Misi : Kuasa Part 4
Solar berdiri dengan elegan di depan Ali dan Comot, selepas memperkenalkan dirinya kepadanya.
Ali : Hah?
Ali terteleng memandangnya.
Ali : Solar?
Ali kelihatan bingung mendengar nama Solar itu.
Solar : Ya. Solar. S. O. L. A. R. Solar.
Wajah Ali masih lagi sama.
Ali : Hah? Macam yang Panel Solar tu ke atau apa?
Rasa macam ada benda berat yang menimpa kepala Solar selepas dirinya digelar Panel Solar oleh Ali.
Solar : KALAU NAMA AKU HAMPIR SAMA DENGAN KACA PENYERAP TENAGA TU PUN KENAPA?!?! ISH!!!
Solar tiba tiba sahaja marah, membuatkan Ali dan Comot tersweatdrop.
Solar, yang sedar dia kehilangan coolnya di situ, berdehem, dan membetulkan kedudukan cermin matanya.
Solar : Ehem! Ehem! Apa apa pun, mari kita teruskan sebab kenapa aku di sini.
Solar pun duduk di atas lantai, menghadap Ali dan Comot.
Solar : Ok, baiklah, Encik Ali Bin Ghazali, saya akan menjawap semua pertanyaan dari kamu, dengan arahan daripada Tuan saya.
Solar tiba tiba jadi formal, tambah kekok lagi lah si budak kenit tu.
Ali : Oh- ok. Kau adalah element apa pula?
Solar : Dari nama aku sendiri, aku rasa kau dah boleh teka. Aku adalah Penguasa Element Cahaya. Element yang paling kuat dari ketujuh tujuh Element yang ada.
Mendengar ayat terakhir Solar, membuatkan Ali meneguk ludah kelat, ketakutan.
Dan Solar menangkap itu.
Solar : Tak perlu takut. Aku tak akan serang kau pun. Tugas aku di sini hanyalah jelaskan kuasa aku kepada kau sahaja.
Ali menghembuskan nafas lega, tapi dia kasih lagi gementar.
Ali : O-ok. Apa nama kesemua tahap kuasa kau?
Solar : Cahaya. Solar. Dan Gamma.
Ali mengangguk.
Ali : Sejujurnya, aku tak sangka pula Cahaya boleh jadi salah satu Element bumi.
Solar : Itu kerana aku bukan.
Ali : H-huh?
Ah sudah. Macam macam benda baru yang dia dengarkan ddari setiap elemental, membuatkan kepala dia pening.
Solar : Kenapa? Para Elemental sebelum aku tak jelaskan pada kau ke?
Ali hanya menggeleng sahaja.
Solar yang akhirnya sedar yang dia yang terpaksa menjelaskan perkara itu, hanya mengeluh berat.
Solar : Nampaknya akulah yang terpaksa jelaskannya. Ehem! Baiklah Ali. Kami, bukan berasal dari bumi, sepatutnyalah yang kau tahu. Atau lebih tepatnya, kami bukan berandaskan element yang ada di bumi.
Ali sampai terteleng kepalanya mencuba memahami apa yang Solar cuba katakan.
Ali : Maksud kau?
Solar : Haih.... kami bertujuh berasas dari medium yang berbeza. Atau lebih tepat nama untuk medium itu adalah, Power Sphera.
Ali kelihatan sudah mula tertarik semula dengan penerangan itu.
Ali : Power Sphera?
Solar kelihatan tersenyum melihat yang Ali akhirnya tertarik.
Solar : Ya. Power Sphera adalah sebuah robot canggih yang menyimpan kuasa yang kuat di dalamnya. Termasuklah aku, dan keenam element yang lain. Dan percayalah. Masih ada banyak lagi yang bertebaran di luar sana.
Solar kelihatan tidak takut sama sekali menjelaskan hal itu pada Ali. Asalkan dia tidak menyebut yang Power Sphera bukan datang dari Bumi.
Ali : Wow....
