Misi : Khianat Part 3
Sosok serba hitam itu berdiri sambil mencampak teropongnya ke tepi.
Selamatlah dia sangat jauh daripada targetnya sehingga sasarannya tidak mendengar sebarang bunyi datang daripadanya.
Mata silver itu bersinar di sebalik cahaya bulan pada malam itu.
Dia melihat pada jam tangannya, sudah pukul 8 malam. Masa yang tepat untuk dia mulakan kerjanya.
Tidak jauh daripada sosok serba hitam itu, terlihat sesosok berbadan tinggi sedang mengangkat sebuah beg guni yang besar di atas bahunya, menuju sebuah rumah kosong di sana.
??? : Dia ingat bersembunyi di tempat macam ni akan selamatkan dia ke? Huh....
Sosok serba hitam itu pun melompat turun daripada bumbung banggunan itu dan hilang di sebalik kegelapan malam.
.
.
.
Berpindah kepada sosok tinggi tadi, dia sudah masuk ke dalam rumah kosong tadi.
Dia meletakkan beg guni besar tadi di atas meja kayu yang sedikit usang yang berada di tengah tengah ruang tamu rumah itu.
??? : Wuuuuhhhh! Kaya aku macam ni! Mesti boss akan naikkan gaji aku lepas tengok apa yang aku berjaya curi semua ni!
Sosok itu menurunkan hoodie miliknya, dan akhirnya memperlihatkan wajah sebenarnya.
Wajahnya tidak seperti manusia.
Dia memiliki rambut daripada wayar berwarna merah, dan mata yang serba hijau dengan anak mata berbentuk berlian.
Kulitnya berwarna merah jambu, dan tidak memiliki telinganya.
Memang sah dia itu adalah seekor alien.
Bila memeriksa ke dalam beg guninya tadi, kelihatan banyak jenis teknologi di dalam sana, seperti pistol, perisai plasma, bebola gas, perisai besi pelbagai fungsi, dan telefon bimbit.
Dia mencuri semua ini di pusat bandar.
Macam mana dia boleh curi semua ni tanpa orang curiga dengan rupanya?
Dia memiliki sebuah teknologi beruba kad penyamaran.
Kad itu membolehkan penggunanya menipu orang sekelilingnya dengan ilusi wajah sesiapa sahaja yang dia mahukan, dan berjaya pecah masuk ke dalam tempat yang dia mahukan dengan menyamar sebagai pengawal ataupun tuan kedai.
Yang sememangnya teknologi itu bukan dari bumi.
Bukan sedikit yang dia curi. Telefon bimbit pun sampai lima puluh dia curi.
Baju perisai sampai dua puluh.
Lima kotak penuh bebola gas.
Dan tiga puluh buah pistol.
Walaupun badannya kelihatan tiada otot, tidak bermaksud dia tidak kuat.
Dan bukan itu sahaja teknologi yang dia berjaya curi.
Di sudut ruang tamu itu, kelihatan ada lima lagi beg guni yang besar tersusun cantik di sudut itu.
??? : Eiiiii! Tak sabarnya! Mesti boss bangga punya! Boleh lah aku berlagak dengan Fiya nanti haha!
Alien itu kembali menyimpan semula semua teknologi itu ke dalam beg guni itu, dan meletakkannya di sebelah beg beg guni yang lain.
??? : Ergh! Fuh! Selesai jugak untuk hari ni. Boleh lah berehat untuk malam ni. Tapi kan, cepat jugak waktu malam dekat tempat ni. Si kepala tukul tu ada kata yang planet ni cuma 24 jam je sehari. Bertuahlah, tak perlu kerja lama lama~ tak macam planet aku, 50 jam sehari. Waktu malam pun 5 jam je. Kedekut naw planet aku.
Alien itu duduk di atas sebuah sofa yang sudah kelihatan lusuh itu.
??? : Erghhhh! *menggeliat* Bosan lah aku sorang je yang dihantar ke planet kecik ni. Si Fiya, Amuar dan Karja boleh pergi planey best best yang teknologi lebih canggih dari planet ni. Hm~ nampak sangat boss pilih kasih.
Alien itu membebel dengan dirinya sendiri.
??? : Tahulah aku pernah termakan teknologi langka yang si kepala tukul tu pernah curi masa tidur. Tak cukup ke campak aku keluar angkasa selama sehari? Lupa ke yang aku tak perlukan oksigen untuk bernafas? Lepas tu campak aku sendirian kat planet yang membosankan ni. Hm! Merajuk lah macam ni!
