri kau sendiri?!?!
Ali mengcengkam kedua dua bahu sepupunya itu.
Ali : Kau sendiri kata pada aku kan yang kau ni juga seorang pelindung dekat tempat asal kau?! Macam mana kau nak terus lindunginya kalau kau sendiri tak ingat macam mana?!
Boboiboy mampu rasakan genggaman tangan Ali pada bahunya semakin kuat.
Ali : Boleh tak kau sekali ni je! Jangan jadi keras kepala?! Bukan kau sorang je yang pernah buat kesalahan di dalam dunia ni kau faham tak?! Aku pernah buat! Viktor pernah buat! Dan aku tahu kawan kawan dan mak ayah kau sendiri pun pernah buat! Jadi boleh tak jangan nak letakkan segala beban atas bahu kau dan akhirnya faham yang aku sayang kau?!
Boboiboy rasakan genggaman tangan Ali mula melemah.
Ali sudah tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir lagi.
Ali : Kau keluarga aku, Boboiboy.....kita mungkin tak kenal lama, tapi kau masih sepupu aku....tak kisah lah seberapa marahnya aku pada kau, aku tak akan pernah tukarkan kau bahkan untuk dunia sekali pun....
Boboiboy hanya senyap sahaja, sambil tangan Ali perlahan lahan melepaskan bahunya, sudah tidak sanggup memarahinya lagi.
Wajah sang penguasa elemental itu terlihat seperti merasa bersalah.
Boboiboy : Maaf....kan aku.....
Ali mengangkat kepalanya, dan tersenyum nipis.
Ali : Kau memang tak pandai dalam meminta maaf kan? Ahaha!
Boboiboy tersenyum canggung mendengar dirinya digelar "tidak pandai" oleh Ali.
Ali : Tapi sekarang, kita dah seri. Aku dah pernah buat kau kecewa, kau dah pernah buat aku kecewa. Kita dah seri.
Boboiboy tersenyum nipis, sebelum mengangkat tangannya untuk bersalam perdamaian dengan Ali.
Boboiboy : Ya. Kita seri.
Ali tersengih gembira, sebelum membalas salaman itu.
Ali tidak melepaskan tangannya. Dia malah menarik tangan Boboiboy, yang membuatkan Boboiboy tergerak ke arah Ali.
Boboiboy : W-woh?!
Ali menarik Boboiboy masuk ke dalam pelukkannya.
Ali : Jangan buat aku risau macam tu lagi.....
Boboiboy terdiam sementara, sebelum tersenyum nipis, dan membalas pelukkan sepupunya itu.
Boboiboy : Baiklah. Aku janji.
Kedua dua sepupu itu pun akhirnya berbaik semula.
Kedua duanya terketawa bersama.
Ali, BBB : Ahahahaha!!!
Boboiboy : Haih....
Boboiboy mengusap air matanya ketawanya.
Ali melihat tangan Boboiboy yang penuh dengan plaster itu.
Ali : A-apa dah jadi?
Ali menyentuh tangan Boboiboy, sementara Boboiboy mengusap belakang tengkuknga canggung.
Boboiboy : Er....waktu aku nak potong sayur dengan daging tadi....badan aku sakit tiba tiba banyak kali, sampai aku tersilap tergores jadi....ehehehe....
Ali terdiam sementara, sebelum tersenyum nipis.
Ali : Jangan paksa diri kau kalau kau tak boleh, ok? Dah, sini aku ganti balutan tu. Nak plaster tangan sendiri pun tak pandai.
Boboiboy tersweatdrop dirinya dikecam oleh Ali.
Boboiboy : Ehehehe....
Yelah, biasanya Tok Aba atau kawan kawan dia yang tolong rawat luka dia bila dia tercedera lepas lawan ke apa. Sebab tu dia tak pandai buat sendiri.
Sambil mereka sedang bertekak mulut, tiba tiba, pintu rumah Ali diketuk.
??? : Assalamualaikum!
Ali, BBB : Huh?
3227 perkataan
YAHOOOO DAH SAMPAI CHAPTER 80!!!
Ok bye-*gali perigi, lompat masuk perigi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top