Misi : Permintaan Maaf

Mereka sedang berada di luar rumah sekarang ini.

Mereka sedang memberikan ucapan selamat tinggal terakhir untuk Amato dan Mechabot.

Boboiboy sudah merasa lebih baik selepas semalaman berehat.

Mechabot sedang memasukkan barangan ke dalam kereta, manakala Amato sedang menikmati saat saat akhir bersama anaknya sebelum terpaksa pulang ke angkasa.

Amato memeluk Boboiboy dan melutut di depan anaknya, sehingga paras kepala anaknya.

Amato : Boboiboy jaga diri baik baik ya? Kalau ada apa apa berlaku, jangan lupa untuk bagitahu Ayah ya? Kalau tak pun, bahitahu Mechabot.

Amato membetulkan baju Boboiboy yang sedikit berkedut itu.

Boboiboy : Hahaha! Boboiboy dah besar lah Ayah. Boboiboy tahu. Boboiboy boleh jaga diri sendiri. Kan Ayah sendiri yang suruh Boboiboy berdikari.

Boboiboy ingat lagi hari pertama dia terpaksa berpisah dengan Mak dan Ayahnya dulu, kerana dia berpindah ke Pulau Rintis bersama Tok Aba, dan Ayahnya suruh dia berdikari.

Dia tak faham kenapa, tapi, sekarang, dia tahu.

Amato : Ayah tahu. Tapi rasa macam baru semalam je anak Ayah ni baru pandai berjalan. Sekarang, tengoklah. *bisik* Anak Ayah dah jadi Superhero Galaxy.

Amato sejujurnya memang sangat bersyukur, dapat anak berani macam Boboiboy.

Dia tak sangka yang anaknya mampu menguasai kuasanya secepat itu, bila dia pertama dapat tahu yang anaknya dapat kuasa juga.

Dan sekarang, anaknya hampir dapat menguasai sepenuhnya kuasanya.

Boboiboy : Hehe. Itulah apa yang mereka selalu kata. *bisik* Superhero Galaxy, Penguasa Elemental, Penyelamat Galaxy, macam macam lah. Mesti Ayah tahu. Laksamana Mechamato.

Boboiboy terketawa kecil.

Ya, dia tahu yang Ayahnya juga adalah salah satu ahli TAPOPS.

Sejak bila?

Itu kita biar rahsia dahulu untuk Chapter kedepannya.

Amato meletakkan dahinya di kepala Boboiboy, sambil menutup matanya.

Amato : Boboiboy akan selamanya menjadi anak kesayangan Ayah. Ingat itu selamanya, ok?

Boboiboy hanya tersenyum, sambil menutup matanya.

Boboiboy : Boboiboy tahu. Kirim salam dari Boboiboy jugak ke Mak! Cakap Boboiboy baik baik je! Mak tak perlu risau!

Boboiboy tersenyum besar, membuatkan Amato tersengih bahagia.

Amato : Ayah janji.

Kedengaran suara Mechabot yang datang dari kereta mereka berdua.

Mechabot : *tutup bonet* Cepat lah Pak cik Tua! Aku dah siap masukkan semua barang, kau tak sudah sudah lagi!

Amato : Suka hati aku lah!

Mechabot pun terbang ke arah mereka berdua.

Mechabot : Dah, jom. Karang lambat lambat, boss kau marah pulak!

Amato : Yelah yelah, aku tahu lah!

Boboiboy pun menyalam tangan Amato dan Mechabot.

Boboiboy : Pandu baik baik tau! Mechabot, jangan bagi Ayah tertidur waktu pandu tau!

Mechabot : Semestinya!

Mechabot menjeling Amato sambil tersenyum jahat, dah ada banyak idea dalam kepala nak buat apa bagi Amato tak mengantuk sepanjang perjalanan.

Amato : Kau jangan nak mengada. Aku campak kau keluar kereta baru tahu. *muka malas*

Mechabot : Campak lah kalau berani. Kalau aku tak ada, kau tak berguna.

