Misi : Latihan Part 2

Boboiboy : Ah, shit......

Robot robot Droid yang masih tidak menyala itu berdiri gagah di depan mereka berempat.

Tangan Boboiboy kembali terketar akibat ketidak selesaan. Dia mungkin dah pernah lawan dengan robot sebelum ni, tapi, hanya sesekali sahaja. Jadi, dia masih belum cukup pengalaman lagi.

Bukan apa. Lepas kejadian A.B.A.M dulu tu, dia tak habis habis fikir macam mana nak kalahkan robot jahat yang lain kalau diorang muncul lagi.

Dia tak tahu kalau diorang tu macam A.B.A.M yang boleh baca gerakkan ataupun tidak.

Bukan senang nak buat gerakkan spontan ok. Terutamanya bila dia tak boleh nak pecah ke Element dia sekarang ni.

Leon : Mereka semua adalah rakan latihan kamu untuk hari ini. Mereka adalah robot khas yang dibuat untuk pengawal M.A.T.A dan juga untuk latihan para para Ejen M.A.T.A.

Ejen Leon perasan yang Boboiboy seperti tidak senang berdiri di situ. Habis berpeluh satu dahi budak tu.

Leon : Kenapa? Kamu takut?

Boboiboy : Bu-bukan! Cuma.....

Leon : Tak biasa?

Boboiboy : Erk?! Er..... huh, haah..... saya tak biasa lawan robot.....

Bakar : Tak apa Boboiboy! Kamu cuma perlu bayangkan robot robot tu macam orang orang yang Boboiboy pernah lawan! Macam Pak Cik Tua yang kita lawan semalam!

Boboiboy : Macam..... orang yang saya pernah lawan?

Geetha : Hah, tu cara yang bagus! Dari gaya kamu berlawan semalam, saya dapat lihat yang kamu ni dah ada banyak pengalaman berlawan. Jadi, mesti kamu ada banyak orang yang kamu lawan sebelum ni kan?

Boboiboy : Er.... tu..... saya boleh cuba. Tapi, saya tak jamin akan menjadi.

Bakar : Tak apa. Kalau kamu kena belasah teruk, kita ada Ejen Geetha kita di sini.

Geetha : Kalau sampai tulang patah, saya masih tak boleh nak rawat. Kena hanyar ke hospital jugak.

Boboiboy : Er.... ehehe...

Leon : Baiklah, nampaknya kamu dah bersedia. Sini. Ikut saya.

Ejen Leon membawa Boboiboy ke satu sudut ruangan. Di sana, ada satu meja yang penuh dengan alatan. Tapi, ianya adalah barang barangan biasa.

Seperti pisau dapur, batang kayu, pinggan, lastik katu, pistol mainan, senapang palsu, dan sebagainya.

Leon : Selepas kamu menjadi Ejen, kamu akan diberi alatan yang akan diberi kepada kamu sesuai kemampuan kamu.

Boboiboy : Woah! Tapi, kenapa kebanyakkannya barang yang tak digunakan untuk berlawan?

Leon : Kerana kami mahu tengok kamu boleh ke guna barangan palsu sebelum dapat barangan asli untuk mempertahankan diri.

Boboiboy : Tapi, macam mana saya nak kalahkan mereka dengan semua ni?

Leon : Jangan risau. Kamu hanya perlu sentuh mereka sekali sahaja untuk matikan sistem mereka. Serang mereka sebelum mereka serang kamu.

Boboiboy menghembuskan nafas lega. Tak adalah sesusah yang dia bayangkan.

Leon : Tapi, jangan ingat yang mereka tak mampu untuk lumatkan kamu.

AHAHAK-

Boboiboy bersweatdrop ria. Buat suspen je Ejen Leon ni.

Leon : Sekarang, kamu kena pilih salah satu dari barang barang ini untuk kamu gunakan lawan robot robot Droid itu. Pilih pilih.

Boboiboy melihat ke semua alat alatan yang berada di atas meja itu.

Boboiboy mengangkat tangannya, dan mencuba mengambil salah satu darinya.

Mula mulanya, Boboiboy ingin mengambil pisau dapur, kerana ianya satu satunya senjata asli yang ada di atas meja itu.

Tapi, tiba tiba sahaja dia mengubah fikiran, dan mengambil batang kayu yang berada di sebelah pisau itu.

Boboiboy : Saya..... pilih yang ni.

Leon : Batang kayu lagi? Sama macam semalam?

Bakar : Lah? Kan ada senjata lagi bagus ayas meja tu. Senapang tu ke, pistol tu ke, pisau tu ke, ni Boboiboy pilih batang kayu?

Boboiboy : S-saya cuma takut.... nak guna senjata asli.....

Para Mentor faham apa maksud Boboiboy dan tidak mempersoalkannya lagi. Takut budak tu makin tak selesa pulak nanti kena soal banyak banyak.

Leon : Seperti yang saya cakap tadi, latihan kamu ni senang. Kamu hanya perlu ketuk mereka sekali sahaja untuk matikan sistem mereka. Dah bersedia?

Boboiboy : Sedia!

Leon : Baiklah. Latihan kamu, bermula...... Sekarang.

Ejen Leon menekan satu butang berwarna hitam di dinding, dan akhirnya, Robot Robot Droid itu hitam.

Boboiboy menelan ludah kelat, dan menghembuskan nafas yang berat.

Boboiboy membuka matanya, dan melihat setiap orang dan Alien yang pernah dia lawan sebelum ini di Robot Robot Droid itu.