Solar : Dan, Ali. Kau sebenarnya dah pernah berjumpa dengan salah satu dari mereka.
Terus mata Ali terbeliak teruja.
Ali : Betul ke ni?! Siapa, siapa?!
Solar : Woah woah, sabar Ali! Macam mana aku nak terangkan kalau kau melalak ke semua tempat ni?
Ali : O-oh, sorry sorry.
Ali memperbetulkan kedudukannya semula, dan duduk tegak, menanti penjelasan Solar seterusnya.
Solar : Kau ingat, Amato, kan?
Ali : Hm? Ayah Boboiboy? Kenapa?
Solar : Robot merah yang bersama dia. Kamu ingat dia?
Ali : Oh! Mechabot! Kenapa-oh. Maksud kau.....
Solar mengangguk dengan senyuman di wajahnya.
Solar : Betul.
Ali kelihatan tidak percaya dengan apa yang Solar baru katakan.
Ali : T-tapi dia kata yang dia tu Robot Tempur! Macam mana dia boleh jadi Power Sphera pulak?!
Solar yang tahu Ali tak akan faham, memetik jarinya, untuk membuat Ali diam, tidak sabar mahu menjelaskannya.
Solar : Ya, betul dia adalah Robot Tempur. Itu kerana kesemua Power Sphera datang dengan setiap kuasa yang berbeza beza, membuatkan fungsi mereka juga berbeza. Macam Mechabot. Dia tidak ada, "Kuasa" yang ajaib dan di luar nalar fikiran manusia. Tapi, dia boleh dijadikan senjata, untuk berperang.
Ali mengangguk perlahan lahan, mencuba menapis kesemua penjelasan Solar ke dalam fikirannya.
Comot yang dari tadinya diam, membuka suara semula.
Comot : Tapi, untuk apa Encik Amato perlukan Power Sphera? Dia juga, "Hero" macam anak dia ke?
Solar memandang ke arah Comot, sudah tahu dari awal yang Comot ini bukan kucing biasa, dan sangat pandai.
Solar : Aku tahu yang kau akan tanyakan perkara itu. Tapi, maaflah. Sampai situ sahaja aku boleh terangkan pasal Power Sphera. Ini dengan persetujuan dengan Tuan juga. Jadi, maaf.
Comot hanya mengangguk, walaupun sebenarnya dalam hatinya merasa sikit kecewa, kerana tidak mendapat penjelasan yang dia mahukan sebenarnya.
Comot : Sebenarnya, kan. Kau ni kelihatan lebih matang dari dua element yang keluar selepas Gempa. Gempa sendiri pun ada bertindak diluar kewarasan dia sendiri juga sebab ketawa tak tentu pasal masa jelaskan benda pada kami.
Solar kelihatan tidak terkejut sama sekali dengan pemberitahuan Comot itu.
Solar : Well, matang, ya? Ada daripada mereka jelaskan pasal emosi yang mengawal kami semua sebelum aku, tak?
Comot dan Ali mengangguk serentak.
Ali : Ya. Gempa dah terangkan pada kami dah. Kenapa?
Solar : Aku ada kata yang kami bertujuh berasal dari 7 Power Sphera berbeza tadi, kan?
Mereka berdua mengangguk lagi.
Solar : Sebenarnya, fungsi awal kami semua tidak seperti sekarang ini, disebabkan kami dulu terpisah antara satu sama lain. Kami tidak berandaskan emosi pengguna awal kami, membuatkan kami mampu diguna bebas, tanpa sebarang risiko, kecuali tahap penguasaan kami sahaja.
Mereka mengangguk lagi.
Solar : Tapi, disebabkan sekarang kami menjadi satu, dan Tuan baru kami adalah manusia, kami mula dibezakan menggunakan emosi dan personaliti manusia, kerana itu adalah benda yang paling kuat seseorang manusia mampu rasakan.
Comot, tiba tiba membuka suara semula, dengan wajah seperti tidak puas hati.
