Misi : Perlabuhan
Boboiboy : WUHUUUUUUU AHAHAHAHA!!!
Boboiboy dan Viktor kembali merempit di atas jalan raya, dalam perjalanan menuju ke kawasan perlabuhan.
Boboiboy : Macam mana?! Kau suka tak?!
Viktor : Gila kau tak suka!!! Kau ni memang pandai bawak motor lah Boboiboy!!!
Yelah, budaknya baru 15 tahun, tapi dah bawak macam nak masuk pertandingan antarabangsa.
Biasalah, jiwa muda, ingin bebas, uhuk-
Tapi tak apa, ini semua latihan memandu bersama Kaizo dan Fang di litar yang seperti ingin bunuh diri-
Jadi, elak kereta tu semua dah seperti perkara biasa bagi kumpulan kawan kawan Boboiboy ini.
Tapi jangan buat dekat real life pulak eh anak anak? Kalau mati kemalangan Author tak tanggung. Uhuk-
Latihan seperti apa korang tanya?
Elak batu berapi yang datang dari gunung berapi yang meletus di Planet Volcania.
Elak jerung ngap di lautan di Planet Oceana.
Litar berputar tanpa hujung buatan TAPOPS sendiri.
Larikan diri dari didenda Laksamana Tarung sampai ke Matahari.
Dan macam macam lagi.
Kaizo kata ini untuk persediaan mereka kalau mereka kena misi merbahaya.
Tapi latihan dah rasa misi sebenar.
Viktor, tak kelihatan takut langsung walaupun mereka dah meluncur laju di atas jalan raya yang penuh kereta itu.
Yelah, bukan selalu dapat pengalaman merempit betul betul atas jalan raya dan hampir mati setiap saat.
Memang sedih, Ali tak dapat join, tapi dia juga mahu menikmati saat itu.
.
.
.
.
Tidak lama kemudian, mereka tiba di kedai Ais Krim yang berada berdekatan dengan Pelabuhan itu.
Dua bebudak itu memasing turun dari motor Boboiboy.
Viktor : Power lah kau ni, Ahahaha!!! Lain kali bawak aku rempit lagi!
Boboiboy pula hanya tersengih gembira melihat Viktor suka dengan persembahan langsungnya itu sambil menyimpan helmetnya kembali ke dalam jam kuasanya.
Boboiboy : Tak ada hal lah. Tambah lagiaku dah hafal keseluruhan jalan yang ada dekat Cyberaya ni! Jadi, kalau aku datang sini lagi, tak adalah aku sesat!
Memasing ketawa, sebelum mengambil langkah, masuk ke dalam banggunan kedai Ais Krim itu.
.
.
.
.
Kembali ke Ali, kita putar kembali waktu, ketika Ali berlari pergi dari Viktor dan Boboiboy dari kedai gunting rambut itu.
Ali : Adoiiii kenapa lah minah tu minta tolong aku?! Tak cukup manusia dah ke dekat Academy sana tu untuk mintak tolong sampai kena telefon aku?!
Ali terus dengan cepat pergi ke salah satu kedai basikal di sana, dan teru menyewa satu basikal dari sana.
Walaupun sempat terkial kial mahu naik mula mula, tapi Ali berjaya mengawal basikal itu, dan terus memecut menuju ke Academy.
Sempat lah jugak hampir terlanggar beberapa penduduk lain, tapi dia minta maaf tanpa pandang belakang langsung.
Sesampainya di Academy, Ali dengan muka cemberut berjalan menuju ke arah lokasi yang Alicia berikan kepadanya.
Dalam perjalanan, dia terserempak dengan Khai.
Khai : Hm? Oh! Hai Ali! Apa kau buat dekat sini? Seingat aku, Mentor tak ada panggil sesiapa untuk Misi atau latihan lagi, kan?
Ali : Hm? Oh hai Khai. Tahu. Aku datang sebab Minah Sempurna tu panggil aku suruh tolong dia. Kau pun, buat apa dekat sini?
