Misi : Pulang
Ali seperti terkaku di muka pintu, sebaik sahaja mendengar apa yang Boboiboy baru katakan.
Ali : Balik Pulau Rintis? Hari ni? Apa maksud kau?
Boboiboy mengangkat telefonnya yang masih ada nama Fang, dan tunjukkan ke Ali.
Boboiboy : Kawan aku, Fang, telefon aku. Ada masalah dekat sana, yang perlukan aku untuk pulang ke sana hari ni jugak.
Ali : Ooooo, kalau macam tu, tak apa lah. Aku ingatkan apa.
Boboiboy : *pegang bahu Ali* Aku tahu ini tiba tiba, tapi aku janji dalam seminggu, aku balik sini semula. Tapi aku tak janji tepat 1 minggu, ok?
Wajah Boboiboy seperti sedang terkejar kejar sesuatu, membuatkan Ali ternaikkan satu keningnya.
Ali : Ok? Kenapa kau macam terdesak sangat pulak ni? 1 minggu je pun.
Boboiboy : Aku tahu, cuma.... ah! Tak perlu fikir pasal tu. Boleh tolong aku kemas barang aku kejap tak?
Ali sampai terteleng kepala tengok Boboiboy ni. Tapi, akhirnya dia gelengkan kepalanya dan berjalan mendekati Boboiboy.
Ali : Ok!
Ali pun membantu Boboiboy mengemas barang barangnya ke dalam beg dan bagasinya.
Ali tengok jam dinding di biliknya. Baru pukul 11 pagi.
Ali : Pukul berapa kau kena bertolak ke Pulau Rintis?
Boboiboy tak memandang Ali. Dia kelihatan fokus mengemas semua barang barang dia.
Boboiboy : Kalau boleh, secepat yang boleh.
Ali : Penting sangat ke benda tu sampai hari ni kena balik terus?
Ali bertanya begitu, sebab, walaupun gerakkan Boboiboy santai, dia masih lagi terlihat tergesa gesa, seperti ada sesuatu yang membuatnya risau.
Boboiboy : Entahlah. Tapi, yang pasti, diorang perlukan aku. Maaf ya, Ali.
Boboiboy tersenyum kekok sambil berpaling ke Ali, meminta maaf kepadanya. Ianya hanya membuat Ali makin pelik dengan perangai Boboiboy ni.
Ali : Hm? Kenapa kau nak minta maaf pulak? Kau tak buat salah apa pun?
Boboiboy : Sebab tak mampu nak bersama kau untuk seminggu ni. Ayah aku minta aku tinggal dengan kau, tapi aku terpaksa balik secara tiba tiba pulak. Ehehehe......
Boboiboy nak sahaja kata perkara sebenar, tapi, tanggungjawap dan amanah itu lebih penting.
Ali : Tak ada hal lah. Aku tak akan sunyi pun. Viktor selalu bawak adik dia duduk rumah aku sesekali seminggu. Percayalah, adik dia tu memang tukang buat sepah.
Boboiboy : Ahahahaha!!! Terbaik!
Ali : Ok! Itu kesemua barangnya! Aku turun bawah dulu, bagitahu Uncle yang kau kena balik hari ni.
Boboiboy : Ok! Terima kasih!
Setelah Ali keluar dari bilik dan turun ke bawah, Boboiboy mengangkat kesemua beg beg nya.
Sebelum dia sempat beredar dari bilik itu, dia terlihat kalender yang ada di atas meja Ali.
Boboiboy : Huh?
.
.
.
.
.
.
.
.
1 jam kemudian, setelah menberitahu Ayah Ali dan sebagainya, Uncle Bakar dan Ali menghantar Boboiboy ke stesyen kereta api yang sama ketika Bkboiboy baru tiba pada hari pertama dulu.
Boboiboy : Terima kasih Uncle, dah tolong hantarkan saya!
Bakar : Hehe, tak ada hal lah! Perkara kecil je pun. Lagipun, kau boleh ke nak bawak bagasi kamu tu naik motor?
Boboiboy : Er.... tak tak! Ehehehe.....
Bakar : Ada apa apa lagi ke yang kamu perlukan? Air? Makanan? Mana tahu kamu lapar masa perjalanan nanti. Jauh tu nak sampai Pulau Rintis.
Boboiboy : Tak. Saya dah ada semua dah.
Ali : Jaga diri baik baik kau Boboiboy! Jangan hilang atah pulak tanpa aku!
Boboiboy : Banyak cantik mulut kau.
Ali : Ehehehe. Gurau gurau.
Boboiboy : Kereta api patut tiba tak lama lagi. Uncle dan Ali dah boleh balik.
