Misi : Rumah Hantu Part 2

Sekejap sahaja masa berlalu.

Sudah pukul 11.

Rumah hantu itu ditutup sementara untuk memberi rehat kepada para pelakon hantu.

Moon : Ermmmm!!! *menggeliat* Penatnya aku! Hah! Dah dapat kesempatan ni, jom pergi beli makanan!!! Aku dah lapar ni!!!

Tanpa menunggu respon dari Zass, Moon dan menarik tangannya, menuju ke arah khemah khemah gerai makanan yang dibuka oleh kelas lain.

Yang lain hanya mampu bersweatdrop melihat Zass diheret Moon pergi dengan muka tak rela minta bantuan mereka.

Masing masing dari pelakon hantu yang lain kecuali Boboiboy dan Elementalnya dibekalkan topeng sorang satu untuk sorok make up hantu mereka yang seram tu.

Nak tanggal, kejap lagi nak kena berlakon balik. Kalau tak sorok, ada pulak pelajar lain yang menjerit tengok muka mereka nanti ingat jembalang mana yang terlepas tengah tengah hari buta tu.

Alicia : Dah lah. Aku pun nak pergi jugak. Jumpa nanti.

Mereka pun melambai pada Alicia sebari dia pergi meninggalkan mereka.

Kemudian, sorang demi sorang pergi, meninggalkan Ali dan Boboiboy dan Para Elemental sahaja.

Ali : Hah! Alang alang kita semua dekat sini, nak pergi zoo mini tak? Aku dengar diorang ada bawak arnab!

Thorn : Hah?! Arnab?! Mana mana, aku nak ikut!!!

Melihat Thorn yang teruja, yang lain pun hanya terima sahaja.

Ali : Ok, cun! Jom!

.
.
.

Ali membawa mereka berlapan ke lokasi kelas yang membuat Zoo mini itu.

Sepanjang perjalanan, memang ramai pengunjung yang datang pada hari itu.

Meriah, itu pasti.

Suasana ni, membuatkan Boboiboy tersenyum kecil di sebalik topengnya.

Walaupun memakai topeng, salah satu elemental yang berjalan di sebelahnya, iaitu Hali, dapat merasai ada sesuatu yang dirasakan oleh Tuannya ketika itu.

Hali : Tu- m-maksud aku, Boboiboy? Kau ok?

Boboiboy : Ah- hah? Oh, nampak sangat ke?

Hali menggeleng.

Hali : Tak, cuma, aku dapat rasakan yang hati kau... macam ada sesuatu yang ganggu fikiran kau sekarang ni.

Boboiboy terkedu sementara, sebelum tersenyum di sebalik topengnya semula, dan melihat ke arah gerai gerai yang meriah dengan pengunjung itu semula.

Boboiboy : Tak ada apa apa lah. Aku cuma...... rindukan suasana ni.

Hali, yang awalnya tak memahami maksud Boboiboy, melihat ke arah yang sama Tuannya lihat, dan sedikit tersedar dengan maksudnya.

Hali : Ah....

Boboiboy : Ingat Karnival Hari Bumi dulu? Heh. Ya, ianya memang bukan hari yang sempurna, tapi, sekurang kurangnya kita semua berseronok hari tu, kan?

Hali hanya terdiam, melihat sosok belakang badan Tuannya. Hanya dengan suaranya sahaja, Hali sudah dapat bayangkan wajah Tuannya.

Hali : Ya.... Aku ingat lagi waktu Gopal pergi tukar replika bumi tu jadi biskut Yaya. Tambah satu lagi kerja kita kena buat. Selmat kuasa Yaya dapat pecahkan biskutnya sendiri. Kalau tak, hm, rasanya dah ramai masuk hospital sebab tulang patah macam Gopal dan Pakcik Kumar dulu.

Hali tergelak kecil mengingati semula memori itu.

Walaupun ianya berlangsung dengan beberapa tidak baik, mereka berjaya kawal keadaan pada akhirnya, dan selamatkan hari sekali lagi, seperti biasa.

Boboiboy : Hehe. Betul. Hey, kau tahu Hali?

Hali : Hm?

Boboiboy akhirnya berpaling sekali lagi, akhirnya memandang ke arah salah satu kuasanya itu.

Boboiboy membuka topengnya, tidak terlalu jauh, cukup untuk menampakkan wajahnya sahaja.

Boboiboy : Mungkin aku dah tak beberapa menyesal datang ke Cyberaya. Hehe.....

Hali terkedu.

