Misi : Latihan

Keesokkan harinya tiba. Hari Jumaat.

Dua sepupu itu tiba di akademi dengan wajah yang lesu.

Akibat terlalu teruja diorang berdua berborak sepanjang malam, tak sabar nantikan hari Sabtu, tetapi akhirnya tertidur juga pukul 4 pagi akibat kelelahan.

Alicia : Hai korang.

Alicia yang juga baru tiba, menyapa mereka dari belakang. Terus berubah wajah Alicia jadi pelik lepas tengok dua sepupu tu muka macam hantu panda.

Alicia : Er..... korang berdua ni dah kenapa?

Ali : Hai Alicia..... Huaaaammmm..... *menguap* kitorang tidur lambat semalam.....

Alicia : Lah, kenapa? Selamat lah hari ni tak sekolah. Kalau tak, hm, mampos kau kena dengan Cikgu Najwa.

Terus wajah Ali berubah jadi takut bila Alicia mention nama Cikgu Najwa.

Cikgu Najwa tu cikgu baru diorang. Tapi garang nak mati, sebab bekas Cikgu Universiti, tukar ke sekolah diorang.

Dah lah diorang dapat kerja sekolah dari Cikgu Najwa, tapi Ali tak siapkan lagi.

Ali : Haah lah! Macam mana aku boleh lupa?! Kalau hari ni sekolah, mampos aku weh!

Boboiboy yang di tepi, hanya melihat Ali yang menggelebah satu badan, malas nak bercakap sebab diri sendiri pun ngantuk.

Boboiboy : Dah pukul berapa dah weh?

Boboiboy melihat ke arah jam kuasanya. Baru pukul 10 pagi.

Boboiboy : Haih..... lama lagilah baru dapat balik rumah macam ni.

Ali : Oh, ya! Alicia, kitorang ada benda penting nak bagitahu kau ni!

Alicia : Hah, apa dia? Bagitahu lah.

Ali : Hehe, tapi kita kena tunggu yang lain dulu~

Alicia : Hah?

.
.
.
.
.
.

All-Ali, BBB : KORANG BERDUA SEPUPU?!?!?!

Seketika kemudian, Ali dan Boboiboy akhirnya memberitahu perkara itu ke kesemua Ejen Muda, yang semestinya buat yang lain terkejut.

Moon : Biar betul?! Perghhhhh, caya lah! Patutlah korang asyik bersama je!

Alicia : Kenapa kau tak pernah bagitahu aku sebelum ni?

Ali : Itu sebab kitorang pun baru tahu semalam. Kan Boboiboy? *siku Boboiboy*

Boboiboy : Hm? Oh, haah. Pak cik Ghazali baru bagitahu kitorang semalam. Kitorang pernah berjumpa waktu kecil sahaja, selepas tu, tak pernah dah. Pak cik baru bagitahu kitorang semalam disebabkan hari jadi Ali.

Rudy yang ditepi, hanya memandang mereka berdua, satu persatu, berulang ulang kali.

Rudy : Tak sama pun muka.

Dan Rudy pun diberi ketukkan manja di kepala oleh senapang Roza buat sekian kalinya.

Roza : Memang lah berbeza. Diorang sepupu, bukan adik beradik.

Rudy : *pegang kepala sebab sakit* Adeh..... Ish! Ye pun tak yah lah ketuk kepala aku!

Jet : Hoho! Best lah kau, Ali. Ada keluarga kau lagi yang tahu yang kau ni ahli M.A.T.A. Tak macam aku. Sekor pun tak boleh tahu.

Ali : Ahaha.......*sweatdrop*

Berita itu disambut baik oleh para Ejen Muda. Ianya membuatkan mereka berdua lega. Mereka nampaknya dah boleh selesakan diri melihat satu sama lain sebagai sepupu tanpa perlu rahsiakannya.

Mika : Tapi bila difikirkan balik lah kan......

Mika tiba tiba bersuara, membuatkan para Ejen Muda yang lain memandang ke arahnya.

Alicia : Kenapa Mika?

