Misi : Kuasa Part 3
Baju Boboiboy bertukar lagi.
Kini, bajunya berubah menjadi hitam dan hijau. Lengan bajunya menjadi pendek.
Kolar lehernya juga berubah, menjadi turtle neck.
Posisi topinya jugak berubah.
Logo Taufan berubah, menjadi logo hijau, yang sama seperti berada di lingkaran cahaya itu.
Dia membuka matanya.
Anak matanya besar, tidak sama seperti Gempa dan Taufan.
Tidak sama seperti Taufan dan Gempa, dia seperti terkejut melihat Ali.
??? : Heh?! Er......
Dia mencuba untuk tidak bertentangan mata dengan Ali.
Ali yang perasan element Boboiboy yang satu ini tidak bercakap dengannya, membuka bicara.
Ali : Hai! Apa nama kau pulak?
Dia memusingkan kerusinya itu sisi, sebelum menjawap.
??? : T-Thorn.....
Suara Thorn hampir tidak kedengaran sama sekali.
Tapi, jawapan itu sudah cukup untuk Ali.
Ali nampak gembira yang Thorn akhirnya membuka suara.
Ali : Nama aku Ali! Ini pula-
Thorn : Aku tahu.
Thorn tidak membiarkan Ali habiskan ayatnya.
Ali : Ek- oh-oh........
Ali akhirnya faham.
Thorn adalah salah satu Element yang masih tidak memaafkannya.
Dari perwatakkan Thorn yang mencuba untuk tidak bercakap dengan dia sendiri pun sudah menjawapnya.
Thorn sama sekali tidak mahu bertantangan mata dengan Ali.
Ali : Kau..... masih marah dengan aku ke?
Walaupun Ali sudah tahu jawapannya, dia masih lagi bertanya.
Sebab dia mahu berbaik dengan Thorn.
Walaupun dia tidak tahu caranya.
Thorn : Macam mana aku tak marah. Kau dah sakitkan hati Tuan.
Ali mampu melihat badan Thorn menggeletar, seperti mencuba untuk tidak memarahi Ali.
Ali memahami itu, dan hanya memandang ke bawah sahaja.
Thorn kelihatan mencengkam kakinya, mencuba menahan diri dari marah kepada Ali.
Dia tak seperti Taufan, yang sesenang hatinya memaafkan Ali hanya kerana Boboiboy memaafkannya.
Thorn : Dia menangis Ali. Dia menangis..... kami tak pernah nampak dia sesedih itu.....
Thorn ingat lagi macam mana riaksi wajah Tuannya ketika itu.
Ya, Boboiboy dah pernah menangis banyak kali sebelum ini.
Tetapi, kali ni berbeza.
Boboiboy biasanya menerima sahaja apa yang orang lain bercakap pasalnya, tak kiralah ianya penduduk, atau kawan kawannya di Pulau Rintis.
Tapi, kali ini dia melawan semula.
Mereka dapat rasakan kesedihan dan kemarahan bercampur baur di dalam dirinya, mencipta perasaan baru.
Kecewa.
Thorn : Kau tahu tak yang kau baru sahaja lakukan benda yang Boboiboy paling takutkan......
Wajah Thorn dibanjiri oleh air matanya sendiri.
Dia sudah tidak tahan lagi menahan perasaan marahnya pada Ali.
Dia dengan cepat memusingkan kepalanya, memandang Ali.
Ali tersentak, melihat wajah Thorn yang bengis memandangnya.
Thorn : KAU TAHU TAK SEBERAPA BOBOIBOY SAYANG PADA KAU?!?!?!
Thorn tiba tiba berdiri dari kerusi dan berjalan ke arah Ali dengan beberapa kali hentakkan kaki dapat didengari.
Ali terkejut melihat Thorn yang sebegitu marah padanya.
Thorn : BOBOIBOY BAHKAN SANGGUP GADAIKAN NYAWANYA HANYA UNTUK KAWAN DIA SENDIRI!!!! TAPI KAU..... kau...... ergh!!!!
Thorn membaling topinya ke arah Ali.
Topi itu meng-headshot, kena tepat tepat di wajah Ali.
Ali : Hm?!?!
Thorn kembali semula ke kerusi tadi, dan duduk, membelakangi Ali, sambil memeluk lututnya.
Ali tidak sangkakan yang Thorn akan semarah itu padanya.
Terutamanya bila Thorn kelihatan seperti budak baik sewaktu dia baru muncul sebentar tadi.
Ali tahu yang ianya tak semudah itu untuk Thorn memaafkannya, bangun, dan berjalan ke arah Thorn.
Dia berhenti tepat dibelakangnya.
Ali : Thorn.....
Thorn : APA?
Suara Thorn kedengaran menakutkan, membuatkan Ali menenguk ludahnya sendiri.