Hati Amato ditusuk jarum selepas Mechabot berkata begitu.

Mechabot pulak dah mengilai sebab berjaya memenangi pentengkaran itu.

Boboiboy pulak dah bersweatdrop, dah terbiasa dengan perangai dua ekor kat depan dia ni yang tak habis habis nak bergaduh.

Boboiboy : Erm.... saya rasa korang berdua patut pergi sekarang. Jauh perjalanan nak sampai sana ni.

Mereka berdua pun memandang ke arah Boboiboy, mengangguk, dan jeling satu sama lain semula.

Boboiboy : Adoi....

Mechabot pun terbang ke depan Boboiboy, dan usap kepala Boboiboy yang di lindungi topi dino itu kasar sampai rambut anak buah dia tu kusut dibuatnya.

Boboiboy : H-hei!!!

Boboiboy mencebit, manakala Mechabot hanya ketawa jahat.

Mechabot : Hahahaha! Well, selamat tinggal, budak. Jumpa lagi lain kali.

Mechabot pun terbang, dan masuk ke dalam kereta.

Amato pula memeluk Boboiboy untuk terakhir kalinya.

Amato : Selamat tinggal, sayang.

Amato pun turut berjalan ke dalam kereta.

Boboiboy tersenyum, memandang ke arah mereka.

Untuk terakhir kalinya, Boboiboy memberi tabik hormat TAPOPS ke arah mereka berdua.

Boboiboy melihat Ayahnya tersenyum, sebelum kereta mereka meluncur pergi dari sana.

Vroommm~!!!

Boboiboy menahan tabik TAPOPS itu cukup lama, walaupun kereta Ayahnya sudah hilang dari pandangannya.

Tiba tiba, tangannya menggeletar.

Dia mengemam kedua dua bibirnya, sambil perlahan lahan menanggalkan topinya, dan memandang ke tanah.

Titisan mutiara jernih jatuh satu demi satu dan mengenai bumi. Senyumannya masih tidak hilang, walaupun wajahnya sudah kelihatan

Boboiboy : Kalau..... kita dapat berjumpa lagi.....

Suaranya kedengaran serak dan sayu.

Boboiboy mengusap air matanya menggunakan lengan bajunya.

.
.
.

Apa yang Boboiboy tak sedar, ada yang memerhatikannya dari sebalik pintu.

Ali melihat Boboiboy sekeluarga dari awal sampai Amato dan Mechabot pergi.

Comot juga ada di sana, setia duduk di sebelah Ali.

Comot mampu melihat yang tangan Ali mengenggam kuat bingkai pintu rumah itu.

Wajah Ali kelihatan muram sejak siang tadi, dan Comot perasan akannya.

Comot mengeluh kecil.

Dia dah tak tahan mahu berdiam diri sahaja.

Comot : Ali, ikut aku.

Ali : H-huh? Pergi mana?

Comot : Ikut je!

Ali menelan ludah kelat, sebelum mengikuti Comot dari belakang.

Nada suara Comot garang, seperti dia marah padanya, membuatkan dia lagi takut.

Ala, korang tahu lah Comot tu macam mana. Karang dia tak ikut arahan, habis muka dia kena cakaran kasih sayang dengan Comot.

Mereka naik ke tingkat atas, dan menuju ke bilik Ali.

Mereka masuk ke dalamnya.

Comot : Kunci pintu.

Ali : B-baik.

Ali pun menutup pintu itu, dan menguncinya.

Comot pula melompat ke atas meja Ali, dan menutup tingkap dan langsir.

Bilik itu menjadi gelap, tetapi, selamatlah tak gelap gelita kerana masih ada cahaya yang samar samar menembusi langsir bilik itu.

Comot pun turun dari meja itu, dan berjalan ke arah Ali.

Dia melompat ke atas katil, dan melompat ke arah suis lampu, dan membukanya.

Comot mendarat, dan menghadap ke arah Ali.

Comot : Ok, aku tak tahu apa yang berlaku, tapi aku tahu memang ada benda yang terjadi antara korang berdua di belakang aku.

