Misi : Khianat

Keesokkan harinya, kelihatan Viktor dan Ali yang sedang bermain permainan video di kantin sekolah mereka.

Ali : Serang lagi dia, serang lagi!

Mereka sedang bermain Detektif Jebat seperti biasa.

Viktor : Wuhuhuhu! Level up! Power lah Ali!

Ali : Heh! Semestinya! Ni kan Ali~

Mereka ketawa bahagia.

Walaupun banyak benda yang berlaku kebelakangan ni, itu tak menghalang daripada Ali merasa bersyukur yang dia tidak perlu rahsiakan apa apa daripada kawan baiknya lagi.

Ini kerana M.A.T.A lah yang hampir membuatkan hubungan mereka renggang disebabkan Ali tidak dapat tepati janjinya dengan Viktor akibat misi.

Viktor dan Ali pun memasukkan tablet masing masing ke dalam beg mereka, dan berjalan pergi daripada kantin itu.

Sebenarnya, waktu persekolahan sudah pun tamat. Sebab itu tiada orang lain selain mereka di sana ketika itu.

Mereka stay di sekolah untuk sementara waktu akibat mereka yang tidak dipanggil untuk apa apa misi ketika itu.

Jadi, untuk luangkan waktu, mereka pun bermain game bersama.

Ali : Hah Viktor! Nak tak kita makan dekat luar hari ni?

Viktor : Hm~ boleh juga. Kenapa tiba tiba je?

Ali : Tak ada apa apa lah. Cuma Boboiboy tak ambil aku hari ni. Dia cakap dia sibuk dengan kerja sekolah, jadi dia suruh aku balik sendiri. Tapi bosan lah kalau terus balik rumah macam tu je. Jom lah lepak kedai sebelum balik!

Viktor : Aku on je! Tapiii.... kau ada bawak duit ke?

Mendengar teguran Viktor, terus sahaja Ali gelabah memeriksa segala poket yang ada di badannya, dan mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya.

Hanya ada satu ringgit sahaja.

Ali : Ek-er....eheheheh....

Viktor menggeleng kepala ke arah Ali.

Viktor : Haih...apalah jadi dekat kau kalau aku tak ada kan?

Viktor mengeluarkan kad debit dari dalam poket seluarnya sambil tersenyum bangga.

Ali : Wuohhhh?!?! Sejak bila kau ada kad debit ni?!

Viktor : Sejak semalam. Ayah aku tengok aku selalu lepak dekat luar dengan kau dan dia cakap bahaya kalau bawak duit banyak banyak dalam poket, jadi dia hadiahkan ke aku kad debit ni.

Ali masih lagi dengan mata berkilaunya melihat kad debit milik Viktor itu.

Ali : Cun lah ayah kau Viktor!

Viktor : Hah, apa lagi? Jom lah kita pergi! Kau nak makan dekat mana?

Ali : Dekat mana lagi? Mestilah Mamak Maju!

Viktor : Ok, power! Jom!

Maka dua bebudak itu pun sama sama berlari keluar dari sekolah, menuju ke kedai makan yang dikatakan oleh Ali.

.
.
.
.
.
.
.

Seketika kemudian, mereka berdua pun tiba di kedai Mamak Maju dengan kedua duanya menunggang di atas skuter milik Ali.

Memang adalah beberapa kali hampir melayang sang pembonceng bila langgar batu dan bonggol.

Ali berhenti di depan kedai itu, dan Viktor pun turun ke bawah.

Ali menyimpan skuter itu, dan kedua duanya pun mula masuk ke dalam kedai.

Semasa masuk, seperti biasalah, kedai Mamak itu memang setia dengan pelanggan yang ramai dan tak putus putus pada setiap harinya.

Hampir sampai tak ada tempat kosong dibuatnya.

Ali : Perghhh. Ramainya.

Viktor : Macam tak biasa ma. Kalau tak ada tempat kosong, kita bungkus dan makan dekat taman saja lah.

Ali hanya mampu mengangguk dengan cadangan kawannya itu.

