Misi : Rancangan
Amato tinggal sementara di rumah Ali dan Ghazali, kerana mahu menjaga anaknya.
Dia tak dapat cuti lama pun. Cuma 3 hari sahaja. Esok malam, dia dah kena balik angkasa semula.
Lain kali dia kena guna bazooka pulak waktu nak minta cuti dengan dua Laksamana itu lagi nanti.
Biar dapat cuti banyak sikit.
Tapi, cara Amato sedikit, well, protective.
Dia tak benarkan Boboiboy bangun dari katil langsung, walaupun Ali yang terseliuh kaki, bukan dia.
Amato : Sayang duduk je ya? Biar Ayah yang ambilkan air untuk Boboiboy.
Boboiboy : Tapi Ayah, Boboiboy boleh jalan sendiri lah! Ali yang terseliuh kaki, bukan Boboiboy!
Boboiboy dah merengek dari tadi sebab tak suka diperlakukan macam bayi. Dia dah lawan banyak alien angkasa kot. Dah beberapa kali hampir mati.
Kena sedut lohong hitam lah.
Kena campak ke angkasa lepas lah.
Kena sedut hampir kesemua kuasa dia lah.
Ali pun hanya mampu bersweatdrop melihat dua beranak itu bergaduh mulut manja.
Amato : Tak de tak de. Alah, boleh lah, bukan selalu Ayah dapat manja dengan kamu~
Kuasa Blazenya hampir terkeluar, tapi dia cuba tetap sabar. Karang tak pasal pasal jadi kebakaran kali kedua pulak sebab dia.
Boboiboy : Fine. Boboy nak air rebina! Dua kotak!
Amato pun memberi tabik hormat, dan keluar dari bilik itu.
Ali : Er....... Ayah kau tu selalu macam ni ke?
Boboiboy kembali baring, dan mendengus sekali.
Boboiboy : Tak, dia tak macam ni pun.
Ali : Hah? Habis tu?
Boboiboy : Mungkin sebab akhirnya dia dapat balik agaknya. Kerja dia tu, memang sibuk sepanjang masa. Sampaikan...... dah tiga tahun dia tak datang jenguk aku kat kampung.
Boboiboy berguling membelakangi Ali, dan menarik selimut, membungkus dirinya.
Ali terdiam, hanya melihat belakang kepala Boboiboy.
Dia faham, memang bukan senang nak eratkan balik hubungan yang telah longgar akibat masa, tapi.....
Ali : Kau...... marahkan Ayah kau ke?
Mata Boboiboy membesar, sebelum, memusingkan kepalanya, memandang Ali.
Boboiboy tidak menjawap, tetapi malah menatap wajah Ali dengan riak wajah yang sama.
Ali : Jadi.... aku betul lah ni?
Ali mendengar sebuah keluhan datang dari arah Boboiboy, sebelum dia berpusing semula, membelakanginya.
Boboiboy : Aku..... tak tahu......
Boboiboy memeluk tubuhnya sendiri di dalam selimut.
Boboiboy : Aku cuma, aku tak tahu. Kami dah tak bertemu lama. Aku cuma, masih tak bersedia, nak berhadapan dengan dia lagi......
Ali mampu mendengar suara Boboiboy menjadi sayu dan serak. Ali teragak agak mahu bangun, dan pergi ke arah Boboiboy.
Boboiboy : Dia adalah hero paling hebat di mata aku, Ali. Dia lah sebab kenapa aku masih berlawan sampai sekarang. Idola aku dari kecil, yang sentiasa melindungi aku, jadi...... ayah yang terhebat dalam hidup aku......
Perlahan, sedikit demi sedikit, Boboiboy merapatkan kakinya dengan dadanya. Dia di ambang ingin kalah dengan emosinya sendiri. Tapi, dia tidak mahu Ali melihatnya dalam keadaan itu.
Boboiboy : Atau....... mungkin kau betul......
Ali : Huh?
Boboiboy menutup keseluruhan badannya di dalam selimut.
Boboiboy : Mungkin aku memang...... sedikit marah dengan dia......
Ali menutup mulutnya, memahami maksud Boboiboy.
Dia duduk kembali, menunggu Boboiboy berjaya lepaskan semuanya, walaupun dia tahu yang Boboiboy tak mahu dia tahu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali ke luar, Amato sedang berjalan ke dapur, ingin mengambilkan air untuk anaknya.
Pelik kan.
Kenapa dia tiba tiba risaukan anak dia sangat?
Waktu Boboiboy dibelasah Retak'ka, dia tidak pergi pun tolong anaknya ketika itu.
Ianya disebabkan, berita itu sampai lambat kepada dia.
Ianya sampai kepadanya ketika Tok Kasa merampas kuasa Gempa.
