Misi : Luah

Entah mengapa, Ali merasakan suasana di dalam bilik karoke itu menjadi tegang, sebaik sahaja Boboiboy mengatakan hal itu.

Boboiboy : Ianya pasal hari aku curi IRIS.

Mata Ali membesar perlahan lahan apabila dia mendengar ayat sepupunya itu.

Ali : H-huh?

Ali tersentak berat.

Dia tidak menyangkakan yang sepupunya itu akan membawa kembali masalah itu, terutamanya dalam keadaan sekarang itu.

Padahal dia cuma mahu berseronok dengan sepupunya pada saat saat terakhir sebelum budak itu akan pulang ke Pulau Rintis semula.

Kedua dua mereka tahu yang topik itu tersangat berat dan sensitive bagi kedua dua belah pihak mereka.

Sebab itu Boboiboy turut terlihat seperti terkejut dia berjaya mengeluarkan ayat itu daripada mulutnya. Tetapi dia cuba sembunyikannya.

Ali : K-kenapa ni?

Ali tidak mahu menghalang Boboiboy daripada mengatakannya sebab dia tahu mesti ada sebab yang penting kenapa dia mahu menyentuh topik itu kembali.

Boboiboy menarik nafas dalam dalam, mencuba mengumbul balik keberaniannya.

Boboiboy : Aku ada kata kan yang aku mencurinya di atas sebab yang baik?

Ali mengangguk, walaupun ianya kelihatan ragu ragu.

Boboiboy : Jadi, dah sampai masanya aku mengatakan hal yang sebenarnya, kan?

Boboiboy masih tidak bertatapan mata dengan Ali.

Dia kelihatan seperti ketakutan, yang dia cuba tutupi dengan topeng keberanian.

Boboiboy : Kalau bagi korang, mesti korang akan fikir yang aku curinya kerana mahu melawan seorang musuh yang aku tidak dapat lawan bersendirian, bukan?

Ali : E-er.....

Ali mengusap belakang lehernya, tidak mampu menafikannya kerana itu adalah apa yang Uncle Bakar katakannya untuk dipercayakan, kerana tidak mahu bersangka buruk kepada anak buahnya itu.

Well, dia juga memaksa dirinya untuk mempercayai perkara itu, kerana dia sendiri tidak percaya jika Boboiboy akan melakukan benda yang jahat.

Ali mengangguk kecil, menyetujui apa yang disoal oleh sepupunya itu.

Walaupun Boboiboy tidak melihat ke arah Ali, dia tahu apa yang Ali lakukan.

Dia pun tersenyum kecil, kerana sepupu kecilnya itu mempercayainya.

Boboiboy : Sebenarnya....korang tak salah.

Ali kembali mengangkat kepalanya secara mengejut sebelum memandang kembali ke arah penguasa tujuh elemental itu.

Ali : A-apa maksud kau?

Boboiboy mahu memandang Ali, tetapi tekadnya masih belum cukup.

Boboiboy : Memang betul, aku curinya untuk lawan seorang musuh. Tapi.....

Ali tiba tiba memotong Boboiboy.

Ali : Kalau ada orang yang serang kau, kenapa kau tak mintak tolong ke aku?! Mintak tolong Uncle Bakar ke, Ejen Muda yang lain ke, Ejen Mentor ke?! Kau tak perlu sampai curi IRIS semata mata nak kalahkan dia!

Ali kelihatan seperti marah bercampur kesal.

Ali seperti hanya mahu mendengar apa yang dia mahu sahaja. Dia bahkan tidak menunggu Boboiboy menghabiskan ayatnya terlebih dahulu.

Dan Boboiboy tidak menyalahkannya.

Sesiapa sahaja yang berada di tempat Ali akan marah.

Jenayah itu bukanlah perkara yang boleh dibuat main, walaupun asal niatnya adalah untuk melakukan kebaikkan.

Niat tidak akan menyucikan tindakkan.