Khai : Oh, er..... ehehehe.... R.O kena kejar dengan anjing dekat perumahan aku sampai rosak, jadi aku datang ke sini nak minta bantuan kecanggihan alatan M.A.T.A untuk baiki R.O.
Selesai sahaja Khai berkata begitu, R.O terus muncul dan berpusing pusing di kaki Ali.
Ali : Lah, sampai macam tu sekali? Hai R.O. Dah lah. Aku kena pergi dulu. Karang kena ceramah pulak dengan Si Alicia tu.
Ali melambai ke arah Khai dan berjalan pergi dari situ.
Khai : Bye Ali!!!
.
.
.
.
Ali akhirnya jumpa Alicia yang sedang berada di bilik latihan.
Alicia kelihatan sedang berlatih di sana.
Ali : Hah, masalah apa yang penting sangat tu sampai kena call aku?
Ali menanyakan soalan itu dengan nada sarcastic, masih tak puas hati harinya terganggu.
Alicia : Hah, baguslah kau dah sampai. Nah.
Alicia membaling sesuatu ke arah Ali, membuatkan Ali menangkapnya dengan tergopoh gapah akibat terkejut.
Ali : Op op op?!
Bila Ali melihat apa di dalam tangannya, dia melihat Yoyonya.
Ali : Kenapa kau bagi aku yoyo aku pulak ni?
Alicia : Aku nak kau pairing dengan aku. Aku nak cuba semua busur aku ni.
Dengan selambanya Alicia berkata begitu, ssambil mengeluarkan senjata busurnya.
Tapi, jawapan apa yang diterimanya dari Ali adalah, mulutnya ternganga luas seperti tidak percaya, sebelu menampar wajahnya sendiri.
Ali : Kau.... telefon aku jauh jauh... untuk datang ke sini..... semata mata...... nak aku BERLATIH DENGAN KAU?!?!?
Ali mula hilang sabar.
Tapi wajah Alicia masih kekal tenang.
Alicia : Kalau ya pun kenapa?
Ali : Kenapa kau tanya? Aku baru je nak luangkan masa dengan sepupu aku, dan dia nak bawak aku pergi ke kedai Ais Krim baru dekat dengan pelabuhan tu, tambah lagi, TAK ADA MISI, dan kau tiba tiba call aku suruh berlatih dengan kau?! Tak ada orang lain lagi ke yang kau boleh tanya?!
Alicia : Habis tu, kalau tak dapat pergi pun kenapa?
Ali tersentak dengan jawapan tenang Alicia itu.
Alicia : Kau boleh je pergi esok, dan lusa, dan hari hari berikutnya. Dan kenapa kau tak mahu berlatih? Kenapa? Rasa dah cukup hebat?
Ali terdiam. Dia hanya tunduk ke bawah, tidak mahu bertentangan mata dengan kawannya itu.
Alicia : Kita masih bukan sesiapa Ali. Kita masih Ejen Muda. Ejen dibawah latihan. Kita tak akan tahu. Entah sampai bila kita akan kekal sebagai Ejen Muda sehingga diakui Ejen sebenar oleh M.A.T.A. Terutama lagi, Ketua Teras.
Ali tidak melawan, kerana dia tahu Alicia betul. Dia cuma susah mahu mengaku yang dia salah.
Alicia : Kalau nak dapatkan kepercayaan Ejen Muda dan Jeneral je dah susah, apa lagi mereka. Kau lupa masa perlawanan Arena?
Ali : ....... ingat.....
Alicia : Hm. Jadi kita dah tahu yang ada yang lebih hebat dari kita di luar sana. Sebab itulah, aku nak kau, tak, kita, berlatih sehingga diakui di mata mereka.
Alicia mengeluarkan sesuatu, dan menghulurkannya kepada Ali.
Salah satu gasingnya.
Alicia : Jadi macam mana? Kau terima tawaran latihan aku?
Ali, terdiam sementara, melihat ke arah tangan Alicia itu.
Walaupun masih rasa direndahkan, dia tidak boleh menafikan apa yang Alicia katakan adalah benar.
Terutamanya, dia kena mula dari awal. Jadi Ejen dengan kekuatannya sendiri.
