Misi : Sambutan
Keesokkan harinya, kelihatan Ali yang masih tertidur pulas di atas katilnya.
Turut juga Comot yang tidur di atasnya.
Dia memilih untuk tidak pergi ke sekolah hari itu. Uncle Bakar pun membenarkannya sahaja. Dia tahu perasaan budak tu tengah bercambur baur sekarang, dan tak sedia untuk hadap semua orang lagi dengan dirinya ketika itu sekarang.
Jam sudah menunjukkan pukul 1 petang, bermakna sekolah Ali sudah tamat untuk hari itu.
Kelihatan wajahnya sedikit basah. Mesti Ali menangis sampai tertidur sejak kejadian semalam.
Bukan dia tak mahu terima hakikat. Ianya cuma.... sukar.
Dia bahkan tidak mampu melihat Mamanya di saat saat terakhirnya.
Dia bahkan tidak mampu ucapkan selamat tinggal.
Bila dia mampu berjumpa dengan Mamanya kembali ketika di dalam IRIS, ianya seperti, semua masalah dalam hidupnya sudah hilang begitu sahaja.
Tapi.... korang tahulah apa yang terjadi.
Tiba tiba, telefonnya berbunyi. Comot yang tadinya tidur di atas Ali, terjaga dahulu akibat bunyi telefon tuannya.
Comot : Meow?
Comot melompat turun dari badan Ali, dan berjalan ke telefonnya. Dia ingatkan alarm biasa. Tetapi, bila Comot semakin mendekat, rupa rupanya, ianya isyarat dari M.A.T.A.
M.A.T.A memanggil Ali.
Comot : Meow!!!
Comot terus sahaja melompat kembali ke atas badan Ali, mencuba untuk membangunkan tuannya yang pemalas itu.
Comot : Meow! Meow! *lompat² atas badan Ali*
Ali : Adoi! Adoi!
Senak woh. Cara Comot berhasil. Terus sahaja Ali terbangun akibat lompatan tepat di perut Ali itu, banyak kali.
Ali : Ok, ok! Aku bangun! Janganlah lompat atas badan aku! Senak woi!
Comot : Meow meow (macamlah aku kisah) *buat muka malas layan*
Ali : Hm. *muka malas* Hah, kenapa kau kejut aku ni?
Terus sahaja Comot menunjukkan ke telefon Ali yang masih belum berhenti dari berdering. Bila dia mengambilnya, baru dia tahu yang M.A.T.A memanggilnya.
Ali : Alamak! M.A.T.A panggil aku! Aku tak mandi lagi!
Terus dia campak telefonnya ke udara. Selamat dia dah lakukannya hari hari, jadi telefonnya mendarat tepat tepat di atas katilnya. Dia berlari keluar bilik, ingin menyiapkan dirinya dulu.
Sebelum dia turun, dia sempat melihat ke Comot satu kali lagi.
Ali : C-Comot! Kau pergi lah M.A.T.A dulu! Nanti bila aku dah siap, aku ikut kau dari belakang!
Tak sempat Comot ingin membalas, Ali sudah berlari pergi. Ejen kecil Inviso itu pun hanya mampu mengeluh melihat perangai tuannya itu.
Comot : Meow, meow, meow *geleng kepala*
Mendengar arahan, Comot terus berlalu pergi ingin ke M.A.T.A dengan melompat ke bawah dari tingkap bilik Ali.
.
.
.
.
.
.
Hampir tergelincir di lantai bilik airnya tiga kali sekali gus, Ali berjaya menyiapkan dirinya, dan terus berlari ke pintu masuk M.A.T.A yang berada di sekolahnya.
Mengingati yang hari itu ada aktiviti rumah sukan, Ali mengambil kesempatan itu untuk memasuki kawasan sekolah walaupun dia tidak datang pada hari itu.
Ali : Cepat cepat cepat cepat!
Setelah berjaya turun dan sut ejennya sudah di badan, sekali lagi Ali berlari.
Tapi tidak ke bilik masyuarat.
Tapi ke Akademi.
Sebelum memecut dengan skuternya ke sekolah, Ali sempat melihat message itu buat kali kedua, dan melihat lokasi perjumpaan diadakan di Akademi.
Dia mula mula pun pelik. Tapi, disebabkan kesuntukkan masa, dia tidak pedulikannya, dan terus memecut ke sekolah.
Ali : Huh.... huh.... huh.... pancit.... jap......