Mika : Ali pernah bagitahu aku dulu, yang Boboiboy hanya akan di sini sehingga satu bulan sahaja lagi. Jadi, lepastu.... Boboiboy akan keluar dari M.A.T.A ke?

Mendengar soalan tiba tiba dari Mika itu, membuatkan mereka semua beralih pandang ke Boboiboy pulak.

Yang semestinya dibalas dengan wajah tidak selesa dilihati sebegitu oleh Boboiboy.

Ali : Betul ke, Boboiboy?

Boboiboy hanya mampu melihat ke bawah, dan menggigit bibirnya sendiri.

Boboiboy : Nampaknya, macam tu lah keadaannya......

Walaupun dia masuk ke sana kerana terpaksa, dia sudah mulai selesa di dalam organisasi itu.

Bila fikirkan yang dia akan terpaksa keluar nanti, sejujurnya, buatkan dia sedikit sedih.

Dia berjaya buat kawan yang baru disana, walaupun semuanya lebih muda darinya. Walaupun tak beberapa rapat, untuk mereka digelar kawan olehnya, itu sudah cukup memadai.

Terutamanya.... Ali.

Bila dapat tahu yang mereka adalah sepupu, bila tiba masanya dia akan pulang ke Pulau Rintis, dan kemungkinan besar tak akan dapat bertemu Ali lagi kerana tugasnya di TAPOPS....

Sememangnya membuatkannya sedikit terasa hati.

Moon : Alahhhhh, nanti tak best lah kau tak ada dekat sini nantiiii!

Bulat : Betul betul! Nanti, siapa nak jagakan si Ali ni nanti?

Ali  Woi, aku boleh jaga diri aku sendiri lah!

Bulat : Eheheh..... gurau gurau.

Boboiboy : Tapi tak apa! Kalau aku keluar sekali pun, mesti tak ada perubahan sangat pun! Lagipun, aku kat sini, baru 3 minggu. Kalau sampai sebulan tu, mesti tak ada apa apa lah.

Bagi para Ejen Muda yang lain, bagi beberapa dari mereka, sedikit sedih dengan kebenaran itu. Tapi, mereka pun tak boleh nak buat apa. Itu hidup Boboiboy, dan mereka tak boleh nak buat apa.

Ali kelihatan hanya menunduk ke bawah, tidak mampu melihat ke arah Boboiboy.

Dan Boboiboy sedar akan hal itu.

Boboiboy : Ali.......

Zass kelihatan melihat ke arah tepi, dan memegang bahu Alicia, mencuba dapatkan perhatiannya.

Alicia : Apa?

Zass menundingkan kepalanya ke tepi, dan membuatkan Alicia melihat ke sana juga. Para Mentor sudah tiba.

Alicia : Korang, mentor.

Mendengar itu dari Alicia, mereka pun beratur mengikut barisan masing masing.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

2 jam kemudian, dengan arahan dari Mentor, mereka sekarang sedang berlatih melawan sesama sendiri, secara bebas, tidak kira berlawanan teras ataupun tidak.

Boboiboy baru siap melawan Mika, dan hasil mereka seri. Dua dua tumbang akibat kehilangan imbangan.

Geetha : Bagus kamu berdua! Keputusannya seri!

Boboiboy berjalan ke arah Mika, dan membantunya bangun.

Boboiboy : Baiklah, siapa nak lawan aku pulak?!

Christ kelihatan mengangkat tangannya dari tepi, dengan wajah bersemangat.

Christ : Giliran aku pulak lawan kau!

Boboiboy : Hoho! Aku, baik!

Nampaknya, giliran perlawanan bersenjata penuh.

Sepanjang latihannya tadi, dia tidak mengeluarkan bilah tombak dari senjatanya itu, kerana keselamatan. Yelah, berlatih je, bukan lawan betul betul. Karang tak pasal pasal ada yang dha 6 kaki dalam dah.

Mereka berdua mengambil posisi masing masing, bersedia dengan senjata mereka.

Perlawanan dimulakan dengan Christ yang membaling salah satu kerisnya ke arah Boboiboy.

