Misi : Kuasa Part 5

Suasana berubah tegang dan hangat.

Udara panas keluar dari mulut elemental Boboiboy itu, sebari dia mendengus kasar beberapa kali ke arah Ali.

Ali mampu merasakan cengkamam yang hebat di kedua dua bahunya.

Elemental itu memang betul betul tidak bohong untuk ingin membunuhnya.

??? : Kenapa.....

Nafas elemental menjadi tak teratur, menunjukkan seberapa marahnya dia ketika itu.

Ali : ........

Ali tahu sekiranya dia membuka suara, dia hanya akan membuat dia lebih marah, jadi dia diam sahaja.

??? : KENAPA BOBOIBOY MASIH MAHU BERKAWAN DENGAN ORANG MACAM KAU?!?!

Ali dah berjanji untuk diam, tetapi, ayat Si Dia itu membuatkan dirinya sedikit terkejut.

Hatinya juga merasa sedikit sakit, terpukul dengan ayat Si Dia itu.

??? : KENAPA BOBOIBOY TERLALU BAIK DENGAN KAU?!?! KENAPA KENAPA KENAPA?!?!

Ali merasakan sesuatu cecair jatuh ke wajahnya.

Si Dia menangis.

??? : KAU BUAT AIR MATA TUAN JATUH!!! KENAPA GEMPA, TAUFAN, THORN, ICE DAN SOLAR MAAFKAN KAU?!?!

Si Dia mengangkat tangan kanannya ke atas, dengan tangan kirinya masih memegang bahu Ali.

Si Dia menggenggam tangan kanannya, dan sebaik sahaja dia melakukannya, tangan kanannya diselaputi dengan api yang membara.

Mata Ali terbeliak besar.

Ianya sama seperti ketika itu.

Ali menutup matanya rapat rapat, mengetahui yang kali ini tumbukan itu akan mengenai wajahnya.

Dia mampu merasai hawa panas mendekati wajahnya dengan laju.

.
.
.
.
.
.
.
.

Dia tidak tahu mengapa, tapi, dia rasakan yang dia sudah menutup matanya lama.

Tapi masih tiada apa apa yang menerpa wajahnya.

Hawa panas masih terasa.

Perlahan lahan, dia membuka matanya, ingin melihat apa yang telah berlaku.

Ali : Kenapa-.........

Ali terkedu.

Tangan Si Dia betul betul berada di depan wajahnya. Se-inci lagi mahu mengenai wajahnya.

Ali mempu melihat asap keluar dari tangan Si Dia, bekas dari api yang menyelimuti satu genggaman tangannya itu.

Tapi bukan itu sahaja.

Ada lagi.

??? : Kau......

Ali : C-Comot?

Comot meletakkan tangannya di depan wajah Ali, membuatkan Si Dia memberhentikan serangannya.

Comot menatap tajam ke dalam mata Si Dia.

Si Dia mendecih kesal.

Si Dia mengalihkan kedua dua tangannya, dan bangun dari atas badan Ali.

??? : Ketepilah!!! Musuh aku sekarang adalah Ali!!! Bukan kau!!!

Tapi semestinya ianya tidak didengari oleh Comot.

Comot : Cukup Boboiboy!!! Apa lagi yang kau nak dari Ali?!?!

Wajah Si Dia hanya bertambah marah lagi mendengar ayat Comot.

??? : AKU BUKAN BOBOIBOY!!! AKU BLAZE!!! JANGAN SESUKA HATI KAU NAK SEBUT NAMA TUAN!!!

Comot tidak takut dengan Blaze. Dia malah bangun, dan berjalan mendekati Blaze.

Comot : Apa lagi yang kau tak puas hati dengan Ali?! Dia dah minta maaf banyak kali dah!!! Tuan kau sendiri dah maafkan dia!!! Elemental yang lain pun dah maafkan dia!!! Apa lagi yang kau nak dia buat?!?! Kenapa kau ni susah sangat nak maafkan dia?!?!

Blaze dan Comot saling bertatapan tajam ke arah satu sama lain, meninggalkan Ali yang mencuba untuk bangun dari baringnya.

Blaze : Mungkin sebab AKU!!! BUKAN!!! DIORANGGGGGGGG!!!!!

