Misi : Kuasa Part 7

Setelah semua benda yang terjadi tadi, mereka akhirnya masuk semula ke dalam rumah.

Mereka berdua duduk kembali berhadapan satu sama lain.

Ali : Jadi, untuk sementara waktu, kita tak akan bertemu lagi lah, kan?

Hali kelihatan tidak gembira akan itu.

Hali : Nampaknya macam tu lah. Kau kena faham, Tuan buat semua ni untuk kebaikkan diri dia sendiri. Dan juga untuk kebaikkan kau.

Dia sama sama sahaja macam Ali.

Pada akhirnya, mereka berdua tidak mahu kehilangan satu sama lain.

Hali mendengar keluhan kecil datang dari Ali.

Ali : Haih.... aku tahu. Sebab tulah aku sayangkan dia. Aku nak dia rasa macam di rumah bila dengan aku. Tapi.... mungkin aku kena cuba lebih kuat lagi lepas ni.

Hali terkedu seketika, sebelum terketawa kecil.

Hali : Kau tak perlu cuba sekali pun..... sebenarnya. Ehe...

Ali tersentak kecil, mendengar ayat Hali.

Hali tahu Ali tidak memahaminya. Dia kemudian memegang bahu kanan Ali.

Hali : Sebab tak kira apa sekali pun, dia dah terima kau dari awal. Dia cuma teragak agak mahu percaya akan hal itu, sebab dia takut kau tak akan terima dia.

Ali hanya diam.

Entah mengapa, hatinya merasa senang, gembira, mendengar hal itu.

Hali menarik bahu Ali itu, dan kemudian memeluknya.

Ali terkejut dengan tindakkan tiba tiba Hali itu, tetapi, dia biarkan sahaja, dan membalas pelukkannya.

Memang kelihatan langka untuk elemental kemarahan untuk mmeluk eseorang dengan kehendaknya sendiri, tapi, pada akhirnya, dia masih lagi hanya sekadar budak kecil.

Mereka berdua, hanya sekadar budak kecil.

.
.
.

Shinggg!!!

Muncul gegelung cahaya berikutnya di belakang Hali.

Hali : Nampaknya dah masanya untuk aku pergi.

Hali melepaskan pelukkannya, dan berundur beberapa langkah ke belakang, dan duduk semula.

Hali : Bye Ali. Kalau ada peluang lagi, mungkin kita akan bertemu kembali.

Ali tahu akan itu. Sebab itulah dia hanya duduk di tempatnya, dan mengangguk.

Ali : Pastikan kau maksudkannya. Aku nak jumpa korang semua lagi.

Hali : Hehe. Aku tahu kau akan.

Hali tersenyum memandang Ali, sambil menutup matanya, melambai kepadanya, sambil badannya di lalui oleh gegelung cahaya itu sepenuhnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Cahaya itu akhirnya terpadam, meninggalkan sebujur badan di depannya.

Bajunya berubah seratus peratus berbeza dari Hali sebelum ini.

Dia memakai jaket musim sejuk berwarna kelabu, dengan beberapa garisan biru di jaket itu.

Dia seperti memakai baju biru cyan di dalamnya.

Hoodie jaket itu menutupi topi dan kepalanya.

Topinya berubah menjadi warna biru aqua, dengan logo berpusar berwarna putih.

Dia kelihatan memandang ke bawah, membuatkan Ali tidak dapat melihat wajahnya.

Tapi, dia tidak perlu melihatnya untuk membuatkannya seperti kenal kepada sosok Boboiboy di depannya itu.

Ali : Nanti.... kejap.... kau....

Lidah Ali sudah bergumam kerana terkejut, membuatkan dia tidak dapat bercakap dengan benar.

Si Dia kelihatan bergerak, dan melihat ke tangannya, tetapi masih belum mengangkat kepalanya.

??? : .....Giliran aku pulak ke?

Suaranya sayup sayup sahaja, tetapi mudah dimengerti dan didengari.

Dia akhirnya mengangkat kepalanya, menunjukkan matanya yang kuyu dengan senyuman kecil tiada niatnya.

??? : Hai Ali.

Si Dia melambai kecil ke Ali, membuatkan Ali terkaku di tempatnya.

.
.
.

Untuk seketika, tiada sesiapa yang bergerak, mahu pun bercakap.

