Misi : Rumah Hantu
Suara jeritan, ketawa, lelongan barangan dan suasana gembira dapat dirasai di Sekolah Menengah Cyberaya pada pagi Sabtu yang indah itu.
Mana tak nya. Hari ini adalah hari berlangsungnya Festival di sekolah itu untuk tahun itu.
Dan ianya festival pertama yang Ali lalui di sekolah barunya.
Ramai ibu bapa, kawan kawan sekolah lain, sepupu sepapat yang datang pada hari itu dengan ajakan dari pelajar pelajar itu sendiri.
"Sana sana! Tu rumah hantu yang semua orang dok cakap tu!"
"Apa lagi, jom lah beratur! Aku nak jadi yang awal rasa seram rumah hantu tu!"
Walaupun belum dibuka, kerana masih terlalu awal, tetapi, sudah ramai yang beratur, ingin menjadi yang awal memasuki rumah hantu itu.
Yelah, mana lengkap festival sekolah tanpa sebuah rumah hantu yang akan membuat semua orang tercirit kan?//'plak!!!//
Ali, yang berjaga di kaunter pembarayan tiket masuk, kelihatan kagum dengan jumlah pengunjung di depannya ketika itu.
Ali : Ramainya.....
Viktor, yang duduk betul betul di belakang Ali dengan keadaan kerusinya bersandar pada dinding, kelihatan sedang menyiapkan tabletnya untuk memasang semua sound effect untuk rumah hantu itu.
Viktor : Biasa ma! Tahun lepas waktu kita masih di sekolah rendah pun macam ini juga! Sampai aku kena beratur setengah jam hanya untuk masuk rumah hantu sahaja!
Ali : Ala, mana aku tahu! Tahun lepas kan mana aku datang festival terakhir kita dengan sana! Aku kan ada hal dengan kelab stem aku!
Ya, kenyataan itu masih membuat Ali bengang. Ingat nak berseronok, ada misi pulak. Dah lah tahun terakhir dia dekat sana.
Viktor : Haiya, aku lupa! Sorry sorry!
Ali : Hm, sorry naik lori lah kau.
Viktor : Hehehe....
Viktor menggaru pipinya yang tidak gatal dengan kekok.
Ali : Apa apa pun, semua pelakon kita dah siap ke belum?
Ali mencuba mengintai dari sebalik tingkap, ingin melihat keadaan yang berada di dalam.
Berpindah ke dalam pula, kita memiliki 14 pelakon kesemuanya, untuk setiap sudut di dalam rumah hantu itu.
Rumah hantu diorang besakkkkk tau~
Diorang gabung 3 kelas terus! Dinding diorang jenis boleh bukak, macam dekat sekolah rendah agama Author dulu. Dinding besi ber rail ohhhh-
Jadi, best lah sikit, tak adalah sekejap jalan dah keluar.
Kelihatan Moon dan Zass yang baru tiba dengan make up hantu mereka.
Moon : Hai korang! Aku berjaya tarik Zass sekali untuk teman kita hari ni!
Zass hanya mampu mengangguk. Dia pun tak ada benda sangat nak buat hari tu, jadi dia terima sahaja ajakkan Moon.
Moon memakai make up hantu Toyol, manakala Zass jadi hantu Kak Limah. Pakai rambut palsu, uhuk-
Alicia, sebagai ketua untuk para pelakon, dan juga dengan make up muka bernanahnya, disebabkan dia jadi hantu Kum Kum, menepuk tangan untuk meminta perhatian semua orang.
Alicia : Bagus. Lagi ramai, lagi bagus. Semua dah siap dah make up masing masing? Kita dah nak bukak ni.
Mereka semua mengangguk, termasuklah 7 orang pemuda bertopeng yang berdiri di sebelah Boboiboy.
Salah satunya memakai memakai kain telekung yang entah suaru mana punya dia rembat.
???1 : Cun! Bila boleh ikat aku ni?
Tapi Alicia malah kelihatan terkejut.
Alicia : Ah! Aku lupa nak tanya. Korang semua ni tetamu jemputan Boboiboy kan?
Mereka bertujuh mengangguk.
Samy : Tapi kenapa korang semua pakai topeng ni?
Samy, salah satu pelajar kelas Alicia dan Ali, yang jadi Kak Langsuir, menanyakan soalan direct pada mereka.