Ali : Tak apa ke? Tak perlu kami temankan ke?
Boboiboy : Tak perlu. Aku bukan budak kecik lah. Aku lagi tua dari kau, ok?
Ali : Oh, lupa. Ehek. *ketuk kepala lembut*
Bakar : Ok, baiklah, kami pergi dulu ya? Kalau dh sampai sana nanti, jangan lupa telefon tau.
Boboiboy : Hehehe, baik Uncle! Jumpa lagi nanti!
Uncle Bakar dan Ali pun akhirnya beredar pergi dari stesyen kereta api itu.
Secara drastis, senyuman Boboiboy memudar, meninggalkan wajah yang datar.
Boboiboy mengeluarkan telefonnya, dan menetaip sesuatu, sebelum beredar pergi dari stesyen kereta api itu juga.
Di ruangan sunyi, dia memasukkan semua bagasinya secara maya ke dalam sebuah butang sebesar telapak tangannya.
Ianya adalah alatan baharu yang dicipta oleh Ejen Tekno M.A.T.A untuk memudahkan mereka membawa barang yang besar bersama mereka. Dan Boboiboy mencuri satu daripadanya.
Yes, curi. Yang hebatnya, Ejen M.A.T.A masih tidak sadarinya.
Selepas siap, dia menyimpan butang itu ke dalam poket seluarnya, dan mula keluarkan motornya dari jam kuasanya.
Boboiboy naik ke atas motornya, dan mula memecut pergi dari kawasan bandar.
.
.
.
30 minit kemudian, Boboiboy memutar arah dari jalan, masuk ke dalam hutan.
Semakin lama, dia semakin jauh masuk ke dalam hutan.
Sehinggalah, terlihat satu cahaya datang dari hujung jalan.
Boboiboy memecut ke depan, dan akhirnya dia keluar dari kawsn hutan itu, tembus ke kawasan pantai yang sunyi.
Tayar motor Boboiboy yang memang dikhaskan untuk terbang, memecut seperti bot laju di atas air.
Boboiboy menuju ke sebuah pulau sedikit jauh dari daratan Cyberaya.
Sampai di Pulau itu, Boboiboy menyimpan motornya, dan mengeluarkan telefonnya kembali.
Boboiboy : Aku dah sampai.
Sebaik sahaja Boboiboy berkata begitu, muncul angin yang kuat dari atas, membuat Boboiboy memandang ke langit.
Mode halimunan kapal angkasa itu akhirnya ditutup.
MYS Kebenaran Papa Zola.
Kapal angkasa itu mula menurun ke bawah, sehingga cukup untuk membuka pintu kapal angkasa.
Boboiboy melompat masuk ke dalam kapal angkasa itu, dan pintu pun tertutup.
Di dalam sana, ada kawan kawannya, Yaya, Ying, Gopal, Fang, Papa Zola, Cattus, dan Ochobot.
Gopal : Hah, Boboiboy! Sampai pun kau! Lama aku tunggu tau!
Boboiboy : Ehehehe, sorry. Susah nak minta Uncle Bakar dan Ali untuk pergi. Aku dah kata aku boleh pergi sendiri, tapi Uncle still nak hantar aku.
Yaya : Tak apa. Asalkan kau sampai, daripada tak sampai langsung. Kan Ying?
Ying : Betul! Hah, macam mana hidup lu dekat Cyberaya ni tanpa kitorang?
Boboiboy : Ok je, tak aadalah teruk sangat, cuma.....
Tak sempat Boboiboy habiskan ayatnya, Ochobot tiba tiba datang terbang melulu ke Boboiboy dan memeluknya kuat, sehingba Boboiboy terdorong sedikit kebelakang.
Boboiboy : E-eh?!
Ochobot : Boboiboy! Akhirnya kau balik! Aku rindu kau tahu tak?!
Boboiboy : Ahahahaha! Aku pun rindu kau jugak. Dh 3 minggu kita tak berjumpa. Kau sihat?
Ochobot : Semestinya lah. Aku kan robot!
Fang : Ochobot ni hah, dialah yang paling rindu dengan kau tau? Setiap hari tanya bila kau nak balik.
Boboiboy : Ya ke Ochobot?
Ochobot : Semestinya lah! Kau kan kawan aku!
Boboiboy : Ehehehe. Jadi, apa misi kita sebenarnya?
Fang : Komender akan beri keterangannya nanti. Kita just perlu bertolak ke angkasa dahulu.
Boboiboy : Baik!
Papa : Baik anak anak kapal! Semua duduk tempat masing masing! Kita akan mula bertolak ke angkasa!
All-Papa : Baik Kapten!
1049 perkataan
Ohohoho-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top