Misi : Kuasa

Ali dan Boboiboy duduk berhadapan satu sama lain di atas lantai.

Ali sudah siap merawat tangan Boboiboy.

Comot juga ada di sana, duduk di atas katil, di antara mereka berdua.

Ali memandang Boboiboy dengan serius, manakala Boboiboy dan berpeluh satu dahi sebab kena tatap macam berhadapan dengan Cikgu Disiplin.

Ali : Ok~ kau dah janji. Selesai je aku rawat tangan kau, kau akan tunjukkan ke aku kuasa kau, kan?

Boboiboy : Y-yaaaaa....... *melirik ke tepi*

Ali : Jadi, tunjukkan lah.

Boboiboy mengambil nafas dalam, dan mengeluh berat, sebelum memandang Ali semula.

Boboiboy : Baiklah. Sebelum itu, baik aku jelaskan dulu kuasa aku.

Ali mengangguk.

Boboiboy membetulkan kedudukkan duduknya.

Boboiboy : Kuasa aku, adalah Kuasa Manipulasi Elemental.

Ali : Kuasa Manipulasi Elemental?

Boboiboy mengangguk.

Boboiboy : Kuasa ini memberikan aku kemampuan untuk aku mengawal element yang berada di bumi ini.

Ali kelihatan bersemangat mendengar hal itu.

Ali : Jadi, berapa Element yang kau boleh kawal?

Boboiboy mengangkat 7 daripada jarinya.

Boboiboy : Tujuh.

Ali : Banyaknya!

Boboiboy terketawa melihat tingkah Ali yang macam budak kecil teruja lihat mainan.

Boboiboy : Setiap Element memiliki 3 tahap yang perlu dikuasai. Dan percayalah. Ianya bukan mudah.

Ali meneguk ludah kelat, gementar.

Ali : Er.... *angkat tangan* Boleh aku tanya satu soalan tak?

Boboiboy : Boleh. Tanyalah.

Ali : Sebenarnya..... teori kami adalah kuasa kau berfungsi menggunakan emosi. Sebeb itulah kami cuba buatkan kau marah sehingga kau keluarkan kuasa kau. Kami betul ke?

Boboiboy mengeluh kecil, sebelum mengangguk.

Boboiboy : Korang betul. Aku terkejut juga yang korang berjaya rungkapkannya. Walaupun cara korang sedikit...... huh.....

Ali tahu apa yang Boboiboy cuba katakan. Dia melihat ke bawha dengan wajah bersalah.

Ali : Maaf.... sebab hal tu.....

Boboiboy menggeleng.

Boboiboy : Tak. Kau tak perlu minta maaf. Perkara dah berlalu. Lagipun, kalau aku marah sekali pun, korang masih lagi dah tahu pasal hal ni.

Boboiboy mencuba untuk berfikiran rasional ketika itu. Dia takut kalau dia bertindak mengikut hatinya seperti selalu, akan lebih ramai orang yang tahu pasal kuasanya.

Ali hanya mengangguk, walaupun dalam hatinya masih rasa bersalah.

Boboiboy : Ok, aku sambung. Kuasa ini juga mampu mengawal badan aku sepenuhnya, sehingga akh menjadi orang yang berbeza, kerana setiap element memiliki emosi sendiri yang dikendalikan.

Boboiboy tiba tiba mengangkat tangan kirinya, dan menunjuk ke arah jam kuasanya.

Boboiboy : Dan setiap kuasa itu datang dari jam kuasa ini.

Ali yang terkejut, terus bergerak sedikit ke hadapan, sehingga kedua dua tangannya menyentuh tanah.

Ali : Jadi jam ni memang bukan jam biasa biasa lah?!

Boboiboy mengangguk dengan wajah bangga.

Boboiboy : Betul.

Ali : Jap, kau kata yang jam tu diberi oleh kawan kau, kan?

Boboiboy : Ya, betul.

Ali : Jadi... maksudnya.... kau masih lagi manusia lah kan ni?

Boboiboy sempat hampir terketawa mendengar ayat Ali.

Boboiboy : Yelah. Kenapa? Kau ingat aku alien?

Ali mencebit.

Ali : Semestinya lah. Siapa je yang fikir kau adalah manusia kalau diorang nampak kau gunakan kuasa kau tu?

Boboiboy tersweatdrop.

Tapi, wajah Boboiboy tiba tiba menjadi suram, membuatkan Ali tersentak.

Boboiboy : Sebab itulah...... aku sembunyikan perkara ni dari kau.....

