Misi : Rindu

Tak tahu siapa yang dimaksudkan oleh Wak Musang, diorang hanya mengikutinya sahaja.

Boboiboy di sisi lain, terpegun dengan kecanggihan Penjara M.A.T.A itu. Dia tak sangka akan ada tempat secanggih ini di bumi.

Dah hampir mahu sama dengan TAPOPS.

Boboiboy : Wow.... canggihnya tempat ni. Tak sangka pulak boleh ada penjara secanggih ni dekat bu-sini.

Hampir sahaja dia tersebut bumi. Kalau betul betul terlepas cakap lagi, haih, mampos nak kena cari alasan nak tipu.

Ali : Secanggih ni? Maksud kau?

Boboiboy : Aku pernah lah jugak terlibat dengan benda benda yang kena penjara orang ni. Dan penjara dekat sana tak secanggih sini. Ada lagi satu tempat yang boleh tahan sama dengan sini. Tapi jauh sangat lah.

Ali : Ooooo~

Wak : Pasal penjara pun nak borak ke?

Boboiboy : Ehehehe.....*sweatdrop*

Semakin mereka masuk ke dalam, Boboiboy melihat banyak penjara kosong di sana.

Boboiboy : Kenapa sikit je tahanan dekat sini?

Wak : Sebab mereka semua dah habis tempoh tahanan. Macam Wak. Tapi tak semua nak mahu kerja di sini. Mereka nak kembali semula ke keluarga mereka, dan mulakan hidup yang baru.

Boboiboy hanya mengangguk dengan balasan Wak Musang. Syukur lah. Tak macam alien sekor tu. Entah bila nak taubat.

Wak Musang berhenti, dan menyuruh mereka untuk tunggu di situ dahulu.

Wak Musang berjalan sedikit ke hadapan, dan masuk ke dalam satu sel penjara di sana.

Ali dan Boboiboy hanya melihat Wak Musang pergi dengan menelengkan kepala mereka, dan kemudian berpandandangan sesama sendiri.

Boboiboy : Kau ada kenalan lagi yang masuk penjara ke?

Ali : Aku tak tahu.

Seketika kemudian, Wak Musang akhirnya keluar sambil menolak sebuah kerusi roda.

Wajah orang yang duduk diatas kerusi roda itu ditutupi dengan hoodie, membuatkan mereka berdua tidak mampu melihat wajahnya.

Ali : Er......

??? : Dah lama tak jumpa, Ali.

Ali : Huh?

Suara orang itu membuatkan Ali terkedu.

Boboiboy yang melihat Ali sperti terkejut besar, dengan mata terbeliaknya, membuatkan Boboiboy semakin pening, tak faham apa apa yang berlaku sekarang ini.

Orang itu kelihatan tersenyum, dan menarik turun hoodie di kepalanya, menampakkan wajahnya yang asli, dengan rambut afronya.

??? : Tunggu apa lagi? Tak mahu sambut kawan lama ke?

Wanita itu mendepakan tangannya, sambil tersenyum ke arah Ali.

Ali kelihatan sangat tak terurus. Perasaannya berampur baur di dalam hati, membuatkan dia tidak mampu menahan air matanya.

Ali : N- N...... NIKI!!!!!!

Seperti anak kecil berpisah lama dengan ibu bapanya, Ali berlari sekuat hati ke arah Niki, dan melompat ke dalam dekapannya.

Ali memeluknya erat, melepaskan rindu yang sudah terbuku lama.

Niki : Heh.... aku pun rindukan kau, Ali.

Niki membelai lembut belakang Ali, membiarkan anak kawannya itu melepaskan kerinduan kepadanya.

Ali : Kau.... kau masih ingat......

Niki : Dah semestinya. Orang yang telah membantu aku memulihkan Pinggiran. Macam mana aku nak lupakan kau?

Ali mengesat air matanya, sedikit malu kerana bertindak seperti kanak kanak di depan Niki.

Ali : Maaf..... sebab dulu.......

Ali merasa bersalah akibat kejadian Cyber Perdana dahulu. Dia juga hutang permintaan maaf kepada Niki, kerana telah membelotnya.

Niki, hanya menggelengkan kepalanya, dan memegang bahu Ali.

Niki : Tak, kau tak perlu minta maaf. Kau tak salah. Kau hanya mahu memihak kepada sisi yang betul. Itu pilihan yang sukar, aku faham.

Niki maksudkannya.

Pilihan Ali sangatlah rumit.

Dia terpaksa memilih salah satu pihak.

Dimana kedua dua pihak adalah salah dan juga betul.

Dato Othman memiliki kesalahan kepada rakyat pinggiran.

Manakala Penduduk pinggiran, lebih tepatnya Niki, mahu mencuba membunuh Dato Othman dan penduduk Cyberaya yang lain.