Walaupun dengan muka yang comot, di make up, tetapi, ianya tidak cukup untuk menutup cahaya dari senyuman Tuannya itu.

Senyuman ikhlas, datang dari hatinya. Boboiboy betul betul maksudkannya kali ini.

Hali : Ah...... hehe..... saya juga gembira untuk Tuan. Selama Tuan gembira, saya juga gembira.

Boboiboy juga dapat rasakan senyuman di sebalik topeng Hali itu.

Mereka berdua ketawa kecil bersama, sambil menikmati perjalanan mereka menuju Zoo Mini yang dikatakan Ali.

.
.
.

Cikgu : Mari mari! Kita ada arnab! Ular! Tarantula! Burung! Dan macam macam haiwan lagi! Para pecinta haiwan? Tak ada yang mahu berkunjung ke?!

Salah satu Cikgu penjaga kaunter bayaaran mencuba menarik perhatian pengunjung dengan meletakkan seekor iguana besar di atas bahunya.

Tak perlu tunggu lama, Thorn sudah mula jatuh cinta pada igun itu, dan terus berlari ke arah iguana itu.

Thorn : Comelnya!!! Nama Iguana ni apa Cikgu?! Jantan ke betina?!

Cikgu tu, gembira lah ada pengunjung yang suka dengan haiwan peliharaannya itu.

Cikgu : Iguana kesayangan Cikgu ni betina! Nama dia Rokiah! Hah, nak usap kepala dia tak?

Thorn, of course lah terima tawaran tu.

Thorn : Eeeeee! Comelnya!

Habis digomolnya satu kepala Rokiah tu. Nasib Rokiah dah biasa. Kalau tak, mmang digigit lah jari Thorn jawapnya.

Cikgu : Oh, ya. Kamu semua ni geng geng rumah hantu ke? Sebab pelik semacam pakai topeng dan costum seram semua ni?

Ali : Haah Cikgu. Tapi sekarang kami tutup untuk rehat. Kami akan buka semula pukul satu nanti. Cikgu pun datang lah singgah sekali. Mesti best punya!!!

Ali secara terang terangan cuba mendapatkan pengunjung lagi, dengan cara mengajak Cikgunya itu.

Cikgu : Oooohhh, Cikgu memang berniat nak pergi, tapi Cikgu kena cari pengganti dulu untuk jagakan kaunter dan Rokiah Cikgu ni. Cikgu ada minta tolong Cikgu Ridzuan, tapi Cikgu kamu tu terstuck dalam jem. Tak apa lah, bila Cikgu Ridzuan dah tiba, nanti Cikgu pergi, ok?

Walaupun pelawaannya ditolak 50/50, sekurang kurangnya Cikgu ada niat nak pergi ke sana. Ali bersorak dalam diam.

Cikgu : Haaaahhhh, memandangkan kamu suka dengan Iguana, apa kata kalau kamu main dengan Ular Ular Sawa kat dalam sana tu. 5 ringgit sorang.

Dengar sahaja perkataan "Ular", terus Thorn keras satu badan.

Thorn : Er.... *sorok belakang Gempa* Tak apalah Cikgu. Saya main dengan arnab jelah, ehehehe.....

Habis semua orang gelakkan Thorn di situ. Thorn tersenyum sementara wajahnya dah merah menahan malu.

.
.
.

Selepas membayar tiket masuk, semua dah rambang mata dah.

Memang betul ada banyak haiwan di dalam sana.

Siap ada anak kambing lagi.

Blaze : Fuyoooo!!! Ada petok lah!!!

Blaze terus berlari ke arah sekumpulan ayam serama yang dikurung di dalam sangkar yang besar sebab takut terlepas ke merata tempat.

Manakala Thorn dah serbu para arnab di kandang mereka.

Thorn : Comelnya!!!

Habis Thorn angkat banyak banyak sekali gus.

Letak atas bahu lah, atas kepala lah, dukung lah, macam macam lah.

Blaze pulak, dah bercakap dengan bahasa sendiri dengan ayam ayam serama tu semua.

Yang hebatnya, ayam ayam tu semua balas balik.

Solar : Er.......

Taufan : Hahahaha!!! Besar betul sayap kau ni!

Taufan berhadapan dengan seekor burung nuri putih, yang sedang bertenggek di atas kayu burung yang macam huruf "T" tu.

Taufan cuba untuk suruh burung itu naik ke atas tangannya. Tetapi, burung nuri itu langsung tidak berganjak.

Taufan : Hm? Alaaaaa, sinilah burung! Aku bukan nak tukarkan aku jadi KFC pun!

