Misi : Pulang
Keesokkan harinya telah tiba.
Boboiboy sedang duduk di katilnya. Semalam memang sangat sangat, riuh, baginya.
Ada beberapa penumpang hotel semalam yang datang menjenguk dia dan Ali untuk pastikan mereka baik baik sahaj, sebab mereka berdua sahaja yang tercedera di dalam kejadian itu.
Boboiboy memegang pipinya yang ditampal kapas.
Sorry lah tak mention dekat chapter lepas.
Ali dan Boboiboy menerima beberapa luka bakar di badan mereka. Tetapi, nasib baiklah ianya tak serius.
Ali pun sedang mencuba untuk berjalan dengan baik semula. Semalam pun terkepang kepang jalannya menahan sakit kakinya yang terseliuh.
Boboiboy : Haih.... mampos aku kena dengan kawan kawan dan Tok Aba nanti ni......
Dia tahu dia akan dibebel habis habisan kalau kawan kawan dia dan Tok Aba tahu dia tidak berfikir dua kali sebelum meluru masuk ke dalam banggunan yang terbakar itu.
Di hadapannya, ada mangkuk yang telah kosong. Dia baru sahaja habis makan tengah hari.
Ali pulak, ditempatkan di katil sebelah Boboiboy selepas Boboiboy sedar semalam.
Mereka boleh keluar petang nanti, selepas dibenarkan doktor.
Ali sedang tidur nyenyak di sebelahnya. Boboiboy hanya ketawa kecil melihat Ali yang tidur macam tak tidur setahun. Dengan berengkurnya, dengan gaya gymnastik tahap antarabangsanya, dengan air liur basi lagi.
Boboiboy : Haih.... bila boleh keluar ni? Aku tak nak duduk sini......
Boboiboy, sejujurnya, bencikan suasana hospital.
Dia sudah beberapa kali tersangkut di hospital, tidak kiralah di buminke, di angkasa ke, disebabkan tindakkan terburu burunya melawan alien jahat, dan berakhir tercedera.
Selain kena bebel dengan atasannya, dia juga di bebel kawan kawannya, Tok Aba, Ochobot, dan mak nya sendiri, secara face call.
Dia lega juga sebab kali ni tiada sesiapa yang membebelnya, tak macam selalu. Tapi, apa yang dia benci kali ni, adalah, mereka tak habis habis minta maaf kepadanya.
Dia yang sepatutnya minta maaf kepada mereka kerana buat mereka risau. Itulah apa yang dia katakan dalam hatinya.
Boboiboy ingin turun dari katilnya, tetapi dihentikan oleh Ghazali.
Ghazali : Boboiboy? Nak pergi mana tu? Kamu belum boleh gerak banyak banyak lagi. Kamu kena rehat.
Boboiboy : Saya ok lah Pak cik. Saya nak pergi tandas je.
Ghazali : Nak Pak cik teman kan ke?
Boboiboy : Eh eh, tak pe tak pe. Boboiboy dah besar lah. Boboiboy boleh pergi sendiri. Lagipun bukannya jauh.
Ghazali : Haih, yelah. Hati hati.
Boboiboy pun turun dari katil, dan jalan berhati hati ke tandas.
Entah apa lah jadi dekat dia selepas dia pengsan, sebab kaki dia rasa sakit sangat nak bergerak.
Dia ingatkan tangan dia je yang tercedera waktu tu.
Dia pun masuk ke dalam tandas, dan membuang hajat.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Boboiboy berjalan kembali ke biliknya selepas siap membuang hajat.
Dia naik ke katil kembali, dan melihat Ali sudah terjaga, walaupun masih mamai mamai lagi.
Ali : Erm.... Boboiboy? Kau nak pergi mana tu? Kau kan kena rehat.
Boboiboy : Aku pergi tandas je. Aku pun nak regangkan sikit otot kaki aku ni. Seharian ta berjalan langsung semalam. Lagi lagi kau. Dah lah terseliuh tu.