Boboiboy : O-oh! Tu sebab, make diorang seram sangat. Sebab tu tutup dengan topeng, sebab takut tersakit jantung kalau terpandang muka sendiri dekat cermin.
Walaupun covernya kedengaran beberapa tak masuk akal, tapi masih boleh diterima oleh Samy.
Samy : Ooookkkkkkk?
???2 : Tak apa. Nanti bila kitorang dah di tempat masing masing, kitorang bukaklah topeng kitorang.
Salah satu dari mereka yang memakai baju koyak rabak dan hoodie lusuh membuka suaranya.
???3 : Jadi aku kena berbasahan seharian lah ni? Heeeeeebat.
Satu lagi dari mereka yang memakai cosplay sadako dengan rambut palsu panjang sampai jejak tanah, mengatakan hal itu dengan suara sacarstic.
Sebab dia kena duduk dalam kotak penuh air dan kena jadi hantu air.
Alicia : Alah, berkorban lah sikit. Tak lama pun, sampai pukul 11 je. Lepas tu kita rehat sampai pukul 1. And then kau kena masuk balik sampai pukul 3.
???3 : Lama lah tu bongok.
Tiba tiba, kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar.
Ali : Yang di dalam tu, cepat sikit. Dah nak pukul 9 dah ni.
Mendengar isyarat dari Ali, terus Alicia menolak masing masing hantu itu semua menyuruh mereka ke tempat masing masing.
Alicia : Cepat cepat!
Mereka semuanya duduk di tempat masing masing.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ali : Selamat datang, ke Rumah Hantu Sekolah Menengah Cyberaya!!!
Tirai akhirnya dibuka. Dengan ini, Rumah Hantu mereka rasmi dibuka untuk hari itu.
Para penjaga kaunter pembarayan melayani semua tetamu yang ada.
Kamil kelihatan sedang memberi poster mengenai rumah hantu itu kepada para pengunjung yang sedang beratur.
Kamil : Ingat ya semua! Kami akan buka round pertama sehingga pukul 11 pagi sahaja!!! Kemudian, kami akan buka semula pada pukul 1 semula!
Amir masuk ke dalam scene dengan memakai costum jack the reaper sambil memegang sabit palsu.
Amir : Dan jangan malu malu untuk masuk dua tiga kali! Sepuluh kali pun tak apa!!! Kedatangan kamu semua sangat dinanti nantikan!!!
Pelanggan pertama memberi tiket mereka yang berjumlah Rm5 ringgit kepada Ali, dan Ali pun membenarkan mereka masuk.
Ali : Ingat! 5 orang sekali masuk! Jangan berebut rebut!
Pasukan pertama pun dilepaskan masuk ke dalam rumah hantu itu.
.
.
.
.
.
.
.
Kita beralih pada para pelakon pula.
Pemangsa pertama sedang terbaring di atas sebuah meja kayu yang rendah.
P1 : W-weh, aku tak nampak lah.
P2 : Memang lah tak nampak! Dah nama pun rumah hantu! Mestilah gelap gelita macam hati kau tu!
P1 : Ish kau ni! Aku tinggalkan kau sorang sorang dalam ni baru tahu!
Mangsa sudah menghampiri. Kelihatan sengihan jahat di wajah sang pemangsa.
Mereka lalu di sebelah meja kayu itu.
P3 : Perghhhh! Real betul patung Pocong ni! Siap make up berkudis lagi!
Tetapi, sebaik sahaja pelajar itu berkata begitu, sang pemangsa bangun dari baringnya, dan tersenyum ke arah mereka.
??? : Hai~
All pelajar : AHHHHHHHHHHH!!!!!
Semua pelajar 5 ekor itu pun berlari meninggalkan sang pemangsa itu akibat ketakutan.
Sang pemangsa kelihatan gembira.
Sang pemangsa itu adalah Taufan.
Taufan : Ahahahaha!!!! Padan muka!!! Wuhuuuu!!! Cosplay aku berjaya takutkan mereka!!!
Dia bersorak walaupun tak boleh angkat tangan sebab kena ikat dalam telekung yang entah surau mana dia pi rembat tu.
Dia pun kembali baring, menunggu pengunjung berikutnya.
.
.
.
