Misi : Khianat Part 5
Aura keseluruhan medan pertempuran itu berubah sepenuhnya dengan bangkitnya Vefa daripada bongkah ais itu.
Kelihatan juga bongkahan ais kecil yang berserakkan itu cair sedikit demi sedikit dengan seberapa hangatnya pertarungan itu.
Ice : Tch....
Ice berdecih kesal serangannya tidak berjaya tumbangkan sosok alien itu.
Ice : Nampaknya aku memang kena tumpahkan peluh untuk lawan dia.
Ice kembali membetulkan kakinya dan memandang Vefa serius.
Ini bukan seperti Vefa yang Taufan, Hali dan Blaze lawan tadi.
Dia betul betul serius sekarang.
Ice tahu dia tak akan menang pertarungan kombat dengan mahluk ini, tetapi dia juga tidak mahu tumbang ke tanah kerana kalah.
Ice : Baiklah. Sila ke mari.
Ice menggoyangkan jari telunjuk dan tengahnya kedepan dan kebelakang, menyuruh Vefa mendekatinya.
Itu hanya membuatkan darah Vefa semakin naik.
Vefa : MARI SINI KAUUUU!!!!!
Vefa berlari pantas ke depan dengan merendahkan badannya, memberikan langkah yang lebih besar untuknya mendekati Ice.
Vefa melompat ke atas, dan mengangkat kedua dua belah tangannya ke udara dan mengenggam kedua dua belah tangannya.
Badannya jatuh ke tanah, betul betul dimana tempat Ice berada, dan menghentam tanah itu dengan kedua dua belah tangannya.
BOOOMMMMM!!!!
Serangan itu membuatkan pasir bertebaran di mana mana, membuatkan Vefa dan Ice tidak kelihatan
Bila pasir sudah reda, mampu kelihatan sebuah kawah yang besar di bawah Vefa.
Tetapi, Ice tiada di sana.
Vefa : Huh?!?!
Ice : Kau pantas Vefa.
Vefa : Huh?!
Ice kini berada di belakang Vefa, kelihatan baik baik sahaja.
Ice : Malangnya Hali dan Solar lebih laju daripada kau.
Kata kata Ice membuat Vefa bertambah bengang.
Vefa : DIAMLAH MANUSIA!!!
Vefa mengangkat tangan kanannya ke udara, dan bersedia untuk menumbuk Ice sekali lagi.
Tetapi, dengan bantuan IRIS, Ice mempu mengelak dengan mudah, dan melompat ke atas.
Ice : Panah ais!!!
Ice tidak mengeluarkan busurnya, tetapi, di atasnya, sudah muncul berpuluh puluh panah, dan semuanya turun bak hujan ke arah Vefa.
Vefa : ARGHHH!!!
Vefa merintih kesakitan apabila beberapa daripada anak panah ais itu berjaya menggores badannya.
Ice sudah memastikan kesemua panah itu lebih tajam dari biasa.
Ice melakukan bergitu kerana dia tahu dia tidak akan sempat menyerang Vefa kalau dia menggunakan busur dengan seberapa cepatnya kelajuan Vefa sekarang ini.
Jadi dia terus mengeluarkan anak panah sahaja dan biarkan kesemuanya jatuh ke bumi bak salji di malam hari.
Dia belajar teknik ini daripada Blaze, sama macam bebola api kembarnya.
Vefa : Ergh!!!
Tetapi, Vefa dengan sigap mematahkan kesemua anak panah yang menuju ke arahnya dengan sekali hayunan tangan ke tepi, dan juga dengan bantuan rambutnya yang menangkap beberapa daripadanya.
Rambut Vefa mula memanjang ke depan, dan mengikat keempat empat anggota badan Ice, dan menaikkannya ke udara.
Vefa : KAU MILIK AKU SEKARANG, SATRIA!!!
Walaupun dirinya diikat, tetapi, Ice masih terlihat tenang, melihat ke arah Vefa dengan mata kuyunya.
Ice : Belum lagi.
Vefa : Huh?
Tiba tiba, keempat empat rambut Vefa yang mengikat tangan dan kaki Ice membeku, dan terus hancur, seperti rambutnya bertukar menjadi ais.
Ice pun bebas daripada ikatan itu.
Mata Vefa membulat.
Ice : Jangan panggil aku Satria.
Muncul sebuah cahaya biru yang panjang di depan Ice, dan cahaya biru itu berubah menjadi sabit besar yang diperbuat daripada Ice.