Comot kelihatan serius.

Ali : H-huh? Apa maksud kau?

Comot mendengus kasar.

Comot : Jangan cuba berpura pura jadi dungu. Aku mungkin tak satu latihan dengan kau semalam sebab aku latihan dengan Ejen Karya, tapi kau kena ingat. Aku satu rumah dengan kau.

Comot menenung tajam Ali, kerana dia tahu Ali akan menipu lagi. Jadi dia dari awal buatkan Ali takut untuk menipu.

Dan ianya berjaya. Ali dah teragak agak nak menipu sebab ini Comot yang dia berhadapan.

Comot : Aku mungkin tak rapat dengan Boboiboy, tapi aku selalu perhatikan kau dari jauh. Dan ini kali pertama, aku tengok kau tak bercakap langsung dengan budak topi oren tu sejak pertama kali dia tinggal dengan kita.

Ali mendecih ke tepi.

Dia lupa yang Comot juga Ejen, dan sangat peka dengan segala benda yang berlaku.

Terutamanya bila kawan sepasukan dia dan Comot adalah Alicia, salah satu Ejen Muda terbaik Teras Neuro.

Dan kawan baik Comot selain dirinya.

Comot : Jadi, cakaplah.

Comot dah keluarkan kukunya, bersedia kalau Ali masih tidak mahu bagitahunya perkara sebenar.

Comot duduk dengan sabar.

Ali dah mencuba untuk kawal kemarahannya.

Ali : Kalau aku bagitahu kau sekali pun, kau akan percaya ke?

Comot dah terteleng ke tepi, tidak memahami maksud Ali.

Comot : Percaya? Apa benda yang aku tak akan percayanya?

Ali mengeluh kesal. Dia tahu Comot tak akan faham tanpa bukti.

Ali : Kalau aku bagitahu, kau akan janji untuk simpan benda ni sebagai rahsia?

Giliran Ali pula untuk menjeling Comot dengan jelingan tajam.

Comot dah berpeluh bila Ali kelihatan sangat serius dalam hal ini.

Comot : Huh.... aku tak akan kata yang aku janji untuk simpan rahsia ni jika ianya adalah benda yang tak sepatutnya. Setuju?

Comot mengangkat tangannya.

Ali mengeluh seketika, sebelum menyambut tangan Comot.

Ali : Setuju.

.
.
.

Mereka berdua duduk di atas lantai, berhadap satu sama lain.

Satu sama lain tiada yang bercakap, membuatkan suasana menjadi sangat tegang.

Beberapa kali Comot lihat Ali mencuba mengelak dari bertembung mata dengannya.

Melihat yang tidak akan memulakan percakapan, membuatkan Comot mengeluh.

Comot : Fine, aku mulakan.

Comot membetulan duduknya, manakala Ali dah terkedu, mendengar kata kata Comot.

Comot : Benda ni.... berlaku masa latihan semalam ke?

Ali hanya mengangguk.

Comot : Ianya ada kena mengena dengan Boboiboy ke?

Ali mengangguk lagi.

Comot : Ada kena mengena ke dengan selepas apa yang berlaku di Cameron Highlands hari tu?

Ali mengangguk, tetapi membuka suara juga.

Ali : Bukan setakat yang berlaku di sana sahaja. Ada lagi benda lain yang berlaku sebelum tu. Tapi bukan pada aku. Pada Christ.

Comot faham, dan mengangguk.

Comot : Ada lagi selain tu?

Ali meneguk ludah kelat, sebelum membuka suara semula.

Ali : Tak.... tapi, sebenarnya, dari awal aku dah tertanya tanya, dan syak ada benda yang Boboiboy cuba sembunyikan dari kita. Dan apa yang berlaku semalam.... menjawap segalanya.

Ali memegang kepalanya, dan mengemam bibirnya, dengan wajah bersalah.

Dia masih lagi rasa bersalah dengan apa yang dia telah lakukan pada Boboiboy semalam.