Comot : Tapi, kenapa kau mesti kata manusia? Macam mana dengan kami? Haiwan pun ada perasaan, kau tahu?
Comot tersedar yang Solar seperti gelabah, walaupun tidak kelihatan sangat, kerana Solar mencuba covernya.
Solar : S-sebab Tuan kami kan manusia. Jadi, itulah contoh paling dekat yang aku boleh jelaskan. Bukan aku kata yang haiwan tak boleh guna kuasa macam kami ni.
Comot : Jadi, maksud kau, ada haiwan macam aku ni yang pernah ada kuasa dari Power Sphera juga ke?
Solar hanya mengangguk. Tapi, entah mengapa Comot terasa seperti bangga.
Solar : Tapi aku tak boleh beri detail selebihnya lah. Jadi, ada benda lagi yang korang nak tanya?
Ali mengangkat tangan macam nak jawap soalan daripada guru.
Ali : Emosi apa yang kau pegang dalam diri Boboiboy?
Tapi, kali ni, tidak terus dijawap oleh Solar.
Solar kelihatan meletakkan tangannya di dagu, dan seperti berfikir panjang.
Yang tentunya membuatkan Ali dan Comot merasa pelik.
Solar : Hm......
Ali : Solar?
Solar : Maaflah Ali, tapi aku tak rasa aku tahu.
Sekali lagi, Ali dan Comot tersweatdrop dengan jawapan Solar pula.
Jawapannya sama macam Thorn.
Ali : Adoi.... macam mana kau tak tahu pulak ni?
Solar : Sebab aku keluar bukan disebabkan emosi.
Ali : Hah? Habis tu?
Solar : Hm..... aku rasa aku hanya keluar sebagai apa yang Tuan mahu jadi, yang dia tidak mampu lakukan sendiri.
Comot : Maksud kau?
Solar menanggalkan cermin matanya, menanyangkan anak matanya yang berwarna kelabu itu pada Ali.
Solar tidak melihat ke arah Ali, melainkan bermain dengan cermin matanya dengan menggunakan tangan kanannya.
Solar : Bijak. Mampu kawal keadaan. Seorang Ketua?
Solar menunjuk ke arah Ali dengan cermin matanya, yang membuatkan Ali tersentak.
Solar : Itulah apa yang aku rasa. Disebabkan, aku dikatakan sebagai element yang paling pandai Boboiboy pernah ada. Kewujudan aku sendiri hanya kerana Boboiboy akhirnya mampu memikirkan cara untuk selesaikan masalah, seperti yang dia selama ini harapkan.
Solar memang tidak nafikan perkara itu, disebabkan dia adalah elemental terakhir yang Boboiboy buka, walaupun dia masih lagi dalam keadaan terkunci, dia mampu rasakan segala benda yang Boboiboy rasakan.
Termasuklah perasaan bersalahnya, kerana selalu rosakkan misi.
Ali dan Comot, tidak mampu mengatakan apa apa, dan hanya mengangguk sahaja.
Solar, melihat yang Ali kelihatan seperti memikirkan sesuatu, keraha wajahnya kelihatan seperti bersalah.
Solar tahu apa yang dia fikirkan.
Solar : Kau risau yang aku marah pada kau macam Thorn, kan?
Ali tersentak, dan melihat ke arah Solar dengan wajah terkejut.
Solar : Aku betul lah ni?
Ali memandang ke arah Comot, sebelum mengangguk.
Solar terketawa kecil, membuatkan Ali menaikkan satu keningnya.
Solar : Jangan risau. Aku tak dendam apa apa pun dengan kau.
Ali kelihatan terlopong, dengan wajah lega, selepas Solar mengatakan hal itu.
Ali : B-betul ni?!
Solar hanya mengangguk sahaja.
Solar : Aku pada mulanya, memanglah terkejut, dengar apa korang semua katakan pada dia, tapi, Gempa dah jelaskan kesemuanya pada aku, dan aku dah maafkan kau.