Tak pasal pasal merungut sendiri mamat ni.
??? : Hah! Walaupun diorang semua tu bertiga dalam satu planet, aku masih lagi memiliki kekuatan fizikal paling tinggi antara kami semua! Tak lama lagi, bila aku dapat hantar semua teknologi ni nanti, aku akan naik pangkat, dan dikenali sebagai "Vefa, Orang Kanan Paling Penting" oleh boss! Hahahaha!!!
Jauh berangan ya anak ini?
Ya, seperti yang korang baca, nama mamat pink ini adalah Vefa.
Memang nampak macam budak kekurangan kasih sayang sikit mamat ni.
Vefa : Ok lah, nak masuk tidur luuuuu-UUUUUU?!?!
BOOMMMM!!!!
Kedengaran bunyi dentuman yang kuat daripada luar rumah yang ditempati oleh Vefa itu.
Vefa : Bunyi apa tu?!
Dengan cepat Vefa melompat turun daripada sofanya itu, dan berlari keluar daripada rumah itu.
Vefa : Woi!!! Runtuh rumah orang nanti woi!!!
Vefa tidak melihat apa apa di kawasan luar rumah usang itu. Bahkan yang sepatutnya ada asap yang menyebabkan letupan tadi pun tidak kelihatan sama sekali.
Vefa : Hm? Ada cempedak jatuh atas bumbung rumah ni ke?
Dia melihat ke arah bumbung rumah berlantai satu itu.
Sebatang pokok pun tak ada di mana mana berdekatan dengan rumah itu.
Sampai tersweetdrop Vefa dibuatnya.
Vefa : Perasaan aku je ke?
Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
PAKKKK!!!
Tiba tiba, muncul bunyi benda jatuh pula, yang menyebabkan Vefa terperanjat seperti kucing.
Terus sahaja Vefa membuka kekuda, dan dalam posisi seperti sudah bersedia untuk terajang anak orang.
Vefa : Hok! Hok! Hok! Keluar lah kalau berani! Aku ada belajar karate dekat youtube hang tahu dok?!
Tiba tiba je keluar loghat utara noh-
??? : Lah, ya ke? Kenapa tak belajar silat sekali? Baru nampak nusantara sikit.
Sosok serba hitam tadi tiba tiba muncul di belakang Vefa sambil menaiki sebuah hoverboard dan sosok itu baring di atasnya sambil goyang kaki.
Sekali lagi Vefa terperanjat seperti kucing.
Vefa : NYAAAHHH?!?! Hah?! Kau sape?!
Vefa menunjuk dengan kasar ke arah muka sosok hitam itu dengan jadi telunjuknya akibat masih terkejut.
Mahu je jantung dia melompat keluar dan buat kayang depan mereka sekejap tadi.
??? : Hmmmm~ entah. Kau nak panggil aku apa?
Kini matanya sudah tidak silver lagi. Tetapi berwarna biru langit.
Vefa tiba tiba berubah ke posisi berfikir.
Vefa : Hmmm~ hah! Kuyang!
Hampir sahaja sosok itu jatuh daripada hoverboardnya akibat digelar kuyang oleh mamat alien itu.
??? : BAGI LAH NAMA SEDAP SIKIT!!!
Vefa : Hah? Apa salahnya? Kan kau terbang sama macam mahluk nama Kuyang yang aku jumpa dekat google ni.
Siap tunjuk mat search google dia dekat salah satu telefon bimbit yang dia curi.
Sekali lagi sosok serba hitam itu mehempas wajahnya ke atas hoverboardnya.
??? : Memang lah aku terbang! Tapi jembalang tu ada kepala je! Aku ada satu badan! Buta ke?!
Vefa : Alah~ boleh lah~ bukan selalu aku boleh namakan mahluk lain ni~
Sosok serba hitam itu pun terpaksa mengalah dengan kebodohan si Vefa itu.
??? : Yelah yelah, suka hati kau lah.
Vefa : Oh ya. Apa nama mahluk jenis kau ya? Aku tak sempat cari maklumat pasal korang sebab semua alat komunikasi yang aku curi semua habis bateri.
??? : Hah? Habis bateri? Habis tu yang kau pegang tu apa?
Vefa : Oh ni? Aku curi terus dari penduduk sekitar hehehehe. Pandai tak aku?
Sosok serba hitam itu facepalm muka sendiri mendengar penjelasan Vefa.
??? : Haih...manusia. Kami digelar manusia.
