Misi : Ragut Part 2
Boboiboy mencuba mengejar peragut itu sedaya upaya yang dia boleh. Tapi, peragut itu sudah jauh ke hadapan.
Jalan pulak penuh dengan kereta, menyebabkan dia tidak boleh memecut sesuka hati.
Boboiboy sampai kesusahan nak cuba elak semua orang dan kereta yang ada dekat sana.
Peragutbitu perasan yang Boboiboy cuba mengejarnya. Dia tersenyum sinis, dan memecut lebih laju ke hadapan.
Memang saja nak buat Boboiboy naik angin. Dah lah dia memang bukan pakar bawak motor ni.
Kalau dekat angkasa boleh lah sebab dia boleh pandu sesuka hati sebab boleh tunjuk kuasa dia.
Ni, satu kuasa pun tak boleh nak guna. Dah lah jalan ramai orang. Dia boleh je terkantoi terus kalau dia guna kuasa dia.
Boboiboy : *berbisik* Haish, kenapa lah aku tak boleh guna kuasa aku?!
Boboiboy memandang ke tepi, dia melihat jalan jalan kecil antara setiap banggunan. Di bahagian sebelah sana, adalah jalan pejalan kaki, bermaksud tiada kereta.
Boboiboy : Kejap...... Hah!
Tanpa tunggu apa lagi, dia terus bertukar arah, dan masuk ke dalam jalan kecil itu.
Bagus, tiada orang di sana. Semua orang berada di jalan besar, bermaksud, dia boleh memecut sekarang.
Boboiboy : Jaga kau peragut!
Bagai tak ada tanah, motor Boboiboy memecut laju, cuba mengejar kelajuan peragut itu.
Peragut itu pulak, melihat ke belakang, dan lihat Boboiboy sudah tiada.
Peragut : Heh, kenapa? Dah penat kejar aku ke? HAHAHAHAHA!!!!
Tanpa dia tahu, Boboiboy sudah betul betul di sebelah dia, di jalan bertentangan dengannya.
Boboiboy : Dasar kepala tembikai, belagak.
Dalam keadaan terdesak itu, Boboiboy cuba untuk cari jalan untuk hentikan peragut itu serta merta.
Tapi, dia memang bukan dibuat untuk ini. Selama ni dia berjaya fikir jalan penyelesaian hanya disebabkan kuasa Solarnya.
Dia dah cuba untuk minta bantuan Solar, matanya bertukar menjadi kelabu. Tapi, dengan keadaan serabut macam ni, Solar pun tak dapat bantu.
Boboiboy : Hadoi, kalau Ying dengan Yaya ada dekat sini kan bagus!!!
Memang Ying dan Yaya berguna untuk hal tu, dikeranakan mereka pandai.
Siapa lah Boboiboy, hanya pelajar biasa, yang selalu gagal ujian.
Boboiboy : Tsk, idea idea idea....
Tiba tiba, dia dapat idea. Dia menggunakan kuasa halilintarnya sedikit, memandangkan tiada orang yang akan nampak, dan memecut sedikit jauh ke hadapan.
Tanpa tengok mana mana, dia terus lompat turun dari motornya, dan berlari ke jalan utama semula.
Peragut yang ingat dia sudah terlepas, terkejut melihat Boboiboy sudah di depannya.
Peragut : A-apa?! Macam mana dia dah ada dekat depan?!
Seperti tidak sayang nyawa, Boboiboy berlari ke arah motor peragut itu, seperti minta dilanggar.
Boboiboy mendepakan tangannya, dan menerkam leher peragut itu, membuatkan peragut itu kehilangan keseimbangan, dan terlepaskan motornya.
Boboiboy menolaknya sehingga ke tanah, dan menyebabkan kepala peragut itu terhentak ke jalan tar, dan pengsan.
Boboiboy : Huh..... *bangun*
Melihat yang peragut itu sudah pengsan, Boboiboy mengambil beg milik Mak cik tadi.
Boboiboy : Fuh, selamat dapat. *sapu habuk dari beg tu*
Boboiboy melihat ke sekeliling, dan lihat orang pandang dia semacam.
Boboiboy : Er..... ada sesiapa ada tali tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Berpindah ke Ali, dia sedang berada di bawah latihan dengan Ejen Leon.
Jadi, yang akan perhatikan dia kali ni adalah Ejen Leon, bukan Ejen Geetha.
Hanya dia seorang sahaja yang ada di situ, kerana ianya adalah latihan khas untuknya.
Leon : Baiklah Ali. Betul ni kamu nak lalui latihan ni? Ianya susah tau.
Ejen Leon sedikit berlembut dengan Ali selepas kejadian Cyber Perdana itu, selepas tahu sebab utama kenapa Ali belot M.A.T.A.
Terutamanya lepas Ali sudah tak ada IRIS, jadi, dia tahu yang Ali akan kesusahan nak lalui latihan itu.
Ali : Tak apa Ejen Leon! Saya pasti saya boleh!