Ali : Malas aku nak berjalan. Karang tersadung jatuh tangga, naya aku.
Boboiboy : Yelah yelah.
Boboiboy pun naik kembali ke katilnya, dan baring perlahan lahan.
Boboiboy : Haih..... ingatkan boleh dapat luangkan masa biasa macam selalu dengan kau tanpa masalah. Tapi, nampaknya dunia memang benci tengok kita berseronok, kan?
Ayat itu tiba tiba sahaja keluar dari mulut Boboiboy, membuat Ali tercengang sementara.
Ali : A..... apa maksud kau?
Boboiboy : Tak ada apa apa. Cuma, aku harap yang semalam akan jadi hari yang istimewa untuk kita, macam yang Papa kau nak kan. Tapi, haih, takdir Tuhan lain.
Boboiboy menutup mata, mengingat kembali dah berapa kali dia tercedera disebabkan melawan alien alien jahat di luar sana, sampai dia juga lupa yang dia baru sahaja 15 tahun.
Dia harap dia boleh putar waktu semula, pada hari itu.
Hari dimana Ochobot memberinya kuasa.
Dia berfikir, sekiranya dia menolak jam kuasa itu pada waktu itu, adakah kehidupannya akan kembali normal, dan membosankan seperti waktu dia kecil dulu?
Adakah bumi sekarang sudah ditakluk Adudu?
Dia cuma berharap yang dia sekurang kurangnya boleh berehat sementara dari dunia superhero ni. Dah dapat peluang, dia tersangkut dengan M.A.T.A pulak.
Nampaknya dia tidak boleh lari dari dunia superhero ini.
Boboiboy : Haih.......
.
.
.
Boboiboy dan Ali sedang bermain game di telefon dan tablet masing masing, untuk menghabiskan masa, menunggu masa mereka boleh keluar dari hospital itu.
Boboiboy pun kesusahanlah, sebab tangan sebelah dia dah jadi mumia.
Boboiboy : Haihs! Mana aci! Tangan aku sebelah dah berbalut macam ni!
Ali : Aci kat India!
Boboiboy memasang muka cemberut tak puas hati dengan Ali.
Uncle Bakar dah hilang, ken panggil misi tiba tiba. Dia kata kat Pak cik Ghazali yang dia pulang ke Cyberaya dulu, sebab ada hal.
Selamat tiket kapal terbang Jeneral yang bayarkan. Kalau tak, hm, bangkrup Uncle Bakar nak bayar tiket kapal terbang.
Yelah, Abang Ipar dia yang bayarkan untuk datang ke sana, bukan dia.
Tiba tiba, Ghazali masuk ke dalam bilik itu.
Boboiboy tidak sedar yang Pak cik Ghazali tidak ada waktu dia masuk tadi.
Ghazali : Boboiboy, kamu ada tetamu.
Boboiboy : Huh? Tetamu? Siapa?
Ghazali berjalan ke tepi, dan terlihat sosok seorang lelaki dewasa, memasuki bilik itu, bersama dengan sebuah robot terbang merah di sebelahnya.
Mata Boboiboy terbungkang luas melihat wajah lelaki itu.
Boboiboy : A-A-A.........
Tidak sempat Boboiboy menghabiskan ayatnya yang terkedu, lelaki itu berlari ke arah Boboiboy, dan memeluknya erat.
Boboiboy tercengang, dengan tindakkan tiba tiba itu. Badannya kaku, tidak tahu mahu membalas pelukkan itu ataupun tidak.
Ali juga tidak faham.
Siapa lelaki ni? Kenapa di tiba tiba peluk sepupu dia?
Tetapi, Ali melihat tangan Boboiboy tersekat sekat, ingin memeluk juga lelaki yang memeluknya itu.
Ali : Boboiboy?
Boboiboy kehilangan kewarasannya sementara. Air mata tidak berhenti mengalir dari mata perangnya.
Boboiboy : M-m-ma.......
Boboiboy kehilangan kata sama sekali. Dia tidak dapat berkata apa apa.