Ali : G-Gempa?
Solar : Ya. Gempalah yang menangkap pertama kali lakonan korang semua, selepas melihat wajah korang automatik berubah panik selepas Boboiboy akhirnya menengking korang semula.
Ali akhirnya sedar akan kesilapan mereka, dan menunduk dengan penuh rasa bersalah.
Solar : Tapi, disebabkan Tuan sendiri dah maafkan kau, aku juga maafkan kau juga. Aku bukan type type pendendam macam Blaze atau Hali. Jadi, kau tak perlu risau.
Solar mampu mendengar keluhan lega yang berasal dari Ali, dan tersenyum lega.
Dia melihat ke arah jam kuasanya.
Dah ada elemental seterusnya yang mahu keluar.
Solar : Baiklah, sebelum aku pergi, aku sesuatu yang aku nak tanya kau, Ali.
Ali yang sedar akan itu, memandang ke arah Solar semula.
Ali : Apa dia?
Solar akhirnya berdiri semula, dan memakai cermin matanya semula.
Solar : Aku dah perhatikan kau dari awal Boboiboy bertemu dengan kau. Dan, aku perasan sesuatu.
Ali tiba tiba merasa gelisah, dan meneguk ludahnya sendiri.
Ali : A-apa dia?
Solar : Hm.... kau.... ada perasan yang Tuan ada sembunyikan sesuatu dari kau, kan?
Mata Ali membesar.
Ali : M-macam mana kau tahu?
Solar : *smirk* Jadi aku betul lagi lah ni?
Ali : E-er.......
Solar berpusing, membelakangi Ali, dan mencengkak pinggangnya dengan wajah bangga.
Solar : Haaaaa, aku agak! Tuan memang tak pandai menipu. Kalau dia teruskan sekali pun, akhirnya akan ada yang akan menembusi dinding besi penipuan itu juga, kan, Ali?
Ali memandang sosok tubuh Solar itu dari belakang.
Sejenak, dia mampu melihat sepupunya, berdiri di depannya, layaknya seorang hero yang asli. Walaupun di depannya adalah Solar, badan itu tetap milik sepupunya.
Entah mengapa dia merasa senang, di hatinya.
Ali : Kau.... dah nak pergi ke?
Solar menjeling ke arah Ali, masih membelakanginya.
Solar : Kalau ya, kenapa?
Ali mencengkam seluarnya dengan kedua dua tangannya, kelihatan seperti frustasi.
Ali : Bukan apa. Aku tahu sebab korang keluar satu satu ni sebab nak jelaskan benda pasal Boboiboy ke aku, tapi.... tak terlalu cepat ke ni?
Solar : Maksud kau?
Ali : Er......
Solar : Kau mahu luangkan masa lebih lama dengan setiap dari kami, itu yang kau cuba katakan, kan?
Ali : Erk?!
Ali menghembuskan nafas berat, sebelum tersenyum kekok ke arah Solar.
Ali : Haih.... kau memang tak tipu bila kau kata yang kau tu bijak.
Solar tersengih.
Solar : Solar never lying ok?
Ali : Speaking pulak kau ni.
Mereka berdua terketawa sama sama, manakala Comot hanya tersweatdrop melihat dua ekor manusia di depannya itu.
Solar : Ok baiklah, aku kena pergi sekarang. Maafkan aku untuk element seterusnya ini, ok? Bye Ali.
Ali : B-bye? Apa maksud kau?
Solar : Kau akan faham nanti.
Gegelung cahaya muncul kembali, di depan Solar.
Kini, sebuah logo baru muncul di gegelung itu.
Logo itu berwarna jingga menyala.
Solar : Jumpa lagi lain kali, Ali.
Tanpa menunggu gegelung cahaya itu melaluinya, Solar terus berjalan, menembusi gegelung cahaya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang lainnya kali ini, gegelung cahaya itu tiba tiba bercahaya terang, membuatkan Ali dan Comot terpaksa menutup mata mereka kerana silau.