Bila sudah masuk lebih dalam, Ali terperasan orang yang sangat dia kenali.

Ali : Eh? Tu Uncle!

Ali melihat pakciknya yang duduk seorang diri di meja empat orang kedai mamak itu.

Viktor : Hah! Jomlah join Uncle Bakar sekali!

Dua bebudak itu berjalan mendekati sosok dewasa itu.

Ali : Selamat tengah hari Uncle!

Ali duduk di sebelah Uncle Bakar, dan menyapa pakciknya itu.

Bakar : Huh-huh? Oh, Ali. Selamat tengah hari!

Jawapan Uncle Bakar sedikit lambat, tidak seperti biasanya.

Ali sedikit pelik bila mendapat balasan tidak bersemangat daripada pakciknya itu.

Bila dia melihat ke bawah, dia melihat sepinggan nasi goreng kampung telur mata yang seperti hampir tidak tersentuh sama sekali.

Secawan air teh ais yang berada di sebelah pinggan itu pula sudah cair kesemua aisnya, meninggalkan air yang bergelimpangan di atas meja akibat ais yang cair itu.

Terangkat sebelah kening Ali dibuatnya melihat Uncle Bakar tidak menyentuh makanannya. Kalau kebiasaannya, tak sampai seminit dah habis.

Ali : Uncle? Uncle ok ke? Ke sakit perut?

Bakar : Huh?! Ek-er....

Uncle Bakar tiba tiba gelabah, sampaikan dahinya banjir dengan keringat dingin.

Gelagat pakciknya hanya membuatkan Ali bertambah curiga.

Ali : Hm? *angkat sebelah kening*

Viktor : Uncle ok ke? Nasi tu tak sedap ke?

Mulut celupar Viktor tiba tiba sampai di telinga Uncle Rahul.

Telinganya berdering mendengar kata katanya, dan terus muncul di meja mereka.

Rahul : Hah?! Tak sedap?!

Muka Uncle Rahul hanya tinggal seinci di depan wajah Uncle Bakar, dengan matanya yang sengaja bertatapan tajam ke dalam mata Uncle Bakar, seperti tidak menerima masakannya dikatakan tidak sedap.

Tapi Uncle Bakar malah terlihat geram dan menolak muka Uncle Rahul pergi daripada mukanya.

Bakar : Ish! Menyebuk jelah kau ni, Rahul! Suka hati aku lah nak makan bila! Sikit sikit cakap tak sedap lepas tu marah!

Uncle Rahul hanya mencebit sebelum berlalu pergi tanpa mengatakan apa apa.

Uncle Bakar menggeleng dengan wajah malas, sebelum menyuapkan sesudu nasi goreng itu ke dalam mulutnya.

Ali dan Viktor tersweatdrop melihat kejadian random di depan mata mereka itu.

Ali : Er.....

Bakar : Hah, apa korang berdua buat dekat sini? Dengan pakai baju sekolah lagi ni. Tak balik rumah dulu ke?

Uncle Bakar menegur mereka berdua.

Ali : Tak. Kitorang terus ke sini dari sekolah. Boboiboy tak ambil Ali hari ni jadi Ali ajak Viktor ke sini sebelum balik rumah.

Jawap Ali jujur.

Bakar : Oooo~

Uncle Bakar meng-o-kan sahaja.

Bakar : Kenapa Boboiboy tak ambik? Dia ada apa apa ke?

Viktor : Ali kata budak Boboiboy tu sibuk dengan kerja sekolah dia, jadi dia tak sempat keluar untuk ambil Ali.

Viktor tolong jawapkan soalan itu untuk Ali. Ali pun hanya mengangguk, mengiyakan apa yang Viktor katakan.

Bakar : Lah, kerja sekolah je rupanya. Ingatkan apa tadi. Hah, ni nak makan apa? Uncle belanja! Rajesh! Sini sini!

Uncle Bakar memanggil Uncle Rajesh ke arah mereka untuk ambil persanan dua budak sekolah itu.

Rajesh : Hah?! Sabar sabar!

Uncle Rajesh berjalan ke arah mereka sambil mencuba merintasi lautan manusia itu.