Keadaan tiba tiba menjadi suram setelah Boboiboy mengatakan hal itu.

Comot yang perasan akan perubahan suasana itu, memandang ke arah mereka berdua.

Boboiboy : Dari awal..... ayah aku menyuruh aku sembunyikan fakta yang aku ada kuasa dari penduduk Cyberaya, kerana kami tahu, yang sekirakan korang semua tahu, aku akan dikejar oleh sainstis, dan dijadikan bahan uji kaji....

Boboiboy memeluk tubuhnya sendiri, mengingati perkara pertama yang dia takuti berlaku ketika dia sampai di Cyberaya.

Ali terpangu.

Fikirannya jadi kosong.

Sekarang dia faham kenapa Boboiboy kelihatan sangat takut ketika itu.

Dia takut orang akan melihatnya sebagai bukan manusia.

Dia takut diambil secara paksa oleh sainstis hanya kerana dia berbeza.

Dia pernah mengalaminya, jadi dia faham. Dia faham seberapa kejamnya seorang Sainstis boleh lakukan hanya untuk mencapai tujuannya, walaupun dia terpaksa melibatkan orang yang tak bersalah.

Manusia dibuat dengan perasaan ingin tahu yang tinggi.

Dan bila perasaan itu mengawali secara penuh tubuh manusia itu, tiada apa apa manusia lain boleh buat untuk menghentikannya.

Walaupun mereka hanya sekadar anak kecil sahaja.

Ali : T-tapi, disebabkan sekarang kami dah tahu, aku rasa kau dah boleh bagitahu hal ini pada Ejen Mentor yang lain!

Comot dan Boboiboy memandang ke arah Ali dengan wajah yang terkejut besar.

Boboiboy : Kau gila ke?!

Ali : Kenapa? Diorang kan senior kita! Diorang mesti akan faham punya!

Ali sampai berdiri hanya untuk membuatkan Boboiboy percayakan apa yang dia katakan.

Boboiboy : Tak! Diorang tak boleh tahu!

Boboiboy pun berdiri juga, sambil melibaskan tangannya ke tepi, menentang idea Ali.

Boboiboy : Mereka tak patut tahu! Tambah lagi Jeneral! Mereka semua terlampau berpengaruh untuk tahu tentang kuasa aku ni!

Ali : Kenapa pulak tak boleh?! Kau kan Ejen jugak!

Boboiboy : KAU INGAT AKU NAK SANGAT KE JADI EJEN?!?!

Boboiboy tiba tiba sahaja menengking Ali, membuatkan Ali terdiam.

Comot juga tercengang dengan apa yang Boboiboy katakan.

Wajah Boboiboy berubah bengis.

Boboiboy : AKU HANYA TERIMA JADI EJEN SEBAB AKU TAK MAHU LUPAKAN KAU!!! KAU INGAT AKU NAK SANGAT KE LUPAKAN KAU?!?!

Boboiboy menghentak kakinya di depan Ali, membuatkan Ali ter-flinch, dan terundur satu langkah kebelakang.

Boboiboy : AKU TAK ADA PILIHAN LAIN SELAIN TERIMA PELAWAAN INI SEBAB AKU TAK MAHU LUPAKAN SESIAPA LAGI YANG AKU SAYANG, OK?!?!

Ali terkaku.

Dia hanya melihat wajah Boboiboy yang sedang memarahinya.

Ini pertama kali dia melihat Boboiboy sebegitu marah padanya.

Dia tak sedih.

Cuma, terkejut.

Boboiboy menunjukkan diri aslinya pada Ali.

Tiada lagi Boboiboy yang baik hati, penyayang, dan lemah lembut.

Hanya tinggal seorang manusia biasa yang bengis dan penuh kelemahan di hadapannya.

Boboiboy : Kita baru je berkawan.......

Tiba tiba suara Boboiboy menjadi perlahan, dan kedengaran serak dan sayu.

Boboiboy : Aku cuma mahu kekalkan persahabatan kita lebih lama......

Boboiboy merasakan kakinya tiba tiba menjadi lemah.

Dia terduduk ke lantai, sambil mencuba menahan dirinya dari menangis kembali.

Boboiboy : Aku tak mahu lupakan kau macam tu.... sahaja......

Boboiboy mengangkat tangan kanannya, dan menutup wajahnya menggunakannya, sambil melihat ke lantai.

Ali, terkaku berdiri, tidak menyangka yang Boboiboy akan bertindak sebegitu rupa.