Ice tiba tiba hilang daripada pandangan Vefa, dan muncul di belakangnya tanpa dia sadari.
Ice : Panggil aku Ice.
SHINGGGG!!!!
Dengan sekali libas, Ice memotong kesemua rambut Vefa menggunakan sabitnya.
Vefa ternganga, melihat rambutnya jatuh ke tanah, menyisakan rambut yang pendak sahaja di kepalanya.
Terlihat senyuman kecil di wajah Ice, menunjukkan dia bangga dengan dirinya.
Ice sekali lagi melompat kebelakang, mengambil jarak.
Walaupun dia sudah memotong rambutnya, alien itu masih boleh bertarung dengannya menggunakan kombat.
Ice : Baiklah, satu masalah selesai.
Vefa masih lagi terdiam memegang rambutnya yang terpotong itu.
Tetapi, Vefa malah ketawa.
Vefa : Ha...haha....AHAHAHAHAHA!!!!
Mata Ice membulat mendengar ketawa musuhnya itu.
Vefa : Ahaha....apa? Kau ingat dengan potong rambut aku dapat melemahkannya?
Dengan cepat Vefa memusingkan badannya, dan rambutnya kembali memanjang, meluru laju ke arah Ice.
Tetapi Ice masih mampu menggelaknya dengan melompat ke atas, dan kesemua rambut itu menghentam ke arah tanah dan membuat letupan kecil akibat lagaan itu.
Ice : Oh, macam tu.
Ice mendarat di tepi, sambil menaikkan kembali hoodienya ke kepalanya.
Ice : Nampaknya tekaan aku salah.
Rambut Vefa kembali ke tuannya, dan kembali ke panjangnya yang normal tadi.
Vefa : Heh. Kau salah meremehkan aku, Satria. Atau patut aku panggil, Ice.
Ice : Ya, aku tahu. Tapi perlawanan kita masih belum tamat.
Ice mengangkat tangannya ke hadapan. Dua cahaya muncul di kedua dua sisi Ice, dan kedua duanya berubah menjadi machine gun.
Ice : Tembak!!!!
Kedua dua machine gun milik Ice melepaskan berpuluh puluh peluru ke arah Vefa.
Setiap peluru yang mendarat di atas badan Vefa berubah menjadi ais dan menutup badan Vefa, tetapi dengan senang Vefa menghancurkan mereka semua.
Ice : Oh, macam tu. Kelebihan dia adalah badan kebalnya.
Serangan Ice masih tidak berhenti, tetapi Vefa kelihatan tersenyum jahat.
Vefa : Tak sangka aku akan menggunakan senjata planet ni....
Walaupun Vefa berbisik, tetapi Ice mampu mendengar apa yang dia katakan dengan jelas.
Ice : Apa?
Vefa mengangkat tangannya ke udara, dan disebalik kegelapan malam, terlihat beberapa kerlipan cahaya hijau di udara, dan kesemuanya melayang ke arahnya.
Ice : Apakah?!
Beberapa daripadanya melayang ke arah Ice, dan menghentam kedua dua machine gun milik Ice.
Serangan itu membuat kedua dua senjatanya meletop.
Ice : Ergh!!!
Ice menutup wajahnya dengan kedua dua lengannya akibat asap yang datang dari senjatanya yang meletop.
Dia membuka sebelah matanya, dan melihat beberapa bola berwarna merah melayang mengelilingi Vefa.
Itu adalah bebola gas yang dicuri oleh Vefa.
Vefa : Hahaha! Tak sangka besi kecil ni akan berguna akhirnya.
Ice berdecih kecil.
Ice : Tch....mengusahkan....
Vefa mula mengarahkan kesemua bola itu ke arah penguasa elemental ais itu.
Ice : Betul betul menyusahkan.
BOOMMMMM!!!
Semua bebola itu menghentam Ice dan meletop. Kesemuanya mengeluarkan asap yang tebal, sehingga Ice tidak dapat kelihatan lagi.
Vefa ketawa bangga.
Vefa : Hahahahaha!!! Padan muka kau!
Vefa tersenyum sinis, tidak sabar mahu melihat wajah kekalahan musuhnya bila asap itu hilang nanti.
Tetapi, harapannya meleset.
Dari sebalik asap yang tebal itu, muncul sebuah tombak daripada ais yang dilempar ke arahnya.
