Misi : Markah Ujian
2 minggu telah berlalu.
Maka, sudah lengkap 3 minggu Boboiboy di Cyberaya.
Hari ni hari Rabu. Pukul 2 petang.
Boboiboy sudah semakin sibuk dengan hal M.A.T.A, sehinggakan dia asyik tertidur dalam PDPR kelas dia.
Selamatlah dia tak pernah muka camera. Kalau tak, dah lama kena marah dengan Cikgu Papa.
Setelah hari pertama dia tertidur dalam kelas, dia dah mula screen record kelas dia, takut takut kalau dia tertidur lagi.
Seperti yang dia jangkakan, dia tertidur lagi, di atas atas kerusi meja belajarnya.
Dia bersandar ke kerusinya, dan kepalanya tertonggek ke atas. Siap ternganga lagi tu. Masuk lalat baru tahu.
Sepanjang 2 minggu hidmat pertamanya di M.A.T.A, Boboiboy diberi ujian awal dengan diberi misi dadakkan, untuk tengok kemampuannya lakukkan misi tanpa bantuan ahli lain.
Macam misi persendirian lah macam tu.
Penatlah jugak sebab biasanya dia ada kawan dia untuk bantu dia. Kali ni, dia sorang sorang je, dah lah tak boleh guna kuasa.
Kadang kadang dia terfikir 10 kali kenapa dia terima jugak mak masuk.
Oh, sebab dia tak nak hilang ingatan dia.
Tiba tiba, tanpa angin tanpa hujan, pintu bilik itu ditendang dari luar, menyebabkan Boboiboy terkejut, dan erjatuh dari kerusinya.
Boboiboy : Wargh?!?! *jatuh kerusi* aduh.......
Rupa rupanya, ianya hanyalah Ali. Ali berlari masuk ke dalam bilik dengan muka yang cemas dengan memegang tabletnya di tangannya.
Ali : Boboiboy! Habislah! Tolong aku!
Ali balik sendiri hari tu guna skuter sebab Boboiboy terlajak tidur ni hah.
Boboiboy : Adoi..... *pegang kepala* Kau ni dah kenapa tiba tiba serbu masuk macam ada perang dunia ketiga ni? Aku nak tidur pun tak senang.
Ali : Arhg! Yang penting kau kena tolong aku!
Boboiboy : Hah, apa dia? Cemas sangat aku tengok.
Ali : Esok ada perjumpaan ibu bapa! Untuk markah ujian minggu lepas! Aku lupa nak bagitahu Papa aku!
Boboiboy : Aik? Tak sampai seminggu dah dapat markah?
Ali : Tu lah! Papa aku out-station sampai hari ahad ni! Siapa yang nak temankan aku ambil markah aku?!
Boboiboy : Uncle Bakar tak boleh pergi ke?
Ali : Dia kata dia ada misi sampai esok malam, jadi dia tak boleh pergi.
Boboiboy : Habis tu, kau nak aku buat apa?
Ali : Erm.... Boboiboyyyyyyy~
Ali memasang senyuman kekok, mencuba membodek Boboiboy. Tapi malah Boboiboy merasa menyampah tengok muka Ali.
Boboiboy : Kau nak apa?
Ali : Erm...... Kalau kau.....
Boboiboy : Kalau aku apa?
Ali : Menyamar..... jadi....... Abang..... Sepupu......... Akuuuu?
Boboiboy hanya mampu menampar dahinya sendiri.
Boboiboy : Haih, nampaknya aku terpaksa.
Ali : Bagus! Terima kasih! Sayang kau! *peluk Boboiboy* Esok, Uncle hantar aku ke sekolah, jadi, kau boleh datang pukul 10. Masa tu lepas rehat. Kelas aku 1 Temenggung. Jangan lupa tau!
Tanpa buang masa lagi, Ali terus berlari keluar dari bilik itu dengan gembiranya.
Boboiboy hanya mampu terketawa kecil melihat Ali pergi.
Boboiboy : Haih. Nampaknya, aku kena berlakon lah esok.