Dia tak sepatutnya terima idea mereka. Dia sudah tahu yang ianya akan berangsur buruk.

Dia tahu macam mana rasanya diperlakukan sebegitu. Dia tak sepatutnya lakukannya hanya disebabkan dia pernah merasainya.

Dia baru sahaja merenggangkan hubungan dia dengan Boboiboy yang mereka berdua sudah berusaha kekalkan sejak satu bulan yang lepas.

Ali : Ini semua salah aku Comot.....

Comot dapat merasakan perasaan bersalah datang dari Tuannya itu.

Dia masih tidak tahu apa yang berlaku, tetapi, melihat riaksi Ali, dia tahu yang ianya bukan biasa biasa sahaja.

Comot : Apa.... yang kau dah buat?

Ali mengambil nafas dalam seketika, dan menghembusnya, sebelum teragak agak menceritakan hal semalam kepada Comot.

.
.
.

Lebih kurang 10 minit lamanya, Ali berjaya ceritakan semuanya dari A sampai Z ke Comot tanpa tertinggal apa apa info sama sekali.

Comot terkedu.

Dia tahu yang ianya perkara berat, tapi dia tidak sangka seteruk ini.

Comot : Kau... huh..... kau termakan ajakkan mereka lagi sekali?

Ali menunduk dengan perasaan bersalah.

Ali : .......Ya........

Comot mengeluh berat.

Comot : Huh..... itulah satu satunya masalah kau sekarang ini. Kau dah banyak berubah, tapi kau kena faham. Kau kena buat pilihan yang betul, dan jangan termakan ajakkan mereka.

Comot memarahi Ali dengan tegas.

Ali : A-aku dah cuba! Tapi diorang masih tidak mahu mengalah! Aku tak mahu lakukannya Comot, aku tak nak! Tapi pada masa yang sama, aku nak tahu jawapan dari soalan aku yang aku dah pendam lama dari awal kitorang berjumpa!

Comot : Itulah masalahnya! Ya, aku faham, kau nak tahu! Tapi cara kau tu! Kalau kau nak tahu sekali pun, perlu ke pergi sampai ke situ sekali?! Kau tak tahu, apa yang dia alami, sampai mahu sembunyikan semua itu dari korang semua!

Comot berjalan semakin mendekat dengan Ali, sambil menghentakkan kakinya ke tanah beberapa kali.

Ali : Aku tahu! Tapi aku tak mampu nak tunggu lama lagi! Aku dah cuba minimalkan kutukan aku, tapi mereka yang lain makin menambah nambahnya sampai aku terpaksa meneruskannya lagi sebab aku takut terkantoi!

Comot : Apa salahnya kantoi sekali pun?! Memang niat korang sendiri pun memang tak betul dari awal, kan?! Hah?! Nak bongkarkan rahsia orang lain hanya disebabkan korang ternampak benda yang dia cuba sembunyikan?! Kau ni apa?! Bodoh?!

Ali sedikit terasa dengan apa yang Comot katakan, tapi dia terpaksa menerima sahaja, kerana memang ianya salahnya.

Walaupun ianya bukan ideanya, dia masih terlibat sama, dan menerima idea Rudy itu.

Ali : Maaf kan aku, Comot......

Comot : Jangan minta maaf pada aku.

Comot memandang Ali dengan pandangan tegas.

Ali memahami apa yang Comot cuba sampaikan padanya.

Ali mengangguk perlahan.

Comot mengeluh kesal.

Comot : Haih.... tapi sekarang, dah tak boleh nak buat apa. Perkara dah terjadi. Kau masih lagi perlu meminta maaf kepada dia. Bukan kau sorang sahaja. Korang semua.

Ali mengangguk perlahan.

Ali : Jadi.... kau percaya lah ni?

Comot memandang ke arah pintu, sambil mengeluh kecil.

Comot : Haih..... memang susah nak percaya. Tapi, dengan cara yang cerita tadi dengan serius dan terdesak..... aku rasa aku boleh percaya. Tapi.... perlahan lahan lah.