Gila lah kalau dia tak terkejut dan risau.
Dia nak pergi tolong. Tapi, sebelum dia sempat berlepas, dia dapat tahu yang anaknya telah kalahkan Retak'ka ketika itu.
Dia terduduk di kerusinya, dengan perasaan bercampur baur, antara risau dan lega.
Dia boleh sahaja pergi ketika itu, untuk cek keadaan anaknya. Tapi, dia pilih untuk tidak pergi.
Kenapa? Sebab dia marah dengan diri dia. Dia tak mampu nak lindungi anak dia. Dia yang sepatutnya jadi hero, di depan anaknya sendiri.
Tapi, kini, anak dia pula yang jadi hero di depan matanya.
"Tak. Masih tak cukup. Boboiboy kena jadi lebih kuat lagi......"
Dia berkata begitu, sebab dia tahu, sekiranya Boboiboy dalam bahaya lagi, dia tak akan mampu berada di sisinya lagi.
Sebab itulah dia kata ayat itu pada Maskmana, mencuba untuk tidak kelihatan cemas di hadapannya.
Kalau dia tidak risau, apa gunanya dia jadi ayah?
Kedua dua anak beranak, mempersoalkan hubungan sesama sendiri.
Walau bagaimanapun, mereka masih lagi manusia. Tidak boleh lari dari kesalahan dan kesilapan.
Apakah pengakhiran kisah dua beranak ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tiba tiba, kedua dua telefon Boboiboy dan Ali berbunyi.
Bila mereka membuka telefon masing masing, rupa rupanya ada panggilan dari M.A.T.A.
Tapi bukan panggilan untuk Misi. Cuma panggilan untuk latihan sahaja.
Ali : Ah..... haah jugak. Dah 2 hari kita tak pergi latihan, kan?
Boboiboy : Tapi, kaki kau.....
Ali : Tak apa, dah tak rasa sakit dah. Cuma kepang lagi lah aku jalan. Tak pe, aku bagitahu lah Mentor yang aku tak boleh buat latihan yang kena berlari. Dah, jom.
Boboiboy : Erm..... yelah.
Mereka berdua pun berjalan turun ke tingkat bawah, ingin keluar.
Tapi, waktu itulah Amato menegur mereka.
Amato : Boboiboy? Ali? Nak pergi mana tu? Kan kamu berdua masih sakit?
Ah sudah. Nak menipu apa pulak ni?
Ali : Ahahahaha, tak apa lah, Pak cik! Kitorang nak pergi rumah kawan kitorang je! Malam nanti, kitorang balik!
Boboiboy : Arhhh-haah! Kalau pasal kaki Ali, tak apa, dia bawak skuter dia! Lagi pun, tak jauh mana pun. So, Boboy tak perlu bawak motor Boboy!
Amato : Haih, yelah- eh jap. Boboy bawak motor ke sini?
Boboiboy : Er.... *sweatdrop* Yelah Ayah oiiii. Tak kuasa Boboy nak duduk terkurung dalam rumah ni sepanjang hari. Lagi pun, Boboy ada tolong hantarkan Ali ke sekolah. Ok lah, bye Ayah! Jangan call kitorang tau! Bye! Assalamualaikum!
Amato : W-
Tak sempat Amato nak balas, Boboiboy sudah menghempas pintu.
Amato : W...... Waalaikumusalam......
.
.
.
Beralih 10 minit kemudian, Boboiboy dan Ali sudah sampai di M.A.T.A, selepas kesusahan naik berdua di atas skuter Ali.
Nak naik motor, hm, Tuan punya motor nak bawah macam mana?
Mereka berdua tiba di bilik latihan, bersama dengan baju ejen mereka, dan kelihatan mengambil nafas, kepenatan.
BBB, Ali : Huh.... huh......
Para Mentor dan Ejen Muda memandang ke arah mereka dengan wajah tertanya tanya selepas mereka melihat tangan dan kaki mereka berdua yang berbalut.
Geetha : Er.... Ali? Boboiboy? Kenapa dengan......
Ali : Huh? Uncle tak bagitahu ke?
Mereka semua memandang ke arah Uncle Bakar yang sibuk makan kentang putar KFC di tepi.
Bakar : Ahhhhhhh- huh? Apa? Oh-er...... sorry, Uncle lupa.... ehehehe...... tangan Boboiboy retak, dan kaki Ali terseliuh.
Mereka semua menampar muka sendiri mendengar jawapan Uncle Bakar. Boleh pulak lupa.
Leon : Adoi.... macam mana boleh terseliuh?
Boboiboy : Erm..... tu Ejen Leon tak perlu risau! Kita kan ada latihan! Kalau untuk Ali, dia tak boleh buat latihan yang kasar lah, sebab dia tak boleh lari, tapi saya bersedia nak guna satu tangan sahaja!