Ali : Aku.... aku nak minta maaf... sebab hal tu....
Thorn : Dan?
Ali : Er......
Ali tidak tahu mahu berkata apa.
Sejujurnya, dia sendiri tidak tahu mahu meminta maaf bagaimana.
Memang Boboiboy dah maafkannya, tetapi ini diri Boboiboy yang lain yang semestinya jauh beza dengan dirinya.
Terutamanya mereka sendiri bilang yang Boboiboy adalah Tuan mereka.
Jadi, semestinya mereka sangat sayangkan Tuan mereka.
Thorn : Kau ingat senang ke aku nak maafkan orang lain?
Ali : Er- aku......
Thorn : Aku mungkin element Boboiboy yang paling lemah, tapi aku masih mahu melindunginya......
Ali yang mendengar itu, sedikit terkejut yang Thorn memanggil dirinya Element terlemah.
Ali : Element terlemah? Apa maksud kau?
Thorn yang tahu Ali akan menanyakan soalan itu, kedengaran mencebit.
Thorn : Tch..... Kuasa aku adalah Manipulasi Tumbuhan. Tahap pertama, Daun. Tahap kedua, Duri. Tahap ketiga, Balak.
Ali kelihatan berminat dengan apa yang penjelasan Thorn.
Thorn : Aku paling lemah.... disebabkan aku selalu kalah dengan kesemua element yang lain. Aku lemah dengan Blaze. Aku lemah dengan Ice. Kerana kuasa aku akan terbakar dan beku sampai mati.
Thorn kesakitan menjelaskan kelemahan dirinya, tapi dia teruskan sahaja.
Thorn : Dan aku selalu kalah paling awal ketika bertarung. Aku memang yang paling lemah, tapi aku masih mahu bertarung, jika itu yang Boboiboy mahukan......
Ali melihat tangan Thorn mencengkam kakinya sendiri.
Thorn : JADI KENAPA PUN KALAU AKU YANG PALING LEMAH?!?!
Ali terkejut tiba tiba Thorn berteriak kembali, sehingga dirinya terundur beberapa langkah kebelakang.
Thorn : YANG LAIN SELALU PANDANG RENDAH AKU SEBAB AKU TAK SEKUAT YANG LAIN!!! MEREKA SELALU HANYA PEDULIKAN YANG KUAT SAHAJA SEHINGGA KAMI YANG LEMAH NI DIBIARKAN BEGITU SAHAJA!!!
Ya, Thorn dah tak sanggup lagi dipandang rendah oleh orang lain hanya kerana element yang lain lebih kuat darinya.
Tapi dia tak nafikan yang dia memang lemah.
Dia tak boleh bertarung jarak dekat macam yang lain.
Dia juga pengecut.
Dia cuma mahu disayangi macam yang lain, dan tidak hanya dipandang oleh kekuatan dia sahaja.
Ali : Thorn.....
Ali baru sahaja mahu mengangkat tangannya, tapi dia terhenti bila Thorn membuka suara lagi.
Thorn : Tapi Boboiboy berbeza......
Ali tersentak, bila nada suara Thorn kedengaran gembira, tapi pada masa yang sama, sayu.
Thorn : Dia tak pernah layan Thorn macam tu..... dia sayang kami para elemental setara.... dan layan kami semua macam adik beradik dia...... Jadi sebab tulah.... Ali.... janji dengan aku....
Thorn mengangkat kepalanya, dan menoleh kebelakang.
Mata Ali membesar, bila melihat senyuman Thorn yang terang, walaupun wajahnya dibasai oleh air matanya sendiri.
Thorn : Tolong jangan buat Boboiboy menangis macam tu lagi, ya?
Ali tidak tahu macam mana, tapi, dia melihat seperti ada cahaya terang yang datang dari belakang Thorn.
Ianya membutakan, tapi pada masa yang sama, hangat.
Ali terpaku, melihat itu.
Ali : Huh?!
Tiba tiba, Ali kelihatan seperti terkejut.
Ali berjalan mendekati Thorn, dan memegang pipi Thorn.
Thorn : H-hei?! Apa ni?!
Ali mengesat pergi air mata Thorn, dan menatap wajah Thorn seketika, membuatkan Thorn merasa tidak selesa.
Thorn : Ali?
Ali : Mata kau..... warna hijau?
Ali baru perasan akan hal itu. Mata hijaunya bersinar disebalik air matanya.
Thorn yang bingung dalam keadaan itu, menelengkan kepalanya, masih dengan tangan Ali memegang pipinya.
Thorn : Kau baru perasan ke? Kan mata Gempa warna emas, dan Taufan warna biru.
Bila Ali memikirkannya semula, dia baru perasan akannya.
Ali : Haahlah! Macam mana aku tak perasan?!
Ali menepuk dahinya dengan salah satu lagi tangannya, kerana merasa dungu, kerana tidak perasan akan perkara yang jelas itu.
