Misi : Lawat

Ali : Er..... Ah, tak ada apa apa lah. Weh, kau nak ikut aku tak?

Tiba tiba sahaja Ali mengajak Boboiboy.

Boboiboy : Hah? Pergi mana?

Ali : Adalah. Kau pasti suka tempat ni!

Boboiboy : Ada lagi tempat dekat sini yang korang tak tunjuk dekat aku lagi?!

Ali : Mastilah! Cyberaya ni luas tau!

Tanpa banyak cakap lagi, Ali terus menarik tangan Boboiboy dan menariknya keluar dari taman itu.

Boboiboy : H-hey hey hey! Tak payahlah tarik tangan aku!

Ali : Alah, aku nak cepat ni!

Boboiboy : Haih, ye pun bagilah aku amik motor aku dulu kau ni.

Ali : Eh, kau ada bawak motor kau ke?

Boboiboy : Adalah. Habis tu, kau ingat akh sampai sini guna apa?

Ali : Er..... teksi? *muka RM1.10*

Boboiboy : Hm. *muka malas*

Ali : Dekat mana kau letak motor kau?

Boboiboy : Adalah. Kau tunggu sini.

Ali : Alah, aku nak ikut! Bagilah adinda tak sah mu ini mengikut mu wahai kanda Boboiboy.

Tiba tiba jadi drama istana pulak kat sini. Bonoiboy hanya beri muka meluat ke Ali.

Boboiboy : Meluat aku dengar kau cakap.

Ali : Eheheheheh. Alah, please lah. Pleaseeeeeeeee *jutsu puppy eyes*

Boboiboy hanya mampu beri muka 10 sen ke Ali.

Boboiboy : Yelah yelah. Ikut aku.

Ali : Gi mana- woahhhhh!

Terbalik pulak. Boboiboy pulak yang tarik tangan Ali.

.
.
.

Boboiboy membawanya ke jalan kecil yang sunyi, dan tiada orang.

Ali : Apa kita buat dekat sini? Bukan kau kata nak ambil motor kau ke tadi?

Boboiboy : Nampaknya dah masanya aku tunjukkan ke kau.

Ali : Hah? Tunjukkan apa?

Boboiboy memegang jam kuasanya. Tiba tiba, ianya bercahaya.

Boboiboy menghalakan tangan yang ada jam kuasanya ke depan, dan sesuatu muncul dari balik cahaya yang terang itu.

Mulalah terbentuk dan terbuka seperti origami motor Boboiboy dari sebalik cahaya itu.

Ali ternganga besar, sebesar muzium, melihat itu.

Boboiboy : Hah, macam mana? Hebat kan?

Ali : C-c-c-c......

Boboiboy : Er..... Ali?

Ali : CUN GILA!!!! KAU TAK CAKAP PUN MOTOR KAU LELUAR DARI JAM K-

Boboiboy cepat cepat letakkan jari telunjuknya di mulut Ali, menyuruh Ali diam.

Boboiboy : Shhhhh! Tak yah lah jerit.

Ali : Eheheheh, sorry sorry.

Boboiboy : Tapi, betul ni, kau jangan bagitahu sesiapa tau pasal ni.

Ali : Hm? Kenapa pulak?

Boboiboy : Sebab ni bukan buatan Cyberaya. Jadi, aku takut kalau tiba tiba ada orang curiga akan aku.

Ali : Kenapa orang nak curiga pasal-

Tiba tiba Ali teringat pasal serangan penduduk pinggiran.

Ali : Oh, faham faham.

Boboiboy : Kalau dah faham, hah, nah. *bagi helmet* tunjuk aku ke mana nak pergi.

Ali : Ok, jom!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mereka dah memandu dah lebih 40 minit, tapi tak sampai sampai lagi.

Boboiboy : Kau ni betul ke ingat jalan nya?

Ali : Ish! Aku cuba ingat lah ni!

Boboiboy : Cuba ingat ke memang dah lupa?

Ali : Aku lepuk kau sat gi baru tahu. Aku dah beberapa bulan dah tak pergi sana.

Boboiboy : Kenapa?

Ali : Ada.... benda berlaku dekat sana. Tapi, sekarang ianya masih dalam proses bangun semula. Dah lebih separuh dah siap.

Boboiboy : Tempat ni macam mana?

Ali : Cantik! Semua penduduk dekat sana ramah ramah! Walaupun aku bukan dari sana, tapi diorang layan aku baik baik je. Aku ajak kau ni, sebab nak kenalkan kau dengan seseorang.

Boboiboy : Seseorang?

Ali : Hah! Ikut sana!

Mereka pun akhirnya memasuki ke jalan kecil. Sedikit berbonggol dan ada tumpukan pasir simen di sekeliling jalan kecil itu.

Memang jelas lah ada pembinaan sedang berlaku di sana.

Kedepan sedikit, akhirnya mereka sampai.