Ali melihat ke arah Comot dengan wajah panik.

Tetapi Comot hanya memberi gelengan kepala kepada Ali dengan wajah marah.

Sudah. Dia terbuatnya lagi.

Ali : B-Boboiboy......

Boboiboy : *bisik* Memori.......

Ali melihat tangan Boboiboy mengcengkam lantai, sambil tangannya menggeletar, seperti ketakutan.

Walaupun dia hanya berbisik sahaja, Ali dan Comot mampu mendnegarnya dengan jelas.

Boboiboy : *bisik* Kuasa Elemental juga..... memakan memori....

Ali : H-huh?

Boboiboy mengangkat wajahnya sedikit, masih dengan tangannya menutup wajahnya. Dia tidak melihat ke arah Ali. Dia tetap terus melihat ke bawah dengan wajah penuh frustasi.

Boboiboy : Kuasa Elemental ada kelemahannya juga.... setiap kali aku menggunakannya, satu persatu.... aku akan kehilangan ingatan aku...... bermula dari yang kecil..... sehinggalah ingatan yang paling berharga bagi aku.....

Boboiboy mengetap giginya keras, masih tidak mampu menerima hakikat itu, walaupun dia sudah menggunakan kuasa itu selama 5 tahun lamanya.

Boboiboy : Kenapa ingatan aku?! Kenapa dia tak boleh ambil benda lain?!

Boboiboy menghentak lantai menggunakan tangannya kuat.

Boboiboy : Aku cuma mahu lindungi yang lain sahaja!!! Kenapa ingatan aku perlu jadi tebusannya?!?! Apa lagi yang aku buat yang tak cukup?!?!

Hentakkan demi hentakkan kedengaran.

Boboiboy melepaskan kesemua kemarahan yang dia rasakan ketika itu.

Boboiboy : Tak cukup lagi ke aku selamatkan semua orang?!?! Apa lagi yang kuasa ni nak aku lakukan?!?!

Air mata mulai mengalir deras dari matanya tanpa henti.

Boboiboy : ARGHHHHH!!! BERHENTILAH!!!!

Boboiboy mengangkat kepalanya ke atas, sambil menutup kedua dua belah matanya dengan tangannya, mencuba menghentikan air matanya.

Boboiboy : Kenapa setiap kali benda buruk berlaku aku hanua mampu menangis sahaja?!?! Kenapa aku tak mampu jadi kuat?!?!

Fikirannya buntu.

Boboiboy : Kenapa aku tak mampu jadi kuat macam Fang?!?! Ergh!!! *hentak tanah* Kenapa aku tak mampu jadi pandai macam Yaya?!?! Ergh!!!! *hentak tanah* Kenapa aku tak mampu jadi berani macam Ying?!?! Ergh!!!! *hentak tanah* Kenapa aku tak mampu jadi setia macam Gopal?!?! Ergh!!!! *hentak tanah*

Hentakkannya berhenti secara tiba tiba.

Satu badannya menggigil.

Tubuh badannya perlahan lahan semakin menurun ke bawah.

Dia dah tak mampu teruskannya lagi.

Boboiboy : *bisik* Macam mana aku nak kata...... yang aku layak gunakan kuasa ni.......

Ya. Dia selama ni hanya katakan yang mereka tak layak menggunakan kuasa Elemental itu.

Tapi, dia tidak pernah fikirkan yang jika dia layak menggunakannya juga.

Setiap kali berlawan, dia selalu melakukan kesalahan sehingga yang lain terlibat sama.

Apa yang dia selalu lakukan hanyalah kesilapan sahaja.

Dia takut.

Dia takut semua penduduk dan mahluk di galaxy akan menggantikannya lagi.

Tak satupun yang dia lakukan yang cukup di mata mereka.

Mereka hanya melihatnya sebagai alatan untuk menyelesaikan masalah yang mereka sendiri tak mampu selesaikan.

DIA 10!!!!

APA YANG MEREKA JANGKAKAN DARI DIA?!?!

DAN BILA "HERO" YANG MEREKA SANJUNGKAN BERPINDAH PIHAK, MEREKA MEMINTA BANTUANNYA LAGI?!?!

"Hanya kamu sahaja harapan kami" KEPALA HOTAK KORANG LAH!!!

Boboiboy : *bisik* Tolong..... sesiapa sahaja..... bagitahu aku yang aku dah lakukan yang terbaik.......

Dia tak mampu menahannya lagi.

Emosinya sudah mengusai dirinya.