Kembali ke para pelajar tadi, mereka dah berhenti lari, selepas merasakan sudah cukup jauh dari Taufan.
P4 : Huh.... huh.... kau lah ni! Mulut celupar!
P3 : Eh, aku pulak! Dah memang sah lah tu pelakon! Ni kan rumah hantu!
P4 : Habis tu? Yang hang pi panggil dia patung buat apa?! Kan dia dah betul betul bangun!
P1 : Sudah sudah, jangan gaduh! Karang kita kena halau pulak dari sini! Nanti sia sia je penat penat je kita datang pukul 7 pagi tepat semata mata nak jadi yang pertama je!
P3, P4 : Hm, yelah~
Mereka pun menyambung perjalan diorang di dalam rumah hantu itu.
Mereka tiba di stesyen berikutnya, boleh dilihat sebab lampu LED yang sebelum ini merah, sudah berubah biru. Tambah lagi sound effect dah mula berbunyi.
Macam mana Viktor kawal bila nak pasang sound effect untuk yang di dalam sana?
Sudah dipasang CCTV mini bergerak yang pernah dicipta Ali sebelum ini untuk kerja M.A.T.A nya sebagai ejen Tekno, tapi ditolak.
Dia bawa balik CCTV itu, dan akhirnya berjaya siapkannya. Bergunalah jugak untuk keadaan mereka sekarang ni.
CCTV itu disambungkan ke dalam tablet Viktor, dan Viktor mampu melihat setiap pergerakkan mereka di dalam sana.
Ali : Macam mana keadaan dekat dalam sana?
Viktor : Power!!! Baru stage pertama, mereka dah menjerit! Comfem laku!!!
Ali : Cun! Jangan lupa rakam weh!
Viktor : Tak ada lupa punya! Awal awal aku dah pasang video recoder!
Ali : Hahahaha! Cayalah!
Kembali ke dalam semula, mereka sudah memasuki kandang pemangsa berikutnya. Dia sudah menyorok di belakang kotak, menunggu mereka datang menghampirinya.
???1, ???2 : BAAAAA!!!!
All pelajar : AHHHHHHHHH TOYOLLLLLL!!!!
Sekali lagi mereka berlima berlari mencuba melarikan diri dari dua mahluk hijau itu.
Mereka adalah Moon dan Thorn.
Mereka berdua ber- high-5 kerana berjaya takutkan mangsa mereka.
Moon : HAHAHAHA!!! Boleh tahan jugak kau ni!
Thorn : Hahahaha!!! Terima kasih, terima kasih! Aku selalu buat benda ni dengan kawan aku lagi dua orang tu!
Moon : Cayalah kau ni! Ada jugak manusia yang aku boleh buat geng!
Thorn : Hehe. Oh ya, aku tak pernah nampak kau sebelum ni. Kau bukan dari sini eh?
Thorn mencuba untuk cari tajuk apa sahaja yang dia boleh borakkan walaupun dia sudah tahu jawapan dari soalannya itu.
Moon : Oh, haah. Aku sekolah lain, tapi Alicia minta aku tolong berlakon jadi hantu untuk hari ni. Aku terima lah, sebab bunyi macam seronok.
Thorn : Hahahaha!!! Memang seronok pun. Tak sia sia aku datang.
Moon : Oh, aku lupa! Nama kau apa?!
Seketika Thorn terberpeluh akibat dia sudah diingatkan oleh Gempa untuk tidak memberitahu nama sebenar mereka.
Thorn : Ohhh, nama aku Safuan. Kawan sekerja sambilan dengan budak Boboiboy tu. Tak adalah lama sangat kenal dia, tapi aku masih kawan dia.
Nasib sempat cover. Kalau tak, mampus kau Thorn, kena bebelan kilat dengan Gempa, ohohok-
Moon : Oh~ kawan sekerja rupanya. Apa apa pun, jom sorok balik. Aku dengar pintu depan dah bukak balik dah tu.
Thorn : Baik boss!
Dua ekor toyol itu pun bersembunyi semula di tempat mula mula mereka bersembunyi sebentar tadi.
.
.
.
.
.
Oh ya. Kan Rudy kena jadi hantu jugak. Mana dia?
Meh, Author bawa.
