Misi : Kuasa Tujuh
Keesokkan harinya telah tiba.
Kelihatan Viktor yang merangkak keluar daripada bilik latihan dengan wajah kehilangan separuh nyawanya.
Viktor : Huh...huh..aku...aku tarik balik....jadi ejen...tak power!
Sementara Viktor sedang merengek di atas lantai, kelihatan Uncle Bakar dan Ali turut berjalan keluar daripada bilik latihan itu juga.
Bakar : Hahhhh, kan Uncle dah cakap! Nak jadi ejen ni tak senang! Viktor kena jalani latihan yang susah dan mencabar sebelum kamu berjaya diiktiraf sebagai ejen muda sebenar!
Seperti yang dijanjikan kepada Jeneral pada hari sebelumnya, Viktor sekarang berada di bawah latihan Uncle Bakar sementara Jeneral mendapatkan kebenaran daripada Ketua Teras.
Viktor : T-tapi Uncle! Saya kan Tekno! K-huh-*semput* kenapa Uncle latih saya macam nak pergi perang?!
Seperti yang semua tahu, berlawan bukanlah speacilitist Ejen Tekno.
Tapi sesaat sahaja dia pijak kakinya ke dalam medan latihan, dia terus diserang oleh banyak Droid latihan kiri dan kanan.
Dia lari ke seluruh medan latihan itu, mencuba menyelamatkan nyawanya sendiri.
Bukan sahaja Droid yang menjadi lawannya. Uncle Bakar juga turut masuk dan menyertai menyerang Viktor.
Hampir botak kepalanya dibuatnya akibat mengelak pedang Droid Inviso.
Bakar : Apa? Ingat teras kamu tak perlu masuk ke medan peperangan? Ejen Tekno tetap perlu berlawan jika terdesak. Sebab tulah Uncle latih kamu berlawan! Kamu kenalah jadi sado! Macam Uncle!
Uncle Bakar memberikan muka acah acah tampannya kepada Viktor.
Ali yang dari tadi diam, berjalan ke arah Viktor, dan memberinya sebotol air kosong.
Ali : Nah. Kau kena kekal terhydrasi!
Berpura pura menjadi senior kepada Viktor, dia sebenarnya sudah cukup gembira yang kawan baiknya satu teras dengannya.
Viktor : T-te...terima kasih.
Viktor pun mengambil air itu daripada Ali, dan terus meminumnya.
Ali : Ehehe.
.
.
.
Mereka pun mengambil masa rehat sementara, untuk dapatkan tenaga semula.
Mereka duduk di atas kerusi panjang berdekatan dengan bilik latihan itu.
Viktor : Fuh....Ali, aku betul betul tabik dengan kau.
Ayat tiba tiba Viktor itu membuatkan Ali melihat ke arahnya.
Ali : Hm? Kenapa pulak?
Viktor : Kau lakukan ini semua ni belakang aku selama ini, selamatkan penduduk Cyberaya, lawan penjahat, bahayakan nyawa! Wow.... Ali, kau betul betul seorang hero.
Wajah Ali mula memerah akibat dipuji oleh Viktor.
Ali : Er..ehehehe...tak adalah. Macam kau cakap, aku kan Tekno. Aku tak banyak berlawan macam Teras Kombat. Kau tak boleh nak beri semua credit pada aku. M.A.T.A adalah agensi yang ramai. Setiap ahli tidak terkecuali. Termasuk kau, Viktor.
Ali meletakkan lengannya di atas bahu Viktor.
Ali : Kau dah lakukan yang terbaik untuk bantu kitorang semalam! Dengan kepandaian kau di dalam teknologi, itu dah cukup untuk gelarkan diri kau sendiri ejen rasmi M.A.T.A!
Uncle Bakar hanya mampu tersenyum melihat dua sekawan itu.
Giliran Viktor pula yang memerah malu mendengar pujian Ali. Dia menggosok belakang lehernya malu sambil tersenyum canggung.
Viktor : M-mana adalah. Aku-aku cuma nak tolong je. Ehehe...
Selepas itu, mereka pun berborak kosong.
Sambil mereka berborak sesama sendiri, tiba tiba Boboiboy datang mendekati mereka.
Boboiboy : Hai korang!