Ali : Er...Uncle, saya-

Baru sahaja Ali mahu menanyakan sesuatu kepada pakciknya itu, Uncle Rajesh sudah tiba dan bersedia untuk ambil pesanan mereka.

Rajesh : Hah! Mahu oder apa?

Ali terkedu sementara, sebelum mengeluh. Nampaknya dia terpaksa kurungkan niat dia sementara untuk bertanya.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Berpindah ke Pulau Rintis, kelihatan Tok Aba yang sedang duduk di meja kedainya, sambil mengelamun jauh.

Ochobot yang sedang berada di sana juga sambil membersihkan pinggan dan cawan di kedai itu, perasan dengan suasana tidak biasa yang datang daripada datuk tuannya itu.

Ochobot : Tok Aba? Tok Aba ok ke?

Teguran Ochobot menyedarkan sosok tua itu semula.

Tok Aba : Hm? Oh....tak, Atok tak apa apa. Maaf lah tiba tiba termengelamun.

Ochobot tahu yang sosok tua itu menipu. Dia meletakkan semua pinggan dan cawan yang sudah dibasuhnya itu, dan terbang ke arah datuk tuannya itu.

Ochobot : Tok Aba pasti? Kalau atok nak, atok boleh bagitahu saya.

Ochobot risau akan sosok tua itu, kerana dia juga sudah sebahagian keluarganya juga sejak Boboiboy menjadi tuannya.

Tok Aba mengeluh kecil, sebelum mengalihkan pandangannya daripada robot kuning itu.

Tok Aba : Atok...cuma risaukan Boboiboy sahaja. Apalah keadaan cucu atok dekat sana tu tanpa kita.

Tok Aba mengeluh, sambil menongkat dagunya menggunakan tangannya.

Tok Aba : Haih...walaupun budak tu matang, dia masih lagi budak kecil biasa. Dia masih lagi cucu atok. Dengan dibiarkan dia di sana bersendirian tanpa ada orang yang dia kenal, kamu rasa atok tak risau?

Mendengar apa yang Tok Aba katakan, Ochobot faham maksud sosok tua itu, dan merasan hal yang sama.

Ochobot : Saya faham maksud Tok Aba, tapi....ini kan arahan Encik Amato?

Dahi Tok Aba berkerut bila mendengar nama anak semata wayangnya itu disebut oleh robot kuning itu.

Tok Aba : Haih....bukan Atok tak percayakan keputusan Amato tu, tapi dia dengan anaknya sendiri tak rapat, lepas tu tiba tiba telefon dan suruh dia pergi ke tempat entah dekat mana macam tu je, kamu ingat Atok tak marah?

Tok Aba kelihatan frustasi.

Bukan dia tak suka dengan anaknya. Amato tu adalah satu satunya anaknya.

Tapi cara Amato pilih untuk kehidupan superheronya, yang buatnya tidak suka.

Ochobot : Kenapa dengan Encik Amato, Tok Aba?

Tok Aba : Amato tu...haih....kamu kenal dengan Mechabot, kan?

Ochobot : Kenal! Walaupun baru satu kali kami berjumpa masa hari raya 4 tahun lalu.

Tok Aba : Sejak si Amato tu dapat si Mechabot tu, dia...mula terjebak dalam dunia superhero. Dia sukakannya. Terlebih....sukakannya.....

Ochobot terbang duduk di atas meja di sebelah Tok Aba untuk mendengar cerita atoknya itu dengan lebih jelas.

Tok Aba : Dia suka selamatkan hari dengan kawan kawannya dia, sampai dia ajar dirinya untuk jadi lebih matang untuk jadi hero yang baik. Entah siapa yang bagi nasihat ke dia untuk jadi macam tu.

Tok Aba memandang ke arah tangannya, dengan pandangan matanya semakin lama semakin sayu.

Dia merasakan seperti anaknya semakin lama semakin jauh daripadanya.

Tok Aba : Walaupun dia ada keluarga yang bahagia, dia lebih pilih untuk berdikari dan kerja di luar sana untuk teruskan karier dia sebagai hero. Tapi Boboiboy, Boboiboy....dia tak ada pilihan.

