Misi : Minta
3 hari telah berlalu sejak Boboiboy dan kawan kawannya membantu Planet Windara menghalau Pokok Pokok Raksasa yang mengganggu kampung itu.
Mereka dibenarkan tinggal di sana untuk sementara waktu kerana telah menyelamatkan mereka.
Berpindah ke Boboiboy dan kawan kawannya, kelihatan mereka semua penuh dibalut oleh kain kapas akibat luka berlawan tempoh hari.
Yang paling banyak, semestinya Boboiboy, sebab dia sempat kena ngap dengan raksasa pokok tu. Sakit oiiiii gigi tajam. Selamat dia masih sedar dalam tu, dan guna kuasa Thorn dia untuk lepaskan diri tanpa membunuhnya.
Kalau guna kuasa Halilintar, hm, jawapnya arwah lah pokok tu.
Boboiboy : Adoi.....
Boboiboy mengusap ngusap belakang dia, masih sakit terpeleot dalam badan tumbuhan tu.
Maripos : Sakit lagi ke?
Tiba tiba, Maripos datang masuk ke biliknya, sambil bawak kotak first-aid edisi angkasa.
Boboiboy : Eh? Maripos! Tak adalah. Cuma belakang masih sakit lepas kena makan dengan raksasa pokok tu, ehehe.....
Maripos : Hm, tulah, lain kali hati hati! Sebab ni lah kenapa aku suruh kau bagi je balik kuasa Taufan kau tu ke Yang Mulia semula! Kau masih terlalu jauh perjalanan kau untuk kuasai kuasa ni. Lagi lagi, kau pegang ketujuh tujuh darinya!
Boboiboy : M-maaf!
Maripos : Haih.....
Dalam dalam marah tu pun, dia sebenarnya pandang tinggi budak ni.
Lepas kejadian Retak'ka itu, dia dapat khabar angin pasal yang kalahkannya adalah seorang budak bumi yang memegang Kuasa Elemental, yang memang dia cari cari selama 100 tahun itu.
Dia mula ingatkan satu sahaja. Dan memang dia pasti itu adalah kuasa Beliung milik Ratunya.
Tapi, bila dapat maklumat lebih jauh, dia terkejut, bila dapat tahu budak itu memegang tujuh, kesemua Kuasa Elemental yang dia tahu.
Dan lebih dia kagum bila, budak itu mampu menanggung kuasa sekuat itu, tanpa hilang kendali, seperti Retak'ka.
Walaupun kagum, dia nak sangat buat Yang Mulianya gembira, dengan mengembalikan kuasa Beliungnya selepas Kuputeri bangun dari tidur panjangnya.
Dan bila Tuanku kata yang budak ini boleh memilikinya, walaupun selepas budak tu dengan senang hati memberinya, membuatnya kesal.
Budak di depannya ini terlalu terburu buru, degil, tak berhati hati, main serang sahaja, dan lupa kalau kuasanya itu merbahaya. Dia tahu budak ini masih belum menemui titik teratasnya, kemampuan penuhnya. Tapi dia nak sangat lihatnya, kalau betullah apa yang Kuputeri katakan itu benar.
Maripos meletakkan ubat yang disapu di sebuah kain, dan menampalnya di belakang badan Boboiboy.
Boboiboy : Adoi!
Maripos : Ubat tu boleh redakan sikit sakit belakang kau tu.
Boboiboy : Adoi.... haih, terima kasih, Maripos.
Maripos : Tak ada hal lah. Kau kena pulang semula ke TAPOPS hari ni, kan?
Boboiboy : Haah. Disebabkan misi kami di sini sudah habis, dan Commander dah mula hantar data misi ini ke Laksamana.
Maripos : Hm, nampaknya lama lagilah kita boleh bertemu. Haih, nak sangat aku jadikan kau murid aku supaya kau boleh capai tahap terakhir kau cepat cepat. Tapi aku tahu orang tua kerepeng tu akan bunuh akh kalau aku ambil kau dari dia.
(Tok Kasa : HAAACUUUMMMM!!!*terbesin* Hoi!!! Siapa mengata aku ni?!?!)
Boboiboy : Ehehehe..... *sweatdrop*
Maripos : Well, tak boleh nak buat apa. Apa apa pun, jangan mati sebelum aku, ok?
Maripos mengusap rambut Boboiboy kasar, sehingga serabai dibuatnya.
Boboiboy : H-hei!
Maripos : Ahahahahaha!!!
Boboiboy : Ergh.... *sweatdrop* Pfff- Ahahahaha!!!!
Seketika kemudian, para TAPOPS akhirnya pun menaiki kapal angkasa masing masing, dan melambai pada warga Windara.
Boboiboy : Bye semua!!!
TAPOPS pun akhirnya terbang meninggalkan Planet itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Skip time, sudah 2 jam berlalu. Mereka tak guna kuasa teleportasi Ochobot sebab Ochobot tak cukup tenaga nak bukak portal jauh jauh.