Thorn, terketawa melihat Ali yang malu dengan dirinya sendiri itu.
Thorn : Pffff- Ahahahahaha!!! Apalah kau ni! Tak kan lah baru perasan?! Ahahahahaha!!!
Thorn mengkertawakannya.
Tapi, Ali tidak kelihat terganggu dengan hal itu.
Dia malah tersenyum ke arah Thorn.
Ali : Pasal janji kau tadi....
Thorn : Huh?
Ali tiba tiba sahaja memeluk Thorn.
Thorn yang terkejut dengan tindakkan tiba tiba Ali itu, tidak melakukan apa apa.
Dia membiarkan sahaja Ali, kerana, entah kenapa, dia merasa selesa di dalam pelukkan Ali itu.
Ini Thorn yang kita katakan.
Dia memegang sifat keanak anakkan Boboiboy.
Siapa je budak yang sesenang itu sahaja akan memaafkan seseorang yang telah menyakiti dirinya, kan?
Ali : Aku berjanji. Aku akan jaga Boboiboy sama macam dia selalu jaga diri aku. Kerana dia adalah sepupu aku sekarang. Itu bermaksud, kau juga adalah keluarga aku.
Thorn tidak tahu mengapa, tapi hatinya merasa sakit bila sahaja Ali mengatakan hal itu kepadanya.
Air matanya jatuh kembali.
Thorn : Hisk.... hisk... HUWAAAAAAAA!!!!
Thorn menangis seperti anak kecil di dalam di dalam pelukkan Ali.
Comot tersenyum, melihat Ali berjaya melalui satu lagi element Boboiboy dengan baik.
.
.
.
Seketika kemudian, Thorn kembali normal.
Dia sudah mulai memaafkan Ali sedikit demi sedikit.
Ali : Jadi, seperti yang kau kata tadi, kuasa kau adalah Tumbuhan, kan?
Thorn mengangguk.
Thorn : Hm!! Betul!
Comot : Jadi, emosi apa yang kau pegang?
Thorn memegang dagunya, seperti berfikir.
Thorn : Hm.... aku pun tak tahu.
Ali dan Comot sampai anime fall disebabkan itu.
Ali : Adoi.... macam mana kau boleh tak tahu pulak?
Thorn kelihatan bermain kaki di atas kerusi Ali itu.
Thorn : Sebab aku tak pernah laluinya.
Comot : Maksud kau?
Thorn mencuba mengingat kembali cara dia keluar dulu.
Thorn : Waktu pertama kali aku keluar, ianya bukan disebabkan oleh perasaan. Aku dikeluarkan secara paksa, selepas kuasa Boboiboy diupgrade secara paksa oleh Ochobot. Dan untuk kali kedua, jam kuasa Boboiboy rosak, akibat cuba sesuaikan dengan aku, dan dia jatuh dari tempat tinggi, dan kepala dia terhantuk dekat pokok.
Dengar sahaja ayat terakhir Thorn dah buatkan Comot dan Ali rasa ngilu.
Thorn : Sebab tulah, aku sendiri tak tahu. Tapi, apa yang tahu, adalah aku seperti memegang sikap kanak kanak Boboiboy.
Comot : Sikap kanak kanak? Apa maksud kau?
Thorn : Diorang selalu kata yang aku bersikap macam budak budak, dan aku tak boleh nak nafikannya. Mungkin aku muncul menggunakan segala ingatan masa lalu Boboiboy sebelum dia dapat aku dan yang lain. Atau aku boleh kata~
Thorn berpusing pusing menggunakan kerusi itu, sambil dia berkata perkara itu.
Dia akhirnya berhenti, dan memandang Ali.
Thorn : Dia cuma mahu rasa jadi kanak kanak lagi.
Thorn tersenyum sekali lagi.
Ali terpangu.
Dia tidak jangkakan perkara itu akan dikatakan oleh Thorn.
Bila dia fikir sekali lagi, memang dari awal dia keluar, dia bertindak macam budak kecil.
Dari gaya percakapannya, tingkahnya, dan wajahnya.
Thorn : Kau ingat tak waktu Boboiboy kata yang dia macam "Hero" untuk penduduk Pulau Rintis?
Ali mencuba mengingatinya kembali, dan mengangguk perlahan lahan.
Thorn : Dia tak tipu. Kami memang hero di sana. Atau yang mereka selalu panggil di dalam cerita, Superhero.
Ali mengangguk kembali, perlahan lahan mula memahaminya.
Thorn : Dan disebabkan itulah, Boboiboy... tak. Kami. Boboiboy, dan kawan kawannya, kehilangan satu benda yang paling berharga dalam hidup seseorang itu.
Ali : A-apa dia?
Thorn : Kau mesti tahu. Sebab kau pun sama macam dia. Fikirkan lah.