Kepenatan, Ali berhenti berlari sekejap, di depan pintu masuk Akademi.
Ali : Hm, pelik. Kenapa tiba tiba pindah ke Akademi pulak ni?
Tidak mahu fikirannya dirunsingkan dengan perbagai pertanyaan lagi, dia terus membawa dirinya ke dalam Akademi itu.
Pelik.
Ianya sunyi sepi.
Bukan setakat tak ada orang. Robot Droid penjaga pun tak ada.
Ali : Er.... heloooooo?! Mana korang semua ni?!
Bahkan tiada satu pun lampu yang terpasang di sana. Membuatkan Ali tidak mampu melihat apa apa.
Ali : Apa ni? Pesta mati lampu beramai ramai ke apa ni?
Sedikit kesal pun adalah. Bagi messages suruh pergi kata ada misi, tapi bila datang dah macam banggunan terbiar.
Ali : Ada orang cuba prank aku ke apa ni?
Dengan hentaman penuh kekesalan, Ali berjalan ke depan dengan gaya budak budak tak dapat gula gula. Yelah, buang masa dia je tergesa gesa pergi situ sebab ingatkan ada misi.
Ali : Haish, mana semua orang ni- EH EH EHHH?!?!
Gedebush!!!
Ali jatuh terlentang dengan muka bercium dengan lantai.
Ali : Adoi.........
Lama jugak lah dia terbaring macam tu, dalam 1 minit lebih. Bila dia bangun, dia memegang hidungnya yang sakit akibat jatuh tadi.
Ali : Hidung ku yang mancung..... uhuhuhu......
Sambil memegang hidungnya, dia melihat ke belakang, mahu melihat apa yang dia terpijak tadi sampai jatuh terlentang.
Walaupun gelap, dia mampu lihat benda itu samar samar. Dari bentuknya, dia tahu apa benda itu.
Ali : B-belon?
DUSH!!!
DUSH!!!
DUSH!!!
DUSH!!!
Ali : E-eh?!?!
Tiba tiba sahaja, kesemua lampu yang berada di Akademi itu menyala secara seragam, mengakibatkan dia terpaksa menutup matanya dengan lengannya akibat silau.
POOM!!!
POOM!!!
POOM!!!
POOM!!!
POOM!!!
Ali mendengar bunyi benda di letupkan. Bila dia mengalihkan sedikit lengannya, dia melihat ada kertas kecil bertaburan di atas lantai, di depannya. Turut ada sedikit yang hinggap di rambutnya.
Rupanya seperti confetti.
All-Ali : KEJUTANNNNNNN!!!! SELAMAT HARI JADI ALI!!!!
Kejutan yang memang kejutan. Ali terdiam bila melihat semua kawan kawannya di M.A.T.A ada di sana, memegang con confetti sorang satu.
Ali : Hari..... jadi.... saya?
Uncle Bakar berjalan ke arah Ali dan membantunya bangun.
Bakar : Mestilah! Ali lupa ya? Hari ni 4 April!
Pusing punya pusing dalam fikirannya, baru Ali sedar.
Ali : H-haah lah! Macam mana Ali boleh lupa?!
Kesemua Ejen muda yang lain, kecuali Rudy, Jet dan Roza yang tiada di sana, berjalan mendekati Ali.
Khai : Lah, Tuan punya hari jadi pun tak ingat hari jadi sendiri? Kepelikkan.
Ali : A-aku tak tengok kalender ok!
Bulat : Ish ish ish, tak patut tak patut.
Sementara buat muka mencebik ke dua kawannya itu, dia berpaling, memandang Uncle Bakar.
Ali : Uncle ke yang rancang semua ni?
Uncle Bakar menggelengkan kepalanya, membuat Ali sedikit tercengang.
Bakar : Bukan Uncle. Tapi, dia.
Bakar memuncungkan mulutnya ke arah sang yang disebut.
Dia adalah Alicia.
Sekali lagi membuat mulut Ali ternganga. Alicia hanya memandang ke arahnya dengan senyuman bangga sambil menyilangkan tangannya ke dada.
Alicia : Macam mana? Dah cukup untuk aku jadi kawan baik kau ke?
Ali yang sangat sangat gembira pada waktu itu, mengangkat kedua dua tangannya ke atas sambil sedikit terlompat bahagia.
Ali : Mestilah ya! Kau kawan yang terbaik Alicia!