Boboiboy : Er.....

Boboiboy hanya duduk di tepi, tidak tahu mahu berbuat apa.

Ali yang perasan akan itu, terbatuk, dan berpaling ke arah Boboiboy.

Ali : Boboiboy, ni, Niki. Kawan Arwah Mama aku. Dia.....

Lidah Ali terkelu sementara.

Niki, yang tahu apa yang Ali mahu katakan, memegang bahu Ali kembali, dan menggeleng, bertanda "Tak apa, katakan je".

Ali : Haih.... Niki.... adalah salah satu yang bertanggung jawap atas penyerangan ke atas Cyber Perdana.

Ali berasa bersalah untuk mengatakan hal itu, tetapi dia terpaksa mengatakan perkara sebenar kepada Boboiboy.

Boboiboy sedikit terkejut dengan apa yang Ali baru sahaja katakan.

Jadi, inilah dalangnya? Kepada serangan besar besaran itu?

Tapi, Boboiboy tak mampu rasakan apa apa aura bahaya daripada Niki, seperti, Niki betul betul telah berubah.

Boboiboy menelan ludah kelat, dan berjalan mendekati mereka.

Boboiboy : Jadi.... sebab itulah Puan berada di sini?

Sedikit terasa hati Niki kena panggil Puan. Selamat tak kena panggil Mak cik terus macam Ali dulu.

Niki : Begitulah nampaknya.

Ali yang kelihatan kembali teruja, dengan bertenaga berpaling pada Niki semula.

Ali : Jadi, tempoh tahanan kau dah tamat ke?

Niki menggeleng, membuatkan perasaan Ali sedikit hampa.

Niki : Malangnya, tak. Disebabkan kerosakkan yang besar yang aku dah buat, aku hanya akan dapat dikeluarkan lagi 3 bulan dari sekarang......

Nada Niki turut terdengar sedih. Ali, memandang ke bawah, sedikit sedih dengan berita itu.

Tetapi, dia cepat cepat memggelengkan kepalanya laju laju, mencuba menjadi positive kembali.

Ali : Tak apa Niki! Aku akan tunggu sampai hari tu tiba!

Niki : Heh. Janji?

Ali : Janji!

Mereka berdua high-5, dan ketawa.

Niki : Oh ya. Aku ada sesuatu nak bagi kau.

Ali : Huh? Apa benda tu?

Niki memberi isyarat kepada Wak Musang, dan dengan anggukkan yang dibalasnya, Wak Musang kembali ke dalam cel penjara Niki, dan membawa keluar sebuah kotak.

Wak memberikannya kepada Niki, dan Niki pun menghulurkannya kepada Ali.

Niki : Nah. Selamat hari jadi, Ali.

Ali yang masih terpinga pinga, perlahan lahan mengambil kotak itu daripada Niki.

Ali : Kau tahu?!

Niki : Aku ada dengar bunyi orang jerit "Selamat Hari Jadi Ali" dari bahagian depan sana hari tu. Sebab tu aku tahu. Hah, bukak lah.

Ali, dengan berhati hati, membuka kotak itu, dan terkedu dengan barang barang yang berada di dalam kotak itu.

Seperti baju, buku, alatan bertukang, gasing seperti milik Mamanya, dan frame gambar, yang memiliki gambar Aliya dan keluarga kedua Aliya di Pinggiran, dan macam macam lagi.

Ali : B-barang apa ni?

Niki : Tu barang peninggalan Aliya yang masih ada di dalam rumah aku, sebelum aku kena tangkap. Aku ada minta kepada Bakar, untuk kumpulkan kesemua barang itu. Dan nampaknya, dah tiba masanya untuk aku baginya pada kau pula.

Ali terkaku, memandang ke dalam isi kotak itu.

Wak pun dah pening dengan Ali, kejap gembira kejap jadi batu.

Wak : Erm.... Wak pergi dulu ya?

Dengan sepantas kilat macam lipas, Wak dah menghilangkan diri.

Ali kelihatan memberikan kotak itu pada Boboiboy.

Boboiboy : Op op op?!

Boboiboy menyambut kotak itu dengan terkejut sebab diberi tiba tiba.

Ali berjalan ke arah Niki semula, dan memeluknya lagi.

Ali : Terima kasih, Niki.......

Niki yang sedikit terkedu dengan tindakkan Ali, tersenyum, dan memeluknya semula.

Niki : *dalam hati* 'Heh. Memang anak Aliya'

Ali melepaskan pelukkannya.

Tiba tiba, telefon Ali berbunyi, memecahkan suasana canggung itu.

Ali : Siapa pulak telefon ni?

Ali mengambilnya, dan melihat si pemanggil.