Ali mencuba memikirnya, manakala Thorn tersenyum nakal, melihat Ali kesusahan mencari jawapannya.
Ali : Aku rasa.... aku tahu. Tapi.... aku rasa kau yang patut jawapnya.
Thorn : Hm? Kenapa pulak?
Ali : Sebab aku tahu aku tak akan seratus peratus betul. Aku juga nak kan jawapan yang betul.
Thorn : Dan ianya kerana?
Ali menenguk ludah kelat, sebelum membuka suara semula.
Ali : Aku nak tahu segalanya pasal Boboiboy. Terutamanya bila aku tahu dia adalah sepupu aku. Kitorang bukan kawan lagi. Dia sekarang adalah keluarga aku. Dan untuk jadinlebih dekat dengan dia, aku perlu tahu segalanya pasal dia.
Thorn : Dan kau maksudkannya?
Ali mengangguk dengan wajah serius.
Thorn pun tersenyum.
Thorn : Mereka kehilangan zaman kanak kanak mereka.
Thorn hanya menjawap sahaja.
Sebab dia sudah mula mampu percayakan budak di depannya itu.
Kalau ianya apa yang Tuannya mahu, dia lakuan sahaja.
Thorn : Sebab sejak itu, semua penduduk harapkan mereka untuk selamatkan keadaan, tanpa berfikir, yang mereka baru sahaja 10 tahun ketika itu.
Comot : Se-sepuluh tahun?! Diorang gila ke?!
Thorn hanya mengangkat bahunya.
Thorn : Dan aku rasa, itulah satu satunya sebab aku di sini.
Thorn melompat turun dari kerusi itu.
Thorn : Aku harap ada sebab lebih bagus kenapa aku ada disini, tapi, untuk fikirkan yang aku dah memang wujud, aku rasa ianya sudah cukup untuk aku.
Thorn berjalan ke arah Ali dan Comot dengan gembiranya, dan memegang kedua dua kepala mereka.
Thorn : Dan aku gembira yang kita kawan!
Ali dan Comot ter-flinch dengan tindakkan tiba tiba Thorn itu.
Tapi, Ali hanya membiarkannya.
Comot pula sedikit tidak selesa, tapi dia terpaksa membiarkannya sahaja, melihat yang Ali tidak melakukan apa apa.
Shing!!!
Gegelung cahaya itu muncul kembali di belakang Thorn.
Ali dan Comot terkedu.
Mereka melihat Thorn mengambil beberapa langkah ke belakang, dengan senyumannya.
Thorn : Pastikan kau tunaikan janji kau, ya? Bye!
Thorn melambai dengan penuh gembiranya ke arah mereka berdua, sebari dengan gegelung cahaya itu perlahan lahan melintasinya.
Comot dan Ali mengangguk dengan senyuman yang sama.
Ali, Comot : Bye Thorn!!!
Thorn pun menghilang di sebalik lingkaran cahaya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Satu lagi Boboiboy yang baru muncul di depan mereka.
Baju dan topinya berubah menjadi warna putih, kelabu dan kuning.
Di wajahnya, muncul sebuah cermin mata kuning yang menutupi matanya yang berwarna kelabu itu.
Dia memakai baju turtle neck berwarna kelabu di dalam jaketnya.
Dia menolak cermin matanya, membetulkan posisi cermin matanya, sebelum memandang ke arah Ali dan Comot, dan kemudian ke arah tangannya sendiri.
??? : Oh. Jadi, giliran aku pula?
Dia berjalan mendekati Ali dan Comot, dan tiba tiba menunduk hormat ke arah mereka berdua.
??? : Selamat berkenalan, Ali, Comot. Aku adalah Solar.
2035 perkataan
Ok, sambung Q and A!!!
Kali ini dari ItzThunderstrom, AisyahAnimation dan Nrlanssyrln!!!
1. Banyak fanfic yang Author baca, jadi boleh dikatakan semua yang berkaitan dengan Ejen Ali dan Boboiboy :v
2. Entah. Tengok mood Author lah :v
3. Sebab bawang itu sedap, ehek-
4. Boleh dipertimbangkan 😌
5. Ok, satu lagi tips akan diberikan!
Kalu korang nak buat cerita, pastikan cara perbualan diorang seperti di dunia nyata. Sebagai Malaysia sendiri, kita tak pernah guna bahas baku ketika berborak dengan kawan kan?
Lain lah kalau dengan atasan. Yang tu korang boleh guna bahasa baku, atau memang watak korang tu orang lama.
Dan pastikan perbualan diorang jangan terlalu pendek.
1. Kamu rasa? :v ehek-
1. Entah. Author malas 🗿
2. Itu korang kena tunggu dulu di Chapter kedepan untuk tahu :v
Ok, bye-*tidur balik*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top