Bukan Ali pasti, tapi dia memang perlukan latihan itu.
Terutamanya bila kemahirannya dah turun 20 peratus selepas ketidakhadiran IRIS.
Leon : Baiklah kalau kamu berkata begitu. Latihan kamu adalah untuk kalahkan seberapa banyak Buster Droid yang kamu mampu daam masa 10 minit.
Ejen Leon menekan satu butang berwarna hijau yang berada di dinding bilik latihan itu, dan mula muncul 3 Buster Droid dari bawah tanah.
Leon : Bersedia?
Ali : Erm.... *telan ludah kelat* S-sedia!
Leon : Baiklah. Bermula dalam 3.....
Ali mengeluarkan Yoyonya, dan mengambil langkah bersedia.
Leon : 2......
Buster Droid mula dihidupkan.
Leon : 1!!!!
Buster Droid itu semua mula berlari ke arah Ali.
Ali mula berlawan.
Yoyonya dibaling ke sana ke mari, dan mehentak ke Buster Droid itu.
Sekali hentak, dan mereka mati.
Walaupun sesenang itu nak matikannya, tapi, mereka datang tidak berhenti.
Ada yang sampai Ali lilit leher mereka dan baling ke dinding, sehingga mati 3 Buster Droid terus.
Terutamanya dengan stamina Ali yang tak beberapa nak bagus, dia mula kelengahan.
"Kamu tidak boleh terus berharap dengan IRIS. Kamu kena jadi IRIS itu sendiri. Sekiranya IRIS tiba tiba rosak tengah tengah perlawanan, apa yang kamu akan buat?"
Itu lah apa yang Ejen Leon katakan kepadanya pada latihan sebelumnya ini.
Sejak saat itulah dia mula rajin ambil latihan lebih, untuk jadi lebih kuat.
Ali : *dalam hati* 'Jadi macam IRIS'
Ali membaling Yoyonya ke belakang, dan betul tekaannya. Ada 2 Buster Droid yang datang dari belakang, dan Ali berjaya mematikan kedua duanya.
Leon : Bagus Ali!
Ali tidak berhenti. Seperti robot, dia melepaskan serangan tanpa henti. Seperti dia dalam bahaya.
Ali : 'Jadi macam IRIS jadi macam IRIS jadi macam IRIS'
IRIS selalu membantu Ali ketika dia dalam bahaya. Jadi, dia fikirkan latiha itu adalah peperangan yang sebenar.
Seperti teragak agak, dia keluarkan sesuatu dari belakangnya, sambil tidak berhenti memberikan serangan.
Rupa rupanya itu adalah gasing milik Mamanya.
Tidak tahu mengapa, dia seperti tengah marah.
Dia membaling gasing gasing itu.
Ianya membuatkan makin banyak Buster Droid yang dapat dikalahkan pada masa yang sama.
Leon : Hebat, hebat!- Eh?
Gasing gasing itu mula melanggar dinding makin laju, seperti kehilangan kawalan.
Tapi tidak pada Ali. Itu memang apa yang dia rancangkan.
Mereka bergerak tanpa henti, sehinggalah mereka berlanggar satu sama lain, sehingga berjaya menangkap banyak Buster Droid di dalam jaring tenaganya.
Ali : 'Jadi macam IRIS jadi macam IRIS'
Ali tiba tiba melompat ke atas.
Ali : 'Aku.......'
Ali menghayunkan satu lagi gasingnya kebelakang.
Ali : '.......benci IRIS'
Seperti seluruh kemarahannya dikumpul di dalam gasing itu, Ali membaling gasing itu, tepat ke Buster Droid² itu.
BOOOOOMMMMMMMM!!!!
Bluster Droid itu semua tiba tiba meletup, menyebabkan Ali terlempar ke belakang dan terhentak ke dinding.
Ali : Arghhhh!!!
Ali jatuh ke bawah, dan Ejen Leon berlari ke arah Ali.
Leon : Ali?! Kamu ok tak ni?!
Ali : O-ok, saya ok.
Mereka berdua melihat ke depan semula. Kesemua robot Bluster Droid tadi sudah rosak, akibat serangan Ali.
Leon : Serangan apa tadi yang kamu buat?
Ali : S-saya tak tahu, saya cuma serang sahaja.
Itu adalah serangan yang hampir sama Ali lakukan ketika serang Niki di dalam Override mode. Tapi, dia tahu Ejen Leon tak tahu pasalnya, jadi dia kata dia tak tahu sahaja.
Tambah lagi dia terkejut, dia tak tahu apa yang kawal dia tadi sampai dia hilang kawalan.
Leon : B-baiklah, kamu berjaya kalahkan 58 Buster Droid dalam masa 10 minit. Hebat Ali! Ini rekord baru. Latihan kamu hari ni dah tamat. Kamu dah boleh balik.
Ali : T-terima kasih Ejen Leon!
Ali pun keluar dari bilik latihan itu, dan berjalan pergi.
Ali : 'A-apa yang aku buat tadi?'
1160 perkataan
🕺
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top