Misi : Latihan

Kelihatan Boboiboy yang sedang berjalan secara berulang alik di dalm satu bilik di Academy M.A.T.A itu.

Boboiboy : Baiklah Boboiboy, ianya cuma untuk 2 bulan. Ya! 2 bulan! Lepas tu, kau boleh balik Pulau Rintis dan buat buat ianya tak pernah berlaku apa apa! Ya!

Sekarang ni, dia tengan cuma untuk tidak biarkan sisi Blaze dan Halinya terkeluar.

Dia tengah panik dan cemas. Kau ingat senang ke nak buat keputusan macam tu?

Boboiboy : Kau lakukan semuanya untuk Tok Aba. Ya, Tok Aba! Mak dan Ayah pun sama! Kau kena bertahan! Boboiboy budak kuat! Tak kan lah satu lagi tanggungjawap aku tak boleh tanggung kot. Ni Boboiboy lah. Setiap hari pasti ada tanggungjawap baru.

Boboiboy menepuk dadanya, mencuba menenangkan diri. Tapi, tangan dan kakinya masih terketar ketar macam kesejukkan. Habis peluh keluar dari dahinya tanpa henti.

Boboiboy : *jilat bibir* Arghhh, kepala, bahu, lutut, kaki, lutut, kaki. Kepala, bahu, lutut, kaki, lutut, kaki.

Boboiboy menari tarian anggota badan mencuba untuk menenangkan diri sendiri lagi. Gopal yang ajar cara tu kalau dia terllau stress atau marah.

Boboiboy : Bertenang.... bertenang..... Hmmmppp! *tarik nafas*

Tak sempat Boboiboy nak menghembuskan nafasnya, tiba tiba, pintu bilik itu tiba tiba dibuka dengan kasar dari luar.

AlI : BOBOIBOY!!!

Boboiboy : Warrrrhhhh?!?! *tergelincir kebelakang, terlentang di lantai* adoi......

Ali : Alamak?! Maaf Boboiboy!!! *cuba bantu Boboiboy bangun*

Boboiboy : Tak apa~~~~....... dah biasa~~~~ ........ *nampak nenek dia naik Unicorn*

Ali membantu Boboiboy duduk di atas katil.

Boboiboy : Adoiii..... *pegang kepala* Ni kenapa tiba tiba sergah masuk ni? Salam mana?

Ali : Oh- ehehehe..... Assalamualaikum.....

Boboiboy : Hm. *muka malas* Waalaikumusalam.

Ali : Ehehehe......

Boboiboy : Hah, kau nak apa dengan aku ni?

Ali : Er..... tu..... ah...... Kau ok tak ni?

Boboiboy : Hm? Aku ok. Kenapa kau tanya?

Ali : Tak, cuma, dari kau keluar dari bilik utama tadi, aku nampak tangan kau terketar ketar tak henti.  Kau ok tak ni?

Boboiboy : Tak ada apa lah. Dalam bilik tu je yang sejuk sangat.

Ali : Bilik tu mana ada aircon. Kipas pun tak ada.

Amik kau, kantoi.

Boboiboy : Erm......

Ali : Kenapa ni? Jeneral ada kata benda yang buat kau sedih ke?

Boboiboy : T-tak, tak! Bukan tu. Aku......

Ali : Hei, kau tahu kau boleh bagitahu aku kan? Kita kan kawan. Kau dah ada seminggu di sini. Jadi, kau mesti dah boleh percayakan aku, kan?

Boboiboy : Tak, ianya, cuma..... semuanya berlaku terlalu pantas. Ianya baru berlaku seminggu, dan aku berada di sini sekarang? Aku cuma datang sini sebab arahan ayah aku, dan sekarang aku terpaksa jadi Ejen?! Arghhhhhhhh!!!

Boboiboy meremas remas rambutnya sehingga topinya terjatuh ke belakang. Dia meletakkan mukanya di telapak tangannya. Terdengar keluhan berat datang darinya.

Ali : T-tak apa Boboiboy! Jadi Ejen tu best tau! Aku pasti kau suka!

Boboiboy : Aku tak nak jadi Ejen! Aku pilih pilihan ni pun sebab aku tak nak lupakan sesiapa, ok?! Kau ingat aku nak lupakan kau dengan Ayah kau dengan Uncle Bakar ke?! Kalau aku hilang ingatan aku, macam mana aku nak lindungi semua orang yang aku kenal?!

Boboiboy tertinggikan suara ke Ali akibat tekanan yang dia rasa sekarang. Ali tak berani membalas Boboiboy. Ali, perlahan lahan, memegang bahu Boboiboy.

Ali : Hei.

Boboiboy : Hm?

Ali : Aku rasa, sebelum kau fikirkan pasal orang lain sekarang, kau patut fikirkan pasal diri kau dulu.

Boboiboy : Fikir pasal diri aku? Apa maksud kau?

Ali : Aku tahu kau tertekan sekarang ni. Kalau aku di tempat kau, aku pun sama. Kau kena kurangkan fikir pasal orang lain jugak kadang kadang.