Ali hanya tersenyum, dan mengangguk.

Tiba tiba....

.
.
.

Tok!

Tok!

Tok!

Ali, Comot : EPPP?!?!

Habis terkejut mereka berdua bila tiba tiba sahaja ada suara ketukan yang datang daripada pintu bilik Ali itu.

Ada suara datang daripada luar.

Ianya adalah Boboiboy.

Boboiboy : Er..... korang berdua ok ke kat dalam tu? Aku ada masak mushroom soup dekat bawah untuk sarapan kita hari ni. Untuk Comot aku dah rebus ikan untuk kau. Korang turun bawah ya?

Tiada suara yang membalas Boboiboy.

Ali dan Comot bersandar pada dinding, dan melihat satu sama lain.

Mereka berdua mengangguk.

Boboiboy : Er.... kalau macam tu, aku turun dulu ya? Kalau korang lapar, turun lah. Tapi jangan lambat lambat tau. Nanti sejuk pulak makanan kat bawah tu.

Baru sahaja Boboiboy ingin melangkah ke tangga, tiba tiba, pintu bilik itu terbuka.

Boboiboy : HMP?!?!

Boboiboy ditarik masuk ke dalam bilik itu.

.
.
.

Boboiboy : Adoi!!!

Boboiboy ditolak masuk dan membuatkannya terduduk di atas lantai.

Ali dan Comot menutup pintu, dan menguncinya.

Boboiboy sudah terpinga pinga melihat ke arah mereka berdua.

Dah lah dia tiba tiba kena tatik masuk bilik. Ni siap kunci lagi pintunya.

Dah rasa macam kena culik pun ada.

Tambah lagi bila Ali dan Comot melihat ke arahnya dengan tatapan dingin.

Boboiboy : Erm...... apa dah jadi ni?

Boboiboy dan menelan ludah kelatnya bila sahaja Ali berjalan mendekatinya.

Boboiboy : A-Ali?

Boboiboy ingatkan yang Ali mahu menyakitinya disebabkan semalam, jadi dia menutup matanya rapat rapat, kerana takut.

Tapi, Ali malah duduk di depannya dan bersujud di depannya.

Ali : MAAFKAN AKU BOBOIBOY!!!

Boboiboy yang terkejut, membuka matanya, tersentak dengan Ali yang tiba tiba meminta maaf kepadanya itu.

Boboiboy : K-kenapa kau nak minta maaf dengan aku?

Ali : Kau lupa?! Sebab semalam lah! Aku minta maaf sebab dah berkata kasar dengan kau, sampai buat kau sakit hati dan marah!

Ali tidak mengangkat kepalanya sama sekali. Suara Ali tidak kedengaran dia menipu sama sekali.

Boboiboy : Kenapa kau nak minta maaf? Kau tak buat salah pun! Apa yang kau dan yang lain cakap betul! Aku memang pendatang luar! Aku memang tak pandai tepati janji! Aku tak sepatutnya buat diri aku ni selesa dengan tempat ni! Aku tahu, yang aku tak akan selamanya jadi penduduk asli sini!

Boboiboy malah menentang permintaan maaf Ali.

Tapi, apa yang dia cakap benar.

Dia akan selamanya jadi pendatang luar yang tak tahu apa apa mengenai Cyberaya.

Dia cuma seorang kawan yang tak mampu tepati janjinya sendiri.

Dia keras kepala, ya, dia sedar akan itu.

Tapi dia cuma mahu selamatkan orang yang dia sayang sahaja.

Tapi setiap aksi ada akibatnya.

Dan dia belajar dari setiap akibat itu.

Tapi semua orang lupa yang dia masih lagi kanak kanak.

Dia juga lupa.

Ali : Tak! Kau salah! Kitorang salah! Kau bukan pendatang luar! Kau sepupu aku! Kau bukan tak pandai tepati janji! Kau dah lakukan yang terbaik untuk aku! Aku termakan perasaan ingin tahu aku! Aku tak sepatutnya ikut rancangan diorang! Aku minta maaf!

