Misi : Lepak

Kita berpindah ke Boboiboy pula. Dia sekarang di rumah Ali. Dia baru habis menerima telefon dari Dato Ghazali pasal Ali tadi.

Boboiboy : Ye ke? Selamat lah Pak cik bagitahu Boboiboy. Baiklah. Waalaikumusalam.

Boboiboy pun meletakkan telefon rumah itu.

Boboiboy : Huh. Nasib baik Pak cik bagitahu. Kalau tak, dah bermalam aku depan pagar sekolah tunggu Ali.

Boboiboy berjalan ke ruang tamu, dan duduk di atas sofa.

Boboiboy : Fuh! Ok, sekarang apa?

Sebenarnya, Boboiboy tengah bengang. Dari first dia sampai sini lagi. Dia tak tahu nak buat apa. Dia tak tahu nak pergi mana, sebab dia tak pernah ke Cyberaya sebelum ni.

Ni lah dia tak suka. Pergi ke tempat yang dia tak tahu langsung pasalnya tanpa seseorang yang tahu pasal tempat ni. Kalau Ali ada tak apa jugak. Ni, Ali sedang tak ada. Hanya dia sorang di rumah yang besar tu.

Boboiboy : Haish, kenapalah aku setuju dengan ayah nak datang sini?!

Boboiboy meremas wajahnya sambil merengek tak tentu pasal.

Dia bukan di Pulau Rintis. Dia tak boleh nak tunjukkan kuasanya ke penduduk awam. Kalau boleh, dah lama dia cari orang nak bantu dengan kuasa dia.

Dia nak sangat berpecah, dan main sesama sendiri untuk hilangkan bosan. Tapi dia takut tetibe ada orang datang rumah tiba tiba.

Boboiboy : Tak ada masalah kan kalau cuba?

Dengan ragu ragu, dia pegang jam kuasanya, dan berbisik supaya tiada sesiapa dengarnya.

Boboiboy : Boboiboy kuasa dua.....!

Boboiboy pun berpecah kepada Gempa dan Ice.

Gempa : Fuh! Akhirnya! Setelah 2 hari tak berpecah!

Ice : Kenapa nak kena keluarkan aku jugak? Aku ni tambah bosan adalah.

Ice melihat ke Gempa dengan wajah malas.

Gempa : Jangan pandang aku. Tuan yang keluarkan kau, bukan aku.

Ice : Tapi wajah kau sama dengan tuan.

Gempa : Muka kau pun samalah Mangkuk.

Ice : Haih. Sekarang, nak buat apa?

Gempa : Entah. Buat jelah sesuka hati kau. Asalkan tak musnahkan rumah ni sudah. Asalkan kalau ada orang datang terus cantum dengan aku balik. Dan jangan tunjukkan diri kau ke orang lain.

Ice : Ok Laksamana Hang Bumi.

Ice terus melemparkan dirinya ke sofa dan terus tidur. Siap berdengkur lagi.

Gempa : Hm, dah agak dah.

Gempa hanya mampu melihat Ice dengan wajah malas juga yang Ice berikan kepadanya.

Gempa : Baiklah, jom jelajah rumah ni!

Gempa pun mulakan aktiviti tidak berfaedahnya, dan mengelilingi rumah banglo besar milik Ayah Ali itu. Sejak pagi tadi masa Ali lambat bangun, dia memang nak keluar sangat dan lihat rumah tu sendiri.

Gempa : Fuhhhh, besar dapurnya. Kalau aku boleh keluar, dah lama aku tolong Pak cik masak kat dapur ni.

Dia ke tingkat atas, ke bilik air, ke balkoni, ke laman belakang, dan kembali semula ke dapur.

Riaksi Gempa, senang kata, ianya adalah rumah idaman. Luas, semua kelengkapan lengkap, bilik cukup, semua lah. Nampak sangat yang Ayah Ali ni kaya.

Gempa : Tak sangka yang aku dapat tinggal dalam rumah ni selama 2 bulan.

Sambil dok Gempa mengfanboykan rumah tu, tiba tiba, keadaan menjadi sepi.

Gempa : .......Kenapa aku rasa ada benda yang kurang eh?

Gempa melihat ke sekeliling yang dia mampu lihat dari dapur itu. Dia pun sedar apa yang kurang.

Gempa : Oh. Ya. Tok Aba tak ada.

Keadaan yang tadinya ceria, tiba tiba menjadi tegang.

Gempa : Nampaknya aku terlalu luangkan masa banyak dengan Tok Aba sampai rindu kalau tak ada. Ehehehe.....

Itu bukan Gempa yang kata. Tapi Boboiboy sendiri, menggunakan badan Gempa.

Gempa : Ergh!!! Kenapa aku tak boleh nak buat benda baru dengan betul?! Selalu je ada benda yang tak kena!!!

Boboiboy menampar nampar wajahnya dengan kedua dua tangannya serentak akibat geram dan stress. Siapa je yang tak rasa begitu kalau kau tak tahu nak buat apa apa dekat tempat yang tiada sesiapa kenal kau, dan kau tak kenal mereka.