Boboiboy : T-tapi-

Ali : Kalau kau tahu yang kau tak boleh nak terima benda ni, kau tak perlu terimanya. Kalau kau hilang ingatan pasal aku sekali pun...... jangan risau. Aku ada dekat sini untuk kau.

Ali meletakkan tangannya di atas tangan Boboiboy. Dia tak tahu apa yang dia lakukan sekarang ni, tapi, apa yang dia tahu, dia mahu berada di situ untuk Boboiboy.

Ali : Kalau kau ada masalah, just cakap dengan aku.

Boboiboy hanya memandang wajah Ali tanpa berkata apa apa. Dia mampu melihat perasaan kasihan di wajahnya.

Dia benci wajah itu.

Boboiboy : Tak, tak pe. Aku ok. Aku akan cuba untuk jadi Ejen! Kau tak perlu risau! Tolong tunjuk ajar ke aku ya, Ali?

Boboiboy tiba tiba sahaja jadi positive. Ali tahu yang Boboiboy menipu. Tapi, dia senang, nampak Boboiboy gembira.

Ali : Kau boleh harapkan aku.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Keesokkan harinya, Boboiboy sekarang berada di bilik latihan M.A.T.A. Kelihatan Ejen Leon, Ejen Geetha dan Ejen Bakar berada di sana.

Boboiboy : Er.... maafkan saya Tuan. Apa yang saya patut buat di sini sebenarnya?

Leon : Baiklah Boboiboy. Sebelum kamu menjadi Ejen Rasmi M.A.T.A, kamu kena hadapi beberapa latihan dulu. Ianya adalah untuk tentukan teras kamu nanti.

Boboiboy : Teras? Apa tu?

Bakar : Hahhhhh, kalau Boboiboy nampak lah kan, setiap dari kami memiliki suit yang berbeza warna. Kamu sedar tak?

Boboiboy : Er...... *baru ingat dan sedar* H-haah! Ali, Uncle Bakar dan Alicia pun pakai suit warna berbeza!

Bakar : Haaah, sedar pun! Suit ini membezakan teras yang kami berada.

Geetha : Betul! Di M.A.T.A, kami memiliki 4 teras, iaitu teras Tekno, Teras Neuro, Teras Kombat, dan Teras Inviso. Teras Tekno diduduki oleh Ejen yang bijaksana dalam menghasilkan alat alatan canggih yang akan diberikan kepada para Ejen yang lain untuk memudahkan misi mereka! Kami memakai suit merah. Seperti saya.

Leon : Ehem! Teras Neuro adalah Teras yang bertanggungjawap untuk mengatur strategi. Kami kena cerdas, kena tangkas, dan kena cepat membaca situasi. Kami melindungi kumpulan kami dari belakang. Mendapatkan segala maklumat dalam misi juga turut tugas kami juga.

Bakar : Uncle pulak, Teras Kombat! Teras Kombat ni semua sado sado tau! Tapi, kamu tak perlu jadi sado dan berotot sasa untuk jadi Teras Kombat. Benda utama yang paling penting adalah, kamu kena pandai berlawan jarak dekat dan serdahana. Itu memang tugas kami untuk melindungi pasukan kami dari depan. Lawan karate tu semua tak ada hal lah!

Leon : Ejen Bakar.

Bakar : Oh- oppss. Sorry, saya terlebih pulak.

Leon : Haih. *geleng kepala*

Boboiboy : Woahhhh! Kalau satu teras lagi pasal apa pulak?

Leon : Teras Inviso. Mereka tu, licik. Sama macam Pengintip rahsia. Mereka biasanya akan menjadi penarik perhatian. Tapi, walaupun kamu lihat mereka selalu menggunakan trik licik mereka, tak bermaksud mereka tak boleh berlawan.

Boboiboy : Oooooo. Merah.... Kuning... Biru.... jadi Inviso Putih?

Geetha : Betul!

Boboiboy : Oh! Jadi Moon dari Teras Inviso lah kan, Uncle?

Bakar : Hahahah, betul! Kamu dah berjaya tahu pasal perkara asas di M.A.T.A! Tahniah!

Leon : Tapi ini baru permulaan. Latihan kamu ni tak akan semudah yang kamu jangka kan. Ianya mungkin tak akan habis dalam jangka waktu yang kamu harapkan, jadi, saya harap kamu dapat bersabar dalam hal ni.

Boboiboy : Saya akan cuba Tuan!

Geetha : Kamu ni sedikit malang kerana kamu seorang sahaja Ejen baru yang didaftarkan masuk untuk waktu terdekat ni. Jadi, kamu terpaksa melalui latihan ini seorang diri. Harap kamu tak pedulikannya.

Boboiboy : Tak apa Puan. Saya percaya saya akan dapat lakukannya!

Leon : Jangan naikkan kepercayaan kamu tu tinggi sangat.

Boboiboy : Hah?

Ejen Leon menekan satu butan yang berada di I-Pad Ejen Geetha. Muncul lah beberapa Droid dari bawah tanah.

Boboiboy : Ah, shit.........































1146 perkataan

Hoho, korang rasa Boboiboy masuk teras mana? :v *terjun masuk parit penuh buaya langit*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top