Blaze mengangkat tangannya lagi, dan sudah bersedia mahu menumbuk Comot.

Comot terkejut dengan tindakkan melulu Blaze itu.

Tapi, sebelum sempat gangan Blaze mendarat pada Comot, Ali melompat ke dalam scene, dan menangkat lengan Blaze, memaksa lengannya untuk berhenti.

Ali : C-cukup Blaze!!!

Ini hanya menambah kemarahan Blaze.

Blaze : LEPASSSS!!!!

Ali tidak seberani yang dia lihat.

Dia gementar teruk, sehingga tidak mampu menganggerakkan satu pun badannya lagi.

Dia tidak tahu macam mana dia ada keberanian untuk bergerak ke arah Blaze dan menangkap tangannya.

Blaze : LEPAS AKU KATAAAA!!!!

Perbezaan kekuatan mereka sangatlah jauh.

Dengan begitu sahaja, dengan satu hayungan tangan, Ali terlempar jauh dari Blaze, sehingga belakang badannya terhempas ke dinding.

Ali : Ergh?!?!

Ali terduduk di atas lantai, menahan kesakitan di belakang badannya.

Ali : Tsk.....

Comot : Ali!!!

Comot berlari ke arah Ali, dan meletakkan kedua dua kaki depannya di atas kaki Ali, memandang Ali dengan wajah risau.

Dia kemudian memandang semula ke arah Blaze dengan wajah bengis.

Comot : APA YANG KAU DAH BUAT DEKAT ALI HAH?!?!

BLAZE : DIAMMMMMM!!!!

Blaze menghentakkan kakinya di depan Comot, membuatkan Comot terlompat dua kaki kebelakang.

Blaze : KORANG SAMA SAHAJA MACAM MEREKA SEMUA!!!

Kemarahan Blaze membuak buak, sampaikan, setiap kali dia menghentak kakinya, ada api yang muncul di kakinya.

Yang sememangnya membuatkan Ali dan Comot ter-flinch kebelakang.

Blaze : KORANG SAMA SAHAJA!!!! TAK ADA APA APA YANG BERUBAH!!! KORANG SAMA SAHAJA MACAM PENDUDUK PULAU RINTIS!!!! KORANG SEMUA PALSU!!!

Dengan hentakkan kakinya yang sangat kuat, aura api yang kuat bergerak laju ke semua arah, membuat angin yang kuat, sehingga membuat rambut Ali melayang ditiup angin.

Blaze : Tak ada apa apa yang berubah..... tak ada sesiapa yang nyata ke dekat bumi ni?!?!

Blaze frustasi, meremas rambutnya sendiri, kasar, sehingga topinya terjatuh ke tanah, dan rambutnya menjadi kusut akibat tekanan emosi yang dia rasakan ketika itu.

Ali, tidak dapat berdiam diri sahaja.

Dia bangun, dan perlahan lahan, berjalan ke arah Blaze.

Ali : B-Blaze......

Blaze : APA?!?!

Ali er-flinch sekali lagi, tapi dia cuba bersabar, dan mendekati Blaze lebih dekat.

Ali : Apa maksud kau.... dengan Penduduk Pulau Rintis?

Blaze mendengus kasar, dan berjalan menjauh dari Ali.

Dia mengambil topinya semula, dan memakainya.

Blaze : Kau masih tak faham lagi ke?

Blaze menjawap itu dengan nada suara yang kasar.

Ali menggeleng dengan wajah ketakutan.

Blaze menghembuskan nafas berat, dan kesal. Dia menterbalikkan badannya, membelakangi Ali.

Blaze : Tuan dah pernah ceritakan pada kau.

Ali : C-ceritakan apa?

Blaze : Kejadian gelap 4 tahun lalu. Dimana dia digantikan.

Mata Ali membesar bila akhirnya dia mengingatinya.

Ali : M-maksud kau.....

Blaze tidak menjawap apa apa, dan memutarkan kepalanya, memandang ke arah Ali, dengan tatapan suram.

Blaze : Akulah puncanya.

Mulut Ali terketar ketar, tidak tahu apa yang patut dia katakan.

Dia ingat segala detail yang diceritakan Boboiboy kepadanya.