Yang sememangnya dielak dengan senangnya oleh Boboiboy, berkat latihan kuda kuda supra bersama Tok Kasa.

Boboiboy melulu ke hadapan, dan mencuba menyerang Christ dari tepi, dan melihat tongkatnya.

Dengan sigap, Christ mengawal kerisnya, dan menahan tongkat Boboiboy itu.

Keris yang lain dilayangkan di udara, dan dilurukan ke arah lawannya itu, tanpa menahan dirinya.

Boboiboy melompat ke udara, dan mendarat sedikit jauh dari Christ.

Kedua duanya tersenyum semangat.

Mereka berdua meluru ke satu sama lain, dan terjadilah adegan perlawan tangan, keris melawan tombak.

Ali yang sedang berlawan dengan Khai di tepi, teralih perhatiannya sementara bila mendengar dua bilah bertembung di arah Boboiboy dan Christ.

Ali : Diorang buat apa tu?

Khai : Jangan tumpukan perhatian ke diorang! Perlawanan kita masih belum habis!

Ali : B-baik!

Satu demi satu tembungan berlaku, menyebabkan bunyi bilah bergeser semakin nyaring.

Terlihatkan kedua dua belah pihak sangat mahir dalam bertarung menggunakan senjata sebegitu rupa.

Melihat yang tiada ruangan terbuka untuk dia menyerang Boboiboy, dia layangkan satu daripada kerisnya, dan serang Boboiboy dan atas.

Malang baginya, naluri Boboiboy sudah melampaui dari apa yang dia sangka kan.

Hanya senipis batu, Boboiboy menyelak serangan menyejut daei Christ.

Christ : *bisik* Apa?!

Sesaat, Christ melihat tatapan tajam yang berasal dari Boboiboy.

Matanya berubah merah, dengan renungan setajam pisau.

Boboiboy melepaskan tombaknya.

Christ ingatkan yang dia telah berjaya melemahkan pertahan Boboiboy.

Tapi dia silap.

Secara slow mo, senyuman menyeringai timbul di wajah sang lawannya, dan tombak Boboiboy mula terpecah pecah, dan setiap satu bahagian disambungkan dengan rantai besi di antaranya.

Secepat cahaya, Boboiboy menangkap semula hujung tombaknya yang telah menjadi rantai itu, dan membelit Christ dengannya.

Tidak sempat beriaksi, Christ, termakan ke dalam perangkap Boboiboy.

Boboiboy melemparnya ke belakang, dan dirinya pun memenangi perlawanan itu.

Geetha : Perlawanan tamat! Boboiboy menang!

Boboiboy : Yayyyyy!

Boboiboy pun berlari ke arah Christ, dan melepaskan Christ dari tombaknya.

Tombaknya pun kembali menjadi tongkat besi biasa.

Boboiboy : Sorry Christ. Tapi kau hebat sangat tapi! Aku tak tahu pulak kau boleh kawal keris kau tu sebegitu sekali!

Christ yang masih dalam keadaan pening dilempar sebentar tadi, menggelengkan kepalanya, dan menangkap tangan Boboiboy untuk bangun.

Christ : Kau pun sama! Aku tak tahu tombak kau tu boleh buat macam tu. Sebelum ni tak pun.

Boboiboy : Itu sebabnya kerana ini upgrade terbaru yang Ejen Geetha dan Ejen Tekno lain beri ke senjata aku ni.

Terima kasih kepada upgrade itu, Boboiboy dapat merakan kembali menggunakan Tombak Halilintar dan Akar Menjalar semula, tanpa menggunakan kuasanya.

Christ : Kau patutnya bagitahu aku!

Boboiboy : Musuh tak sepatutnya bagitahu musuh pasal strateginya, kan?

Christ : Ah- kau betul...... *sweatdrop*

Boboiboy hanya tersengih mendengar itu.

Christ mahu sahaja membuka mulutnya, mahu menanyakan pasal mata Boboiboy tadi, tetapi, firasatnya menyatakan ianya bukan masa yang sesuai.