Boboiboy melambai ke arah mereka.
Ali lah yang pertama menjawap salam sepupunya itu.
Ali : Hai Boboiboy! Eh?
Mereka melihat tangan Boboiboy yang sedang mengangkat sebuah dulang dengan beberapa cawan berisi air berwarna coklat dan krim di atas dan semangkuk benda berwarna coklat juga di dalam dulang itu.
Bakar : Uuuuu! Apa yang Boboiboy bawak ni?! Nampak macam sedap je!
Uncle Bakar dengan perut besarnya seperti biasa, dah terliur melihat air yang di bawa oleh Boboiboy itu.
Boboiboy : Ni air koko resipi atok saya! Dan ni pula dodol! Dodol ni, er...saya ambil dari cafeteria je, ehehe....
Boboiboy pun menghulurkan sorang satu cawan air koko itu.
Baru sahaja diberi, Uncle Bakar terus sudah meminumnya dengan gelojoh akibat haus baru lepas latih Viktor.
Habis comot mulut dengan krim dibuatnya.
Anak buahnya pulak tak lebih kurang pun. Sama je muka penuh dengan krim.
Boboiboy hanya mampu ketawa kecil melihat dua sekeluarga itu.
Boboiboy : Macam mana? Aku dah lama tak buat semenjak aku tinggal sini, jadi mungkin rasanya tak sama macam apa yang aku harapkan.
Viktor satu satunya yang normal sebab dia pergi lahap dulu krim kat atas air tu sebelum meminumnya.
Viktor : Perghhh! Power lah air ni!
Boboiboy tersenyum lega yang ada jugak yang suka dengan air buatannya.
Well, sebab biasanya dia jadi waiters je masa tolong Tok Aba dekat kedai.
Pernah dia termasukkan garam, bukan gula masa belajar buat air dulu masa first time datang Pulau Rintis.
Ali : Betul! Dah macam kedai fancy punya air! Mana kau dapat semua bahan ni?
Boboiboy : Oh, tu Tok Aba bekalkan ke aku sebelum aku datang sini. Dia kata nanti takut aku rindu dengan air koko dia nanti bila lama lama dekat sini.
Memang bagasi dia penuh dengan tiga paket besar serbuk koko Tok Aba pun sebenarnya.
Uncle Bakar kelihatan masih menikmati air koko itu sehingga titik terakhir.
Bakar : Fuhhhh! Sama rasanya macam dulu!
Boboiboy : Huh? Uncle pernah rasa ke?
Bakar : Hm? Oh, pernah. Masa pertama kali Uncle datang Pulau Rintis masa mak dan bapak kamu baru bertunang. Sekali dengan Uncle kena tarik dengan bapak mu tu. Tapi ada baiknya jugak. Dapat Uncle rasa air lagenda atok kamu ni~!
Bakar menggosokkan cawan kosong itu ke pipinya, menyerlahkan lagi rindunya pada air itu.
Boboiboy : Ya ke?! Ayah dulu macam mana?! Mesti hebat kan?!
Mata Boboiboy berkilau dengan keterujaan.
Memang dia tak tahu banyak perkara pasal ayahnya sebelum ayahnya kahwin. Dia cuma tahu Ayahnya dah lama jadi superhero ketika dia hampir seumur dengannya.
Bakar : Heh! Mestilah hebat! Sama macam Uncle!
Sekali lagi Uncle Bakar angkat bakul sendiri.
Boboiboy : Er...ehehe...
Walaupun bukan jawapan yang dia mahukan, tapi dia terima sahaja.
Bakar : Oh! Dan Viktor! Masa untuk sambung latihan!
Viktor : Apa?! Tidakkkkk!!!
Uncle Bakar menarik Viktor daripada collar belakang lehernya supaya Viktor tidak dapat larikan diri.
Viktor : Tidakkkkkkkkhak hak hak~
Ali : Er...aku pergi ikut Uncle dulu! Bye Boboiboy!
Ali berlari mengikuti Uncle Bakar tanpa menunggu Boboiboy membalasnya.
Boboiboy : B-bye?
Boboiboy pun mengutip semula semua cawan yang telah kosong itu, dan turut berjalan pergi juga, bertentangan dengan jalan yang lagi tiga itu pergi.