Lelaki itu mengusap perlahan lahan belakang badan Boboiboy, seperti membiarkan Boboiboy melepaskan semuanya.
??? : Shhhh......
Boboiboy : A..... ma......
??? : Lepaskan nya je, sayang. Lepaskan sahaja.......
Boboiboy bertindak seperti kanak kanak ketika itu. Dia tidak dapat menahan perasaannya sama sekali.
Boboiboy : A-A-Ayah? Mechabot? Kenapa.........
Boboiboy akhirnya membalas pelukkan Amato. Boboiboy betul betul tidak berhenti dari menangis. Pelukkannya langsung tidak kelihatan mahu melepaskannya.
Robot yang terbang di depan Ali, kelihatan merakam adegan itu. Siapa lagi kalau bukan Mechabot. Ali melihat robot itu tersenyum, kemudian memandang ke arahnya.
Mechabot : Ali, kan?
Ali : H-haah.....
Mechabot : Hm, pantas masa berlalu.
Ali tidak memahami apa yang Mechabot cuba katakan, dan menoleh semula, memandang ke arah Boboiboy yang masih menangis di dalam pelukkan Amato.
Boboiboy : K-kenapa Ayah-hisk-dekat sini?! Ayah-Ayah tak patut tengok Boboiboy dalam keadaan ni! Boboiboy-hisk-Boboiboy belum dalam keadaan baik lagi!
Amato mengusap lembut kepala anaknya, tahu sangat yang anaknya tidak suka dia lihatnya dalam keadaan sakit.
Amato : Kenapa? Ayah tak boleh datang jenguk anak sendiri ke?
Boboiboy : T-tapi-
Amato : Shhhh........ Ayah datang sebab ayah dapat kabar yang anak ayah ni sakit. Tak boleh ke?
Boboiboy : Tapi Boboiboy....... hisk........
Boboiboy sejujurnya masih tidak bersedia mahu berhadapan dengan Ayahnya lagi. Dia masih takut.
Dia takut Ayahnya marahkan dia sebab tak dapat selamatkan seorang pun mangsa, tanpa tercedera di dalam prosesnya.
Dia takut ayahnya memandang rendahnya.
Tapi, itu bukan niat Amato.
Amato risaukan sangat anak semata wayangnya itu. Bila dia dapat tahu yang dia terlibat dalam kebakaran, walaupun sepatutnya ia aman aman sahaja, pasti membuatkan dia panik.
Sekiranya dia tidak rasakan itu, ayah apa jenis dia ni?
.
.
.
.
.
.
.
.
Dekat dah nak 10 minit macam tu, Amato rasakan yang pelukkan Boboiboy sudah semakin longgar.
Bila dia menarik badan anaknya, rupa rupanya dia tertidur.
Amato tergelak kecil. Mesti Boboiboy kepenaan menangis tadi.
Perlahan lahan, dia baringkan badan anaknya, dan selimuti badan kecil anaknya itu.
Amato mencengkak pinggang, sebelum melihat ke arah Ali.
Amato : Boboiboy yang selamatkan kamu kan, Ali?
Ali tersentak bila namanya disebut oleh pak cik tua di depannya itu.
Ali : M-macam mana Pak cik tahu.......
Ghazali berjalan ke sebelah anaknya, dan memegang bahunya.
Ghazali : Ali, ini adalah Encik Amato. Ayah Boboiboy. Pak cik kamu.
Mata Ali terbeliak memandang ayahnya, sebelum memandang Amato semula.
.
.
.
Flashback hari semalam.
Ghazali merasa kesal bila abang iparnya mematikan panggilan begitu sahaja.
Ghazali : Tsk..... jangan kata yang Abang nak datang sini?
Ghazali memandang ke belakang, melihat anaknya dan anak buahnya sedang rancak berborak, dan tersenyum nipis, merasa gembira.
Boboiboy yang perasan Pak Su nya itu memandang mereka, memandang ke arahnya.