Tekaknya sudah sakit. Dia tidak mampu mengatakan apa apa lagi.

Boboiboy : *bisik* Aku memang..... lemah...... heh.....

Itulah kata kata dari seorang wira yang gagal menepati janjinya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tiba tiba, dia merasakan sesuatu menyentuh kepalanya.

Ianya adalah Ali.

Ali : Mesti penat..... jadi kuat, kan?

Ali menyangkung di depan Boboiboy, sambil mengusap lembut kepala Boboiboy.

Dia tersenyum sayu.

Boboiboy : H-huh?

Ali : Semua orang harapkan kau untuk selesaikan suatu masalah...... tanpa berfikir jika kau mahu ataupun tidak....... Apa yang mereka fikirkan, hanya kau kena selesaikannya........

Ali tidak tahu apa yang dia lakukan. Tapi, ianya terasa benar.,

Ali : Kalau mereka masih tidak mampu melihat yang kau adalah wira yang hebat.... mereka lah yang buta....

Boboiboy, secara cepat, mengangkat kepalanya, ingin melihat Ali.

Tapi, sebaik sahaja dia lakukan itu, Ali, terus memeluknya.

Badan Boboiboy menjadi kaku, hanya mampu membiarkan Ali memeluknya. 

Ali : Kau dah lakukan yang terbaik.

Mata Boboiboy membesar, mendengar perkataan Ali.

Ali : Tak apa....... Selagi kau ada dengan aku, kau tak perlu rahsiakan apa apa lagi....

Ali mengusap belakang badan sepupunya itu.

Ali : Aku sepupu kau, kan? Kau sepatutnya boleh percayakan aku, kan?

Ali mampu merasakan geletar badan sepupunya itu dengan jelas sekarang.

Kesakitan yang Boboiboy rasakan, dia mampu merasainya.

Dia sepatutnya tahu, kerana dia pernah merasainya.

Ali : Maaf..... sebab tak fikirkan perasaan kau dulu sebelum berkata...... Maafkan aku.... ok?

Air mata Boboiboy terus mengalir tanpa henti daei mata perang gelapnya.

Boboiboy : E-em-hisk-hhhhh.......

Badannya menggeletar hebat.

Bahunya basah dengan air mata sepupunya, tapi, dia biar sahaja.

Dia sedar ini adalah kesalahannya.

Boboiboy bencikan ini.

Dia terlihat betul betul lemah di depan Ali.

Dia sepatutnya jadi yang lebih tua, tapi, Ali pula yang cuba menenangkannya.

Boboiboy : Ini..... tak adil.... Ali.....

Ali dapat merasakan tangan Bohoiboy perlahan lahan bergerak.

Dia membalas pelukkannya.

Boboiboy : Tapi.... *bisik* Terima kasih......

Boboiboy menenggelamkan wajahnya di bahu Ali.

Ali berasa lega, yang dia berjaya menenangkan Boboiboy.

Ali : *dalam hati* 'Ya..... Boboiboy hanya mahukan seseorang yang boleh berada di sisinya, yang dia boleh luahkan segala isi hatinya, tanpa perlu risaukan akibatnya.....'

Ali menguatkan pelukkannya, sebelum menutup matanya, dan tersenyum kecil.

Ali : 'Aku harap aku boleh jadi seseorang itu untuk Boboiboy....'

Mereka berada di dalam posisi itu agak lama, sehingga Boboiboy pulih sepenuhnya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Seketika kemudian, Boboiboy sudah kembali seperti normal.

Mereka duduk berhadapan kembali, dengan Comot yang duduk di atas kaki Ali kali ini.

Boboiboy : Bersedia?

Ali dan Comot mengangguk dengan wajah serius.

Ali,Comot : Sedia. 

Boboiboy mengangkat tangan kirinya ke hadapan.

Boboiboy : Ingat. Bila aku lakukan ini, aku bukan diri aku lagi. Aku sebenarnya boleh sahaja kawal mereka, tapi..... aku rasa untuk korang lebih kenal mereka, korang patut berhadapan dengan diri sebenar mereka sendiri.

Ali dan Comot menelan ludah kelat, sebelum mengangguk kembali.

Boboiboy mengambil nafas dalam dalam, dan menghembusnya.

Boboiboy : Baiklah. Aku akan lakukannya.

Jam kuasa yang berada di tangan kirinya itu bercahaya.

Sebuah gegelung cahaya gergasi muncul di hadapan mereka.