Boboiboy  W-woah.....

Ali melompat turun dari motor itu, dan berjalan ke hadapan.

Ali : Hah, Boboiboy. Selamat datang ke Pinggiran!

Ya, mereka sekarang berada di pinggiran.

Ianya sudah tidak seperti yang dulu lagi.

Berkat Ayah Ali dan para pembesar yang lain, Pinggiran sudah mulai membangun.

Banggunan sudah dibina baru.

Sudah ada bekalan air dan elektrik yang tetap.

Dan peduduk sudah tidak perlu risau pasal ancaman bandar utama. Mereka sudah berada di bawah tangan yang selamat.

Bagi rumah yang masih belum siap, mereka dibenarkan tinggal di hospital berdekatan dengan sana seketika sementara menunggu rumah mereka siap dibina.

Boboiboy : Pinggiran?

Ali : Eheheh, tempat ni dulu macam kawasan peperangan, ketingggalan, tapi sekarang, berkat pembesar Cyberaya, tempat ni dah mula maju sama! Cuma masih tak diberi nama baru yang tetap lagi, sebab pembanggunan masih belum siap.

Boboiboy menyimpan motornya kembali kd dalam jam kuasanya.

Ali : Hah, sini!

Boboiboy : W-woah!

Ali menarik tangan Boboiboy kembali.

Mereka berjalan ke sebuah rumah ynag sudah siap di sana.

Kelihatan seorang wanita tua sedang duduk di luar rumah itu.

Ali : Mak Yah!!!!

Ali berlari ke arah wanita itu dan memeluknya.

Mak Yah : Eh? A-Ali?

Ali : Ya! Ni saya lah ni!

Mak Yah, kalau korang tengok Ejen Ali The Movie, mesti korang kenal.

Dianlah sosok seperti ketua di pinggiran itu. Berkat Aliya dan Niki, Mak Yah masih boleh bertahan hidup.

Mak Yah : Balik pun kamu! Rindu Mak Yah. Kenapa jarang datang?

Ali : Ehehehe, saya sekolah Mak Yah. Jadi sibuk sikit sampai susah nak datang. Lagi pun tempat ni masih dalam pembinaan.

Mak Yah : Hm, betul jugak kata kamu tu.

Boboiboy masih berdiri di tepi, kaku tidak tahu mahu buat apa.

Boboiboy : Erm..... pssst......Ali.

Ali : Eh? A-haah! Boboiboy! Perkenalkan, Mak Yah! Mak Yah, perkenalkan, ni Boboiboy! Kawan baru saya! Dia dari Pulau Rintis. Dia baru sampai ke sini hari sabtu hari tu. Dia tinggal dengan saya buat dua bulan ni.

Boboiboy dengan sedikit kekok, mengangkat tangannya, ingin salam dengan Mak Yah.

Boboiboy : Salam kenal Mak Yah.

Mak Yah : Salam kenal juga. Pelik juga nama kamu ni.

Boboiboy : Ehehehe.... tu nama panggilan saya je Mak Yah. Nama sebenar saya, Khairul. Tapi Mak Yah panggil jelah saya Boboiboy.

Mak Yah : Hm, baiklah.

Ali : Hah, Boboiboy! Kau pergilah ronda dekat dekat sini dulu! Aku ada benda nak kata dengan Mak Yah.

Boboiboy : O-oh, ok. Tapi kalau aku sesat, kau tolong cari aku tau.

Ali : Tak adanya kau sesat. Dah dah, pergi.

Boboiboy : Macam nak halau aku je kau ni. Haih, yelah. Aku pergi dulu.

Boboiboy berjalan pergi, meinggalkan Ali dengan Mak Yah.

Tiba tiba, suasana tiba tiba, seperti jadi suram.

Mak Yah : Macam mana dengan Niki?

Ali : Dia..... masih ditahan M.A.T.A.

Mak Yah : Haih..... Niki Niki.

Ali : M-maafkan saya Mak Yah. Kalau bukan sebab saya.... mesti tak akan jadi macam ni.....

Mak Yah meletakkan tangannya di kepala Ali.

Mak Yah : Tak, bukan salah kamu. Kamu hanya mahu membantu. Kalau bukan sebab kamu juga, sekarang, mesti Pinggiran masih sama macam dulu.

Ali : T-tapi......

Mak Yah : Mak Yah tahu, niat Niki tu baik. Dia cuma mahu mengubah nasib Pinggiran, tapi, cara dia tu yang terlalu melebih. Mak Yah tahu, nanti, lepas dia dilepaskan, mesti dia akan kembali menjadi Niki yang Mak Yah kenal.

Ali tidak mampu membalas apa apa, selain dari menganggukkan kepalanya.

Mak Yah : Hah, pergilah ikut kawan kamu tu. Mak Yah risau dia betul betul tersesat pulak nanti.