Dia tahu Boboiboy ada kata yang ianya adalah kerana sesuatu yang dilakukannya, tetapi, dia tidak sangka ianya akan jadi Blaze, penyebabnya.

.
.
.
.

Blaze menjelaskan kepada Ali segala benda yang berlaku dari awal, sampai akhir, ketika mereka berjaya kalahkan Boboibot.

Dia mengetap giginya, kesal.

Hatinya merasa sakit menceritakan kejadian yang dia tidak ingin ingat sama sekali.

Bahkan setiap dari mereka tidak ingin mengingatnya.

Terutamanya ketika bahagian dimana para penduduk dengan sesenangnya mempercayakan robot cetak rompak dirinya itu seperti dia tidak pernah wujud sama sekali ketika itu.

Dipingirkan.

Dilupakan.

Dipulaukan.

Direndahkan.

Digunakan hanya ketika keadaan bahaya sahaja.

Dia tidak nafikan yang memang salah dia kerana telah buat kebakaran semua itu, tapi ianya masih lagi separuh kesalahan para penduduk yang tidak henti henti meminta bantuan Boboiboy, seperti Boboiboy itu robot, sehingga dia tertekan, dan akhirnya dia keluar.

Dia ingin memberontak.

Dia ingin membelasah setiap satu orang yang telah membuat air mata Tuannya mengalir.

Tangannya mahu menghinggap ke wajah mereka.

Tidak kisah sekiranya orang itu adalah kawan Tuannya sendiri.

Dia mahu lindungi Tuannya.

Manusia yang telah berjaya mengubah hidup mereka bertujuh.

Dia menatap wajah Ali yang cuba menghadam ceritanya dengan tatapan tajam, masih lagi dengan dendamnya.

Ali, fikirannya sudah tak keruan.

Dia masih tidak sangka akan ada manusia setidak merasa berterima kasih sebegitu rupa di dunia itu.

Bahkan, yang tolong mereka selama ini adalah budak kecil berusia 10 dan 11 tahun.

Mereka semua dah tua, dan bekeluarga, tapi mereka memberikan misi merbahaya pada seorang budak yang hanya mahu lalui kehidupannya sahaja.

Bukan satu.

Tapi lima.

Blaze : Mereka semua.....

Ali memandang Blaze kembali selepas mendengar Blaze membuka suara semula.

Blaze : Aku faham yang Boboiboy ada kuasa!!!! Yang boleh boleh lindungi semuanya!!!! Tapi mereka lupa ke yang Boboiboy masib sekolah?!?! Dia tak lepas sekolah rendah pun lagi waktu tu!!!! Kalau bukan sebab Boboiboy tertekan, aku tak akan keluar!!!! Aku tak akan rosakkan semua benda!!!! Aku cuma mahu redakan tekanan Tuan aku je!!!!

Blaze dah terlalu lama berdiam diri sejak kejadian itu.

Dia masih tidak memaafkan walaupun satu dari mereka.

Dia bahkan tak mahu Boboiboy tengok wajah mereka lagi, selamanya.

Bila dia dapat tahu yang Boboiboy terima pelawaan Kokoci untuk bekerja dengan TAPOPS dan pergi jauh dari Bumi, dia merasa gembira, yang Boboiboy tak akan lihat wajah mereka lagi untuk waktu yang lama.

Tapi, dia silap.

Di luar sana sama sahaja.

Mereka masih mempergunakan Boboiboy dan kawan kawannya untuk misi merbahaya.

Dia harap yang Boboiboy tak terlalu pemaaf, supaya dia boleh keluar, dan just rosakkan semua benda, biarkan Boboiboy lepaskan kesemua kemarahannya.

Dia tak mahu bawa kejadian ni kembali, tetapi ianya masih lagi tugasnya kenapa dia di sana ketika itu, untuk jelaskan perkara yang perlu Ali tahu.

Blaze melihat ke arah tangannya.

Dia takut.

Beberapa titisan mutiara jernih jatuh ke tangannya, dan tersejat menjadi wap akibat suhu kuasanya.

Blaze : Aku cuma........ *bisik* tak mahu dipandang sebagai raksasa sahaja........

Dia dari awal tahu yang api itu merbahaya.

Sebuah kuasa yang hebat, tetapi sekiranya berlebihan, mampu memusnahkan segalanya.