Boboiboy berpura pura bersemangat sebab tak nak kena soal. Jenuh nak balas. Malas siak-
Geetha berjalan ke arah Boboiboy dan Ali.
Geetha : Erm.... kalau macam tu, baiklah. Tapi, sebelum tu, Boboiboy, boleh ikut saya? Mesti susah kamu nak berlatih dengan balutan tu. Apa kata kita tukar yang baru? Ali, tunggu dengan yang lain dulu, ya?
Boboiboy : Hm? Ok?
Boboiboy tidak memahaminya, tapi, disebabkan Ejen Geetha adalah Mentor, alias Seniornya, dia ikut sahaja arahan Ejen Geetha.
Boboiboy dan Ejen Geetha pun berjalan pergi dari sana.
Sementara menunggu, para Mentor yang lain benarkan Ejen Muda yang lain buat benda sesuka hati diorang dulu.
Ali sedang duduk di tepi, sambil mengurut kaki dia perlahan lahan.
Ali : Aduh.......
Ali bersyukur yang kakinya tidak sampai patah, macam tangan Boboiboy, tetapi, ianya masih sakit.
Ali : Haih....... kalau aku lebih cepat waktu tu......
Ya, dia memang dah berjanji dengan Boboiboy, untuk tidak berfikiran negatif pasal dirinya sendiri.
Tapi, korang ingat senang ke?
Terutamanya bila dia dah terbiasa dengan semua orang salahkan dia pasal semua benda, walaupun kebanyakkan benda itu bukan salah dia.
Ya, dia memang nak berubah.
Tapi, perkataan "berubah" itu sendiri buatkan dirinya merasa lebih tidak berguna.
Ali baring seketika, mencuba menenangkan fikirannya, dan menutup matanya.
Ali : Hm hm hm~
Ali mendengungkan lagu yang mamanya selalu nyanyikan untuk dia, sewaktu dia kecil dahulu.
Lagu itu membantunya untuk bertenang.
Tiba tiba, dia dipanggil oleh para Ejen Muda yang lain.
Alicia : Ali! Sini jap!
Ali : Hah? Kenapa?
Alicia : Sini jelah!
Ali pun, dengan pasrahnya, bangun, dan berjalan ke arah mereka yang lain.
Ali : Hah, nak apa?
Terus suasana menjadi suram, bila Ali melihat wajah kawan kawannya menjadi serius.
Ali : Er..... kenapa ni?
Khai berjalan ke sebelah Ali, dan memegang bahu Ali.
Khai : Ali. Kau.... yang paling rapat dengan Boboiboy, kan?
Ali : Huh?
Ali betul betul tak faham sekarang ni.
Ali : Yelah. Kan aku tinggal dengan dia selama dia sekat sini. Kenapa pulak ni?
Bulat pulak berdiri di sebelah Ali.
Bulat : Selama tu.... kau ada perasan benda pelik pelik tak dengan dia tu? Macam, dia ada macam alien tak?
Dah, makin ternganga luas mulut Ali sebab tak faham langsung.
Ali : HAH??? Alien? Buang tabiat ke apa kau ni? Alien mana wujud.
Tapi, sebaik sahaja Ali berkata begitu, wajah kawan kawan dia menjadi lebih serius, membuat bulu kuduknya berdiri.
Ali : Er......
Jet : Haih.... kalau macam tu, Christ. Kau pulak.
Christ berjalan mendekati Ali, dan berdiri di depannya.
Ali : Christ?
Christ memberi wajah yang serius, membuatkan bulu kuduk Ali naik lebih tinggi.
Ok, dia memang betul betul tak sedang hati sekarang ni.
Christ : Kitorang tanya ni, bukan tanpa sebab.
Ali : Hah? Habis tu? Sebab apa?
Rudy pula, menyilang tangannya, dan membuka suara.
Rudy : Hari jumaat hari tu, masa Christ sedang lawan dengan sepupu kau tu, ada benda pelik berlaku.
Ali mulai serius, mendengar ayat terakhir Rudy.
Ali : Benda pelik?
Christ mengangguk.
Christ : Hari tu, waktu adegan terakhir, sebelum aku dilempar dengan senjata dia tu, aku, ternampak sesuatu.
Ali : Apa dia?
Ali nak tahu sangat pasal benda itu. Mungkin ini adalah jawapan yang dia cari cari.
Christ mengeluh kecil dahulu, sebelum membuka suara semula
Christ : Mata dia....mata Boboiboy.....berubah jadi merah......
Mata Ali terbeliak.
Jadi merah?
Ok, itu tidak normal.
Sekarang dia faham kenapa kawan kawan dia menanyakan soalan itu tadi.
