Misi : Khianat Part 4
Hali : Lawan kau, adalah aku!!!
Sebaik sahaja Hali mengatakan itu, muncul petir merah dari langit yang berdentum tanpa henti.
Vefa sampai terkejut sekali lagi dan dengan cepat melangkah beberapa kaki kebelakang menjauhi Hali.
Vefa : EEEEEE?!?! Kuasa kau sebenarnya apa ni?! Kau boleh kawal cuaca ke apa nyah?!?!
Hali hanya mendecih kesal sambil mengangkat pedangnya ke hadapan.
Hali : Aku tak perlu jawap pertanyaan kau tu. Apa yang penting, kau dah buat jenayah mencuri di atas tanah planet aku, planet yang aku jaga. Itu bermakna..... KAU ADALAH MUSUH AKU!!!!
SHINGGG!!!
Hali tiba tiba hilang, dan muncul kembali tepat tepat di depan Vefa, dan menetak badan Vefa menggunakan pedangnya.
Sebelum sempat pedang Hali mendarat pada badannya, Vefa secara spontan mengangkat kedua dua tangannya dan melindungi dirinya sendiri menggunakannya.
Tetapi, serangan Hali itu berjaya membuatnya berundur jauh beberapa kaki ke belakang.
Terdapat kesan yang panjang pada tanah akibat kaki Vefa yang terseret kebelakang akibat serangan itu.
Vefa : Tch! Sejak bila dia jari cepat macam ni?!
Hali : JANGAN LENGAH!!!
Hali sekali lagi sekelip mata muncul di sebelah kanan Vefa, dan menetak pedangnya pada pinggang Vefa.
Sekali lagi riaksi spontan Vefa berjaya menghalang serangan itu menggunakan tangannya, tetapi dia tetap juga terdorong ke samping dengan kekuatan tetakkan pedan itu.
Vefa : Ergh?!
Dengan cepat Vefa mencuba mendapatkan balik keseimbangan badannya untuk melawan Hali semula.
Tetapi, tidak semudah itu.
Hali sentiasa muncul di tempat yang dia tidak jangka, dan menyerangnya dengan serangan bertubi tubi, tanpa membri celah untuk dia membalas sama sekali.
Vefa : Ergh!!! Argh!!! Arghhh!!!
Seperti Hali menyerang semua titik butanya.
Memang benar.
Di mata Hali, IRIS memberi tempat serangan paling bagus untuk dia lepaskan pada Vefa untuk membuat dia lengah.
Vefa sangat terkejut dengan seberapa banyak manusia di depan matanya ini berubah dari yang dia lawan tadi.
Hali tidak langsung bermain dengannya, tidak seperti Taufan sebentar tadi.
Tapi, serangan terakhir Taufan sendiri tadi sendiri pun telah membuat dia lengah dan tidak mampu bergerak sama sekali.
Kekuatan yang musuhnya itu miliki bukan sesuatu yang dia boleh mainkan.
Dia tidak boleh remehkan manusia satu ini.
Hali : Ergh!!!
Hali sekali lagi menetak Vefa daei belakang badannya, yang membuat Vefa terdorong ke depan. Vefa merintih kesakitan.
Vefa : Arghhh!!! Ergh! Situ pun kau!!!
Tanpa Hali jangkakan, Vefa dengan pantas mengembalikan kestabilan badannya, dan terus memusingkan tubuhnya dan menendang Hali ke tepi tepat pada pinggang kirinya.
Hali : Apakah?! AHHHHH!!!!
Hali terlempar jauh sehingga tubuhnya terhentam kuat pada salah satu banggunan rumah usang yang berada di sana.
Serangan itu terlalu cepat sehingga IRIS tidak sempat mendeteksinya.
Kelihatan Hali yang sedang kesakitan dengan badannya yang masih melekat pada dinding rumah terbiar itu.
Hali : Ergh....
Vefa : Nampaknya aku salah meremehkan kau, manusia. Nampaknya aku tak akan panggil kau Kuyang lagi.
Vefa kembali membuka kekuda bertarungnya, dengan senyuman yang lebar pada wajahnya.
Vefa : Jadi, majulah ke depan, Satria!