Dan dekat 6 bulan dia cuba, tapi dia percaya dengan apa yang orang katakan.
Ianya masih belum cukup.
Ali menyambut tangan Alicia itu, dan mengambil gasingnya.
Ali : Baiklah. Kau menang. Tapi, lepas latihan ni habis, kau kena ganti ais krim aku dengan nasi lemak tempoyak udang. Setuju?
Alicia hanya menggeleng sambil tersenyum.
Alicia : Yelah. Aku masih tak faham macam mana kau boleh telan benda tu.
Ali : Suka hati aku lah. Dah perut aku.
Kedua dua kawan itu pun tergelak pada satu sama lain, sebelum akhirnya mengambil posisi ingin memulakan latihan mereka.
.
.
.
.
.
.
Kita berpindah ke Pulau Rintis.
Kelihatan kawan kawan Boboiboy sedang melepak di Kokotiam Tok Aba yang sunyi dan tenang tanpa pelanggan lain kerana ditutup sementara sebelum petang.
Mestilah, hari tak akan lengkap tanpa penangan air hot koko dan ice coklat Tok Aba.
Kelihatan Ochobot yang sedang menyiapkan pesanan mereka.
Tapi.... wajah dia kelihatan suram, seperti ada sesuatu menggangu fikirannya.
Yaya, perasan akan kejanggalan itu.
Yaya : Ochobot? Kau ok?
Ochobot : Hm? Oh.... er.... aku ok. Tak perlu risau.
Ochobot menyambung membuat air, tapi wajahnya masih sama.
Gopal : Dey?! Macam mana kami tak perlu risau kalau wajah kau dah macam nangka busuk?! Cerita lah dey, kitorang kan kawan kau.
Ying : Hm! *angguk* betul apa Gopal cakap!
Ying meng-back-up kawannya, kerana dia tahu yang Gopal betul.
Tapi, Ochobot masih lagi kelihatan tidak mahu menceritakan perkata sebenar.
Gopal terdiam memandang Ochobot seketika sebelum mengeluh.
Gopal : Huh.... dengar sini jelah eh? Aku tak paksa kau terangkannya pun, cuma, apa yang kau patut tahu cuma, tak baik simpan masalah kau lama lama.
Gopal kemudian sambung meminum airnya, membiarkan Ochobot memikirkannya untuk seketika.
Ochobot : ....... huh, yelah yelah. Aku bagitahu.
Terus ketiga tiga mereka memandang ke arah Ochobot dengan muka teruja.
Yaya : Hah, ceritakanlah!
Ochobot meletakkan cawan yang sudah dia bersihkan di tempatnya, me-lap tangannya di apronnya, sebelum berhadapan dengan ketiga kawannya itu.
Ochobot : Aku cuma.... risau pasal Boboiboy....
Wajah Ochobot membenarkan lagi apa yang dia katakan.
Gopal : Risau pasal Boboiboy? Kenapa? Kau kan dah tengok, elok je dia dekat sana tu.
Yaya : Betul! Walaupun baru lepas terlibat dalam kebakaran, dia masih lagi nampak gembira!
Kawan kawan Boboiboy sudah tahu pasal perkara ini, selepas Amato memberitahunya kepada Tok Aba, dan Tok Aba memberitahu mereka.
Pada malam Boboiboy kembali ke rumah itu jugaklah kawan kawan Boboiboy video call denganya.
Memang macam macam soalan lah Boboiboy diserang oleh kawan kawannya itu.
Tapi, seperti biasa, Boboiboy memberitahu yang dia baik baik sahaja.
Ochobot : Aku tahu, tapi- aku masih rasa risau ok?! Dah lah dia sorang sorang dekat sana tanpa kita! Apa jadi kalau dia tergunakan kuasa dia dekat tempat ramai?!
Tanpa Ochobot tahu, Boboiboy sudah melakukannya pun.
Ying : Ala, rilex lah Ochobot! Ini Boboiboy yang kita sedang katakan! Kalau sekali pun dia terbuat, dia mesti ada jalan untuk baikinya!