Dalam hampir setiap cerita dogeng juga, sekiranya penjahat di dalam ceritanya ada kuasa, ianya selalu api.

Api.

Api.

Api.

Macam tak ada element lain yang penulis boleh bagi kepada penjahat itu.

Ianya selalu api!

Dia benci, semua orang selalu lihatnya sebagai sebuah kuasa yang jahat.

Jadi, setiap kali Boboiboy perasan apa kuasa yang penjahat dalam cerita itu miliki ketika membacanya, dia terus berhenti membaca, dan letak buku itu ketepi, untuk menjaga perasaannya.

Sebab itulah dia sayang sangat dengan Boboiboy.

Ali : Blaze......

Blaze : Aku tahu apa yang kau nak lakukan.

Ali : Ep- er.....

Blaze : Kau nak minta maaf dekat aku, sebab segalanya, tapi, maaflah Ali. Ianya tak berkesan untuk aku.

Ali memandang ke bawah, dan menerima kekalahannya.

Dia tidak mampu mengubah fikiran elemental Boboiboy yang satu ini.

Elemental Api.

Element yang menyimpan dendam terbesar, lebih dari yang lainnya.

Dendam itu dibakar olehnya, berubah menjadi kemarahan, yang dimana tiada sesiapa boleh menghentikannya selain daripada mengalahkannya.

Ali : Tapi.... tolong benarkan aku jelaskan di pihak aku pula.

Blaze menjeling tajam Ali, tanpa menggerakkan kepalanya sama sekali.

Dia kemudian memandang Comot, yang berpeluk tubuh, memandang ke arahnya dengan wajah marah.

Comot : Benarkan jelah. Dia kan dah menyesal dah ni!

Blaze mendengus kasar.

Untuk seketika, dia tidak menjawap langsung, membuatkan Ali merasa gementar.

Ali : Blaze-

Blaze : Kau ada 5 minit. Itu sahaja. Bila masa tamat, berhenti.

Ali kelihatan gembira, Blaze akhirnya membenarkannya, dan memandang ke arah Comot.

Comot tersenyum, dan mengangguk.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Ali menjelaskan segala situasi yang berlaku, dari Boboiboy mula datang ke Cyberaya, dan sehingga kini.

Bermula dari awal dia mula syak Boboiboy seperti mencuba senbunyikan sesuatu darinya, sehinggalah kejadian kebakaran itu.

Dia tidak pernah sama sekali, merasa marah atau apa apa dengan Boboiboy.

Dia bahkan sangat berterima kasih kepadanya, kerana telah menyelamatkan nyawanya, dan telah menjadi kawan yang terbaik untuknya, walaupun mereka hanya baru berkawan 1 bulan lebih sahaja.

Dia menyesal.

Snagat menyesal.

Telah mengikuti rancangan Rudy dan yang lain itu.

Dia cuma mahu jawapan.

Dia dah tak tahan hanya berdiam diri tanpa tahu kebenarannya.

Tapi dia tak pernah sama sekali maksudkan satumpun ayatnya yang dia kata ketika kejadian itu.

Dia dah mahu berhenti, sebaik sahaja Boboiboy melawan semula, tetapi, para Ejen Muda yang lain menambahkan masalah lagi. Mereka teruskan rancangan itu, membuat dia terpaksa ikut sama.

Dia dah minta maaf banyak kali kepada setiap diri Boboiboy, tetapi dinding terbesar yang dia terpaksa lewati, adalah Blaze.

Dia sudah kehilangan akal, mahu memikirkan cara untuk sang raja api itu memaafkannya.

Dia sedar ianya tetap juga salahnya kerana mengikuti rancangan itu, dan Blaze tak perlu maafkannya, apa lagi Boboiboy, tapi, dia tak mampu lakukannya.

Dia tak boleh berdiam diri sahaja, tanpa mereka tahu yang dia sesali semua perbuatannya ketika itu.

Dia memegang pipinya.

Kawasan yang sama Boboiboy menamparnya ketika itu.

Walaupun kesannya sudah hilang, sejarah masih ada.

Boboiboy masih tetap telah menamparnya.

Dan ianya adalah kerana kesalahan mereka.