Boboiboy : Aku tahu. Aku sempat berdebat dengan diri sendiri sama ada mahu betul betul mengambilnya ataupun tidak. Tapi akhirnya, aku terpaksa juga. Kerana aku tidak mahu sesiapa melihat musuh kali ini.....

Ali tidak memahami satu benda pun yang Boboiboy cuba katakan. Jujur situasi ini membuat kepalanya buntu, tidak tahu mahu mempercayai yang mana satu.

Ali : Kenapa kami tidak boleh melihatnya?

Soalan ringkas itu sahaja yang dia boleh tanyakan. Sekurang kurangnya dia boleh hilangkan sedikit kebingungannya.

Tetapi Boboiboy malah tersenyum tipis, yang membuatkan Ali memandangnya pelik.

Boboiboy : Sebab dia....bukan manusia......

Ali : ......

Ali terkaku.

Perlahan lahan dia menggerakkan kepalanya untuk memandang ke arah sepupunya.

Wajahnya seperti tidak mempercayai apa yang sepupunya itu katakan.

Bukan manusia?

Ali : A-apa maksud kau? Bukan manusia?

Boboiboy hanya mampu memandang ke bawah, tidak sanggup mengangkap wajahnya.

Dia sudah simpan rahsia mengenai kewujudan mereka daripada penduduk Cyberaya untuk masa yang lama.

Perubahan akan sedikit menyakitkan, walaupun dia terpaksa.

Dia dah penat menyimpan rahsia.

Boboiboy : Itulah....maksud aku. Bukan manusia. Bahkan....bukan dari planet ni juga.

Lidahnya terasa seperti dicucuk dengan duri.

Amanahnya selama ini adalah memastikan tiada sesiapa tahu mengenai kuasanya, apa lagi kerjanya sebagai pelindung galaxy dan juga mengenai alien.

Dia juga manusia, jadi dia tahu manusia itu bagaimana.

Bila mereka tahu mengenai benda yang mereka fikirkan tiada wujud, mereka akn mulai jadi menggila, mahu mengetahui segala benda mengenai benda itu.

Tapi, dia tidak mahu pulang semula ke kampungnya tanpa Ali tahu kebenaran pasal kenapa dia curi IRIS.

Ali, masih kelihatan terkejut.

Bukan dari planet ni?

Ali : M-maksud kau....

Boboiboy mengangguk lemah.

Boboiboy : Ya....dia adalah alien.....

Seketika, dia merasakan beban di bahunya menghilang.

Akhirnya mampu mengatakan perkara sebenarnya, dia merasa lega.

Walaupun di suatu lubuk di hatinya, dia merasa bersalah kerana telah memecahkan rahsia.

Tapi yang paling penting padanya adalah, dia tidak mahu keluarganya membencinya.

Termaksudlah Ali.

Hanya Ali yang mengetahui perkara sebenarnya sudah cukup untuknya.

Ali masih kelihatan tidak mempercayai apa yang telah masuk ke dalam telinganya.

Ali : A-alien.....

Bukan dia tidak mahu mempercayainya. Dia yakin sepupunya itu tidak akan menipu kepadanya.

Walaupun selama ini dia berusaha menipu kepadanya, dia faham itu hanya untuk melindungi dirinya sendiri.

Kenapa Boboiboy mahu memberitahu perkara sepenting ini kepadanya kalau pada akhirnya dia menipu lagi kepadanya?

Padahal waktu Ejen Muda yang lain beritahu kepadanya yang Christ lihat mata Boboiboy berubah menjadi warna merah, dia mengatakan yang Alien tidak wujud.

Tapi perkataan itu keluar dari mulut sepupunya sendiri.

Ianya cuma susah untuk dia hadam.

Boboiboy : Pada hari di mana aku tunjukkan kuasa aku ke Viktor, kau perasan Gempa bertingkah aneh, kan?

Ali hanya mampu mengangguk, walaupun wajahnya masih terlihat terkejut.

Boboiboy : Waktu tu lah... aku dapat signal kedatangan alien itu ke bandar ni...