Alicia : Hehe *hidung meninggi macam Fang*
Bakar : Uncle memang nak sambut hari jadi Ali, tapi dekat rumah jelah, tapi tiba tiba Alicia datang ke Uncle dan bagitahu yang lain nak buat hari jadi kamu di sini.
Ali : Betul ke ni, Alicia?
Alicia : Haah. Aku nampak kau sedih sangat semalam. Aku tak tahu sebabnya, tapi, sebab aku tahu yang hari ni hari jadi kau, aku buatlah sambutan ni untuk ceriakan kau. Hah, dah cukup baik tak?
Ali : WAAAAAA TERIMA KASIH ALICIA!!!!
Ali berlari ke arah Alicia ingin memeluknya, tapi dihentikan dengan lastik Alicia yang menolaknya dekat dahinya.
Alicia : Aik, haram. Kau lupa ke yang kau tak boleh sentuk perempuan?
Ali : Oh, haah, lupa, sorry, eheh......
Moon : Apa apa pun, mari mulakan majlis hari jadi ni!!!!
Iman : J-jom...
All : JOMMMM!!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2 jam telah berlalu. Mereka melakukan banyak benda bersama.
Ali sangat berseronok di sana, sampai dia terlupakan kesedihan semalam.
Rancangan Alicia berjalan dengan lancar.
Dia tipu dia tak tahu apa yang berlaku semalam. Dia terdengar benda yang berlaku dalam bilik masyuarat itu, dan tahu Ali pasti terpukul dengan apa yang berlaku.
Setelah dia ingat balik, 4 April, adalah hari jadi Ali. Selepas Ali tidur, dia terus menghubungi Uncle Bakar, dan memberitahu rencananya. Dia turut bagitahu Ejen muda yang lain, kecuali yang memang tak rapat dengan Ali.
Dia lakukan ini juga, kerana mahu membaiki hubungannya dengan Ali. Dia tahu Ali masih tak rapat dengannya sepenuhnya nak panggilnya kawan baik, tapi, akhirnya dia berjaya.
Ali sudah pulang ke rumah. Perutnya penuh makan semua masakan yang dibuat oleh kawan kawannya.
Ali dan Uncle Bakar sekarang sedang duduk di ruang tamu rumah mereka selepas semua keseronokkan itu.
Ali : Wuhuuu! Tak lama Ali tak rasa seseronok ni!
Bakar : Ahahahaha! Mungkin kita patut buat macam ni lagi untuk tahun tahun kedepan.
Mereka berdua bergelak sakan akibat tadi.
Ali : Ahaha... hah....Uncle?
Bakar : Hm?
Ali : Terima kasih. Sebab selalu bersama dengan Ali.
Uncle Bakar sedikit terkejut mendengar apa yang Ali katakan.
Bakar : Eh? Kenapa tiba tiba pulak ni?
Ali : Tak ada apa apa. Ali cuma berterima kasih, sebab Uncle selalu ada untuk Ali, tak kira masa. Cuma........
Bakar : Huh?
Ali : Ali harap yang Papa ada hari ni untuk raikannya dengan Ali......
Uncle Bakar tidak berkata apa apa, hanya memandang anak buahnya itu dari tepi. Dia faham perasaannya.
Ghazali selalu tidak ada di rumah, akibat sibuk dengan kerjanya. Tambah lagi selepas kematian Aliya, Ghazali menjadi semakin kasar ke atas Ali.
Tapi, dia tahu Ghazali masih menyayangi anak semata wayangnya itu, cuma tidak tahu macam mana harus bahagikan masa dan tunjukkannya ke Ali.
Bakar mengusap lembut kepala Ali.
Bakar : Uncle tahu..... tapi, Ali jangan risau eh? Papa kan akan balik esok?
Ali : ....... Hm, betul!
Tiba tiba, ada bunyi ketukkan yang datang dari pintu utama rumah itu.
Bakar : Hm? Kamu ada ajak Viktor ke?
Ali : Er.... tak. Viktor kata dia tak dapat nak main hari ni sebab mak dia suruh dia jaga adik dia.
Bakar : Habis tu? Siapa pulak yang datang ni?
Ali turun dari sofa itu, dan berjalan menuju ke pintu.
Dia membukanya, dan melihat siapa di depan pintu.
Matanya terbeliak besar, bila lihat siapa telah balik.
Ali : B-Boboiboy?
Ianya adalah Boboiboy.