Ali : Jadi.... sebab itulah Blaze... aku cuma mahu kau tahu yang Aku sangat sangat, menyesal. Dan aku mahu meminta maaf. Kau tak perlu maafkan aku. Aku cuma mahu kau tahu sahaja. Tahu yang aku menyesal.

Ali mengatakannya.

Dia akhirnya merasa sedikit lega.

Tapi tidak sepenuhnya.

Kerana masih tiada jawapan dari Blaze.

Blaze masih berdiri membelakanginya, tanpa berkata apa apa.

Dia hanya di sana, seperti tiang, tanpa satu pun anggota badannya yang bergerak.

Ali sedikit kecewa, tetapi, dia faham.

Tak semua orang mampu maafkannya.

Ali baru sahaja ingin mengangkat Comot, dan mendukungnya, bila sahaja....
.
.
.
Blaze : Diam.....

Ali : Huh?

Ali dan Comot melihat ke arah Blaze yang tiba tiba bersuara.

Blaze : Di.... am.....

Ali dan Comot mampu melihat badan Blaze menggeletar, sebari suaranya menjadi serak dan patah patah.

Ali : Blaze? Apa kau kata tadi?

Blaze mengambil masanya, mengetap giginya, sebari dengan air matanya kembali mengalir kembali.

Blaze : Aku kata.... DIAMMMMMM!!!!!

Blaze tiba tiba membaling satu bola api ke arah Ali dan Comot.

Comot : ELAKKKK!!!

Comot segera melompat turun dari tangan Ali, manakala Ali mengelak ke bawah.

Bola api itu mendarat di dinding bilik Ali, meninggalkan bekas hitam hangus dikeranakan api itu.

Comot : Hey?!?! Itu untuk apa?!?!

Blaze : Kalau aku cuba sekalipun......

Ali : Huh?

Blaze mengambil nafas, mencuba membaiki nafasnya semula, dengan wajah bercampur semua perasaan yang dia rasakan ketika itu.

Blaze : Kalau aku cuba untuk maafkan kau sekalipun, aku tak tahu caranya ok?!?!

Blaze kehilangan kesabarannya disitu.

Dia sudah penat mendengar permintaan maaf dari Ali.

Dia penat mendengar segala benda berulang kali, bila benda yang dikatakan itu adalah benda yang dia tidak tahu macam mana mahu lakukannya.

Ali tidak sangka ayat itu akan keluar dari mulut Blaze.

Blaze : Aku tak pernah tahu!!! Apa yang aku tahu lakukan hanyalah hancurkan semua benda yang di depan mata aku!!! Aku adalah api!!!

Blaze hanya mahu semua benda ini berakhir.

Dia cuma mahu pulang sahaja.

Dia cuma mahu Boboiboy pulang semula ke rumah, jauh dari situ.

Perubahan membuatkan dia penat.

Blaze : Kau pernah nampak ke api buat benda baik?!?! Ianya hanya mampu rosakkan sekelilingnya sahaja!!!! Kalau aku adalah raksasa pun kenapa?!?! Korang semua manusia sendiri pun tak ada jauh bezanya!!!

Cepatlah pulang.

Dia dah tak tahan rasakan semua tekanan dan kemarahan yang Tuannya rasakan ketika berada di tempat yang mereka tidak kenali itu.

Dia tidak kisah lagi jika Ali adalah sepupu Tuannya. Dia mahu Tuannya berehat.

Blaze : Korang semua tak jauh bezanya raksasa daripada..... aku......

Rehat yang panjang.

Sehingga dia boleh lupakan segala benda yang berlaku di sana.

Tiba tiba....

Blaze : E-eh eh?!

Ali tiba tiba sahaja memeluk Blaze, membuatkan Blaze terkejut besar.

Blaze : H-hey?!?! Apa ni?! Lepas lah!!!

Blaze mencuba untuk melepaskan dirinya dari pelukkan Ali.

Tetapi, dia tidak mampu menggerakkan Ali sama sekali. Seperti kekuatannya telah habis ketika itu.

Blaze kelihatan frustasi.

Blaze : Kenapa.....

Dia bencikannya. Dia benci jadi lemah.

Terutamanya di depan orang yang lebih muda darinya.

Ali mengeratkan pelukkannya.

Dia tidak tahu kenapa dia lakukannya, tapi, dia tasa yang Blaze perlukannya.