Hali berdecih kesal, sambil mencuba mengumpul kembali semangat dirinya.
Hali memacak pedangnya pada tanah, untuk mebantunya berdiri.
Hali : Eeeeeee!!! Mari sini kau!!!
Hali kembali menggunakan gerakkan kilatnya untuk memulakan serangannya kembali.
Tetapi Hali tidak muncul dekat dengan Vefa kali ini.
Jarak antara mereka agak jauh.
Vefa : A-apa?
Hali : AMBIL NI!!!
Hali melempar pedangnya ke arah alien itu.
Pedang itu meluncur dengan laju di udara seperti peluru, menuju ke arah wajah Vefa.
Mata Vefa mengecil, tersentak dengan serangan tidak terduga oleh Hali itu.
Tetapi, nasibnya baik.
Sesaat sahaja sebelum pedang itu mengenai wajahnya, Vefa berjaya menangkap pedang itu dengan kedua dua tangannya.
Satu centimeter sahaja daripada hujung pedang itu mengenai matanya.
Tidak sempat pun Hali mendarat di tanah, sekali lagi dia menghilang daripada pandangan Vefa.
Hali muncul kembali di belakang Vefa tanpa alien pink itu sadari.
Muncul dua bola berwarna merah pada kedua dua tangannya.
Hali : BOLA KILAT!!!!
Hali merenjat Vefa menggunakan kuasanya.
Vefa : ARGHHHHHHHHH!!!!
Vefa menjerit kesakitan.
Pedang miliknya yang dipegang oleh Vefa menambahkan lagi voltan yang dilepaskan pada badan Vefa.
Pedangnya menghilang dan bercantum dengan renjatan elektrik merah itu.
Perlahan lahan, renjatan itu hilang, dan Vefa mulai melutut di atas tanah, sebelum badannya rebah dan terbaring kaku di atas tanah itu.
Hali : Huh...huh...huh...
Hali termengah mengah. Menggunakan kuasanya dan IRIS pada masa yang sama betul betul mengkuras tenaganya.
Hali meredakan perasaannya, sebelum berjalan mendekati tubuh badan alien pink itu.
Hali : Kau dah kalah, Vefa!
Hali memunculkan sebuah lagi pedang halilintarnya, dan menghalakannya ke arah badan Vefa, seperti mengangcamnya sekira Vefa memberontak di depannya.
Mulut Vefa ternganga, dan anak mata berliannya hilang, menyisakan matanya yang hijau sepenuhnya sahaja.
Turut ada asap yang muncul daripada badan sang alien itu akibat daripada renjatan daripada penguasa elemental petir itu.
Hali melepaskan nafas lega. Kerana jelas yang Vefa sudah pengsan, dan dia tidak perlu berlawan lagi.
Hali : Aku akan serahkan kau kepada TAPOPS kerana telah membuat kekacauan di bumi.
Baru sahaja Hali mahu menunduk untuk menyentuh badan Vefa, tiba tiba, terjadi sesuatu yang membuatkan anak mata Hali mengecil.
Vefa tersenyum.
Vefa : Tapi bohong!!!
Tiba tiba, muncul kad kad yang terbang mengelilingi Hali entah dari mana, dan mengepung budak itu.
Hali : A-Apakah?!
Pada setiap kad itu, muncul sebuah portal kecil, dan semua portal itu mengeluarkan rantai besi yang banyak. Kesemua rantai besi itu mengikat Hali seketat ketatnya, sehingga kakinya tidak dapat menjejak tanah lagi.
Hali : Erghhh!!!
Hali merintih kesakitan kerana ikatan rantai besi itu yang terlalu ketat.
Hali tersentak berat. Bahkan dengan IRIS, dia tidak dapat membaca serangan musuhnya yang satu ini.
Vefa perlahan lahan berdiri kembali, dan menyapu semua tanah pada bajunya pergi.
Dia berpaling ke arah Hali, dengan senyuman bangga pada wajahnya.
Walaupun ada kesan luka pada badannya, ianya bukan daripada renjatannya tadi.
Bahkan luka itu tidak terlihat berat sama sekali.
Hali dapat merasakan sisi manusia tuannya hampir sahaja menangis kerana tidak dapat mengalahkan musuh ini walaupun dia sudah mencuba menyerangnya sehabis baik yang dia mampu lakukan.