Dah buat muka kesian dah si Taufan tu, tapi masih lagi tidak dilayan oleh burung nuri itu.

Broken jap si kepala angin tu.

Tiba tiba, burung nuri itu terbang dari kayunya itu.

Taufan : Eh eh?! Burung?! Nak pergi mana tu?!

Kita berpindah pada Ice pulak.

Dia dari tadi tercegat di satu tempat, sebab tak tahu nak main dengan siapa.

Ice : Huaaaammmm..... *menguap*

Tiba tiba, burung nuri tadi terbang ke arahnya, dan mendarat di atas kepalanya.

Ice : Hah?

Blaze : Hahahaha!!! Burung tu ingat kepala kau sarang dia lah weh!!! Hahahahaha!!!

Rambut Ice memang tengah serabai ketika itu sebab tak sempat nak keringkan betul betul. Dia just gosok kasar kasar guna tuala, dan lepas tu terus blah.

Taufan : Tak aci!!! Kenapa burung tu suka Ice tapi bukan aku?!?!

Hah, dah jadi budak kecik pulak Taufan ni meroyan tak tentu pasal.

Ice hanya mampu memandang dua ekor yang bising tak sudah di depan mukanya itu dengan tatapan malas.

Malas nak layan katanya.

Boboiboy : Hahahahaha! Haih... apalah korang ni.

Kelihatan Hali cuba nak main dengan salah satu arnab di dalam kandang itu yang masih belum diculik oleh Thorn.

Tapi masalahnya, dia hanya mengcangkung di depan sangkar itu sambil menghulur satu daun saleri, mengharap arnab itu akan memakannya.

Macam tak ada usaha, tapi tak apalah.

Beralih ke Solar pulak, dia dah jadi macam Sainstis, perhatikan setiap tarantula yang ada di sana.

Thorn : Solar? Buat apa tu?

Thorn datang dengan buat "T" pose dengan semua anak angkat yang dia culik dari sangkar tadi bersamanya.

Solar : Tak ada apa. Aku cuma perhatikan tarantula ni je. Jarang dapat tengok dekat Malaysia dengan jumpa dalam hutan atau terserempak tepi jalan atau dalam rumah. Jadi aku nak gunakan masa yang ada ni untuk kaji nya secukupnya.

Solar menekan beberapa butang di jam kuasanya, dan keluar hologram, dan ianyapun meng-scan tarantula itu.

Ini Cyberaya, jadi tiada sesiapa pelik dah dengan hologram, sebab dah memang dah jadi sebahagian hidup rakyat di sana.

Thorn : Haih, dah dapat peluang untuk berehat ni pun kau masih lagi nak jadi kepala makmal kau tu? Apa apa lah, asalkan kau bahagia dan tak campak tarantula tu ke muka aku. Buhbye~

Thorn pun berlalu pergi.

Dua sepupu kita pula, melihat gelagat ketujuh tujuh elemental itu dari tepi sambil terketawa.

Ali : Heh. Nampaknya kawan kawan kau tu sukakannya.

Boboiboy : Ya, nampaknya macam tulah.

Mereka berdua duduk di atas satu kerusi panjang di sana.

Ali : Hey, Boboiboy? Boleh aku tanya sesuatu?

Boboiboy : Hah, apa dia? Tanyalah.

Ali menarik nafas seketika, sebelum berpaling ke hadapan semula.

Ali : Kawan kawan kau semua ni, siapa mereka semua sebenarnya?

Boboiboy tersentak mendengar soalan Ali.

Dia berpaling ke arah sepupunya itu, dengan wajah terkejut, yang semestinya sudah membuat Ali curiga dengan sepupunya itu.

Boboiboy : A-apa maksud kau?

Ali : Haih....

Ali meletakkan kedua dua tangannya di belakang kepalanya, dan bersandar ke belakang.

Ali : Aku tahu kau ada sorok sesuatu dari aku. Mungkin suara mereka semua dah berbeza, dan aku tak boleh nak cam sangat muka mereka dari sebalik semua make up tu, tapi, aura mereka, masih sama.

Ali mampu melihat sepupunya itu menelan ludah kelat dengan wajah panik.

Dia tersenyum kecil. Nampaknya dia betul.

Ingat pin kecil yang ditunjukkan oleh Solar sebelum ni?

Pin itu gunanya untuk tukar suara mereka, untuk memudahkan mereka kerja penyamaran mereka.

Walaupun wajah dah berbeza, suara masih sama.

Dan walaupun suara dah berbeza, perangai masih sama.

