Misi : Nasihat

Semuanya telah selesai. Si peragut tadi dah kena tangkap dengan polis selepas Boboiboy minta tolong salah sorang penduduk dekat sana untuk telefon polis, dan beg tadi dah dipulangkan kembali ke Mak cik tadi.

Sekarang, Boboiboy berjalan pergi ke taman yang sepatutnya dia nak pergi tadi.

Boboiboy : Fuh.... akhirnya....

Entah mengapa, dia rasa macam lega.

Ya, dia tak guna banyak kuasa dia, jadi, dia tak pernah rasa tidak penat macam ni.

Boboiboy : Mungkin aku boleh try berkas penjahat macam ni lebih lain kali.

Tiba tiba, dia rasa tak sedap hati balik.

Entah kenapa, para penduduk yang ada di sekitar tempat kejadian tadi, pandang dia semacam. Rasa macam dia yang penjenayahnya pun ada.

Boboiboy : Aku.... ada buat salah ke?

Sementara fikirannya tengah runsing, seseorang yang dia kenal, terlihatnya di sana.

Viktor : Eh? Boboiboy!

Boboiboy : Hm? Viktor!

Viktor pun berjalan pergi ke Boboiboy.

Viktor : Tak sangka boleh jumpa kau dekat sini.

Boboiboy : Tulah. Aku pun terkejut jumpa kau dekat sini.

Viktor pun duduk di sebelah Boboiboy.

Viktor : Weh, power lah kau tadi!

Boboiboy : Hm? Apa maksud kau?

Viktor : Aku adalah nampak kau tadi. Kau tangkap peragut tu, fuhhhhhh, power!!!

.
.
.
.
.
.
Flash back~~~~~

Viktor dan Auntie Ong sedang berada di kedai makan yang berada berhampiran dengan tempat kejadian.

Auntie Ong : Ah Boy! Ah Boy want Chicken or daging?

Viktor : Chicken ma! Jap tau, saya nak buang sampah dulu!

Viktor pun berjalan keluar dari kedai itu, dan cuba mencari tong sampah berdekatan.

Viktor : Mana tong sampah ni? Hah! Tu di- Argh?!?!

Viktor terkejut tiba tiba ada motor laju pergi melepasinya dengan enjin yang kuat nak mampos.

Mak cik : TOLONGGGGGG!!!! PERAGUTTTTT!!!!!

Viktor : Peragut? Haiyah, macam mana ni- eh? Tu bukan Boboiboy ke?

Boboiboy memandu laju tanpa perasan kehadiran Viktor.

Viktor : Fuhhhhhhh, power!!!! Kena pergi tengok ni!

Viktor pun pergi kejar Boboiboy sampai hujung jalan sampai sesekali tersadung lantai tinggi, dan semput.

Dia pun sempat lah tengok Boboiboy tangkap peragut tu. Nasib tak nampak Boboiboy guna kuasa.

Viktor : Fuhhhhhh!!!! Ni kalau Ali tengok ni- eh? *ada yang telefon*

Auntie Ong : Ah Boy?! Where are you?! Makanan already siap ma! Balik balik!

Viktor : Alamak! Makanan dah siap! *lari balik ke kedai makan*

Flashback end~~~~~~~

.
.
.
.
.
.
.
.

Viktor : Begitu lah kisahnya~~~~~

Boboiboy : O-oh......

Boboiboy memberikan senyuman cangguk ke arah Viktor, yang semestinya membuatkan Viktor pelik melihatnya.

Viktor : Boboiboy? Ada sesuatu yang tak kena ka? Muka kau macam ada masalah saja.

Boboiboy : B-bukan apa, cuma, waktu aku tangkap peragut tu tadi, semua orang pandang aku semacam. Macam aku ni peragut sama. Aku tak ada buat salah apa apa pun masalahnya. Ada sesuatu yang tak kena ke?

Viktor : Oh, kau tak tahu ke?

Boboiboy : Tahu apa?

Viktor : Tahun lepas, ada satu serangan yang DASYATTTTT berlaku di banggunan Cyber Perdana. Dato bandar Cyberaya diserang! Fuhhhhhh! Ianya disebabkan penduduk pinghiran yang memberontak!

Boboiboy : D-diserang?!?!

Viktor : Ya! Macam tak percaya kan?! Tapi, waktu tu lah, ada semacam satu organisasi superhero ni datang dan selamat kan keadaan! Tapi mereka tiba tiba kena kawal! Then, ada orang nampak salah satu dari mereka jadi super saiyan biru, dan kalahkan penduduk pinggiran tu! Pum pang pum pang, dush!!! Macam filem aksi!!!