Mereka hanya menatap satu sama lain.

Comot dah naik bosan dengan keadaan itu, dah tidur awal awal, malas nak layan.

Comot : Kroohhhh.....

Amboi, kucing berdengkur macam bapak orang.

Ali dah mula dah tak tahan dengan keadaan sunyi sepi macam bab- opp- macam hutan belantara tanpa hujung itu.

Yang hebatnya, Si Dia tidak berkelip langsung semasa menatap Ali.

Ali : Er...... Hello? Boboiboy? Helloooo!

Ali melambai lambai tangannya di depan mata Si Dia, tapi, masih tiada riaksi.

Dah lah Comot dah mati, jadi dia tak boleh minta bantuan.

Ali : Aduh.....

Ok, ini memang elemental terakhir, tapi, entah mengapa, suasana berubah 100% berbeza dari 6 sebelum ini.

Sebelum ni ada yang marah dengan dia, nak bunuh dia, ada yang tenang je, tapi, yang ni, jadi patung, hanya memandangnya.

Memang kekok lah jadinya.

Ali bangun, melutut di depan Si Dia, dan memetik jarinya di depan mata Si dia.

Tak berkedip langsung.

Ali : Aku macam ingat dia ni.... tapi... betul ke?

Ali mendekatkan lagi mukanya ke arah Si Dia, dan dia terdengar sesuatu.

??? : krooh.....

Tiba tiba, muncul buih hingus dari hidung Si Dia.

Ali : Eh?

Rupanya Si Dia tertidur dengan mata terbuka.

Siap ternganga lagi Si Ali lepas perasan akan hal itu.

Ali : Arghhhhhh.......

Muncul perkaki empat di atas kepala Ali, merasa sakit hati dengan  hal itu.

Ali : Kurang asam punya mahluk. *muka malas*

Dia duduk betul betul di depan Si Dia, memegang bahunya, dan menggongcang badan Si Dia sekuat hatinya.

Ali : BOBOIBOYYYYY!!!! BANGUN!!!! KAU TIDUR PAHAL?!?!

Tetibe terflashback season 1 jap, ohok-

Akibat goncangan bagai nak rak itu, buih hidung Si Dia terpecah, dan dia tersedar dari mati//plakk!!!//

??? : Hah hah??? Apa apa??? Gempa bumi ke???

Si Dia bukannya panik, malah merespon dengan setenang tenangnya macam dia tak kena goncang 1 saat yang lepas.

Ali siap tampar muka sendiri melihat seberapa tenangnya respon Si Dia.

Ali : Aduh..... Boboiboy, aku masih dekat sini. KAU, masih ada dekat sini.

Ali menekan sedikit perkataan "Kau" tu untuk membuat Si Dia mengingat semula kerja mereka di situ itu.

Lambat jugak Si Dia nak tangkap, tapi akhirnya dia sedar.

??? : Ohhh. Aku dah ingat. Maaf Ali.

Ali : Haih... tak apalah, asalkan kau dah ingat.

Mereka membetulkan semula kedudukan duduk mereka, untuk memulakan semula pembicaraan mereka.

.
.
.

??? : Jadi, er.... aku rasa aku kena perkenalkan nama aku dulu. Hai Ali. Nama aku, Ice.

Mencuba menjadi berguna, Ice memulakan pembericaraan mereka dengan memperkenalkan dirinya dahulu.

Ice mengangkat tangan kanannya, seperti mahu bersalaman dengan Ali.

Tapi Ali malah terkejut melihat tangan kanan Ice.

Ali : Woah?! Ais ke ni weh?!

Ali mengetuk ngetuk perlahan tangan kanan Ice, mencuba melihat sekiranya ianya adalah ais sebenar.

Dan ianya adalah ya.

Ice : Hm. *mengangguk* Ais betul. Aku tahu pelik, tapi, ianya betul.

Ice menggerak gerakkan jari jemarinya, membuatkan Ali bertambah terkejut lagi.

Ali : Macam mana jari kau boleh bergerak? Bukan ke ianya ais?

Ice mengangkat tangan kanannya, dan menggaru tengkuknya, kelihatan seperti pening dengan soalan Ali.