Boboiboy mula menekan jam kuasanya.

Keluar layar hologram daripadanya.

Ianya adalah signal kedatangan Vefa ke bumi yang disimpan olehnya.

Ali : A-ah......

Memang susah untuk menghadam perkara ini, kerana ianya diluar akal sihat manusia.

Tetapi selepas melihat bukti sendiri di depan matanya, diasedikit mulai boleh menerimanya.

Kerana itu adalah signal yang asli.

Sebagai Ejen Tekno, dia sudah belajar untuk mengenal pasti signal yang asli ataupun bukan.

Boboiboy : Kau dah tahu yang aku adalah seorang hero, kan?

Ali mengangguk lagi.

Boboiboy : Tapi aku tak pernah bagitahu kau hero jenis apa aku ni, kan?

Dia mengangguk lagi, walaupun terlihat sedikit gelisah.

Boboiboy menarik nafas dalam dalam, mengumpul kekuatannya semula.

Boboiboy : Sebelum sertai M.A.T.A lagi, aku sudah menyertai organisasi aku sendiri.

Ali : O-organisasi lain?

Hanya mengenali M.A.T.A, memang membuat Ali terkejut yang ada organisasi pelindung lain selain daripada diri mereka.

Boboiboy mengangguk.

Boboiboy : Organisasi tu, bukan dari bumi.

Sekali lagi dia tersentak.

Satu demi satu, latar belakang sepupunya itu mulai diperlihatkan di depan matanya.

Ali : Bukan....dari bumi?

Boboiboy : Ya. Atasan aku sendiri pun bukan manusia juga. Mereka adalah alien, sama seperti musuh aku itu.

Boboiboy mengusap jam kuasanya lembut.

Boboiboy : Kuasa aku ni pun...adalah ciptaan dari mahluk luar angkasa itu juga.

Boboiboy tersenyum nipis.

Media kekuatan ciptaan mahluk yang sepatutnya tidak patut diketahui oleh manusia itu sudah menjadi seperti keluarganya sendiri.

Walaupun sebahagian mahluk itu adalah musuhnya, dia tetap berterima kasih kepada mereka kerana telah membentuknya menjadi dirinya yang sekarang ini.

Boboiboy : Tugas aku adalah melindungi seluruh alam semesta dan Power Sphera daripada alien yang jahat. Sebab itulah sebab utama organisasi aku diciptakan.

Ali memahami apa yang Boboiboy cuba katakan.

Yelah, sebab itulahkan organisasi pelindung diciptakan? Untuk melindungi.

Jujur, ianya sedikit membuatnya tertarik untuk mengetahui lebih dalam mengenal organisasi asal sepupunya itu.

Ali : Boleh...aku tahu nama organisasi tu?

Boboiboy terdiam seketika, sebelum tersenyum nipis.

Dia akhirnya memberanikan dirinya untuk mengangkat kepalanya, dan melihat ke arah Ali.

Boboiboy : Tracker And Protacter Of Powers Spheras. TAPOPS.

Untuk seketika, Ali lega, akhirnya dapat melihat senyuman ikhlas itu daripada wajah pelindung bumi itu.

Itu bermakna, Boboiboy sudah mempercayainya sepenuhnya.

"Syukurlah kan, Boboiboy?"

Boboiboy kemudian memandang ke bawah semula, dan memandang ke arah tangannya.

Boboiboy : Aku takut....kalau para penduduk akan melihat keberadaanya, jadi aku mengambil keputusan merbahaya untuk meminjam IRIS.

Seketika senyumannya menjadi sayu.

Boboiboy : Well, aku tak boleh nak katakannya sebagai pinjam, ahaha....aku mengambilnya tanpa kebenaran....aku sebenanrya memang mahu meminta izin, tapi aku tahu ianya akan bermasalah, kerana tidak mungkin atasan akan benarkan aku macam itu sahaja tanpa sebab yang kukuh. Aku juga tidak boleh beritahu sebabnya sebab...yelahkan, alien. Siapa je nak percaya cakap aku kan?

