Misi : Ragut
Boboiboy : Kenapa Boboiboy tak boleh nak bawak Ochobot ke sini Ayah?
Boboiboy sedang bercakap dengan ayahnya di telefon. Waktu itu masih lagi awal pagi. Matahari masih belum keluar.
Tapi, tiba tiba sahaja Amato telefon anaknya itu tanya khabar.
Boboiboy : Kat sini kan bandar modern. Boboiboy ada nampak je robot lalu lalang sana sini. Mesti Ochobot tak akan nampak pelik dekat sini.
Amato : Sayang. Ochobot tu Power Sphera. Dan juga ciptaan Alien. Ayah dah pernah cuba masuk mall dekat sana dengan Mechabot, last last tiba tiba alarm penceroboh berbunyi.
Boboiboy : Pulak *sweatdrop* jadi Boboiboy tak perlu bawak Ochobot pergi Mall lah! Ochobot duduk rumah je dengan Ali!
Amato : Tak boleh sayang. Apa jadi kalau Ochobot tiba tiba guna kuasa dia pada masa yang tak tepat? Kecoh nanti satu Cyberaya.
Boboiboy : Boboiboy boleh je bertahan tanpa tunjuk kuasa dekat semua. Kalau Boboiboy boleh mesti Ochobot boleh jugak!
Amato : Boboiboy-
Boboiboy : Ataupun boleh cuba minta Ochobot untuk tutup rahsia ke apa ke.
Amato : Sa-
Boboiboy : Ochobot boleh try berkawan dengan Ali! Mesti dia su-
Amato : BOBOIBOY!!!!
Akibat jeritan Amato, Boboiboy terdiam.
Boboiboy : ........
Amato : Sayang, kenapa ni? Ada apa apa yang berlaku ke?
Boboiboy : Tak ada apa apa! Boboiboy ok je! Kenapa?
Amato : Ayah tahu kalau anak ayah ni menipu. Suara kamu terketar ketar Boboiboy. Betul ni, ada apa apa yang berlaku ke?
Boboiboy : Tak! Tak ada pun! Boboiboy c-cuma nak ada kawan je, ehehehehe.
Walaupun Boboiboy berkata begitu, jelas yang dia menipu di telinga Amato.
Amato : A-
Tiba tiba ada bunyi ketukkan yang datang dari pintu bilik.
Boboiboy berada di bilik Ali, tapi dia dah sumbat telinga Ali dengan kapas dan dah tahu yang Ali tu tidur mati, jadi dia boleh bercakap dengan ayah dia dengan senang.
Boboiboy : B-bye ayah! Ada orang datang!
Amato : Tunggu-
Tanpa dengar kata kata ayahnya, dia terus memutuskan panggilan.
Boboiboy pun bangun, dan terus buka pintu bilik itu.
Boboiboy : Eh? Uncle?
Rupa rupanya Uncle Bakar. Uncle Bakar berdiri depan pintu dengan mata lebam macam baru bangun tidur.
Sebabnya malam semalam tiba tiba kena panggil misi. Tapi Ali tak pergi sebab misi merbahaya.
Bakar : Kenapa Boboihoy bising pagi pagi ni?
Boboiboy : Oh! Tak ada apa, ayah Boboiboy telefon je tadi.
Bakar : Oooooo. *gosok mata* Ochobot siapa?
Habis cuak satu badan Boboiboy tiba tiba Uncle Bakar tanya macam tu.
Boboiboy : O-Ochobot tu kucing Boboiboy! Boboiboy nak bawak dia ke sini. Tapi, yelah, Kapal Terbang mana boleh bawak haiwan.
Bakar : Oooooo. Kucing je rupanya. Macam perbincangan penting je Uncle dengar tadi. Dah, Uncle nak pergi kerja. Tolong kejutkan Ali sekali. Dah nak pukul 7 dah ni.
Boboiboy : B-baik!
Dengan itu, Uncle Bakar pun berlalu pergi. Boboiboy pun melepaskan nafas lega selepas paksa diri buat muka tegang tersenyum sebab takut kantoi.
Boboiboy : Haih..... apalah aku nak buat dengan korang.....
Boboiboy melihat ke jam kuasanya dengan wajah sayu.
Dia memang nak guna kuasanya, tapi dia masih tak faham, kenapa dia tak boleh gunakannya.
Kalau kena kejar dengan sainstis pun, kenapa? Dia boleh je lari ke tempat selamat.
Kalau Ochobot kena detact bukan robot Cyberaya pun, kenapa? Cakap jelah dia robot dari negeri lain.
Tapi, dia faham salah satu sebabnya.
Ali.
Boboiboy : Ali, bangun! Dah nak pukul 7 dah ni! Aku nak hantar kau pergi sekolah pulak!
Ali : *mamai* A-apa, apa? Ohhh, dah nak pukul 7....... *tersedar* APA?! DAH NAK PUKUL 7?!?! ALAMAK!!!!
Dengan kelam kabut, Ali lompat dari katil, dan terus lari turun untuk bersiap pergi sekolah.