Ice : Erm.... aku sendiri tak tahu. Ianya ais, ya, tapi, aku masih mampu menggerakannya seperti tangan manusia biasa. Mungkin ianya salah satu effect tambahan daripada kuasa aku mencuba mengadaptasi dengan tubuh Tuan, yang sememangnya jauh beza dengan tuan lama aku.

Ali kelihatan berminat dengan fakta tubuh si Ice itu.

Ali : Tuan lama kau.... mcam mana orangnya?

Ali bertanya itu, kerana mahu mendengar juga kisah lama dari para elemental.

Ice : Tuan lama aku?

Ali : Ya. Aku nak tahu macam mana dia orangnya.

Kalau lah Ali tahu yang Tuan lama mereka bukan manusia, ohok-

Ice : Erm... well.... hehe.... dia tu, besar, ganas, dan kuat.

Ice mengangkat kedua dua tangannya, seperti mencuba tunjukkan otot, walaupun kedua dua tangannya ditutupi lengan bajunya, seperti mahu menunjukkan seberapa kuat Tuan lamanya.

Ice : Bak kata mereka, sedingin hati yang beku, segagah gunung bersalju, melindungi orangnya dari mereka yang jahat. Seorang pahlawan, yang disanjungi.

Ice mula merasa sedikit rindu dengan Tuan lamanya, bila bercakap pasalnya ketika itu.

Ice : Mungkin kuasa aku tak terlalu berguna ketika pertarungan dikeranakan aku tak mampu lukakan lawan, tapi, aku cuba, dengan cara lain. Akh bekukan mereka, dan hiarkan yang lain habiskannya.

Ya, zaman dah berubah. Kuasa aisnya sudah tidak beberapa berguna lagi, dan dia sedar akan itu.

Ice : Dan ada seseorang ini, yang sentiasa bersamanya. Api yang gagah membara, membakar kesemua musuh di hadapannya.

Ali mula makjn teruja dengan perkara baru itu.

Bila dia cuba memahaminya, dia faham yang Ice sedang mention pasal Tuan asal kuasa api, Blaze.

Ice : Ianya riuh, aku tak boleh nak tipu, tapi.....

Ali pelik bila tiba tiba sahaja ayat Ice tergangtung.

Ali : Ice? Kau ok?

Ice hanya menggeleng.

Ice : Tak, aku ok. Cuma.... aku rindukan Tuan lama aku sahaja. Semua memori pasalnya masih ada dengan aku, tapi.... itu semua berlaku 100 tahun yang lalu. Heh....

Ice bermain main dengan jarinya di atas lantai, tersenyum kecil di akhir perkataannya.

Maswais.

Tuan lama Ice, 100 tahun dahulu.

Dia tidak tahu sudah berapa lama itu, kerana apabila dia membuka matanya, dia sudah berada di tangan Tuan baharu.

Muka surat terbaru sudah dimulai, tetapi, bukan yang dia jangkakan, mahupun mahukannya.

Bukan dia tida bersyukur dia sudah berada di tangan yang betul, cuma, perubahan tu, bukan semua orang boleh terima.

Terutamanya bila ianya adalah spesies yang seratus peratus berbeza langsung dari tuan lamanya.

Dunia sudah berubah, itulah perkara pertama yang dia katakan pada dirinya sendiri apabila cahaya bumi itu membuka matanya.

Dia terpaksa beradaptasi dengan badan Tuan barunya, kerana dia tidak mampu memilih Tuannya.

Tiada satupun dari mereka yang mampu.

Mereka cuma mampu berharap yang Tuan mereka akan gunakan mereka untuk tujuan yang baik.

Ali, terdiam.

Bukan dia tak memahaminya, ya, dia faham.

Mereka juga ada perasaan, jadi, dia tahu yang Ice mesti merindukannya, terutamanya bila dia tiba tiba sahaja menyebut namanya.

Ali : 100..... tahun, ya......

Ali sudah faham dari awal yang sememangnya kemungkinan untuk dia hidup lagi, walaupun dia jangka Tuan lama Ice bukan manusia sekalipun.

Ali : Mesti... dia Tuan yang baik, kan?

Ice : Huh?

Ice memandang Ali dengan muka tertanya tanya, bila sahajaAli menanyakan perkara pelik itu.

Ali : Maksud aku, kalau dia tak, mesti kau tak akan kisah pasal dia lagi, kan? Mesti dia dah jaga kau di bawah tangannya dengan baik.