Ali : Kau tak pernah dengar ke? Tak semua api itu merbahaya.

Blaze berdecih.

Blaze : Tch.... bagaimana? Kuasa aku hanya merosakkan segala benda di depan aku.... api apa je yang mampu merawat orang? Ianya cuma mampu melukai mereka sahaja......

Ali tahu itu akan jadi jawapan Blaze.

Ali : Itu sebab kau selalu lepaskan kuasa kau dengan kemarahan. Sebab itulah ianya jadi macam tu. Api yang besar.... ianya memang mampu melukai semua.... tapi... kau pernah cuba gunakannya dengan kasih sayang?

Tangan Blaze tiba tiba berhenti, sebaik sahaja mendengar ayat terakhir Ali.

Blaze : K-kasih sayang? Apa maksud kau?

Perlahan lahan, Ali menolak badan Blaze kebawah, sehingga kedua dua mereka akhirnya duduk semula ke bawah, masih dalam posisi memeluk satu sama lain.

Ali : Bila kau gunakan api yang kecil sahaja, seperti untuk pasang pelita, atau menerangi malam yang sunyi, api tak adalah terlalu buruk, kau tahu?

Blaze : A-api kecil?

Blaze akhirnya sedar.

Sejak dia menjadi Blaze, dia tidak pernah manahan kekuatannya sama sekali sejak itu.

Dia selalu, gunakan segala kesempatan yang ada, dengan kekuatan penuhnya, untuk jatuhkan lawan sebekum mereka sempat menyerangnya.

Tapi, pada masa yang sama, segala benda di sekelilingnya musnah di dalam proses.

Dia ingat sesuatu.

Blaze : Dulu.... masa aku masih Api.... aku pernah guna api yang kecil sahaja disebabkan mahu lepaskan Yaya dan Ying dari ais yang perangkap mereka.... sebab aku takut api aku cederakan mereka.......

Tangan Blaze mengcengkam belakang badan Ali, dan Ali mampu merasakan itu.

Ali : Nampak? Kuasa kau tak adalah berbahaya mana, bila kau lakukannya untuk orang lain, dan bukan hanya kerana kau mahu kalahkan musuh di depan mata kau, dengan seluruh kemarahan kau.

Blaze memahami apa yang Ali cuba katakan, tapi ianya masih tak buatnya rasa lega sama sekali.

Blaze : Tapi untuk apa? Api yang kecil itu akan terpadam juga akhirnya. Dan aku tak akan digunakan lagi selepas tu.....

Genggaman tangan Blaze mulai melonggar. Dia sudah tak ada sebab untuk melawan Ali lagi. Dia membiarkan sahaja Ali memeluknya.

Ali : Tapi ianya lebih bagus dari api besar yang dipadamkan kerana telah merosakkan sesuatu, kan? Lebih baik mati, kerana berbakti, dari mati, kerana melakukan kesalahan.....

Mata Blaze sedikit membesar, mendengar ayat terakhir Ali.

Ali dapat merasakan badan Blaze menjadi sedikit kaku, bermaksud Blaze terkesan dengan apa yang dia katakan.

Ali : Aku betul, kan?

Tiba tiba, Ali merasakan badan Blaze menggigil.

Bukan menggigil biasa.

Menggigil teruk.

Seperti Blaze ketakutan.

Blaze memandang ke siling, dengan wajah seperti mencuba menahan tangisannya sendiri.

Matanya kelihatan kesakitan.

Blaze : T-t-tapi..... aku tak nak m-mati.......

Ali sedar dia tersilap kata.

Blaze : Aku m-m-masih mahu lindungi T-Tuan.....

Blaze, yang merasakan pelukan Ali sedikit longgar, terus sahaja, menolak badan Ali, sehingga kedua dua mereka meleraikan pelukkan itu.

Ali tersentak.

Ali : B-Blaze, aku minta maaf-

Blaze : Cukup! Aku lepaskan kau untuk kali ni!

Ali tidak dapat menghabiskan ayatnya. Blaze kelihatan sememangnya tidak mahu Ali menghabiskannya.

Blaze : Tapi sekiranya aku lihat kau sakiti Boboiboy sekali lagi! Aku akan-

Tiba tiba.....