Dinding itu sudah ditembus oleh Ali.

Boboiboy : Haih...... kau memang pandai eh? Tak serupa dengan badan.

Ali : Apa kau kata?!?!

Habis Boboiboy dipukul oleh Ali.

Boboiboy : Ahahahahaha!!!!

Ali : Hm!!!

Ali memeluk tubuh sambil pipinya dah kembung tak puas hati.

Tapi selepas itu, dia terus memandang ke arah Boboiboy semula.

Ali : Tapi betul ni. Macam mana diorang semua boleh ada dekat sini, secara bersamaan? Tambah lagi, kau, masih ada di sini. Dari apa yang aku ingat, mereka tak akan mampu keluar, jika kau tidak bertukar kepada mereka. Ke.... ada benda yang kau masih tak tunjukkan ke aku lagi?

Boboiboy, terdiam sementara.

Ali, masih lagi menatap wajahnya.

Seketika, mereka berpandangan ke arah satu sama lain, sebelum Boboiboy mengeluh kecil.

Tanpa berkata apa apa, Boboiboy bangun dari kerusi itu, dan tiba tiba memegang pergelangan tangan Ali, dan tarik dia bersamanya.

Ali : W-woi?! Apasal kau tarik aku ni?!

Boboiboy membawa mereka berdua keluar dari Zoo mini itu.

Para elemental yang lain tidak sedar akan ketidakhadiran mereka, dan terus bermain dengan haiwan yang ada di sana.

.
.
.

Ali : Wei, kau nak bawa aku ke mana ni?!

Mereka sudah jauh dari Zoo mini itu.

Mereka sedar berjalan di kaki lima banggunan sekolah Ali itu, tanpa mengetahui tujuan Boboiboy membawanya ke mana.

Boboiboy : Kau mahu tahu kan?

Ali tersentak.

Ali hanya terdiam, dan mengangguk.

Boboiboy : Tak ada sesiapa yang lain boleh tahu. Jadi, sabar sahaja. Dan aku akan terangkan nanti.

Ali terpaksa akur dengan arahan Boboiboy, dan membiarkan dirinya ditarik oleh sepupunya itu.

Setelah melintasi lautan manusia di hadapan mereka, mereka tiba di tandas sekolah itu.

Mereka berdua masuk ke dalam tandas itu, dan Boboiboy mengunci pintu itu dari dalam.

Ali, yang dah sedia menanti, menunggu sepupunya menjelaskan segalanya kepadanya.

Ali : Jadi.... dah boleh terangkan?

Boboiboy yang tengah bersandar di pintu, mengeluh, sebelum berjalan mendekati Ali.

Boboiboy : Sebelum aku terangkan, boleh kau janji dengan aku, yang kau tak akan bagitahu sesiapa? Bahkan Ejen Muda yang lain juga. Cukuplah mereka tahu pasal aku ada kuasa, dan bukan detailnya.

Boboiboy memegang kedua dua bahu Ali, meminta Ali untuk pegang dengan janji itu.

Ali, mengangguk.

Ali : Semestinya. Tapi, sebelum itu, boleh aku tanya soalan dulu?

Boboiboy : Tanyalah.

Boboiboy melepaskan bahu Ali.

Ali menarik nafas, sebelum memandang sepupunya itu semula.

Ali : Aku tahu yang aku dah pernah tanya soalan ni, tapi, kenapa kau nak rahsiakan semua ni dari kami? Kau, tak percayakan kami ke?

Boboiboy, dah jangkakan yang soalan itu akan datang semula.

Boboiboy menarik nafas, sebelum menutup wajahnya dengan tangan kanannya.

Ali mampu mendengar keluhan berat datang dari sepupunya itu.

Ali : Kenapa? Bukan ke lagi senang kalau ada ramai lagi orang yang tahu pasal kuasa kau? Kau dah tak perlu bersembunyi lagi. Tambah lagi, kau dah sebahagian dari M.A.T.A sekarang. Aku, jujur yang M.A.T.A ni, bukan lah organisasi yang terbaik, tapi, mereka semua orang yang baik ok? Aku pasti, mereka tak akan kisah pasal kau ada kuasa. Tambah lagi, kuasa kau tu bukan semula jadi. Ianya dari jam kuasa kau. Aku pasti diorang tak akan cuma buat eksperimen pelik pada kau.

Ali cuma sebaik mungkin untuk mengawal nada suaranya, kerana tidak mahu Boboiboy terasa dengan kata katanya.

Terutamanya ianya berkenaan dengan rahsia yang sepupunya sudah sehabis baik cuba sembunyikan untuk kepentingan ramai.