Ali meletakkan tangannya di atas tangan kanan Ice.

Ice terdiam sejenak mendengar apa yang Ali katakan.

Tapi, tiba tiba dia terketawa kecil.

Ice : Pfff-*buang muka ke tepi*

Ali memandang Ice pelik bila tiba tiba sahaja dia ketawa.

Ali : Kau ketawa pahal?

Ice menghabiskan ketawa kecilnya, sebelum memandang ke arah Ali semula.

Ice : Kalau sekali pun dia bukan Tuan yang baik.... kemungkinan besar aku masih akan mengingatinya.

Ali : Huh? Kenapa?

Ice : Kerana dia masih lagi sudah menggunakan aku. Aku sudah pernah bergabung dengan badan dia. Memori dan perasaan tu masih ada.

Ice tak sepenuhnya berkata benar.

Ya, dia jujur di mana dia masih boleh melihat memori beliau, tapi....

Wajahnya kabur.

Dia sudah mula hampir melupakan macam mana rupa Maswais.

Ya, dia memang panik ketika itu.

Tapi, dia tetap mencuba kekal cool, kerana tak mahu Ali risau.

Ice : Jadi.... kalau sekali pun dia pernah menggunakan kuasa dia untuk sebuah kesalahan..... aku masih tak mampu marah kepadanya.....

Ali merasakan Ice mengepalkan tangannya di bawah tangannya.

Dia dapat rasakan frustasi yang Ice rasakan ketika itu.

Walaupun ianya tak kelihatan jelas, tak sama macam ketika Hali dan Blaze, tapi perasaan itu masih ada.

Ianya masih tetap badan yang sama di depannya.

Ali tidak menyalahkan Ice untuk berasa sebegitu sekali.

Dia mengaku, dia pun sama.

Aliya.

Dia dari dulu, dah lama sanjung Mamanya, dalam semua perkara.

Walaupun dia sendiri tidak mengenalinya.

Aliya pergi terlalu awal, untuk dia mengenal Mamanya sepenuhnya.

Bila dia dengar yang Aliya membantu Niki, A.K.A, termasuk penduduk pinggiran, membuatnya semakin hormat kepada Mamanya.

Tapi..... bila dapat tahu yang Aliya juga terlibat dalam pencurian, semata mata hanya mahu membantu mereka, hatinya sedikit tergores.

Ya..... Aliya masih lagi tetap seorang manusia.

Dia tidak suci.

Walaupun ianya untuk tujuan yang baik, caranya masih tetap lagi salah.

Pembelotan.....

Yang berakhir menyebabkan nyawanya sediri melayang.

Walaupun dengan semua benda baharu yang dia belajar mengenai Aliya.... hormatnya terhadapnya masih lagi tidak hilang.

Mungkin itu apa yang Ice rasakan.

Ali : Hei, Ice? Boleh aku tanya sesuatu?

Ice : Hm? Tanyalah. Telinga aku masih terbuka.

Ali mengambil nafas, sebelum membuka suara.

Ali : Malam kejadian tu.... kau ke, yang selamatkan aku?

Ice merasakan genggaman tangan Ali pada tangan aisnya menjadi semakin erat, sebaik sahaja Ali menghabiskan ayatnya.

Ice terkedu, tidak jangkakan soalan itu akan keluar dari mulut Ali.

Dia tersenyum kecil, sebelum membuka suara.

Ice : Jadi, kau ingat lah ni. Macam mana?

Ali mengangkat tangan ais Ice, dan memegangnya menggunakan kedua dua tangannya.

Ali : Dingin.....

Ice : Huh?

Ali : Suhu sejuk ini..... aura yang sama aku rasakan pada malam itu. Walaupun sudah beberapa hari berlalu.... aku masih tak akan lupakan satu satunya perkara yang aku ingat dari orang yang telah selamatkan aku.

Ali tersenyum lebar ke arah Ice, sehingga menampakkan giginya.

Walaupun tangannya dibuat dari ais, dia dapat merasakan kehangatan dari genggaman tangan Ali.

Ali : Terima kasih Ice. Sebab dah selamatkan aku. Akh tak tahu, jika ketika itu adalah kau atau Boboiboy, tapi, ianya masih lagi kuasa kau.

Ali cuba kekal jujur, untuk mendapatkan kepercayaan setiap elemental.