Ali mengangkat badannya, dan memegang kedua dua bahu Boboiboy, kelihatan terdesak mahu mendapatkan kemaafan dari sepupunya itu.

Boboiboy : R-rancangan? Apa maksud kau?

Ali sedar yang dia terlepas cakap.

Tapi, dia tidak menyesalinya. Boboiboy patut tahu yang ianya cuma rancangan bodoh sahaja.

Ali melepaskan bahu Boboiboy, dan duduk seperti duduk antara dua sujud, di depan Boboiboy.

Ali menelan ludah kelat, sebelum memulakannya.

Ali : Hari tu..... satu hari sebelum kita pergi Pahang tu...... Christ ada nampak mata kau berubah merah, waktu kau lawan dengan dia......

Mata Boboiboy terbeliak besar.

Dia menutup mulutnya, tidak menjangkakannya.

Dia tak perasan sama sekali yang matanya berubah merah ketika itu.

Tambah lagi, Christ perasan akan perkara itu.

Ali : Tambah lagi.... waktu kau selamatkan aku masa kebakaran hari tu..... sebelum aku pengsan.... aku ada nampak cahaya biru datang dari kau, dan baju kau berubah jadi warna kelabu. Dan macam ada aura sejuk datang dari kau.

Satu lagi tangannya naik menutup mulutnya.

Ali mampu melihat badan Boboiboy menggeletar sedikit, mengetahui yang Boboiboy tidak menjangka yang dia melihatnya.

Boboiboy merasakan dirinya sangat bodoh ketika itu.

Dia tidak memeriksa jika Ali betul betul pengsan sebelum dia bertukar.

Dia melakukan kesilapan lagi.

Boboiboy : Ali.... aku....

Boboiboy tidak dapat mengeluarkan suaranya.

Ali : Dan disebabkan itu.... kami semua.... buat satu rancangan untuk buatkan kau keluarkannya lagi sekali.... aku tak mahu menerimanya..... tapi pada masa yang sama aku dari awal rasa yang ada sesuatu yang kau cuba rahsiakan dari aku.... aku cuba untuk tidak termakan ajakkan mereka, tapi aku tak boleh tahan lagi!

Ali menghentamkan tangannya ke tanah, menunjukkan seberapa tertekannya dia waktu itu.

Ali : Dan aku tahu, yang tindakkan aku salah! Sebab tu, kau jangan nafikan apa apa lagi dengan aku! Jangan kata yang kitorang betul! Aku tahu kau marah, jadi, marah je pada aku! Marah aku! Tengking aku! Cakap je apa apa asalkan kau rasa lega semula!

Ali memegang bahu Boboiboy semula, dan menarik badan Boboiboy kasar.

Boboiboy terdiam.

Ali hanya mampu melihat mutiara jernih sahaja yang keluar dari mata Boboiboy.

Dia tidak mengatakan apa apa.

Boboiboy mengetap giginya, mencuba menahan perasaannya, tetapi, ianya sudah menguasai hatinya sebenuhnya.

Boboiboy berdiri, sambil melihat ke bawah.

Ali melihatnya dari bawah, terkedu melihat sepupunya yang tiba tiba berdiri itu.

Boboiboy : Berdiri.

Ali ter-flinch, dan cepat cepat bangun, dengan muka ketakutan.

Boboiboy masih lagi memandang ke bawah, membuatkan Ali memandangnya pelik.

Ali : B-Boboiboy?

Badan Boboiboy menggeletar kecil.

Tiba tiba, dia mengangkat kepalanya.

Wajahnya kelihatan marah.

Anak matanya berubah menjadi warna jingga menyala.

Dia mengangkat tangan kanannya kebelakang, dan menggenggamnya.

Muncul api di tangannya.

Ali terkejut besar, sampaikan dia terundur kebelakang, dan tersandar pada dinding.

Secara slow-mo, dia melihat tangan Boboiboy yang berapi, perlahan lahan, menghala ke arahnya.