.
.
.
Pada sebelah petangnya pula, bebudak itu pun dibenarkan pulang ke rumah selepas latihan.
Viktor kelihatan kepenatan, jalan pun dah macam zombie patah belakang.
Viktor : Huh.....huh....huh....
Ali dan Boboiboy hanya mampu ketawa kecil melihat keadaan Viktor itu.
Ali : Tak apa Viktor! Lama lama nanti kau akan terbiasa jugak! Macam aku!
Ali berkata begitu sebab mesti Viktor sudah tahu seberapa lemahnya badan Ali yang tak pandai bersukan. Hayun badminton pun terlempar, sepak bola sepak pun kasut melayan.
Viktor : La....lama lagi lah nampaknya...
Tiba tiba, muncul mentol lampu di atas kepala Viktor.
Terus badannya tegak kembali.
Viktor : Boboiboy~
Boboiboy pun memandang ke arah Viktor dengan wajah ganjal melihat wajah Viktor yang melihatnya dengan mata puppy eyes.
Boboiboy : Er....ya?
Viktor : Boleh tak kalau~
Viktor mendekatkan mulutnya kepada telinga Boboiboy.
Viktor : *bisik* aku nak tengok kuasa kau lagi?
Boboiboy sudah menerangkan kepada Viktor sebelum ini yang jamnya adalah kuasa dan bukan senjata. Yelah, siapa je nak percaya tetibe hoverboard muncul tengah tengah udara sebagai senjata biasa kan?
Boboiboy : Er......
Dah berpeluh dahi budak beruban tu seketika dengan permintaan tiba tiba Viktor itu.
Viktor : Alah~ boleh lah~ kita kan kawan~
Nampaknya Viktor dah terjangkit dengan Ali ni.
Boboiboy pun melepaskan keluhan kecil.
Boboiboy : Haih... yelah. Asalkan kau bahagia.
Boboiboy pun menyerah sahaja, kerana Viktor sudah tahu.
.
.
.
Beberapa ketika kemudian, mereka sudah berada di dalam bilik Ali. Tempat paling selamat untuk sekarang ini untuk tunjukkan kuasa dia.
Dua bebudak tingkatan satu itu melempar beg sekolah mereka di atas katil Ali.
Viktor : Ok Boboiboy! Tunjuk lah!
Memang dah tak sabar budak ni.
Well, siapa je yang tak sabar kan? Nak tengok kuasa tu~ 👀
Boboiboy : Ya ya, sabar sabar. Aku baru nak kumpul nyawa.
Dia duduk sementara di atas kerusi Ali sebab dia pun penat lepas kena belasah dengan Ejen Leon dan Ejen Fit masa latihan tadi.
Viktor : Alooo....
Sah betul betul terjangkit dengan Ali ni.
Ali : Aih. Tadi kau yang paling lembik sampai pancit. Ni tetiba semangat pulak.
Viktor : Yelah! Kalau tak sebab kuasa dia, kitorang masih tersangkut dekat dalam tangki air tu ma! Aku nak tengok lagi benda yang dah berjaya selamatkan kami berdua!
Ali pulak yang penat tengok Viktor terjerit jerit dari tadi.
Ali : Alah, duduk lah dulu. Karang tak sempat pancit, terus kronik budak tu nanti.
Viktor hanya mampu tersenyum malu dirinya ditegur oleh Ali.
Boboiboy yang masih terduduk malas di atas kerusi, hanya mampu mengeluh sambil tersenyum.
Boboiboy : Haih, yelah yelah. Kalau nak buat kau tunggu lama lama pun bukannya kau nak sabar.
Boboiboy pun bangun, dan berdiri di depan Viktor.
Mata Viktor dah bersinar melihat Boboiboy sudah mahu menunjukkan kuasanya.
Boboiboy pun menarik nafas dalam dalam.
Dia memegang jam kuasanya.
"BOBOIBOY KUASA TUJUHHHH!!!!"
.
.
.
Ali dan Viktor terpaksa menutup mata mereka akibat cahaya yang terang yang datang dari Boboiboy.
Ali, Viktor : Ergh!
Setelah beberapa saat, Viktor mencuba membuka matanya, untuk melihat jika cahaya itu sudah hilang.