Kita terbang ke stesyen berikutnya selepas stesyen toyol tadi, kelihatan seorang budak lelaki sedang duduk di atas meja guru yang sudah dihiasi supaya ada efek seram, sambil bersilang kaki, dan menutup mukanya dengan sebelah tangannya dikeranakan malu.
Dari tadi dia senyap sahaja sebab malu muka dia kena make up jadi langsuri.
Dah lah kena pakai rambut palsu dah jubah putih panjang.
Rudy : Haih.... kenapa aku terima pelawaan ni sekali lagi? Oh ya, sebab ianya Alicia. Haih....
Apa boleh buat, minah tu garang tahap singa kelaparan. Kalau dia tolak sekali pun, Moon yang awal awal memang terima pelawaan itu akan buat dia sakit hati sampai dia terima juga pada akhirnya.
Disebabkan instingnya yang kuat akibat dilatih jadi ejen, dia sudah mampu rasakan ada orang datang ke arahnya, dan dia bersedia untuk takutkan mereka.
Dia berdiri di atas meja, dan menunggu kedatangan mereka.
P1 : Woi woi woi!!! Sudah sudah lah tu lari!!! Dah lah kau tarik tangan aku!!! Sakit bodoh!!!
P5 : Ah- sorry sorry!!! Aku terkejut sangat tadi!! Make up diorang hodoh sangat!!!
P1 : Hish! *ketuk kepala P5*
Mereka pun memasuki kawasan ketiga.
Rudy : ITU MANGGA AKU!!! MANA KAU NAK BAWAK LARI?!?!
Ah, sudah. Tak sempat nak atur nafas lagi, Rudy dah mulakan aksinya.
Dah lah dia pakai voice changer nak buat suara dia bergema untuk effect seram.
Tambah lagi sound effet bunyi guruh yang dipasang oleh Viktor dari luar.
All pelajar : AHHHHHHHHHH KAK PONTIIIIIII!!!!
Mereka semua berlari meninggalkam stesyen Rudy itu.
Rudy : Woiii!!! Aku Langsuir lah!!!
Rudy kembali duduk dengan tak puas hati sebab dia kena panggil Ponti walaupun dia cosplay Langsuir.
Dia pun kembali menunggu mangsa dia seterusnya.
.
.
.
.
.
??? : Kum nak..... boleh saya minta susu?
Dengan muka berkudisnya, dengan baju terkoyak dan hoodie lusuhnya yang dibuat dari kain pelikat, membuatkan auranya bertambah seram.
Tambah lagi dia pi dukung batu nisan. Terlari terbirit biritlah budak budak tu jawapnya.
Si tersangka tersengih gembira, sebelum berpaling ke arah satu lagi yang bersama dengannya.
??? : Hahhhh, macam itulah caranya takutkan orang, encik penakut~
Dia adalah Solar, dan yang bersama dengannya, adalah Hali.
Hali kelihatan bersembunyi di sebalik kotak, masih merasa takut dengan rumah hantu itu.
Make up Solar je pun hampir buat dia muntah dan cirit birit.
Hali : Eleh, kau awal awal semalam pun kau nak tolak lakukannya jugak kan?
Solar : Tu sebab aku ingatkan akan gelap, tapi diorang pasang lampu LED sana sini, jadi aku dah ok. Kau tu. Dah pucat muka aku tengok.
Hali : Well, maybe sebab AKU TAKUT!!!!
Hali hampir terkeluarkan kuasanya akibat geram dengan Solar. Kenapalah dia kena berpasangan dengan Solar kali ni.
Solar : Eh, jangan marah! Aku gurau je!
Hali : Gurau kenapa monyet angkasa kau lah!!! Dah, jangan kacau aku!!! Aku nak sorok dekat sini sampai pukul 11!!!
Hali memasukkan dirinya ke bawah meja, dan baring di sana sambil memeluk lututnya.
.
.
.
.
.
Kesian pengunjung kita berlima ni. Dari tadi tak habis habis hampir sakit jantung dibuatnya dikeranakan semua jelmaan di dalam rumah hantu itu.
Tak habis lagi, setiap perjalanan, adalah hantu kak limah, kak ponti, hantu raya, hantu galah semua keluar sergah diorang.
Salah satunya, yang kena jadi hantu galah kita di sini, Aula.
Aula : Perghhhh bapak laju dia lari.