Boboiboy hanya mampu menggeleng tengok Ali. Memang dia tahu itu apa yang berlaku setiap pagi hari sekolah semenjak dia dekat sini.
Boboiboy : Haih, apa lah nak jadi.
Kalau dia tunjukkan kuasanya, dia terpaksa tinggalkan Ali.
Walaupun dia tahu yang Ali ada kawan, Alicia, Uncle Bakar, Viktor, tapi, entah bagaimana, dia lihat yang Ali nampak macam, kesunyian.
Selepas tahu yang mak Ali dah tak ada, itu mengkuatkan lagi sebabnya. Dia cuba untuk isi kekosongan hidup Ali itu.
Walaupun dia kemungkinan besar akan gagal, tapi, asalkan dia mencuba, untuk jadi kawan Ali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Selepas habis kelas PDPRnya, dia keluar rumah, ingin ambil angin.
Ali dapat misi lagi, dan bagitahu Boboiboy yang dia balik sendiri hari tu sebab ada perjumpaan kelab stem lagi.
Walaupun dah hari ke 6 dia ada di sana, dia masih lagi tidak hafal sepenuhnya jalan dekat Cyberaya tu.
Pendatang luar, kan?
Sambil dia berjalan jalan sekitar perumahan, dia menikmati juga pemandangan di sana.
Walaupun tak sama macam Pulau Rintis, tapi, ianya masih indah.
Boboiboy : Boleh tahan jugak Cyberaya ni. Mungkin aku terlalu fokuskan Pulau Rintis sampai tak sempat nak menikmati suasana dekat sini.
Bila dah jalan jalan tu, terasa pulak dia nak ke bandar, dekat dekat Cyber Perdana sana.
Bila dia lihat kiri kanan tak ada orang, dia terus masuk ke salah satu jalan kecil, dan keluarkan motornya.
.
.
.
Boboiboy : WUUUUUUUHUUUUUUUUU!!!!!
Dah rasa macam lumba motor pun ada. Boboiboy merempit atas jalan raya, melusuri, memotong setiap kereta, tapi masih cuba untuk tidak berlebihan.
Karang kemalangan, naya.
Dah lama dia tak rasa bebas macam ni. Tak kisah lah dekat Pulau Rintis ke, dekat TAPOPS ke, dia tak boleh hak katakan ianya kebebasan.
Kalau dekat TAPOPS, dia terikat dengan misi, sehinggakan nak dapat rehat yang cukup pun, dah rasa macam makan nasi lemak 30 pinggan.
Kalau bukan dengan misi, dia selalunya tolong Tok Aba dengan kedai dia. Nak keluar naik motor jalan jalan pun, Tok Aba tak bagi, katanya bahaya, masih tak cukup umur waktu tu.
Ya, walaupun dia hampir mati banyak kali lawan alien jahat, Tok Aba masih lihatnya sebagai cucu satu satunya.
Tok Aba tak nak kehilangannya macam dia kehilangan isterinya.
Dah lah Amato jarang je datang jenguk lepas sibuk dengan TAPOPS.
Boboiboy pun tiba di bandar utama.
Dia cari tempat untuk simpan motor dia, dan terus berjalan menikmati suasana di sana.
Walaupun sana sesak, tapi, ianya ingatkannya dengan TAPOPS, Alien Mop kehulur kehilir memenuhi stesyen TAPOPS tu.
Boboiboy : Ermmmmmm!!!! *menggeliat* Aku patut cuba untuk ambil cuti lebih sikit lepas ni. Dah lama tak rasa relax macam ni.
Boboiboy berjalan sedikit ke hadapan, dan nampak satu laluan masuk ke taman rekriasi. Dia tak pernah pergi yang situ setakat ni.
Waktu dia mahu jalan ke sana, tiba tiba, kedengaran suara jeritan.
Mak cik : TOLONGGGGGGGG!!!! PERAGUTTTTTT!!!!!
Boboiboy : Hah?!
Boboiboy yang terkejut, melihat ke arah datangnya jeritan itu.
Kelihatan seorang mak cik menjerit meminta tolong. Dia melihat sebuah motor yang dinaiki seorang lelaki bertopeng, sedang memegang sebuah beg, meluru pergi dari situ.
Boboiboy : Tak boleh jadi ni!
Walaupun dengan keadaan seperti itu, dia rasakan diri dia tak holeh nak berbuat apa apa. Ia tak boleh tunjukkan kuasa dia, terutamanya dengan keadaan ramai dan huru hara macam ni.
Mencuba untuk berfikir waras, dan cepat, dia lihat satu laluan kecil. Tanpa fikir panjang lagi, dia terus pergi ke laluan itu, dan keluarkan motornya. Dia pergi ke mak cik itu dulu.
Boboiboy : Mak cik tunggu sini! Saya cuba kejar dia!!!
Tanpa menunggu balasan mak cik itu, Boboiboy terus memulas enjen, dan mula mengejar pencuri itu.
1147 perkataan
Hohoho-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top