Dia hanya mampu menggumam bibirnya sendiri, menahan diri dari bertanya.

Geetha : Baiklah, siapa pulak?

All Kombat : Saya!!!!

.
.
.
.
.
.
.

1 jam kemudian, latihan mereka untuk hari itu telah berakhir.

Ali : Adoi..... macam nak patah pinggang aku......

Boboiboy : Semangat lah sikit Ali. Kalau nak jadi ejen yang kuat, kena lah berlatih macam ni!

Ali hanya mampu memberi muka cemberut kepada Boboiboy. Tak membantu langsung.

Ali : Kau dah biasa ke dengan latihan macam ni? Tak penat langsung aku tengok kau.

Boboiboy terflinch sesaat mendengar soalan Ali.

Muka dia dah macam Aoyama dah Author tengok.

Dah memang dalam imajinasi Author pun AHAHAHAK-

Boboiboy : N-nak kata tak penat tu memang tipu lah. Nak kata terbiasa dengan latihan tu..... tak sepenuhnya betul. Tapi, kalau nak lindungi orang lain, kita memang kena biasakan diri dengan latihan macam ni, kan?

Ali, tersenyum, tapi pada masa yang sama, sedikit hampa dengan jawapan Boboiboy.

Dia tahu yang ini bukan kali pertamanya. Tak kan lah 3 minggu sahaja Boboiboy dah sehebat ni.

Macam, bertarung, dah jadi sebati dengan diri sepupunya itu.

Tapi, kalau nak paksa Boboiboy bagitahunya, itu dah jatuh memaksa.

Apa yang dia tahu, Boboiboy memang teruk dalam menipu.

Boboiboy : Ali, kau lapar tak?

Ali : Lapar lah jugak lepas elak semua kiub Bulat tadi. Kenapa?

Boboiboy : Hehehehe...... tengok apa aku bawak ni~

Boboiboy mengeluarkan satu bekas, ke Ali, dan membukanya.

Terdapat nasi goreng di dalam bekas itu. Haruman yang datang darinya membuatkan Ali mulai terliur.

Ali : Nasi goreng?

Boboiboy : Ya! Nasi goreng dengan resipi turun temurun atok aku! Kalau aku stress, ni lah penebatnya! Jom pergi kantin cepat!

Ali : Ok, jom! Tak sabar aku nak rasa!

.
.
.

Beredarnya mereka berdua ke kantin, Ali sudah pun melahap nasi goreng buatan Boboiboy itu.

Ali : Uuuuu! Boleh tahan! Caya lah atok kau!

Boboiboy : Hehehe. Tok Aba memang ada kedai pun. Kokotiam Tok Aba. Semua resepi Atok bagi ke aku, sebab Atok cakap nak kasi kedai tu ke aku bila aku besar nanti.

Ali : Untung lah kau. Pandai masak, pandai kemas rumah, pandai berlawan. Apa je yang kau tak pandai sebenarnya?

Puji punya puji, Ali tidak tahu yang Boboiboy tengah juga untuk kekal cool di depannya.

Boboiboy : Ahahaha..... haih..... *bisik* Tepati.... janji.....

Ali : Hm? Apa kau cakap tadi?

Boboiboy : Ahahaha! Aku cakap aku tak pandai sejarah. Satu benda pun tak masuk kepala aku. Last last aku buat sejarah sendiri waktu exam.

Habis gelabah satu badan dia. Nasib sempat cari benda nak tipu.

Ali : Ok lah tu. Aku pernah, SEMUA! Subjek gagal.

Boboiboy : Ye ke? Aku tengok kertas markah ujian kau, ok je, tak ada yang gagal.

Ali : Tu sebab dulu. Masa aku Darjah 6. Satu benda pun aku tak mampu nak skor. Sehinggalah, aku cuba untuk perbaiki diri sendiri, dengan bantuan Alicia, bantuan Viktor dan bantuan yang lain, aku mampu tandinginya. Walaupun masih ada benda yang aku kena baiki lagi.