Setiap satu dari kepercayaan itu, walau apa pun bentuknya, dia mahu dapatkannya.

Ali : Aku tak dapat balas budi kau, kerana ianya melibatkan nyawa. Tapi, anggaplah ucapan terima kasih aku ni sebagai permulaan, ya?

Ali menghabiskan ayatnya dengan sebuah senyuman.

Senyuman ikhlas.

Menunjukkan lagi seberapa dia maksudkan ayatnya.

.
.
.

Ice, tidak menjawap.

Dia kelihatan seperti terkedu dengan ayat Ali.

Dia menatap Ali cukup lama, sehingga membuatkan Ali risau.

Ali : Aku.... aku ada tersalah cakap ke?

Ali takut kalau ya, sebab dia tak mahukan mana mana pun elemental Boboiboy membencinya.

Tapi, respon Ice malah berbeza.

Tiba tiba, air mata mengalir dari matanya, agak deras, seperti dia tidak dapat mengawalnya.

Ali : E-eh eh eh?!

Ali, semestinya terkejut dengan riaksi tiba tiba Ice yang tidak normal itu.

Dia tidak langsung beriaksi. Dia mengangkat tangan kirinya, dan mengelap air matanya.

Ali : Kau ok tak ni?! Sorry weh kalau aku ada tersalah cakap!

Ali dah panik tak tentu pasal, risau kalau dia melakukan kesalahan lagi.

Ice pula, menenung lama jarinya yang basah kerana mengelap air matanya, sebelum membuka suara semula.

Ice : Ali? Apa ni?

Ice menghalakan tangannya yang basah ke arah Ali.

Ali : Air... mata? Kenapa? Kau tak tahu ke?

Ice : Tak- aku tahu, tapi- kenapa..... ianya tak berubah jadi salji?

Soalan Ice membuatkan Ali ternaikkan satu keningnya.

Ali : Apa maksud kau? Salji?

Ice : Air mata aku... setiasa berubah jadi salji sebaik sahaja ianya jatuh dari mata aku, tapi.... kenapa sekarang ianya masih basah?

Ice memang kelihatan tidak memahami keadaan itu. Seperti ianya pertama kali berlaku.

Ali : Aku rasa.... ianya mungkin kerana perasaan kau.

Ice : Perasaan aku?

Ali : Hm. *angguk* bagitahu aku. Apa yang kau rasakan sekarang.

Ice : Secara fizikal atau mental?

Ali : Erm.... kedua duanya?

Ice : Secara mental......... aku......tak tahu......

Ali : Kalau fizikal?

Ice menatap sekali lagi tangan kirinya.

Ice : Ianya rasa...... hangat......

Tiba tiba, air matanya mula mangalir semakin deras. Ali terkejut melihat itu.

Ice : Air mata aku.... genggaman kau.... ianya.... hangat......

Ali : Hangat?

Ice : Ya.... aku.... aku selalu takut dengan kehangatan, kerana jenis element aku, kerana aku takut cair, tapi...... kenapa.....

Ice mengangkat kepala, memandang Ali, sambil mengelap air matanya dengan tangan kirinya.

Ice : Kenapa aku tak takut kali ni?

Ice melepaskan sebuab senyuman, seperti senyuman gembira, tapi pada masa yang sama, perit.

Selama ini, semua mesti akan kata yang dia tiada perasaan, kerana dia selalu bertindak dingin seperti tiada hati.

Tapi yang aslinya, dia cuma mahu mengawal dirinya dari bertindak di luar kawalan kerana emosinya kerana dia takut dia akan membuat orang membenci Boboiboy lagi sama seperti apa yang Blaze lakukan ketika mereka kecil dahulu.

Selama ini, apa yang dia mampu rasakan, hanyalah kesejukkan yang menyeliputi sekelilingnya, membuatkan dia takut dengan sebarang kehangatan, termasuklah Blaze sendiri.

Jangan salah faham, dia tidak membenci Blaze, cuma dia takut Blaze terlalu dekat dengannya sehingga membuatkan tangan aisnya cair sahaja.

Ice : Jadi..... inilah perasaan gembira manusia, lah ya? Ianya.... tak adalah terlalu buruk....

Ali, tidak tahu mahu merespon apa.

Tangannya masih lagi mengenggem tangan ais milik Ice.