Boboiboy, cuba untuk kekal bertenang.

Walaupun Blaze sudah keluar dari jamnya, tetapi ianya masih lagi emosinya. Siapa je tahu apa yang dia mampu buat kalau marah.

Karang tak pasal pasal terteleng kepala Ali kena tampar dengan Boboiboy.

Boboiboy : Itulah sebabnya, Ali. Tak kiralah seberapa baiknya mereka di mata kita, hati mereka masih hati manusia!!!

Boboiboy tertinggikan suaranya.

Boboiboy : Kau lupa apa yang jadi bila kau percayakan seseorang yang nampak baik di depan mata kau?

Ali tertelan ludah kelatnya sendiri.

Ali : M-maksud kau?

Boboiboy mengeluh, melihat Ali tidak memahami ayatnya.

Boboiboy : Haih.... Jenny, Ejen Rizwan, Niki.

Boboiboy sengaja menekan nama Niki di situ.

Macam mana Boboiboy tahu pasal Jenny dan Rizwan?

Uncle Bakar pernah ceritakan masa lalu Ali padanya. Apa yang pernah berlaku sebelum dia masuk ke M.A.T.A.

Ianya untuk lebih mengenal Ali, tapi, tak sangka pula yang M.A.T.A ada banyak pembelot.

Mata Ali sedikit membesar, akhirnya memahami apa yang Boboiboy cuba sampaikan.

Ali terlihat ke bawah, dengan wajah bersalah.

Ali : M-maaf.... aku tak patut tanya soalan tu lagi......

Boboiboy mengeluh kecil sekali lagi, sebelum mengangkat tangannya.

Boboiboy tiba tiba mengusap kepala Ali, membuatkan Ali terkejut.

Ali : B-Boboiboy?

Boboiboy tersenyum kecil ke arahnya.

Boboiboy : Tak apa. Aku faham. Manusia, tak akan pernah lari dari sifat ingin tahu. Walaupun mereka dah tahu akibat, mereka masih mahu tahu lebih dalam mengenainya.

Boboiboy tak salahkan Ali. Walaupun dia sedikit terkesan dengan ayat Ali, tapi dia faham apa yang Ali cuba sampaikan.

Ali, dah hampir termenangis kerana sekali lagi, Boboiboy memaafkannya.

Walaupun ianya rasa tak adil, tapi, dia juga gembira, yang Boboiboy masih sanggup bertahan dengannya.

Boboiboy : Hah, kau nak tahu lebih dalam pasal kuasa aku kan? Boleh aku mula?

Ali mengangguk teruja.

Boboiboy tersengih, dan mulakan penjelasannya.

.
.
.

Dari A sampai Z, Boboiboy menjelaskan setiap satu fakta mengenai kuasanya.

Dari kuasa 3, kuasa 5, kuasa 7 dan fusion, tahap ketiga, dari mana mereka berasal dan macam macam lagi.

Juga setiap kebolehan yang dimiliki setiap elemental.

Dari penyerang jarak dekat macam Halilintar, Gempa dan Blaze, penyerang spontan jarak jauh macam Taufan dan Solar. Pemasang perangkap macam Thorn dan Ice.

Setiap Elemental diberikan peran masing masing, dan itulah yang melengkapkan sang hero elemental, Boboiboy.

Ali, kelihatan kagum dengan kuasa Boboiboy itu.

Ali : Biar betul?! Cun betul kuasa kau!!!

Boboiboy kelihatan kembang hidung mendengar Ali memuji kuasanya.

Boboiboy : Hehehe, terima kasih, terima kasih.

Ali : Mesti susah nak kawal mereka kan?

Boboiboy : Well, semestinya lah. Waktu awal awal dulu, aku sampai terbuat payung petir waktu nak keluarkan keris petir aku tau.

Ali : Payung petir? Biar betul kau ni? Ahahaha!!!

Boboiboy : Ahahaha!!! Nak buat macam mana kan, baru belajar. Tapi tak sangka pulak dia boleh jadi seagresif sekarang ni.

Ali : Elemental kemarahan kan.

Boboiboy : Betul jugak cakap kau tu. Ahahahaha!!!

Ali : Jadi, yang menyebabkan mereka boleh keluar sekarang ini, adalah salah satu project rahsia kau dengan kawan kau yang buat collar comot sebelum ni, tu?

Ali mengeluarkan soalan KBAT nya.