Boboiboy meletakkan tangannya ke bahu Ali.

Boboiboy : Tak apa lah tu. Kau dah cuba sehabis baik kau.

??? : Hah! Wak ada bau makanan di sini!

Habis terperanjat dua ekor tu bila tiba tiba ada seseorang muncul di belakang mereka.

Bila mereka melihat ke belakang, ianya orang yang sangat Ali kenali.

Ali : Wak Musang?!?!

Wak Musang berdiri di sana, menatap mereka berdua dengan senyuman sinis.

Kepala botak bersinarnya membuatkan Boboiboy melihat ke arahnya dengan wajah muak.

Boboiboy : Ali, siapa ni?

Ali : Oh- ni.... er..... Ni Wak Musang. Salah satu tahanan di sini-

Tak sempat dia habiskan ayatnya, Wak Musang memberhentikannya dengan meletakkan jarinya ke bibir Ali.

Wak : Tsk tsk tsk. BEKAS, tahanan. Wak dah dibebaskan lah~

Ali : Lah, ye ke? Sejak bila?

Wak : Sejak 1 bulan lepas. Sekarang, Wak bekerja dengan M.A.T.A sebagai pekerja Kantin!

Dengan bangganya Wak Musang mendabik dadanya.

Ali : Oh, jadi dah tak ada niat nak buat kerja jahat lagi lah ni?

Boboiboy : Kerja jahat?

Ali : Dia bekerja sebagai penyebar maklumat tanpa sijil. Sebab tu masuk penjara.

Ali memandang ke arah Wak Musang dengan pandangan malas, masih ingat pertama kali dia terlibat dengan M.A.T.A sebab pesan Nasi Lemak Tempoyak Udang dekat Wak Musang.

Wak : Aip! Masa lalu jangan lah diungkit. Wak dah berubah lah~ Wak mulakan dengan bekerja di sini, dan bila dah cukup lama, Wak nak bukak restoran Wak sendiri!

Terlihat jelas di bayangannya, restoran yang besar dna megah, dan memiliki pelanggan yang membuak buak hingga melimpah.

Walaupun hanya angan angan sahaja.

Dua ekor lagi tu pulak hanya mempu bersweatdrop mendengar penjelasan Wak Musang.

Wak : Ni nasi goreng siapa ni? Seingat Wak, tak ada pulak Kak Zu atau Puan Maimunah masak nasi goreng hari ni.

Ali : Oh! Ni Boboiboy yang masak! Wak cubalah! Seeeeedoppppp tauuuuu~

Mencuba menggoda Wak Musang, Ali mengangkat kening kirinya dua kali, mencuba mencabar Wak Musang.

Wak : Dengan senang hati!

Wak Musang pun mengambil satu sudu, dan mula menyuapkan satu sudu nasi goreng Boboiboy ke dalam mulutnya.

Habis dahi Boboiboy basah bila menunggu komen dari Wak Musang pasal masakkannya.

Wak : Hm.... ok ok, sedap. Cuma terlebih masin sikit dan berminyak.

Boboiboy : B-baik! Saya akan cuba baiki lepas ni!

Wak : Bagus bagus. Tapi tak akan pernah sesedap masakan Wak. *flip hair*

Ali : Hm, angkat bakul sendiri nampak. *muka malas*

Wak : Oh ya. Sebab sebenar Wak dekat sini, Ali. Ada orang nak jumpa kau dekat kawasan bilik tahanan.

Ali : Ada yang nak jumpa saya?

Wak : Tak kan lah nak tipu pulak. Tak kuasa aku. Dah, ikut Wak cepat.

Ali : B-baik!

Boboiboy : Tunggu aku!

Mereka berdua pun mula berlalu pergi mengikuti Wak Musang dari belakang.




























2251 perkataan

Hoho, cer teka siapa.

Tak ingat siapa Wak Musang? Ni hah, si botak tengah ni.



























Oh ya, Author ada ikut trend dekat Insta!

SAKURI!!!!!

Ok, bye- *lesap masuk perigi*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top