Boboiboy : Pak cik? Ada apa apa tak kena ke? Siapa Pak cik telefon tadi?
Ghazali : Tak ada apa apa. Cuma kenalan Pak cik sahaja. Korang berdua rehat elok elok tau? Esok baru kamu berdua boleh keluar dari hospital ni.
Ali : Hah? Esok? Jadi Ali tak pergi sekolah lah esok?
Ghazali : Tak. Papa dah minta cuti dua hari untuk kamu, sebab kaki terseliuh kamu tu.
Ali bersorak gembira sebab tak yah sekolah.
Ali : Yayyyy! Tak yah sekolah!
Boboiboy yang di tepi, dah bersedia nak rosakkan kegembiraan Ali.
Boboiboy : Eh eh eh, jangan gembira sangat~ kerja sekolah kau banyak tak siap lagi. Hah, esok kita balik, aku jadi guru kau. Kalau kau tak siap sebelum Selasa, aku rotan!
Boboiboy berlagak seperti cikgu, sengaja mahu membuat Ali takut. Tapi, ianya tak berkesan untuk Ali. Ali malah marah, bukan takut.
Ali : Alah kau ni, baru nak seronok dapat cuti!
Boboiboy : Hehehe, sori nak lori~
Ali : Hm. *muka malas* Yelah, aku siapkan nanti. Jangan rotan aku sudah. Karang malam malam aku campak kau keluar tingkap, tidur luar.
Boboiboy : Yelah Boss Kenit~
Boboiboy tak takut sebab dia tahu Ali tak larat nak angkat dia.
Mereka berdua ketawa lagi.
Keesokkan harinya tiba, tepat selepas Boboiboy keluar dari bilik ingin ke tandas.
Ghazali mendapat panggilan dari kaunter utama, mengatakan ada tetamu datang nak melawat.
Ghazali pergi ke tingkat bawah, dan terus ke kaunter utama.
Ghazali : Ya Puan? Siapa yang nak lawat anak- sa...... ya....
Terus sahaja ayat Ghazali tergangtung, melihat siapa yang berada di sana.
Siapa lagi kalau bukan Amato dan Mechabot.
Mereka berdua berdiri dan melayang tegap di depannya, dan ada aura sendiri, yang membuat Ghazali mengeluh kesal.
Ghazali : Abang..... betul betul datang......
Amato : Mestilah Abang datang. Anak Abang pun sama masuk hospital juga.
Amato tahu yang Ghazali tidak mahu dia di sana, tapi, sekarang ini, dia hanya mahu melawat anaknya.
Akhirnya, setelah sekian lama, dia akhirnya dapat melawat anaknya.
Dia berdebat keras dengan Maskmana dan Laksamana Tarung supaya dia diberi cuti untuk pulang ke bumi.
Lama juga, dia siap acu pistol, ketiga tiganya.
Dan akhirnya, Laksamana Tarung pasrah, dan memberi Amato cuti.
Walaupun pangkat mereka sama, Amato masih lagi junior kepada Laksamana Tarung dan Maskmana, membuatkan dia berasa seperti bawahan kepada mereka.
Tanpa buang masa, dia terus tarik Mechabot, dan mereka terus terbang pulang ke rumah dengan kelajuan penuh.
Mechabot : Macam mana mereka berdua? Parah ke kecederaannya?
Ghazali : Nak kata tak parah tu, memang tipu lah. Ada beberapa luka bakar, dan tangan kana Boboiboy retak, dan terpaksa disimen. Kaki Ali pula terseliuh akibat dihempap batu bata dari bumbung yang runtuh.
Amato melepaskan nafas lega, mengetahui anaknya tidak separah yang dia ingatkan.
Amato : Mereka memang kuat......
Ghazali terkedu, tidak tahu mahu berkata apa. Sudah lama dia tidak bercakap depan depan dengan abang iparnya itu. Biasanya secara face call sahaja, setiap kali raya.
Ghazali : Mari. Saya tunjukkan jalan ke bilik mereka.