Boboiboy : Ya. Tapi, dia pun tak tahu pasal ni sebenarnya. Aku kata pada dia, ianya cuma untuk baiki jam kuasa aku sahaja. Semuanya idea Thorn, sebab dia terasa sangat nak jumpa dengan aku, di dunia manusia, bukan di dalam jam. Dan Solar bantu aku dengan semua rumus dan detailnya. Dan, ianya berjaya, macam yang kau lihat.

Ali : Hohoho!!! Hebat lah kau ni!!! Kau boleh je masuk teras Tekno kalau kau nak!

Ali dah teruja, tapi, sebelum Ali dapat teruskannya, Boboiboy menghentikannya dulu.

Boboiboy : Aip aip. Sabar Ali, sabar. Aku tahu yang kau nak snagat aku satu teras dengan kau, tapi, semua ini adalah Solar. Bukan aku. Aku tak pandai bab bab teknologi ni. Maaf Ali.

Boboiboy merasa sedikit bersalah sebab dah patahkan semangat Ali, tapi, pada masa yang sama, dia tidak mahu Ali terlalu bersemangat. Sebab dia tahu kemampuan dia sampai mana sahaja.

Ali : Alooooo......

Boboiboy terketawa kecil melihat

Boboiboy : Ala, tak apalah. Walaupun kita bukan satu teras, kita masih satu organisasi. Lagipun, kau kan dah ada dua kawan baik yang sama teras dengan kau tu.

Boboiboy maksudkan Khai dan Bulat.

Boboiboy : Aku tengok, kau selalu dengan diorang waktu dekat Academy. Rapat bukan main. Dah macam best friend forever dah. Hehe, yelah, satu teras kan?

Ali, tak boleh nafikan ayat Boboiboy itu. Dia memang rapat dengan Khai dan Bulat pun.

Tapi, ada satu benda yang Boboiboy tak tahu.

Diorang pernah bergaduh.

Sehingga Khai tak mahu lihat muka dia lagi.

Tapi, dengan bantuan IRIS, dia mampu baiki keadaan.

Ali : Hm.... betul jugak apa yang kau cakap tu.

Boboiboy : Kan~ tak perlu risau lah. Kat rumah kita masih boleh bersama lagi. Bukannya lama pun.

Ali : Haih, yelah yelah.

Mereka berdua terketawa bersama sekali lagi.

Ali tersenyum gembira.

Ali : Hey Boboiboy.

Boboiboy : Hm? Ya?

Ali : Terima kasih sebab percayakan aku.

Ali menutup matanya, dan memberi senyuman yang besar ke arah sepupunya itu.

Boboiboy, hanya terdiam sementara, sebelum turut tersenyum juga.

Boboiboy : Tak ada apa apa lah.

Ali : Hehe. Aku rasa kita dah kena kembali sekarang. Lagi 40 minit dah nak pukul 1 dah.

Boboiboy : Ok! Sambil sambil tu, kita beli lah air untuk yang lain sekali.

Ali : Ok, jom!

Mereka berdua pun berjalan keluar dari tandas itu, sambil berborak sepanjang jalan, menuju semula ke Zoo Mini kembali.

.
.
.
.
.

Seketika kemudian, kelihatan para elemental semua sudah keluar dari Zoo Mini itu setelah puas bermain dengan semua haiwan yang berada di dalam sana kecuali ular.

(Encik ular : Huhuhuhu apa salah akuu wu wu wu~ TAT)

Blaze : Ermmmmm!!! *menggeliat* Bestnya borak dengan Diah, Samad, Wahid dan Sarah tadi! Semua ramah ramah! Rindunya bila diorang dah kena balik reban nanti huhuhu~

Blaze seketika berdrama di sana terpaksa berpisah dengan kawan yang baru sahaja dia jumpa.

Ice : Kau ni dari kecik sampai beruban masih lagi kawan dengan ayam eh?

Blaze : Macam lah kau tak kenal aku! Aku dah sampai boleh cakap bahasa ayam kau tahu?! Petok!!! Petok!!!

Blaze membuat bunyi ayam yang tidak jelas.

Blaze : Petok- hm?! *kena tutup mulut dengan Solar*

Solar : Dah, diam. Nak berdarah telinga aku dengar suara kau.

Blaze : Ish! *tepis tangan Solar* Busuk lah tangan kau! Bau sambal belacan!!!

Solar : Suka hati aku lah!!! Dah sedap, aku makan lah!!! Kau tu, api, tapi tak tahan pedas!!!

Blaze : Apa kau kata?!?!