Vefa : Apa?!
Tombak itu menolak asap itu ketepi, dan terlihat Ice yang masih berdiri kukuh walaupun di bajunya jelas kelihatan kesan letupan daripada bebola gas itu tadi. Dia betul betul terima serangan itu.
Ice : Jangan ingat Hali sahaja yang mampu gunakan tombak.
Tombak itu mengenai badan Vefa, dan membekukan keseluruhan badannya, menyisakan kepala sahaja.
Vefa : Ergh!!! Tch.... budak ni boleh tahan licik jugak....
Ice kali ni lebih tebal dari biasanya, membuatkan Vefa sedikit kesusahan untuk memecahkannya.
Ice menyentuh jam kuasanya.
Ice : Solar, tukar!
Satu badan Ice mulai bercaya berwarna kuning sebelum hilang daripada pandangan Vefa.
Cahaya itu muncul kembali di udara di belakang Vefa, dan matanya kini berubah menjadi silver.
Solar kini mengawal badan Boboiboy.
Solar : Baiklah!
Solar mula menghalakan tangannya kedepan, seperti mahu membuat serangan Tembakan Solar Gerhana.
Tetapi, baru sahaja dia mahu melakukannya, sebuah ingatan kembali muncul di fikiran Solar.
Solar : Uh...uh...
Dia teringat apa yang kuasanya telah lakukan pada Stesyen TAPOPS, yang membuatnya hancur.
Solar menggelengkan kepalanya. Dia tidak boleh gunakan serangan itu sekarang.
Solar : Lompatan cahaya!!!
Solar berpindah tempat ke hadapan Vefa.
Solar : Bebola cahaya!!!
Muncul beberapa bola cahaya di sekeliling Solar, dan semua bola itu terbang ke arah Vefa.
Sebaik sahaja bebola itu mengenai bongkah ais yang mengurungnya, semua bola itu meletup.
BOOOMMMM!!!!
Vefa : AHHHHHHH!!!!
Solar mengambil nafas.
Solar : Huh...huh...
Ice : *dalam kepala Solar* Kenapa? Takut?
Solar : Ish! Kan Tuan dah kata tak nak lakukan sebarang kerosakkan dalam perlawanan ni!
Ice : *dalam kepala Solar* Dah banyak kerosakkan dah pun.
Bila Ice berkata begitu, Solar melihat sekelilingnya.
Memang tanah dan pokok di sana sudah banyak tumbang dan terbakar.
Solar : Er-ehehehe.....
Sementara Solar sedang terleka, Vefa muncul kembali di sebalik asap, dan sudah bersedia untuk menumbuk Solar.
Selamatlah IRIS memberi dia petanda awal akan serangan Vefa, dan mengelaknya dengan senang.
Sementara Vefa masih dalam keadaan serangannya tersasar, Solar meletakkan tangannya pada pinggang Vefa.
Solar : Letupan cahaya!!!
Muncul sebuah cahaya yang terang pada tangan Solar, dan cahaya itu meletup, menolak Vefa ke tepi dengan paksa.
Vefa : ARGHHHHH!!!!
Tanpa memberi celah sama sekali, Solar melompat ke arah Vefa dengan pantas.
Solar : BILAH SOLAR!!!!
Muncul dua cahaya panjang pada kedua dua belah pergelangan tangan Solar, membuat bentuk seperti bilah pisau yang panjang.
Solar menebas badan Vefa menggunakan bilah solarnya.
Vefa : ARGHHHHHH!!!!
Walaupun sudah banyak serangan yang dia dan elemental yang lain kenakan pada Vefa, alien itu masih belum tumbang.
Solar : *dalam hati* 'Seberapa kebal sebenarnya dia ni?!?!'
Solar terus berlari menjauhi Vefa yang masih mencuba membetulkan posisi badannya.,
Solar : 'Nampaknya aku tak boleh lakukan semua ni sendiri. Aku perlukan bantuan!'
Sekali lagi Solar pula yang menyentuh jam kuasanya, dan keseluruhan badannya bercahaya, dan dirinya hilang daripada pandangan.
Vefa sedar akan itu.
Vefa : Heh. Bertukar lagi?
Vefa menyapu pergi darah yang keluar daripada mulutnya sambil tersenyum sinis.
Baru sahaja dia mahu berehat setelah lama kena serangan, dirinya diikat oleh banyak akar menjalar yang tiba tiba keluar daripada tanah.