Boboiboy : Baiklah.....

Robot Robot Droid itu mula berlari ke arahnya.

Seperti apa yang Ejen Leon kata, Boboiboy mengetukkan batang kayu di tangannya dengan sedikit keras ke setiap Droid yang menghampirinya.

Adalah nampak kesan kemek dengan Robot Droid tu.

Robot Robot Droid yang telah diketuknya, mati, dan masuk ke tanah kembali.

Bagai melepaskan dendam silam, Boboiboy lawan setiap dari mereka macam penjahat yang sebenar.

Para Mentor yang diatas pun sedikit kagum dengan itu.

Bakar : Waaaah! Boleh tahan budak ni! Tak sabar bila giliran aku pulak nak ajar dia!

Terutamanya bila Boboiboy hanya berlawan dengan batang kayu biasa yang entah diorang cabut dari batang mop mana entah, dan bukan alatan canggih M.A.T.A, dan buat senjata dari kuasanya.

Robot Robot Droid itu dalam tak berhenti henti. Mereka tak boleh nampak dari atas, tapi wajah Boboiboy sekarang macam tengah marah.

Bayangannya adalah musuh musuh lamanya, macam mana dia tak rasa macam tu.

Dari Ejojo, Borara, Perompak Bank, Adudu, Jugglenut, Kapten Vargoba, dan Alirn Alien jahat yang lain.

Boboiboy : Mati, mati, mati, mati!

Satu persatu Robot Droid tumbang di tangan Boboiboy.

Tiba tiba, Boboiboy terlihat satu Robot Droid dari jauh, dan terhenti.

Wajahnya yang awalnya memang dah marah, bertukar menjadi bengis.

Retak'ka.

Boboiboy yang tiba tiba menjadi hilang kawalan, melibas satu persatu Robot Droid pergi dari jalannya dengan sangat kuat.

Sampaikan Robot Robot Droid itu terpelanting ke dinding.

Seperti melepaskan kesemua amarahnya, Boboiboy mengangkat tinggi tinggi batang kayunya itu, dan melibas, memukul, menghentak Robot Droid itu tanpa belas kasihan.

Bakar : Boboiboy?

Geetha : Dia macam hilang kawalan. Patut ke kita tamatkan-

Leon : Tunggu. Dia belum habis lagi.

Mereka kembali menonton.

Libasan terakhir Boboiboy, menyebabkan Robot Droid itu terbelah dua.

Boboiboy : Huh..... huh..... huh......

Robot yang malang itu masuk kembali ke dalam tanah.

Ianya masih belum tamat. Boboiboy melihat ke belakang. Masih banyak lagi Droid yang berdiri, bersedia menyerangnya.

Boboiboy yang tadinya duduk, kembali berdiri.

Tak jangka, Boboiboy mematahkan batang kayu itu kepada dua.

Seperti pedang Halilintar.

Boboiboy menetak Robot Robot Droid itu dengan batang kayu yang terpatah itu dengan sangat kuat. Ada yang siap dia tikam lagi Robot tu sampai tembus.

Bakar : Saya rasa saya tak patut bagi nasihat tu tadi.....

Leon : Tak apa. Yang penting, kita mampu lihat kemampuan dia.

10 minit berlalu. Boboiboy telah mengalahkan kesemua Robot Droid itu tanpa tersisa.

Boboiboy terduduk kepenatan di tepi sambil melihat ke lantai.

Sesaat, matanya berubah menjadi warna merah, dan kembali ke coklat semula. Hampir hampir sahaja Halilintar terkeluar dari badannya.

Para Mentor turun ke bawah dan berjalan ke arah Boboiboy.

Bakar : Syabas anak muda, syabas!

Leon : Ya, Syabas. Kamu berjaya mengalahkan kesetiap satu Robot Droid tanpa diganggu sama sekali.

Boboiboy : S-saya berjaya?

Boboiboy merasa sangat lega ketika itu. Dia nampaknya berjaya melalui satu cabaran di Cyberaya lagi tanpa tunjukkan kuasanya.

Geetha : Betul Boboiboy! Record pertama kamu di M.A.T.A telah dicatat dan dimasukkan dalam fail utama!

Boboiboy : Jadi.... saya dah jadi Ejen M.A.T.A ke ni?

Leon : Aip. Masih belum.

Boboiboy : Lah.

Leon : Kamu masih perlu menjalani beberapa lagi latihan untuk beberapa hari. Selepas segala benda pasal kamu direkordkan, kami akan mula memilih teras untuk kamu.

Boboiboy : Haih..... tak habis lagi rupanya...... *bisik* macam Ujian Kental..... nasib kali ni tak perlu pergi Planet Gunung Berapi.

Leon : Oh ya. Lagi satu. Saya nak kamu ganti rugi Droid yang kamu dah rosakkan tu.

Ejen Leon menunjuk ke arah 3 Droid yang hancur akibat ulah Boboiboy.

Boboiboy : G-ganti rugi?!

.
.
.

Boboiboy melihat dompetnya yang dah kosong selepas membayar ganti rugi ke Ejen Leon.

Boboiboy : Duit gaji TAPOPS aku~~~~~ huhuhuhu........

Leon : *kira duit* Huhu, kaya aku. Ehem! Baiklah Boboiboy. Bersedia untuk latihan seterusnya esok. Selepas sekolah, terus datang ke sini kembali bersama Ali dan Ejen Bakar. Faham?!

Boboiboy : F-faham Ejen Leon!



























1265 perkataan

Ohohohok- :v




Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top