Sebelum pergaduhan antara Blaze dan Solar berlanjut, sebagai yang sulung, Hali muncul tiba tiba di belakang mereka berdua, dan tetak belakang leher kedua dua adiknya itu, sehingga pengsan kedua duanya.

Hali : Hah, senyap pun.

Solar dan Blaze diangkat oleh Gempa dan Taufan.

Ice, Thorn : Er..... kami tak terlibat. *angkat kedua dua belah tangan*

Taufan : Oh ya. Mana Tuan dan Ali? Dari tadi aku tak nampak diorang.

Hali : Hm.... betul jugak.

Boboiboy : Korang!!!

Mendengar suara Tuan mereka memanggil mereka, mereka terus melihat ke arah satu tempat yang sama.

Kelihatan Boboiboy dan Ali yang kembali dengan plastik penuh air di kedua dua tangan mereka.

Boboiboy : Tengok apa kitorang beli untuk korang!!!

Boboiboy mengangkat kedua dua plastik di tangannya ke arah mereka semua.

Thorn : Wuuuu!!! Air!!! Nak nak!!!

Ice lah pertama yang muncul di depan Boboiboy macam kilat dan dah tadah tangan minta air dari Tuan dia.

Boboiboy : Hahahaha!!! Nah nah, sorang satu.

Boboiboy pun mula agih agihkan air kepada mereka semua.

Blaze : Hah?! Air?!

Dengar je perkataan air, terus Blaze terbangun semula, dan melompat turun dari pelukkan Gempa dan terus berlari ke arah Tuannya.

Gempa : Eh budak ni. Dengar air je terus bangun?

Taufan, dan nak ambil air juga, melihat Solar yang berada di dalam tangannya sementara, sebelum mencampak Solar ketepi dan terus berlari ambil airnya.

Solar : Adoi!!!

Solar yang turut terbangun juga, dan lihat ke arah Taufan yang minum air tanpa muka bersalah langsung.

Solar : Kurang ajar punya-

Sebelum Solar mampu habiskan ayatnya, tiba tiba, Boboiboy muncul di depannya, dan menghulurkan air kepada Solar.

Boboiboy : Nah.

Solar : O-oh. Terima... kasih.

Selepas Solar mengambil air itu dari tangan Tuannya, Boboiboy membantu Solar bangun.

Ali : Hah, korang, kita kena balik kelas sekarang. Kita kena balik setengah jam awal untuk kemas balik apa apa yang bersepah sebelum buka semula.

Gempa : Oh, ok. Jom lah korang.

All-Gem, Ali : Jom!!!

Sebari mereka mahu berjalan balik ke kelas mereka, Ali tiba tiba berjalan ke arah bertentangan.

Taufan : Aik? Ali? Tak nak ikut balik kelas ke?

Ali : Hm? Oh, tak. Sebab bahagian aku dah habis. Aku diganti dengan Kamil nanti. Sementara dapat peluang ni, aku nak pergi lah cuba macam macam benda dekat festival ni. Nak habiskan tiket aku, ehehehe.....

Aku mengeluarkan sisa baki tiket yang dia ada, dan tunjukkan kepada mereka.

Boboiboy : Ohhh~ kalau macam tu, tak apa lah. Bye Ali! Jumpa waktu balik nanti!

Ali : Bye!!!

Ali pun mula berjalan pergi.

Boboiboy masih lagi melambai, walaupun sudah tahu yang Ali tidak melihatnya lagi.

Para elemental, kelihatan melihat ke satu sama lain.

Mereka tiba tiba mengangguk.

Mereka menolak Tuan mereka kehadapan.

Boboiboy : Eh- eh- eh?! Apa ni?!

Boboiboy memandang ke belakang, kerana tak puas hati ditolak tiba tiba.

Tetapi, dia kemarahannya terus reda bila melihat kesemua elementalnya membuka topeng mereka.

Boboiboy : Korang?

Gempa yang pertama membuka suara.

Gempa : Tak apa Tuan. Tuan pergilah sekali dengan Ali.

Boboiboy : K-kenapa? Kita kan kena kembali untuk sambung berlakon jadi hantu untuk rumah hantu tu.

Taufan pula yang sambung.

Taufan : Tak apa, kitorang boleh cover!

Hali : Betul tu. Tuan luangkan lah masa dengan Ali tu. Bukan selalu kan? Kita bukan di sini selamanya. Pejam celik pejam celik, kita dah nak pulang ke Pulau Rintis dah.

Boboiboy : T-tapi.....

Mereka tahu yang Boboiboy masih rasa bersalah nak lari dari tugas.

Gempa : Saya boleh jaga pintu belakang sendiri.