Vefa : Ergh?!?! A-apa benda ni?!?!
Akar akar itu tiba tiba mengeluarkan duri, dan kesemuanya menusuk ke dalam badan Vefa.
Vefa : Ergh?!?!
Tiba tiba, sebuah suara muncul.
??? : Maaflah Encik, tapi saya terpaksa kalahkan Encik cepat untuk keselamatan bandar ni.
Vefa melihat kebelakang, dan melihat Thorn yang sedang duduk di atas sebuah pokok periuk kera gergasi yang berasal dari kuasanya sendiri.
Vefa tersengih ke arah Thorn.
Vefa : Apa kau ingat akar daun lemah macam ni mampu tahan aku?
Dengan sekali rentap, Vefa mampu memutuskan akar itu begitu sahaja, dan memandang Thorn.
Vefa : KAU INGAT KAU SORANG SAHAJA BOLEH KALAHKAN AKU?!?!
Vefa menengking ke arah Thorn sambil memasang senyuman menakutkan.
Tetapi Thorn masih terlihat tenang, siap boleh goyang kaki lagi di atas sana.
Thorn : Aik? Bila masa saya kata saya sorang sahaja?
Vefa : Huh? HUH?!?!
Tiba tiba, tanah di bawah Vefa bergegar kuat.
Vefa mampu melihat tanah di bawahnya merekah.
"RAAAAGGGGGHHHHHHH!!!!"
Golem tanah, Giga, keluar dari dalam rekahan itu, seperti adegan di Movie 1, ketika Golem Kristal muncul dan memeluk Borara.
Giga dengan sigap memeluk Vefa, dengan sangat kuat, tidak mahu melepaskannya.
Vefa : M-MAHLUK APA NI?!?!
Dari sudut lain, kelihatan Gempa yang sedang mengawal Giga, dengan membuat gaya memeluk yang sama sepeeti ciptaannya, dan membuatnya semakin ketat sehingga Vefa menjerit kesakitan.
Vefa : ARGHHHHHHH!!!!
Thorn memetik jarinya.
Thorn : Masuk perangkap! Heh!
Jam kuasa Thorn mulai bercahaya.
Thorn : PERANGKAP POKOK KARNIVORA GERGASI!!!!
Dari dalam rekahan yang sama, muncul sebuah pokok karnivor gergasi, sangat besar, bahkan lebih besar daripada Giga.
Pokok karnivor itu menelan kedua dua Giga dan Vefa sekaligus.
Thorn : Kena! Sekarang!!!
Thorn memandang ke atas.
Dari arah langit, kelihatan Blaze dan Ice yang kini sudah bergabung menjadi Frostfire meluncur laju ke bawah dengan sengihan besar di wajahnya.
Kedua dua tangannya digenggam ke atas dan mula muncul api dan salji daripadanya.
Frostfire : LEDAKKAN PANAS BEKU!!!!
Api dan salji itu menyatu menjadi satu, membentuk bola api dan salji yang besar, sebesar bebola api maksima milik Blaze.
Bola itu dilepaskan ke bawah, dan menghentam pokok karnivor milik Thorn dengan sangat kuat.
BOOOOMMMMM!!!!
Ledakkan yang kuat berlaku, yang membuatkan Gempa terpaksa bertahan daripada melayang, dan Thorn yang terpaksa bergayut pada pokok periuk keranya.
Bila ledakkan itu sudah berhenti, pokok karnivor tadi sudah tiada, menyisakan Vefa yang sudah rentung tidak mampu bergerak di atas tanah.
Vefa : Arg......
Jari jemarinya masih lagi bergerak.
Dia masih sedar, tetapi dia tidak mampu bergerak lagi.
Ketiga tiga Boboiboy itu bercantum ke dalam badan Frostfire, dan Boboiboy yang asli akhirnya muncul, dan mendarat ke tanah.
Boboiboy akhirnya kali ini mengeluarkan apa yang sepatutnya dia keluarkan tadi dari dalam poketnya.
Di dalam tangannya, terdapat sebuah telefon bimbing bersarung merah, hampir sama dengan milik ayahnya dan Mechabot.
Boboiboy : MASUK KAU KE DALAM PENJARA!!!!
Telefon itu bercahaya, dan cahaya itu memancar bak sebuah laser dan mengenai badan Vefa.
Vefa merasakan badannya seperti ditarik, dan akhirnya mendapatkan kesedarannya sempurna.