Tok Aba memandang kembali ke arah Ochobot dengan memasang senyuman sayu ke arahnya.

Tok Aba : Dia terpaksa membesar tanpa ibu bapa di sisinya kerana mereka terlalu sibuk menjadi hero untuk temankan dia membesar bersama.

Kenyataan itu membuatkan Tok Aba sakit hati.

Tidak seperti Amato, Boboiboy dahagakan kasih sayang walaupun dia tidak tunjukkannya.

Dia nak sangat ayah dan ibunya bersama dengannya walaupun sekejap, kerana Boboiboy tidak memilih untuk jadi hero galaxy, dan Tok Aba tahu itu.

Dia cuma mahu lindungi kawan kawan, orang orang yang dia sayang dan kampung halamannya daripada ancaman alien, itu sahaja.

Kalau bukan sebab Kokoci, dia tidak mahu pun kerja di TAPOPS.

Korang pun tahu sendiri Boboiboy tolak untuk sertai TAPOPS kalau bukan sebab Gopal yang meminta kepadanya.

Tok Aba : Ochobot, kamu....faham ke dengan konsep umur manusia?

Tok Aba mengeluarkan soalan tiba tiba.

Ochobot : Faham! Walaupun....hanya sedikit. Saya faham yang manusia ada had umurnya, dan bila sudah kehabisan masa, mereka akan mati, seperti robot yang kehabisan bateri.

Tok Aba tersenyum sayu ke arah Ochobot.

Tok Aba : Betul. Atok dah pernah kehilangan isteri atok. Atok tak mahu kehilangan anak dan cucu atok juga. Jadi, sebab itulah...

Tok Aba meletakkan tangannya di atas kepala Ochobot, dan mengusapnya perlahan.

Tok Aba : Jika ada sesuatu yang berlaku pada atok kedepan harinya, atok mahu kamu jagakan Boboiboy untuk atok, ok? Dia itu kuat, tapi dia masih lagi budak biasa. Masih perlukan orang atau sesiapa untuk lindungi dia. Boleh kamu janji dengan atok benda ni?

Ochobot terdiam sementara, sebelum mengangguk laju ke arah atok tuannya itu.

Ochobot : Saya janji Tok!

Tok Aba tersenyum lega, lega yang sekurang kurangnya, dia ada juga benda yang mampu menguasi keluarganya bila dia tiada nanti.

Tok Aba : Oh ya. Kamu nak pergi ke Cyberaya dengan kawan kawan Boboiboy yang lain kan? Bila kamu semua nak pergi?

Ying : Malam ni Tok!

Tok Aba dan Ochobot terkejut mendengar suara Ying yang muncul tiba tiba itu.

Mereka melihat ke arah sosok budak cina itu, dan melihat tiga orang lagi kawan cucunya ada di sana juga.

Mereka semua kelihatan sudah bersiap dengan semua beg bagasi mereka yang mereka akan bawa bersama ke Cyberaya nanti.

Tok Aba : Uish! Awalnya bersiap.

Fang : Mestilah Tok. Jadual kapal terbang kitorang akan berlepas pukul 11 nanti. Kemungkinan kami akan sampai Cyberaya esok pagi. Jadi kami dah siap awal awal untuk terus pergi ke sana pukul 5 nanti.

Mereka perlu naik kereta api dulu untuk pergi ke pusat badar negeri itu.

Tok Aba : Oh~ bagus lah kalau macam tu. Kamu semua tolong beri salam atok ke Boboiboy bila sampai nanti ok?

Kesemua budak budak itu termasuklah Ochobot mengangguk faham ke arah sosok tua itu.

.
.
.
.
.
.
.
.

Kembali ke Cyberaya semula, 3 jam kemudian, pukul 5 petang, kelihatan Ali dan Viktor yang sedang berjalan masuk ke Academy dengan memakai baju suit ejen mereka untuk latihan pada petang itu.

Mereka mengusap perut mereka yang kekenyangan kerana baru lepas makan.