Dia kelihatan termengah mengah, akibat berlari sepanjang perjalanan dari stesyen kereta api ke sana.
Boboiboy : Huh..... huh..... hai..... Ali.... ehehe.....
Tak menjawap Boboiboy, dia terus memeluk kawannya itu.
Ali : Kau pulang! Lama tau aku tunggu! Kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau balik hari ni?!
Boboiboy : Ehehehe. Sebab aku nak buat kejutan untuk kau. Apa apa pun, selamat hari jadi, Ali.
Boboiboy mengusap kepala Ali, membuat Ali melepaskan pelukkannya.
Ali : Eh? Macam mana kau tahu? Uncle ada bagitahu dia ke?
Bakar : Eh eh, tak tak, mana ada.
Mereka berdua memandang Boboiboy serentak dengan pandangan suspicios. Yang semestinya buat Boboiboy tak selesa.
Boboiboy : Erm.... masa aku kemas barang aku hari tu, masa kau dah turun, aku ada ternampak kalender kau, ehehe.... *garu pipi*
.
.
.
.
.
Flash back~
Setelah Ali keluar dari bilik dan turun ke bawah, Boboiboy mengangkat kesemua beg beg nya.
Sebelum dia sempat beredar dari bilik itu, dia terlihat kalender yang ada di atas meja Ali.
Boboiboy : Huh?
Dia berjalan mendekati kalender itu, dan melihat satu bulatan merah di atas kalender itu.
4 haribulan April.
Yang bertulis "Hari Jadi Aku".
Boboiboy : Hari jadi Ali?
Flash back off~
.
.
.
.
.
.
Ali yang mendengar apa yang Boboiboy kata, terus menepuk mukanya sendiri akibat merasa makin bodoh sebab lupa pasal hari jadi sendiri walaupun dia sendiri yang tandakan tarikh hari jadi dia sendiri.
Uncle Bakar pun hanya mampu bersweatdrop di tepi, dah biasa dengan sifat pelupa anak buahnya itu.
Boboiboy : Dan oh! Ali, aku ada hadiah untuk kau!
Boboiboy menanggalkan beg galasnya, dan mencari sesuatu dari dalamnya, dan memberinya ke Ali.
Ianya berupa seperti sebuah collar yang diperbuat daripada besi.
Ali : Koler? Kau nak aku jadi anjing ke apa ni? *muka malas*
Boboiboy : Bukan untuk kau lah bodoh. Untuk Comot.
Ali : Oh, ye eh? Ehehe.... *sweatdrop*
Boboiboy : Hm. *tepuk muka sendiri*
Mereka pun akhirnya masuk ke dalam rumah kembali, bersama Boboiboy, dan mencuba mencari Comot.
Ali : Comot! Sini jap!
Comot : Meow?
Mendengar kata, dia pun berjalan ke arah Ali.
Ali : Comot. Boboiboy ada hadiah untuk kau. Boleh kau pakai benda ni?
Melihat yang Ali memegang collar, terus sahaja dia memberi muka benci, dan menggeleng sekuat hati.
Comot : Meow meow meow!!! *geleng kepala*
Ali : Alah......
Boboiboy : Ehehe.... *sweatdrop* aku dah agak dah akan jadi macam ni.
Ali : Sorry lah. Comot memang tak suka pakai collar. Dah 10 aku bagi, 10 tu jugaklah dia cakai sampai rosak.
Ali kelihatan menarik nafas dalam dalam, sebelum memandang semua ke arah Comot dengan muka yang tegas, membuat Comot sedikit terkejut.
Comot : Meow? *sweatdrop*
Ali : Comot, please. Boboiboy dah datang jauh jauh hanya untuk hadiahkan kau ni. Ni bukan koler kain biasa yang aku selalu bagi kau. Ni koler besi Comot! Besi! Jadi, tolong, Comot. Sekaliiiii ni je. Koler terakhir yang aku bagi pada kau. Boleh?
Mendengar Tuannya sudah terdesak mahu memberinya collar itu, dia mengeluh kesal, sebelum mengangguk.
Ali : Yay! Terima kasih Comot!
Tanpa menunggu apa lagi, Ali terus sahaja memakaikan collar besi itu ke leher Comot.
Comot : Meow.... *cakar cakar rantai itu guna kakinya*
Ali : Ahahaha! Hampir sama warna dengan bulu kau lah Comot!
Comot : Meow... *sweatdrop*
Boboiboy : Belum sampai situ Ali.