Tetapi, kali ini, sudah terlambat.
Dia sudah tiada tenaga untuk bertarung lagi.
Dia menggelupur, mencuba untuk menyelamatkan dirinya sendiri, tetapi badannya tetap ditarik masuk ke dalam alatan itu.
Vefa : TIDAK!!! AKU TAK PATUT KALAH!!! AKU TAK NAK MASUK PENJARA!!! TOLONG AKU BOSS!!! BOSS!!! BOSSSSSS!!!
Pasa akhirnya, Vefa tetap juga diserap masuk dan menghilang dari pandangan Boboiboy.
Dengan tertangkapnya Vefa, Boboiboy terjatuh ke tanah, kepenatan dan lega.
Boboiboy : Huh...huh...akhirnya....
Boboiboy melihat ke arah telefon bimbit itu.
Dan sekiranya tekaan korang betul, yes, ianya adalah pemberian daripada ayahnya.
Ayahnya meminta salah satu enggenier TAPOPS untuk mencipta alatan yang hampir sama fungsinya dengan Mechanizernya, untuk memudahkan kerjanya menangkap penjahat tanpa perlu memenuhkan kapal angkasanya selepas habis misi.
Dan pada malam dia kena pulang semula ke angkasa, dia memberikan alatan itu pada anaknya.
Amato : Nah Boboiboy. Kalau ada alien yang datang serang di Cyberaya, gunakan alat ini untuk tangkap mereka. Ayah percayakan kamu.
Hampir sahaja Boboiboy mengalirkan air matanya mengingati kembali kenangan terakhir bersama ayahnya itu.
Dia cepat cepat mengelapnya, dan berdiri kembali.
Dia tak sabar mahu kembali ke Pulau Rintis dan bertemu dengan keluarganya semula.
Macam mana Boboiboy dapat kalahkan Vefa?
Senang.
Walaupun badan Vefa kebal dengan serangan yang menggunakan kuasa, dia masih mampu merasa sakit.
Sebab itulah Ice, Solar dan Thorn melakukan itu dengan menggunakan benda tajam untuk melukai badan Vefa, setelah Ice sedar ketika Hali melawan Vefa menggunakan pedangnya.
Dan, ketika Vefa merasa sakit, dia mula hilang tumpuan kepada musuhnya. Ianya memudahkan lagi Boboiboy untuk mengelak serangan Vefa, tambah lagi dengan bantuan daripada IRIS.
Dan juga, tak ada mahluk hidup yang memiliki tenaga abadi.
Pokok karnivora yang digunakan Thorn untuk memerangkapnya, sebenarnya digunakan untuk menghisap semua tenaga dari dalam badan Vefa.
Memerlukan Gempa untuk pastikan Vefa tidak bergerak untuk pokok karnivora itu memakannya, kerana dia tahu seberapa pantas reflect sang alien itu.
Dan, selepas semua tenaga Vefa digunakan, memerlukan sebuah impak serangan yang kuat untuk memastikan Vefa tidak mampu bergerak lagi. Sebab itulah kenapa Frostfire dikeluarkan.
Memerlukan otak juga untuk mengalahkan alien yang licik sepertinya.
Boboiboy : Baiklah, masa untuk kembalikan semua barang curian kepada pemilik asalnya.
.
.
.
.
.
.
.
Satu jam kemudian, Boboiboy sudah selesai mengembalikan semua barang curian itu dengan bantuan kuasa Halilintarnya.
Ambil masa juga sebab dia kena senyap senyap letakan semuanya ke tempat asal, kerana kebanyakkan telefon bimbit yang dicuri berasal dari kedai telefon, dan juga perisai semua tu berat nak mampos.
Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh malam.
Boboiboy dengan cepat cepat memasang suit ejennya, dan mahu mengembalikan IRIS ke tempat asal.
Boboiboy masuk ke dalam Academy, dan bersandar pada pintu masuk.
Boboiboy : Huh....Huh?!
Tanpa Boboiboy sedar, kesemua Ejen Muda dan Ejen Mentor sudah berada di depannya, menatap ke arahnya dengan riak wajah marah.
Boboiboy kembali gelisah dan panik, sampai dahinya kini dibanjiri peluh dingin.
Boboiboy : Ehehehe.....
2394 perkataan
Hehehe-
Ok tak Author tulis adegan lawan lawan? :D
Ok bye-*guling masuk bawah katil*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top