Ochobot : Yang tu aku tahu, tapi, korang tak rasa apa apa yang pelik dari Boboiboy sejak semenjak ni? Macam, waktu dia terpaksa balik sebab misi dekat Planet Windara sebelum ni?
Mereka berpandangan satu sama lain, memikirkan apa yang Ochobot baru katakan.
Yaya : Bila kau katakan balik benda tu, memang ya. Dia macam, tertekan.
Gopal : Bila je dia tak pernah tertekan? Tambah lagi kuasa Blaze dia tu.
Dengan selamba je Gopal mengatakan itu sambil menyedut airnya.
Ying : Betul jugak kata Gopal tu.
Ochobot : Tapi, kali ni, tertekan dia tu, lain macam sikit. Dia ada kata juga, yang dia penat menipu. Pasal kuasa dia dan aku. Mesti dia penat tak dapat berkata benar pada mereka di sana. Kau tahu lah seberapa jujurnya budak tu.
Ochobot risaukan budak Boboiboy tu, bukan sebab apa. Dia tu kawan baik dia. Siapa je tak risau, kan?
Dah lah dia jarang berhubung dengan merek sepanjang berada di Cyberaya sana.
Wajah kawan kawannya, nampaknya tak dapat nafikan apa yang Ochobot katakan.
Gopal : Satu lagi....
Mereka memandang ke arah Gopal, yang tiba tiba bersuara.
Gopal : Korang tak rasa ke... budak Ali tu macam tarik Boboiboy pergi dari kita?
Mata mereka bertiga membesar mendengar ayat Gopal.
Gopal : Aku takut dia terlalu selesa dekat sana sampai tak mahu kembali ke sini lagi je.......
Wajah Gopal kelihatan muram.
Yaya, Ying dan Ochobot, dah terpandang satu sama lain, dengan muka ketakutan, takut apa yang Gopal katakan akan menjadi benar.
Yaya : T-tak kan lah. Ni Boboiboy yang kita katakan. Dia tak akan lupakan kita semudah tu. Kan, Ying?
Ying : B-betul betul! *angguk*
Tapi, wajah Gopal masih lagi kelihatan tidak puas hati.
Gopal : Korang pasti? Kau lupa ke kuasa dia bekerja macam mana? Kalau janji kecil sahaja dia mampu lupakan, apa lagi kita.
Gopal kelihatan frustasi.
Dia bukan tak mahu percayakan kawan baiknya itu, tapi.....
Dia masih risaukan sekiranya ianya benar.
Bukan dia cemburu yang Boboiboy sudah ada kawan baru di sana.
Well....
Mungkin dia memang betul betul cemburu.
Dia takut posisinya sebagai kawan baik Boboiboy akan diambil alih oleh Ali.
Memang kelihatan remeh, tapi, ianya perkara biasa.
Siapa sahaja tak takut digantikan, kan?
??? : Tak, aku tahu yang dia tak akan lakukan benda sebodoh itu.
Mereka semua memandang kebelakang, apabila tiba tiba sahaja ada satu suara yang sudah tidak aneh di telinga mereka, bersuara.
All-??? : Fang?!
Fang, akhirnya memunculkan diri.
Fang : Hai korang, sorry aku lambat. *lambai*
Ying : Macam mana? Rumah lu dah siap di renovasi ke?
Fang mengambil tempat duduk di sebelah Gopal.
Fang : Sikit lagi. Tinggal ruangan bawah tanah sahaja.
Yaya : Bagus lah kalau macam tu. Erm... pasal apa yang kau cakap tadi...
Fang : Aku tahu yang Boboiboy tak akan lupakan kita. Dia terlalu baik untuk itu. Tapi pada masa yang sama, kita kena lepaskan dia juga. Dia tak boleh selamanya bersama dengan kita, kan?
Walaupun tidak mahu setuju dengan apa yang Fang katakan, mereka berempat masih mengangguk kepala mereka perlahan, kerana apa yang Fang katakan adalah benar.
Fang : Hm....
Fang kelihatan macam memikirkan sesuatu.