Ali : J-jadi merah? Biar betul?
Christ : Aku tak akan menipu. Ianya terjadi terlalu cepat, sampai aku tak sempat beriaksi, kerana terkejut lihat mata dia.
Alicia : Dan Christ baru bagitahu kitorang benda ni semalam, sewaktu kau masih di Pahang sana. Sebab tu lah, kitorang tunggu kau datang ni, untuk tanya kau pasal benda ni, memandangkan kau adalah yang paling rapat dengan dia daripada kami semua.
Ali terdiam berdiri di tempatnya, masih terkesan dengan berita yang diberitahu oleh kawan kawannya itu.
Mereka semua berpandangan sesama sendiri, apabila Ali tidak menjawap mereka.
Khai merasa bersalah pula, dan memegang bahu Ali, takut Ali terasa hati dengan perkara itu.
Khai : Ali, maaflah kalau-
Ali : Bukan korang je......
Ali memotong ayat Khai, membuat dia terdiam. Semua memandang ke arah Ali.
All-Ali : Huh?
Ali memandang mereka dengan wajah terlebih serius. Membuatkan mereka merasa aura marah datang dari Ali.
Ali : Bukan korang je. Aku....... ada perasan juga.
Mendengar itu, mereka semua berjalan makin rapat dengan Ali, mahu mendengar semuanya.
Mika : Kalau kau tak keberatan.... boleh ceritakan semuanya?
Ali mengangguk.
Ali : Waktu dekat hotel malam sabtu lepas, ada kebakaran berlaku di sana, dan aku dihimpap bumbung. Itulah yang mengakibatkan kaki aku terseliuh.
Mereka semua terkejut, mendengar berita itu.
Moon : Kenapa kau tak bagitahu kitorang awal awal?!
Ali : Tak sempat. Kami datang sini cuma mahu berlatih sahaja, walaupun kaki aku dan tangan dia masih belum sembuh.
Moon menutup mulutnya semula, selepas diminta Zass, secara isyarat mata.
Ali : Tapi, waktu itulah, benda ni berlaku. Boboiboy datang selamatkan aku. Aku memang marah waktu tu, sebab aku tak berdaya. Tapi, sebelum aku pengsan, aku ternampak.......sebuah cahaya biru.
Wajah mereka semua mula jadi cemberut mendengar perkara itu.
Ali : Ianya tak terlalu jelas, tapi, aku nampak, baju Bonoiboy bertukar, dan ada aura sejuk yang menerpa aku, seperti ais. Tapi, itu sahajaah yang aku tahu. Sebab, selepas tu, aku pengsan.
Ali memeluk tubuhnya, mengingati kejadian malam itu, yang masih menghantui dirinya.
Dia memang berlagak seperti tidak apa apa. Tapi, hakikatnya, dia terlalu takut.
Tangannya mengcengkam tangannya kuat, merasa sangat bersalah. Kalau dia tidak dilatih, mungkin dia sudah menyuruh Boboiboy untuk memukulnya, kerana menjadi terlalu tidak berguna dalam kejadian itu.
Tapi, dia tahu, sekiranya dia buat begitu, Boboiboy cuma akan makin risau dan marah akan dirinya.
Ali : *bisik* Mungkin..... heh..... aku memang dah anggap dia macam abang aku........
Yang lain tidak mendengar ayat terakhir Ali.
Mereka semua memandang sesama sendiri, sudah mendapat jawapan mereka.
Iman : Jadi... memang bukan Christ sahajalah yang melaluinya.....
Mereka sudah semakin tidak sedap hati dengan manusia bergelar "Boboiboy itu".
Ali : Aku memang dah berasa tidak sedap hati dengan dia dari awal kitornag berkawan. Dan, nampaknya...... aku rasa, aku dah tahu sebabnya. Ini mungkin jawapan untuk aku.
Roza tiba tiba muncul, dan berdiri di sebelah Rudy.
Roza : Tapi korang tak boleh terus tuduh dia. Mungkin ianya cuma perasaan korang sahaja. Tapi, aku tak kata yang korang salah. Cuma, kita perlukan bukti yang lebih kukuh. Atau, lebih baik, lihatnya dari tuan punya badan je terus.
Roza meniup gula gula getahnya, sambil menukar peluru baru ke dalam senapangnya.
Tetapi, bila dia mengangkat kepalanya, dia melihat mereka semua melihat ke arahnya, dengan sebuah riak wajah, dan dia tahu apa yang mereka fikirkan.
Roza : Jadi, korang dah ada rancangan ke?
Mereka semua berkumpul menjadi bulatan, jauh daripara Mentor yang lain.
2187 perkataan
Ehek-
*masuk dalam peti sejuk, berhibernasi sampai raya*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top