Hali : *dalam hati* 'Tunggu Tuan! Kita masih belum kalah lagi! Jangan menyerah lagi!'
Dia mencuba untuk melepaskan dirinya dengan menyentak kuat rantai besi itu, tetapi kesemuanya terlalu tebal untuknya patahkan begitu sahaja.
Vefa berjalan mendekati Hali.
Vefa : Maaflah, Satria, tetapi kau masih telalu mentah untuk kalahkan pahlawan yang dah bertarung seperti aku ni.
Vefa menyentuh dahi Hali, dan menolak kepalanya dengan senyuman sombong pada wajahnya.
Hali : Adeh!
Vefa seronok mendengar Hali merintih kesakitan.
Dia tiba tiba kelihatan bersemangat kembali.
Vefa : Sekarang!!!
Dengan arahan Vefa, tiba tiba, kesemua rantai besi itu mengalirkan aliran elektrik yang sangat kuat, dan merenjat penguasa elemental petir itu.
Yang mengejutkannya, Hali merasa kesakitan.
Hali : A-ARGHHHHHHHH!!!!
Hali bahkan sampai mengalirkan air mata ketika dirinya direnjat oleh kad milik Vefa itu.
Jeritan Hali seperti music di telinga Vefa.
Bukan Vefa tiada telinga, cuma telinganya merupakan lubang kecil yang berada di bawah rambut nya, seperti burung. Seperti itulah dia mendengar.
Vefa : Hah! Aku betul! Walaupun kau mampu menggunakan elektrik, tapi kalau elektrik itu bukan dari kuasa kau sendiri, kau tetap akan merasa sakit!
Hali meronta ronta kesakitan, sehingga elektrik itu akhirnya berhenti daripada merenjatnya.
Hali terkulai lemas, menahan sakit yang dia rasa.
Dia mengatur nafasnya, tidak mahu pengsan di depan musuhnya itu.
Vefa : Mungkin aku salah meremehkan kekuatan kau, tapi tak bermaksud kau lebih kuat dari aku, manusia. Kau ingat elektrik lemah macam tu boleh berkesan ke atas aku. Elektrik dekat planet ni hanya seperti gigitan nyamuk sahaja bagi penduduk planet aku.
Vefa mulai besar kepala melihat Hali yang kelihatan sudah melemah di depannya itu.
Tetapi, Hali malah tersenyum sinis tanpa Vefa sedar.
Hali : Heh....kalau Elektrik tak berkesan kepada kau...
Vefa : Huh?
Tiba tiba, kedua dua mata Hali bersinar, dan sekelip mata, keseluruhan badannya dibakari oleh Api.
Api itu merebak laju ke semua rantai besi yang mengikatnya, dan mencairkan mereka semua.
Kesemua kad yang mengeluarkan kesemua rantai besi itu tadi turut terbakar sama dengan apinya.
Mata Vefa membulat, melihat manusia itu dikelilingi oleh api, dan kesemua senjatanya hancur akibat api itu.
Manusia itu pun akhirnya berjaya mendarat ke tanah semula, dan semua api itu hilang daripada badannya.
Matanya kembali ke normal semula, dan menunjukkan matanya yang kini berubah menjadi warna jingga menyala, bak api yang mengelilinginya.
Blaze : Mari kita lihat api pulak!!!
Muncul dua cakera api di tangan Blaze, sambil dirinya tersenyum lebar ke arah Vefa.
Vefa : Apakah.....
.
.
.
Blaze dan Vefa berlawan dengan cukup sengit.
Vefa kelihatan mengalami kesusahan, kerana Blaze menyerangnya dengan begitu agresif, dan tidak seperti Hali, Blaze tidak mencuba bermain trik denganya.
Blaze benar benar menyerangnya secara depan depan, dengan menghayunkan cakera berapinya di depan Vefa.
Ini kerana, di mata Blaze, keseluruh badan Vefa sekatang berwarna merah.
Bermaksud, kini, keseluruhan badannya adalah titik butanya.
Dan tidak seperti Hali tadi, yang Vefa dengan berani menerima kesemua serangan Hali, Vefa kini mengelak kesemua serangan Blaze, dengan riak wajahnya yang kelihatan ketakutan.