Ali : Fuhhhh~ memang berbaloi lah makan dekat Mamak Maju~ penuh pinggannya~

Viktor : Haaaahhh~ betul betul~

Mereka dua budak kenit ni sampai tambah dua pinggan nasi goreng cina. Kata Uncle Bakar, supaya cepat membesar.

Masalahnya kalau macam ni bukan membesar ke atas, tapi ke samping.

Mereka berdua pun masuk ke dalam banggunan Academy itu.

Di sana, orang pertama yang mereka lihat adalah Alicia.

Alicia : Hai korang. Er...korang berdua dari mana ni?

Alicia pelik melihat mereka berdua yang kekenyangan itu.

Ali : Oh, dari Mamak Maju tu hah. Uncle Belanja kitorang makan tengah hari tadi.

Alicia : Oh. Patutlah.

Viktor : Hah! Bila kita boleh mula berlatih?

Viktor masih lagi belum diterima sebagai ejen rasmi, tapi itu tidak menghalangnya daripada rasa teruja untuk berlatih untuk jadi lebih kuat.

Alicia : Kejap lagi. Kita kena tunggu semua ahli sampai dulu. Ni pun baru Iman, Roza, Jet , Chris, Rudy dan Bulat je yang baru sampai.

Ali : Oh~

Sambil mereka sedang berborak itu, seseorang sergah mereka daripada belakang.

Bakar : Hah! Sini pun anak buah Uncle!

Ali : Uncle! Sampai pun! Uncle dari mana? Kenapa tak ikut kitorang sekali tadi?

Bakar : Oh, Uncle pergi rumah kejap. Nak simpan barang Uncle sebelum ke sini. Tapi yang peliknya, Uncle tak nampak pulak si budak Boboiboy tu dekat rumah tadi. Dia dah sampai ke?

Uncle Bakar melihat ke arah Alicia.

Tetapi, Alicia menggeleng.

Alicia : Tak Uncle. Saya tak nampak dia juga dekat Academy ni.

Ali : Dia melencong pergi tempat lain dulu kot. Alah, Boboiboy kan. Mesti dia pergi cari barang dapur ke apa untuk malam ni. Terutamanya sebab Papa tak balik malam ni.

Pakcik Ghazali tak pulang malam ini kerana dia kerja double shift di tempat kerjanya dan akan bermalam di office nya untuk malam itu.

Dan disebabkan itu, Boboiboy dan Uncle Bakar lah yang bertanggungjawab jaga rumah tu dan sediakan segala kelengkapan.

Nak harapkan Ali, er.... korang faham faham jelah.

Viktor : Mungkin kot. Tapi ni bukan dah lambat ke? Latihan patutnya bermula lima minit lagi.

Ali : Alah, kalau dia lambat, dialah yang kena denda, dan risau apa.

Ali tak risau mana sebab dia dah tahu apa akan terjadi sebab dia pun selalu datang latihan lambat. Cuma Viktor je yang tak tahu.

Viktor : O-oh....

Alicia : Dah lah. Lebih baik kita pergi jumpa dengan yang lain dulu. Kalau kita pulak yang lambat pergi latihan nanti.

Mendengar arahan Alicia, mereka berempat pun mula berjalan mahu menuju ke arena latihan.

Tetapi, sambil mereka berjalan, mereka terserempak dengan Ejen Geetha yang berlari tergesa gesa ke arah mereka.

Geetha : Kecemasan! Kecemasan!

Ejen Geetha berhenti berlari dan termengah mengah sementara akibat kepenatan.

Bakar : Hah?! Kecemasa apa Geetha?!

Uncle Bakar yang pertama memberi riaksi.

Geetha : Huh...huh....IRIS....dah kena curi!

Mendengar khabar itu, mata mereka semua membulat.

All-Geetha : HAH?!?!

























2406 perkataan

Hai~ehehehehek-

Lama sangat ke Author hilang-

Sorry lah dah lama tak update apa apa cerita, Author ada Exam dan writer block T^T

Ok bye-*masuk dunia IRIS*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top