Fang : Macam ni lah. Boboiboy akan balik lagi 3 minggu, kan? Apa kata kalau, kita datang ke sana 3 hari awal, dan sambut dia pulang sendiri?
Nampaknya idea Fang berjaya membawa seri di wajah kawan kawannya.
Ying : Uuuuu!!! Idea yang bagus! Aku setuju!
Gopal : Tapi.... siapa nak bayar duit tiket kapal terbang? Aku tak ada duit.
Yang dan Ying juga kelihatan melihat ke dalam dompet mereka, dan turut menggeleng juga.
Fang : Heh. Tak perlu risau. Tengok apa yang aku dapat~!
Fang kelihatan tersengih besar sampai lubang hidung dia kembang, sambil memegang sesuatu di tangannya.
Kad debit abangnya.
Gopal terus terbangun, siap hentam meja dengan tangannya lagi.
Gopal : Fuhhhhhh!!! Mana kau dapat ni?! Kapten tak marah ke?!
Fang : Tak. Aku minta kat dia sebab nak beli barang nak renovate rumah aku. Dia cakap guna jelah sesuka hati aku. Sebab dia dah ada tiga kad sebab berhidmat dengan TAPOPS. Jadi~ apa kata kita gunakan kad ni sebaiknya~
Fang kelihatan menyeringai jahat, sampai matanya menyala melihat kad debit abangnya.
Gopal dan Ying pun melihat kad itu dengan cara yang sama.
Aura merah menyelimuti mereka bertiga.
Yaya dan Ochobot tersweatdrop di tepi melihat kawan mereka itu.
Yaya : Korang.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kembali ke Viktor dan Boboiboy.
Mereka masih lagi menikmati ais krim mereka, sambil berborak di tepi kedai ais krim itu.
Viktor : Jadi, lepas ni, kau nak buat apa? Lepas kau sampai kat Pulau Rintis nanti.
Boboiboy : Hm~ entah lah. Mungkin aku akan beli cenderamata dari sini untuk kawan kawan aku dulu.
Viktor : Oh~ kalau dah sampai sana, jangan lupa call aku dan Ali tau? Dan video call lah jugak. Bawak jalan jalan satu Pulau Rintis. Aku pun nak tengok keadaan dekat sana macam mana!
Boboiboy : Ok, janji! Fuhhhh! Tak sabar aku nak balik!
Boboiboy kemudian mengeluarkan helmetnya, dan memberi satu kepada Viktor.
Boboiboy : Jom lah! Nanti cair pulak ais krim Ali ni. *angkat plastik*
Viktor : Ok, jom!
Mereka berdua pun naik ke atas motor.
Baru sahaja Boboiboy mahu memulas pemegang motornya, tiba tiba......
BOOOOMMMMM!!!!
Boboiboy : OPOCOTMAKKAUPINK?!?!
Hampir hampir sahaja Boboiboy terjatuh dari motornya.
Viktor : Bu-bunyi apa tu?!
Mereka berdua melihat ke arah bunyi letupan tadi berasal.
Sebuah asap hitam yang besar muncul dari kawasan pelabuhan, tidak jauh dari mereka.
Mereka berdua tercengang melihat itu.
Tiba tiba, wajah Boboiboy berubah serius.
Boboiboy : Kita kena pergi tengok.
Boboiboy terus menghidupkan enjinnya.
Viktor : Apa?! Kau gila ke?!
Boboiboy : Aku nak pastikan tiada sesiapa yang cedera. Kau tak perlu ikut sama. Just tunggu luar jaga motor aku je. Deal?
Viktor sementara dah pening dengan tindakkan terburu buru Boboiboy ini, sebelum menggeleng kepalanya.
Viktor : Apa apa jelah. Tapi jangan lama lama.
Boboiboy : Baik.
Boboiboy menurunkan cermin helmetnya, dan mereka berdua pun memandu pergi ke arah pelabuban itu.
2378 perkataan
Yahooooo~!
Rindu Author tak? Rindu tak, rindu tak? Ehek-
Sorry lah lama tak update. Writerblock, huhuhuhu TAT
Ok, bye-*lompat masuk parit*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top