Dia menutup matanya, menunggu apa sahaja yang dia akan terima dari sepupunya itu.

BOOMMMM!!!!!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ali ketakutan.

Badannya menggeletar ketakutan.

Tapi, walaupun dah lama terasa, dia tidak merasa sakit sama sekali.

Perlahan lahan, dia membuka matanya.

Ali : H-huh?

Boboiboy berada di depannya, tetapi, tumbukannya tidak mengenainya.

Dia melihat ke tepinya.

Tangan Boboiboy mendarat di tepinyal mengenai dinding, sehingga ada retak di sana.

Dia melihat ada sedikit asap yang datang dari tangan sepupunya itu.

Ali : K-kenapa......

Boboiboy mengangkat kepalanya.

Matanya sudah kembali normal.

Dia memberi senyuman kepada Ali.

Ianya membuatkan Ali terkedu.

Ali : K-kenapa kau tak tumbuk aku?

Boboiboy menurunkan tangannya dari dinding itu.

Boboiboy : Aku tak sekejam itu lah, Ali.

Senyuman Boboiboy menjadi kaku. Tapi, Boboiboy jujur.

Boboiboy : Aku faham. Aku pun salah kerana tak mampu nak sembunyikannya dengan baik. Aku pun dah tahu salah satu rahsia kau. Jadi, kita kira kosong kosong, ya?

Boboiboy mengangkat tangannya, ingin bersalaman dengan Ali.

Ali yang melihat hal itu, merasa tidak puas hati.

Dia tidak terus membalas salaman Boboiboy.

Ali : Kau...... haih..... kau ni terlalu baik, Boboiboy.

Ali memeluk dirinya sendiri.

Wajahnya kelihatan marah, tapi pada masa yang sama, kecewa.

Ali : Kau sepatutnya lebih tegas lain kali. Kau kena marah pada orang yang dah buat kau sedih. Dan bukan buat sebaliknya. Kalau mereka tak berhak lakukannya kepada kau, kau tak patut biarkan mereka lakukannya.

Boboiboy menurunkan tangannya perlahan lahan, sebelum mengusap lengan belah kirinya, dengan wajah kesal.

Ali : Tapi, aku faham.

Boboiboy : Huh?

Ali memandang Boboiboy dengan senyuman yang besar.

Ali : Kau cuma mahukan yang terbaik untuk semua. Walaupun kadang kadang ianya tak macam yang kau mahukan, tapi, kau dah cuba. Dan aku memahaminya.

Boboiboy perlahan lahan, tersenyum, setelah memahami apa yang Ali cuba katakan.

Boboiboy : Jadi.... kita berbaik?

Ali : Hanya kalau kau janji untuk tunjukkan aku semua yang kau ada tentang... well, benda tu.

Boboiboy mengangguk, dan mengangkat tangannya.

Boboiboy : Berbaik?

Ali tersengih.

Ali : Berbaik.

Mereka berdua bersalaman.

Boboiboy : Ow!

Boboiboy tiba tiba menarik tangannya.

Dia melihatnya. Tangannya berdarah.

Ali : Awch...... ni mesti sebab kau tumbuk dinding ni tadi..... Tak apa! Kita rawat dulu tangan kau, dan nanti baru kau tunjukkan aku kuasa kau.

Boboiboy mengangguk.

Comot yang dari tadi menyaksikan dua sepupu itu, duduk, dan tersenyum, melihat ianya berjalan dengan lancar.

Comot : Well... satu masalah selesai.

Ali menyuruh Boboiboy duduk di atas katilnya, dan dia pun merawat tangan sepupunya itu.
































3178 perkataan

WEEEEEE CERITA NI DAH SAMPAI 50 CHAPTER!!!!

Sebagai macam nak raikannya, korang boleh tanya apa apa soalan untuk Author dan Karakter dalam buku ni!

Author akan jawapnya pada chapter hadapan!

Letak soalan korang di sini!

[Soalan korang]

Bye-*masuk alam mimpi*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top