Ali : A-alamak! Boboiboy!

Ali pun berlari ingin mencari Boboiboy kembali. Mak Yah hanya ketawa melihat telatah Ali.

Mak Yah : Haih. Dia memang sama macam kamu masa muda dulu, Aliya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sehari suntuk mereka habiskan masa di Pinggiran itu.

Mereka berdua bermain dengan semua budak budak di sana, berkenalan dengan semua penduduk, macam macam lagilah.

Ali yang tolong kenalkan dia ke semua.

Nampaknya, kehadiran Boboiboy disambut penduduk sana.

Tak adalah seperti yang Boboiboy bayangkan. Rupa rupanya penduduk di sana ramah.

Mereka berjalan keluar dari sana menggunakan jalan kecil yang sama mereka lalu untuk masuk ke sana tadi.

Ali : Macam mana? Seronok?

Boboiboy : Hm! *angguk* Ramah rupanya penduduk di sini.

Ali : Kenapa? Kau ingat penduduk sini tak terima kau ke?

Boboiboy : B-bukan! C-cuma, yelah, aku ni bukan dari sana, apa lagi dari sini. Dah lah aku tak ada sesiapa yang aku kenal dekat sini. Tiba tiba je Ayah aku suruh datang sini. Aku cuma..... takut.....

Ali hanya memandang dari tepi, tidak tahu yang Boboiboy rasa macam tu.

Ya, rasa macam diri kita ni seperti orang luar tu menyakitkan.

Jujur, dia juga pernah merasakannya.

Di sekolah, di M.A.T.A, bah kan kadang kadang di rumahnya sendiri.

Siapa suka dipulaukan, dicaci, dimaki, tidak rasa di rumah sendiri, kan?

Tidak sempat Ali mahu membalas, tiba tiba, hujan turun.

Boboiboy : Alamak......

Hujan turun dengan lebat dengan sangat cepat. Mereka berdua menutup kepala mereka dengan tangan mereka, dan berlari ke satu pondok bas tidak jauh dari situ.

Boboiboy : Fuh! Nasib baik ada stesyen bas ni dekat sini.

Ali tidak menjawap, membuatkan Boboiboy pelik.

Boboiboy : Ali?

Ali : Hey, Boboiboy. Jujur dengan aku.

Boboiboy : Hah?

Ali : Jujur dengan aku. Siapa aku pada kau sebenarnya?

Soalan itu membuatkan Boboiboy terdiam.

Boboiboy : Kenapa tiba tiba tanya ni?

Ali : Apa yang kau cakap tadi.

Boboiboy : Hah?

Ali : Pasal kau tiada orang yang kau kenal dekat sini. Rasa sunyi tu...... aku pernah rasa.

Boboiboy : ........

Ali : Tapi apa yang aku nak tahu sekarang ni, apa aku pada kau? Kau pandang aku sebagai apa selama kita bertemu sekarang ni? Aku kawan? Aku orang asing? Aku apa?

Boboiboy : ....... aku......

Ni lah yang Boboiboy benci ni. Dia tidak tahu nak jawap soalan orang macam mana. Yang ilmiah pun dia tak boleh nak jawap, apa lagi yang soalan jenis macam ni.

Setiap kali dia mahu jawap, selalu sahaja tak mampu. Biasanya Yaya dan Ying, or kadang kadang Fang yang tolong jawapkan untuknya.

Boboiboy : Aku...... tak boleh nak kata yang kau kawan aku.

Ali : A-apa?

Boboiboy : Aku tak boleh kata kau kawan baik aku. Sebab kita masih belum tahu satu sama lain sepenuhnya.

Ali : O-oh......

Boboiboy : But, hey, belum satu minggu berlalu lagi! Kita ada masa 2 bulan penuh untuk kenal satu sama lain! Jadi, apa kata kalau kita tak ambil perkara ni terlalu cepat? Masih ada banyak perkara yang kita tak tahu pasal satu sama lain! Kita boleh belajarnya perlahan lahan.

Boboiboy berdiri, dan memegang jam kuasanya.

Dia mengeluarkan motornya.

Boboiboy menghulurkan tangannya ke Ali.

Boboiboy : Jadi, apa kata kita pulang ke rumah, dan mulakannya di sana?

Ali terdiam sementara, tidak expect jawapan Boboiboy macam tu.

Nampaknya, dia berjaya jumpa kawan baru yang mungkin akan memahaminya, seperti Viktor.

Ali menangkap tangan Boboiboy, dan bangun.

Ali : Jom.

Boboiboy : Ehehehehe.

Mereka berdua pun meredah hujan bersama di atas motor itu, dan pulang ke rumah sebelum Matahari terbenam.
























1659 perkataan

Kenapa Author google pasal Mak Yah, satu info pun tak ada? Gampur pun tak ada.

Hm, sedih hidup. *lesap*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top