Dahinya berpeluh akibat bahang yang dia rasai yang berasal daripada cakera berapi Blaze.
Vefa berjaya mengambil jarak daripada Blaze, dan mengelap dahinya yang berpeluh itu.
Vefa : Ergh..betul ke yang budak ni manusia?
Kedudukkan mereka berdua sudah lebih jauh daripada kedudukan asal mereka berjumpa tadi.
Mereka sudah hampir mahu memasuki kawasan yang memiliki pokok yang tumbuh lebat, seperti sudah lama berada di sana.
Blaze : AMBIL NI!!!
Blaze melempar kedua dua cakera miliknya ke arah Vefa.
Vefa sipi sipi berjaya melompat ke atas untuk mengelak serangan Blaze itu.
Vefa : Ergh!!!
Cakera berapi itu meleset jauh, dan berakhir membelah sebatang pokok yang rendang di sana, dan pokok itupun tumbang ke tanah.
Blaze tersweatdrop, kerana dia tidak sengaja melakukan itu.
Blaze : Alamak....
Blaze mempu mendengar suara Hali memarahinya di dalam kepalanya.
Hali : *dalam kepala Blaze* Apa yang kau buat ni?! Kau patutnya kalahkan alien hanat tu, bukan rosakkan kawasan ni!!! Guna IRIS tu Blaze, guna IRIS tu!!!
Blaze : Ish, jangan lah marah! Bukannya aku sengaja! Aku tengah guna IRIS lah ni!
Vefa mendarat kembali ke belakang Blaze, dan mengambil nafas, seperti hampir sakit jantung dengan serangan terakhir itu tadi.
Vefa : Huh....huh...huh....
Bagaimana satu badan Vefa boleh menjadi merah di mata Blaze adalah kerana dia takut.
Samalah bila korang terkejut ada benda muncul tiba tiba ke apa, korang mula tak sedar sekeliling korang, dan mulalah terlanggar itu ini, macam tiada kawalan penuh pada badan korang sendiri.
Vefa yang melihat Blaze terlengah bercakap dengan diri sendiri, Vefa mengambil peluang itu untuk menyerang balas kepada Blaze.
Vefa : Ergh!!!
Vefa menendang keras Blaze dari sisi pinggang budak itu, sama seperti apa yang dia buat pada Hali tadi.
Blaze langsung tidak dapat mengelak walaupun IRIS sudah memberi isyarat kecemasan padanya kerana Vefa terlalu pantas.
Blaze : Arghhhh!!!
Selamat Blaze berjaya menggunakan pokok di sana untuk berhenti dari melayang dan mendarat dengan selamat.
Vefa : Jangan lengah juga, Satria!
Vefa membalas kembali apa yang Hali katakan padanya tadi.
Blaze tersenyum bersemangat. Dia mengelap pergi darah yang keluar dari bibirnya yang berasal daripada Hali yang dihempas ke rumah usang tadi.
Blaze : Heh! Mari sini kau!!!
Kini di mata Blaze, hanya tinggal beberapa bahagian badan Vefa sahaja yang kelihatan titik merah. Vefa sudah kembali ke normal semula.
Blaze : TUMBUKKAN BERAPI BERTUBI TUBI!!!
Blaze kembali serius.
Beberapa tangan berapi muncul, dan semuanya menyerang Vefa tanpa ampun, sama seperti ketika dia berlawan dengan Retak'ka dulu.
Vefa cuba mengelak serangan itu, tetapi beberapa daripadanya berjaya mengenai titik buta Vefa, dan buatnya sedikit lengah.
Vefa : Ergh!!!
Vefa membalas serangan Blaze, tetapi Blaze mengelak semua itu dengan senang dengan bantuan daripada IRIS.
Blaze pun melompat kebelakang, dan mula terbang di udara.
Blaze : SERANGAN BEBOLA API!!!
Blaze memunculkan banyak bebola api di udara, dan kesemuanya diarahkan secara serentak ke arah Vefa.
Vefa : Apakah-ARGHHHHH!!!!
Vefa tidak sempat mengelak kerana kesemua bebola api itu mendarat pada badannya.