Mereka bertiga pun berjalan pergi, menuju ke tingkat bilik Boboiboy dan Ali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ali memandang ke arah Amato, dan menelan ludah kelat.
Ali : Jadi..... Pak cik lah Ayah Boboiboy?
Amato terketawa kecil, melihat Ali teragak agak ingin bercakap dengannya.
Amato : Betul Ali. Dah lama Pak cik tak datang jenguk kamu. Dah besar panjang ya sekarang ni?
Ali : Hm! Betul! Ali banyak minum susu tau!
Ali bangga jap kena panggil besar dan panjang sebab orang lain biasa panggil dia pendek je.
Amato dan Ghazali hanya mampu ketawa melihat Ali itu.
Amato : Bagitahu Pak cik. Boboiboy jadi budak baik ke selama dia bersama dengan Ali?
Ali menelengkan kepalanya, mendengar soalan tiba tiba Amato itu.
Ali : Ya, sentiasa. Sebelum Ali dapat tahu yang dia sepupu Ali, dia dah bertinkah macam abang Ali sendiri. Ali tak tahu kenapa dia sangat baik dengan Ali, walaupun kitorang baru berjumpa, tapi, ya, dia memang kawan yang baik, yang semua orang mampu miliki.
Amato sangat senang mendengar perkara itu. Dia membelai lembut kepala Boboiboy, dengan senyuman sayu di wajahnya.
Amato : Pak cik rindukan kamu sangat, Ali. Pak cik teringat dulu kamu berdua main bersama waktu bayi. Maafkan Pak cik sebab tak melawat kamu langsung.
Ali : Tak, ianya bukan salah Pak cik. Boboiboy pernah cerita dekat Ali, sebab kenapa Pak cik jarang balik disebabkan Pak cik sibuk kerja sebagai duta.
Ali memandang Boboiboy, dan memandang ke Amato semula.
Ali : Kenapa.... kenapa Boboiboy nampak sedih sangat waktu Pak cik peluk dia tadi? Saya tahu, mesti sebab rindu, tapi, kenapa tangisan dia tadi tu.... macam..... dia kesakitan, jumpa dengan Pak cik semula?
Amato tersentak, mendengar soalan Ali.
Mechabot memberikan senyuman sinis ke arah Amato, nak lihat macam mana Amato jelaskan pada anak buahnya itu.
Amato mengambil nafas, sebelum duduk di atas katil Ali.
Amato : Ada..... benda yang berlaku antara kami berdua.
Ali : Benda?
Amato : Ya. Pak cik tak mampu jadi ayah yang baik untuk dia, tapi, dia sentiasa maafkan Pak cik untuk itu, walaupun Pak cik lakukannya lagi, dan lagi, dan lagi. Tapi, nampaknya Pak cik salah. Dia masih lagi, tak maafkan Pak cik sepenuhnya......
Suara Amato menjadi sayu, menjelaskan lagi yang dia memang tengah rasa bersalah ketika itu.
Ali faham maksud Amato. Melihat macam mana Boboiboy menangis tadi, memang kelihatan jelas, apa yang Amato cuba katakan.
Amato : Dia selalu berlagak kuat, kerana tidak mahukan sesiapa risaukan pasal dia. Dia tak mahu Pak cik berada di depan dia sekarang, disebakan dia bukan dalam keadaan yang orang boleh katakan "baik". Sebab tu dia terkejut besar tadi.
Ali mengangguk faham, dan melihat ke arah Boboiboy kembali.
Ali : Boboiboy..... selalu macam ni ke?
Amato hanya mengangguk, tapi itu sudah menjadi jawapan untuk Ali.
Amato : Terima kasih ya Ali.
Ali : Huh? Terima kasih?
Amato : Hm. *angguk* Terima kasih, sebab jaga anak Pak cik sepanjang dia di Cyberaya.
Ali terkedu.
Ali menggeleng, dan tersenyum.
Ali : Tak. Sepatutnya saya yang berterima kasih dengan Boboiboy.