Ali turut melihat ke bawah juga.

Dia tidak salahkan Boboiboy untuk itu, kerana, jujur dirinya juga pada awalnya tidak mempercayai kewujudan alien. Jadi, memang tidak hairanlah Boboiboy akan berfikir sebegitu.

Ali perasan Boboiboy mengemam bibirnya sendiri, seperti sedang gelisah.

Ali : Boboiboy?

Boboiboy kembali tersenyum semula.

Tetapi, kali ini, ianya senyuman bersalah.

Boboiboy : Kau mesti pelikkan, kenapa aku dengan senang hati menerima hukuman daripada Jeneral waktu tu, kan?

Ali : A-ah....

Sejujurnya dia tidak mahu Boboiboy mention perkara itu lagi.

Suara jeritan kesakitan sepupunya itu masih terngiang ngiang di kepalanya.

Dia hanya mampu mengangguk sahaja.

Boboiboy : Sejujurnya, kalau aku tak kena hukum sekali pun, memang aku akan tinggalkan organisasi ni.

Ali tersentak.

Dia terus mengangkat kepalanya dan memandang Boboiboy dengan wajah tidak percaya.

Ali : Kenapa kau cakap macam tu?!

Boboiboy tahu Ali akan beriaksi sebegitu.

Tetapi, dia cuba kekal tenang, kerana dia tidak mahu memperburuk keadaan.

Boboiboy : Aku terima hukuman tu, kerana memang aku sudah rancang untuk keluar daripada M.A.T.A.

Kata kata Boboiboy langsung tidak membuat Ali bertenang.

Boboiboy : Aku akan pulang semula ke Pulau Rintis. Bermakna, M.A.T.A sudah tidak perlukan aku. Aku juga sudah ada organisasi aku sendiri. Aku tidak boleh lakukan kedua duanya serentak. Lagipun, entah bila lagi aku akan pulang ke sini semula.

Ali menggenggam kedua dua belah tangannya, cuba menahan dirinya sendiri.

Boboiboy : Jadi, sejak hari pertama aku sertai organisasi ni, aku dah berancang, pada hari aku akan pulang ke rumah aku semula, akan letak jawatan aku sebagai Ejen Muda.

Ali marah.

Boboiboy : Jadi aku fikir, hukuman Jeneral itu sudah meringankan rancangan aku. Sekurang kurangnya, aku boleh lupakan semua benda yang kita lalui. Kita boleh kembali semula ke kehidupan normal kita. Berlagak seperti tidak mengenali satu sama lain......

Ali marah mendengar seberapa tenangnya dia mengatakan perkara itu semua.

Boboiboy : ........Kau mesti kecewa dapat sepupu lemah macam aku ni, kan?

.
.
.

PAKKKK!!!
.
.
.

Boboiboy : ..........

Tanpa dia jangka, Ali menampar wajahnya kuat.

Dia menyentuh tempat Ali menamparnya.

Pedih.

Perlahan lahan, dia memandang ke arah sepupunya itu semula.

Mata Boboiboy terbeliak.

Ali kelihatan betul betul marah.

Matanya sudah memerah, tidak dapat menahan air matanya lagi.

Ali : Tapi aku tetap akan ingat kau, kan?!

Ini kali pertama dia melihat Ali semarah ini.

Bahkan waktu dia beritahu dirinya tidak hilang ingatan, dia tidak kelihatan semarah ni.

Ah....dia tercakap benda yang tak patut lagi, kan?

Ali : Walau kau hilang ingatan kau sekali pun, orang di sekeliling kau masih akan ingat pasal kau! Uncle Bakar! Papa! M.A.T.A! Tak ada yang akan lupakan kau! Setiap orang yang pernah ada dalam hidup kau! Kau tak fikir perasan kami ke?!

Selamatlah bilik itu kedap bunyi. Tiada sesiapa yang akan mendengar pertengkaran mereka itu.

Boboiboy tidak tahu mahu mengatakan apa.