Vefa : Ahh-hah!
Vefa terjatuh ke tanah. Bahang daripada kuasa Blaze membuatkan dia kesusahan untuk bertarung.
Boleh kelihatan beberapa kesan bakar pada badannya.
Nampaknya Boboiboy betul yang Vefa tidak akan dapat tahan dengan api.
Blaze : BELUM LAGI!!!
Blaze masih lagi terbang di udara.
Dia meletakkan kedua dua belah tangannya di depan mulutnya.
Dia menarik nafas dalam dalam, dan melepaskannya.
Blaze : HEMBUSAN BERAPI!!!!
Api yang besar mula muncul dan menyambar satu tubuh badan Vefa.
Vefa : AHHHHHHHHHHHHH!!!!
Satu badannya terbakar akibat kuasa Blaze.
Sambaran api yang kuat itu hampir membakar satu kawasan perlawanan mereka itu.
Turut beberapa pokok disana disambar api dan mulai terbakar akibatnya.
Masih di udara, Blaze tersenyum sinis.
Blaze : Habiskan dia untuk aku, Ice!!!
Tanpa Vefa sedar, muncul cahaya biru dari badan Blaze.
Perlahan lahan, cahaya itu hilang.
Ice : Kau tak perlu...
Kelihatan dua senapang SMG yang dibuat oleh kuasanya sendiri muncul di kedua dua belah tangannya.
Ice : Bagitahu aku.
Dengan sigap, Ice menekan pemacu senjatanya itu, dan berpuluh peluru ais mulai muncul dan menghujani langit pada malam itu, dan membekukan api milik Blaze yang menyambari Vefa tadi.
Vefa kini beku di dalam sebuah bongkah Ice yang besar.
Kedua dua senapang Ice dihilangkan, dan Ice mendarat dengan selamat di tanah, di depan bongkah Ice yang mengurung Vefa itu.
Ice : Huh...menyusahkan...
Ice menyentuh bongkah Ice itu, dan memandang Vefa yang tidak bergerak sama sekali di dalam sana.
Matanya sudah hijau sepenuhnya, seperti tadi.
Ice : Nampaknya aku kena habiskan apa yang Hali tak sempat nak buat tadi. Nak kena serahkan dia ke TAPOPS kan?
Hali : *dalam kepala Ice* Yelah ke TAPOPS. Kalau serahkan ke polis tempat ni dah lama diorang menggelupur tengok dia nanti.
Ice : Diam lah kau. Bingit telinga aku.
Sementara Ice mahu mengeluarkan sesuatu dari dalam poket jubahnya, dia tidak menyedari sesuatu.
Bahagian Ice yang berada berdekatan dengan badan Vefa retak, dan muncul sebuah bola kecil yang kelihatan terbuat daripada angin di depan mulutnya yang ternganga besar itu.
Tiba tiba, tanah di bawah mereka berdua bergegar.
Ice : A-apa jadi ni?!
Ice melihat ke arah Vefa yang masih di dalam bongkah ais buatannya itu.
Ais di bahagian dalam makin lama makin meretak, dan akhirnya hancur.
Vefa : AHHHHHHHHHHHHHH!!!!!
Vefa menggunakan supersonik. Suaranya bergitu lantar, sehingga ada gelombang bunyi yang kuat muncul, dan hampir menerbangkan Ice dan pokok pokok di sana.
Ice : Erghhh!!!
Ice menutup kedua dua belah telinganya rapat akibat seberapa bingit suara Vefa itu padanya.
Vefa akhirnya berhenti daripada menjerit, dan badannya tertunduk ke depan, mengambil nafas selepas dirinya menggunakan jeritan super itu tadi.
Ice merasakan aura dari musuhnya itu sudah berubah.
Vefa : Baiklah....
Vefa menanggalkan getah rambut pada rambutnya, dan semua rambut wayar merahnya pun mula bergerah sendiri, dan melayang melawan graviti.
Vefa menatap tajam ke arah Ice dengan wajah yang marah.
Vefa : Sekarang kau dah buat aku marah.
2356 perkataan
Ohohok-
Penangan pergi KLCC semalam, kedua dua kaki Author sakit uhuk-
Bye-*tanam diri sendiri*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top