Amato memandang ke arah Ali, tapi Ali membalasnya dengan senyuman.
Ali : Dia selalu berlagak seperti abang kepada saya. Dia selalu mempertahankan saya, ketika saya ada masalah. Dia memang ada masalah, nak berkawan dengan saya mula mula, tapi, bila dia dah selesa dengan saya macam sekarang, dia....... hm...... Pak cik memang dah besarkan dia dengan baik.
Mulut Amato tertutup rapat, mendengar ayat terakhir Ali.
Tak.
Tak, ianya tak benar.
Amato langsung tak rasakan yang dia buat perkara itu untuk Boboiboy.
Anaknya membesar sendiri tanpa dirinya di sisinya dengan sebuah tanggungjawap yang dia sendiri tak mahukannya.
Boboiboy cuma mahu hidup dan luangkan masa dengan Tok Aba sahaja. Tapi, waktu itulah, Ochobot masuk ke dalam hidupnya.
Amato : Tak.....
Ali memandang ke arah Amato dengan wajah penuh tanda tanya.
Amato : Pak cik memang berharap yang ianya benar. Tapi..... haih........
Amato memandang ke Ali, dan mencuba mengalih tajuk.
Amato : Cerita lah, Ali. Apa je yang kamu berdua buat bersama sepanjang masa tu?
Ali nampaknya berjaya termakan umpan Amato, dan menceritakan kesemua benda yang berlaku, dan hanya didengati oleh Amato.
.
.
.
lebih kurang 2 jam kemudian, Ali turut tertidur, kepenatan.
Dia berborak rancak dengan Amato, termasuk juga mahu berkenalan dengan Pak ciknya itu lebih rapat.
Amato sangat senang hati, mendengar kesemua cerita itu datang daei mulut Ali.
Pertemuan pertama itu nampaknya berjalan dengan lancar.
Ghazali kelihatan berjalan, dan berdiri di sebelah Amato.
Ghazali : Jadi.... Kak Aisyah..... ada datang sekali ke?
Amato memandang ke arah Ghazali, yang memberikan muka tidak senang hati kepadanya.
Amato tersenyum, dan menggelengkan kepala.
Amato : Tak. Dia tak datang.
Ghazali : K-kenapa?
Amato : Sebab Abang tahu yang kamu tak akan mampu nak berhadapan dengan dia lagi.
Ghazali terkedu, dan menunduk ke bawah.
Ghazali : Maafkan Zali..... kalau bukan sebab Zali, Kak Aisyah......
Amato menggeleng lagi, dan memegang bahu Ghazali.
Amato : Tak, ianya bukan salah Zali. Abang dah bagitahu pada dia, yang Abang akan rakam kesemua benda yang berlaku, dan tunjukkan pada dia nanti.
Walaupun Amato berkata begitu, dia masih lagi rasa bersalah. Dan Amato tahu akan itu.
Amato : Terima kasih ya, Zali. Sebab dah jaga anak Abang dengan baik. Kamu memang Ayah yang baik.
Ghazali yang mendengar kata kata Amato, terketawa kecil.
Ghazali : Tak. Zali sama macam Abang. Kita sama sama bukan bapa yang terbaik untuk mereka.
Mereka berdua melihat ke arah anak masing masing, dengan wajah sayu.
Amato : Tapi kita dah berusaha.
Ghazali menggangguk.
Ghazali : Kerja kita memang bencikan kita, kan?
Adik beradik ipar itu pun duduk bersama, melihat anak mereka terlena, dengan senyuman di wajah mereka.
.
.
Seketika kemudian, lewat petang, Mechabot kembali ke bilik, dan mengatakan yang dua bebudak tu dah boleh keluar.
Mereka pun mengejutkan mereka, dan membawa mereka pulang, ke Cyberaya.
Ghazali dah tempahkan tiket dah. 2 jam selepas mereka keluar dari hospital, mereka pun terbang, ke Cyberaya.
2768 perkataan
Hohohohok-
*lompat masuk kuali, jadi ikan keli*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top