Terbungkang matanya bila melihat nama Alicia sebagai sang penelefon. Tanpa perlu mengangkat panggilan itu, dia sudah tahu apa yang Alicia mahu katakan padanya.

Ali : Alamak! Aku lupa aku ada janji dengan Alicia nak buat kerja sekolah sama sama dengan dia ngan Viktor lepas latihan tadi! Adoi, matilah aku kena bebel dengan minah tu! Bye korang! Doakan aku hidup lagi waktu balik rumah nanti!

Dengan itu, Ali pun berjalan pergi dari mereka berdua.

Sebelum Ali menghilang dari pandangan mereka, Niki seperti mampu melihat Aliya sedang berjalan di samping Ali.

Niki terketawa kecil, membuatkan Boboiboy hairan.

Niki : Haih.... anak beranak sama je. Dua dua berjaya ubah hidup aku..........

Kini tinggal mereka berdua sahaja di sana.

Ingin memecahkan kesunyian, Niki membuka suara.

Niki : Jadi, kau lah kawan Ali sekarang, kan? Aku tak nampak kau waktu penyerangan Cyber Perdana dulu. Kau Ejen baru ke?

Boboiboy : Y-ya! Lebih kurang 3 minggu lebih saya baru jadi Ejen.

Niki : Aku dengar budak tu panggil kau Boboiboy tadi.

Boboiboy : Ya, tapi nama sebenar saya Khairul. Tapi kalau Puan nak panggil saya Boboiboy juga pun, tak apa. Sebab semua kenalan rapat saya panggil saya itu.

Niki : Baiklah kalau macam tu, Boboiboy. Terima kasih ya, dah temankan Ali waktu aku tak mampu.

Boboiboy melibaskan tangannya ke udara, seperti membantah apa yang Niki baru katakan.

Boboiboy : Tak tak! Saya baru berkawan dengan Ali baru 1 bulan. Tu pun sebab Ayah saya hantar saya ke sini untuk tinggal dengan Pak Cik Ghazali dan Ali. Top top, kami dapat tahu kami ni sepupu.

Niki juga sedikit terkejut mendengar khabar itu.

Niki : Sepupu Ali? Heh, patutlah aku dapat cam aura sama macam budak tu dari kau.

Boboiboy : M-macam tu lah. Walaupun kami dah tahu yang kami sepupu sekarang, tapi nak kata yang saya ni kawan baik dia..... hm...... saya..... tak mampu nak katakannya.....

Niki terdiam sebentar, mencuba memahami apa yang Boboiboy ingin katakan sebenarnya.

Niki : Erti kata lain.... kau cuba nak kata, yang kau ni bukan kawan yang baik?

Boboiboy terkaku sebentar, dengan balasan Niki.

Boboiboy : Boleh dikatakan.... macam tu....

Niki kedengaran menghembuskan keluh berat.

Boboiboy : B-bukan apa. Saya bukan macam yang orang lihat saya sekarang. Waktu saya dengan kawan saya di tempat asal saya, saya selalu patahkan janji saya bersama mereka. Sampai, satu hari, mereka marah besar, dan mula palaukan saya.... b-bukan apa, mereka memang sepatutnya lakukan macam tu, sebab memang salah saya. Sampaikan.... saya masih tak faham kenapa mereka masih mahu berkawan dengan saya sampai sekarang ni......

Kenyataan itu masih lagi menghantui diri Boboiboy.

Walaupun dia tidak tunjukkanya, dia sangat takut, kawannya akan bencikannya lagi.

Dia bertindak melulu, bukan tanpa sebab. Dia langgar arahan, bukan tanpa sebab.

Dia lakukkannya supaya kawan dan kenalannya semua selamat.

Kuasa Gempa nya tak akan pernah keluar kalau dia tak rasakan begitu.

Boboiboy : Sebab itulah.... saya takut nak panggil diri saya sebagai kawan baik Ali...... sebab saya takut saya akan lakukan benda yang sama pada dia, sehingga dia bencikan saya juga.....

Niki, sedikit terkesan dengan apa yang Boboiboy jelaskan padanya.

Itu bukan pertama kalinya dia rasa benda yang sama. Hidup sebagai gelandangan, membuatkan dia terpaksa lakukan apa sahaja untuk hidup, termasuklah hianat kawan sendiri, sehingga mereka akan bencikan dia, selamanya.

Perasaan takut itu, Niki memahaminya.

Niki rasa itulah apa yang Aliya rasakan ketika kejadian itu.

Niki mengangkat tangannya, dan meng-fist-bump bahu Boboiboy.

Niki : Jangan risau lah. Aku tahu, kau mesti dah ada tempat di hati budak itu. Jangan sesekali kau rendahkan darjat kau sebagai kawan mereka.