Mereka kini di banggunan utama TAPOPS. Yang sudah dibaiki selepas kejadian Retak'ka mengerang mereka dahulu.
Commander : Kerja yang bagus semua! Kamu semua berjaya mengalahkan Raksasa Pokok di Planet Windara tanpa bantuan ahli yang lain. Memang apa yang saya jangkakan dari kamu semua.
Commander Kokoci kagum dengan mereka dari mula lagi mereka bertemu. Dia pun mula mula tak sangka yang prestasi mereka boleh melonjak naik seperti ini dalam masa yang terdekat.
Fang : Terima kasih, Commander. Dah memang tugas kami.
Commander : Kamu semua dah boleh bersurai.
Sudah mendapat kebenaran, mereka pun berjalan keluar dari bilik utama itu.
Mereka membawa diri masing masing ke bilik mereka sendiri, mahu berehat selepas perjalanan yang panjang.
Gopal : Boboiboy, kau nak main game tak? Aku bosan lah.
Boboiboy : Aku memang nak, tapi, ada benda aku kena buat.
Gopal : Benda apa pulak ni? Kita baru je habis misi kot.
Boboiboy : Ni bukan pasal misi. Nanti bila dah siap, aku kembali. Kau pergilah ke bilik dulu.
Gopal : Hm, yelah. Inilah kawan aku.
Mereka pun berpisah di situ.
Boboiboy berjalan ke arah bertentangan dari yang sepatutnya. Dia keluar dari kawasan bilik para ahli TAPOPS, dan berjalan ke satu bahagian lain di banggunan itu.
Terlihatlah papan tanda di atas, Kawasan Pembaikian TAPOPS. Tempat khas untuk baiki Power Sphera, Kapal Angkasa, Robot, Senjata dan sebagainya.
Boboiboy memasuki salah satu bilik di situ.
Di dalam bilik itu, terlihatlah salah tu jurutera rasmi TAPOPS, Nut., yang sedang membaiki salah satu Power Sphera di sana.
Boboiboy : Erm, selamat petang, Nut. Boleh aku masuk?
Nut : Hm? *pandang ke Boboiboy* Oh! Boboiboy! Masuklah!
Boboiboy pun masuk, dan mendekati Nut.
Nut : Lama aku tak nampak kau! Bukan kau dekat Bumi ke sekarang ni? Kau dengan team kau kan ambil cuti?
Boboiboy : Itu yang sepatutnya. Tapi Commander tiba tiba je panggil kami, ada misi dekat Planet Windara 3 hari lepas.
Nut : Oh, patutlah. Kenapa tiba tiba nak jumpa dengan aku ni?
Boboiboy : Aku.... sebenarnya nak minta tolong kau, kalau kau tak keberatan lah.
Nut : Sudah tentunya boleh! Minta sahaja tolong apa apa dari Nut! Nut akan tolong!
Boboiboy menghulurkan satu beg plastik ke arah Nut, dengan muka seperti bersalah.
Boboiboy : Boleh.... kau tolong..... baiki ni?
Nut : Huh?
Nut mengambil beg plastik itu, dan melihat isi di dalamnya. Ianya adalah tablet Ali yang hancur itu.
Nut : Apa ni?
Boboiboy : Ini Tablet dari Bumi. Ianya macam penunjuk Maklumat, macam aku punya. Tapi ini Bumi punya. Ini milik kawan aku, tapi hancur. Boleh kau tolong baikinya?
Nut : Erm...... bukan aku tak mahu, tapi ini..... terlalu rosak. Hancur. Aku tak boleh nak baiki kalau macam ni.
Boboiboy : Tak perlu baikinya secara penuh. Aku cuma mahu, maklumat di dalamnya. Kawan aku kata, data di dalamnya penting, dan tiada ganti. Aku nak sangat tolong dia, tapi aku tak tahu macam mana nak dapatkan data di dalamnya semula.
Nut melihat Boboiboy terlihat seperti terdesak, risau, dan sedih. Nampaknya, data di dalam itu betul betul penting.
Nut : Kalau sekadar data, aku boleh cuba dapatkannya balik. Tapi kalau untuk Tabletnya, aku rasa kau kena ganti baru.
Boboiboy : Tak apa, asalkan yang datanya selamat.
Nut : Baiklah, ianya mungkin akan ambil masa 2 hari. Harap kau tak kisah.
Boboiboy : Tak apa. Asalkan ianya siap sebelum hari itu tiba.
Nut : Huh? Hari apa?
Boboiboy : T-tak tak, kau tak perlu tahu yang itu. Maaf.....
Nut : Oh, kalau ianya rahsia sulit, aku tak akan cuba ambil tahu. Well, masa untuk mulakan kerja!
Nut pun pergi ke alatan nya untuk mula membaiki data Tablet Ali itu.
1137 perkataan
Siapa sini tengok The Masked Singer Malaysia Musim 2? Korang suka Costum siapa? Author suka Ratu Semut :v
Ok, bye- *lompat masuk perigi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top