Vefa : Uuuuu! Manusia rupanya. Boleh lah aku tambah perkara ni dalam laporan untuk boss! Hehe!
Vefa terus menulis benda itu kepada sebuah kertas yang dia keluarkan daripada bajunya.
Sosok serba hitam itu hanya mampu menggeleng melihat Vefa.
??? : Boleh aku tanya sesuatu tak?
Vefa : Hm? Tanyalah.
??? : Apa tujuan kau dekat sini sebenarnya.
Vefa : Eh eh eh~ mana boleh bagi tahu~ aku mungkin nampak macam ni, tapi aku ada harga diri jugak tau~
Sosok serba hitam itu tersweatdrop.
??? : Oh~ harga diri eh~ kau kata tadi kau ada belajar karate kan?
Vefa : Hm? Haah, kenapa?
??? : Jadi~
Tiba tiba, muncul sebuah gerudi yang diperbuat daripada angin pada tangan kanan sosok serba hitam itu.
??? : CUBA ELAK NI!!!
Dia mula menghayunkan tangannya ke hadapan, dalam posisi untuk menumbuk Vefa.
Tetapi, dengan pantas, anak mata Vefa mengecil, dan dirinya mengelak serangan tiba tiba itu.
Vefa membuat backflip kebelakang, dan mendarat dengan selamat.
Taufan : Heh. Boleh tahan.
Vefa kelihatan mengamuk macam budak kecil pada Taufan.
Vefa : Oi! Mana aci main pukul curi macam tu! Tak adil!
Taufan : Aci kat India! Hahahaha!!!
Taufan ketawa terbahak macam biasa, manakala Vefa kelihatan lost dengan ayat Taufan.
Vefa : Hah? India? Apa tu?
Taufan perlahan lahan berhenti ketawa, dan melihat ke arah Vefa semula.
Taufan : Hahaha...ha...kau tak perlu tahu. Apa yang penting sekarang adalah, kau kata kau ada belajar karate kan? Jadi~
Taufan turun daripada hoverboardnya, dan hoverboard itu hilang sekelip mata di udara.
Taufan mula membuka kekuda silat di hadapan Vefa.
Taufan : Aku nak kau tunjukkannya kepada aku!!!
Vefa tersentak dengan kata kata Taufan, sebelum tersengih nakal.
Vefa : Oh~ pelawaan ke macam tu? Baiklah! Aku bersedia!
Vefa juga membuka kekuda karatenya walaupun sedikit cacat.
Taufan tersengih lebar, sebelum dia mula berlari laju kedepan.
.
.
.
Berlaku pertarungan yang hangat antara Vefa dan Taufan.
Masing masing menggunakan pertarungan kombat dengan tumbukan di lepaskan di mana mana dan juga tendangan yang diberi secara mengejut dari tepi.
Vefa : Heh! Boleh tahan jugak manusia ni!
Taufan : Heh! Apa? Ingat manusia tak boleh berlawan ke?
Taufan terus memberikan tumbukan ke arah Vefa, tapi ditepis dengan senang olehnya.
Taufan berdecih kesal, sebelum mengeluarkan kuasanya pada tangan kirinya, dan dirinya terbang dengan melompat ke atas dan berpusing ke belakang Vefa.
Dalam keadaan masih di udara dan badannya yang terbalik ke bawah, Taufan melepaskan serangan itu ke belakang kepala Vefa.
Vefa terkejut sekali lagi dengan serangan mengejut itu, dan dengan cepat cepat mengelak dengan merendahkan badannya ke bawah.
Selepas serangannya terlepas, Taufan pun mendarat dengan selamat di tanah.
Vefa pun mula merungut seperti budak kecil di belakang Taufan.
Vefa : Weh, apa ni main guna kuasa?! Tak aci lah macam tu!!!
Taufan : Ehe. Maaflah, aku mempertikaikan kekuatan kau. Kau bolah tahan kuat juga.
Mendengar dirinya dipuji, Vefa sekali lagi berubah mood.
Vefa : Heh! Mestilah! Aku tak akan jadi salah satu ahli boss aku kalau aku tak kuat!
Taufan : Oooo~
Taufan hanya meng-o-kan sahaja apa yang Vefa katakan dengan wajah tenang.
Vefa : Heh. Maaflah kawan, tapi kuasa manipulasi angin tak akan berkesan ke atas aku. Kau kena cuba lebih kuat untuk kalahkan aku dengan kuasa kau tu.