Boboiboy : Ah-erm......

Niki : Aku faham. Kau mesti takut. Tapi, kau kena sedar, berapa berharganya kau pada mereka. Mesti ada sebab kenapa mereka mahu bersama dengan kau sampai sekarang. Tak kisahlah seberapa besar atau kecil pun sebab itu, ianya sudah menjadi sebab kenapa kau ada kawan bagi mereka.

Niki memberikan senyuman yang besar kepada Boboiboy, mecuba menyemati sepupu kenapa anak kawannya itu.

Boboiboy kelihatan seperti sedang memproses segala yang Niki katakan kepadanya. Tapi, akhirnya, dia tersenyum, dan mengangguk.

Boboiboy : Terima kasih, Puan. Saya..... terhutang budi....

Niki : Pfff- tak perlulah. Ianya cuma nasihat kawan ke kawan. Kalau kau kawan Ali, kau juga kawan aku.

Boboiboy bersiar siar bersama Niki ke sekeliling M.A.T.A dengan dia menolak kerusi roda Niki.

Mereka berborak pasal macam macam benda. Pasal Uncle Bakar menjadi kawan barunya ketika pertama kali masuk penjara.

Pasal kisah sebenar Ali yang belot M.A.T.A, dan jasa Ali kepada pinggiran.

Dan semestinya pasal perlawanan mereka di Cyber Perdana, yang membuatkan Niki sedar akan kesalahannya.

Niki mahu sahaja memberitahu pasal apa yang dia telah lakukan pada Aliya, tetapi, nampaknya masih belum masanya Boboiboy mengetahuinya.

Boboiboy, dengan senang hati menjadi pendengar, sambil menceritakan sedikit kisah hidupnya (kecuali pasal kuasa, alien dan TAPOPS) pada Niki, supaya Niki tahu lebih pasal dirinya.

Persahabatannya dengan Niki bermula di situ.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokkan harinya telah tiba. Hari yang di nanti nantikan dua ekor sepupu itu.

Mereka berempat, Uncle Bakar, Ghazali, Boboiboy dan Ali sedang berada di Lapangan Kapal Terbang Cyberaya, menunggu Kapal Terbang mereka bersiap untuk berlepas.

Mereka sekarang sedang meletakkan bagasi masing masing di rail alah tu, alah, yang nak bawak beg besar kedabak korang ke dalam kapal terbang tu~

Bakar : Tak sabar Uncle nak petik strawberi dekat sana nanti! Lapar pulak jadinya~

Ali : Aih? Bukan sebelum berangkat tadi dah sarapan ke?

Bakar : Itu tadi. Ni sekarang. Nak cari snek rengan dulu tak sebelum berlepas?

Ali : Tak nak Ali. Dah lah sesak. Karang tak pasal pasal Ali terbawak arus manusia masuk kapal terbang yang salah lepas tu berlepas ke luar negara pulak.

Bakar : Hm, suka hati kamu lah. Uncle cau lu~

Selepas Uncle Bakar pergi, Ali pergi ingin duduk di sebelah Boboiboy di tempat tunggu pelancong.

Ali melihat Boboiboy mengusap jam kuasanya, dan tersenyum gembira.

Ali : Kau mesti sayang sangat kan dengan jam tu?

Boboiboy : E-eh?!

Terkejut budak beruban tu. Yelah, tiba tiba muncul tepi dia.

Ali : Aku tengok kau tak pernah lepas pun jam tu. Nak kat rumah, masuk tandas, waktu tidur, waktu jalan jalan, waktu ke M.A.T.A, jam tu lah yang kau pakai, tak pernah lepas. Penting sangat ke jam tu ke kau?

Boboiboy : Hmmm! *angguk* Jam ni dihadiahkan oleh kawan aku. Masa aku pertama kali sampai ke Pulau Rintis masa aku 10 tahun dulu.

Ali : Oooooo, patutlah kau sayang sangat dengan jam tu. Kawan kau tu mesti sangat penting pada kau, kan?

Boboiboy : Semestinya. Apa yang aku boleh katakan, kami berdua berjaya ubah hidup satu sama lain. Aku dah janji dengan dia akan jaga jam ni elok elok.

Ali : Heeeeeehhhhh, aku nak sangat jumpa kawan kau tu!

Boboiboy : Satu hari nanti, mungkin kau mampu.

Kedengaran pengunguman yang kapal terbang yang akan berlepas ke Pahang akan berlepas sebentar lagi.

Ghazali : Anak anak, tu kapal terbang kita. Jom kita pergi.

BBB, Ali : Baik Papa/Pak Cik!






























2203 perkataan

Yayayayayayayayay-

*lompat masuk kuali*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top