Viktor : E-eh?!
Tiba tiba, seseorang keluar dari cahaya itu dan memeluknya.
??? : Hai Viktor!
Dia memakai topi berwarna hitam dan berbaju hijau dan hitam. Ada corak akar di topinya.
Viktor : Boboiboy? Kenapa topi kau-
Setelah cahaya hilang sepenuhnya, lagilah Viktor terkejut.
Muncul lagi enam Boboiboy di depannya, dengan topi dan baju yang berbeza.
??? : Tadaaaa! Hah, macam mana? Terkejut tak?
Yang memakai topi biru bercorak putih dan kuning pula bersuara sambil mendepakan tangannya dengan gembira.
Tapi, Viktor malah ternganga, tidak membalas pertanyaannya.
??? : Er...Viktor?
Yang bertopi coklat pula bersuara. Dia kelihatan risau dengan budak cina itu.
??? : Hm...aku rasa kita dah rosakkan dia lah.
Yang berbaju cot musim sejuk pula berjalan ke sebelah Viktor sambil mengetuk lembut kepala Viktor tetapi tidak mendapat riaksi daripadanya.
Ali hanya mampu menggeleng melihat riaksi Viktor.
Ali : Hadui.
Tiba tiba, Viktor menggeleng laju, dan wajahnya kembali bersemangat semula.
Viktor : Woh woh woh!!! Macam mana kau boleh berpecah tujuh ni?! Dan kena baju kau lain lain?!
Ah sudah, sudah tak keruan budak tu jadinya.
Yang berbaju hijau yang memeluk Viktor tadi mencuba untuk menenangkan Viktor. Siapa lagi kalau bukan Thorn.
Thorn : Woh woh, sabar bang, sabar.
Viktor : Tapi kau lebih tua dari aku?
Thorn : Oh, ye eh? Ok, sabar dik, sabar.
Viktor sudah bertenang sedikit selepas Thorn mengusap lembut belakang badannya.
Viktor : Ok, aku dah bertenang. Jadi~ BOLEH SESIAPA TERANGKAN KEADAAN NI TAK?!
Tak adalah tenang mana.
Gempa, sebagai yang paling matang(uhuk-) mengangkat tangannya.
Gempa : Er...macam mana nak terangkan ni eh? Kau nampakkan tadi apa yang Boboiboy buat sebelum kami bertujuh muncul, kan?
Viktor : Hm? Haah. Dia pegang jam tangan dia.
Gempa : Baiklah, nak mempermudahkannya, jam tangan itu ssperti sebuah teras kosong yang menyimpan sebuah energi di dalamnya, dan dalam kes ini, energi itu adalah kuasa. Dan dia memiliki tujuh di dalamnya.
Otak pandai Viktor memudahkan dia untuk memahami apa yang Gempa cuba katakan.
Viktor : Oh~ jadi sebab tu lah kosang ada tujuh?
Gempa : Lebih kurang begitu lah.
Viktor : Ok, tu satu. Yang kedua, macam mana kau boleh berpecah?
Gempa mengaru pipinya sejenak sambil tersenyum canggung,
Gempa : Erm...kalau yang tu....
Tiba tiba Hali mencelah.
Hali : Ketujuh tujuh kuasa tu sepatutnya untuk tujuh orang yang berbeza, disebabkan satu kuasa sahaja sebenarnya sudah cukup kuat apabila berjaya mencapai tahap tertinggi, tapi ada satu benda ni yang berlaku pada masa lalu yang menyebabkan ketujuh tujuh kuasa itu terpaksa menjadi satu.
Hali menerangkannya dengan santai, tanpa tercakap perkara yang tidak sepatutnya mereka bocorkan, iaitu alien, memandangkan Ali juga tidak tahu mengenai hal itu.
Viktor, mengambil seketika untuk mentafsir ayat Hali.
Viktor : Wow....jadi maksud kau, kenyataan yang sebenarnya kuasa itu sebenarnya untuk tujuh orang yang berbeza, yang membenarkan kau berpecah kepada tujuh klon diri kau sendiri, dengan ketujuh tujuh kuasa berbeza?
Hali : *tersenyum* Ya.