Yang Ali tidak lihat semasa menutup matanya adalah, tiba tiba, satu lagi elemental Boboiboy terlari menembusi gegelung cahaya itu ke arahnya, dan menerkam Ali.
Ali ditolak dari kedua dua bahunya, membuatkan dia terjauh ke belakang, dan terbaring ke lantai, dengan kedua dua bahunya ditolak kuat ke tanah.
Ali : A-apa-
Ali kehilangan kata nya, sebaik sahaja dia membuka matanya.
Mata jingga bersinar disebalik bayangan, dengan tatapan marah tanpa ampun.
??? : KAU MASIH BERANI TUNJUKKAN MUKA KAU KE KITORANG LAGI?!?!?!
Nada suara yang nyaring dan garau keluar daei mulut elemental Boboiboy yang satu itu.
??? : KALAU HALI TAK KAWAL BADAN TUAN WAKTU TU, DAH LAMA AKU BAKAR KAU SAMPAI RENTUNG!!!!!
Ali tidak mengatakan apa apa.
Mata mereka saling menatap satu sama lain, dengan emosi yang berbeza.
Nampaknya ini adalah element Boboiboy yang paling tidak maafkannya.
Apa yang Ali akan buat sekarang?
Mampukah Ali buat elemental ini memaafkannya juga?
Atau akan terjadi sebaliknya?
2008 perkataan
Sambung Q and A!!!!
Kali ni soalan dari xblue_lemonadezxx dan ElFarasya200!!!
Amboi kau, main markah ujian nampak 🤣
1. Tak. Hanya Boboiboy sahaja yang tahu.
Bahkan kawan kawan Boboiboy sendiri tak tahu. Mereka hanya tahu yang Amato ada Power Sphera bernama Mechabot sahaja, tapi tak tahu yang Amato bekerja untuk TAPOPS, apa lagi tahu pangkat Amato adalah Laksamana di sana.
2. Ice dan Thorn, hehe :v sebab depa comey. Ice cool dan Thorn savage nak mampos-
3. Ali dan Viktor :v
4. OHOHOHOHOHO-
Tak leh-
Author teruk dalam flirt-uhuk-
Ok ok, Author try.
First, korang kena tahu siapa yang korang try flirt ni.
Tak semua orang sama dan mudah jatuh hati ke flirt korang tu.
Samakan flirtnya kepada orang yang korang nak tembak tu.
Sekiranya diorang mudah kena, bagi flirt yang lembut lembut dan comey comey, dan kalau diorang jenis kasar, buat flirt yang boleh buat diorang tahu yang korang cuba tembak diorang.
Mungkin tak akan berjaya pertama kali, tapi asal ada effort, ok kan-
Ok, tu je :v
1. Ada! Namanya NFathiatulnisaZ Channel!
Jangan kecam- tahulah Author tak pandai bagi nama, uhuk-
2. Yang ni Author tak boleh tolong, sebab tak semua orang ada otak yang sama.
Author sendiri dapat idea secara random, bahkan waktu nak basuh pinggan pun dapat idea-
Tapi Author selalu dapat idea nak buat adegan gaduh mulut dengan tengok drama melayu pukul 7 tu, uhuk- :v
3. Tingkatan 4. Unoficial 16 tahun. Hehe :v
.
.
.
Ok, dah abis semua soalan untuk Q and A dari korang semua!
Sekarang giliran korang pulak untuk jawap soalan Author!
1. Apa pandangan korang pasal cerita ni setakat ni?
2. Korang pandang Author sebagai apa? :v
3. Watak kegemaran korang dalam buku ni siapa?
4. Kalau korang diberi peluang untuk masuk ke dalam buku ni, korang nak tumbuk muka siapa? Ehek-
5. Korang rasa pengakhiran buku ini akan jadi seperti apa? Ehek-
Ok, itu sahaja, bye-
*terjun masuk alam mimpi*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top