Gempa pun pergi kembali ke ruang tamu.

Ice : Hah, tak seindah yang kau bayangkan, kan?

Gempa : Eh?

Kelihatan Ice yang tadinya tidur, sedang duduk sambil menghadap telefonnya di sofa ruang tamu itu.

Gempa : Bukan kau tidur ke tadi?

Ice : Baru bangun. Ni ada messages dari kawan dekat Pulau Rintis.

Gempa : Hm?

Gempa pun duduk di sebelah Ice. Mereka pun hanya membaca semua messages dari kawan kawan mereka sampai tergelak kecil.

"Macam mana Cyberaya?"-Fang

"Ok je. Cuma tak seberapa seperti yang aku bayangkan."-BBB

"Kau tak rindu kitorang ke?"-Gopal

"Mestilah rindu. Alah, 2 bulan je. Korangkan pernah berpisah dengan aku selama 6 bulan."-BBB

"Tapi kali ni tak sama! Macam mana kalau ada raksasa menyerang?!"-Gopal

Belum sempat mereka membalas pertanyaan Gopal, tiba tiba, ada bunyi ketukkan dari pintu rumah.

Dengan cepat, mereka bergabung kembali. Dengan tergesa gesa, Boboiboy berlari ke arah pintu rumah.

Ali : Boboiboy! Ooooo Boboiboy! Assalamualaikum! Aku dah balik ni!

Boboiboy pun membuka pintu dan mencuba untuk terlihat biasa.

Boboiboy : Ah! Ali! Waalaikumusalam. Lambatnya kau balik. Dah pukul 3 dah.

Ali : Ehehehehe. Alah, biasalah. Cikgu aku tu tak habis habis nak tunjuk koleksi stem dia yang dia dapat dari zaman perjajahan British dulu. Sampai Alicia pun terhantuk kepada dia dekat meja sebab tertidur.

Fuhhhh, Alicia kena fitnah. Padahal kepala dia yang benjol, bukan Alicia.

Boboiboy : Lah? Habis tu, kenapa kepala kau benjol tu? Terhantuk jugak ke?

Hah, kan dah kena. Ali tak tahu pulak yang benjol dekat kepala dia tu jelas sangat. Tulah, padah fitnah.

Ali : Oh, ni, er.... aku terjatuh skuter tadi masa perjalanan balik. Terlanggar batu, ehehehe.......

Boboiboy : Pulak.

Ali : Tapi aku ok je. Tak sakit pun. Ah, weh, kau nak ikut aku pergi rumah kawan aku tak? Aku ada janji dengan dia nak lepak rumah dia lepas habis kelab stem.

Boboiboy : Erm... boleh je. Lagipun aku tengah bosan ni.

Ali : Ok! Tunggu aku tukar baju dulu.

Ali pun masuk ke rumahnya dan terus naik ke atas untuk mandi dulu. Habis berpeluh lepas latihan tadi.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seketika kemudian, mereka pun tiba di rumah Viktor. Ali menekan loceng rumahnya.

Ali : Viktor, oooo Viktor! Aku dah sampai ni!

Tak sampai seminit, pintu rumah itu sudah terbuka. Terlihatlah Mak Viktor, Puan Ong, berdiri di depan mereka.

Puan Ong : Ah! Ali! Kemari jugak kamu. Kamu ada janji dengan Viktor nak lepak ke?

Ali : Haah Auntie!

Puan Ong : Ooooo, ok ok. Viktor ada dekat bilik dia. Dan ni.... siapa?

Boboiboy : Auntie boleh panggil saya Boboiboy. Saya tahu bunyinya pelik sikit, ehehehe.....

Puan Ong : Boboiboy? Oh, tak ada yang peliknya! Ni mesti nama manja mak ayah kamu bagi kamu kan? Auntie pun ada nama manja untuk anak kesayangan Auntie tu! Hah, jemput masuk! Jangan segan segan!

Ali, BBB : Terima kasih Auntie!

Tanpa basa basi lagi, mereka berdua pun masuk ke dalam rumah dan naik ke tingkat atas, menuju bilik Viktor.

Boboiboy pun sebenarnya teragak agak jugak sebenarnya nak masuk rumah Puan Ong tu. Yelah, rumah yang selalu dia lepak pun selalunya rumah Gopal je. Yang lain tu biasanya kalau ada benda penting macam hari raya ke, study group ke, tapi tu pun biasanya buat dekat Kokotian Tok Aba je.

Ali : Viktor! Kami dah sampai ni!

Ali mengetuk pintu bilik Viktor.

Viktor : *dari dalam* Ah ya! Masuk masuk! Pintu tak kunci pun!

Ali pun membuka pintu bilik Viktor, dan masuk ke dalamnya.

Viktor : Ah, Ali! Sampai pun! Lama aku tunggu! Eh?

Viktor memandang Boboiboy yang berdiri di belakang Ali. Dia kan lagi tinggi dari Ali, jadi, nampak sangat lah dia berdiri kat belakang dia.