Di tengah tengah gegelung cahaya itu, memiliki sebuah lambang berwarna coklat.

Gegelung cahaya itu bergerak ke arah Boboiboy, dan menenembusinya.

Ali mampu melihat, setiap bahagian badan Boboiboy yang sudah menembusi gegelung cahaya itu, bajunya berubah.

Sehinggalah satu badannya berjaya melepasinya, dan menghilang di belakang Boboiboy.

Kini, baju Boboiboy berubah total.

Dari jaket vest nya yang berwarna jingga, menjadi jaket kuning, coklat dan hitam.

Baju t-shirtnya yang tadinya berwarna hitam, berubah menjadi warna merah.

Termasuk juga seluarnya.

Lambang "B" yang berada di topinya turut berubah, menjadi logo coklat, logo yang sama yang ada di lingkaran cahaya tadi.

??? : Ahhhhh! *menggeliat* Seronoknya dapat kembali!!!

Comot dan Ali dah ternganga melihat perubahan itu.

Si dia, yang perasan akan Ali dan Comot, memandang ke arah mereka dengan sebuah senyuman.

??? : Hai Ali, Comot. Aku adalah Gempa.

































2037 perkataan

Wuhuuuu!

Ok, sebagai janji, Author akan jawap 2 dari semua pertanyaan yang telah ditanyakan di Chapter sebelum ini!

Yang selebihnya, tunggu Chapter seterusnya ya, uhuk-

Ok, Soalan yang telah dipilih adalah dari Adleena13 dan Taufan_01!!!!

Ok, kita mulakan dari Adleena13 dulu!

1. HOHOHOHO THANK YOU THANK YOU-

*baling bunga se lori*

2. Kan dia dah berjanji untuk cuba untuk berubah.

Dia sendiri kata pada Ejen Muda yang lain yang kalau dia nak berkawan dengan diorang sekali pun, dia tak tahu macam mana. Sebab tak ada sesiapa pernah ajarkan caranya kepada dia.

Bial dengar hal itu, para Ejen Muda yang lain nak cuba lah tolong Rudy untuk berubah. Dan dia sendiri pun cuba, perlahan lahan.

3. Kurang ajo ini anak 🤣*ketuk pakai senduk*

4. Kenalah ada Comedy ya kan ya kan ya kan~??? :v

Ok, Soalan dari Taufan_01 pulak!

1. Sorry, Author tak tahu. OHOHOHO-

Korang ingat Author buat satu Chapter kejap ke? Baru tulis 50 perkataan dah nyelat tengok tiktok. Kadang kadang baru 10 perkataan dah K.O, uhuk-

Senang kata, ini hasil dari korang punya usaha sendiri nak tulis berapa perkataan untuk satu Chapter tu. Ianya tak kira rajin ke tak. :v

2. Ok, ni akan jadi salah satu tips untuk tulis cerita.

Untuk buatkan korang punya cerita jadi panjang, sebenarnya senang je.

First, tulis dulu semua dialog yang korang dah pasti nak letakkan dalam cerita.

Lepas tu, selang di antara dua dialog, korang try tambah sesuatu di situ.

Ianya boleh jadi benda simple, macam "[Katakter] mengangguk" dan sebagainya.

Ini boleh membantu untuk buatkan cerita korang tak terlihat terlalu kering dan kehabisan idea.

Teruskan sahaja sehingga bahagian yang korang tahu korang nak end kan Chapter tu kat situ.

Bila dah siap, baca balik dari awal, dan lihat apa lagi boleh ditambah, seperti dialog tambahan atau sebagainya.

Ok, itu sahaja!

🐱

Ok, tambahan untuk extra for this chapter!

Tips untuk buat sesuatu watak itu nampak lebih menarik!

Pertama, yang korang sentiasa kena ingat, jangan sesekali buat karakter itu terlihat sempurna, kecuali memang itu adalah sebahagian dari Karakter itu.

Buat dia mampu marah.

Buat dia mampu menangis.

Buat dia mampu lakukan kesalahan.

Buat dia mampu memilih pilihan yang salah.

Buat semua benda ini untuk ingatkan dia yang dia adalah hanya sekadar manusia dan tidak istimewa.

Buat dia susah untuk minta maaf.

Buat dia susah untuk maafkan orang lain.

Buat dia susah untuk move on dah lupakan orang yang sudah tiada.

Percayalah. Ini alan membuat Karakter itu nampak lebih menarik dan mampu sampai ke hati para pembaca.

OK, BYE-*sambung tengok Fairy Tail*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top