Boboiboy terus mengambil fonnnya dan melihat video PDPR yang dia rakam tadi untuk lihat sekiranya ada kerja sekolah yang cikgu bagi.
Boboiboy : Banyak lah pulak.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keesokkan harinya, hari Khamis. Boboiboy sedang bersiap sedia untuk pergi ke sekolah Ali.
Tanpa dia sadari, telefonnya berbunyi. Ada panggilan masuk.
Malangnya. Dia memasang telefonnya dalam silent mode.
Boboiboy naik ke atas motornya dan menuju ke sekolah Ali.
Dia guna laluan biasa dia selalu hantar Ali dan ambil dia pulang dadi sekolah.
Sesampai di sana, sudah pukul 9:40 minit. Ada 20 minit sebelum waktu yang sepatutnya dia sampai.
Boboiboy : Apa kat aku cari dulu kelas Ali. Tak adalah susah sampai sesat aku nak cari last minit nanti.
Bila dia lalu korridor kaki lima tingkat paling bawah block A sekolah tu, teroihat yang semua kelas itu kosong.
Boboiboy : Aik? Kosong? *baru teringat* Ah, haah! Sekarang kan tengah rehat!
Tidak menyambung pencariannya, dia terus berjalan menuju ke kantin sekolah yang dia mampu lihat dari jauh.
Senang nak tahu sebab ramai manusia dekat sana.
Berjalan jalan di sekitar kantin itu, dia ternampak Viktor. Tanpa buang masa, di terus memanggilnya.
Boboiboy : Viktor!
Viktor : Hm? Eh? Boboiboy! Apa kau buat dekat sini?
Boboiboy : Ali suruh aku jadi wakil ambil kertas markah ujian dia sebab Ayah dengan Uncle dia sibuk. Terpaksa lah kena menyamar jadi Abang Sepupu dia.
Viktor : Lah? Ahahahaha!
Boboiboy : Oh, ya. Kau ada nampak Ali tak?
Viktor : Dia ada dengan aku tadi. Tapi dia tiba tiba kena panggil dengan Syed dan Shaun.
Boboiboy : Siapa pulak tu?
Viktor : Entah. Aku tak kenal. Aku tahu nama ja sebab name tag diorang.
Tiba tiba, Boboiboy berasa tidak sedap hati.
Boboiboy : Kau tahu tak dia kena bawak ke mana? Aku tak sedap hati pulak.
Viktor : Ke belakang block B.
Boboiboy : Terima kasih.
Boboiboy belalu pergi.
Sebaik sahaja dia lihat tiada pelajar atau guru lain lagi yang dekat dengannya, dia terus berlari menuju ke belakang Block B.
.
.
.
Situasi di belakang Block B, kelihatan Syed dan Shaun mengepung Ali ke dinding.
Syed : Apa tunggu lagi. Mai sini duit aku!
Ali : Ala Syed. Aku tengah koyak ni. Ayah aku tak bagi duit ke aku hari ni! Kawan aku yang masakkan makanan ke aku!
Syed : Hang jangan nak tipu! Viktor mana pandai masak!
Ali : Bukan Viktor lah!
Shaun : Habis tu, siapa? Alicia? Dia nak bagi nasi lemak sesuap untuk kau pun tak kasi, ni apa lagi bekal makanan ke sekolah.
Ali : Bukan dia jugak lah-
Syed : Arhgggg! Jangan buang masa aku! Cepat bagi duit hang ke aku, atau!
Dengan kasar, Syed terus rampas tablet yang berada di tangan Ali.
Ali : A-apa kau nak buat dengan tab aku tu?!
Syed : Aku tengah lapar ni! Jadi, jangan buat masa aku! Baik kau bagi duit ke aku cepat, atau aku hancur kan tab kau ni!
Ali : J-jangan!
Shaun : Hah, kalau tak nak, bagi lah duit!
Ali : Aku dah kata, aku tak ada duit!
Syed : ARGHHHH!!! Kau ni memang cari pasal!!!