Hali rasa lega sikit sebab ianya lebih senang untuk terangkan benda pada Viktor dari yang dia jangka.
Viktor : Perghhhh power! Kuasa apa je yang kau ada?!
Maka, berlakulah sesi kenal kenalan sebab Author malas nak tulis, uhuk-
.
.
.
Viktor : Ok, baiklah. Jadi, kau Halilintar, kau Taufan, kau Gempa, kau Blaze, kau Ice, kau Thorn, dan kau pula Solar?
Kesemua klon Boboiboy itu mengangguk.
Viktor : Dan sekarang ini, korang adalah diri korang sendiri, dan terlepas dari kawalan Boboiboy?
Mereka mengangguk lagi.
Viktor : Dan korang semua dah hidup lebih dari 100 tahun?
Dan sekali lagi.
Viktor : Power lah! Aku tak sangka yang kuasa benar benar wujud!
Viktor betul betul tengah fangboying ke kuasa Boboiboy.
Thorn : Hehe! Tapi Viktor kena janji tau!
Viktor : Hm? Janji apa?
Taufan : Yang kau tak akan bocorkan rahsia ni kepada sesiapa!
Taufan tak seperti biasa, dia menggunakan nada yang tegas.
Viktor, tak perlu tanya sebab kenapa. Dia sudah mengangguk setuju.
Viktor : Hm! Baiklah! Aku janji!
Viktor tak perlukan sebab kerana dia sudah tahu yang ianya tak biasa untuk manusia ada kuasa di dunia ini, dan dia tahu apa akibatnya sekiranya dia bagitahu.
Dia sdalah seorang gamers dan penonton filem fiksi dan aksi sejati sama dengan Ali. Dia sudah lihat banyak adegan yang sama seperti ini di mana watak utama yang ada kuasa di dunia biasa kena tangkap dengan sainstis bila dunia tahu pasal kemampuannya.
Dan semestinya dia tidak mahu benda itu berlaku kepada sepupu kawan baiknya itu.
Dan kesemua elemental percaya dengan Viktor, sebab mereka sudah tahu perangai Viktor seperti apa daripada Ali dan Uncle Bakar.
Viktor : Hah, tunjukkan lah lagi kemampuan korang!
Bermula lah kembali wakti bounding time antara Viktor, Ali dan para elemental.
Blaze keluarkan bebola api dan mencuba meng-juglenya, dan hampir terbakarkan meja belajar Ali. Selamat dia sempat tangkap.
Thorn membesarkan pokok bunga kecil yang Ali tanam di dalam pasu di tepi tingkap bilik Ali.
Gempa memunculkan tangan tanahnya.
Hali memunculkan pedang Halilintarnya.
Taufan yang membuat angin sepoi sepoi bahasa di dalam bilik itu .
Ice yang memunculkan busur dan panah aisnya.
Dan Soar yang memunculkan bebola cahayanya.
Sebagai peminat tegar filem fiksi, melihat keajaiban di depan matanya sendiri sudah pasti membuatnya gembira dan hampir pengsan akibat keterujaannya.
Gempa hanya ketawa melihat kembarnya yang lain bermain dengan Viktor.
Tiba tiba...
Beep beep beep!
Gempa : Hm?
Jam kuasanya tiba tiba sahaja berbunyi.
Dia berjalan sedikit menjauhi yang lain dan memeriksa jam kuasanya.
Wajahnya kelihatan terkejut.
Ali : Gempa?
Gempa tersentak akibat panggilan dari sepupu tuannya itu.
Gempa : Y-ya?
Ali : Kau ok ke? Nampak semacam je tu.
Gempa : Oh, tak ada apa lah. Aku ok je. Hah, Viktor! Nak tengok satu lagi trik tak?!
Gempa sememangnya jelas kelihatan mengelah soalan Ali, tapi dia biarkan sahaja.
Mereka pun habiskan masa sepanjang hari di dalam bilik Ali itu sebelum Viktor terpaksa pulang ke rumahnya pada pukul 8 malam.
2385 perkataan
Hah, akhirnya ada juga seorang lagi dari Cyberaya yang tahu pasal kuasa Boboiboy, ahak-
Oh ya, semperna isu 23, here's a little Fanart, ehek-
Ok, bye-*masuk sangkar kucing*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top