Dia tidak memikirkannya sejauh itu.

Dia hanya fikir dia patut menerima hukuman yang setimpal atas kesalahannya.

Tapi, dia tidak pernah memikir apa yang akan jadi selepas itu.

Ya, dia mungkin akan lupakan semua benda yang berlaku dalam hidupnya, tapi tidak pada orang di sekelilingnya.

Dia masih wujud di mata mereka. Dia masih lagi Boboiboy yang mereka tahu.

Tiada yang melupakannya.

Dia tidak sedar dia pentingkan diri seteruk itu.

Ali tiba tiba memeluknya.

Wajahnya ditenggelamkan ke atas dadanya, sehingga baju sepupunya itu basah akibat air matanya.

Ali : Sejak bila kau jadi lemah pada aku?! Kau dah selamatkan aku banyak kali! Kau selamatkan aku daripada pembuli!!! Kau selamatkan aku daripada hotel terbakar!!! Kau dah selamatkan banyak orang!!! Kau tak ingat ke?!?!

Boboiboy mampu merasakan jari jemari Ali mulai mengcengkam kuat belakang badannya.

Ali : Kau nak hancurkan kenangan kita selama ni sebab hanya satu kesalahan yang kau buat?!?! Kalau hanya sebab itu kau nak buang ingatan kau macam tu je, aku apa lagi?!?! Dah banyak orang yang masuk ke dalam hidup aku berakhir kecewa disebabkan kesalahan yang aku buat sendiri!!!

Walaupun dalam keadaan menangis dan berteriak, entah kenapa dia rasa selesa berada di dalam pelukkan sepupunya itu.

Ali : Aku pelajar yang tak sempurna!!! Aku buat satu satunya kawan aku yang aku ada waktu tu mulai kehilangan kepercayaan ke atas diri aku sebab aku tak boleh nak tepati janji!!! Aku banyak kali gagalkan misi!!! Aku banyak kali diselamatkan oleh Alicia dan Uncle Bakar, tapi aku malah memilih untuk menkhianati M.A.T.A dengan mengikuti Niki dan menjadi pencuri!!!

Akhirnya, dia sendiri berjaya meluahkan apa yang dia selama ini pendam.

Boboiboy merasakan pelukkan Ali mulai melemah.

Ali sudah tiada tenaga untuk memarahinya lagi.

Ali : .....kalau hanya sebab satu kesalahan kau lakukan kau dah rela dihukum....berapa banyak hukuman yang aku boleh terima.....

Boboiboy terkaku.

Oh...jadi itulah kelemahan dia selama ini.

Dia hanya memikirkan perasaannya sendiri.

Dia tidak mahu melihat orang lain sedih dan benci ke atas dirinya, tetapi pada akhirnya dia mencuba untuk menghukum dirinya sendiri tanpa memikirkan apa yang orang lain rasakan.

Setiap tangisan, jeritan, ketakutan , kekecewaan dan kemarahan yang selama ini dia lihat, semuanya disebabkan oleh dirinya sendiri.

Penduduk mula kehilangan kepercayaan kepada dirinya kerana dialah punca segalanya berlaku.

Dialah yang mulakan kebakaran itu semua.

Walaupun kuasa apinya keluar kerana tekanan yang dia rasakan kerana mahu memenuhi ekspetasi orang lain, tapi itu semua berbalik kepada dirinya semula.

Dia tidak patut membakar semua benda itu hanya kerana dia mahu melepaskan tekanannya.

Kawan kawannya tercedera kerana dirinya.

Dia tak patut suruh mereka pergi kearah TAPOPS hanya kerana dia mahu menolong atasan mereka daripada serangan Retak'ka.

Kuasanya dicuri kerana kecuaian dirinya sendiri.

Dia buat kawan kawannya risau ke atas dirinya.

Dia percayakan orang lain terlalu cepat yang berakhir dirinya dikhianati.

Dia cuba untuk untuk ubah Adudu jadi baik, tana memikirkan perasaan Adudu, yang berakhir Adudu kembali menjadi jahat semula.