Boboiboy : B-biar betul?! Jadi super saiyan?! Cool betul!!! *mata bersinar*

Viktor : Kan?! Sebab tu lah kot para penduduk tengok kau semacam. Sebab diorang fikir kau salah satu yang bertanggungjawap dalam serangan tu, sebab cara kau tangkap peragut tadi, fuhhhhh, power!!!!

Boboiboy : Y-ye ke?

Viktor : Mesti lah ma! Aku tak pernah menipu!

Boboiboy : T-tapi, kalau sebab kehebatan aku orang pandang aku macam penjahat, apa gunanya? Aku- aku-

Boboiboy tergagap, kehilangan kata.

Bukan apa, dia tak mahu dilihat sebagai penjahat. Cukuplah dia pernah kena panggil budak jahat bertopi aneh dengan Roktaroka sebab terhancurkan rumah dia dulu.

Viktor : Hei, kau patut bangga tau. Tak semua orang ada kehebatan macam kau. Mereka yang lain duduk di tepi, hanya tengok mak cik tadi kena ragut, tapi, kau sorang sahaja yang sanggup pergi lumba rempit dengan peragut tadi untuk tangkap dia.

Boboiboy : T-tapi-

Viktor : Kau berani Boboiboy. Tak semua orang ada keberanian tu. Walaupun orang lain mampak, dan mungkin kau sendiri fikir, "aku tak boleh nak hentikan peragut ni", tapi kau masih pergi! Bagi kau, yang penting, kau cuba, dari yang lain, hanya duduk di tepi dan berhatap pada orang lain untuk tangkap peragut tu.

Semua kata kata Viktor, membuatkan Boboiboy terdiam.

Ya, bila fikir balik selama ni, dia selalu bertindak melulu.

Dia kejar, dia lawan, di pertahankan sesiapa sahaja, tanpa fikir akibatnya. Siapa yang percaya kalau budak 11 tahun boleh pergi kejar pencuri dan berhasil kan?

Sebab itu apa yang dianugerahkan kepadanya. Kuasa.

Dia tahu kuasanya yang diberikannya adalah untuk membantu orang lain, tanpa dia sendiri fikir, dia juga manusia juga, dia masih budak 11 tahun, 14 tahun juga.

Siapa fikir yang budak 14 tahun boleh kalahkan seorang alien jahat yang berkuasa tanpa kuasa penuhnya? But lihat, dia berjaya.

Viktor : Kau tahu Boboiboy.

Boboiboy : Huh?

Viktor : Kalau Ali ada di tempat kau juga, aku pasti dia akan pergi kejar peragut tu dengan skuter dia jugak. Walaupun dengan badan dia kau kecik tu, dia masih cuba untuk membantu. Walaupun kemungkinan yang sangat besar dia akan gagal, but, hey, dia still kejar mamat itu ma. Itulah Ali yang aku kenal, Ahahahaha!

Boboiboy memandang ke bawah, tanda membalas Viktor. Tapi, tiba tiba, dia bukak suara.

Boboiboy : ........Terima kasih.......

Viktor : Huh?

Boboiboy : Terima kasih, sebab, ingatkan aku.

Viktor : ........ *blank face* Pfff- tak ada apa apa ma! Ahahahaha!

Sementara dua bebudak tu berborak, tiba tiba, Ali berlari ke arah diorang.

Ali : Korang!

BBB, Viktor : Huh? Ali!

Ali : Jumpa pun korang! Nasib baik Auntie Ong bagitahu korang dekat mana!

Boboiboy : Er..... kau ok ke Ali? Nampak macam kau maraton 1 kilometer je ni.

Ali : Er..... *memang dia lari dari M.A.T.A sampai ke situ* Ah, tukar topik! Korang buat apa ni?

Viktor : Borak borak saja ma. Tadi kan- *dapat call* Alamak! Mama aku suruh aku balik! Bye korang! Jumpa esok!

Viktor terus berlari pergi tanpa sempat pun mereka berdua nak cakap bye.

Ali : Er..... Ah, tak ada apa apa lah. Weh, kau nak ikut aku tak?























1001 perkataan

Sebagai seorang writer, apa benda yang korang nak pembaca korang buat?

Author mula dulu.

Tolong lah komennnnnn 😭😭😭😭😭

Komen apa apa pun tak apa, dekat line mana mana pun tak kisah, asalkan korang komen. Author pun nak baca jugak komen korang pasal buku ni. Kalau korangtak komen, tak ada semangat Author nak sambut tulis.

Sebab tulah lah kenapa EAC Season 5 lama sangat nak update, uhuk-

Pleaseeeeeeeee 💔

Ok bye- *lesap*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top