Samy : Tulah. Kalau Cikgu masukkan dia dalam lumba lari tahun ni, comfem menang.
Sang Kak Ponti, Blaze, dan Hantu Kak Limah kita, Zass, pun tak kalah nakal juga.
Si Blaze tu hah, tak habis habis mengilai.
Blaze : Hahahahaha!!!
Zass pulak, terpaksa pasang earfon sebab ketawa Blaze kuat sangat. Nak pakai headfon dia tu, dia berlakon jadi hantu, tambah lagi pakai rambut palsu. Karang jadi Hantu Kak Limah modern pulak dengar lagu hip hop.
Sang pengunjung kita, dan nak sampai ke penghujungnya. Mereka tiba di stesyen terakhir.
P4 : Weh- jap-pancit jap.... huh!!! Boleh tahan diorang ni.
P2 : Tulah. Aku rasa aku nak masuk lagi lah pukul 1 nanti. Korang nak ikut?
All-P2 : Tak nak.
P2 : Erk- yelah yelah, aku pergi sorang sorang.
Jalan punya jalan, mereka dah nak sampai akhir dah stesyen itu, tetapi tiada satu pun hantu yang keluar.
P4 : Aik? Mana hantunya? Dan nak sampai hujung dah ni.
P5 : Tulah.
Mereka semua berhenti di depan kotak yang besar, mahu berehat sementara kerana kaki lenguh berlari dari tadi.
P1 : Adoiiiii sakit kaki akuuuu.
P5 : Bukan kau sorang. Haih, dah lah. Jom keluar. Karang kita bertembung dengan orang lain pulak.
Mereka semua pun bangun.
Tetapi, sebelum mereka sempat melangkah pergi, mereka baru perasan yang kotak besar tadi dipenuhi oleh air.
Dan ada sesuatu muncul dari dalam air itu.
??? : Booo....
All pelajar : AHHHHHHH HANTU AIRRRRR!!!!
Berlari lah mereka pada akhirnya.
Hantu air itu adalah Ice.
Ice : Lah? Macam tu je takut?
P4 : Bukak pintu bukak pintu!!!
Dua pelakon hantu yang menjaga pintu keluar itu pun membuka pintu selepas melihat 5 ekor pelajar itu yang lari macam tak cukup tanah.
5 ekor pelajar itu pun berjaya keluar dari rumah itu dengan selamat.
Salah satu dari mereka terketawa, melihat seberapa takutnya 5 pelajar itu.
Dia adalah Boboiboy.
Boboiboy : Hehehe. Tak sangka pulak diorang akan setakut tu. Ya kan, Gempa?
Gempa mengangguk.
Gempa : Nampaknya make up Solar tak adalah teruk mana.
Solar lah yang make up kan mereka berlapan semua.
Boboiboy : Kalau dia dekat sini dengar kau cakap pun, mesti dai dah kembang satu badan.
Gempa : Haih, Solar kan. Hahaha!
Mereka berdua menutup pintu semula.
Gempa : Hei, Tuan. Boleh saya cakap sesuatu?
Boboiboy : Hah, apa dia. Cakap lah.
Gempa mengambil nafas, dan tersenyum ke arah Tuannya.
Gempa : Terima kasih sebab benarkan kami datang hari ni, dan lakukan benda ni untuk kami.
Boboiboy hanya tersenyum mendengar yang Gempa gembira.
Boboiboy : Tak ada apa apa lah. Aku pun nak korang bergembira jugak. Sekali sekala kan?
Gempa : Saya tahu. Tapi, saya tahu Tuan mesti kepenatan sekarang, kekalkan kami di luar jam kuasa Tuan. Kalau Tuan betul betul rasa dah tak tahan, cepat cepat bagitahu saya, dan kami akan masuk semula ke dalam jam, ok?
Boboiboy hanya mengeluh kecil, dan mengangguk. Dia tak boleh nak melawan arahan Gempa, sebab ianya untuk kesihatannya jugak.
Boboiboy : Baiklah, Tuan Gempa.
Hari itu pun berlangsung, sehinggalah pukul 11 pagi di hari Sabtu yang meriah itu.
2532 perkataan
Hohoho-
Bergembiralah ketawa selagi boleh-
Ok, bye- *lompat masuk alam lain*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top