Boboiboy : Er.... Hi?

Boboiboy melambai kekok ke arah Viktor. Boboiboy menyiku bahu Ali.

Boboiboy : *bisik* Weh, tolong lah aku.

Ali : Hah? Oh! Viktor, ni lah anak kawan Papa aku yang aku kata tu! Kau boleh panggil dia Boboiboy.

Boboiboy melepaskan nafas lega dalam hati.

Boleh eh macam tu?

Viktor : Oh! Jadi kau lah dia! Selamat berkenalan. Aku Viktor Ong!

Boboiboy : Selamat berkenalan juga.

Ali : Hah, apa lagi! Jom lah kita mula main Detektif Jebat Edisi ke 5!

Viktor : Jom! Nak mula dari level mana dulu?

Ali : Dari level satu lah, aku tak main lagi ni! Baru dapat download semalam!

Viktor : Oh, ok ok!

Sambil mereka berdua tengah berborak, Boboiboy hanya berdiri di tepi, kekok.

Ali : *perasan* Boboiboy, meh lah sini duduk.

Boboiboy : Er..... tapi aku tak ada game Detektif Jebat tu.

Viktor : Kau tak ada?! Tak apa, tak apa! Meh sini, telefon. Aku tolong download kan.

Boboiboy : Aku ada telefon ni je. Tak apa kan?

Boboiboy menghulurkan telefonnya kepada Viktor, dan Viktor mengambilnya.

Viktor : Tak apa. Game Detektif Jebat ni ambil ruang 30 MB je, jadi tak banyak pun.

Viktor pun mula mendownload game itu di telefon Boboiboy, sampai habis. Masukkan username apa yang Boboiboy nak, tarikh lahir, password, yang lain lain lagi lah.

Bila dah siap, dia pun pulangkan semula ke Boboiboy. Mereka pun mula bermain.

Ali : Serang sana, yang tu!

Viktor : Ya ya! Kau pulak serang yang tu!

Boboiboy : Aku nak serang apa?!

Viktor : Serang je mana mana! Asalkan jangan mati!

Boboiboy : Ok ok!

Main punya main, dah 20 round diorang habiskan dalam masa 1 jam.

Ali : Fuh! Hebat jugak kau ni! Tak sangka kau hebat dalam video game!

Boboiboy : Ehehehe, aku tak adalah hebat mana. Tapi kawan aku dari Pulau Rintis tu, dia memang hebat main game!

Viktor : Ye ke?! Wooooahhhh powerrrr! Boleh lah kau perkenalkan kitorang ke dia nanti!

Boboiboy : Boleh boleh!

Mereka bertiga pun luangkan masa bersama sepanjang hari itu.





























1501 perkataan

Tips menulis untuk pemula, walaupun Author masih tidak boleh panggil diri sendiri penulis pro lagi! Alah, bagi tips sesama penulis, apa salahnya kan? :v

1) Jangan too straight to the point.

Ini penting untuk pastikan cerita korang lebih menarik. Contohnya, macam buku ni, Ejen Ali x Boboiboy. Sekiranya korang nak Boboiboy dah memang jadi Ejen, pastikan korang tak terus buat dia balik ke Cyberaya dalam 1 Chapter.

Dan juga, jangan terus buat Boboiboy tunjukkan kuasa dia.

Belajar dari pengalaman, buku Aing dulu cringe :'v

Buat beberapa plot dulu sebelum ke point of the story, seperti, kenapa Boboiboy nak balik ke M.A.T.A? Adakah pilihan sendiri, atau diminta oleh atasan M.A.T.A? Macam tu.

Lepas dah selang 2 ke 3 chapter, baru korang boleh masuk point of the story.

2) Jangan buat karakter yang baru jumpa terus berkawan macam tak ada apa apa yang berlaku/selesa dengan tempat baru.

Macam dalam buku ni, Boboiboy masih lagi kekok mahu berkawan dengan Ali sebenarnya, dan juga kebalikkanya. Ali masih ragu ragu dengan Boboiboy kerana dia takut dia terbongkarkan rahsia M.A.T.A.

Kalau dia memang pernah berasal dari tempat tu, ingat tempoh masa dia tinggalkan tempat tu. Macam kebanyakkan buku E.AXBBB, Boboiboy tinggalkan M.A.T.A ketika berumur 11 tahun. Itu kira kira 5 tahun selepas Boboiboy kembali semula. Buat dia sedikit kekok kerana dah lama taknpulang ke sana.

3) Jangan too out of the character.

Contohnya, Rudy. Jangan buat dia terus berkawan dengan Ali walaupun Ali pernah selamatkan mereka. Dan pastikan ada sebab kenapa dia masih tak mahu berkawan dengan Ali.

Dan dalam kes Alicia, Alicia dah mula rapat dengan Ali, jadi, jangan tiba tiba buat hubungan diorang regang pulak. Kalau mahu buat juga, pastikan ada sebab yang kukuh.

.
.

Ok, itu je kot yang Author boleh bagi untuk hari ni. Tata titi tutu, pergi dulu :v *lesap*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top