Blaze : U-uh?

Badan Blaze tiba tiba kaku.

Seperti masa dibekukan hanya untuk dirinya sahaja.

Perlahan lahan, dia kelihangan keseimbangan dan kesadarannya, membuatkan dia terjatuh ke tanah.

Ali, Comot : BLAZE?!?!?!

Ali dan Comot berlari ke arah Blaze.

Blaze menahan dari dirinya rebah ke lantai menggunakan tangan kirinya, manakala tangan kanannya memegang lehernya.

Blaze : Haaa! Haaa! Uhuk! Uhuk! Haaa!

Blaze seperti sesak nafas.

Ali : Blaze?! Kenapa ni?! Kau ok tak ni?!

Blaze tidak berhenti dari batuk, membuatkan Ali semakin risau.

Comot : T-tunggu Ali! Tengok!

Mereka berdua melihat ke arah tangan kiri Blaze.

Sebuah lingkaran cahaya muncul, bergerak perlahan lahan, naik ke lengan Blaze, dan sarung tangan Blaze berubah, menjadi arm warmer milik Boboiboy asli.

Mereka berdua bangun, menjauh dari Blaze.

Sedikit demi sedikit, semakin banyak lingkaran cahaya muncul di sekeliling badan Blaze, dan perlahan lahan, menerusi keseluruhan badannya, sehingga menghilang.

Blaze kini sudah berubah menjadi Boboiboy biasa semula.

Boboiboy : Huh.... huh....

Ali : B-Boboiboy?

Ali pergi, dan bantu Boboiboy bangun semula.

Ali : A-apa dah berlaku?

Boboiboy : M-maaf Ali. Aku terpaksa tutup kuasa Blaze secara paksa.

Ali membantu Boboiboy duduk di atas kerusi, menyuruh Boboiboy menenangkan dirinya dahulu.

Ali : Tapi kenapa?

Boboiboy manarik nafas dalam dalam, dan memandang Ali.

Boboiboy : Aku dapat rasakan kuasa Blaze menjadi tidak stabil. Jadi, sebelum apa apa benda buruk berlaku, aku tutup kuasa dia dahulu. Aku tahu yang Blaze akan faham.... sekarang ni yang lain sedang cuba tenangkan Blaze di dalam jam kuasa aku sekarang.

Ali menghembuskan nafas lega.

Ali : Syukurlah......

Ali berdiri semula.

Ali : Tapi.... aku rasa kau patut berehat dulu.

Boboiboy : Huh? Kenapa?

Ali : Kau mesti dah gunakan banyak tenaga kau tadi untuk keluarkan 5 elemental tanpa berhenti.... tak apa. Kita boleh sambung tengah hari sikit nanti. Kau baringlah atas katil. Aku tolong ambilkan air untuk kau.

Boboiboy : B-baiklah kalau macam tu.

Sebaik sahaja Ali pergi keluar dari bilik itu untuk turun ke bawah untuk mengambil air untuk sepupunya itu, Boboiboy bangun, berpindah duduk di atas katil.

Comot pula, tiba tiba naik ke atas katil juga, dan duduk di sebelah Boboiboy.

Boboiboy : Comot?

Comot : Aku cuma nak pastikan yang kau faham sahaja.

Boboiboy : Faham? Faham apa?

Comot tersengih.

Comot : Walaupun seseorang itu sedarah, sekeluarga, tapi tak setiap ahli keluarga mampu menjadi kawan. Tapi, di sini, kau tak perlu risau. Setiap dari kita adalah kawan, dan kau holeh percayakan kitorang. Cuma, ergh!

Comot melompat turun dari katil, dan menghadap ke arah Boboiboy.

Comot : Jangan bebankan diri kau dengan terlalu banyak masalah. Kami ada. Jadi, bagitahu sahaja kepada kami kalau kaj ada masalah.

Boboiboy terpangu sementara, sebelum akhirnya tersenyum.

Boboiboy : Aku tahu. Hehe.

Tidak lama kemudian, Ali kembali semula ke bilik itu, membawa air di tangannya, untuk Boboiboy.









































3285 perkataan

Author ada lukis Sori :D

Ini dia :v
























Hehe-

Ok, bye-*menari ballet masuk gaung*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top