Vefa mula naik kepala kerana tiada satupun serangan Taufan yang mampu landing ke atas dirinya.
Mendengar Vefa mencabar dirinya, sekali lagi, Taufan tersengih nakal.
Taufan : Oh~ kena cuba lebih kuat eh~ baiklah kalau macam tu!
VROOMMM!!!
Tiba tiba, Taufan mula melompat tinggi ke udara, meninggalkan tekanan udara yang kuat di bawahnya, yang membuatkan Vefa termelatah.
Vefa : Oh Mak Kau Kuyang?!?!
Kini, Taufan sudah berada di udara, tanpa menggunakan hoverboardnya sama sekali.
Dengan cepat, Taufan mengangkat kedua dua tangannya ke udara, dan jam kuasanya mulai menyala.
"SERANGAN VOLTEX BERGANDAAAA!!!!"
Secara serta merta, langit berbintang indah di atas mereka mulai dikuasai oleh awan hitam yang tidak terbilang jumlahnya, dan daripada awan itu, mulai muncul tujuh puting beliung yang besar, dan semuanya turun ke bawah, mengsasarkan ke arah Vefa.
Vefa : A-APA?!?!
Vefa tidak sangkakan serangan itu daripada Taufan.
Kesemua puting beliung itu mulai menyambar bumi, dan membuat kawasan tekanan angin yang sangat kuat.
Vefa terpaksa melindungi mukanya menggunakan kedua dua tangannya, supaya pasir daripada tanah di bawahnya tidak masuk ke dalam matanya.
Vefa : Ergh!!! Se-serangan apa ni?!?!
Vefa terdorong beberapa kaki ke belakang, dan kakinya hampir terangkat akibat tekanan pusaran angin itu yang ingin menerbangkannya ke pusat puting beliung itu.
Dengan cepat, Vefa menghentak kakinya ke dalam tanah, untuk menenggelamkan kakinya supaya dia tidak diterbangkan oleh pusaran angin yang dasyat itu.
Vefa : Dia....dia cuma main main saja tadi?!?!
Kekuatan kuasa angin milik Taufan cukup jelas membuatkan Vefa menarik balik kata katanya tadi.
Dia langsung tidak dapat melihat jejak Taufan di mana, akibat pasir yang ikut sekali di terbangkan menggunakan pusaran angin itu.
Tiba tiba, suara Taufan bergema di mana mana di telinga Vefa,
Taufan : Macam mana sekarang, Vefa?! Terkesan dengan kekuatan aku?!
Vefa berdecih perlahan, sambil menutup matanya.
Vefa : Baiklah, aku tarik balik! Aku mengaku. Kau kuat! Aku yang salah!
Ketawa Taufan bergema.
Taufan : HAHAHAHAHAHA!!! Bagus~ bagus~ tapi, kau betul, Vefa. Kuasa angin ku tidak cukup untuk mengalahkan mu.
Disebalik pusaran angin yang dasyat itu, Vefa melihat kerlipan cahaya merah yang muncul secara tiba tiba dan menghilang.
Vefa : A-apa tu?
Perlahan lahan, pusaran angin itu mulai menghilang, dan lesap begitu sahaja.
Tetapi, Vefa tidak melihat keberadaan Taufan.
Vefa : M-mana manusia tu?
Vefa mampu mendengar bunyi percikan elektrik di belakangnya.
Dengan cepat Vefa menoleh kebelakang.
Taufan sudah berada di sana.
Tak, tu bukan Taufan.
Auranya berbeza.
Vefa merasakan aura yang gelap daripadanya.
??? : Dan disebabkan itulah, aku perlukan bantuan.
Sosok itu mengeluarkan sesuatu daripada poket jubahnya.
Benda itu dinaikkan sehingga ke depan wajahnya.
Benda itu berbentuk bulat.
Sosok itu menekan benda bulat itu, dan benda itu meng-scan wajah si Dia, dan berubah menjadi cermin mata canggih pada wajahnya.
Benda itu adalah IRIS.
Si dia membuka matanya, dan terlihat jelaslah anak mata berwarna merah menyala yang menatap tajam ke arah Vefa.
Muncul sebuah pedang berwarna merah dan hitam di tangan kanannya, bersama sama dengan percikkan elektrik berwarna merah saga.
Hali : Lawan kau, adalah aku!!!
2080 perkataan
Ohohohok-
Author baru balik dari comic fiesta dekat KLCC petang tadi, ehek-
Bye-* lari naik ikan paus*
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top