Dia degil, keras kepala, naif dan pentingkan diri.

Dia mahu melindungi semua orang, tapi berakhir meletakkan mereka semua dalam bahaya.

Selama ini semua orang jadi terlalu baik kepada dirinya.

Tapi apa yang dia beri semula kepada mereka hanya mengecewakan mereka semua.

Selama ini dialah masalahnya.

Seberapa tidak sempurna tidak boleh jadi?

Mereka seketika kekal dalam posisi itu.

Tiada sesiapa berani untuk mengatakan apa apa.

Boboiboy mengemam bibirnya.

Boboiboy : Maaf....sebab dah buat kau menangis.....

Ali tersenyum kecil tanpa Boboiboy menyedarinya.

Ali : Tak apa.

Ali mampu mendengar keluhan kecil datang dari sepupunya itu.

Boboiboy : Aku harap hubungan kita boleh jadi lebih sempurna. Tidak bertengkar, tidak mengecewakan satu sama lain, tak ada jeritan, tak ada yang marah, tak perlu lindungi sesiapa, tak ada air mata mengalir lagi....hanya kita berdua jalani kehidupan biasa sebagai sepupu...

Memang susah nak hidup normal bersama keluarga sendiri bila anda adalah seorang pelindung.

Terutamanya bila Boboiboy selalu kena berjauhan dengan Tok Aba kerana perlu jalankan tanggungjawabnya di angkasa sana.

Mak dan ayahnya juga sibuk sebagai seorang hero juga.

Ali juga merasakan bergitu juga.

Dia juga harap dia, ibunya dan Unclenya bukan ahli M.A.T.A, dan boleh jalani hidup mereka dengan biasa.

Dia juga berharap ayahnya tidak terlalu sibuk dengan kerjanya dan boleh luangkan lebih masa dengan dirinya.

Ianya paling sakit bila dengan darah daging sendiri terasa seperti orang asing.

Ali : Tak apa....aku tak mahu tukar apa apa pun....

Boboiboy : H-huh?

Ali akhirnya mengangkat kepalanya, dan melepaskan pelukkannya.

Dia kemudian bersandar pada bahu sepupunya itu.

Ali : Kalau sekalipun multiverse tu wujud, dimana kita berdua lebih bahagia di sana....aku tak akan tukarkannya untuk yang ini...

Boboiboy terkedu mendengar kata kata Ali.

Ali : Sebab, walaupun dunia ini tak sempurna, banyak cacat celanya, ianya masih sudah menemukan kita berdua....

Ali memegang tangan sepupunya itu.

Ali : Aku dapat berjumpa dengan M.A.T.A di dalam dunia ini, aku dapat berjumpa dengan Ejen Muda yang lain dalam dunia ini, aku bergelak ketawa, menangis, dan berseronok di dunia ini.....

Boboiboy terdiam sementara, sebelum turut tersenyum juga.

Boboiboy : Ya....pada akhirnya dunia ini juga yang paling sempurna untuk kita berdua.....

Suasana sunyi sepi dan tenang itulah yang paling sempurna setelah pertengkaran mereka.

Walaupun banyak kali berlaku sekali pun, kahirnya di dalam pelukkan masing masinglah mereka akan kembali.

Setelah mereka berdua menenangkan diri mereka, mereka pun pulang ke rumah Ali semula.


























2629 perkataan

Sebab utama kenapa Author tulis buku ni, adalah kerana Author lihat banyak orang tulis Ali dan Boboiboy sebagai sepupu, dan Author nak cubanya sendiri.

Author menulisnya dengan mengetengahkan hubungan sepupu Ali dan Boboiboy, kerana kebanyakkan buku yang Author baca, mereka lebih menulis bagaimana keadaan Boboiboy di dalam M.A.T.A daripada mengetengahkan hubungan mereka berdua.

Sebab itulah terasilnya buku yang penuh drama ini.

Bye-*lompat masuk sawah, jadi ikan keli*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top