Ali : Hah? Apa maksud kau?
Boboiboy : Kau nampak butang merah dekat collar tu?
Ali : Hm? Er..... *lihat butan merah kecil* Oh! Nampak!
Boboiboy : Cuba kau tekannya.
Ali : Oh, ok, baik.
Ali pun menekan butang itu.
Tidak ada bend ayang terjadi.
Comot masih tidak berhenti dari menggaru lehernya yang tertutup collar besi itu.
Ali : Er..... tak ada benda yang berlaku pun?
Boboiboy : Ehehe. Tunggu je.
Ali hanya melihat Comot yang tak habis habis menggaru lehernya , dengan muka bosan.
Comot : Meow.... meow....er..... tak selesa lah collar ni Ali!
Satu ruangan tiba tiba sunyi. Bukan Ali dan Bakar je yang terkejut. Comot juga ikut terkejut.
Ali : Eh?
Bakar : Wait, what?
Comot : Aku... aku.... aku boleh bercakap bahasa manusia?!?!
Mereka bertiga melihat ke arah Boboiboy serentak. Boboiboy menyilangkan tangannya bangga melihat collar itu berjaya.
Boboiboy : Ehehe, hebat tak ciptaan kawan aku? Kau cakap yang Comot adalah Ejen juga, kan? Jadi, aku minta dia buatkan collar ni khas untuk Comot, supaya korang boleh berkomunisasi dengan senang waktu misi!
Ya, Boboiboy meminta Nut sekali lagi untuk membuat collar itu untuk Comot, dan Nut menerimanya. Boboiboy gembira yang hadiahnya itu berjaya.
Comot : T-terima kasih Boboiboy! Sekarang, Ali dengan para Ejen lain dah boleh faham cakap aku!
Boboiboy : Memang itu pun tujuan aku minta dia ciptakan collar ini untuk kau.
Boboiboy membelai Comot lembut, sebagai tanda sama-sama nya.
Ali : Cun betul kawan kau tu! Boleh tak kau kenalkan dia dekat aku nanti?!
Mata Ali bersinar sinar meminta kepada Boboiboy. Sebagai salah satu Ejen Tekno, semestinya dia kagum melihat ciptaan Nut.
Boboiboy : Erm..... memang aku nak, tapi..... dia sibuk, dan tak mahu sesiapa cakap dengan dia buat sementara waktu. Sorry Ali.
Ali : Alo........
Ali sedikit kecewa mendengar itu. Sebaliknya Boboiboy hampir sakit jantung sebab berjaya menipu buat seribu kalinya.
Boboiboy : Tapi tak apa. Tiba saatnya nanti, mungkin korang dapat bertemu.
Terus sahaja semnagat Ali melonjak naik kembali selepas mendengar kata kata Boboiboy.
Ali : Betul ni?! Janji tau!
Boboiboy : Tak janji.
Ali : Erk?! Alo...... *hilang semangat semula.
Bakar dan Comot hanya mampu menggeleng meluhat dua sekawan itu.
Ali : Tapi, apa apa pun, sekarang, Comot dah holeh berkomunikasi dnegan kitorang! Terima kasih sekali lagi, Boboiboy!
Boboiboy : Ehehe, sama sama.
Ali sambung membelai Comot.
Tiba tiba, Boboiboy bersuara lagi.
Boboiboy : Ali, aku ada satu lagi hadiah untuk kau.
Ali : Huh? Satu lagi?
Boboiboy mencari satu benda lagi di dalam beg galasnya.
Dia mengeluarkan sesuatu yang besar dalam dalamnya, dan mengulurkannya ke Ali.
Boboiboy : Nah.
Ali tercenganh, terkaku di tempatnya.
Apa yang Boboiboy hulurkan kepadanya, adalah sebuah tablet. Yang kelihatan baru. Sama dengan punya nya yang lama.
Sepantas kilat, Ali mengambil tablet itu dari tangan Boboiboy, dan menatap tablet itu, seperti tidak percaya.
Bukan hanya Ali. Uncle Bakar dan Comot turut memandang tablet itu tidak percaya.
Ali : M-macam mana kau......
Boboiboy hanya membalas keterkejutan Ali itu dengan sebuah senyuman.
Boboiboy : Aku dah janji, kan?
Comot melompat ke bahu Ali.
Comot : Tablet Ali?! Bukan ianya dah hancur ke?!
Boboiboy : Memang dah hancur, tapi..... erm.... aku beli yang baruuuuu?