Ali : T-t-tunggu-
Tanpa menhiraukan Ali, Syed dengan kejamnya, menghentakkan tablet Ali itu ke lututnya, sehingga tablet itu terpatah dua.
Ali : T-TIDAKKKKK!!!!
Ali terus terlutut ke tanah, mengambil kesemua sepihan tabletnya yang telah hancur, tidak pecaya apa yang baru dia lihat.
Ali : M-mama.... mama......
Syed : HAHAHAHAHAHA!!! Padan muka! Siapa suruh degil lagi-
PUKKKKKK!!!
Tiba tiba, kedua dua Syed dan Shaun diketuk di leher mereka, sehingga mereka berdua pingsan dan rebah ke tanah.
Rupa rupanya, ianya adalah Boboiboy.
Boboiboy : Ali! Kau ok tak?! Ada luka mana mana tak?!
Ali tidak melihat ke arah Boboiboy langsung. Dia masih lagi memandang ke arah tabletnya yang sudah rosak di atas tanah.
Boboiboy : D-diorang ke yang buat ni?!
Ali masih tidak melihat ke arah Boboiboy. Tangannya tak berhenti mengambil setiap sepihan yang ada.
Boboiboy : *dalam hati* 'Aku dah agak! Diorang ni memang jahat!'
Ali mengangkat kesemua sepihan yang ada di tangannya dengan mulut terkumat kamit.
Ali : M-mama.... mama....
Boboiboy mendengar suara Ali memanggil maknya. Boboiboy memegang bahu Ali, mencuba mendapatkan perhatiannya.
Boboiboy : Ali?
Ali akhirnya melihat ke arah Boboiboy dengan muka seperti ketakutan.
Ali : S-semua video Mama ada dalam ni! Semuanya! Video M-mama!
Mutiara jernih mulai mengalir dari mata Ali.
Seperti ada pedang tirus menusuk terus ke jantungnya.
Tangan Ali luka akibat pecahan kaca dari screen tabletnya.
Macam mana tak nya. Itu adalah data terakhir yang dia ada dengan Aliya. Segala video pasal Aliya dari M.A.T.A telah dipindahkan ke tabletnya.
Sekarang, ianya sudah tiada.
Boboiboy : *bisik* 'Apa aku patut buat apa aku patut buat.....'
Boboiboy tidak tahu mahu berbuat apa. Ianya berlaku terlalu pantas, dia tidak mampu memprosesnya.
Tapi, apa yang dia mampu buat sekarang, adalah memeluk Ali.
Badannya bergerak secara spontan. Dia bukan ahli dalam memujuk orang lain.
Terutamanya manusia.
Biasanya orang lain yang memujuknya.
Boboiboy teringat waktu kecil dahulu, dia pun pernah terosakkan satu satunya telefon yang ada nombor telefon ibu bapanya dan video kenangan masa kecil sebelum berpindah ke Pulau Rintis.
Memang nangis teruklah dia.
Sebab dia jarang jarang je dapat jumpa ibu bapa dia.
Tapi, selepas tu, mak ayahnya datang melawat, dan pujuk lah budak tu. Kata tak apa.
Selamat mak ayah dia ada salinan dekat telefon diorang jugak.
Tak macam Ali.
Ali dah tak dapat jumpa Aliya dah.
Boboiboy : Shhhh...... jangan risau.... aku akan cuba cari cara nak dapat kan balik semua video tu. Jangan risau ok?
Ali : M-macam mana?! Tab ni dah hancur!
Boboiboy : Aku tahu. Ianya akan ambil masa sikit. Tapi, aku janji.
Tiba tiba, loceng sekolah berbunyi. Menandakan waktu rehat dah tamat.
Boboiboy patut pergi ke kelas Ali, dan ambil markah ujian dia.
Boboiboy : Dengar sini. Kau tunggu dekat luar sekolah dulu. Nanti lepas aku selesai semuanya dengan cikgu, aku datang, dan bawak kau balik, ok?
Ali : O-ok......
1398 perkataan
Ehek :v
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top