Solar : Haah. Lagi pun, mamat tsun tsun kita ni tak buat tugas pun dari tadi, jadi dia boleh teman Gempa dekat belakang.

Solar sengaja ambil kesempatan itu untuk sakat Hali. Dia sempat tersenyum jahat lagi ke Hali.

And end up with kepalanya benjol di cepuk Hali.

Solar : Adoi!!!

Hali terus tak herankan Solar selepas itu, dan berjalan ke arah Tuannya.

Hali : Tak apa Tuan. Lagipun, satu orang hilang tak akan buat perubahan besar pun. Ini peluang besar Tuan untuk luangkan masa masa terakhir kita di sini bersama Ali, kan?

Boboiboy terdiam.

Apa yang mereka kata tak salah.

Tinggal 3 minggu lagi, dan mereka dah kena pergi.

Entah bila lagi dia akan dapat peluang seperti ini lagi.

Boboiboy : Haih, yelah yelah! Aku pergi! Tapi, kalau ada apa apa yang berlaku, panggil aku. Faham?

Kesemua elemental mengangguk setuju.

Boboiboy : Baiklah. Bye! Aku pergi dulu!

Boboiboy melambai ke arah mereka semua, sambil berlari ke arah Ali.

Mereka mampu lihat yang Ali terkejut lihat Boboiboy ikut sekali dengannya.

Mereka semua gembira lihat Tuan mereka gembira.

Mereka pun berpaling bertentangan dengan Tuan mereka dan Ali pergi, dan kembali semula ke rumah hantu untuk teruskan kerja mereka.

.
.
.

Ali dan Boboiboy memang berseronok.

Macam macam diorang main.

Mula dari anak panah.

Ali : Aaaa.... macam mana nak pegang benda ni weh?

Boboiboy : Hahaha! Macam ni jelah weh!

Boboiboy pun menarik anak panah seperti biasa, dan sipi sipi sahaja hampir mengenai tengah tengah papan sasaran mereka.

Boboiboy : Wuhuuuu!!!

Ali : Alaaahhhh tak aci! Aku tak pandai main!

Ke video game.

Ali : Serang raksasa tu Boboiboy!!! Serang dia!!!

Boboiboy : Aku cuba lah ni!

"Victory!!!"

Ali, Boboiboy : Wuhuuuu!!! Menang!!! *high-5 sesama sendiri*

Ke taman air.

Ali : Woi woi woi!!! Jangan lepaskan aku!!!

Ali hampir terjatuh dari atas gelongsor sebab tergelincir. Nasib Boboiboy sempat tangkap dia.

Tak apa, jangan risau. Dah nama pun berlakon, mereka dah sediakan baju spare takut takut kotor kena baling air dengan pengunjung sebab terkejut.

Boboiboy : Ye ye! Kau sabar lah! *tarik Ali ke belakang*

Ke beli belah lah.

Ali : Kau rasa mana cantik gantung dalam rumah? Ni ke ni?

Ali mengangkat dua bingkai gambar ke arah sepupunya itu.

Boboiboy : Hm.... yang ni lah kot. *tunjuk yang kanan* tapi untuk apa?

Ali : Ala, alang alang dah tahu ada keluarga baru ni, nak jugaklah tambah gambar dalam rumah. *letak yang kiri semula atas meja* sebagai kenangan kan? Selepas kau balik Pulau Rintis nanti.

Boboiboy : Oh~ hehe. Kau memang terbaik. *bagi thumbs-up*

Macam macam lagi lah diorang buat, sehinggalah festival hari itu tamat.

Boboiboy berjumpa semula dengan para elemental dia, ucap selamat tinggal dengan yang lain, dan mereka bersembilan pun pulang ke rumah semula.































4133 perkataan

Hehe- Author ada lukis Taufan dan Beliung-

Uhuk-

Ok, semperna arc sudah habis, sementara tunggu Author tulis arc baru, mari kita jawap kuiz!

1) Apa yang korang suka dari cerita ni? Bukan sebab ianya BBB X EA, tapi dari segi lain. Macam, jalan cerita, or perwatakkan watak dalam ni, or lain lain.

2) Korang paling suka hubungan karakter mana? Macam, BBB and Ali, or Rudy and Ali, or Alicia and Ali, or BBB dan bapak dia. Macam tulah-

3) Kalau korang diberi peluang untuk masuk ke dalam buku ni, korang nak jumpa siapa?

Bergembiralah selagi mampu, uhuk-

Buhbye-*lari masuk lubang cacing*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top