Senyuman kekok menghiasi wajah Boboiboy yang dah memang terkaku tak tahu mahu jelaskan apa pada mereka tanpa bocorkan rahsia.
Ali : Kau...... belikan yang baru? Untuk aku?
Boboiboy : Hmem. *angguk* aku tak mampu nak baiki yang lama, tapi, ini sahaja yang aku mampu lakukan. Tengoklah isi tab tu.
Ali mendengar kata, dan terus membuka kesmeua aplikasi yang berada di dalam tablet itu.
Seperti yang dia jangka kan. Memang ada.
Ali : U-Uncle! Ada! Ada!
Bakar : Ada apa?!
Ali : Mama! Ada! Data Mama ada!
Perasaan bercampur baur membuatkan Ali tidak mampu menahan air matanya dari keluar.
Bakar : A-apa?
Tidak percaya, dia berjalan mendekati Ali, dan melihat ke dalam tablet Ali.
Benar. Kesemua video yang dia trasferkan ke tablet Ali dulu, semuanya ada.
Bakar : A-ada?! Memang ada?!
Mereka berdua tidak berhenti dari membuka kesemua video Aliya yang ada di sana.
Ali berjalan mendekati Boboiboy.
Ali : Aku..... aku tak tahu macam mana kau lakukannya, tapi......
Secara tanpa amaran, Ali terus memeluk Boboiboy, erat. Membuatkan tuan punya badan yang dipeluk sedikit terflinch akibat terkejut.
Ali : Terima kasih........
Boboiboy tak tahu mahu lakukan apa, tapi, dia tersenyum kecil, dan mengusap perlahan kepala Ali.
Boboiboy : Sama sama. Ini gunanya kawan, kan?
Ali melepaskan Boboiboy, dan berlari ke arah Bakar dan Comot kembali, sambung melihat kesemua video Aliya kembali, yang selamat bagaikan keajaiban.
Boboiboy di tepi, gembira, melihat dia telah berjaya membuat dua orang itu dapatkan milik mereka kembali.
Apa yang berlaku adalah, disebabkan tiada benda yang mampu digunakan untuk simpan data yang telah dia dan Nut selamatkan itu, dia merayu pada Commender Kokoci, untuk dia dapatkan gajinya untuk dua bulan, lebih awal.
Dia tidak memberi tahu dia sebabnya kenapa. Tapi, melihat Boboiboy seperti terlalu terdesak, dia memberinya kepadanya. Tapi, nampaknya dia tidak akan dapat gaji untuk 2 bulan nampaknya.
Duit itu digunakan dia untuk membeli tablet baru, yang hampir sama dengan milik Ali yang telah hancur, dan memasukkan data tablet lama Ali ke dalamnya.
Dia melihat ke dalam dompetnya, sudah tiada duit sama sekali. Hanya keluar lalat sahaja.
Boboiboy : Huhuhu, miskin lah aku untuk dua bulan ni..... *menangis tak berlagu* tapi, apa apa pun.....
Boboiboy melihat ke arah mereka berdua kembali, yang sedang sangat gembira.
Boboiboy : Sekurang kurangnya aku berjaya buat diorang gembira semula.
Boboiboy menyimpan dompetnya ke dalam poket seluarnya dan berlari ke arah mereka bertiga.
Boboiboy : Uncle! Ali! Comot! Disebabkan hari masih belum tamat, apa kata kita pergi sambut hari jadi Ali dekat luar?
Ali : Wooooh?! Boleh ke?! Uncle?!
Bakar : Eh, mestilah boleh! Hari ni kan Ali putera sehari! Apa lagi! Jom kita pergi!
Comot : H-hei hei hei! Tunggu lah aku!
Comot melompat naik ke atas bahu Ali.
Comot : Korang tak akan tinggal kan aku, kan?
Ali : Mestilah tak! Jom kita bertolak!
Dengan itu, mereka berempat pun berjalan keluar dari rumah.
Hari yang memenatkan, tapi, masih tidak cukup penat untuk habiskan hari itu dengan luangkan masa bersama sama, kan?
3024 perkataan
YOOOOOO 3000 PERKATAAN GUYS-
Ok, Author tahu hari ni hari jadi Boboiboy, tapi alur cerita dah 4 April ok-
Tapi Author tetap ada lukis lukisan untuk hari ini! Ini dia?
Ok, bye-*baling bom ninja, lesap*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top