Ice kemudian mengangkat tangan kirinya, dan menggenggam tangan Ali pula.

Ali : Huh?

Ice : Terima kasih Ali, sebab dah selalu ada untuk Tuan aku selama ini. Tolong maafkan Hali dan Blaze sebab marahkan kau tadi. Terima kasih juga, sebab jadi baik dengan aku.

Ali, hanya terpangu memandang Ice yang tersenyum ke arahnya.

Memang tingkah Ice agak aneh, yang tiba tiba berterima kasih tiba tiba, tidak menyambung dengan topik sebelum ini.

Tapi, Ali hanya tersenyum, dan mengangguk.

Ali : Sama sama. Selagi korang semua ada di sini, akuakan cuba kekal jadi kawan korang semua.

Ice tersenyum kecil, membalas senyuman Ali.

Ice : Maafkan aku untuk ni, Ali.

Ali memandang Ice pelik bila dia tiba tiba meminta maaf.

Ali : Huh? Untuk apa?

Ali tiba tiba merasakan genggaman tangan Ice mulai merenggang.

Mata Ice mulai memudar, dan Ice terjatuh ke sisi kanannya, dan terbaring di atas lantai.

Ali : I-Ice?!

Memang terkejut lah Ali.

Serta merta, Ice berubah kembali menjadi Boboiboy.

Boboiboy : Huh... huh....

Wajah Boboiboy kelihatan merah, dan nafasnya kedengaran tak teratur.

Dengan panik, Ali mengesot ke depan Boboiboy, dan memegang dahinya.

Panas.

Ali : Haih....

Demam Boboiboy kembali semula. Mungkin kerana memaksa dirinya menggunakan kuasanya walaupun dalam keadaan belum sembuh sepenuhnya.

Ali membantu membetulkan badan Boboiboy, dan mengambil bantal dari atas katilnya, dan meletakkannya di bawah kepala Boboiboy.

Ali : Kan aku dah kata, jangan paksa diri kau. Kau tu belum sembuh sepenuhnya lagi. Tengok, kan dah datang balik.

Boboiboy : Ehehe.... maaf Ali.....

Ali : Haih.... tak apa lah. Apa apa pun, kau berehat dulu. Aku pergi ambil tuala basah dulu.

Ali bangun, berjalan ke arah pintu, ingin menuju ke bawah.

Tetapi, sebaik sahaja dia membuka pintu, dia berhenti sementara, memegang bingkai pintunya.

Ali : Hei, Boboiboy?

Boboiboy yang masih pening kepala, menggerakkan kepalanya sedikit, memandang Ali yang tiba tiba sahaja memanggil namanya.

Boboiboy : Ya?

Ali tidak memusingkan badannya sama sekali, masih membelakangi Boboiboy.

Ali : Terima kasih, sebab masih mahu menjadi kawan aku.

Ayat Ali membuatkan Boboiboy sedikit terkedu.

Dia kemudian tersenyum kecil.

Boboiboy : Aku yang patut berterima kasih pada kau kerana menerima orang macam aku ni dalam hidup kau...

Jawapan kecil itu cukup membuat Ali tersenyum kecil, tanpa pengetahuan Boboiboy.

Ali kemudian berjalan pergi, turun ke tingkat bawah, untuk mengambil tuala basah untuk sepupunya itu.

Pertemuan Ali dengan semua elemental akhirnya berakhir.

Ada yang berjalan mulus, dan ada yang mengalami sedikit kesusahan, tetapi, dia berjaya lalui semuanya.

Dia harap, walaupun Boboiboy sudah pulang ke Pulau Rintis selepas ini sekali pun, para elemental masih akan memandangnya sebagai kawan mereka.

Misi : Kuasa, tamat.

Nantikan chapter seterusnya :v





























2898 perkataan

OHOHOHOHO AUTHOR KEMBALI GUYS-

Sorrylah dah lama tak update-

Author sibuk dengan sekolah, dan mengalami writerblock TwT

Author juga sedang usahakan sebuah Anamatic 🗿 Kokotaim with My R song-

Tapi entah bila nak siap. Tahun depan kot OHOK-

Sorrylah kalau bahagian ni tak beberapa best sebab sekali lagi Author cakap, Author kena writerblock 😭

Ok, bye! Tata titi dulu, pergi dulu-*lari masuk lubang cacing*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top